Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh is a small town in Kelantan, Malaysia. Located about 7 kilometres from Kota Bharu town.The town is famous for its daily and weekly market. Wakaf Che Yeh has been progressing well for the last ten years. A small supermarket can also be found at the area. The Lee Rubber which used to be a landmark for Wakaf Che Yeh ( because of the smell) has been relocated to South of Kelantan. Radio Television Malaysia ( Kelantan ) is located at the area.
|
Rasai kesibukan Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya.
Pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi disini seperti pelbagai jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, kereta, perfume, kasut bundle, cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala, toto dan pelbagai lagi. Dan semua barangan yang dijual pula adalah kebanyakan barang tiruan ataupun replika seperti jam tangan, wangian, dan lain-lain. Jangan tertipu dengan pelbagai jenama yang ada kerana ia hanyalah replika. Walaubagaimanapun, anda boleh belikan jam tangan replika berjenama ‘Casio’ dengan harga RM10-RM20 sahaja kepada anak anda.
Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam hujung minggu dan cuti sekolah. Paling sesak teruk adalah pada malam Hari Raya Puasa. Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan, pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk. Pada waktu malam, anda dinasihatkan tidak masuk melalui pintu gerbang untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lockkerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.
Memandangkan pelbagai barangan dijual disini, pastikan anda senaraikan barang yang ingin dibeli, membuat perbandingan harga dan fikir masak-masak sebelum membeli sesuatu barang. Jika tidak, silap-silap satu malam sahaja boleh habis beratus-ratus ringgit untuk barangan yang bukan keperluan dan tidak penting.
Tips di Pasar Malam Wakaf Che Yeh
- Jika ingin merasai pemandangan pasar malam yang sangat meriah, memang disyorkan ke sini.
- Pelbagai ragam penjual dan pembeli boleh dilihat. Barangan yang dibeli biasanya konsep “see and buy” dan tiada barangan spesifik yang boleh didapati di pasar ini memandangkan ia berkonsep pasar malam.
- Purata harga di pasar ini tidaklah terlalu murah, malah ada juga barangan yang boleh dikatakan lebih mahal berbanding ditempat lain seperti jersi bola, tudung bawal asli dan toto.
- Tetapi anda boleh membeli belah di sini jika tidak ke tempat lain. Contohnya jika anda tidak ke Rantau Panjang atau ke Pengkalan kubor untuk membeli barangan seperti toto, boleh lah dapatkan di sini.
- Jika ingin membeli tudung bawal asli atau pelbagai jenis kain, selain di pasar malam ini, tempat yang terbaik adalah di butik tudung yang beroperasi di lot bangunan di kawasan pasar malam ini serta di Bazar Tok Guru, atau Pasar Siti Khadijah kerana lebih banyak pilihan dan lebih selesa untuk tawar menawar berbanding di pasar malam.
1 ulasan:
TUMPANG IKLAN >>>>
KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KERETA SEWA DI KOTA BHARU DENGAN HARGA YANG MURAH DAN BERPATUTAN
JIKA ANDA MENGUNJUNGI NEGERI KELANTAN DAN MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI
CALL/SMS/WHATSAPP : 013 9191771
https://www.facebook.com/kereta.sewa.505
https://raycarrental.blogspot.my
Catat Ulasan