Najib rasmi projek perumahan tidak sah petang ini
Rizal Tahir, | 15 Mac 2013 |
KOTA BHARU: Pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1Ma) yang bakal dirasmikan tapak pembinaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, di sini petang ini mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Ini kerana, sebarang permohonan pembinaan projek perumahan di kampung berkenaan langsung tidak dimaklumkan apa lagi secara bertulis kepada kerajaan negeri.
Dengan kata lain, ia tanpa mendapat kebenaran merancang atau pelan yang diluluskan untuk pembinaan oleh MPKB-BRI.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan yang tidak sah.
Menurutnya, mana-mana projek perumahan yang akan dibina di sesebuah negeri, pemaju perlu menyatakan beberapa syarat, antaranya pembangunan berkenaan tidak mengganggu kawasan sekitar.
Katanya, syarikat yang bakal membina perumahan itu perlu berbincang dengan kerajaan negeri, sama ada dalam urusan tanah atau sebagainya.
"Pada masa yang sama apabila pemaju ingin memasuki kawasan yang ingin dimajukan, mereka perlu mendapatkan permit pelan tanah, kena ada rumah contoh terlebih dahulu.
"Bagaimanapun, katanya semua perkara itu tidak ada, pelan tanah juga tidak ada, ini bererti pemaju telah melanggar syarat serta undang-undang MPKB-BRI," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat kampung itu selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Mukim Raja Udang malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.
Beliau difahamkan sebanyak 1,000 borang akan diberikan kepada orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan rumah tersebut.
Takiyuddin seterusnya memberitahu, untuk membina perumahan itu, kena ada sistem perparitan, jika tidak dengan jumlah yang begitu banyak unit rumah terbabit, air pengguna hendak dialirkan ke mana.
Sambungnya, pada masa yang sama kawasan terbabit begitu rendah dan ia perlu ditimbun, apabila ia telah menjadi tinggi, kawasan sekitar akan menjadi rendah dan masalah banjir pula berlaku.
"Semua perkara ini perlu dinyatakan dalam surat permohonan yang dimaksudkan tadi," ujarnya.
Pada masa yang sama, untuk menyiapkan unit rumah yang begitu besar, jalan utama juga perlu dibesarkan sekitar 50 kaki.
Katanya lagi, jika demikian ia akan berlakumasaalah pengambilan tanah baru sekiranya tanah tersebut bukan milik kerajaan.
Tambahnya, adakah pembelian tanah orang ramai telah diselesaikan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan lagi dengan janji BN kerana ia hanya janji yang tidak akan ditepati.
"Permohonan oleh syarikat terbabit untuk mendirikan rumah tersebut tidak pernah berlaku kerana tiada sebarang hitam putih dari MPKB.
"Ia hanya janji murahan politik kerajaan BN untuk memancing undi sempena PRU13," ujarnya.
Menurutnya, Syarikat Perumahan Negara tidak pernah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina Rumah Awam Kos Rendah sejak tahun 1990.
Tetapi, tambahnya sekarang tiba-tiba mereka datang untuk membina rumah di negeri ini.
Takiyuddin seterusnya melahirkan rasa kehairanan kenapa projek itu perlu diadakan di kawasan itu.
Sementara itu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru Raja Udang, Ismail Ahmad, menyerahkan memorandum bantahan kepada MPKB-BRI kerana berlaku pencerobohan tapak hak milik persendirian untuk dijadikan jalan atau laluan kepada projek tersebut. (Gambar atas)
Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan sempena majlis perjumpaan itu malam tadi.
Ismail turut menyatakan kekesalannya di atas perkara itu.
Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya
http://shalehudin.blogspot.com, | 15 Mac 2013 |
Kesian Fathul Bari, letak GAMBAR ja patahkan hujahnya [Tengok laa...]
Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan
KOTA BAHRU - Perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.
Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.

"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran
tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah
isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini,
hari ini.
- Musafir Di Dunia · Follow · Top Commenter · Kota Tinggi
Pinggan tak retak, nasi tak dingin......UMNO/BN yang lebih hendak, sedangkan PAS tak pun ingin! Janganlah jadi hidung tak mancung, pipi pula tersorong sorong! Apa yang hangpa tak kata ke PAS? Cuba lihat saja apa yang Mad Said katakan seperti dalam surat khaba' di ataih! Tu baru siket dan banyak lagi yang buleh dapat jika dicari lagi.......
Ibrahim Jusoh · Top Commenter · Alor Setar
Kedudukan para ulamak dalam UMNO hanya merupakan 'token' sahaja.Mereka hanya dipergunakan dan bukan digunakan. Kewujudan mereka adalah tidak signifikan dan suara mereka tidak diendahkan. Para ulamak yang menyertai UMNO berfungsi sebagai muqaddimah pembuka dan penutup majlis sahaja.Mereka tidak pernah terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar dan halatuju parti. Keputusan umumnya diketuai golongan sekular dalam parti. Dengan sedikit janji, dengan sedikit imbuhan berkokoklah para ulamak ini seolah-seolah berjuang menengakkan Islam. Hakikatnya, terburai dan terbarai perilaku mereka yang tidak lebih sebagai tukang karut.
Al-Ayyubi Ayahku · Top Commenter · IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sembang je Si Farthul Bari ni. Kalau betoi2 nak perpaduan, langkah pertama minta kerajaan pusat yg ditadbir oleh BN/Umno kembalikan royalti Kelantan. Kedua, bubar JPP, JKKP yg dgn jelas merenggangkan hubungan antara dua parti. Kalau dlm bidang kuasa pun tak boleh nak buat, macam mane nak perpaduan? Hampeh betoi...
Wan Isa · Top Commenter · Kota Bharu
aku hairan dgn puak2 umno bn ni..kata Pas ni perti ajaran sesat..tp nape diorg nak Pas dgn umno bgabung..xke pelik bunyi nye 2..Pas nak jalan kan hukum hudud tp umno tolak hukum hudud..so skg ni sape y sesat..fikir2 kan la yes..
Zainal Zack · Follow · Top Commenter · Business Director at Manager, Sales and Marketing · 431 subscribers
Kiro Hmd · Top Commenter
TGK MUKA MAD SAID SEBIJIK CAM MUKA KETURUNAN SULU HAHAHAHAKTHUI...DAH LA PERANGAI HUDUH..MUKA PUN HUDUH...
M Lokman Yasin · Top Commenter · SMV Simpang Sanggang 1981-1982
Orang nak meminang anak orang pun kena buktikan dia betul2 layak nak jadikan pasangan anak orang tu... ini tidak, semua hak orang dia nak disapu last2 nak berkawan dengan orang...apa barang?
Adib Md Jusoh · Rawang, Selangor
Sebelah tangan menghulur tangan perdamaian, sebelah tangan memegang pisau menunggu masa untuk menikam.
Zainal Zack · Follow · Top Commenter · Business Director at Manager, Sales and Marketing · 431 subscribers
Ahamadt Halim · Kuala Lumpur, Malaysia
Kiro HMD, jgn sampai menghina fizikal. Allah yg cipta tu. jgn sebab akhlak kita, Islam lambat menang dan PAS dibenci
aikkkk, mau la ni kakiku di mulutmu ar (peace sambil tumbuk sambal belacan)
yg heran tu dgn DAP cpt pulak PAS hulur tangan sedangkan parti tu terang2 tak sokong Islam klu ada pun itu lakonan semata2....
Mohd Saad Hashim · Top Commenter · Port Dickson
Bukan kita kata, tapi gmbar berbicara, Allah is great....
Abdul Trebals · Top Commenter
Bagus perpaduan, tapi sehingga hari ini tak nampak pun umno merasa bersalah diatas keterlajuran yang lepas-lepas, malah makin zalim dlam bertindak, tidak pasti yang hak dan yang bathil.
Haberi Hamzah · Top Commenter · SIS 1
Muka tak malu... apa hang tak buat kat PAS... di kelantan dari tahun akhir 60an lagi ko buat macam2 kat penyokyng PAS... ko anaktirikan penyokong PAS... ko nyanyakan penyokong PAS.... ko derakan penyokong PAS..... ko belakangkan penyokong PAS.... dan sekarang ko lakukan di negeri2 bawah PR pulak.... selangor, kedah, PP... ko buat sama macam ko buat di kelantan dulu2 spai sekarang.... lepas tu sedap2 ko nak bersatu...... HAMPEH la UMNO ni.... betul2 perangai YAHUDI....
Othman Jamal · Top Commenter · Med Lab Technology
Tak payahlah wahai Fathul Barua, kami ni kan parti ajaran sesat, tak perlu kepada Pari sekular.
Zaman Salleh · Top Commenter · University of Malaya
saya hampir bersetuju dgn pandangan beliau...yang sebenarnya dia suruh umno ubah perlembagaan parti, buang sekular dan taruk yang islamik. Kemudian itu gantikan pemimpin2 yang semangat kebangsaanl kepada pemimpin yang memartabakkan islam keseluruhan. Golongan ustaz kan ramai dalam umno...lepas tu perpadulah dengan PAS atas dasar memartabatkan Islam dan keadilan sejagat. Secara tak langsung majoriti melayu bersatu atas landasan islam....itu maksud sebenar ustaz ni...buang dulu perlembagaan sekular...taruk perlembagaan islam dalam parti...kan org melayu secara rasmi adalah orang islam...
Zainal Zack · Follow · Top Commenter · Business Director at Manager, Sales and Marketing · 431 subscribers
Sikit tak gegar......... dh tau Pakatan akan menang..... ini unsur2 terdesak.....hidup PR.
Amir Bakri · Follow · Top Commenter · Works at Kementerian Kesihatan Malaysia
ayik dengan org melayu melayu melayu...x reti2 wlupun para macai anggap sbg ulama muktabar...apa org cina, india, singh, iban, kadasan, dusun, org asal xde yg beragama islam ke? fathul bari dn umno kena igt, bangsa melayu melayu antara bangsa paling lambat terima islam..antara terawal adalah cina dan india....knp mesti pertahankan melayu? cuba tya jamil khir bahalol, berapa ramai melayu dah diluluskan murtad oleh kerajaan malaya ni? yg murtad tu fathul bari rela bela mati matian ke sbb mereka melayu? klu belaja ilmu agama betol dia mesti tahu hukum org murtad adalah hukum bunuh! reti?
Banner paling aneh dari PAS...
http://paklongonline.blogspot.com, | 15 Mac 2013 |
Orang kampung mana aneh sangat ni haa...
Awat yang pelik sangat...
Hangpa mintak maaf kat sapa pulak neh...
Hangpa berasa nak gantung, gantung ja la...
Jaga jangan dok gantung tang tempat yang tak boleh gantung dah laa...
Time nak mengundi esok, pangkah la apa yang hangpa nak pangkah...
Nak mintak maaf kat sapa...
Nak mintak maaf pasai apa...
Pelik...!!
Tak payah nak tunjuk sopan la ngan Umno neh, haha...

Bankrap: Kenyataan Musa Hitam menggegar Umno BN
Harakahdaily, | 15 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Pandangan
Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu
politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan
perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya.
Bagi Aspan Alias, Musa merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.
Beliau menyatakan demikian di dalam blognya semalam, sebagaimana di bawah.
Pandangan Tun Musa Hitam (TMH), bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya. TMH merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.
TMH hanya memberikan pandangan di tempat yang betul dan sesuai sebagai seorang pemimpin yang telah bersara dan tidak mudah teruja untuk campur lagi dalam hal politik negara secara aktif. Beliau hanya memberikan pandangan apabila diminta untuk mengulas sesuatu isu yang hangat sekarang ini yang berkaitan dengan pertembungan di antara dua pihak yang sedang berebut untuk menambat hati dan jiwa rakyat.
Beliau telah ditanya dalam temubual bersama Sinar Harian dua hari lepas dan beliau telah memberikan pandangan beliau secara bebas tanpa condong kepada mana-mana pihak yang sedang bertarung bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 ini. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam politik beliau memahami keadaan dan situasi sebenar dalam politik dan siasah negara sekarang ini.
Beliau bukanlah agen politik kepada mana-mana pihak, maka beliau memberikan pandangan semasa ditemubual oleh akhbar Sinar Harian dengan bebas. Beliau memberikan pendapat yang sebenar-benarnya beliau rasakan tanpa takut dan ragu. Tetapi apabila beliau memberikan pendapat tulen beliau, tentulah pendapat yang beliau rasakan benar itu tidak akan diakui sebagai kebenaran oleh pihak yang tidak mahukan kebenaran itu diluahkan.
Ini fenomena biasa dalam politik negara. TMH yang tidak lagi bergiat dalam politik lebih realistik pandangannya. Beliau telah meletakkan diri beliau sebagai seorang yang ‘magnanimous’ dalam memberikan apa-apa pendapat politik semasa. Tidak ada sebab kenapa ada pihak yang mengkritik TMH kerana pandangannya.
Sesungguhnya dakyah UMNO yang mengatakan manifesto PR itu tidak betul dan akan menjadikan negara bankrap itu tentulah tidak dapat diterima oleh seorang bekas pemimpin utama negara itu. Bukan semudah itu UMNO mahu mengelirukan seorang pemimpin yang tahu tuduhan terhadap Pakatan Rakyat itu adalah semata-mata dakyah politik pilihanraya.
Tentulah TMH tahu mempercayai atau terpengaruh dengan dakyah BN itu merupakan penghinaan kepada keupayaan daya pemikiran ramai. TMH bukannya taraf penyelia kemas atau pegawai penerangan khas serta yang tidak mempunyai tugas yang lain selain daripada membuat fitnah dan melangsungkan niat UMNO yang sekarang sedang hebat bertarung melawan kehendak rakyat jelata waktu kita di ambang pilihanraya ini.
UMNO yang begitu defensif tentulah merasa tertekan dengan kenyataan TMH yang begitu terang tidak mahu tunduk kepada dakyah pihak yang sedang ketagih dengan kuasa yang telah mereka salahgunakan selama ini. UMNO dan pimpinannya sedang menghadapi ketagihan kuasa sehingga mereka tidak rela menerima kekalahan yang lazim berlaku kepada parti-parti pemerintah di mana-mana negara demokrasi yang betul. UMNO tidak mampu untuk menerima kuasa bergilir walaupun sememangnya sudah sampai pada masanya untuk parti itu digilirkan mentadbir negara ini. UMNO mahu melangsungkan konsep 'lepas UMNO itu UMNO dan selepas itu UMNO lagi dan sampai bila-bila UMNO. UMNOlah yang mampu menjamin masa depan rakyat dunia dan akhirat'. Parti lain itu semuanya tidak pandai dan bodoh belaka.
Apa yang diperkatakan oleh TMH itu merupakan manifestasi sebenar rakyat yang terus-terusan menolak tohmahan UMNO yang negara kita akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah negara selepas pilihanraya nanti. TMH menyatakan dengan terus terang yang Pakatan Rakyat tidak mungkin membankrapkan negara kerana Pakatan Rakyat juga mahu memimpin negara dalam jangka masa yang lama dengan melakukan kerja dengan niat yang terbaik.
UMNO menggunakan isu perkauman yang menebal dalam menghadapi plihanraya ini dan banyak kenyataan pimpinan UMNO lebih-lebih lagi Dr Mahathir dan Muhyidin Yassin memainkan isu Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO dan BN tidak lagi memerintah negara. Mahathir merupakan ‘champion’ yang memainkan isu perkauman ini dan ini juga tidak dipersetujui oleh TMH. TMH jelas-jelasnya menyatakan yang permainan isu perkauman ini hanya dilakukan oleh mereka yang bankrap kepimpinannya dan ia tidak lagi relevan pada zaman ini.
Isu perkauman yang begitu menebal ini sangat merbahaya untuk masa depan rakyat dan negara kerana jika berlaku kekecohan kaum yang sengsara ialah rakyat. Yang akan mengaut keuntungannya hanyalah pimpinan lemah yang akan mengambil kesempatan untuk berkuasa lebih lama dan meneruskan budaya mengaut kepentingan peribadi yang tidak ada hadnya seperti yang berlaku pada hari ini.
Kalau dikaji secara halus maksud bekas TPM ini ia memberikan maksud jelas yang isu keselamatan merupakan isu yang sangat besar yang akan dihadapi oleh pimpinan hari ini. Isu Lahad Datu bukan setakat menghalau atau membunuh mereka yang menceroboh tetapi ia amat jelas ada perkara atau isu besar di sebalik berlakunya pencerobohan musuh yang telah mengorbankan sepuluh anggota pasukan keselamatan negara kita setakat ini.
Isu keselamatan wajar menjadi pertimbangan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kali ini kerana sudah terlalu jelas keselamatan persempadan darat dan laut kita begitu mudah dibocori oleh mana-mana pihak yang ingin melakukan pencerobohan terhadap persempadan kita. Rakyat beranggapan pembelian dan pembekalan alat pertahan negara semata-mata untuk tindak perniagaan pimpinan yang kroni yang hampir dengan kepimpinan besar negara.
Pencerahan TMH ini sepatutnya diseminarkan dan diforumkan oleh rakyat di seluruh negara. Ia juga wajar dijadikan contoh dan sempadan kepada penguasaan pimpinan kerajaan hari ini. Nampaknya sekarang ini sesiapa juga boleh memasuki perairan Malaysia tanpa kemampuan pihak keselamatan menyekatnya. ‘Trust nobody and suspect everybody!’…itulah yang sepatutnya sikap kita terhadap mereka yang memimpin negara yang selama ini begitu lantang meminta mandat semata-mata untuk kemajuan dan keselamatan negara jangka panjang. Laungan itu berkumandang setiap kali pilihanraya mendatang dan kita mesti berhati-hati dengan kempen dan niat pimpinan BN khususnya UMNO kali ini.
Jangan diambil enteng terhadap isu yang ada di sekeliling kita hari ini. Tidak boleh lagi kita berdiam diri selain dari kita melakukan yang terbaik untuk keselamatan dan kesejahteraan negara pada masa depan.
Kali ini rakyat sendiri perlu melakukannya kerana sudah terlalu banyak bukti yang pimpinan UMNO yang menerajui negara kita sekarang ini sudah sampai masanya untuk diketepikan buat sementara ini. Jangan bersorak-sorak lagi, kampung kita sudah lama tergadai rupanya.
Marilah kita bina negara yang baru dan hidup dalam ‘ambience’ politik yang lebih nyaman untuk masa depan kita. Kita hidup secara muhibah di kalangan semua kaum dan rakyat Malaysia yang amat kita kasihi ini. Kita tiada lain tempat untuk hidup selain dari negara ini.
Kita bukannya seperti sesetengah orang yang mampu untuk meninggalkan kita dan hidup di negara lain setelah mengumpulkan harta yang menggunung semasa berkuasa selama puluhan tahun.
Sudah bertambah wira kita gugur mempertahankan Lahad Datu daripada
penceroboh. Bukan sekadar lapan. Sudah lebih yang terakhir dua dari
Kelantan
Doa kita semua, moga-moga yang gugur itu syahid. Amin!
Syahid itu dilihat mati tetapi mereka hakikatnya tidak mati. Mereka hidup di satu alam lain dan ada rezekinya.
Kita boleh bersedih kerana mereka gugur. Seperti Rasulullah SAW juga sedih atas syahidnya bapa saudaranya Saidina Hamzah. Tetapi di sebalik kesedihan itu baginda tentunya gembira kerana bapa saudaranya menjadi penghulu kepada para syuhada.
Wajarlah sekaliannya sedih atas keguguran itu terutama keluarga terdekat. Sekaliannya simpati atas kejadian itu, tetapi seluruhnya mesti bersabar dan boleh berbangga kerana ada dalam kalangan kita telah syahid kerana mempertahankan negara.
Kita tidak mendoakan dan tidak mengalu-alukan pencerohan itu berlaku, tetapi kerana adanya pencerobohan itu ada saudara-saudara kita dapat syahid. Sedang mati pada jalan Allah itu amat mulia dan menjadi cita-cita orang yang beriman.
Wira yang syahid itu mengikut iman yang kita diajar, mohon supaya Allah hidup dan kembalikan semula ke dunia supaya dapat pergi lagi ke Lahad Datu untuk dapat syahid berkali-kali lagi.
Untuk mendapat syahid ada syaratnya. Melangkah ke medan tempur itu mesti dengan niat jihad. Perdana Menteri mengarahkan mereka ke medan itu dengan niat dan arahan jihad. Ketua Polis Negara dan penglima tentera yang menerima arahan itu menerimanya sebagai jihad. Tentera yang pergi itu mesti diberitahu bahawa mereka pergi ke medan jihad. Orang yang pergi ke medan jihad menaruh niat untuk mendapat syahid.
Sama seperti hijrah yang dibuat untuk dapat perempuan. Dia dapat perempuan tetapi tidak dapat manis hijrah.
Bagi yang syahid itu mengikut kebiasaannya diberi penghormatan dengan memanggilnya as-Syahid fulan bin fulan. Maka wajarlah semuanya terutama Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan mula memanggilnya as-syahid.
Biasanya as-syahid itu tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Mereka dikebumikan dengan pakaian yang dipakainya, dengan darah berlumuran di tempat mereka gugur. Tiada lagi tahlil.
Apa pun semua setuju mendoakan moga-moga mereka syahid tetapi belum pula mereka dilayan sebagai sepatut buat orang syahid.
Sesudah kita setuju bahawa mereka syahid, maka selepas ini perlu dijadikan dasar bahawa tentera dan polis kita yang dihantar ke mana-mana medan adalah jihad dan bagi yang gugur mendapat syahid. Dengan demikian setiap tentera dan polis menyediakan diri masing-masing sebagai mujahidin.
Bagaimana kalau polis turun untuk menghadapi tunjuk perasaan? Syahidkah jika dia gugur di tengah tunjuk perasaan itu? Maka ia perlu dijelaskan oleh Majlis Fatwa dulu.
KUALA LUMPUR:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru
seluruh ahli PAS hadir ke program Xpresi Ulamak Muda Haraki yang akan
diadakan di Gunung Semanggol, esok.
Katanya, ahli PAS tidak wajar melepaskan peluang menadah mutiara ilmu yang akan disampaikan alim ulama yang selama ini memandu PAS agar berada pada landasan perjuangan Islam.
“PAS sebagai sebuah Gerakan Islam di Malaysia telah berjaya menjadikan landasan perjuangannya bertepatan dengan Islam.
"Ini semuanya adalah hasil panduan dan bimbingan dari para alim ulamak yang berada di dalam PAS," katanya melalui satu perutusan khas.
Program 16 Mac ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat menerusi Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat.
Dengan tema “Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan” program ini juga bakal dihadiri oleh para alim ulama dari seluruh tanah air.
Sehubungan dengan itu, seluruh ahli PAS diseru turun bersama-sama memberikan komitmen dan hadir ke program ini.

Moga-moga wira kita dapat syahid
Subky Latif, | 14 Mac 2013 |

Kerajaan BN guna spyware untuk intip kita?
Harakahdaily, | 15 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: New
York Times dilaporkan berkata Malaysia adalah antara 25 negara yang
menggunakan perisian ‘FinSpy’, sebuah program untuk mengintip
penjenayah, pengganas dan pemerdagangan manusia yang kini
disalahgunakan untuk mengintip rakyatnya sendiri.
Selain Malaysia, para pengkaji Citizen Lab yang berasal daripada University of Toronto’s Munk School of Global Affairs mendapati Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Britain juga menggunakan perisian yang sama.
“Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik,” kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire yang dipetik The Malaysian Insider berdasarkan laporan di NYT.
Pengarah urusan Gamma Group Martin J Muench yang menjual FinSpy berkata teknologi itu dijual kepada kerajaan-kerajaan untuk mengawai penjenayah dan ia selalu digunakan untuk penjenayah salah laku seksual kepada kanak-kanak, pengganas, jenayah terancang, penculikan dan pemerdagangan manusia.
Marquis-Boire pula berkata perisian FinSpy boleh disalahguna di negara-negara yang tidak mempunyai undang-undang yang lengkap.
Antara negara yang mempunyai server FinSpy ialah Malaysia, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Canada, the Czech Republic, Estonia, Ethiopia, Germany, India, Japan, Latvia, Mexico, Mongolia, Netherlands, Qatar, Serbia, Turkmenistan, the United Arab Emirates dan Vietnam.
Dalam laporan yang dikeluarkan kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch, menyatakan Malaysia masih belum membuat apa-apa untuk memperbetulkan perjanjian teras hak asasi manusia, walaupun menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, laparan The Malaysian Insider juga berkata Putrajaya yang dipimpin BN terus melanggar hak untuk berpersatuan dan perhimpunan awam, walaupun telah mengurangkan sekatan kebebasan bersuara dengan pengenalan Akta Keterangan.
Finspy, lapor TMI, telah digunakan dalam emel yang mensasarkan seteru politik di Habsyah, dan telefon Android di Vietnam, emel aktivis di Bahrain, dan Menteri Komunikasi Turkmenistan turut menggunakan FinSpy dalam sistem komputer mereka sendiri.
“Hasil kajian kami mendapati percanggahan yang semakin meningkat antara rungutan orang ramai terhadap Gamma yang mana FinSpy lebih banyak digunakan semata-mata untuk mengesan ‘orang jahat’ dan badan yang semakin meningkat bukti yang menunjukkan bahawa alat itu berterusan digunakan sebagai menentang pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia,” laporan Citizen Lab yang dipetik The Malaysian Insider.

TG Nik Aziz seru ahli PAS ke Xpresi Ulamak Muda
Harakahdaily, | 15 Mac 2013 |
Katanya, ahli PAS tidak wajar melepaskan peluang menadah mutiara ilmu yang akan disampaikan alim ulama yang selama ini memandu PAS agar berada pada landasan perjuangan Islam.
“PAS sebagai sebuah Gerakan Islam di Malaysia telah berjaya menjadikan landasan perjuangannya bertepatan dengan Islam.
"Ini semuanya adalah hasil panduan dan bimbingan dari para alim ulamak yang berada di dalam PAS," katanya melalui satu perutusan khas.
Program 16 Mac ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat menerusi Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat.
Dengan tema “Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan” program ini juga bakal dihadiri oleh para alim ulama dari seluruh tanah air.
Sehubungan dengan itu, seluruh ahli PAS diseru turun bersama-sama memberikan komitmen dan hadir ke program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan