PAS perlu keluar untuk bersama masyarakat
-, | 26 Mac 2013 |
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini, suasana politik negara kembali menjadi hangat dengan pelbagai isu dan spekulasi tentang kalah menang parti-parti yang bertanding.
Begitu jugalah dengan suasana di negeri Terengganu yang secara tradisinya merupakan antara negeri yang paling sengit pertarungan politik berlaku khususnya di antara dua parti Melayu terbesar iaitu Pas dan Umno. Timbul kembali persoalan, apakah suasana arus dan perubahan dalam politik negara sekarang akan kembali berjaya memacu kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ‘Penyu Bertelur’ ini?
Persoalannya, apakah ‘faktor penentu’ kepada perubahan landskap politik tanah air akan juga mempengaruhi pengundi-pengundi dalam pilihan raya yang dianggap sebagai "ibu kepada segala pilihan raya" ini?
Begitu juga dengan persoalan, apakah rakyat Terengganu juga telah bersedia untuk melakukan perubahan besar dalam pilihan raya ini dengan pelbagai isu nasional dan tempatan yang boleh mempengaruhi pengundi?
Namun persoalan besar di Terengganu adalah, apakah isu yang akan dapat mempengaruhi sebahagian besar pengundi Melayu untuk memberi undi dan sokongan kepada mana-mana parti yang bertanding dalam pilihanraya akan datang ini?
Apakah ianya menyentuh persoalan ekonmi dan kemiskinan rakyat; apakah ia akan menyentuh persoalan rasuah dan salah-tadbir parti yang memerintah; atau apakah isu kewibawaan calon dan ketelusan memimpin akan menjadi faktor penentu di negeri Terengganu ini?
Bagi saya, kini pada umumnya rakyat Terengganu mahukan kepada perubahan. Warga Terengganu di perantauan khususnya golongan intelek dan koperat juga amat mengharapkan perubahan besar berlaku di Terengganu dalam PRU ke 13 akan datang.
Rasa tidak puas hati terhadap gaya pentadbiran Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said di kalangan Penjawat Awam di Terengganu juga adalah amat ketara.
Beliau dilihat gagal mentadbir dengan baik dan telus serta gagal memacu perkembangan ekonomi negeri sepanjang penggal pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar walaupun negeri ini kaya dan terkenal dengan hasil kekayaan minyak dan gas.
Yang nyata, kelemahan kerajaan negeri pimpinan beliau kini sedang menjadi perbualan umum kebanyakan rakyat termasuk dikedai-kedai kopi.
Begitu juga dengan pembelaan kepada rakyat khususnya golongan termiskin yang dihimpit dengan kenaikan kos kehidupan harian yang amat ketara di seluruh Terengganu.
Kenaikan harga barangan keperluan harian seperti minyak, gula, beras dan tepung amat membebankan rakyat terutamanya golongan miskin.
Malahan jika dibuat perbandingan, sesetengah barangan keperluan harian termasuk ikan dan ayam jauh lebih murah di Kuala Lumpur berbanding dengan di Terengganu.
Negeri yang dianggap negeri kaya tetapi rata-rata dilihat rakyat hidup dalam paras kemiskinan dengan kehidupan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Isu tanah di Kuala Terengganu juga menjadi perbualan semua pihak. Kini satu demi satu tanah dan perkampungan Melayu terhakis dek kerana kerakusan ’pembangunan’ dan tiada perancangan rapi yang dibuat.
Lebih malang lagi perkampungan tradisi Melayu satu persatu ’hilang’, dari Kampung Paya Keladi, Kampung Tanjung serta Kampung Ladang yang terus meletakkan orang-orang Melayu Terengganu ’ibarat menjadi pelarian di bumi sendiri’.
Yang terbaru, Menteri Besar Ahmad Said merancang untuk merobohkan Pasar Payang Kuala Terengganu yang merupakan pasar warisan puluhan tahun orang-orang Melayu berniaga dengan menggantikannya dengan Hotel lima bintang bernilai lebih RM400 juta.
Di bawah pentadbiran Ahmad Said, projek-projek membazir seperti Monsoon Cup, Kawasan Bebas Cukai di Tasik Kenyir dan Mini Zoo Bukit Tekal, Kemaman yang tidak banyak memberi manfaat kepada kehidupan harian rakyat Terengganu diteruskan.
Begitu juga dengan projek mega yang gagal seperti isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai lebih RM300 juta, kegagalan Taman Ilmu di Besut yang bernilai lebih RM200 juta dan kelewatan projek lebuhraya LPT 2 yang benilai lebih RM5 bilion yang juga dikaitkan dengan salah urus dan rasuah.
Namun apakah semua faktor ini sudah cukup untuk merubah selera pengundi Terengganu untuk melakukan perubahan dalam PRU 13 akan datang?
Apakah tren dan aliran nasional yang mahukan perubahan besar dalam PRU akan datang juga akan dituruti oleh pengundi-pengundi di Terengganu?
Bagi saya, rakyat kini amat arif dengan isu-isu yang di hadapi di negeri ‘penyu bertelur’ ini. Yang penting perubahan mesti berlaku. PAS mempunyai potensi besar untuk merampas kembali Terengganu dan menggantikan Umno.
Yang penting, kepimpinan PAS mesti keluar dari ‘kepumpung sendiri’ untuk menyebar-luaskan maklumat dan penerangan. Sentimen ‘politik kekitaan yang sempit’ mesti diketepikan dan tumpuan bukan sahaja harus diberikan dikalangan ahli-ahli dan penyokong PAS, tetapi semua lapisan masyarakat Terengganu khususnya golongan remaja dan mereka yang tidak berparti.
Ya, inilah juga realiti yang sedang menjadi luahan ramai kalangan warga Terengganu kini. Perubahan hanya akan berlaku sekiranya rakyat bersedia melakukan revolusi besar dalam PRU ke 13 ini.
Seluruh warga Terengganu yang sayangkan ‘negeri cantik budaya menarik’ ini mesti berusaha keras supaya perubahan besar dapat dilakukan.
Tiada pilihan melainkan rakyat Terengganu menolak secara ‘total’ Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 akan datang ini…
PKR: Papagomo, Wan Muhammad orang sama
PKR
mendakwa, rekod imigresen menunjukkan bahawa penulis blog pro-Umno
Papagomo, mempunyai rekod imigresen yang sama dengan individu bernama
Wan Muhammad Azri Wan Deris.Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata rekod imigresen menunjukkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri adalah sama di nombor kad pengenalan awam dan kad pengenalan polisnya.
Rafizi menunjukkan rekod bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri adalah 21 Januari 1983 di kedua-dua dokumen tersebut berdasarkan rekod imigresen pada 2010.
Satu daripada rekod berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan bahawa kedua-dua identiti tersebut digunakan dalam pasport yang sama, namun Rafizi mendakwa surat menyurat mahkamah membuktikan alamat Wan Muhammad Azri untuk kedua-dua identiti, di Danau Kota.
"Saya akan bincang dengan peguam sama ada maklumat ini boleh didedahkan," kata Rafizi.
Rafizi juga mendakwa anggota keluarga Papagomo akan muncul semasa perbicaraan kes saman ke atas penulis blog itu bagi membuktikan bahawa beliau sememangnya Wan Muhammad Azri.
Saifuddin: Nurul Izzah, MB pula mangsa video seks
Anggota
Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Tan
Sri Khalid Ibrahim antara pemimpin PKR yang dikaitkan dengan dakwaan
video seks terbaru yang mungkin dikeluarkan oleh Umno pada masa depan,
dakwa Datuk Saifuddin Nasution.Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudah ditunjukkan "sedutan" dua video berasingan - video pertama didakwa aksi Nurul Izzah dan video kedua didakwa melibatkan bapanya - "dua atau tiga hari lalu".
Saifuddin mendakwa, agen Umno menggunakan video itu sebagai amaran kepadanya tetapi menurutnya PKR tidak gentar kerana isu itu kerana sudah terbiasa sejak dari dahulu lagi.
"Kita sudah menghadapi perkara itu sejak 14 tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Saifuddin juga dalam kenyataannya hari ini berkata, mereka menerima maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" bahawa video itu dihasilkan melalui manipulasi imej digital.
Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.
Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual.
"Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami," katanya.
"Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."
DAP guna Bulan, nescaya pitam Umno
Subky Latif, | 26 Mac 2013 |
Dan PAS pula menyambutnya bagai menyediakan nyiru kalau tidak cukup tapak tangan kiranya DAP diuji oleh pejabat Pendaftaran Pertubuhan berikutan kesilapan kira undi pemilihan pimpinannya lalu. ROS mahu DAP mengundi semula sedang DAP merasa tidak perlu kerana ia telah membetulkan kesilapannya.
Politik ROS itu sudah berakhir apabila Lim Kit Siang menggemparkan alam sedia bertanding atas nama PAS kiranya DAP dibatalkan dan PAS pula menyambut cadangan Kit Siang dan Karpal Singh.
Saya berada di ceramah PAS di Bukit Katil, Melaka apabila penceramah PAS menyebutkan kesediaan DAP menjadi calon PAS, disambut dengan takbir dan tepuk tangan oleh sekitar 400 orang yang hadir.
Jika reaksi itu dari penyokong akar umbi PAS, jelaslah poliltik DAP dan PAS tidak mengelirukan penyokong akar umbi PAS tetapi yang keliru para penganalisis politik saja.
Kiranya hal itu terjadi Setiausaha Agung PAS, Dato Mustapa Ali kena guna sedikit masa dari kerjanya yang banyak itu untuk menanda tangani surat tauliah membenarkan setiap calon DAP menggunakan lambang Bulan untuk diserahkan bersama borang pencalonan kepada pegawai SPR di ssetiap pusat penamaan calon di seluruh negara.
Dan ia nikmat dan rezeki bagi peniaga bendera Bulan kerana penggunaannya akan bertambah lebih sekali ganda, justeru ia dipasang pula di setiap orang Cina dan India serta Bumiputera Sarawak dan Sabah.
Berita yang diletupkan oleh Lim Kit Siang itu dikira ribut yang lebih menggemparkan Perdana Menteri Najib dan penyokongnya. Ia lebih gempar dari ribut penduduk Pulau Pinang yang bertempik ‘NO’ kepada Najib yang bertanya apakah mereka bersedia untuk BN? Malah ia lebih kencang dari ribut besar yanag melanda kawasan kenduri besar sempena jelajah Najib di Tanah Merah, Kelantan di mana dia mengumumkan ‘7 dosa besar Pakatan.’
Lepas ucapannya ribut besar dan hujan lebat luar biasa melanda tempat itu habis khemah terpelanting dan kerusi meja lintang pukang.
Keributan itu cukup kencang untuk mendebarkan dada dan jantung Najib dan penyokong, tetapi jika jadi DAP bertanding atas calon PAS, maka sekalian UMNO nescaya akan pitam.
PAS sudah menyediakan beberapa calon bukan Islam melalui DHPPnya, maka tidak ganjil baginya menerima DAP menjadi calonnya.
Malah kalau DAP dibatalkan dan ia tidak mendaftarkan semula atau tidak menggunakan nama lain pun mungkin tidak bermasalah. Boleh difikirkan DHPP itu ditransformasi disesuaikan dengan keperluan DAP dengan autonomi dan kebebasan begeraknya seperti yang ada dan alangkah indahnya kalau parti yang berbeza kepercayaan politik itu boleh berada di bawah satu bumbung.
Ia mungkin pelik tetapi tiada yang mustahil sekarang.
20 tahun dulu keduanya tidak boleh bertembung, tetapi sekarang transformasi telah berjalan pesat dan laju, sejarah negara China sekarang hidup sebagai satu identiti dengan dua sistem berikutan Hong Kong kembali ke pangkuannya, mungkin boleh terjadi pada PAS dan DAP dengan dua aliran kepercayaan politik berada di bawah satu langit.
Allah Maha Kaya, tahulah Dia bagaimana hendak menyatukan penduduk yang sama-sama menentang kezaliman dan anti-rasuah dalam masyarakat yang hendak menegakkan negara berkebajikan.
Apa ROS nak buat lagi?
Editor Zainon Ahmad dirawat di hospital KB
Editor
Perunding akhbar The Sun, Zainon Ahmad, 70, dimasukkan ke Unit Rawatan
Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini
selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat kanser hati.
Menurut anak ketiganya, Zuhailawati, 40, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 1 pagi ini selepas mengadu sakit dada ketika berada di rumahnya di Jalan Bayam di Kota Bharu.
Beliau berkata Zainon (kanan) dihantar oleh ibunya, Hasnah Abdullah, 65, ke hospital berkenaan apabila mendapati keadaan bapanya agak membimbangkan.
Zuhailawati berkata bapanya sudah lama menghidap kanser hati dan penyakit berkenaan mula serius sejak Oktober lepas.
"Sebelum ini ayah menerima rawatan di sebuah pusat rawatan swasta di Subang Jaya, Selangor," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Wad Mahsuri, hospital itu hari ini.
Zainon yang berada dalam keadaan koma kini menggunakan alat bantuan ernafasan.
Isteri beliau, Hasnah, berada di sisi katil suaminya sambil membacakan surah Yasin dan berdoa.
Anggota keluarga dan saudara-mara tidak putus-putus menziarahi Zainon sejak berita beliau dimasukkan ke ICU tersebar.
"Sebelum ini bapa selalu bersenam dengan berjoging hampir setiap hari, cuma hari ini tidak sempat," kata Zuhailawati, anak ketiga daripada empat beradik itu.
"Kami anak-anak selalu nasihatkan supaya bapa pencen daripada bekerja sebagai wartawan. Bagaimanapun kerana minat yang begitu mendalam, bapa tetap meneruskan kerjayanya," katanya.
Beliau berkata bapanya yang tinggal di Seksyen 14 Subang Jaya, Selangor selalu berulang-alik ke rumahnya di Jalan Bayam di Kota Bharu.
Sementara itu, Hasnah yang sempat berbual dengan mereka yang menziarahi Zainon, berkata pada masa ini tiga daripada empat anaknya berada bersamanya.
"Seorang lagi dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat," katanya sambil menambah beliau dan Zainon mempunyai 14 cucu.
Turut menziarahi Zainon hari ini ialah Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Editor Tugas-tugas Khas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohamad Nasir Yusoff dan Pengarah Penyiaran Kelantan Datuk Sayuti Mokhtar.
Sementara itu di Kuala Lumpur berita mengenai Zainon dirawat di ICU mula tersebar dalam kalangan pengamal media sejak pagi.
Zainon yang pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan 35 tahun dulu merupakan Penolong Editor Kumpulan akhbar The New Straits Times. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pengarang akhbar The Sun pada 2002.
Zainon yang sering diundang untuk berucap mengenai peranan media dalam persidangan tempatan dan antarabangsa turut aktif dalam pelbagai program latihan untuk wartawan muda di dalam dan luar negara.
Beliau pernah memenangi Media Personality Award pada 2010. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.
Beliau pernah belajar mengenai pengurusan akhbar di Thomson Foundation, London dan menjadi felo di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tuft University, Boston, Amerika Syarikat.
- Bernama
Bagaimanapun, beliau berkata DUN Selangor akan terbubar secara
automatik pada 22 April walaupun Parlimen (tarikh akhir pembubarannya pada 28 April), belum dibubarkan.
Khalid berkata, beliau membuat pengumuman itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan rakyat Selangor dan Malaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya, telah menyatakan ia mahu pilihan raya negeri dan pusat diadakan serentak, dan oleh itu, pihaknya turut mensasarkan jangka masa tersebut.
Tiada keputusan dari Pakatan
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini, Khalid menegaskan bahawa ini adalah keputusannya dan bukan keputusan kepimpinan Pakatan.
Katanya, beliau juga bercakap dengan negeri Pakatan lain supaya menggunakan pendekatan yang sama berhubung tarikh pembubaran DUN masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, perbincangan masih berjalan dengan negeri-negeri Pakatan yang lain dan belum ada sebarang keputusan dibuat.
Beliau berkata jika cadangannya itu diterima, maka ia akan meletakkan tekanan ke atas kerajaan persekutuan untuk membubarkan Parlimen sebelum 22 April.
Selangor adalah negeri Pakatan yang terawal dibubarkan pada 22 April, diikuti Kelantan (28 April), Pulau Pinang (Mei 2) dan Kedah (5 Mei).
Terdahulu, Sinar Harian memetik Khalid sebagai menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan hari ini dan akan membuat mengumumkan hari ini atau esok mengenai tarikh pembubaran DUN Selangor.
Ini kerana, katanya, perkara itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada pembangkang ekoran Parlimen sudah dekat kepada pembubaran secara sendirinya.
"Ekoran Parlimen dan banyak DUN sudah sampai ke akhir tempohnya, dengan Parlimen sudah sampai lima tahun secara semula jadi dan DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri pada tengah malam (esok)..."
Justeru, tambahnya, tiada kelebihan daripada pembubaran awal DUN di negeri-negeri Pakatan.
Sementara itu, Bernama melaporkan Lim sebagai berkata, pembubaran serentak itu juga akan memudahkan dan tidak menimbulkan kesulitan kepada pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak.
Bercakap lepada pemberita selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah di Nusajaya hari ini, Lim dilapor berkata, beliau akan menyampaikan pandangannya itu pada mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur nanti.
Antara empat negeri di bawah Pakatan, DUN Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dengan tidak membubarkan Parlimen kerana ia dalam bidang kuasanya.
"Kita (BN) tidak boleh gugup kerana 28 April akan tetap datang dan kita tidak boleh lari dari tarikh itu.
"Kita tidak takut kepada pembangkang, mereka yang gugup. Mereka mahu pilihan raya awal. Mereka gugup. Kita tidak. Kita tidak takut kepada mereka," tambah Nazri.
Beliau bagaimanapun mengakui bukan tradisi kerajaan untuk menunggu selama ini untuk membubarkan Parlimen, terutamanya apabila sebuah Dewan Undangan Negeri secara automatik akan bubar dengan sendiri esok.
Filem yang ditayangkan secara tertutup dalam beberapa majlis itu akan ditayang kepada umum selepas pilihan raya umum ke-13.
Ia akan ditayangkan selepas pilihan raya bagi mengelakkan bantahan dari pihak tertentu, katanya.
"Ada dua perkara yang anda patut faham. Filem itu ditangguh dan akan ditayangkan kepada masa yang sesuai dan saya telah membuat keputusan untuk tayang selepas pilihan raya agar penonton dapat tengok dalam keadaan tenang dan tak perlu gaduh dan buat protes.
"Saya juga masih lagi memegang hak (filem), jadi sesiapa yang nak minta untuk filem itu diulas dan ditayangkan saya terima," katanya sambil menambah akan turut menayangkan filem itu kepada pembangkang sekiranya dibayar.
Filem berkenaan ditayangkan secara tertutup kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.
Filem itu turut ditayangkan dalam satu lagi majlis bersama pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 14 Mac dan seterusnya kepada satu lagi kumpulan pelajar dan kakitangan di kampus univerisiti tersebut di Kuantan, seminggu kemudian.
Menurut anak ketiganya, Zuhailawati, 40, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 1 pagi ini selepas mengadu sakit dada ketika berada di rumahnya di Jalan Bayam di Kota Bharu.
Beliau berkata Zainon (kanan) dihantar oleh ibunya, Hasnah Abdullah, 65, ke hospital berkenaan apabila mendapati keadaan bapanya agak membimbangkan.
Zuhailawati berkata bapanya sudah lama menghidap kanser hati dan penyakit berkenaan mula serius sejak Oktober lepas.
"Sebelum ini ayah menerima rawatan di sebuah pusat rawatan swasta di Subang Jaya, Selangor," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Wad Mahsuri, hospital itu hari ini.
Zainon yang berada dalam keadaan koma kini menggunakan alat bantuan ernafasan.
Isteri beliau, Hasnah, berada di sisi katil suaminya sambil membacakan surah Yasin dan berdoa.
Anggota keluarga dan saudara-mara tidak putus-putus menziarahi Zainon sejak berita beliau dimasukkan ke ICU tersebar.
"Sebelum ini bapa selalu bersenam dengan berjoging hampir setiap hari, cuma hari ini tidak sempat," kata Zuhailawati, anak ketiga daripada empat beradik itu.
"Kami anak-anak selalu nasihatkan supaya bapa pencen daripada bekerja sebagai wartawan. Bagaimanapun kerana minat yang begitu mendalam, bapa tetap meneruskan kerjayanya," katanya.
Beliau berkata bapanya yang tinggal di Seksyen 14 Subang Jaya, Selangor selalu berulang-alik ke rumahnya di Jalan Bayam di Kota Bharu.
Sementara itu, Hasnah yang sempat berbual dengan mereka yang menziarahi Zainon, berkata pada masa ini tiga daripada empat anaknya berada bersamanya.
"Seorang lagi dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat," katanya sambil menambah beliau dan Zainon mempunyai 14 cucu.
Turut menziarahi Zainon hari ini ialah Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Editor Tugas-tugas Khas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohamad Nasir Yusoff dan Pengarah Penyiaran Kelantan Datuk Sayuti Mokhtar.
Sementara itu di Kuala Lumpur berita mengenai Zainon dirawat di ICU mula tersebar dalam kalangan pengamal media sejak pagi.
Zainon yang pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan 35 tahun dulu merupakan Penolong Editor Kumpulan akhbar The New Straits Times. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pengarang akhbar The Sun pada 2002.
Zainon yang sering diundang untuk berucap mengenai peranan media dalam persidangan tempatan dan antarabangsa turut aktif dalam pelbagai program latihan untuk wartawan muda di dalam dan luar negara.
Beliau pernah memenangi Media Personality Award pada 2010. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.
Beliau pernah belajar mengenai pengurusan akhbar di Thomson Foundation, London dan menjadi felo di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tuft University, Boston, Amerika Syarikat.
- Bernama
MB S'gor sahkan tiada pembubaran awal
dikemaskini Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengesahkan bahawa
pentadbiran beliau tidak akan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri
(DUN) sebelum Parlimen dibubarkan.Bagaimanapun, beliau berkata DUN Selangor akan terbubar secara
automatik pada 22 April walaupun Parlimen (tarikh akhir pembubarannya pada 28 April), belum dibubarkan.
Khalid berkata, beliau membuat pengumuman itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan rakyat Selangor dan Malaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya, telah menyatakan ia mahu pilihan raya negeri dan pusat diadakan serentak, dan oleh itu, pihaknya turut mensasarkan jangka masa tersebut.
Tiada keputusan dari Pakatan
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini, Khalid menegaskan bahawa ini adalah keputusannya dan bukan keputusan kepimpinan Pakatan.
Katanya, beliau juga bercakap dengan negeri Pakatan lain supaya menggunakan pendekatan yang sama berhubung tarikh pembubaran DUN masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, perbincangan masih berjalan dengan negeri-negeri Pakatan yang lain dan belum ada sebarang keputusan dibuat.
Beliau berkata jika cadangannya itu diterima, maka ia akan meletakkan tekanan ke atas kerajaan persekutuan untuk membubarkan Parlimen sebelum 22 April.
Selangor adalah negeri Pakatan yang terawal dibubarkan pada 22 April, diikuti Kelantan (28 April), Pulau Pinang (Mei 2) dan Kedah (5 Mei).
Terdahulu, Sinar Harian memetik Khalid sebagai menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan hari ini dan akan membuat mengumumkan hari ini atau esok mengenai tarikh pembubaran DUN Selangor.
Kit Siang: Negeri Pakatan tak perlu bubar awal
Pemimpin
popular DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat tidak perlu
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada Parlimen.Ini kerana, katanya, perkara itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada pembangkang ekoran Parlimen sudah dekat kepada pembubaran secara sendirinya.
"Ekoran Parlimen dan banyak DUN sudah sampai ke akhir tempohnya, dengan Parlimen sudah sampai lima tahun secara semula jadi dan DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri pada tengah malam (esok)..."
Justeru, tambahnya, tiada kelebihan daripada pembubaran awal DUN di negeri-negeri Pakatan.
Sementara itu, Bernama melaporkan Lim sebagai berkata, pembubaran serentak itu juga akan memudahkan dan tidak menimbulkan kesulitan kepada pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak.
Bercakap lepada pemberita selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah di Nusajaya hari ini, Lim dilapor berkata, beliau akan menyampaikan pandangannya itu pada mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur nanti.
Antara empat negeri di bawah Pakatan, DUN Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.
'BN tak gugup nak bubarkan Parlimen'
BN
tidak gugup berhubung pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada
pilihan raya umum ke-13, Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Nazri Abdul Aziz.Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dengan tidak membubarkan Parlimen kerana ia dalam bidang kuasanya.
"Kita (BN) tidak boleh gugup kerana 28 April akan tetap datang dan kita tidak boleh lari dari tarikh itu.
"Kita tidak takut kepada pembangkang, mereka yang gugup. Mereka mahu pilihan raya awal. Mereka gugup. Kita tidak. Kita tidak takut kepada mereka," tambah Nazri.
Beliau bagaimanapun mengakui bukan tradisi kerajaan untuk menunggu selama ini untuk membubarkan Parlimen, terutamanya apabila sebuah Dewan Undangan Negeri secara automatik akan bubar dengan sendiri esok.
Pengarah kata berhak tayang 'Tanda Putera'
Pengarah
filem kontroversi Tanda Putera Datuk Shuhaimi Baba hari ini berkata,
beliau berhak menayangkan filem tersebut kepada mana-mana pihak walau
kabinet memutuskan agar penayangannya ditangguh kepada umum.Filem yang ditayangkan secara tertutup dalam beberapa majlis itu akan ditayang kepada umum selepas pilihan raya umum ke-13.
Ia akan ditayangkan selepas pilihan raya bagi mengelakkan bantahan dari pihak tertentu, katanya.
"Ada dua perkara yang anda patut faham. Filem itu ditangguh dan akan ditayangkan kepada masa yang sesuai dan saya telah membuat keputusan untuk tayang selepas pilihan raya agar penonton dapat tengok dalam keadaan tenang dan tak perlu gaduh dan buat protes.
"Saya juga masih lagi memegang hak (filem), jadi sesiapa yang nak minta untuk filem itu diulas dan ditayangkan saya terima," katanya sambil menambah akan turut menayangkan filem itu kepada pembangkang sekiranya dibayar.
Filem berkenaan ditayangkan secara tertutup kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.
Filem itu turut ditayangkan dalam satu lagi majlis bersama pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 14 Mac dan seterusnya kepada satu lagi kumpulan pelajar dan kakitangan di kampus univerisiti tersebut di Kuantan, seminggu kemudian.
Pengarah: Tanda Putera tangguh salah pembangkang
Pengarah
filem Tanda Putera Datuk Shuhaimi Baba menyalahkan parti pembangkang
yang tidak dapat menerima "filem kenegaraan" berkenaan sehingga
menyebabkan karya tersebut ditangguhkan tayangannya.
Sedangkan, golongan yang menyuarakan bantahan berkenaan masih belum menonton filem tersebut, katanya dalam satu forum di Shah Alam hari inil.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin pembangkang yang menyatakan bantahan tersebut, termasuk dalam tulisan emel dan di laman sosial.
"Kita buat filem untuk penonton filem. Yang tak boleh terima filem kenegaraan ini ialah orang-orang dari parti pembangkang. Buat petisyen hentam kami.
"Berjela-jela dia punya emel sehinggakan filem kenegaraan saya tak boleh ditayangkan," katanya.
Katanya beliau mahu membuat filem yang berbeza daripada genre filem hantu dan filem komedi.
"Tapi bila kita buat (filem berbeza) tak boleh terima. Silap dia kepada siapa? Penonton saya boleh terima. Minda mereka terbuka.
"Tapi orang yang tak tengok filem saya, orang dari parti pembangkang ini, penuh saya punya Facebook, emel saya...dengan dia punya bahasa tak payah cakaplah," katanya lagi.
Tambahnya, beliau kesal kerana filem berkenaan didakwa akan menyebabkan berlaku huru-hara dalam negara.
"Ada yang kata kalau tunjuk saya pergi neraka. Dia dah tengok belum? Mereka ini juga secara terus terang kata mereka dari pembangkang," katanya.
Forum bertajuk 'Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi' itu dianjurkan Karangkraf.
Filem Tanda Putera merupakan sebuah filem yang memaparkan kisah perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.
Menelan belanja RM4.8 juta, ia diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS.
Tanda Putera sebelum ini sepatutnya ditayangkan pada 13 September tahun lalu tetapi ditunda kepada 15 November.
Bagaimanapun tiada penayangan pada 15 November dan ditangguh kepada tahun ini.
Keputusan untuk menangguhkan tayangannya diputuskan oleh jemaah menteri dengan alasan demi kebaikan antara kaum kerana mengandungi babak yang mungkin menimbulkan konflik.
Filem itu bagaimanapun telah ditayangkan secara tertutup kepada pelajar serta kakitangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan Kuantan awal bulan ini serta kepada kira-kira 3,000 peneroka Felda pada Februari lalu.
Ketika Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat lebih 40 peratus, keluhan orang ramai, yang merasakan manfaatnya tidak banyak melimpah pada mereka, terhadap situasi ekonomi masih tetap kedengaran.
Rata-rata individu yang ditemui Malaysiakini sekitar LRT Bangsar dan berdekatan Dataran Maybank sekitar waktu makan tengah hari Jumaat lalu berkata, memang gaji mereka meningkat tetapi perbelanjaan mereka juga naik seiring.
"Tidak, walaupun ekonomi meningkat, inflasi dan kenaikan harga barang juga berlaku... walaupun (PNK per kapita) meningkat, kami tak rasakannya.
"Setinggi mana pun ia naik, kos perbelanjaan tetap naik sama," kata pengurus akaun Julianisa Azrin.
Rakannya Nurizzati Che Shaari (kanan), yang sama karier, mengiyakan sambil berkata kerajaan patut melakukan lebih baik.
"Jika tidak, jika perbelanjaan harian terus meningkat, sama juga. Kita tak boleh buat apa-apa," katanya.
Perdana menteri minggu lalu mengumumkan PNK per kapita meningkat sebanyak 49 peratus dari AS$6,670 kepada AS$9,970 antara 2009-11.
Bagaimanapun, Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) menurunkan angka itu kepada 41 peratus setelah disemak semula.
Bagaimanapun, pertimbangan itu perlu dijustifikasi dengan bukti baru untuk membolehkan siasatan dibuka semula ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
"Kita akan pertimbang cadangan Majlis Peguam, tapi kita tidak boleh (sewenang-wenangnya) buka semua kes, termasuk (kes) tahun 1960-an. Mesti ada bukti baru untuk menjustifikasi (tindakan) membuka semula kes tersebut.
"Kes itu sudah melalui perbicaraan, di mana kesemuanya sudah dikemukakan," kata Gani.
Majlis Peguam merekodkan cadangan tersebut selepas mesyuarat agung tahunannya ke-66.
Badan itu juga mencadangkan supaya peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham derujuk ke lembaga disiplin peguambela dan peguamcara atas dakwaan berlaku salah laku profesional.
Majlis Peguam mencadangkan demikian susulan kenyataan seorang anggotanya, Americk Sidhu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Cecil untuk membuat pengakuan berkanun kedua PI Bala bagi mengubah kenyataan asal.
Sedangkan, golongan yang menyuarakan bantahan berkenaan masih belum menonton filem tersebut, katanya dalam satu forum di Shah Alam hari inil.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin pembangkang yang menyatakan bantahan tersebut, termasuk dalam tulisan emel dan di laman sosial.
"Kita buat filem untuk penonton filem. Yang tak boleh terima filem kenegaraan ini ialah orang-orang dari parti pembangkang. Buat petisyen hentam kami.
"Berjela-jela dia punya emel sehinggakan filem kenegaraan saya tak boleh ditayangkan," katanya.
Katanya beliau mahu membuat filem yang berbeza daripada genre filem hantu dan filem komedi.
"Tapi bila kita buat (filem berbeza) tak boleh terima. Silap dia kepada siapa? Penonton saya boleh terima. Minda mereka terbuka.
"Tapi orang yang tak tengok filem saya, orang dari parti pembangkang ini, penuh saya punya Facebook, emel saya...dengan dia punya bahasa tak payah cakaplah," katanya lagi.
Tambahnya, beliau kesal kerana filem berkenaan didakwa akan menyebabkan berlaku huru-hara dalam negara.
"Ada yang kata kalau tunjuk saya pergi neraka. Dia dah tengok belum? Mereka ini juga secara terus terang kata mereka dari pembangkang," katanya.
Forum bertajuk 'Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi' itu dianjurkan Karangkraf.
Filem Tanda Putera merupakan sebuah filem yang memaparkan kisah perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.
Menelan belanja RM4.8 juta, ia diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS.
Tanda Putera sebelum ini sepatutnya ditayangkan pada 13 September tahun lalu tetapi ditunda kepada 15 November.
Bagaimanapun tiada penayangan pada 15 November dan ditangguh kepada tahun ini.
Keputusan untuk menangguhkan tayangannya diputuskan oleh jemaah menteri dengan alasan demi kebaikan antara kaum kerana mengandungi babak yang mungkin menimbulkan konflik.
Filem itu bagaimanapun telah ditayangkan secara tertutup kepada pelajar serta kakitangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan Kuantan awal bulan ini serta kepada kira-kira 3,000 peneroka Felda pada Februari lalu.
Ekonomi lebih baik, rakyat mengeluh tak rasa
VIDEO l 2.15 minKetika Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat lebih 40 peratus, keluhan orang ramai, yang merasakan manfaatnya tidak banyak melimpah pada mereka, terhadap situasi ekonomi masih tetap kedengaran.
Rata-rata individu yang ditemui Malaysiakini sekitar LRT Bangsar dan berdekatan Dataran Maybank sekitar waktu makan tengah hari Jumaat lalu berkata, memang gaji mereka meningkat tetapi perbelanjaan mereka juga naik seiring.
"Tidak, walaupun ekonomi meningkat, inflasi dan kenaikan harga barang juga berlaku... walaupun (PNK per kapita) meningkat, kami tak rasakannya.
"Setinggi mana pun ia naik, kos perbelanjaan tetap naik sama," kata pengurus akaun Julianisa Azrin.
Rakannya Nurizzati Che Shaari (kanan), yang sama karier, mengiyakan sambil berkata kerajaan patut melakukan lebih baik.
"Jika tidak, jika perbelanjaan harian terus meningkat, sama juga. Kita tak boleh buat apa-apa," katanya.
Perdana menteri minggu lalu mengumumkan PNK per kapita meningkat sebanyak 49 peratus dari AS$6,670 kepada AS$9,970 antara 2009-11.
Bagaimanapun, Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) menurunkan angka itu kepada 41 peratus setelah disemak semula.
Gani Patail pertimbang buka semula kes Altantuya
Pejabat
Peguam Negara akan mempertimbangkan cadangan Majlis Peguam untuk
membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Peguam Negara
Tan Sri Abdul Gani Patail.Bagaimanapun, pertimbangan itu perlu dijustifikasi dengan bukti baru untuk membolehkan siasatan dibuka semula ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
"Kita akan pertimbang cadangan Majlis Peguam, tapi kita tidak boleh (sewenang-wenangnya) buka semua kes, termasuk (kes) tahun 1960-an. Mesti ada bukti baru untuk menjustifikasi (tindakan) membuka semula kes tersebut.
"Kes itu sudah melalui perbicaraan, di mana kesemuanya sudah dikemukakan," kata Gani.
Majlis Peguam merekodkan cadangan tersebut selepas mesyuarat agung tahunannya ke-66.
Badan itu juga mencadangkan supaya peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham derujuk ke lembaga disiplin peguambela dan peguamcara atas dakwaan berlaku salah laku profesional.
Majlis Peguam mencadangkan demikian susulan kenyataan seorang anggotanya, Americk Sidhu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Cecil untuk membuat pengakuan berkanun kedua PI Bala bagi mengubah kenyataan asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan