Selasa, 12 Mac 2013

SAPE YANG MENJUNAM...KALAU RASA KUAT BUBARLAH....TAKUT KAN...NI TAKUT PADA TOKOH SESEORANG...TAMPILKAN KEHEBATAN DIRI...LAWAN KETOKOHAN SECARA TINDAK TANDUK YANG SIHAT...BUKAN MENGENCAM...DIRI SENDIRI ORANG TAK KENAL...KAKI BODEK SAKAN@GABAN@GILER

Terhot Nie .. Tok Ibrahim Ali Minta Peguamnya Mohon maaf kepada Anwar ?
Posted on Thursday, March 07 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"
SILA KLIK


Petikan dari Twiter saifuddin nasution

Nukilan ABu Luqman... Ada menarik lagi Di SINI"


 Saya akan saman Papagomo
Posted on Monday, March 11 @ 18:57:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tian Chua

Saya telah diserangi secara bertubi-tubi oleh media dan para blogger pro-BN sejak Mac 2 lalu, terutamanya blogger Papagomo yang telah menerbitkan beberapa artikel yang mendakwa saya menghina Pasukan Keselamatan yang kini menjalankan tugas mereka di Sabah.

Saya ingin menyatakan bahawa saya akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah terhadap blogger Papagomo berkenaan dengan siri artikelnya yang menyerang nama saya dan kini menyebabkan siri ancaman dan ugutan terhadap keselamatan peribadi saya.

Tuduhan menghina Pasukan Keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata. Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina Pasukan Keselamatan dan tugas mereka, saya telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Para blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti.


YB Tian Chua
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Batu 





Mengecam Tindakan Biadap Menghina Yab Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Posted on Tuesday, September 18 @ 14:00:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menghina peribadi YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan beliau seperti babi. Dalam satu posting yang disebarkan oleh individu bernama

2. Idham bin Zulkifli dengan tajuk “Antara Dua Haiwan ini mana yang lebih sopan” dengan menyiarkan gambar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik sedang menghirup makanan dan disebelahnya gambar seekor babi yang sedang minum air. Beliau turut menulis dengan kata-kata ...”

nampaknya begitulah. Babi tu lbh sopan dari Nik Aziz..”

3. DPPM melihat kenyataan beliau serta posting yang beliau sebarkan terlalu berniat jahat, biadap serta menghina peribadi YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Individu ini telah merendahkan darjatnya dengan begitu hina sekali sehingga hilang kewarasan, dan kemanusiaan serta adab-adab dalam penulisan beliau.

4. DPPM mengingatkan mana-mana pihak bahawa YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama’ yang disegani oleh seluruh umat Islam di negara ini bahkan masyarakat antarabangsa turut menghormati beliau. Allah SWT merakamkan di dalam al Qur’an bahawa para Ulama’ adalah pewaris para Nabi a.s. Ini bererti menghina para ulama’ seperti menghina para nabi a.s.

5. Selain itu, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz juga merupakan seorang pemimpin di negeri Kelantan. Beliau telah dipilih melalui sistem demokrasi di negara ini melalui pilihanraya umum yang lalu. Menghina YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bererti menghina rakyat Kelantan keseluruhannya.
Dalam keadaan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW sedang marak di seluruh dunia, ada juga pihak yang tergamak menghina ulama’ sebaik YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Jelaslah, individu terbabit adalah mereka yang tidak peka, sensitif, serta amat biadap terhadap umat Islam di negara ini.

6. Jika pengarah filem di Amerika Syarikat diancam bunuh kerana kebiadapannya terhadap Nabi Muhammad SAW, apakah pula balasan terhadap mereka yang menghina para ulama’ sebagai pewaris para Nabi a.s?

7. DPPM meminta kerajaan khususnya pihak keselamatan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tegas terhadap individu ini. Tulisan seperti ini sama sekali tidak layak berada dalam laman sosial yang dibaca dan disebarkan oleh rakyat di negara ini.

8. DPPM juga menyeru mana-mana pihak yang sensitif untuk bangkit menyatakan bantahan dengan membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil. DPPM turut mengingatkan agar sesiapa juga menghormati nilai demokrasi dalam negara ini.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia




Gangnam Style..... Kisah Sebenar di Sebaliknya
Posted on Wednesday, December 05 @ 10:35:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: jiemi

"Saya bawakan satu kisah yang di ceritakan oleh seorang Sahabat bernama
Mohamad Sidik pada pada Ahad  7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai seles...ai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai seles...ai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya, 

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
 
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.
 
Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"
 
Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."
 
"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.
 
"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.
 
"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.
 
"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.
 
Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.
 
"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.
 
Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,
 
"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."
 
Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.
 
"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.
 
"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."
 
"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."
 
Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.
 
"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."
 
"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."
 
"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."
 
Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,
 
"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.
 
Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."
 
Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."
 
Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,
 
"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."
 
"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."
 
"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."
 
"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.
 
"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."
 
Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."
 
Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...
 
"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.
 
"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.
 
"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.
 
"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."
 
"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.
 
"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.
 
"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."
 
"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.
"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.
 
"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.
 
"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.
 
Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.
 
Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.
 
Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.
 
Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.
 
Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.
 
Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...
 
Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.
 
Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...
 URGENT: Kanak_Kanak Diculik Tolong sebarkan
Posted on Thursday, November 15 @ 22:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: GeloraHatiMuda

"
Kanak-kanak hilang. Dipercayai diculik di Seri manjung Perak. Mohon jasa baik admin segerakan penyiaran artikel ini. terima kasih.
TOLONG SHARE KE FACEBOOK. MANA TAHU TINDAKAN INI DAPAT MEMBANTU MENDAPATKAN SEMULA ANAK KECIL INI

http://wasukalu.blogspot.com/

 

 http://wasukalu.blogspot.com/
 TOLONG SHARE KE FACEBOOK. MANA TAHU TINDAKAN INI DAPAT MEMBANTU MENDAPATKAN SEMULA ANAK KECIL INI
semoga Allah memberkati usaha kita 
amin 
URGENT: Kanak_Kanak Diculik Tolong sebarkan - maklumat dan gambar di sini"




Kumpulan anti-Anwar lempar telur, kayu

Satu "perhimpunan aman" anjuran tiga NGO pro-BN hari ini bertukar menjadi huru-hara apabila peserta melemparkan telur, kayu dan kon trafik ke arah penyokong PKR di luar ibu pejabat parti itu petang ini.

Tiga kumpulan berkenaan, yang terdiri daripada 50 orang, turut membakar bendera PKR di luar premis tersebut.

ngo demo at pkr hq anwar ibrahim sabah sulu intrusion 110313 11Perhimpunan itu didakwa bagi membantah penglibatan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.
Dakwaan ini sudahpun dinafikan Anwar.

Naib presiden parti tersebut, Tian Chua juga didakwa menyifatkan komando polis yang maut dalam operasi pasukan berkenaan sebagai "mati katak".

Tian menafikan dakwaan tersebut dan memulakan tindakan undang-undang ke atas penulis blog pro-Umno Papagomo yang menimbulkan dakwaan tersebut.

Perhimpunan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia, Selangor (Waris Malaya) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu pada mulanya dilakukan pada jarak dianggarkan 50 meter dari ibu pejabat PKR.

Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke arah pejabat parti tersebut sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' dan membawa poster dengan slogan "Anwar Ibrahim Dalang Lahad Datu".

Gerombolan berkenaan secara tiba-tiba seterusnya meluru ke arah enam orang penyokong PKR yang berdiri di luar premis yang berkunci itu.

Mereka melemparkan telur, kayu, sebuah kotak dan juga satu kon trafik – ada di antaranya disasarkan ke arah bangunan dan ada juga ke arah penyokong PKR – namun tidak menyebabkan kecederaan.

'Jeneral' Sulu dipercayai bekas komander MNLF

'Jeneral' Sulu yang terbunuh beberapa hari lalu dipercayai bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dikenali sebagai Haji Musa, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib.

NONEBercakap dalam sidang media di Felda Sahabat Beach Resort, Lahad Datu hari ini, Hamza berkata, mereka menjumpai pakaian Haji Musa tetapi ketika ditembak 'jeneral' itu tidak memakai pakaian seragamnya.

Hamza (kanan) berkata demikian ketika ditanya, antara 22 lagi yang ditempatkan di hospital Tawau dan Lahad Datu untuk bedah siasat, sama ada terdapat mayat yang dikenal pasti sebagai Haji Musa

Hamza bagaimanapun berkata beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana lebih banyak bukti kukuh diperlukan untuk menyimpulkan perkara itu seperti dokumen dan kad pengenalan.
Mufti: Wira negara mati syahid

Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan penceroboh di Sabah dianggap sebagai mati syahid.

Beliau berkata tidak wajar mana-mana pihak yang masih mempersoalkan status kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air itu.

"Walaupun kematian anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat sebagaimana di zaman Nabi yang berperang antara orang Islam dengan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid juga kerana kematian mereka itu adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.

Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diminta mengulas mengenai terdapat pihak yang mempersoalkan kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air dari pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.

"Mengikut sabda Nabi S.A.W sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan misalnya ia juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa, iaitu dimandi, kafan dan disembahyangkan," katanya.

Beliau juga berkata tidak sepatutnya mana-mana pihak atau negara luar mempersoalkan hak Malaysia ke atas bumi Sabah sebagaimana termeterai dalam perjanjian.

"Sesiapa yang mempertikaikan isu itu seolah-olah mencabul kedaulatan negara kita dan ia perlu dipertahankan," katanya.

"Cuma, kalau adapun sesiapa yang ingin menuntut sesuatu hak itu tidak boleh kecuali melalui undang-undang kerana kita ada mahkamah dunia, pencerobohan itu sendiri adalah salah dari segi hukum agama.

"Begitu juga contohnya, jika ada orang bunuh anak kita, kita tidak boleh bunuh balik kerana kita kini ada undang-undang, mereka yang melakukan tindakan sendiri tanpa berpandukan kepada peraturan dan undang-undang disifatkan mengamalkan 'undang-undang rimba'," katanya.

Sejak krisis pencerobohan pengganas itu lima anggota polis cedera manakala lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac.

-Bernama

KSN: Kenaikan gaji bukan buah tangan untuk p'raya

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa menangkis tanggapan bahawa pengumuman kenaikan gred gaji bagi perkhidmatan awam hari ini adalah buah tangan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya beliau berkata, pengumuman itu merupakan amalan tahunan yang dilakukan dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA).

"Tidak (buah tangan). Jangan salah tafsir. Ada pihak yang hanya suka ambil perkara ini sebagai negatif.

"Persidangan MAPPA ialah ia satu amalan tahunan bagi perkhidmatan awam.
"Dalam MAPPA kira akan umumkan pulangan atau penambahbaikan bagi setiap tahun oleh kerajaan," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas majlis tersebut di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmiannya mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji bagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam.

Kenaikan gred gaji itu dilakukan melalui Sistem Saraan Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion, katanya.

Pengumuman bagi pelarasan perubahan lapisan gred jawatan itu dibuat ketika Najib dijangka untuk mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan pilihan raya pertamanya.

Berita baik itu juga diumumkan ketika pasukan keselamatan negara berdepan situasi berbahaya di Lahad Datu untuk menumpaskan kumpulan penceroboh militan dari Filipina yang kini mengorbankan lapan orang anggota polis.
Laporan Bernama menyebut, penyelarasan gred gaji tersebut mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM, katanya.
"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Jelasnya, jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 kini turut disetarakan dengan gred jawatan 44.

Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52, katanya.

"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," kata Najib.


Rafizi: Pakatan ada tawaran lebih baik bagi kakitangan awam
Wartawan Sinar Harian
12 Mac 2013
rafizi
Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Susulan pengumuman sembilan perkara 'berita baik' sektor awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Pakatan Rakyat (PR) menegaskan ,pihaknya ada "tawaran lebih baik" untuk 1.4 juta anggota perkhidmatan awam.

Sehubungan itu kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pihaknya tidak bimbang dengan pengumuman 'lumayan' diumumkan oleh perdana menteri semalam.

Malah katanya, kakitangan awam boleh membezakan antara tawaran PR dan Barisan Nasional, yang diketuai oleh Najib.

"PR ada tawaran yang lebih baik dan kami tidak bimbang, sebab penjawat awam boleh bezakan. Soalnya, jangan salah guna tempoh selepas mandat," kata beliau.

Rafizi berkata demikian menerusi Twitter semalam mengulas pengumuman senarai sembilan perkara yang berkaitan skim saraan kakitangan awam termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikkan butiran itu. PR melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 mereka akhir bulan lalu.

Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata, "orang-orang Umno meroyan. Tidak faham isu dia orang ini.... isunya kerajaan yang tidak ada mandat, salah guna untuk pancing undi, bukan soal kebajikan penjawat awam," katanya lagi.

Semalam, Najib antara lain berkata kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai ini.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat
kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion, katanya.

Najib berkata, semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Perdana Menteri juga berkata, berkuat kuasa 1 Januari lalu semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.

Najib berkata, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti,
kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.
Perhimpunan anti-Guan Eng haram, kata polis

Polis mengisytiharkan perhimpunan berhubung isu kalimah Allah melibatkan beberapa NGO pada Jumaat lalu sebagai haram.

Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan daripada wakil kerajaan negeri dan pihak polis Jalan Patani.

protester sent clock to penang cm lim guan eng 080313 03Katanya, perkara itu akan disiasat bawah Section 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan perhimpunan tanpa permit polis.

Gan berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini kerana pihaknya masih mengenal pasti individu dan kumpulan yang bertanggungjawab menganjurkannya.

protester sent clock to penang cm lim guan eng 080313 05Pada 8 Mac lalu, kira-kira 50 orang berarak daripada Masjid Benggali di Jalan Chulia ke Komtar selepas solat Jumaat dan dilapor cuba merempuh masuk ke dalam pejabat pentadbiran Pulau Pinang bagi mendapat penjelasan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah.

Kumpulan berpakaian serba hitam itu dihalang oleh pihak keselamatan daripada menyerahkan sebuah jam, tanda tempoh pentadbiran ketua menteri akan berakhir tidak lama lagi.

Dalam perarakan kira-kira 3km itu, mereka melaungkan tuntutan agar Ketua Menteri Lim Guan Eng diusir daripada Pulau Pinang, sekali gus meletakkan jawatan yang disandangnya.
JMM: Bapa Saiful mungkin dibiayai
SYAIRI SHAARI
11 Mac 2013
JMM: Bapa Saiful mungkin dibiayai
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.
KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menganggap kenyataan 'U' mengenjutkan, yang dibuat oleh bapa Mohd Saiful Bukhari berkenaan tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemungkinan dibiayai pihak tertentu.

Menurutnya, dia tidak terkejut sekiranya ayah Saiful itu akan menjadi jutawan baru dalam terdekat ini kerana dipercayai berkemungkinan telah dibiayai oleh pemimpin PKR.

"Ini berdasarkan kenyataan dibuat oleh ayah Saiful itu dilakukan bersama dengan pemimpin PKR ketika hampir menjelang pilihan raya dan ini sememangnya sesuatu yang mencurigakan.

"Saya juga pernah difahamkan di mana ayah Saiful juga ada beberapa kali bercakap soal kewangan dan sebagainya. Inilah kelebihan Umno di mana dalam kes seperti ini, Umno tidak akan mempengaruhi seseorang dengan sogokan duit," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri satu program di Bukit Antarabangsa dekat sini, semalam.

Azwanddin yang juga merupakan Ketua Umno Cawangan Bukit Antarabangsa berkata, walaupun kenyataan ayah Saiful itu mengejutkan tetapi ia tidak relevan kerana fokus isunya sekarang adalah yang diliwat, pertuduhan dan pengakuan sumpah yang dibuat oleh Saiful.

Katanya, ayah Saiful hanyalah seorang bapa yang menemani Saiful semasa kes mahkamah berlangsung walaupun sebelum ini dia sangat konsisten dan berpendirian dalam mempertahankan Saiful.

Jelasnya lagi, dia percaya kenyataan 'u-turn' ayah Saiful menjelang hampirnya pilihan raya adalah rancangan terdesak Anwar untuk menutup isu moralnya setelah sejak akhir-akhir ini, populariti Ketua Pembangkang itu semakin menjunam jatuh.


SIAPAKAH SYUHADA’?
Jumaat, 09 September 2011 19:55
SN Keluaran 9 September 2011
 

SIAPAKAH SYUHADA’?

[SN274] Boleh dikatakan seluruh negara merakamkan takziah di atas kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, pada 2 September lepas. Jenazah Allahyarham Noramfaizul yang tiba di Malaysia disambut secara besar-besaran di mana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri adalah antara yang turut hadir. Najib menyifatkan Noramfaizul sebagai seorang wira negara. Dalam masa yang sama, banyak pihak yang mengecam dan mempertikaikan aspek keselamatan yang diambil oleh Kelab Putera 1Malaysia sehingga boleh menyebabkan salah seorang peserta misinya terkorban. Mengulas isu kematian Noramfaizul, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkannya sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam.Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana telah membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia, ujar Harussani [UM 04/09/11].

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut juga menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia. Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat. “Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat. “Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya [BH 05/09/11].

Kita tidak boleh menolak keberanian jurukamera BernamaTV itu di dalam membuat liputan di negara yang bergolak seperti Somalia. Juga, kita seharusnya bersimpati dengan keluarga arwah di atas pemergiannya secara mengejut. Namun, sebagai umat Islam, segala sanjungan dan perasaan simpati kita terhadap orang yang meninggal, hendaklah dilakukan sesuai dengan hukum berdasarkan fakta dan nas, bukannya dilakukan untuk meraih sokongan atau populariti. Kita diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk menyatakan kebenaran walaupun pahit. Justeru, Sautun Nahdhah kali ini akan memaparkan nas-nas berhubung mati syahid agar para pembaca dapat memahaminya dengan lebih jelas dan membuat penilaian sama ada seseorang itu termasuk sebagai syuhada’ atau tidak.

Mati Syahid

Asy-Syuhada’(jama’/plural dari asy-syahid)terdiri dari tiga jenisiaitu:-

Pertama:Syahid diakhirat sahaja, tanpa pemberlakuan hukum-hukum syahid didunia-

Golongan ini disebutkan dalam beberapa hadis. Dalam sebahagian riwayat disebutkan ada tujuh golongan, dalam sebahagian riwayat ada lapan, dalam sebahagian riwayat ada sembilan dan dalam sebahagian riwayat lain, ada sebelas golongan. Yang benar adalah sebagaimana yang disebut dalam Sahih Muslim bahawa mereka terdiri daripada lima golongan. Mereka adalah:-

(i) al-math’un, iaitu orang yang mati kerana wabak ta’un yakni penyakit menular
(ii) al-mabthun, iaitu orang yang mati kerana sakit perut
(iii)al-ghariq, iaitu orang yang mati kerana tenggelam
(iv) sahibul hadm, iaitu orang yang mati ditimpa bangunanruntuh
(v) orang yang mati dijalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah selain dalam peperangan.

Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Ketika seorang lelaki berjalan di sebatang jalan, dia mendapati ranting berduri ditengah-tengah jalan lalu dia menyingkirkannya. Maka Allah memujinya dan mengampuni dosanya. Baginda juga bersabda, ‘Syuhada ada lima orang, al-math’un, al-mabthun, al-ghariq, shahibul hadm dan syahid di jalan Allah ‘Azza wa Jalla.”

Muslim juga meriwayat dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Siapakah yang kalian anggap syahid di antara kalian?’ Para sahabat menjawab, “Wahai Rasulullah, orang yang terbunuh dijalan Allah adalah syahid.” Baginda bersabda, “Kalau begitu, syuhada’dari kalangan umatku sangatlah sedikit.’ Mereka berkata, ‘Lantas siapakah mereka wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda,‘Orang yang terbunuh dijalan Allah adalah syahid, orang yang mati dijalan Allah adalah syahid, orang yang mati kerana ta’un adalah syahid dan orang yang mati kerana sakit perut adalah syahid.’ Ibnu Muqassam berkata tentang hadis ini bahawa Rasul berkata, ‘dan al-ghariq adalah syahid.”

Yang dimaksud dengan kesyahidan mereka adalah bahawa mereka mendapatkana pahala syuhada’ di akhirat sedangkan di dunia mereka tetap dimandikan dan disolatkan. Jika kata “syahid” diucapkan dalam kaitannya dengan pahala,maka penyebutan “syahid” ini untuk mereka adalah benar. Sedangkan jika kata “syahid” diucapkan dalam pembicaraan yang disebutkan tanpa qarinah (penunjukan) apa pun, maka kata tersebut tidak mengarah kepada mereka tetapi mengarah kepada orang yang terbunuh di jalan Allah sahaja.

Kedua:Syahid di dunia sahaja dan tidak termasuk akhirat-

Ia adalah orang yang mendapatkan (pemberlakuan) hukum syahid di dunia, dari sisi bahawa mereka tidak dimandikan dan tidak disolatkan melainkan dikebumikan dengan pakaian mereka seadanya. Tetapi diakhirat mereka tidak mendapatkan pahala syuhada’ yang berperang demi meninggikan kalimah Allah. Mereka adalah orang yang berperang bukan kerana Allah, iaitu berperang kerana sum’ah (ingin didengar/terkenal) atau demi ghanimah (harta rampasan perang) sahaja atau berperang tetapi cenderung mundur (lari dari musuh). Ini kerana, hadis-hadistentang “syahid” hanya mengkhususkan pahala syahid bagi mereka yang berperang dijalan Allah dalam keadaan terus maju menghadapi musuh dan tidak mundur(lari darinya).

Muslim meriwayatkan melalui Abu Musa Al-Asy’ari, bahawaseorang lelaki mendatangi Nabi SAW lalu berkata,

“Wahai Rasulullah, ada lelaki yang berperang demi ghanimah dan ada lelaki berperang agar dia disebut-sebut namanya (terkenal) dan ada lelaki yang berperang agar kedudukannya dilihat(dihormati). Lantas siapakah yang (sebenarnya) berjihad di jalan Allah?’ Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang berperang demi menjadikan kalimah Allah yang tertinggi, maka dialahorang yang berjihad dijalan Allah.”

Muslim juga meriwayatkan dari Abu Musa, dia berkata, Rasulullah SAW ditanya tentang lelaki yang berperang agar dikenal sebagai pemberani, berperang kerana fanatisme dan berperang kerana riya’ (ingin dilihat) lantas siapakah yang berjihad di jalan Allah? Rasulullah SAW berkata,

“Barangsiapa yang berperang demi menjadikan kalimah Allah yang tertinggi, maka dia berjihad di jalan Allah”.

Rasul telah mensyaratkan pengampunan dosa bagi syuhada’ yaknimereka mestilah orang yang berperang dengan terus maju dan tidak mundur. Muslim meriwayatkan melalui Abdullah bin Abu Qatadah dari Qatadah bahawa Abdullah mendengar Qatadah menceritakan hadis dari Rasulullah SAW,

“Bahawasanya Rasul berdiri diantara para sahabat, lalu menyampaikan kepada mereka bahawa jihad di jalan Allah dan berimana kepada Allah SWT adalah perbuatan yang paling utama. Seorang  lelaki bertanya, “Bagaimana pendapatmu jika aku terbunuh dijalan Allah, apakah dosa-dosaku akan diampuni? Rasulullah SAW bersabda, ‘Ya, jika kamu terbunuh dijalan Allah, jika kamu orang yang sabar, terus maju menghadapi musuh dan tidak mundur (lari dari peperangan)’. Lalu Rasulullah SAW bertanya, ‘Bagaimana menurutmu?’ Lelaki tersebut bertanya lagi, ‘Jika aku terbunuh dijalan Allah apakah dosa-dosaku akan diampuni?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘Ya, jika kamu orang yang sabar, terus maju menghadapi musuh dan tidak mundur (lari dari peperangan), kecuali hutang, kerana Jibril as telah mengatakan hal itu kepadaku”.

Mafhum hadis ini adalah bahawa jika dia berperang sambil mundur (hendak melarikan diri) maka dosa-dosanya tidak diampuni dan dia tidak akan mendapatpahala syahid.

Selain itu Rasul SAW telah menjelaskan bahawa orang yang berperang kerana sum’ah (agar terkenal) akan diazab, meskipun baginda menamakannya dengan “syahid”. Muslim meriwayatkan dari Sulaiman binYasir, dia berkata bahawa orang-orang telah bubar dari (majlis) Abu Hurairah. Lalu salah seorangpenduduk Syam berkata, “Wahai tuan, ceritakanlah kepada kamisebuah hadis yang engkau dengar dari Rasulullah SAW’. Abu Hurairah berkata, ‘Baik, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya manusia yang pertama diadili pada hari kiamat adalah lelaki yang mati syahid. Dia dibawa ke hadapan Allah danAllah memberitahukan kenikmatan kepadanya lalu dia mengetahuinya. Allah berfirman: Apakah yang kamu lakukan di dunia?” Dia berkata, “Aku telah berperang dijalanMu hingga aku syahid’. Allah berfirman, ‘Engkau berdusta. Sebenarnya engkau berperang kerana ingin dikatakan sebagai pemberani  dan hal itu telah dikatakannya. Lalu Allah memerintahkan untuk membawanya, maka orang itu diseret di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam neraka...”.

Ini menunjukkan bahawa orang yang berperang kerana sum’ah (agar terkenal) meskipun dia mendapatkan hukum syahid di dunia tetapi pada hari kiamat dia tidak mendapatkan pahala syahid, malah akan diseksa.

Ketiga:Syahid di dunia dan akhirat-

Mereka adalah orang yang berperang demi meninggikan kalimah Allah lalu dia terbunuh dalam peperangan antara kaum Muslimin dan puak kuffar, baik peperangan terjadi di Darul Harb (negara kafir) mahupun di Negara Islam. Allah SWT berfirman,

“Dan janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati. Tetapi mereka tetap hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapatkan rezeki” [TMQ Ali Imran (3):169].

Syahid inilah yang dimaksudkan oleh syara’. Dan ini khusus bagi orang yang terbunuh dalam peperangan menentang orang-orang kafir. Demikian juga orang yang terluka dalam peperangan lalu dia mati (di luar peperangan) hasil akibat luka tersebut, juga dianggap syahid sebagaimana orang yang terbunuh dalam peperangan. Sedangkan selain itu, maka tidak dianggap sebagai mati syahid.

Dengan demikian, orang yang terbunuh dalam peperangan menentangbughat (pemberontak) tidak dianggap sebagai mati syahid. Begitu juga bukan mati syahid orang yang terluka dalam peperangan lalu sembuh dari lukanya dan mati setelah itu. Jadi, mati syahid yang memiliki hukum-hukum khusus dan yang difirmankan oleh Allah bahawa dia tetap hidup,hanya khususberlaku bagi orang yang terbunuh dalam peperangan dengan orang-orang kafir untuk meninggikan kalimat Allah dan orang yang terluka dalam peperangan tersebut lalu dia mati kerana lukanya tersebut.

Hukum Memandi Dan Mengkafani Orang Yang Mati Syahid

Antara hukum khusus berkenaan orang yang mati syahid adalah dari aspek memandi dan mengkafankannya. Orang yang syahid tidak perlu dimandi atau dikafankan, malah boleh terus dikebumikan bersama darah dan pakaian yang dipakainya ketika mati. Ini kerana orang-orang yang mati syahid akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bau darahnya sangat harum seperti kasturi. Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Jabir, dia berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW mengumpulkan dua orang lelaki diantara orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu kain. Lalu baginda bersabda, ‘Siapakah diantara mereka yang paling banyak menghafal al-Quran?’ Apabila baginda ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, lalubaginda mendahulukannya ke dalam lahad. Baginda bersabda, “Aku adalah saksi bagi mereka” dan baginda memerintahkan pengkebumian mereka dengan darah mereka. Mereka tidak disolatkan dan tidak dimandikan”.

An-Nasa’i meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda tentang orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud,

“Selimutilah mereka dengan darah mereka dan janganlah kalian memandikan mereka kerana tidak ada seorang pun yang terluka di jalan Allah kecuali dia akan datang padahari kiamat dalam keadaan darahnya mengalir berwarna darah sedangkan baunya adalah bau kasturi”. Diriwayatkan dari Anas, “Bahawa Nabi SAW tidak mensolatkan orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud dan tidak memandikan mereka” [HR Asy-Syafi dalam Musnadnya].

Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa orang yang syahid langsung tidak boleh disolatkan. Ini kerana terdapat beberapa riwayat bahawa Rasul SAW mensolatkan orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud setelah mereka dimakamkan. Baginda juga mensolatkan Hamzah (bapa saudara baginda) dan juga seorang lelaki yang terbunuh dalam peperangan. Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan dari Uqbah bin Amir,

“Bahawa Nabi SAW mensolatkan orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud setelah berlalu lapan tahun, sebagaimana solat baginda atas jenazah, seolah-olah baginda mengucapkan selamat tinggal kepada orang orang yang hidup dan orang-orang yang mati”.

At-Thahawiy meriwayatkan dalam Syarhul Ma’aniy, dari Ibnu Zubair dengan sanad yang hasan,

“Bahawa didatangkan kepada Rasullullah SAW sembilan mayat dan Hamzah adalah yang kesepuluh, lalu baginda mensolatkan mereka”.

Abu Daud juga meriwayatkan dari Abu Salam dari seorang sahabat Nabi SAW, dia berkata,

“Kami menyerang sebuah pemukiman Juhainah. Lalu salah seorang dari kaum Musliminberlawan dengan salah seorang dari mereka. Lalu dia memukul orang tersebut (dengan senjata), tetapi tersalah dan mengenai dirinya sendiri. Maka Rasullullah SAW bersabda, ‘Saudara kalian wahai kaum Muslimin’. Orang-orang lalu mendatangidan mendapatinyatelah mati. Rasullullah SAW membungkusnya dengan pakaian dan darahnya, mensolatkannya dan memakamkannya. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasullullah, apakah dia syahid? Baginda menjawab, ‘Ya, dan aku adalah saksi baginya”.

Kesemua hadisdi atas adalahtsabit(kuat), baik yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW mensolatkan orang yang mati syahid mahupun yang meriwayatkan bahawa baginda tidak mensolatkannya. Adakah wujudnya pertentangan di sini sehingga perlu menolak salah satu darinya atau perlu ditarjih hadis-hadis ini? Sesungguhnya tidak wujud pertentangan di antara hadis-hadis ini kerana semuanya tsabit dan kesemuanya dapat dijadikan hujah, baik secara riwayah mahupun dirayah. Juga, tidak ada jalan untuk mentarjih (menguatkan) salah satunya atas yang lain, kerana mustahil para sahabat lupa terjadinya solat atas syuhada’ sebagaimana mustahil mereka lupa ditinggalkannya solat tersebut atas syuhada’. Justeru, kesimpulan hukum yang ditarik di sini adalah, jaiz (boleh) hukumnya untuk mensolatkan dan jaiz untuk tidak mensolatkan syuhada’ kerana kedua-dua amalan ini ditunjukkan oleh Nabi SAW [sila lihat perbincangan penuh bab ini di dalam Asy-Syakhsiyyah Al-Islamiyyah Jilid II, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Berdasarkan fakta yang terjadi ke atas Allahyarham Noramfaizul dan berdasarkan nas-nas yang dipaparkan, kita sesungguhnya telah boleh menilai samada kematian jurakamera BernamaTV itu adalah syahid atau tidak. Sesungguhnya mati syahid (dunia dan akhirat) adalah satu kematian yang amat mulia. Dan tidak ada seorang Muslim pun yang boleh meragui bahawa matinya seorang Muslim di dalam jihad fi sabilillah merupakan sebuah kesyahidan. Malangnya, jika ada di kalangan kita yang ingin berjihad dengan penuh keikhlasan di Palestin, Pakistan, Afghanistan dan tempat-tempat lain di mana umat Islam diperangi dan dibunuh oleh golongan kuffar, maka sudah barang pasti akan dicop oleh pemerintah sebagai ‘pengganas’ dan sudah barang pasti akan di‘ISA’kan atau dikejar hingga ke lubang cacing. Namun, jika kita menyertai misi kemanusiaan di bawah anjuran UMNO atau 1Malaysia, maka kita akan dicop sebagai wira, itupun jika kita terkorban!Sesungguhnya pemerintah kita telah benar-benar tersasar dari ajaran RasulullahSAWyang sangat cintakan jihad fi sabilillah. Sabda baginda,

“Allah menjamin orang orang yang berjihad dijalanNya, dia tidak keluar dari rumahnya kecuali untuk berjihad dijalanNya dan membenarkan kalimatNya bahawa Dia akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat tinggalnya yang dia keluar darinya dengan membawa pahala dan ghanimah yang didapatkannya......Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, sungguh aku ingin terbunuh dijalan Allah, lalu aku hidup lalu terbunuh, lalu aku hidup lalu terbunuh, lalu aku hidup lalu aku terbunuh” [HR Bukhari & Muslim].

Ringkasan Cara Pengurusan Jenazah [Pujian Terhadap Mayat, Memandikan Mayat, Mengkafani Mayat]

VIII PUJIAN ORANG TERHADAP MAYAT

[1] Pujian baik terjadap mayat dari sekelompok orang-orang muslim yang benar-benar, paling kurang dua orang di antara tetangga-tetangganya yang arif, shalih dan berilmu dapat menjadi penyebab masuknya mayyit ke dalam surga.

[2] Jika kematian seseorang bertetapan dengan gerhana matahari atau bulan, maka hal itu tidak menunjukkan sesuatu. Sedangkan anggapan bahwa hal itu merupakan tanda-tanda kemualian si mayyit adalah khurafat jahiliyah yang bathil


IX MEMANDIKAN MAYAT

[1] Jika sudah meninggal, maka orang-orang yang ada di sekitarnya harus segera memandikannya.

[2] Dalam memandikan mayyit, harus diperhatikan hal-hal sebagai berikut :

a. Memandikan tiga kali atau lebih, sesuai dengan yang dibutuhkan
b. Memandikan dengan junlah ganjil
c. Mencampur sebagian dengan sidr, atau yang bisa menggantikan fungsinya seperti sabun
d. Mencampur mandi terakhir dengan wangi-wangian seperti kapur barus/kamper dan ini lebih afdhal. (terkecuali jika yang meninggal sedang melakukan ihram maka tidak boleh diberi wangi-wangian)
e. Ikatan rambut harus dibuka, lalu rambut dicuci dengan baik.
f. Menyisir rambut
g. Mengikat mejadi tiga bagian untuk rambut wanita, lalu mebentangkan ke belakangnya
h. Memulai memandikan dari bagian kanannya dan anggota wudhunya dan anggota wudhunya
i. Laki-laki dimandikan oleh laki-laki juga, dan wanita dimandikan oleh wanita juga. (Terkecuali bagi suami-istri, boleh saling memandikan, karena ada dalil sunnah yang memperkuat amalan ini)
j. Memandikan dengan potongan-potongan kain dalam keadaan terbuka dengan kain di atas tubuhnya setelah membuka semua pakaiannya
k. Yang memandikan mayyit adalah orang yang lebih mengetahui cara penyelenggaraan mayat/jenazah sesuai dengan sunnah Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam, lebih-lebih jika termasuk kerabat keluarga mayyit.

[3] Yang memandikan mayyit akan mendapatkan pahala yang besar jika memenuhi dua syarat berikut.

a. Menutupi kekurangan yang ia dapati dari mayyit dan tidak menceritakan kepada orang lain
b. Ikhlas karena Allah semata dalam mejalankan urusan jenazah tanpa mengharapkan pamrih dan terima kasih serta tanpa tujuan-tujuan duniawi. Karena Allah tidak menerima amalan akhirat tanpa keikhlasan semata-mata kepada-Nya.

[4] Danjurkan bagi yang memandikan jenazah supaya mandi. (Tidak diwajibkan).

[5] Tidak disyariatkan memandikan orang yang mati syahid di medan perang, meskipun ia gugur dalam keadaan junub.


X MENGKAFANI MAYAT

[1] Setelah selesai memandikan mayat, maka wajib dikafani.

[2] Kain kafan serta biayanya diambil dari harta si mayyit sendiri, meskipun hartanya sampai habis, tidak ada yang tertinggal lagi.

[3] Seharusnya kain kafan menutupi semua anggota tubuhnya.

[4] Jika seandainya kain kafan tidak mencukupi semua tubuhnya, maka diutamakan menutupi kepalanya sampai ke sebagian tubuhnya, adapun yang masih terbuka maka ditutupi dengan daun-daunan yang wangi. (Hal yang seperti ini jarang terjadi paza zaman kita sekarang ini, tetapi ini adalah hukum syar'i).

[5] Jika kain kafan kurang, sementara jumlah mayat banyak, maka boleh mengkafani mereka secara massal dalam satu kafan, yaitu dengan cara mebagi-bagi jumlah tertentu di kalangan mereka dengan mendahulukan orang-orang yang lebih banyak mengetahui dan menghafal Al-Qur'an ke arah kiblat

[6] Tidak boleh membuka pakaian orang yang mati syahid yang dipakainya sewaktu mati, ia dikuburkan dengan pakaian yang dipakai syahid.

[7] Dianjurkan mengkafani orang yang mati syahid dengan selembar kain kafan atau lebih di atas pakaian yang sedang di pakai

[8] Orang yang mati dalam keadaan berihram dikafani dengan kedua pakaian ihram yang sedang dipakainya

[9] Hal-hal yang dianjurkan dalam pemakaian kain kafan :

a. Warna putih
b. Menyiapkan tiga lembar
c. Satu diantaranya bergaris-garis (Ini tidak bertentangan dengan bagian (a) karena dua hal : - Pada umumnya kain putih bergaris-garis putih, - Di antara ketiga lembar kafan tadi, satu yang bergaris-garis sedangkan yang lainnya putih
d. Memberikan wangi-wangian tiga kali.

[10] Tidak boleh berfoya-foya dalam pemakain kain kafan, dan tidak boleh lebih dari tiga lembar, karena hal itu menyalahi cara kafan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, dan terlebih lagi perbuatan itu dianggap menyia-nyiakan harta

[11] Dalam cara mengkafani tadi, mengkafani wanita sama caranya dengan mengkafani pria karena tidak adanya dalil yang menjelaskan perbedaan itu.


XI MEMBAWA JENAZAH SERTA MENGANTARNYA

[1] Wajib membawa jenazah dan mengantarnya, karena hal itu adalah hak seorang muslim yang mati terhadap kaum muslimin yang lain.

[2] Mengikuti jenazah ada dua tahap :

a. Mengikuti dari keluarganya sampai dishalati
b. Mengikuti dari keluarganya sampai selesai penguburannya, dan inilah yang lebih utama

[3] Mengikuti jenazah hanya dibolehkan bagi laki-laki, tidak dibolehkan bagi wanita, karena Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang wanita mengikuti jenazah.

[4] Tidak dibolehkan mengikuti jenazah dengan cara-cara sambil menangis, begitu pula membawa wangi-wangian dan sebagainya. (Termasuk dalam kategori ini amalan orang awam sambil membaca : "Wahhiduul -Ilaaha" atau jenis dzikir-dzikir lainnya yang dibuat-buat.

[5] Harus cepat-cepat dalam membawa jenazah dalam arti tidak berlari-lari.

[6] Boleh berjalan di depan jenazah, di belakangnya (ini yang lebih afdhal), boleh juga di samping kanannya atau kirinya dengan posisi dekat dengan jenazah, kecuali yang berkendaraan maka mengikuti dari belakang. (Perlu diketahui bahwa berjalan lebih afdhal dari pada berkendaraan).

[7] Boleh pulang berkendaraan setelah menguburkan mayat, tida makruh.

[8] Adapun membawa jenazah di atas kereta khusus atau mobil ambulance, kemudian orang-orang yang mengantarnya juga memakai mobil, maka hal ini termasuk tidak disyari'atkan, karena ini adalah kebiasaan orang-orang kafir, serta menghilangkan nilai-nilai yang terkandung dalam pengantaran jenazah yaitu mengingat-ingat akhirat, lebih-lebih lagi karena hal itu menjadi penyebab terkuat berkurangnya pengantar jenazah dan hilang kesempatan orang-orang yang ingin mendapatkan pahala. (Kecuali dalam keadaan darurat maka boleh memakai mobil).

[9] Berdiri untuk menghormati jenazah hukumnya mansukh (dihapuskan), oleh karena itu tidak boleh lagi diamalkan.

[10] Dianjurkan bagi yang membawa jenazah supaya berwudhu, tapi ini tidak wajib.

[Disalin dari kitab Muhtasar Kiatab Ahkaamul Janaaiz wa Bid'auha, karya Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albany, diringkas oleh Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid dan diterjemahkan oleh Muhammad Dahri Komaruddin]

Mati syahid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dalam Islam, mati syahid (Bahasa Arab: شَهيدšyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā') ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (jihad fi sabilillah).

Isi kandungan

Dalil orang mati syahid

Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)
Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya adalah sebagai berikut:
1. Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))
2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539))

Ganjaran mati syahid

Rasulullah bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
  1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
  2. melihat tempatnya didalam surga
  3. dilindungi dari azab kubur
  4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
  5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
  6. dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Syahid pertama

Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Penghulu para syuhada

Sabda Rasulullah:
"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al Hakim)

Rujukan

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat [1]
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,IIUM [2]
  3. Kitab Al Imarah Bab Bayan Asy Syuhada, Juz. 10, Hal. 29, No hadith. 3539. Al Maktabah Asy Syamilah

Nota kaki



Krisis Lahad Datu: Polis Mati Tidak Syahid

sembahyang_polis_mayatMUNGKIN ramai yang tidak pernah mendengar nama Ustaz Azhar Bin R**** dari Sepang.  Tapi percaya atau tidak Ustaz Azhar adalah penasihat residen laman suarapakatanrakyat.com dalam soal-soal berkaitan agama Islam.  Laman ini menyebut namanya sekadar menunjukkan bahawa kami bukan main hentam saja bila bercakap tentang Islam.
Ada rujukannya, bukan memandai mandai seperti dikata ramai orang.
Melalui nasihat Ustaz Azhar jugalah laman ini dimaklumkan bahawa pandangan yang mengatakan 7 anggota polis beragama Islam yang terkorban setakat ini sebagai syahid, adalah pandangan yang salah dan meleset.
Pandangan seumpama itu (polis mati sebagai syahid), adalah pandangan yang bertujuan meningkatkan tahap ‘pemujaan berlebih-lebihan’ terhadap anggota pasukan keselamatan tersebut, sedangkan mereka memang dibayar gaji untuk melakukan kerja itu.
Kalau mereka melakukan kerja itu secara sukarela dan terkorban semasa menjalankan tugas itu, barulah boleh dikatakan mereka mati syahid.
Lagipun menurut Ustaz Azhar, orang yang mati syahid, mayatnya tidak perlu disembahyangkan, dimandikan dan dikafankan.  Adalah lebih ‘afdal’ mayat itu dikebumikan begitu sahaja.  Bagi menyokong pendapat itu, Ustaz Azhar menyertakan kepada kami sabda Nabi seperti di bawah:-
“Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat Al-Bukhari)”
Dalam hal ini, memang kelihatan jelas semua mayat-mayat tersebut disempurnakan seperti kematian biasa dan itu sahaja bukti jelas bahawa mereka bukan mati syahid!!
Ustaz Azhar juga merujukkan kami kepada Peristiwa Memali pada 1985 bila 13 dari 14 penyokong Ibrahim Libya yang terbunuh dalam serangan pasukan polis pada waktu itu, dikebumikan begitu sahaja, dengan pakaian yang masih merah dengan darah.  Itu menurutnya baru menepati kriteria mati syahid yang sebenarnya.
Lagipun, semua anggota polis tersebut adalah pendukung kepada undang-undang ‘kufar’ di Malaysia ini dan mereka tidak layak dikategorikan sebagai mati syahid.  Dalam hal ini Ustaz Azhar merujuk kepada Amanat Hadi 1981 yang menjadi pegangan masyarakat Islam sehingga hari ini.
Suarapakatanrakyat.com tidak begitu berminat menyentuh lebih lanjut tentang Amanat Hadi ini kerana ia boleh menimbulkan polemik yang lain, cukup sekadar disebutkan disini bahawa fakta berkaitan Amanat Hadi itu perlu disebut dalam konteks mengesahkan kematian semua anggota polis ini sebagai syahid atau tidak sahaja.
Yang penting dalam hal ini ialah semua anggota polis tersebut bukan mati syahid!!
Cuma malangnya dalam hal ini, ada dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat
sendiri berbalah pendapat.  Nik Abduh Nik Aziz umpamanya, mengaitkan kematian ini dengan mati syahid, sementara Mohamad Sabu dan pemimpin senior PAS yang lain tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Pandangan seumpama ini perlu diselaraskan agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam.  Laman ini bimbang ada pihak mengambil kesempatan dengan mempolitikkan kematian ini bagi kepentingan mereka kalau soal syahid atau tidak ini terlalu digembar gemburkan.
Bagi bukan Islam, tidak ada masalah, syahid atau tidak, hanya pada nama sahaja, bukan ada kesan apa pun.

Tiada ulasan: