Ahad, 24 Mac 2013

SEKARANG SAPE YANG TAKUT...CEMAS...SERTA MENGELABAH

Johor : Hebat sangat sampai melarikan diri
Posted on Sunday, March 24 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Sumber Keadilandaily

8da91cd893de11e2b01422000aaa05b1_7JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.

Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.

Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.

Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.
“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.
Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.
Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48195

 Akhirnya Wan Muhammad Azri mengaku dia pengundi hantu
Posted on Sunday, March 24 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,.
Wan Muhammad  Azri menyatakan dia bukan Papagomo.Wan Muhammad Azri ialah  individu yang memegang mycard bernombor seperti yang didedahkan oleh Rafizi Ramli dan mendakwa tidak pernah mengundi sebelum ini.Wan Muhammad Azri tidak pula menyentuh  mengenai rekod daftar dengan nombor polisnya tetapi akhirnya disahkan oleh SPR merupakan orang yang sama apabila namanya dibuang dari daftar pengundi pos.Bermakna Wan Muhammad Azri memang sah merupakan seorang bekas anggota polis yang pernah dipenjarakan kerana kes rasuah(rekod hukumannya tidak boleh dipadamkan).

Kalau benar Wan Muhammad Azri tak pernah mengundi, ini bermakna pegawainya yang sering didakwa oleh beberapa bekas anggota polis mengundi untuknya.

Logiknya, Wan Muhammad Azri menjadi pengundi pos selama dia berada dalam perkhidmatan polis dan sepanjang namanya masih ada dalam daftar undi.Oleh itu kalaupun Wan Muhammad Azri tidak pernah mengundi, dia tentu tahu ada pegawai yang mengundi untuknya.Dan dengan pengetahuan adanya namanya dalam daftar undi sebagai pengundi pos, Wan Muhammad Azri tentu sekali tahu bahawa dia adalah pengundi hantu ketika mendaftar sebagai orang awam.
Itulah maknanya pengakuan Wan Muhammad Azri dan tindakan segera SPR.Wan Muhammad Azri tidak boleh lari dari fakta penemuan yang membuktikan dia adalah pengundi hantu.Wan Muhammad Azri turut menafikan bahawa dia adalah Papagomo tetapi bagaimana pula dia boleh terlibat dengan perbicaraan saman Datok Husam Musa yang turut mengaitkan dia dengan blog Papagomo?
Zahid Hamidi berjaya mengenepikan sapina datok Husam untuk hadir memberi keterangan dan mengesahkan siapa papagomo kerana Zahid Hamidi kenal Papagomo yang pernah naik kapal selam bersama LGE.
Zahid mungkin berjaya sekarang tetapi Zahid tidak boleh melarikan diri selama lamanya.Lagi satu, Papagomo baru sahaja mendakwa dia dipukul oleh dua orang samseng PKR yang bermakna semua ahli PKR termasuk samsengnya kenal siapa Papagomo jadi tidak mungkin DSAI tersalah saman kerana Papagomo sudah dikenali.YB Tian Chua diberitakan turut mengikuti jejak DSAI.
Benarkah Wan Muhammad Azri bukan Papagomo? Kita lihat permainan seterusnya dari wan Muhammad Azri! 

 Kantoi... Rakan sendiri sahkan identiti Papagomo
Posted on Sunday, March 24 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: laniismaa

" Pemfitnah_PapagomoHari ini Wan Muhammad Azri Wan Deris tak nak mengaku dialah Papagomo. Mengenangkan saman RM100 juta Anwar Ibrahim terhadap dirinya, gabranya bertambah, dah menjadi penakut. Sebabnya kerana tiada yang terlepas disabitkan memfitnah dan terpaksa membayar saman  terutamnya Utusan Malaysia. Terkini RTM diarahkan bayar RM150 000 kepada ADUN PAS. Kalau Papagomo senang-senanglah dikantoikan mahkamah.

Dia menafikan, namun begitu  sekali lagi blog PR, EraPasca mendedahkan identiti Papagomo. Sumbernya rakan kepada Papagomo sendiri. Rakannya bercerita dengan tajuk “Cuit blog jumpa blogger hati kering”. Teramat sesuai dan padan dengan tajuk  kerana “hati kering” tanpa ingat dosa buat fitnah. Hati kering dengan selamba menambah dosa.  Rakannya juga mengesahkan dengan membuat pautan ke blog Papagomo. - Lagi.MY


Rujuk pendedahan lanjut EraPasca
Baca juga : Rozita Che Wan kena baca ni…

 Pemfitnah_Papagomo
"


 Yang DiTakuti Najib Razak
Posted on Sunday, March 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: NyorPandan

" Kenapa Najib Razak begitu takut nak bubarkan parlimen. Adakah Najib takut UMNO/BN akan kalah? Jawapannya Najib yakin BN akan menang.

Malah dari kajiselidik penulis terutama di kampung-kampung, sejak pemberian BR1M, sokongan pada BN mula melonjak. Justeru itu penulis sendiri yang dulunya yakin 80 peratus Pakatan Rakyat akan menang, kini turun 50-50.

Cuma yang penulis yakin UMNO/BN tak akan menang majoriti 2/3. Inilah yang ditakuti sangat oleh Najib Razak. Jika ini berlaku sudah tentu bertubi-tubi desakan dari ahli UMNO supaya Najib melepaskan jawatan sebagai presiden UMNO dan sekaligus sebagai perdana menteri. Maka akan terciptalah dalam sejarah Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat. Maka sebab itulah Najib sekarang tidur tak lena dan melewat-lewatkan tarikh pembuburan parlimen.


 PECAH BERITA! Daim Zainuddin Pula SERANG Anwar!
Posted on Sunday, March 24 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog Jalan Pulang

Apakah ia satu kebetulan yang disengajakan atau ia sememangnya satu kenyataan?

Sebentar tadi, bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin pula nampaknya mengikut jejak langkah ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud yang mengatakan bahawa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi perdana menteri.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama akhbar kawalan rejim Umno, New Sunday Times hari ini, Daim mahukan perdana menteri, Najib Altantuya terus mengekalkan jawatannya dan menyifatkan Anwar sebagai penghancur masa depan negara.

Dalam wawancara yang diadakan di Yayasan Pok Rafeah sempena mengambil nama ibunya, Daim menambah Anwar adalah dalang di sebalik kejatuhan ekonomi negara semasa krisis kewangan Asia sekitar 1997.

Katanya, walaupun Anwar kini dianggap pilihan untuk menggantikan Najib Atantuya, hakikatnya Anwar kononnya adalah ejen Amerika Syarikat sehingga kononnya cenderung untuk mengikut dasar dan polisi kuasa besar itu.

Bagaimanapun, Daim tidak mahu mengulas lanjut tentang ramalannya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa di Putrajaya.

Wartawan NST yang menemu bual bekas ahli parlimen Merbok itu kemudian bertanyakan bagaimana dia melihat sokongan pengundi Cina yang masih enggan kembali kepada BN dan Daim menjawab, untuk menyebut tentang ramalan dan keputusan pilihanraya adalah sesuatu yang meletihkan.

Daim pada pilihanraya umum ke-12 lalu meramalkan bahawa empat negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selain Kelantan kekal dikuasai PAS dan ternyata ramalannya benar.

Bagaimanapun agak menghairankan kali ini apabila Daim enggan membuka mulut, petanda sumber risikannya cuba menyimpan sesuatu yang tidak menyenangkan BN untuk terus berkuasa.

Dipercayai Daim terpaksa 'keluar' dari sarangnya kerana sudah merasakan bahawa BN kini semakin lemah walaupun pelbagai bentuk imbuhan 'rasuah 1Malaysia' disalurkan kepada rakyat.

Ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta di Kuching semalam, Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu.

“Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala ‘Arab Spring’, itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan,” katanya.

Kononnya Anwar kini sudah menjadi ejen asing untuk menghancurkan negara padahal Najib Altantuya lebih bahaya kerana sanggup mengupah penasihat Israel, APCO Worldwide yang ternyata membahayakan keselamatam negara.

Sebenarnya, kenyataan Taib dilihat penganalisis politik bertujuan untuk mengalih perhatian seluruh negara terhadap skandal yang kini sudah menjadi buah mulut antarabangsa hinggakan Penguasa Kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS) terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka mempunyai kaitan dengan kegiatan Taib.

Persoalannya, apakah Daim sudah dapat meramal keputusan pilihanraya kali ini apabila bukan setakat tiga negeri lain berjaya ditawan Pakatan Rakyat malah BN juga turut hilang Putrajaya?

Kita tunggu apakah 'ramalan' Daim yang turut meminati bintang Bollywood, Shah Rukh Khan ini akan keluar dalam tempoh terdekat!

JALAN PULANG

Klik di SINI untuk melihat wawancara Daim bersama NST



 Politik Pencerahan Bukanya Politik Persepsi
Posted on Sunday, March 24 @ 11:31:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber GAMUS
Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia


1. Golongan muda merupakan lapisan kepimpinan masa hadapan. Apa yang berlaku dalam kalangan golongan muda ini memberikan gambaran awal dan gambaran umum kepada kita bagaimana masa hadapan negara akan dibentuk. Jesteru amatlah penting untuk kita mempersiapkan golongan muda sebelum mereka mula mengambil alih tampuk kepimpinan negara.Tidak dinafikan bahawa, manusia itu berubah dari semasa ke semasa. Perkara yang sama juga tidak terkecuali kepada golongan muda. Namun itu tidak seharusnya menjadi alasan kepada kita untuk tidak mempersiapkan golongan ini untuk masa hadapan.

2. Politik merupakan satu topik yang luas. Secara umumnya hamper setiap urusan kehidupan kita melibatkan aspek politik. Selain daripada topik yang luas, politik juga merupakan topik yang sensitif bukan sahaja pada golongan muda malah buat masa ini. Di ambang pilihan raya umum ke-13 ini isu politik ibarat potassium yang jika dilemparkan ke dalam air akan terus menyejat.

Politik pada masa kini sering kali di kaitkan dengan rasuah, penyalah gunaan kuasa, kuda tunggangan, “macai” dan macam-macam lagi istilah yang tidak baik. Boleh dikatakan bidang politik ini sudah dianggap bidang yang “kotor”. Sudah menjadi perspektif masyarakat tiada yang tidak “kotor” jika perkara itu melibatkan politik.Namun adakah politik itu benar-benar kotor?

Politik adalah satu kerangka. Kerangka ini telah disediakan dengan bentuk-bentuk yang tertentu. Sekiranya kerangka ini diberi pengisian yang baik dan menepati garis panduan yang diberikan, maka ia akan mempunyai daya tahan yang lama (sustainability). Namun jika tidak sudah pasti ia akan rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Masyarakat adalah pengisian kepada kerangka politik tersebut. Bagaimana masyarakat mengisi kerangka politik itu bakal menentukan daya tahanya. Kita boleh ibaratkan politik ini sebagai karipap. Kulitnya adalah politik, intinya adalah masyarakat.

3. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan speaker’s corner yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Acara ini telah menarik perhatian ramai pihak terutama pihak pengurusan UiTM, Mahasiswa UiTM, dan Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia (GAMUS) secara khususnya. Hal ini kerana pihak GAMUS telah dikaitkan dengan penganjuran program ini tanpa pengetahuan pihak GAMUS sendiri.

Sehubungan dengan itu pihak GAMUS mengambil tindakkan proaktif dengan menafikan penglibatan kami dengan program tersebut. Pihak GAMUS mengambil keputusan menafikan penglibatan dengan SMM dalam menganjurkan speaker’s corner ini kerana pada hakiatnya memang kami tidak terlibat. Nama GAMUS telah diheret dengan tidak beretikanya oleh pihak SMM seperti yang dinyatakan dalam flyers dan poster yang telah tersebar luas dalam laman sosial Twitter dan Facebook.

Dalam mengambil keputusan untuk menafikan penglibatan GAMUS dengan SMM, pihak GAMUS sudah pun dapat menjangkakan bahawa isu ini akan diputar belitkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika. Ternyata sekali jangkaan ini menepati apabila pihak GAMUS telah dikritik dan difitnah dalam laman Middle Voices (MV) “Suara Siswa Zon Tengah”.

Pihak GAMUS kesal dengan tindakkan dan kenyataan yang dilakukan oleh pihak MV kerana ternyata kenyataan-kenyataan tersebut merupakan fitnah semata-mata. Seperti yang telah dinyatakan dalam kenyataan rasmi oleh Biro Maklumat dan Komunikasi Korporat GAMUS , pihak GAMUS memang tidak terlibat dan bukanlah seperti yang dinyatakan oleh pihak MV.

GAMUS merupakan satu inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa. Untuk pengetahuan umum, dalam GAMUS sendiri kami mempunyai pandangan politik partisan yang tersendiri, namun kami bersama dan bersatu untuk mengalakkan perbincangan sihat dan perkongsian pendapat yang berasaskan prinsip. Kepentingan Mahasiswa menjadi agenda utama kami. GAMUS sendiri tidak mempnyai kaitan mahupun hubungan rasmi dengan Pro-Mahasiswa ataupun Pro-Aspirasi ataupun mana-mana front politik kampus mahupun politik partisan yang wujud di Malaysia ini.

4. Kaitkan point 1, 2 dan 3. Pihak GAMUS kecewa dengan tindakkan MV yang melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas kepada GAMUS. Hal ini mencerminkan bahawasanya budaya politik fitnah itu wujud dalam kampus. Adakah budaya politik seperti ini yang kita mahukan di peringkat kebangsaan dan masa hadapan? Ingatlah bahawa kita golongan muda merupakan bakal pemimpin negara. Maka, jika kita mahukan negara yang lebih baik dan matang praktikannya mulai dari sekarang.

Jika tidak mempunyai asas yang kukuh usah direka-reka cerita hanya untuk mendapatkan perhatian. Budaya politik “if you’re not with us, you’re with them” ini perlu ditinggalkan. Jangan hanya kerana GAMUS mengkritik HEP yang mengadakan sekatan semasa Speakers’s Corner,sehingga menyusahkan para pelajar sedangkan masih ada alternative lain, GAMUS dilabel sebagai “anjing Pakatan”.Jangan lupa yang GAMUS juga mengkritik penganjur iaitu SMM dalam masa yang sama. Dalam zaman yang maju ini kita seharusnya bersikap matang dan memaparkan ciri-ciri masyarakat yang bertamadun. Salah satu ciri-ciri masyarakat yang bertamadun adalah belajar untuk menerima perbezaan pendapat. Selain itu, kita juga perlu mendokong konsep “hate the cause/action, not the person” .

Pihak GAMUS menafikan penglibatan dengan SMM dalam penganjuran speaker’s corner kini kerana pihak kami sememangnya tidak terlibat. Disamping itu pihak GAMUS juga tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh SMM dalam usaha untuk menganjurkan program tersebut. Kita hidup berlandaskan rule of law dan undang-undang ini perlulah dihormati. Ada tatacara tertentu yang perlu kita ikut untuk menganjurkan program-program, maka ikutlah tatacara tersebut dan paparkanlah kebijaksanaan kalian terutama bagi mereka yang bergelar mahasiswa.

Pihak GAMUS berharap penulisan ini sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada mereka yang masih lagi berada dalam kegelapan.

Nur,
(Junior Counsel of GAMUS)

Sumber: gamusofficial.blogspot.com


  Kerajaan semakin gentar dengan kebangkitan mahasiswa
Posted on Sunday, March 24 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Mahasiswakini

22 Mac 2013 - di Kuala Lumpur 3 orang mahasiswa,aktivis GM13 ditahan kerana terlibat dalam Occupy di Angkasapuri  bagi mendesak RTM memberi respons terhadap surat yang telah diberikan agar diadakan debat di antara mahasiswa dan Datuk Seri Najib.

23 Mac 2013 - di Labuan 5 orang mahasiswa ditahan kerana mengadakan Speaker's Corner dan edaran risalah sempena pelancaran Gerakan Mahasiswa PRU13.

2 siri tangkapan terhadap aktivis Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 dalam masa dua hati berturut-turut membuktikan kerajaan sekarang ini semakin gentar berhadapan dengan momentum kebangkitan mahasiswa.

Selain itu, ini juga petanda bahawa demokrasi di Malaysia kian parah dan songsang. Pembudayaan program-program yang memberi pendidikan politik kepada mahasiswa disekat, ditangkap serta diperlakukan sewenangnya seperti intimidasi dan politik samseng.

"Saya yakin gerakan ini tidak sesekali berundur walaupun diberi pelbagai tekanan dan sekatan. Untuk kebangkitan dari Borneo, Insya-Allah saya dalam proses penyusunan jadual untuk ke Sabah dan Labuan bagi pelancaran manifesto mahasiswa GM13 dalam masa terdekat ini. Ini Kalilah!" tegas Syis Abdul Kadir, Pengerusi GM13.

Sumber: mahasiswakini.net



PM Takut punca tarikh PRU 13 samar – Mat Sabu
Posted on Sunday, March 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Ibn_Bacoks
JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang masih belum mengumumkan tarikh Pilihan raya Umum (PRU) ke 13, lapor Sinar Harian.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, Perdana Menteri kini memerintah negara dalam kerajaan yang sudah luput tempoh dan ia merupakan kali pertama sejak tanah air mengecapi kemerdekaan.

“Inilah kali pertama sejak merdeka Perdana Menteri susah untuk mencari tarikh PRU, tidak jumpa. Anda mahu tahu kenapa? Sumber yang membantu PM untuk menentukan tarikh mengakui PR boleh menang jika PRU diadakan.

“Johor pula bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional kerana ia akan menjadi kubur BN. Sejak dulu pakatan menghormati demokrasi negara ini dengan menerima keputusan rakyat dan tewas kepada parti kerajaan.

“Tetapi sekarang, BN semakin tidak menghormati demokrasi di negara ini kerana tahu PR semakin kuat dan rakyat menyokong kita. Daripada keadaan ini, kita lihat Umno, MCA, MIC dan BN takut dengan kekalahan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulangtahun DAP ke 47 di kawasan lapang berhampiran Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Sumber: ibn75.wordpress.com

Tiada ulasan: