Mengaku Melayu Islam, tetapi...
Melayu Prai, |
Amat menyedihkan, syarikat ini yang berada di bursa saham, semua pengarah adalah Melayu, dan FELDA pemegang saham terbesar masih tidak mampu memberi kan pekerjanya hak menunaikan tanggung jawab agama.
Tidak hairanlah tiada keberkatan dalam syarikat FELDA ini. Keuntungannya merosot. Malah menurut sumber, syarikat bakal kehilangan kontrak membekal gula pada syarikat antarabangsa kerana gagal mematuhi standard kebersihan. Nama syarikat bakal terjejas teruk. Tetapi pekerja seperti mengharapkan perkara itu berlaku kerana ingin menghukum FELDA yang gagal memberi mereka hak Solat Jumaat, jauh sekali membela kebajikan mereka.
Sama-samalah kita berdoa pengarah-pengarah yang berbangsa Melayu di sana terbuka pintu hati mereka untuk memberi hak kepada bangsa mereka sendiri menunaikan tanggung jawab agama. Moga korporat-korporat Melayu faham akan pentingnya unsur keberkatan dalam mencari rezeki yang halal.
Bala dakwa Razak kesal tak bayar komisyen Altantuya
Penyiasat
persendirian P Balasubramaniam mendakwa penganalisis politik Abdul
Razak Baginda menyatakan kekesalan kerana tidak membayar komisyen
US$500,000 yang dituntut wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.Beliau mendakwa Razak berkata demikian sejurus sebelum ditahan pada 2006.
Balasubramaniam berkata beliau pada masa itu sedang meninggalkan pejabat seorang peguam yang dikenali sebagai Puravelan, bersama Razak dalam satu lif.
Balasubramaniam, yang diupah Razak pada masa itu, membuat pendedahan mengenai peristiwa berhubung kematian Altantuya, dalam kemunculan pertamanya di majlis umum di negara ini, selepas melarikan diri hampir lima tahun lalu.
Akhbar pada waktu itu sudahpun menimbulkan spekulasi mengenai penahanan Razak pada hari itu dan peguam berkenaan sedang membuat persediaan mengenai kemungkinan tersebut.
Balasubramaniam juga mendakwa, beliau memberitahu Razak: "Bos, tengok sini. Apa nasihat saya pada awak? Laporan polis. Awak sepatutnya sudah buat laporan polis."
Balasubramaniam mendakwa Razak mengupahnya untuk menghalang Alantuya, namun beliau menasihati Razak supaya membuat laporan polis.
Balasubramaniam mendakwa, Razak bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana "seorang VVVIP terlibat".
Buku Imam Hoslan rakam dakwaan penyelewengan
Imam
Hoslan Hussin yang dipenjara lebih tujuh bulan atas kesalahan membaling
selipar ke arah hakim di mahkamah, akan melancarkan buku yang
merakamkan pengalamannya serta dakwaan penyelewengan yang dibangkitkan
di mahkamah sebelum ini.
Isteri Hoslan, Noorliza Mat Hassan berkata buku setebal 102 halaman itu antara lainnya memperincikan dakwaan penyelewengan dana tabung Masjid Ar-Rahimah di Kampung Pandan – tempat bekas imam rawatib itu bekerja sebelum ini.
Ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, Hoslan mula menulis buku tersebut sejak dibebaskan dari penjara pada November lalu.
“Banyak isi buku itu berkisar kepada (dakwaan) penyelewengan wang Masjid Ar Rahimah, selepas itu kisah dia naik turun mahkamah dan sedikit sebanyak tentang kisahnya di penjara," kata Noorliza kepada Malaysiakini.
Hoslan, 46, merancang untuk melancarkan bukunya itu pada 28 Februari ini sewaktu ceramahnya di pentas Pakatan Rakyat di Pasar Chow Kit pada malam ini, kata Noorliza lagi.
Mahkamah pada 22 Februari lalu memerintahkan Hoslan dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah dengan membaling selipar ke arah hakim.
Hoslan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menolak permohonannya.
Beliau sebelum itu merayu keputusan yang memihak kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengusir beliau daripada kuarters masjid Ar-Rahimah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 1999.
Beliau turut mengemukakan dokumen sebagai bukti dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjlid tersebut - bagi menyokong rayuannya pada hari kejadian baling selipar itu.
Hoslan dibebaskan dengan parol pada 8 November lalu selepas meringkuk selama tujuh bulan dan tiga hari di penjara.
Malaysiakini berusaha mendapatkan komen Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menjelaskan dakwaan penyelewengan tersebut, ketika Hoslan membangkitkan perkara itu tahun lalu.
Malaysiakini pada minggu ini sekali lagi menghubungi pihak MAIWP melalui panggilan telefon, emel dan faksimili bagi mendapatkan reaksi mengenai dakwaan berkenaan.

Blogger Umno edit gambar TGNA terima BR1M
http://omakkau.blogspot.com, | 25 Feb 2013 |
BLOGGER UMNO JAJA FITNAH DENGAN MENGEDIT GAMBAR, KATA TGNA ADALAH SALAH SEORANG PENERIMA BR1M JUGA!!!!!!
Beginilah akhlak blogger UMNO yang mampu Omakkau tarafkan tak ubah macam haiwan.
Sanggup melakukan pengeditan kepada gambar TGNA semata-mata mau memfitnah beliau sebagai salah seorang penerima BR1M.
Dia ingat rakyat ni bodoh macam para pengikut totok UMNO atau pun yang bertenggek di PWTC setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.
Para penerima yang layak menerima BR1M telah ditetapkan pendapatannya seisi rumah sebulan kurang dari RM3,000.
Fitnah dengan UMNO sudah tidak mampu dipisahkan lagi.. Sudah sebati piang hingga ke tulang sum-sum.
UMNO kalau tidak memfitnah dan menipu bukanlah UMNO namanya.
CUBA NAK MEMFITNAH TGNA KONONNYA PENERIMA BR1M SEBAGAI HAIWAN TETAPI SEBENARNYA BLOGGER UMNO INILAH YANG SEBENARNYA BERSIFAT HAIWAN TANPA ADA RASA TAKUT KEPADA DOSA.
Ng Yen Yen dimalukan di Melaka, rakyat jawab No, No, No
http://greenboc.blogspot.com, | 26 Feb 2013 |
[VIDEO] Ng Yen Yen Dimalukan Di Melaka, Rakyat Jawab NO, NO, NO
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimalukan dengan jeritan No No No!!! pada konsert Psy “Gangnam Style” di Penang tempoh hari, kali ini giliran Naib Presiden MCA pula, Dr Ng Yen Yen pula menerima nasib yang serupa di Melaka. Ikuti video di bawah ini.
Lihat di sini.
BR1M vs Air Selangor: Mana lebih untung?
http://pascst.blogspot.com, | 27 Feb 2013 |
BR1M vs Air Selangor: Mana Lebih Untung?
IMBUHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR VS KERAJAAN PUSAT
Oleh ShEaf, PASCST
Air Percuma dari Kerajaan Negeri Selangor
Skim air percuma 20 meter padu ditawarkan kepada rakyat Selangor sejak 1 Jun 2008. Pada tahun yang sama, kenaikan tarif air juga dihalang oleh PR Selangor. Ini kerana mengikut Perjanjian Penswastaan Air 2004, Syabas diberi kuasa untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012.
BR1M dari Kerajaan Persekutuan
Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M pula diperkenalkan pada tahun 2012. Bantuan tunai sebanyak RM500.00 itu layak diterima oleh setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
So.. mana lebih menguntungkan rakyat Selangor? Mari kita kaji...
Baca di sini.
Leman Raja Lawak seru Nabil, Salih teliti Buku Jingga
http://www.kedahlanie.info, | 26 Feb 2013 |
Leman Raja Lawak menyeru Nabil dan Salih teliti dahulu kandungan Buku Jingga...
Leman Raja Lawak Original
Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..
Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.
Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.
Yang benar
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS
Jejambat runtuh dalam kejadian dekat Cyberjaya
Satu jejambat di kawasan dekat Selangor Science Park 2 Interchange, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang sedang dibina itu dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.
Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.
Sementara itu, laporan Bernama menyebut jejambat tersebut, terletak di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya.
Laporan itu memetik kenyataan jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berkata jejambat tersebut berada bawah seliaan perbadanan tersebut.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas.
Laporan China Press pula menyebut jejambat berkenaan yang dibuka sebelum ini ditutup untuk pembaikan apabila keretakan dikesan di permukaan jalannya.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, jambatan tersebut dibina berhampiran tebing sungai dengan tanah yang longgar.
Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 26 Feb 2013 |
Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar BERNAMA
Sabtu lalu 23 Februari 2013, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah melakukan lawatan ke Long Lama sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan Hulu Baram, Sarawak bagi mengulangi semula janji-janji yang telah dilakukannya 30 tahun lalu.
Lihat di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan