Posted on Monday, March 11 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: setisab
"Sehingga saat KR menulis komentar ini, Kerajaan Rakyat masih kukuh dengan tanggapan bahawa tragedi pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah perancangan yang direncanakan oleh Najib Razak dengan kerjasama para penasihatnya, Yahudi berfahaman Zionis bernaung di bawah APCO.
Ketika rakyat asyik membicarakan kisah pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan beberapa kawasan lain di Sabah, Najib Razak dengan licik telah menggunakan kelemahan polis dan kekuatan tentera demi 'political mileage' mereka.
Kecederaan dan kematian anggota keselamatan negara dalam tragedi Lahad Datu telah diolah sebegitu rupa oleh regim Umno BN untuk meraih sokongan dan simpati rakyat, bukan hanya kepada keluarga mangsa yang terbunuh, tetapi lebih dari; untuk keuntungan agenda politik kotor Umno BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13
Menyedari sokongan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah dan Sarawak terhadap Umno BN semakin terhakis, maka Najib menggunakan taktik jijik sepertimana yang pernah dilakukan oleh pemimpin Umno terdahulu dalam tragedi berdarah 13 May 1969, tragedi Sauk dan pembunuhan umat Islam di Memali.
Hancurkan Umno BN, insyaAllah rakyat Malaysia lebih aman dan makmur. - Sumber"
Pelajar Sekolah Pun Marah Pada UMNO/BN
Posted on Monday, March 11 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Mutaligat
Pembelajaran anak-anak diganggu dan guru-guru ditukarkan sesuka hati sehingga pelajar-pelajar sekolah juga marah.
Inilah bahananya apabila Umno/BN sudah tidak waras menggunakan kuasa mereka bertindak sesuka hati walaupun mengorbankan pelajaran anak-anak kita.
Sumber: mutaligat.blogspot.com
Nasihat Pada Pakatan Rakyat..Tumpukan Usaha Untuk Merampas Putrajaya Posted on Monday, March 11 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: Tok Janggut
PRU13 makin hampir, Pakatan Rakyat nampaknya masih bergelut dengan permasalahan daftar pengundi yang kebanyakan meragukan. SPR pula buat pekak badak sebab semuanya itu ada hasilkerjanya atas arahan UMNO bagi memastikan kemenangan berpihak kepada UMNO nanti dan pegawai SPR akan terus bertugas dalam SPR tetapi jika UMNO/BN tumpas, maka nasib dan kedudukan pegawai tinggi SPR akan tergugat kerana ada kemungkinan mereka akan disiasat kerana bersekongkol dengan UMNO membuat kerja-kerja menipu dalam pilihanraya dan khianat kepada amanah rakyat serta akan diseret ke mahkamah, ini tidak mustahil akan berlaku.
Kepada Pakatan Rakyat, tumpukan usaha kepada semua kawasan Parlimen kerana dengan kemenangan kawasan Parlimen sahaja kita akan berjaya ke Putrajaya. Jangan bimbang tentang Dun dan negeri kerana jika kita berjaya berkuasa di Putrajaya, usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN amat mudah sekali.
Ini adalah kerana kita sedia maklum boleh dikatakan semua wakil rakyat UMNO hidup mewah, maka inilah yang akan kita korek untuk mengetahui dari mana mereka dapat wang yang sebegitu banyak. SPRM akan kita tugaskan dan jika perlu tambah kakitangan untuk menyiasat semua ADUN UMNO/BN kelak dan mana-mana yang terbukti terlibat dengan rasuah, jangan lepaskan...heret ke mahkamah, jika sabit kesalahan maka jawatan mereka sebagai ADUN akan gugur dengan sendirinya, maka dengan ini jika diadakan sekali pilihanraya kecil pun calun-calun lain dari UMNO/BN akan fikir dua kali untuk dicalunkan kerana jika menang pun akan disiasat juga harta mereka sehingga ke akar umbi. Akhirnya negeri-negeri yang dikuasai UMNO/BN akan tumbang dengan sendirinya dan Pakatan Rakyat akan menguasai negeri-negeri tersebut dengan mudah.
Bukan itu sahaja, wakil Parlimen dari UMNO/BN pun akan kita siasat hingga ke akar umbi akan kekayaan yang mereka perolehi selama ini datang dari mana, jika dari hasil rasuah, salahguna kuasa maka wajib dirampas semua harta mereka dan dijadikan hasil negara atau negeri. Seret mereke ke mahkamah dan akan gugurlah status mereka sebagai ahli Parlimen. Oleh itu jika sekarang ini UMNO/BN buat kerja menipu dengan kerjasama SPR untuk menang, silakan, tapi ingat! Jika Putrajaya tumbang, kita tidak akan lepaskan SPR dan JPN yang membuat kerja kotor selama ini. Begitu juga akhabr Utusan dan TV3 wajar dibatalkan lesen percetakan dan penyiaran mereka nanti, jika dibiarkan mereka terus beroperasi, negara dan rakyat akan menjadi hancur.
Peristiwa di Lahad Datu mungkin digunakan oleh kerajaan untuk melengahkan PRU13 di Sabah atau untuk istiharkan dharurat. Jika benar, maka nampak sangatlah seolah-olah peristiwa ini dirancang kerana kedudukan dan kekuatan UMNO/BN di Sabah sudah goyang. Jika ditanya tak mungkin peristiwa ini dirancang kerana mengorbankan nyawa anggota keselamatan. Jawapanya, lupakah kita peristiwa di Memali? Akibat angkara Mahathir ramai orang kampung yang ditembak mati. Apakah penduduk kampung di Memali mempunyai mortar, M16, kereta kebal atau bon C4? Mereka rata-rata hanya mempunya pisau untuk menoreh getah, sabit untuk memotong rumput dan lalang di kebun, jadi mengapa dibunuh juga? Sehinggakan ada anggota keselamatan yang turut terkorban, dengan apa mereka dibunuh? Dengan pisau getah? Dengan sabit rumput?
Yang pastinya peluru senjata automatik sesama mereka tersasar mengenai rakan mereka sendiri. Mengapa ini terjadi? Tidak lain dan tidak bukan hanya niat jahat Mahathir untuk memburukan PAS kononya PAS parti sesat, pengganas dan penderhaka. Dimanakaha Mahathir dan pemimpin UMNO ketika itu di mana pihak keselamatan di arah supaya bertempur dengan orang kampung yang lemah itu? Orang kampung dan pihak keselamatan bertempur sesama sendiri sehingga berlaku kematian sedangkan Mahathir dan pemimpin UMNO lain duduk bersenang-lenang dan bebas ke sana ke mari.
Kemudian isu Al Maunah juga di zaman Mahathir. Apakah terfikir oleh kita bagaimana begitu mudah kumpulan Al Maunah ini boleh masuk ke kem tentera mengambil senjata dengan begitu mudah? Bukankah depoh senjata di kawal dengan ketat. Ini seolah-olah pergi mengambil barang di rumah sendiri dan seolah-olah kawasan itu di arah dan di kosongkan dari kawalan tentera.
Akhirnya ramai yang mati dan direkacipta berbagai propaganda dan fitnah bagi memburukan kumpulan itu di mata masyarakat. Tujuanya juga seperti di Memali iaitu untuk mengaitkan PAS juga dengan kumpulan Al Maunah.
Najib mengutuk sesiapa yang mengatakan peristiwa Lahad Datu sebagai sandiwara sebagai keji dan tidak berhati perut.
Apakah kerja membunuh orang Kampung di Memali dan membunuh Al Tantuya yang dikatakan sedang hamil (anak siapa?) dengan menggunakan letupan C4 itu tidak keji dan tidak berhati perut? Lahad Datu menimbulkan banyak persoalan dan wasangka rakyat. Ini adalah kerana bagaimana begitu mudah kumpulan bersenjata itu masuk seolah laluan mereka itu diarah supaya dikosongkan bagi memudahkan mereka masuk atau mereka semua mempunyai "IC" biru yang diberikan ketika zaman Mahathir dulu? Peristiwa ini adalah berpunca program "IC" zaman Mahathir dulu. Mahathir wajib disiasat dan dihumban ke penjara angkara kerja keji dan khianatnya terhadap negara dan kini rakyat Sabah menanggung azabnya. Selain dari itu, UMNO nampaknya menggunakan isu Lahad Datu ini untuk menyerang Dato Sri Anwar Ibrahim dan Tian Chua. Ini juga salah satu sebab rakyat melihat akan kebenaran bahawa peristiwa ini hanya bertujuan untuk memburukan Pakatan Rakyat.
Persoalanya, jika kita sama-sama berfikir secara tenang dan melihat situasi politik negara sekarang ini, apa benarkah memang berlaku kemasukan kumpulan bersenjata ini melalui perairan kita? Jika selama ini bot nelayan asing yang kecil pun dapat disekat dan dihalang oleh pasukan keselamatan kita yang mengawal perairan negara, masakan kumpulan bersenjata yang dikatakan melebihi 150 orang ini dengan mudah sahaja masuk dengan menaiki feri atau kapal besar dari bot nelayan tanpa dapat dikesan? Apakah kumpulan ini sebenarnya adalah PATI yang jumlah sudah beratus ribu orang yang sudah duduk bertahun-tahun di Sabah dan sudah mendapat "IC" biru hasil kerja Projek IC Mahathir dulu dan sudah berkali-kali mengundi dalam pilihanraya sebelum ini? Apakah jumlah kumpulan bersenjata ini hanya sekitar 150 orang atau lebih dari seribu orang? Jika tidak masakan perlu dihantar 7 batalion tentera, PGA dan jet pejuang untuk menyerang mereka? Tak masuk akal.
Yang paling munasabah dari peristiwa Lahad Datu ini ialah, kumpulan bersenjata ini adalah penduduk asing yang telah diberikan kad pengenalan biru oleh Mahathir dulu. Mereka kini adalah rakyat Malaysia dan warganegara Malaysia. Mereka bukan penceroboh tetapi rakyat tempatan hasil Projek IC Mahathir yang bangun memberontak. Itu sebabnya kerajaan menggunakan polis, tidak menggunakan tentera. Pihak tentera hanya digunakan kemudian itupun pengarah operasi tetap di bawah Ketua Polis Negara.
Mengapa kerajaan tak menghantar FRU yang selama ini begitu ganas membelasah rakyat pada perhimpuna BERSIH? Kita nak tengok setakat mana hebatnya FRU bila berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini, selama ini FRU hanya berani pada rakyat yang lemah , tidak berdaya dan tidak bersenjata sahaja. Kecut perut kot.
Kumpulan bersenjata ini yang juga penduduk tetap Sabah mungkin sudah dijanjikan akan diberikan tanah sekiranya mengundi UMNO/BN sejak zaman Mahathir lagi tetapi hanya janji kosong. Kini mungkin Najib menabur janji lagi agar mereka mengundi UMNO/BN dalam PRU13 nanti tetapi oleh kerana sudah kerapkali ditipu dan dikhianati maka kali ini mereka mendesak diberikan tanah yang dijanjikan oleh Najib sebelum PRU13 kerana jika tidak, selepas menang nanti, janji akan tinggal janji juga.
Pemimpin kumpulan ini telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa kumpulan mereka telah menjalani latihan ketenteraan di Sabah dan mereka masih mempunyai banyak senjata canggih yang disembunyikan di Sabah yang diberikan oleh bekas pemimpin Libya Muamar Ghadafi dulu yang digunakan untuk menyerang tentera kerajaan Filipina dulu. Kenyataan kerajaan bahawa kumpulan ini datang melalui laut hanyalah untuk mengaburi mata rakyat bagi menutup kerja khianat Mahathir dan UMNO dalam "projek IC" Mahathir dulu dan cubaan untuk mengelak dari diketahui oleh rakyat akan perkara sebenarnya. Jika tidak, tidak mustahil rakyat yang masih menyokong UMNO akan turut marah dan menolak UMNO dalm PRU13 nanti. Yang pasti, kejadian ini berlaku adalah berpunca dari "projek IC" Mahathir dan UMNO, kini pihak keselamatan dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa korban angkara Mahathir dan UMNO.
UMNO ingat kaum Sulu dan pendatang lain yang terlibat dengan kumpulan bersenjata ini sama seperti Melayu UMNO agaknya yang boleh dipermainkan, ditipu dan digula-gulakan semata-mata untuk mendapatkan undi dengan berbagai janji palsu, sekarang terimalah padahnya, senjata sudah makan tuan. Janganlah cuba hendak merekacipta dengan kedatangan kumpulan ini melalui laut, kerana mereka semua ini sudah berada lama di Sabah dan mengundi bagi pihak UMNO kerana terpedaya dengan janji, kini mereka sudah hilang sabar dan bangkit memberontak. Tak mustahil kesemua mereka itu mepunyai IC biru yang diberikan oleh Mahathir si bapa pengkhianat dan petualang negara itu. Angkara projek IC Mahathir dan angkara janji palsu UMNO, kini anggota keselamatan dan rakyat Sabah menanggung bebanya dan menjadi korbanya sedangkan pemimpin UMNO sibuk berebut projek, berebut jawatan, nak jadi calun PRU13 dan sibuk mencari idea bagaimana nak rompak harta rakyat dan nak bagaimana cara nak tipu rakyat lagi. Mahathir kini duduk selesa kehulu kehilir menjual temberangnya, dia sudah tidak peduli apa nak jadi pada rakyat Sabah, pada polis dan tentera. Manusia seperti Mahathir ini sepatutnya sudah lama dihumban ke penjara Sungai Buluh. Angkara beliau juga bangsa Melayu menjadi hancur dan aqidah umat Islam menjadi lebur.
Pemimpin UMNO bertempik ke hulu ke hilir menyindir dan mencabar pemimpin Pakatan Rakyat kononya mereka adalah penyelamat dan kes Lahad Datu ini sedangkan mereka seronok duduk di bilik hawa dingin, tidur malam di hotel mewah, makan disediakan sedangkan anggota keselamatan (polis dan tentera) bersengkang mata, bergadai nyawa, makan dan minum ala kadar, solat entah ke mana, tidur sekadar melepaskan rasa mengantuk, letih tidak terkata semata-mata untuk berdepan dengan kumpulan bersenjata ini. Itulah sebenarnya wajah pemimpin UMNO. Mereka cetuskan ketegangan semata-mata untuk politik mereka dan memperalatkan polis dan tentera demi untuk kekalkan kuasa. Yang jadi mangsa ialah polis, tentera dan rakyat. Inikah kerajaan dan pemimpin yang harus kita bela dan pertahankan lagi? Oleh itu, wahai anggota tentera, anggota polis dan semua rakyat jelata, ayuh kita sama-sama tumbang dan kuburkan UMNO/BN atau kini dikenali sebagai "Firaun Kecil" dalam PRU13 nanti demi kesejahteraan dan keamanan negara serta keselamatan harta rakyat dan negara.
Kita lihat sahaja sekarang kerajaan menolak gencatan senjata dan tidak peduli samada pihak keselamatan terus memburu dan membunuh kumpulan bersenjata tersebut atau dibiarkan mereka lari pulang ke negara asal mereka, ini adalah kerana mereka semua itu sudah tidak berguna lagi buat UMNO/kerajaan, jika dibiarkan mereka terus tinggal di Sabah, yang pasti mereka semua itu tidak akan mengundi dan menyokong UMNO/BN lagi dalam PRU13 ini. Oleh itu UMNO/kerajaan hanya cuci tangan. Wallahualam.
Kurap dan Fitnah
Posted on Monday, March 11 @ 15:42:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Ahmad Nazri
Kurap adalah satu jenis penyakit kulit memang enak dan asyik bila di garu, kadangkala hampir terlupa digaru kurap itu sehingga berdarah kulit, malah apabila tidak puas menggaru menggunakan kuku sendiri sikat buluh yang digunakan untuk sikat kutu pun boleh digunakan, ada juga yang sanggup mencari alat yang lebih kasar daripada itu asalkan ‘syok’ menggaru kurap hingga rasa puas…
ada juga yang menggunakan kulit pokok sebagai sandaran untuk menggaru kurap yang ada di celah peha dan punggung. Ketika sedang asyik, sedang syok menggaru dengan penuh rasa kelazatan, tanpa disedari habis melecet dan berdarah kulit peha dan kulit punggung, hah penyakit lain pula yang timbul.
Apabila penyakit kurap itu tidak dirawat mengikut nasihat doctor atau pengamal perubatan yang pakar maka boleh memalukan diri sendiri. Berkata orang tua-tua pula apabila penyakit kurap itu sudah bercantum sepanjang pinggang maka boleh jadi akan meragut nyawa orang yang dihinggapi penyakit kulit itu.
Kurap itu bolehlah kita umpamakan seperti Fitnah, bagi pemimpin Umno dan media Umno fitnah itu seolah-olah seperti Kurap, lagi lama dan kuat menggaru lagi asyik dan syok dilayan tetapi tanpa disedari diri sendiri menjadi buruk dan ditimpa penyakit yang memalukan.
Kepada sahabat dan kawan yang masih berkawan dengan Umno dan pemimpin Umno, berhati-hatilah....celah jari kaki, celah peha, punggung, pinggang, belakang, perut, pusat, celah ketiak, leher, bawah telinga, kulitt kepala semuanya sudah dihinggapi penyakit KURAP. Jom tinggalkan mereka kerana doctor pakar sudah menasihati hampir 57tahun tetapi masih degil serta menggunakan ubat yang tidak mujarab.
Nukilan
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat. 11 Mac 2013
Apa yang kerajaan tak-rasmi (caretaker government) tidak boleh buat Posted on Monday, March 11 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Sumber Roketkini
Telah genap lima tahun tempoh hayat kerajaan persekutuan sejak pilihanraya umum 8 Mac 2008. Telah ada pakar undang-undang termasuk Tommy Thomas yang menyatakan bahawa hari ini bermula tempoh kerajaan tak-rasmi (caretaker government) sehingga tarikh pengundian PRU ke-13 tidak lama lagi.
Sama ada ia bermula hari ini atau tidak lama lagi, yang penting kuasa kerajaan tak-rasmi adalah terhad. Jika melanggarnya bererti melanggar undang-undang, mencabul kedaulatan undang-undang dan pecah amanah terhadap rakyat.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula memberi contoh sistem demokrasi negara Komanwel, termasuk Australia, yang turut menjadi teladan kepada Malaysia di mana ada lima perkara utama yang TIDAK boleh dilakukan oleh kerajaan tak-rasmi.
Semua warga Malaysia yang prihatin perlu menjadi pemerhati bagi memastikan kerajaan tak-rasmi Najib Razak tidak menyalahgunakan kuasa atau mencabul undang-undang semata-mata mahu memenangkan Barisan Nasional dalam kempen PRU13..
Lima perkara sepanjang tempoh kerajaan tak-rasmi itu adalah:
* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat sebarang keputusan dasar kecuali dalam hal-hal yang amat penting serta perlu berbincang dengan pembangkang;
* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat perlantikan pegawai tinggi kecuali untuk jangka pendek sahaja;
* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat atau mengadakan sebarang kontrak atau tender projek besar;
* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh mengadakan rundingan antarabangsa atau membuat lawatan rasmi ke luar negara; dan
* Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membenarkan perkhidmatan awam terlibat dalam aktiviti pilihanraya kerana ia perlu bersikap neutral dan hanya menjadi penasihat kepada kerajaan, dan bukannya parti politik.
Berpuluh tahun lamanya BN melanggar prinsip-prinsip ini kerana ia menguasai segala alat-alat negara. Keadaan sudah berubah. Rakyat sudah mula berani berfikir, berani bertindak demi kebenaran dan hak.
Dahulu tak tapi sekarang sudah ada. Kini ada internet, WIFI, facebook dengan pelbagai aplikasi, sama ada melalui computer peribadi, telefon bimbit, ipad atau ipod dan pelbagai lagi. Semakin sukar untuk mereka yang berkuasa menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.
Sumber: Roketkini.com
Perkasa upah RM10 untuk bebudak ni… Posted on Monday, March 11 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: laniismaa
"
Perkasa melancarkan konvoi bermotosikal “Pertahan Kalimah Allah” sebelum ini. Di Kedah, ia dilancarkan 23 Febuari lalu dan dirasmikan anak Mahathir, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun.
Apa yang menariknya, kalau di Selangor upahnya RM10, baju dan makan free. Mungkin di Kedah upahnya sama. Paling menarik RM10 pun nak dikelong sehingga ada yang tak dapat dan ada yang mempertikaikannya dan disebarkan di FB dan menuduh Perkasa menipu. Juga takkan tak dapat RM10 pun pertikai, katanya jihad….
Dengan RM10, bebudak ni begitu bersemangat mengikuti program Perkasa. Katanya program mempertahankan kalimah Allah. Entahlah….tetapi nampaknya bukan kalimah Allah yang ingin dipertahankan tetapi laba politik yang dicari.
Lihatlah gambar-gambar, lagak peserta-peserta RM10 yang nak mempertahankan kalimah Allah. Perkasa cacamarbakan dan rojakkan kalimah Allah ikut selera mereka.
Gambar di atas adalah gambar ‘penjihad’ RM10 dapat menikmati makanan ‘free’. Berselera mereka kerana begitu letih dan lapar setelah selesai berjihad. – Lagi
Read more: www.ekeleh.com"
GEMPAR TAPI BENAR!: Bgn UMNO Mengibarkan Bendera PKR! Bgn UMNO Masuk PKR
Posted on Monday, March 11 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Omak Kau!!!
Omakkau dapat rakaman gambar yang memberitahu bangunan UMNO Temerloh, Pahang kini sedang mengibarkan bendera Parti KeADILan Rakyat.
Apa sudah jadinya ni.. Sampai bangunan UMNO pun dah masuk PKR dan menyokong Pakatan Rakyat!!!!
UMNO bermegah bila beberapa kerat anggota PKR masuk UMNO tapi yang ini satu bangunan masuk PKR????
UMNO IS DEAD!!!!!!
Sumber: omakkau.blogspot.com
Ustaz Idrus Hero Filem Mung Tunggu Aku Datang
Posted on Monday, March 11 @ 19:00:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: mohdnoorawang
"Ustaz Azahar Idrus "Ulama Sejuta Umat atau Ulama selebriti diberitakan mungking berlakun watak Hero sebuah filem terbitan MIG. Tajuk Filem tersebut Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang arahan pengarah muda yang hebat Pieere Andre.
Namun mengikut sember berita dari blog dan harakadialy, Ustaz Idrus belum lagi memberi jawapan yang ditawarkan oleh pengarah Pieere Andre yang bakal mengarahkan filem tersebut.
Untuk rekod Ustaz Azahar Idrus telah mencipta sejarah tersendiri dengan 100 ribu ribu orang hadir mendengar kuliah/ceramah beliau di Stadium Darulmankmor Pahang anjuran badan ngos.
Persoalannya wajarkah seorang ulama yang tersohor dan mempunyai berjuta pendengar dan peminat berlakun dalam sesebuah felim atau sesebuag generik filem?,
Bagi kami orang awam bersetuju dan wajar Ustaz Azhar Idrus menerima tawaran berlakun menjadi hero dalam filem tersebut jika jalan cerita dan olahan serta pengarahannya, seni musiknya, coraklakum dan lakunlayarnya tidak lri batas batas hukum dan dasar dalam Islam yang bersumberkan 4 mazhad yang muktabar.
Namun diajukan kepada penerbit filem MIG dan strudara atau pengarah Pieere Andre merujuk kepada ulama yang pakar dan muktabar atau setidak tidaknya merujuk kepada JAKIM atau ulama Iran.
Dicadangkan kepada Ustaz Azahar Idrus sebelum menerima atau menolak tawaran Pieere Andre perlu membuat kajian sedalamnya impllkasi dan merujuk kepada ulama yang arif walaupun ustaz seorang ulama. Kerana tidak semua perkara dan isu di dunia diketahui oleh seseorang. sekian.
DPPM Gerakkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu
Posted on Monday, March 11 @ 15:51:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Mohd Adram Musa
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menggerakkan Tabung Perajurit Tragedi
Lahad Datu bagi membantu keluarga mangsa korban dan mereka yang
tercedera dalam serangan tentera Malaysia terhadap pengganas di Lahad
Datu serta Semporna, Sabah.
abung
ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang, Presiden PAS pada Khamis, 7 Mac 2013 di Pejabat Agung PAS, Jalan
Raja Laut, Kuala Lumpur. Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM yang
dipengerusikan oleh Saudara Mohd Adram bin Musa diamanahkan untuk
menguruskan tabung ini dan akan menyerahkan pada pihak terbabit pada
suatu masa yang akan ditetapkan kelak.
Dalam
majlis pelancaran tersebut, YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS
mengharapkan umat Islam yang prihatin agar dapat menghulurkan sumbangan
kepada mereka yang terkorban mahupun yang tercedera dalam peperangan
menentang penceroboh di Sabah. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para
perajurit negara bagi memastikan kemanan dan keselamatan negara amat
besar. Justeru amat wajarlah rakyat pula berkorban dengan sedikit
sumbangan bagi meringankan beban penderitaan ahli keluarga mereka yang
kehilangan insan tersayang.
Sebagai simbolik pelancaran tersebut, Presiden PAS memohon supaya setiap ahli PAS menyumbangkan sekurang-kurangnya RM 1.00 kepada tabung ini. Dengan jumlah keahlian PAS mencecah sejuta orang, diharapkan sejuta ringgit mampu dikumpul dalam masa yang singkat dan jumlah inilah yang akan disalurkan kepada pihak terbabit.
Sebagai simbolik pelancaran tersebut, Presiden PAS memohon supaya setiap ahli PAS menyumbangkan sekurang-kurangnya RM 1.00 kepada tabung ini. Dengan jumlah keahlian PAS mencecah sejuta orang, diharapkan sejuta ringgit mampu dikumpul dalam masa yang singkat dan jumlah inilah yang akan disalurkan kepada pihak terbabit.
Kepada mereka yang
ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan memasukkan
sumbangan ke Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu melalui akan Maybank :
564025400414 atau hubungi Sdr Mohd Adram bin Musa di talian : 013
3845555.
MOHD ADRAM BIN MUSAPengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin RakyatDewan Pemuda PAS Malaysia
Si Saiful Yang Malang - Hanya 8% Menyokongnya
Posted on Monday, March 11 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh greenboc
Di dalam satu bancian yang dikendalikan oleh akhbar Sinar Harian yang bertanyakan mengenai keyakinan pembaca terhadap pendirian samada Saiful atau ayahnya Azlan, didapati lebih 90% pembaca memilih untuk berpihak kepada Azlan.
Daripada sejumlah 2258 orang yang menyertai Bancian tersebut, 2070 (92%) orang telah memilih Azlan dan cuma 188 (8%) memilih Saiful.
Berikut ialah soalan yang ditanyakan di dalam bancian trersebut.
Saiful sebelum ini telah menuduh bapanya, yang telah mendedahkan anaknya itu dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.
Berikut ialah kenyataan penuh bapa Saiful Bukari, iaitu Azlan Mohd Lazim.
Kenyataan penuh bapa Saiful BukhariSumber: greenboc.blogspot.com
Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.
4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.
5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.
6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.
8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.
9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.
12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan