Ceramah Tian Chua terus diganggu
Ceramah
naib presiden PKR Tian Chua terus diganggu – kali ini oleh sekumpulan
100 orang pemuda yang berhimpun di Lunas, Kedah dalam satu kejadian pada
malam tadi.Pemuda berkenaan berhimpun di hadapan pusat operasi BN Batu Enam di kawasan tersebut dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Chua apabila tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 11 pagi.
Banyak di antaranya merupakan pemuda berpakaian merah dengan tulisan "Himpun" di bahagian depan baju mereka.
Sejumlah besar anggota polis dan pasukan keselamatan PAS memastikan pengacau terbabit tidak mendekati kawasan ceramah.
Kumpulan itu juga beredar kira-kira 15 minit selepas Chua mula berucap kepada kira-kira 300 orang yang hadir.
Pusat operasi BN juga ditutup tidak lama selepas itu.
Kumpulan itu bertindak lebih aman berbanding gerombolan yang menyerang kenderaan Chua dalam satu kejadian pada malam sebelum itu.
Azhar Idrus: Demo tidak haram jika ikut syarak
Penceramah
popular Azhar Idrus berpendapat, demonstrasi bukan satu perbuatan yang
haram sekiranya dilakukan mengikut hukum syarak dan Islam hanya menolak
demonstrasi yang mendatangkan kemudaratan.Begitu juga hukum untuk menghasut, yang menurutnya bukan satu perkara yang salah sekiranya dibuat untuk tujuan kebaikan.
"(Demonstrasi) bersyarat, harus bukan bertujuan nak buat kacau, tidak bertujuan untuk menghancurkan sesebuah negara, bukan tujuan untuk memporak-perandakan sistem ekonomi, tidak bertujuan gugatkan keselamatan negara dan hanya untuk tujuan berarak sahaja, maka hukumnya tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan haram.
"Sebab itulah, bila ada demonstarsi biarlah dia berdemonstrasi. Ingat, yang (buat) demonstrasi tidak bebas. Kamu terikat dengan hukum syarak,” katanya ketika diajukan soalan oleh aktivis politik Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan di Kampung Baru malam tadi.
Bercakap di program yang dihadiri 3,000 orang itu, Azhar berkata, peserta demonstrasi tidak boleh menggugat keselamatan negara, merosakkan harta benda awam dan juga membuat kekacauan.
“Berdemonstrasi (hanya) untuk menarik perhatian (bahawa) jika perkara ini dibiarkan ramai lagi yang akan menerima keburukan," katanya.
Mengulas hukum mengenai hasutan pula, bekas gitaris kumpulan pop Iklim itu hasutan yang membawa ke arah kebaikan dengan niat melakukan perubahan merupakan dakwah di sisi Allah.
Beliau memberi contoh hasutan untuk menukar seorang imam yang salah rakaat ketika mengimamkan solat subuh, beliau berkata, kariah boleh menghasut orang lain supaya menukar imam tersebut dengan tujuan kebaikan.
"Menghasut memang tak baik. Menghasut asal hukumnya ialah haram kerana menghasut ke arah kerosakan.
"Tetapi mengajak orang untuk lakukan perubahan dan menghasut, itu disisi Allah adalah dakwah. Kalau mengajak pada perubahan, kita tetap tak bersalah jika perubahan itu membawa kebaikkan. Kalau mengajak perubahan yang membawa mudarat, itu salah," kata Azhar lagi.
Turut hadir sebagai ahli panel dalam program tersebut ialah dua orang artis Hairie Othman dan Meor Yusuf Aziddin serta aktivis pelajar Adam Adli.
Azhar juga menyertai sesi soal jawab politik bersama naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam program tersebut.
Program itu dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa orang artis antaranya oleh Ito dari kumpulan Blues Gang serta Yassin yang turut menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Reformasi.
Selain itu pelakon dan penyajak, Pyan Habib Rahman turut membacakan sebuah sajak yang bertajuk Huru-hara manakala penyanyi rock metal popular FTG, Tajol Ismi Akhbar mengumumkan secara rasmi penyertaannya ke dalam PAS.
Progeam yang bermula kira-kira jam 9 malam itu diakhiri satu ceramah ringkas oleh timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.
PTPTN akan bankrapkan negara, dakwa Rafizi
Pengarah
strategi PKR Rafizi Ramli berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) perlu dihapuskan segera bagi mengelakkan perbadanan
tersebut membankrapkan negara.Katanya PTPTN sehingga kini meminjam RM45 bilion daripada institusi kewangan, kebanyakannya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad. Daripada jumlah itu, sebanyak RM30 bilion disalurkan untuk menyediakan pinjaman pendidikan tinggi.
Peningkatan sebanyak 11 peratus setahun itu, kata Rafizi, dijangka mencecah paras RM100 bilion pada 2022.
"Apabila ia berlaku, ia akan mula memberi impak kepada sistem kewangan kita. Maka apa akan berlaku? Kita terpaksa menyelamatkan PTPTN," katanya semalam.
Katanya, lebih baik tabung jika tabung tersebut dihapuskan sekarang dan hutang RM30 juta itu dibiayai semula dalam tempoh 20 tahun akan datang, berbanding jika negara menanggung beban hutang RM100 bilion itu di kemudian hari.
Tambahnya, PTPTN hanya berjaya memungut RM2 bilion hutang sejak ditubuhkan pada 1997.
Beliau membandingkan dengan perkembangan di Amerika Syarikat di mana kutipan semula bayaran hutang siswa adalah kecil, sehinggalah jumlah hutang siswa meningkat kepada USD1 trilion (kira-kira RM3.12 trilion) tahun lalu.
“Sangat besar sehingga kongres AS dan senat merangka tawaran dan perundangan baru untuk memaafkan hitang tersebut, tapi bukan kerana AS mahu mencontohi tindakan kita untuk memansuhkan PTPTN.
"Mereka sedar bahawa risiko paling besar kepada kestabilan kewangan mereka, selepas pinjaman rumah dan kad kredit sebenarnya adalah pinjaman siswa.
"Jika (siswa) tidak boleh biaya, ia akan menjatuhukan kesemuanya seperti gelembung aset 2008," katanya.
Bekas akauntan itu bercakap dalam satu sesi dialog di antara pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kira-kira 200 orang anak muda di Bandar Utama, Selangor.
Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar
Menteri
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gambar kontroversi
mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat diedarkan di kalangan blog
penyokong Umno merupakan cubaan untuk menyerang peribadi dan mengaibkan
ketua pembangkang itu."Mereka belum puas cincang Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Akhbar yang sama turut menampilkan ulasan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha yang menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya.
"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggung jawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.
"Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," kata ADUN Taman Medan itu seperti dipetik Sinar Harian.
Sementara itu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam laporan sama berkata beliau sudah menjangka serangan terhadap Anwar itu akan dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menjelang pilihan raya umum ke-13.
"Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita Pakatan tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.
"Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan NGO yang tidak memihak kepada Pakatan untuk menyerang beliau antaranya isu Liwat I dan Liwat II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya.
Anwar semalam menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam gambar yang diolah sebagai video tersebut.
"Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya.
MB T'ganu beri amaran pada imam pro-pembangkang
Menteri
Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Majlis Agama Islam
dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil tindakan tegas terhadap
mana-mana imam di bawahnya yang menjadi penceramah kepada parti
pembangkang.Beliau berkata perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan laporan daripada Maidam berkaitan dakwaan terdapat sesetengah imam berceramah bagi pihak pembangkang.
"Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat kerana mereka ini tidak seharusnya melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
"Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal hari ini.
Pada majlis itu, seramai 820 orang menerima BR1M membabitkan peruntukan sebanyak RM410,000.
Minggu lepas, Pesuruhjaya Agama Maidam Datuk Mohd Rozali Salleh mendedahkan menerima laporan beberapa imam kerajaan berceramah bagi pihak pembangkang di beberapa masjid di daerah seperti Besut dan Kuala Terengganu.
Ahmad berkata imam adalah orang yang sepatutnya menjadi contoh serta mengajak umat Islam ke arah perpaduan, dan jika mereka terpengaruh dengan sikap pembangkang seperti PAS, ia akan menjurus kepada lebih banyak perpecahan kerana parti itulah menyebabkan umat Islam berpecah-belah ketika ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata rakyat tidak akan mendapat sebarang faedah jika menyokong PAS yang hanya pandai menabur janji kosong serta dengan mudah menuduh kerajaan memberi BR1M sebagai umpan pilihan raya.
"Kita boleh bagi BR1M kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membela nasib rakyat, dan tidak mustahil BR1M akan diteruskan jika rakyat terus menyokong BN.
"Kerajaan negeri juga sudah 13 tahun memberi bantuan dana raya kepada rakyat negeri ini, dan ia akan diteruskan selagi rakyat memberi mandat kepada BN di negeri ini," katanya.
- Bernama
Anwar: 'Asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya'
17 Mac 2013
“Dulu perut buncit, tapi sekarang tak (dalam gambar kontroversi terbaru). Pihak lawan asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya," katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin akan terus dapat sokongan pengikutnya walaupun dilanda pelbagai kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya yakin, mereka yang tidak putus-putus mendoakan serta bersolat hajat untuk membebaskan saya pada suatu masa dahulu dalam isu yang sama, akan terus berdiri teguh bersama saya," katanya sempena Program Jelajah Rakyat di Kampung Pedas Tengah, di sini, malam tadi.
Foto intim mirip Anwar sudah dijangka, taktik basi serang Pakatan
17 Mac 2013
Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha mendakwa, taktik itu sudah diketahui umum memandangkan ia kerap dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) dan orang ramai juga sudah boleh ‘menghidu’ dalang di sebalik penyebaran gambar berkenaan.
“Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggungjawab) buat selalu (perkara sebegini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.
“Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri,” katanya ketika diminta mengulas berhubung satu blog yang memuatkan entri memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dengan seorang lagi lelaki lain.
Haniza yang juga Adun Taman Medan mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak mempunyai modal lain dan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan gambar berunsur lucah untuk menjatuhkan PR.
Beliau bagaimanapun yakin PR tidak akan tergugat dengan 'serangan' ini memandangkan rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.
“Sepatutnya dalam politik, kita kena tumpukan kepada perkara berkaitan dasar dan polisi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya menggunakan politik durjana," katanya.
Timbalan Setiausaha DAP Negeri, Ng Suee Lim berkata, PR sudah menjangka serangan taktik kotor akan menjadi semakin rancak digunakan pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), terutama terhadap Anwar.
“Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita (PR) tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika PR berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.
“Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memihak kepada PR untuk menyerang beliau antaranya isu liwat I dan II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita,” katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, ia bukan perkara baru yang dilakukan pihak tertentu, sebaliknya mereka yang terlibat hanya ‘kitar semula’ isu berkenaan.
“Ini satu tindakan tidak bermaruah dan politik kotor kerana tiada fakta yang jelas untuk membuktikannya. Sepatutnya, dalam politik ini, kita hanya ‘bertempur’ dari segi idea, bukan dengan cara seperti ini.
“Saya percaya, rakyat kini sudah bijak menilai mana (perkara) yang betul,” katanya.
Ahmad Maslan: Tonton sendiri video 'aksi songsang'
Ketua
Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam
video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh
politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. Dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.
"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.
"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di Melaka, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.
"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.
Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan BN agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya Umum ke-13.
Beliau berkata keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.
Malah, katanya pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.
- Bernama
Kantoi!! Ulama 7 Dosa Sekali lagi memakai rantai leher
Posted on Sunday, March 17 @ 19:03:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh FH
Klik gambar untuk besar.
Hukum Lelaki Memakai Rantai dan Gelang
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata:
“Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).”
a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.
b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.
iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.
c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.
p/s: sendiri mau ingat laaa!!!
Sumber http://www.pencacai-semalaysia.com/2013/03/kantoi-sekali-lagi-najib-memakai-rantai.html
MB Selangor: 'Anwar tiada masa untuk lakukan itu semua'
17 Mac 2013
Abdul Khalid berkata, Pakatan Rakyat (PR) menganggap perkara yang ditonjolkan itu taktik lama Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Justeru tegas beliau, rakyat perlu membuat penilaian semula dalam memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kali ini.
"Apabila ada PRU, ada orang hilang seluar dan baju. Jadi saya ingat, rakyat tak payahlah... itu bukan... ini tujuan untuk memilih pemerintah yang bersedia berkorban untuk rakyat.
"Jadi walaupun cerita-cerita ini yang sedap didengar, tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi tidak baik, rasuah,.. hilang baju bukan rasuah," katanya ditemui Sinar Harian di Taman Connought, Cheras, di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, dakwaan terbaru ini tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Anwar, yang Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, menghadiri program-program PR.
"Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat.
"Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan