Sabtu, 16 Mac 2013

CAKAP DOSA ORANG MUNGKIN DOSA KITA SENDIRI MENIMBUN2...ALLAH SAJA YANG TAHU

Ameerah kutuk simbah cat merah ke rumah Anis

Harakahdaily, 16 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ameerah Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menyimbah cat merah di rumah Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli merangkap Timbalan Pengerusi Ameerah Malaysia Zon Selatan.
“Ameerah melihat budaya politik samseng ini semakin menular sejak kebelakangan ini,” kata Pengerusinya, Fareedah Samad kepada Harakahdaily.

Cat merah tersebut telah disimbah ke atas kereta dan rumah keluarga beliau di Bandar Penawar, Johor.

Selepas pintu pagar rumahnya digantung dengan batu nisan pada 24 Februari yang lepas, Anis sekali lagi mendapat ugutan dengan menerima simbahan cat merah pula pada hari ini.

Fareedah berpandangan, Anis yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Pengerang mungkin ditakuti oleh beberapa pihak tertentu.

Menurutnya, mereka mungkin tidak mahu melihat rakyat Pengerang bangkit mempertahankan hak mereka lantas merancang beberapa tindakan yang berbentuk ugutan kepada Anis.

“Ameerah Malaysia berasa amat sedih dan kecewa atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengamalkan budaya samseng seperti ini terhadap seorang pemimpin wanita muda seperti Anis,” katanya.

Justeru, ujar beliau Ameerah Malaysia menuntut siasatan secara menyeluruh dilakukan oleh pihak polis bagi menjamin keselamatan Anis Afida.

Rumah NGO Pengerang disimbah cat merah

Harakahdaily, 16 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Rumah Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli telah disimbah cat merah hari ini, dua minggu selepas beliau menerima ugutan berbentuk batu nisan yang digantung di hadapan rumahnya.

Kejadian yang berlaku itu disedari oleh ahli keluarga beliau pada awal pagi hari ini, lapor Nusajaya Kini.

Pada 24 Februari yang lalu, Anis bersama dua orang lagi ahli jawatankuasa NGO Pengerang telah menerima batu nisan yang tertera nama dan tarikh kematiannya dan dua orang ahli jawatankuasa terbabit.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandar Penawar terhadap insiden yang menimpa beliau itu.

Krisis air Pahang semakin meruncing

Harakahdaily, 16 Mac 2013



KUALA LUMPUR: Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.

Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, Huzir Sulaiman berkata, kerajaan negeri mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.

Oleh kerana itu, ujarnya tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini.

“Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan beliau berhubung masalah tersebut.

Selepas Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Andansura Rabu melahirkan kekecewaan beliau terhadap kegagalan pengurusan air di negeri itu pada bulan Ogos tahun lalu akibat kekerapan gangguan bekalan air setiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal,  80 NGO dari seluruh negara yang berpayung di bawah Solidariti Hijau dan dipimpin oleh Zulkefly Mohamad Omar bersama-sama kepimpinan PAS negeri menyerahkan pula memorandum kepada Menteri Besar Pahang pada bulan Disember tahun lalu menuntut satu reformasi segera dilakukan terhadap tahap kualiti perkhidmatan yang mengecewakan dari Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (P.A.I.P) walaupun telah diswastakan beberapa tahun yang lalu.

Beberapa siri gangguan bekalan air di seluruh negeri Pahang sepanjang 2 tahun yang lalu telah pun disenaraikan di dalam memorandum yang diserahkan itu termasuklah potensi gangguan bekalan air kepada penduduk Kuantan dari operasi kilang Lynas yang dikatakan akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka.

Selepas penduduk Kuantan dihantui gangguan bekalan air sebelum ini akibat kerosakan teknikal di Loji Air di Empangan Kobat, paip yang kerap pecah di Felda Bukit Kuantan serta kerosakan sistem bekalan air ketika sambutan perayaan, penulis dikejutkan dengan rungutan beberapa penduduk dari Taman Bukit Pelindung dan Taman Alor Akar Kuantan semalam yang mengeluh dengan kekerapan gangguan bekalan air yang sudah berlanjutan selama beberapa minggu ini lebih-lebih lagi selepas Lynas memulakan operasinya.

Lebih 100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada P.A.I.P petang semalam di Bukit Pelindung Kuantan, menuntut P.A.I.P untuk mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang stabil kepada kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang sebelum satu tindakan susulan diambil terhadap P.A.I.P.

Malah mereka juga menuntut penjelasan P.A.I.P sama ada gangguan bekalan air yang sedang berlaku mempunyai kaitan secara langsung dengan penggunaan bekalan air yang tinggi dari kilang Lynas sehingga bekalan air dilihat seolah-olah dicatu oleh P.A.I.P untuk memastikan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada kilang itu.

Penduduk juga tidak boleh dipersalahkan kerana mempunyai beberapa andaian punca gangguan bekalan air kerana sehingga hari ini, sebahagian dari mereka masih tidak dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan. Ramai yang tertanya-tanya, apakah puncanya? Dan sampai bilakah masalah gangguan bekalan air ini akan dapat diselesaikan?

Penulis selaku Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS negeri ingin mendesak maklum balas segera dari pihak Kerajaan Negeri Pahang dan P.A.I.P terhadap memorandum yang diserahkan pada bulan Disember tahun lalu kerana sehingga hari ini, tiada satu pun maklum balas yang diterima oleh Solidariti Hijau dan PAS Negeri seolah-olah ia dibakulsampahkan oleh mereka walaupun cadangan penambahbaikan yang telah banyak disenaraikan dalam memorandum itu adalah untuk kebaikan seluruh rakyat di negeri ini.

Mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.

Oleh kerana itu, tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini.

Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri ini. Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.

Transformasi Najib gagal, dituduh PAS pula berdosa

Mohd Sabri Said, 16 Mac 2013
TASEK GELUGOR: Akibat terlalu kecewa dengan kegagalan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak segan silu menuduh kononnya PAS melakukan tujuh kesalahan besar di Kelantan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika berceramah di Taman Pokok Sena, di sini malam tadi hairan tiba-tiba Najib bersuara begitu dalam keadaan PAS semakin melonjak ke persada politik tanah air dan antarabangsa.

Menurut Mujahid lagi, apa sudah jadi kepada transformasi yang dilancarkan oleh Najib sendiri dengan harapan ingin membawa Malaysia sebaris dengan negara maju.

"Hari ini tiba-tiba Najib menghalakan senjatanya pada PAS kononnya melakukan tujuh dosa besar kepada rakyat Kelantan. Sepatutnya beliau mengkaji kenapa transformasi yang diilhamkannya gagal, bukan bertindak sehingga menambah kemarahan rakyat lagi," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Baginya, Najib tidak perlu melabelkan tujuh dosa PAS untuk menyembunyikan kelemahan pentadbiran kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya menumpukan kepada pembubaran parlimen supaya rakyat boleh menghukum mana-mana pemimpin yang tidak amanah.

Menruutnya, semasa Najib menuduh tujuh dosa besar PAS, tiba-tiba negara dihimpit dengan hutang yang berlipat kali ganda.

"Melihatkan kedudukan kewangan negara yang makin parah, Najib begitu risau untuk bubar parlimen," kata beliau.

Selain itu, ujarnya negara juga mengalami ketirisan wang yang tinggi iaitu RM23 bilion manakala moral Najib sendiri jatuh merudum ekoran rakyat mempertikaikannya terutama membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta pembelian senjata ketenteraan Malaysia.

Bagi membolehkan rakyat menilai keberhasilan transformasi atau reformasi pentadbiran baru oleh Pakatan Rakyat, Njib seharusnya segera membubarkan parlimen bukannya terus menimbulkan teka teki yang berpanjangan.
Pakatan dakwa Najib keluar 'fatwa' songsang
NIZAM ZAIN
16 Mac 2013
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menegaskan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perikatan berusia lima tahun itu khususnya Pas telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini tidak berasas sama sekali.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menempelak tuduhan serius presiden Umno itu sambil menyindir Najib sebagai "mufti dan ahli majlis syura baru" kerana mengeluarkan fatwa songsang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah cuba memburuk-burukkan parti yang memperjuangkan Islam itu khususnya Kerajaan Negeri Kelantan.

“Sejak bila dia jadi mufti? Kenapa dia pulak nak jadi Majlis Syura mengeluarkan hukum hakam.

“... dulu kata Pas kafirkan Umno, sekarang dia pula buat, sekarang dia nak jadi tuhan pula,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyindir Najib sambil meminta beliau menutup mulut daripada menyentuh hal ehwal Islam kerana Pengerusi Barisan Nasional itu mengeluarkan kenyataan tidak berdasarkan ilmu, malah bukan ahli dalam memutuskan hukum-hakam.

Tegas Mustafa, tuduhan Najib itu bukan sahaja serius malah mempersendakan hukum Islam yang termaktub dalam al-Quran dan Al-Sunah dengan mempermainkan hukum dosa besar dengan sesuatu yang beliau sendiri tidak memahaminya.

“Siapa bagi fatwa, mana dia (Najib) dapat fatwa macam itu, tak betul tu (tuduhannya).

“...kalau tak faham jangan cakap, kenyataan dia bukan berdasarkan ilmu,” tegasnya sambil menafikan tuduhan Najib khususnya membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Tegasnya, jika benar Pas melakukan dosa besar terbabit, di mana peranan Umno-Barisan Nasional dalam mempertahankan kalimah ALLAH ketika ia kembali menjadi kontroversi pada tahun lepas.

“Bila kalimah Allah jadi isu, ada dia (Umno) pertahan, siapa yang pertahan? Soalnya dengan menyifatkan Najib sebagai tiada modal untuk meraih sokongan rakyat kepada Kerajaan BN ketika mengadakan lawatan bertemu rakyat Kelantan semalam," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osmana hairan dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh seorang pemimpin negara itu, sambil memberi amaran kepada Najib sekiranya tuduhan itu tidak disusuli dengan bukti, beliau tidak wajar membuat tuduhan sebegitu.

“Dalam Islam yang nak tuduh mesti ada bukti sah dan jelas.

“... siapa nak mendakwa kena ada bukti, tiada bukti jangan buat tuduhan,” katanya.

Rani juga mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi kontroversi baru-baru ini secara terang-terangan ditimbulkan oleh Umno-BN sendiri.

“Kalimah ALLAH jelas benda yang dicipta Umno sendiri,” dakwa beliau.

Beliau percaya tuduhan Najib itu bagi mengaburi mata rakyat tentang kepincangan ahli dan parti komponen BN yang kian berpecah-belah malah sejak akhir-akhir ini mereka sendiri tidak memberi sokongan sepenuhnya terhadap program turun padang beberapa pemimpin termasuk Najib sendiri.

Beliau berkata tahap kepercayaan rakyat kepada BN semakin pudar akibat sikap Najib yang terus-menerus menebarkan fitnah dan mengaibkan pembangkang dengan pelbagai serangan ganas, bukannya berlawan dengan hujah atau berdebat dengan cara yang sihat.

“Mafrel dan Umcedel buktikan sokongan kaum Cina makin meningkat kepada 84 peratus dari 60 peratus dulu, India pula 70 peratus dari 40 peratus, dan Melayu pun begitu.

“...bukan lawan dengan baling telur, dia nak cakap ape pun terpulanglah, rakyat yang menilainya,” katanya.
Najib tidak layak dakwa Pakatan buat 7 dosa besar
ROSMIZA KASIM
16 Mac 2013
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menghukum kononnya Pakatan Rakyat (PR) melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini, sebagaimana diumumkan beliau di Tanah Merah semalam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah yang tidak setuju dengan pendirian perdana menteri itu berkata, tujuh dosa besar digariskan berkenaan tidak selayaknya ditaburkan terhadap PR daripada mulut pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) itu.

“Dia (Najib) tidak layak menentukan hukuman dosa atau pahala. Apatah lagi menghukum PR melakukan dosa besar. Dosa hanya ALLAH yang tentukannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tujuh dosa besar yang digariskan perdana menteri  ketika lawatannya semalam, di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.

Antara dosa yang dinyatakan ialah  membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan dan mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
 Berapa ramai militan yang ditembak sebenarnya?
Posted on Saturday, March 16 @ 19:55:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Masih keliru dengan berita dari Lahad Datu, berapa ramai penceroboh yang ada. berapa ramai yang ditembak mati, berapa ramai yang ditawan dan di mana ketua penceroboh, Azzimudie? banyak versi mengenainya dan tiada satupun yang disahkan.Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib membetulkan fakta apabila mengesahkan hanya 15 militan yang dibunuh pada 1hb Mac bukan 27 seperti dilapurkan akhbar.

Termasuk yang dibunuh dalam pertempuran lain, rasanya jumlah militan yang dibunuh tidak sampai 50 orang, betul  ker? dicampur dengan yang ditawan yang setakat ini dilapurkan seramai 10 orang maka jumlah militan yang dijumpai masih kurang 100 orang.Lapuran media Filipina menyebut 180 penceroboh yang masuk sementara apa yang dinyatakan oleh polis ada antara 100 sehingga 300 militan bersenjata di Lahad  Datu dan Samporna.Mana satu yang betul?

Lebih memeningkan lagi apabila Datuk Hamza mengesahkan kg. Sungai Nyamuk dan kg.Tanduo sudah bersih dari militan, kini operasi pembersihan tertumpu dig Tanjung Batu sahaja."Jika kawasan Tanjung Batu dapat kita bersihkan hari ini, insya-Allah kita akan boleh katakan Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu adalah bersih," katanya.
Kalau semuanya bersih di mana militan selebihnya bersembunyi?Perkara sebegini mewajarkan kita merasa bimbang, kalau kalau militan Masih bergerak bebas  setelah operasi ditamatkan.
Begitu juga hearsay yang mengatakan ketua militan, Azzimudie Kiram, sudah meloloskan diri ke Filipina.Hamza berkata kalau benar berita itu, ianya menunjukkan Azzimudie tidak bertanggungjawab  kerana meningggalkan pengikutnya di Lahad Datu.Tapi Hamza tidak perasan bahawa rakyat kebanyakkan menyedari satu perkara, apa jadi dengan kawalan sempadan kita? Sempadannya hanya laut begitu mudah dilepasi Azzimudie, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.Tambahan pula tentera laut Filipina baru sahaja melapurkan 35 militan bersenjata dipercayai lolos dari Sabah ditahan berhampiran pulau Tawi Tawi, di wilayah Filipina.Ianya bermakna kalau  ada militan yang berjaya meloloskan diri dari pasukan kawalan Sempadan, maka apa alasan yang boleh menafikan kemungkinan Azzimudie juga lolos dengan mudah? Entah entah, Azzimudie merupakan salah seorang militan yang ditahan itu!
Begitu juga dakwaan Hamza, Azzimudie tidak bertanggungjawab tidak begitu matang kerana siapa tahu ini merupakan strategi mereka atau mungkin benar dakwaan ada dalang dalam negara yang memberi kerjasama kepada mereka.
Penulis percaya, apa saja yang berlaku di Lahad Datu diketahui oleh anggota pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas di sana.Mereka lebih tahu kelemahan yang berlaku, siapa penyebabnya dan semuga apa yang diketahui oleh anggota pasukan keselamatan ini boleh mengubah keadaan yang sedang berlaku dalam negara, insya-Allah!


DSAI paling banyak pahala didunia
Posted on Saturday, March 16 @ 19:53:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: modayu

"Imam masjidil haram mungkin antara orang yang paling banyak pahala ketika ini kerana dia solat 5 waktu dimasjid yang BAginda SAW pernah mengatakan bahawa solat di 3 masjid ini mendapat ganjaran yang amat banyak iaitu masjidil haram, masjid Nabi di madinah dan juga masjid Aqsa di palestine. Oleh itu dirasakan bahawa imam2 dimasjidil haram, dimasjid Nabawi dan juga di masjid Alaqsa kini menduduki ranking paling banyak pahala di dunia buat masa kini.

Seronokkan golongan-golongan yang terpilih dapat bersolat dimasjid yang dijanjikan ganjaran yang mewah itu. Akan tetapi di Malaysia juga terdapat seorang hamba Allah yang diberi peluang untuk mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Malah pahala yang dia dapat itu tidak perlukan dia untuk mengerjakan apa-apa ibadat sekalipun.


 Tahukah anda bahawa insan yang bernama ANwar Ibrahim ini setiap hari mendapat pahala percuma yang banyak yang datang dari sungai fitnah setiap hari.
Tahukah anda bahawa pahala anwar ibrahim ini tidak memerlukan beliau untuk bangun malam beribadah kepada Allah.
Tahukah anda bahawa setiap fitnah yang tidak didatangkan bukti yang jelas nyata,akan memberi kredit yang banyak kepada Anwar Ibrahim tanpa perlu mengambil peperiksaaan dan sebagainya disisi Allah.
Tahukah anda bahawa diakhirat sana, dosa memfitnah sesama manusia beriman ini dibayar dengan menggunakan pahala yang kita miliki sehingga habis, jika tidak cukup maka dosa orang yang difitnah itu pula akan dipikul oleh kita.?
Tahukah anda bahawa, jika kita bersetuju dengan fitnah yang dilemparkan oleh pemfitnah itu juga akan memberi lebih pahala  kepada Anwar Ibrahim setiap saat firnah itu tersebar?
Banyakkan nilai pahala Anwar ketika ini tanpa perlu dia bersusah payah berpuasa, bertahajut dan sebagainya melainkan hanya solat 5 waktu dan perkara-perkara wajib yang lain.
Jika anwar menyaman utusan atas fitnah yang dilakukan sebanyak rm100 juta, itu amat kecil berbanding pahala yang Allah akan beri kepada dia atas kesabaran anwar menerima ujian Allah yang agak hebat ini.
Jeles plak aku dengan kelebihan yang Allah beri pada Anwar Ibrahim, tetapi dugaan yang beliau hadapi bukan calang-calang orang yang boleh melaluinya.
Syabas saudara Anwar Ibrahim yang menjadi ikon bagi 'Bagaimana untuk mendapat pahala percuma tanpa perlu melakukan ibadat sunat yang banyak?'
 Video ini bukan video fitnah liwat DSAI tau, ini video dimana kita terpaksa mencari nilai pahala lebih dengan melakukan kerja-kerja amal yang diperintahkan oleh Allah untuk kita lakukan. So kita tidak diduga dengan fitnah mcm DSAI, maka kita ajarlah anak kita mengaji lebih baik dari membaca fitnah2 UMNO yg berterbangan ibarat debu yang busuk.

 
Anda bantu sesama muslim yang lain, insyaAllah, Allah akan bantu kita nanti.
'Fardhu Kifayah Compliance Partner - walkie talkie, water pressure, vacuum cleaner, set perkakasan air utk perkebunan dan banyak lagi di www.dadiydoo.com'
yang teringat,
md daud yusri alhutan melintangi 

 Mana gambar : kata 45,000 orang..kami nak Lihat..Tok Najib
Posted on Saturday, March 16 @ 19:52:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"
NOTA: Tukar tiub

di kuala krai 45,000 datang
di tanah merah 20,000 datanga
habis orang kelantan kena kumpul hari ini

jatan tak ke laut
betino tak ke sawah
semua dok gi jumpo najib



tapi pelik
kenapa tak ada gambar
kah  kah kah


TUNJUK LAH GAMBAR

BAGI RAKYAT PERCAYA

PM disambut meriah di Tanah Merah
TANAH MERAH 15 Mac - Lebih 20,000 rakyat Tanah Merah


Lebih 45,000 sambut PM di Kuala Krai
2013/03/15

TUNJUK LAH GAMBAR MACAM INI  baru kita percaya

Dapat Berita terkini di SINI dan KlikFan PAGE ORANG KAMPUNG

Tiada ulasan: