Jumaat, 1 Mac 2013

BAHAYA JIKA KITA TAK TAHU MARKET@PASARAN YANG ADA SEKARANG....DAN KEHENDAK RAKYAT KETIKA INI

Tolak Merdeka Center, mana kajian Umno – Nizar

Muhammad Faizal, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Umno mengemukakan kajian yang mereka lakukan jika tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center.
Malah menurut Nizar lagi, selain mengemukakan hasil kajian tersebut, Umno juga perlu menunjukkan bentuk kajian yang mereka lakukan jika merasakan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin meningkat.

"Saya cabar Umno menyiarkan kajian yang mereka lakukan jika mereka tidak yakin dengan apa yang dilakukan oleh Merdeka Center, kita nak juga tahu tahap populariti yang diterima oleh Najib.

"Selain itu juga kita ingin mengetahui bentuk kajian yang dilakukan terutama dari segi soalan, jangan lupa masukkan sekali kajian terhadap Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut berpendapat kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) dan Merdeka Center telah menunjukkan graf populariti yang sama terhadap Najib.

Malah katanya lagi, angka dan peratusan yang ditunjukan daripada kedua-dua kajian itu menunjukkan angka yang hampir sama dan tidak ada apa yang perlu dipersoalkan lagi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan telah mempersoalkan kajian Merdeka Center yang menyebut kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN.

Adnan memberitahu kaji selidik yang dilakukan oleh BN sendiri menunjukkan bahawa sokongan rakyat memihak kepada parti tersebut.

Amanah dan adil kunci kestabilan negara

Abdul Hafiz bin Mohamed, 28 Feb 2013

Dunia kini hangat membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan keamanan, keagamaan, politik dan pembangunan negara termasuklah di negara Malaysia sendiri yang banyak mempersoalkan dan mempermudahkan serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama islam.
Gambar hiasan: Pilihan raya merupakan salah satu kaedah untuk rakyat memilih pemimpin yang adil
Hal ini dapat dilihat dalam situasi sekarang apabila sesuatu amanat yang dikemukakan oleh alim ulama dan pemimpin Islam telah dijadikan isu untuk kepentingan poilitik mereka yang mana secara tidak langsung telah memutar belitkan fikiran masyarakat kini. Tetapi ia sebenarnya tidak boleh dikaitkan dengan hal-hal politik kerana amanah adalah sebahagian daripada suruhan islam dalam melaksanakan pemerintahan negara sekaligus dapat merealisasikan hak-hak masyarakat dengan adil dan amanah. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-nisa’ ayat 58 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan (menyerahkan) segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerima dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia (Allah menyuruh kamu) menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu member pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”.
Berkata Ibn Abbas,“Ayat ini umum, untuk orang yang memerintah. Memang ayat ini wajib dipegang oleh penguasa, memberi amanah hendaklah kepada ahlinya. Orang yang akan diberi tanggungjawab dalam sesuatu tugas, hendaklah yang sanggup dan boleh dipercayai ia beramanah memegang tugasnya itu (kerana mengikut perintah Allah). Rasulullah SAW bersabda, “Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.” (Ahmad dan Ibnu Hibban).

Amanah adalah kata yang sering dikaitkan dengan kekuasaan dan materi. Namun sesungguhnya kata amanah tidak hanya terkait dengan urusan-urusan seperti itu sahaja. Secara syar’ie, amanah bermakna menunaikan apa-apa yang dititipkan atau dipercayakan. Dalam konteks ayat yang dikemukakan di atas, adalah dimaksudkan kepada individu yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi. Amanah ini hendaklah diserah kepada seseorang yang berhak dan berkelayakan.

Maju mundur sesebuah organisasi bermula dengan mutu kepimpinan yang dilantik. Kegagalan dalam proses perlantikan kepada yang layak akan memberi kesan yang malap kepada organisasi. Justeru itu terdapat beberapa kaedah dari sudut sistem untuk memilih seseorang untuk menerajui sesebuah organisasi. Di antaranya ialah melalui jawatankuasa hal pemilih. Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh ahli-ahli yang berakhlak dan berkelayakan. Jika tidak ia nampak cantik dari segi proses tetapi gagal memenuhi semangat dan tujuan jawatankuasa diwujudkan.

Sifat amanah dalam melaksanakan urusan pemerintahan juga sebagai salah satu tuntutan yang perlu diberi perhatian. Tugas memerintah ini tidak akan diberikan kepada seseorang itu melainkan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya. Pemimpin yang dipilih seharusnya menganggap peluang untuk memimpin sesebuah pemerintahan itu sebagai satu amanah untuk diterajuinya supaya mencapai ke tahap yang paling cemerlang.

Mengapa Mahathir takut sangat Manifesto Rakyat?

Salmiyah Harun, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad disifatkan takut kepada bayang-bayang sendiri kerana bimbang parti Barisan Nasional menghadapi kekalahan dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Mahathir kembali berfikir secara tidak rasional apabila faktor-faktor besar yang melanda BN akan menyebabkan parti yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara ini, boleh tersungkur dalam PRU13 nanti.

"Dia bekas Perdana Menteri, segala ketirisan, penyelewengan, kerugian Pewaja, MAS, PKFZ di zamannya sehingga menyebabkan puluhan bilion hilang tetapi negara tidak pun bankrap.

"Tanya pada dia (Mahathir) sendiri, apa sebenarnya yang menakutkan beliau sehingga tidak boleh berfikir secara rasional?

"Apakah sebab dia jadi terlalu takut bila nampak tanda-tanda BN akan tewas dalam PRU akan datang," soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Salahudin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang berkata, Manifesto Pakatan Rakyat boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak.

Mahathir yang dilihat agak lantang menjelang pilihan raya ini turut berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

Malah Mahathir juga seolah-olah merendahkan kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini sambil berkata "manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya".

Isnin, 25 Febuari baru-baru ini, Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Justeru itu pemimpin harus memiliki wawasan yang jauh, bersikap dinamik dan sentiasa berusaha memajukan proses kepimpinannya. Kejujuran dan keikhlasan pemimpin terhadap amanah tersebut adalah asas penting. Pemimpin yang jujur akan mengorbankan tenaganya untuk memperbaiki prestasi kepimpinannya secara berterusan. Kegagalan sesebuah pemerintahan berprestasi dengan cemerlang, kebanyakan disebabkan oleh pemimpin yang tidak jujur, yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan rakyatnya. Sikap negatif yang demikian banyak menimbulkan gejala kepada prestasi kepimpinan. Masyarakat tidak boleh berkompromi pemimpin yang bermasalah. Bahkan usaha mempertahankan pemimpin yang tidak beramanah adalah kesilapan yang besar menurut Islam.

Berdasarkan ayat tersebut juga, telah dijelaskan bahawa Allah telah memerintahkan kamu yang membawa maksud bahawa mengatur pemerintahan yang baik dan memilih orang yang cekap dalam kepimpinan adalah satu kewajiban yang mana telah ditetapkan dalam hukum Usul Fiqh, barang siapa yang mengamalkannya akan mendapat pahala manakala barang siapa yang meremeh-temehkannya akan mendapat dosa. Di sini dapat difahamkan bahawa seseorang pemimpin yang memegang urusan kenegaraan adalah pemegang amanat Allah kerana urusan Negara tidak boleh dipisahkan dari agama. Dalam ayat ini juga telah memerintahkan supaya kamu menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya. Perkataan ‘kamu’ di sini memberi makna masyarakat ataupun umat, maka umat itulah yang memilih pimpinan.

Pada zaman Rasul beliau sendiri yang memegang pimpinan itu. Baginda dilantik oleh Allah sebagai Rasul-Nya dan baginda juga diakui umat sebagai pemimpinnya. Dengan ucapan syahadat: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan  Muhammad Rasulullah,” bererti orang menyerahkan pimpinan kepada Baginda dalam urusan agama dan urusan kehidupan dunia atau negara. Dalam pemerintahan baginda, baginda melantik seseorang yang dipercayai amanah mengikut ijtihadnya.

Sebagaimana Rasulullah SAW telah menyerahkan amanah kepada Uthman bin Talhah iaitu memegang kunci kaabah dan baginda terus membaca ayat tersebut.  Setelah baginda wafat, sebelum jenazahnya dikebumikan lagi, sahabat-sahabatnya ketika itu bermesyuarat untuk memilih pengganti baginda sebagai khalifah dan akhirnya Abu Bakar As-Siddiq dipilih menjadi khalifah. Ketika itu, umatlah yang menyerahkan amanat kepada khalifah dan ahlinya. Hal ini membuktikan bahawa umat (masyarakat) itu berdaulat. Setelah Abu Bakar As-Siddiq diberi kuasa memerintah, menjadi imam bagi kaum muslim, beliau jugalah yang menunaikan amanat kepada ahlinya masing-masing sama ada, dalam bidang pemerintahan, bidang peperangan, dan juga bidang ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan bidang-bidang lain mengikut acuan syariat Allah.

Rasullah SAW pernah berpesan kepada Abu Dzarr al-Ghiffari supaya jangan sesekali inginkan kekuasaan dalam pemerintahan walaupun Abu Dzarr al-Ghiffari seorang yang baik, terkenal dengan sifat kejujurannya, dan hidup dalam keadaan bersederhana. Sebab itulah ada beberapa hadis Nabi mengingatkan kita supaya tidak memberi kekuasaan dalam pemerintahan kepada orang yang meminta untuk berkuasa. Maka orang yang meminta untuk berkuasa dalam pemerintahan adalah dianggap sebagai pengkhianat. Dengan dasar tersebut, menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melantik pemimpin yang dipercayai amanah yang sesuai dengan kemampuan dan keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan. Maka amanlah agama , bangsa dan negara jika mereka yang memegang amanat itu dengan betul dan saksama.

Tetapi sebaliknya jika mereka menerima amanat untuk kepentingan dirinya adalah satu penipuan dan ia adalah salah satu amalan orang munafik. Hal ini kerana perkataan amanah berkait rapat dengan Iman yang mana Iman memberi makna kepercayaan manakala amanah beerti cara untuk melaksanakan Iman tersebut yang menunjukkan amanah ialah amanah dari Allah kepada insan supaya menuruti kebenaran yang dibawa oleh Rasul-rasul-Nya. Oleh hal yang demikian, tugas menunaikan amanah itu adalah wajib, lebih-lebih lagi ketika amanah itu dituntut oleh tuannya. Maka barangsiapa yang tidak menyempurnakan amanah di dunia, nescaya akan dituntut amanah itu di akhirat kelak.

Berdasarkan potongan ayat yang bermaksud, “Dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil” memberi makna bahawa menjadi satu kewajiban kepada suatu pemerintah untuk menegakkan  keadilan dalam pemerintahannya iaitu hukum yang adil dan bukan yang zalim serta menegakkan sumber hukum yang asli iaitu hukum Allah. Seperti mana Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengatakan bahawa jika anaknya, Fatimah binti Muhammad yang mencuri, baginda sendiri yang akan memotong tangan anaknya itu. Allah SWT telah memerintahkan manusia supaya berlaku adil dalam semua keadaan, sama ada kepada orang yang dikasihi mahupun yang dibenci. Pemerintah diingatkan supaya menjalankan dasar perlaksanaan keadilan politik yang mutlak, sekalipun terhadap yang bukan Islam.

Namun demikian, keadaan ini amat berbeza dengan keadilan politik yang dipraktikkan masa sekarang termasuklah di Malaysia. Dunia kini telah menyaksikan ketidakadilan politik merata-rata. Fahaman politik perkauman, sentimen agama yang melulu dan politik kepartian telah menyebabkan manusia tidak lagi berlaku adil. Mereka yang berkedudukan tinggi, berkuasa, dan kuat mendapat jaminan keadilan. Sementara mereka yang lemah terus menjadi mangsa. Golongan yang menyokong pihak yang berkepentingan akan diberi perlindungan dan keistimewaan. Perkara inilah yang akan menyebabkan juga timbulnya hukum-hakam manusia yang tidak adil dan secara tidak langsung mempersenda-senda dan menolak hukum yang telah disyariatkan dalam Islam iaitu hukum syariah.

Dalam hal ini, umat Islam yang tidak sanggup mempertahankan kesucian hukum Allah atau merasa keberatan untuk menganggapkan hukum itu sebagai hukum-hukum Allah yang wajib dipatuhi atau bertindak liar dengan mempertikaikan hukum tersebut atau mempersenda-sendakannya atau mensifatkannya sebagai undang-undang tidak adil, kejam dan tidak berperikemanusiaan, maka bermakna mereka tidak sanggup melaksanakan hukum Allah dan secara terbuka menentang al-Quran dan sunnah Rasulullah secara langsung tergolong dalam kumpulan manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.

Kewajipan mempertahankan hukum Allah bukan sahaja menjadi kewajipan cerdik pandai Islam atau alim ulama seperti yang dianggapkan selama ini, tapi ia menjadi kewajipan semua pengamal undang-undang yang beragama Islam, yang terdiri daripada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlibat dalam pelaksanaan dan pengendalian undang-undang negara. Sikap menerima dan berpuas hati dengan undang-undang ciptaan manusia yang diambil dari Barat adalah bertentangan dengan akidah Islamiah yang mereka anuti.

Gambaran asas tentang hukum Allah yang dipertikai itu amatlah perlu khususnya kepada pucuk pimpinan negara Malaysia supaya dapat difahami dengan penjelasan yang betul, mudah dan terlepas dari sentimen politik dan semangat perkauman yang buta, agar isu yang besar ini difikir dan diteliti dengan penuh tanggungjawab oleh setiap pihak yang berminat mencampuri dalam isu ini terutama umat Islam yang menerima Allah sebagai Tuhan mereka dan menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin mereka yang terulung di sepanjang zaman.

Kesimpulannya, masyarakat atau rakyat yang beriman hendaklah memilih pemimpin dari kalangan orang-orang yang adil dan amanah. Telah ditegaskan bahawa, pilihlah pemimpin yang beriman dan bertakwa yang akan membuktikan bahawa akidah yang suci (bertakwa) mampu membina sifat amanah yang mulia. Setelah syarak menggariskan ketetapan terhadap kewajipan menunaikan amanah disusuli pula dengan tuntutan berikutnya iaitu melaksanakan hukuman yang adil terhadap sesama manusia. Sebagaimana yang kita maklum, bersikap amanah itu merupakan asas utama kepada hukum Islam manakala keadilan itu merupakan asasnya yang kedua. Justeru kedua-kedua ini juga menjadi kesepakatan bagi sekalian umat sebagai natijah kepada sesuatu nilai hukum yang berintegriti.

Ketahuilah jua bahawa keadilan itu merupakan asas kepada sesebuah pemerintahan. Pemerintahan yang adil menjadi faktor penyumbang kepada ketamadunan, kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara. Setiap manusia berbilang agama dan bangsa mengakui bahawa keadilan itu satu elemen yang wajib diterapkan terhadap sesebuah pemerintahan dan pentadbiran. Produktiviti pemerintahan yang lahir daripada elemen tersebut menjadikan masyarakat di semua saluran mendapat manfaat menerusi peruntukan yang selayaknya tanpa wujud unsur pertikaian dan penindasan. Golongan yang lemah layak menerima bahagiannya tanpa diskriminasi dan birokrasi daripada pemerintah di samping tiada ruang bagi golongan yang berkeupayaan untuk menindas golongan yang lemah. Apabila wujudnya situasi seperti ini di dalam sesebuah masyarakat hasil keadilan yang dipersembahkan oleh pemerintah maka tiada sebab keamanan dan kestabilan negara tidak boleh dikekalkan.

*Abdul Hafiz bin Mohamed, berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Kini menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
*Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.

Air percuma: 1.3 juta rakyat S'gor dapat jimat RM1,200

Harakahdaily, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Menurut Laporan Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor yang dikeluarkan baru-baru ini, lebih 1.3 juta rakyat negeri itu telah dapat menjimatkan perbelanjaan mereka sehingga RM1,200 sejak kerajaan negeri memperkenal Skim 20 meter padu Air Percuma.

Selain itu, bagi pengguna biasa yang tidak mendapat skim air percuma pula, mereka juga mendapat penjimatan sebanyak RM875 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Ini kerana, mereka masih membayar tarif air pada kadar rendah selepas Kerajaan Selangor menyekat kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Pada waktu ini, kos bagi 20 meter padu adalah RM11.40 namun sekiranya Syabas dibenarkan menaikkan tarif air, kos air untuk satu isi rumah mulai Januari 2013 adalah RM18.80 untuk 20 meter padu.

Menurut Selangorku, skim yang diperkenal Pakatan Rakyat selepas menang di Selangor pada 2008 itu juga, telah menyebabkan kadar penggunaan tahunan air di negeri itu turun mendadak.

Daripada tahap penggunaan 35 meter padu untuk satu sambungan pada 2007, penggunaan air telah menurun sebanyak 32.8 meter padu untuk setiap sambungan pada 2011.

Setiap sambungan merujuk kepada bekalan air bermeter yang disambungkan ke premis pengguna domestik.

Penurunan penggunaan sebanyak 2.2 metre padu sebulan itu telah menyangkal kritikan sebelum ini bahawa skim air percuma akan membawa kepada pembaziran.

Laporan jawatankuasa itu digubal menggunakan data Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2009, 2011 dan 2012 yang diperakui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Menurut data MWIG pada tahun 2008, penggunaan per sambungan sebulan adalah 34.8 meter padu berbanding dengan 2007 iaitu 35 metre padu.

Selepas 2008 trend menunjukkan penurunan kepada 34.5 meter padu (2009), 34.0m.padu (2010) dan 32.8m.padu (2011).

Salih Yaacob umum bersara selepas dikritik hebat

Harakahdaily, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob (gambar) mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.

Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.

Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.

Lahad Datu: Shura harap elak pertumpahan darah

Harakahdaily, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon pihak yang menceroboh masuk ke wilayah Malaysia di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah mengelakkan pertumbuhan darah.

Demikian kenyataan bersama Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsudin dan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada Harakahdaily, hari ini.

Menurut mereka, tuntutan yang diketengahkan seharusnya boleh dirunding dengan aman untuk memungkinkan perhubungan antara umat Islam di rantau ini tidak digugat dengan tindakan yang boleh menimbulkan konflik berpanjangan.

Berikut ialah kenyataan penuh Shura dan Mapim.

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon pihak yang menceroboh masuk ke wilayah Malaysia di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah mengelakkan pertumbuhan darah.

Tuntutan yang diketengahkan seharusnya boleh dirunding dengan aman untuk memungkinkan perhubungan antara umat Islam di rantau ini tidak digugat dengan tindakan yang boleh menimbulkan konflik berpanjangan.

Kami tidak bermaksud untuk menafikan sebarang fakta sejarah akan tetapi untuk bertindak dengan gerakan bersenjata boleh merumitkan perundingan yang sepatutnya boleh menemukan jalan penyelesaian yang lebih bermanfaat untuk umat.

Kami menyeru kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu yang berikrar untuk mempertahankan diri harus memahami bahawa perjuangan menuntut hak dalam konteks rantau ini harus mempunyai pandangan yang jauh.

Ketuanya Azzimudie Kiram perlu mengambil jalan tengah untuk memastikan agar sebarang tuntutan dengan bukti sejarah sepatutnya dibincang secara bijak dan berimplikasi jangka panjang.

Pernyataan Azzimudie bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia perlu diberi pertimbangan serius oleh pihak keselamatan Malaysia.

Pernyataan mereka juga yang mempunyai niat untuk hidup dengan aman adalah titik bermula perundingan untuk pihak keselamatan meneruskan lagi perhubungan dengan mereka secara aman.

Pihak keselamatan Malaysia perlu mengambil kira bahawa mereka ada menyatakan mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah air mereka.

Shura dan Mapim amat serius menanggapi isu ini lantaran sebarang tindakan bersenjata berpotensi untuk mengheret rantau ini ke dalam kancah konflik yang merbahaya.

Kami menyarankan pihak kerajaan Malaysia memahami sejarah penjajahan yang dialami oleh penduduk Islam di Filipina terutama di Mindanao.

Tuntutan yang diketengahkan perlu ditangani dengan adil dan saksama untuk kepentingan semua pihak.

Manifesto: Pakatan Rakyat harapan anak muda

Harakahdaily, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat dan pimpinannya kerana peka dan prihatin terhadap agenda serta gagasan anak muda Malaysia.

“Berdasarkan Dokumen Merah Anak Muda Malaysia dengan 5 Gagasan yang melibatkan persoalan pemberdayaan pendidikan, kualiti hidup, kesaksamaan politik, perumahan strategik anak muda dan merakyatkan kebudayaan serta sukan anak muda telahpun mendapat perhatian yang menyeluruh dalam manifesto Pakatan Harapan Rakyat,” ujar Naib Ketuanya, Mohd Nazree Mohd Yunus. Ini, tambah beliau membuktikan Pakatan Rakyat adalah Pakatan Harapan Anak Muda untuk merealisasikan agenda berkepentingan rakyat dan anak muda.

Beliau berkata, Dokumen Merah Anak Muda Malaysia menjadi asas perjuangan AMK Malaysia bagi membantu meningkatkan nilai karamah insaniah rakyat Malaysia.

Menurutnya, perumahan mampu milik, pendidikan percuma, biasiswa rakyat-mahasiswa, pemansuhan hutang PTPTN dan pemansuhan Auku, kelayakan mengundi 18 tahun merupakan antara intipati Manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang selari dengan gagasan anak muda melalui Dokumen Merah Anak Muda Malaysia yang telah dilancarkan oleh AMK.

“AMK mengucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana keprihatinan terhadap agenda dan gagasan membangunkan nilai martabat anak muda secara holistik,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, anak muda Malaysia masa hadapan bukan lagi sekadar penerima pembangunan bahkan akan turut serta dalam merencana agenda ekonomi serta dasar negara.

“Maka ruang ini telah Pakatan Rakyat buktikan melalui pengumuman serta keterlibatan idealisme anak muda dalam menggagaskan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat,” katanya lagi.

TG Nik Aziz ucap takziah buat keluarga Zaidi Buluh Perindu

Harakahdaily, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut apabila dikhabarkan tentang berita kematian seorang pendikir terkenal Kelantan, Zaidi Buluh Perindu pagi tadi setelah rebah dalam satu majlis di Tumpat.

Demikian tulis beliau di laman Facebook.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

“Insya Allah saya akan menyertai solat jenazah selepas Asar petang ini di Masjid Wakaf Bharu.

“Semoga Allah SWT mengampuni beliau dan dimasukkan ke dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh,” ujarnya.

Allahyarham dilaporkan kembali ke rahmatullah pada jam 11.00 pagi tadi pada satu majlis di LKIM Tumpat.

Altantuya: Hadirin teruja dengar pendedahan Bala

Harakahdaily, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Kemunculan Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di pentas umum terbukti sangat dinantikan apabila Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.

PI Bala tampil menceritakan penglibatan beliau sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di  forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?'.

PI Bala buat pertama kalinya tampil di pentas umum bagi mendedahkan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas kembali ke Malaysia Ahad lalu, setelah empat tahun tinggal di India.

Ketibaan PI Bala disambut seperti wira dengan tepukan gemuruh dan sorakan lebih 2,000 hadirin yang memenuhi dalam dan luar dewan.

Orang ramai kelihatan sangat teruja untuk mendengar sendiri pendedahan PI Bala mengenai kes yang bermula sejak 2006 itu.

Antara yang disebut dalam pendedahan Bala adalah mengenai penglibatan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.

“Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua,” kata Bala sekaligus menjawab persoalan beliau menukar akuan bersumpahnya yang dibuat pada 2008.

Sebelum mengakhiri forum, PI Bala menyatakan kesediaanya membantu Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Saya pulang ke Malaysia untuk memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata beliau disambut tepukan dan sorakan gemuruh.

PI Bala juga akan meneruskan siri jelajah ke Kelantan dan Perak bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sebelum PI Bala tampil di pentas, forum dimulakan dengan ucapan Kartunis Zunar dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel.

Manifesto: Najib sekali lagi diajak debat dengan Anwar

Harakahdaily, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi diajak bedebat secara berdepan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung manifesto parti masing-masing, dan bukan menghentam sebelah pihak menggunakan media yang dikawal mereka.

Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, debat itu penting bagi masing-masing saling mempersoal dan menjawab setiap keraguan yang ditimbulkan terhadap tawaran masing-masing.

“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.

“Kami juga bersedia, sebagai Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat untuk berdebat dengan wakil daripada BN, (dan bahaskan) setiap isu dan peruntukan (manifesto)," katanya.

Pakatan Rakyat pada 25 Februari lalu telah mengumumkan manifesto mereka antara lain menyasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan, menghapuskan tol serta memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, mereka menawarkan penurunan harga kereta, caruman wanita nasional dan 20 peratus dividen kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Bagaimanapun pimpinan Umno BN menuduh kononnya manifesto itu tidak realistik dan boleh membawa negara kepada muflis.

Seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut, Rafizi Ramli berkata kesemua tawaran Pakatan Rakyat yang dibentang itu telah dibuat kajian menyeluruh oleh pakar ekonomi dan bukan apa janji manis untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Rafizi, setiap program dalam manifesto PR telah dikira anggarannya berdasarkan aliran tunai tahunan.

Beliau berkata, tiga sumber utama kewangan manifesto ini adalah berdasarkan perbelanjaan berhemah, perbelanjaan dengan membanteras rasuah, dan peningkatan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

"PR amalkan 'open book' yang mana menjelaskan setiap aliran tunai yang dibelanjakan dan kita cabar BN dedahkan aliran tunai seperti mana yang dilakukan PR," cabarnya.

Pengumuman Miti tiada kesan kepada harga kereta

Harakahdaily, 28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Pengumuman Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (Miti) bahawa cukai import bagi kereta-kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun dan Australia akan dikurangkan secara berperingkat menjelang tahun 2016 adalah helah politik menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

“Ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

Malah, katanya perkara itu diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012, menunjukkan bahawa perkara itu sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi.

Lebih teruk lagi, ujar beliau penghapusan cukai import untuk kereta-kereta mewah CBU yang diimport dari Jepun telah pun dilaksanakan oleh Umno Barisan Nasional sekarang.

Menurutnya, pada ketika ini pun, memang Umno Barisan Nasional tidak mengenakan sebarang cukai import kepada kereta-kereta import dari Jepun di antara 2,500 hingga 3,000 cc.


Import komponen, pasang di Malaysia (CKD)
Kereta import siap pasang (CBU)
2013
2014
2015
2016
< 1,800 cc
0%
13.6%
9.1%
4.6%
0%
1,800 – 2,000 cc
0%
13.6%
9.1%
4.6%
0%
2,000 – 2,500 cc
0%
13.6%
9.1%
4.6%
0%
2,500 – 3,000 cc
0%
0%
0%
0%
0%
Struktur cukai import sedia ada bagi kereta-kereta keluaran Jepun, yang diumum semula oleh MITI hari ini.

Sebab itu, tambah Rafizi PKR beranggapan bahawa dasar sedia ada yang diamalkan oleh Umno Barisan Nasional digubal untuk menguntungkan golongan kaya.

“Cukai import dihapuskan untuk kereta-kereta import besar dan mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapha Mohamad itu, ia hanya akan memberi kesan kepada sekitar 21,000 unit kereta setiap tahun kerana jumlah kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun hanyalah sekitar 3.5% dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan (Total Industry Volume atau TIV).

“Jumlah kereta import dari Australia pula adalah terlalu kecil dan langsung tidak akan memberi kesan kepada harga kereta di negara itu,” katanya.

Justeru, tegasnya PKR tetap dengan pendirian dan kempennya bahawa struktur cukai eksais yang perlu dirombak untuk menurunkan harga kereta.

Menurutnya, cukai eksais (dicampur dengan cukai jualan) yang bermula setinggi 85% bagi kereta bersaiz bawah 1,800 cc dan mencecah 115% bagi kereta bersaiz atas 3,000 cc dikenakan ke atas setiap kereta tanpa mengira asal pengeluaran.

“Cukai inilah yang mencekik darah rakyat terutamanya golongan kelas bawahan yang membeli kereta-kereta keluaran tempatan.

“Mereka terpaksa membayar harga kereta sehingga dua kali ganda dari harga sebenar kerana cukai eksais yang dikenakan,” katanya.

Lebih penting, katanya cukai eksais berada di dalam kawalan kerajaan persekutuan sepenuhnya tanpa perlu dirunding dengan mana-mana negara.

Tambahnya, PKR komited untuk menurunkan cukai eksais ini dalam tempoh lima tahun secara berperingkat dengan kadar penurunan 20% setiap tahun.

Menurutnya lagi, menjelang tahun 2018, tidak ada lagi cukai eksais yang akan dikenakan ke atas kereta.

“Sekiranya Umno Barisan Nasional juga prihatin dengan nasib rakyat, wajarlah ia juga menurunkan cukai eksais, bukannya bermain wayang seperti sekarang,” katanya lagi.

Panas: Ustaz Azhar dikerumuni pelumba LTdL 2013

http://kerabubersuara.blogspot.com, 28 Feb 2013

Panas! Ustaz Azhar Dikerumuni Pelumba Basikal LTDL 2013 Edisi Kuantan

February 28, 2013

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/555117_517498674960518_826424676_n.jpg

Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Biarkan gambar berbicara.

UAI dikerumuni oleh peminat2nya semasa melawat LTDL edisi Kuantan semalam. Mat Saleh pun minat UAI juga. Semoga Allah memberikan mereka hidayah Islam juga nanti. Insya Allah. Amin

Tiada ulasan: