Khamis, 7 Mac 2013

MALUNYA

Anwar malukan Najib lagi...??
Posted on Wednesday, March 06 @ 22:23:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: paklongdin

"

Salam semua...
Hadoihh... gelak guling-guling anak cucu Pak Long. Pakat sakit perut habih...!

BANNER BN DI TAHIKU..!!
Haha...
Ikut risikan susulan dari Mak Long hang diberitakan ini "betoi-betoi terjadi" bukannya gambaq yang dah diedit... Ni semua kerja hasutan Anwar nak malukan Najib, tu jaa...
Rakaman gambaq neh ditangkap kat jejantaih jalan kaki depan SMKA, Khairiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu.
Pak Long tak tau yang selebihnya pasai apa tapi konfom ni bukan kerja buat pelawat-pelawat bersenjata kesultanan Sulu, konfom...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

 Seorang lagi bekas jeneral isytihar sokong Pakatan, sertai KEADILAN
Posted on Wednesday, March 06 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Keadilandaily

PETALING JAYA 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.

lagi jenPerisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.

Ketua Umum KEADILAN pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai Pakatan.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).

Menyentuh isu Lahad Datu, Md Hashim berkata, pencerobohan itu boleh ditangani dalam tempoh lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

“Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini (pencerobohan Lahad Datu) saya tak fikir ia berlaku,” kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan itu.

“Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.

“Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media pagi tadi.

Sumber: keadilandaily.com


  Najib Gigit Jari "Kami tidak kenal siapa Anwar Ibrahim"
Posted on Wednesday, March 06 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Orang Ni
DS ANWAR yang difitnah oleh beberapa media pengampu UMNO BN konon terbabit dalam krisis Sulu yang sedang berlangsung di Lahad Datu Sabah kini kantoi..!!!

Ramai percaya Anwar khususnya Pakatan Rakyat tidak terlibat langsung dalam krisis di Sabah ini, namun disebabkan bermain politik jijik,kotor dan zalim menyebabkan pihak-pihak yang menjadi cai-cai UMNO BN sanggup memfitnah.



Logik akal , bagaimana orang yang dituduh bersubahat dengan krisis tersebut, sedangkan pihak yang dikatakan menjadi militan di Sabah tidak mengenali DS Anwar Ibrahim..??

Hal inilah yang buat Najib dan pencacai UMNO BN kecewa. Baru sahaja fitnah dan pembohongannya nak hidup, dah dimatikan oleh Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani yang berkata “Kami tidak kenal siapa Anwar Ibrahim,”.

Abraham Idjirani turut menafikan pihaknya mempunyai hubungan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



SinarHarian Online: Penafian Idjirani bikin Najib gigit jari

Pendek kata, strategi Najib dan pencacai UMNO BN tak menjadi kerana mereka terlalu taksub dengan politik menghalalkan fitnah.

Rakyat Malaysia awat wajar menolak fitnah dan pembohongan Najib dan Pencacai UMNO BN ini.

Percayalah dengan yakinlah, tidak mungkin DS Awnar mahu bersubahat dengan militan Sulu ini untuk membunuh anggota keselamatan negara tercinta ini, terutama pihak polis yang tidak pernah berehat menjaga keselamatan rakyat . Semua fitnah UMNO BN tak ubah mencipta sandiwara penuh muslihat.

Hanya orang tidak cukup akal sahaja yang percaya pembabitan DS Anwar dan Pakatan Rakyat dalam isu di Lahad Datu Sabah.

Apatah lagi bila dilihat secara keseluruhan, orang yang paling beruntung kalau huru hara berlaku di Sabah dan jika darurat terpaksa diisytiharkan, pilihanraya mungkin ditangguhkan yang untung ialah Najib, bukan DS Anwar.

Sebab rakyat seluruh negara tahu bahawa Najib amat takut mengumumkan piliharaya,kerana sokongan rakyat terhadap PR semakin meningkat hari demi hari dan Pakatan Rakyat sudah bersedia bila-bila masa dan lama tunggu untuk hadapi pilihanraya,mana mungkin Pakatan Rakyat nak cetus apa-apa krisis untuk lengahkan PRU.

Sabah ada 25 kerusi Parlimen dan sekarang DAP hanya menguasai 1 di Kota Kinabalu.

Bakinya dikuasai sepenuhnya oleh BN (kecuali 2 kerusi di Beaufort dan Tuaran setelah ahli Parlimennya keluar BN untuk menyokong PR.

Khabarnya ramai rakyat Sabah sudah sinonim dengan slogan "Ini kalilah" yang membawa maksud menolak UMNO BN di Sabah.

Sumber: orangni.blogspot.com 


  Ahmad Maslan Pernah Kata UMNO 2 Kali Bodoh Jika Cuba Aibkan Anwar Utk Hadapi PRU
Posted on Wednesday, March 06 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Greenboc



Langkah UMNO untuk mengaitkan Anwar dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah adalah lambang kebodohan UMNO yang tiada taranya.

Ia disahkan sendiri oleh kenyataan Ketua Penerangan UMNO melalui kenyataannya sebelum ini seperti paparan di atas.

Anwar: TV3, Utusan melampaui batas

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan juga stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.

"Mereka bertindak melampaui batas-batas sivil dalam hal ehwal politik.

"Saya tahu Umno terus berbuat begini dengan membayar orang untuk memburukkan nama orang lain," katanya.

Menurutnya, saman itu difailkan kerana kedua-dua pertubuhan berita itu kerana menyiarkan dakwaan berkenaan tanpa mendapatkan ulasannya mahu pun memberikannya ruang untuk membuat ulasan balas bagi membela dirinya.

Menurut Anwar, tindakan "tidak bertanggungjawab" itu berbeza sama sekali dengan media bebas Filipina seperti Philippine Inquirer yang dipetik kedua-dua pertubuhan berita itu.

Menurutnya Philippine Inquirer hanya memetik sumber risikan Filipina yang mendakwa beliau ada bertemu dengan pemimpin Sulu namun mereka tidak menuduhnya terlibat mendalangi pencerobohan di Lahad Datu.

Menurutnya lagi, akhbar Filipina itu juga menghubungi beliau bagi mengatur sesi wawancara selepas mendengar penafiannya.

"Jika saya nak saman mereka pun, saya perlu melakukannya di Manila," kata Anwar.

Utusan Malaysia dalam laporannya yang dipersoalkan Anwar itu pada 2 Mac lalu memetik laporan Philippine Daily Inquirer bertajuk “Philippine govt intel eyes 3 groups abetting Sulu sultan’s claim”.

TV3 dalam laporan Buletin Utama juga memetik laporan yang sama. -mk
Ulasan GB

Jika diteliti kata-kata Ahmad Maslan yang pernah diucapkan sebelum ini, ternyata sangatlah betapa "bodohnya" media massa pencacai yang bernama Utusan dan TV3 serta sekalian blogger pencacai UMNO, dan ada kemungkinan juga Presiden UMNO yang juga PM Malaysia yang bernama Mohd Najib itu kerana sebelum ini Najib meminta siasatan dilakukan ke atas pembangkang yang dituduhnya disyaki terlibat dengan insiden Lahad Datu.

Tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, dan sememangnya UMNO itu bodoh, dulu, kini dan selamanya............

Sumber: greenboc.blogspot.com


 Pas Kedah dan Ustaz Azizan: Pencerahan 2
Posted on Wednesday, March 06 @ 16:01:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: RuzelRI

"Salam. Selamat berjumpa kembali. Isu ini dan barangkali dapat kita katakan sebagai kemelut Pas Kedah dan Ustaz Azizan ini kian menarik, kian mendebarkan. Namun, bagi simpatisan terhadap Pas, PR dan kerajaan negeri Kedah yang benar-benar inginkan sebuah kerajaan yang tatakelolanya yang berbeza daripada urus tadbir UBN amat menggusarkan mereka.

Pada posting yang lalu saya cuba menyorot 2 isu utama, iaitu hubungan MB dengan Dewan Ulamak Negeri Kedah dan isu yang mendasari tindakan Phahrolrazi dan Dr Ismail menolak pelantikan semula exco.

Saya cuba juga mengetengahkan beberapa persoalan yang seharusnya dijawab oleh pihak tertentu, khususnya Ketua Penerangan Pas Negeri. Sayang sekali jika isu-isu yang saya ketengahkan itu dianggap sebagai isu yang remeh, dan dianggap sebagai "troubleshooter".

Jawapan yang berupa penafian tanpa bukti, tanpa fakta, dan tanpa tindakan yang konkrit, hanya mengundang spekulasi yang tanpa berkesudahan, sedangkan isu pokok tidak terjawab, dan masalah menjadi kian kusut.

Percaturan dan Tangan-Tangan Ghaib

Kali ini saya cuba memfokus pada isu yang cuba diangkat oleh ahli-ahli Pas Kota Seputeh dan Megat Dewa serta protes kecil yang melibatkan juga Dewan Ulamak Negeri Kedah di Kompleks Pas Kedah. Kenapa dan mengapa mereka memecahkan tradisi "wala'" sehingga mereka sampai mmenuntut Ustaz Azizan meletakkan jawatan sebagai PSJ?

Ini bermakna, telah ada antara ahli-ahli Pas dan pemimpin peringkat cawangan dan kawasan yang telah "hilang kepercayaan" terhadap kepimpinan Ustaz Azizan sebagai PSJ. Kesan hilang percaya terhadap keepemimpinan peringkat parti, tentunya turut hilang kepercayaan juga terhadap kepemimpinan Ustaz Azizan  sebagai MB Kedah (secara tersiratnya).

Dakwaan mereka jelas iaitu terdapatnya tangan-tangan ghaib yang cuba mengatur bakal-bakal calon yang akan bertanding peringkat DUN dan Parlimen di Kedah dalam PRU13. Mengikut mereka, kawasan-kawasan terlibat ialah 11 DUN dan 4 atau 5 kawasan Parlimen. Yang menjadi persoalan ialah melibatkan tokoh-tokoh hardcore Pas Kedah, Phahrolrazi, Dr Ismail, Dr Hamdan, dan Dr Hayati.

Daripada sumber-sumbet parti, senarai pertama telah pun selesai 2 tahun lalu. Senarai pertama ini telah pun melalui prosedur parti. Dan kini, senarai ini dipercayai telah dirombak 2 kali, tanpa diketahui atau proses rundingan mengikut prosedur standard parti. Hal ini membuka ruang spekulasi bahawa terdapat percaturan orang-orang tertentu dengan maksud dan tujuan tertentu.

Khabarnya Phahrolrazi diletakkan di Parlimen Jerlun untuk diadukan dengan Mukhriz. Dr Hayati, kerana Pendang akan dibawa masuk Mat Sabu, maka Dr Hayati dipercayai pada asalnya ke DUN Tokai, dengan andaian YB Taulan akan bersara. Terkini Dr Hayati, khabarnya digandingan dengan Suraya di DUN Sungai Tiang. Dr Ismail dan Dr Hamdan, khabarnya tidak tersenarai.

Dan, kita sedia maklum siapa Mukhriz dan siapa Suraya. Dan, kita telah pun dapat menjangkakan apa hasilnya jika benar kedua-dua tokoh berhadapan dengan dua orang ayam tambatan Umno Kedah. Jerlun dan Sungai Tiang merupakan 2 kubu terkuat Umno Kedah.

Adakah Hanya Dengar Cakap(Hearsay), Siapakah Dalang dan Pengacau?

Kekuatan dan wibawa seseorang pemimpin terletak pada kekuatan hujah dan kekuatan dalam rundingan dan kekuatan dalam mendengar dan berlapang dada. Tanpa dua kekuatan ini dalam diri seseorang pemimpin memunculkan gaya diktator, komunikasi sehala, dan berpihak.

Sikap inilah yang mendasari makna kata-kata: dalang dan pengacau. Kata-kata ini, dalam konteks kepimpinan dan kepemimpinan dan rundingan, dua kata ini bermaksud juga prejudis, yang bukan sahaja tidak membantu untuk memecahkan sesuatu persoalan atau masalah malahan mencetus lebih banyak penentangan.

Sebagai pemimpin, kita tidak boleh beranggapan bahawa ahli dan pemimpin yang berada pada peringkat akar umbi dan juga pertengahan, tidak mempunyai ruang atau akses terhadap maklumat sulit. Kita jangan lupa mereka ada jaringan atau hubungan dengan pemimpin peringkat atas. Mereka sekali-kali tidak akan bertindak atas semata-mata atas dasar cakap "kedai kopi" atau andaian semata-mata. Mereka mungkin mendapat maklumat daripada sumber yang sahih. Mereka juga dapat menilai dan membaca apa yang tersirat daripada setiap tindakan pemimpin. Apatah lagi, kini kita berada dalam ledakan media sosial.

Ke mana Akhirnya?

Nampaknya isu ini akan mampu menjadi marak dan mampu membakar. Terkini, rasa tidak puas hati terhadap Ustaz Azizan masih lagi berterusan. Di bawah ialah sedutan daripada Sinar Harian yang memetik maklumat daripada sumber Pas Alor Mengkudu;

"Senarai calon Pas Kedah bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa ‘senarai haram’ kerana dibuat tanpa prosedur setelah senarai sedia ada dirombak sebanyak tiga kali, tanpa mendapat persetujuan akar umbi."

Dan, bandingkan pula, apa jawapan dan reaksi Ustaz Azizan, yang juga dimuatkan dalam Sinar Harian, hari yang sama;

Pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap saya termasuk parti, kini dikatakan pula senarai calon yang ada pada Pusat, itu senarai baru yang dirombak. Jika benar dakwaan itu datang dari sumber Pas Kedah, bagi saya ia amat malang sebab dalam parti ada pengkhianat,” katanya kepada Sinar Harian.

Saya pulangkan kepada pembaca untuk menilai dua penyataan di atas yang saya petik daripada Sinar Harian. Dan, dengan ini, saya membuka ruang untuk polemik dengan tujuan semata-mata mencari pencerahan.

Nantikan sambungannya.
http://helangjagat.blogspot.com 

 Panas..!!! Pendedahan Rakaman Video Penderaan Di Sabah
Posted on Wednesday, March 06 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Orang Ni

Lokasi didalam sebuah hutan dan dari segi loghat bahasanya dipercayai dari Sabah.

Sebuah klip video yang dimuat naik dilaman youtube 4:58 bertajuk "Panas..!! Video Pelajar Orientasi Di Buli Hebat..??"

"Kalau kau jumpa senior..apa kau mau buat..??" disusuli pelempang dari seorang budak perempuan berbaju kuning kepada seorang budak lelaki yang dipercayai pelajar baru. Turun kelihatan seorang budak lelaki berbaju jersi bole Harimau Malaya dilempang oleh seorang pelajar lelaki berbaju merah.

Beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan dipercayai pelajar baru kelihatan berlumuran lumpur,tak ubah seperti tawan perang yang sedang disiksa. mengapa dan kenapa mereka ini diperlakukan begitu tidak dapat dipastikan,tapi menurut sumber dikatakan ialah program oreintasi pelajar UiTM Sabah.

Aksi laku pelajar yang membuli dan membelasah pelajar baru ini tak ubah seperti samseng. Beginikah anakbangsa yang bakal menjadi pelapis pemimpin tanahair..?? Mereka ini semua dari pusat pengajian tinggi,tapi perangai macam manusia primitif yang tiada tamadun.

Ini bukan video tawanan militan sulu terhadap penduduk Sabah, tetapi rakaman curi program oreintasi pelajar UiTM Sabah...




Tidak salah memberi pengajaran atas kesalahan pelajar baru...tapi bukan macam samseng tiada otak..!!!

Sumber: orangni.blogspot.com

Sultan Sulu menyerang >semua bersuara. Sultan sendiri membunuh >kenapa membisu?
Posted on Wednesday, March 06 @ 16:00:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
Prebet Adam. Gambar besar di sini
Sultan Sulu menghantar askarnya menyerang Lahat Datu, semua bangkit bersuara, malangnya sultan sendiri membunuh rakyatnya, semuanya, termasuk Anwar Ibrahim yang ketika itu menteri pelajaran; membisu seribu bahasa..! Bila insiden yang boleh meraih kepentingan politik,Anwar Ibrahim pun bersuara..!

Pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik prebet adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya kepada ‘caddy’ tersebut. Ketahuilah bahawa, kayu golf tersebut amat keras dan sememangnya boleh menjadi senjata sekiranya disalah gunakan. ‘caddy’ tersebut mati ditempat kejadian. Cerita asal di sini.


Sultan Johor pembunuh adik prebet Adam
"




  Mana lebih bahaya, demostrasi jalanan atau perang gerila Sulu?
Posted on Wednesday, March 06 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,

Negara berdepan dengan risiko berperang dengan penduduk Sulu, satu kenyataan yang harus dipandang berat oleh semua pihak. Bukan sahaja warga Sulu malah kesemua bangsa Moro mungkin bangkit sama berdasarkan amaran pemimpin utamanya Nur Massouri. Sementara UMNO/BN pula berdepan dengan demostrasi jalanan ala Arab Spring dek kedeilannya sendiri tidak mahu mendengar tuntutan pilihanraya yang bersih dari rakyat.

Pemimpinnya pula sibuk memberi amaran mengenai kesan demostrasi jalanan ala Arab Spring dengan alasan apa yang berlaku di negara Arab tidak berlaku di negara kita sambil terus mengabaikan gelombang kebangkitan rakyat yang secara jelas menyatakan kalau pilihanraya dijalankan di atas padang yang sama rata tidak akan ada Arab Spring.

Oleh kerana kedegilan UMNO untuk mendengar laungan rakyat, PRU 13 berkemungkinan besar akan dijalankan secara penipuan yang memihak kepada UMNO, maka rakyat tiada pilihan selain turun ke jalanraya untuk membenam penipuan UMNO.

Dakwaan Najib yang mengatakan negara Arab yang berdepan dengan demostrasi rakyatnya ada yang masih belum pulih, oleh itu kalau demostrasi berlaku di negara kita akan berlaku kesan yang buruk yang memungkinkan negara terpaksa berdepan dengan masalah besar termasuk kehilangan nyawa. Tetapi bagi yang mendengar dengan hati yang terbuka, kata kata Najib ini cuma satu bentuk kosmetik yang menguntungkan dirinya dan partinya, tidak lebih, tidak memberi kesan yang besar kepada rakyat majoriti. Bayangkan kalau berlaku Arab Spring selepasa PRU 13 dan hasilnya Najib akan tersingkir bersama sama orang orang yang bersubahat dengannya menipu, negara akan diambil alih oleh pendokong kepimpinan baru seperti di Filipina atau Indonesia, apakah kesan buruk yang ditanggung negara?

Akan tetapi kepimpinan baru nanti bakal berdepan dengan risiko perang dengan bangsa Sulu dan Moro keseluruhannya akibat perbuatan tidak cerdik Najib dan UMNO. Amaran yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka tidak harus dipandang ringan, apatah lagi sejarah sudah menunjukkan kedegilan dan kegilaan yang melampau bangsa ini untuk berperang. Kini peperangan dengan Manila sudah tamat, jadi semacam mereka mencari destinasi baru untuk berperang. Sabah merupakan destinasi yang tepat dengan kedudukan mereka, ada ikatan sejarah dan tambah berselera, mungkin hampir sejuta warga Sulu sudah menetapdi Sabah sebagai warga negara yang diberi taraf bumiputra. Apa lagi yang wargaperang Sulu ini mahu?

Dari apa yang dilihat berlaku sekarang, penceroboh yang dilebel sebagai pengganas oleh kerajaan ini dikatakan menyamar sebagai penduduk kampung. Walaupun empat sudah ditahan kerana disyaki pengganas, tidak ada apa yang boleh dibanggakan kerana terlalu ramai pendatang Sulu di Sabah, termasuk yang sudah ada IC. Sementara pasukan pengawal sempadan yang begitu ramai dan mempunyai peralatan canggih, masih gagal menghalang mereka memasuki Sabah serta menjalankan aktiviti menyeludup. Perkara seperti ini memberi kelebihan kepada mereka di mana pada bila bila masa sahaja boleh mengisytiarkan perang terhadap Sabah.

Bukankah isu ini merupakan isu besar kepada PR nanti? Hatta kalau BN/UMNO dibiarkan terus berkuasa, yang jadi mangsanya ialah rakyat Sabah. Mampukah pasukan keselamatan kita berdepan dengan gerila Sulu?Tetapi harapan baru kepada kepimpinan baru ialah akan ada penyelesaian seperti diusahakan oleh kepimpinan baru Filipina. Untuk itu, memenangkan PR adalah pilihan terbaik untuk kita terutamanya rakyat Sabah!"


 Empat Suspek Pengganas Sulu Ditahan
Posted on Wednesday, March 06 @ 16:23:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama



SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.
Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. BERNAMA
 
 Bila nak PRU? Daripada Baby hingga Arwah pun dah....
Posted on Wednesday, March 06 @ 16:09:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh MyBabah

Perdana Menteri pada bila-bila masa akan mengumumkan tarikh pilihanraya kerana kempen BN (sebut Najib) telah sampai ke penghujungnya.  Kempen yang dibuat secara tuntas dan menyeluruh mencakup semua segmen masyarikat daripada kanak-kanak sehingga ke orang-orang tua, daripada makanan hingga ke "haiwan", daripada alam fana ke alam barzah. Bukti-buktinya adalah sepertii yang berikut:

1. Kanak-kanak
Najib dan Bekas Makanan Baby
2. Budak sekolah
Najib dan Kotak Pensil
3. Remaja
Najib, BR1M dan Dadah
Najib dan K-POP
Najib dan Psy Gangnam
4. Pelbagai kaum
Najib dan Tahun Baru Cina
Najib dan Deepavali
5.  Orang tua
Najib dan Tongkat Ali
6.  Masyarakat Antarabangsa
Najib Wira Palestin
Najib, Scorpene dan Monggolia
Najib dan Wakil Sultan Sulu


Najib dan Esmail Kiran II

7. Agamawan
Najib dan Pope
Najib dan Ulama
 
 8.  Orang Miskin dan Kaya
Najib, Gula dan Tepung
Najib dan Kicap

9. "Haiwan"
Tok Guru kata "orang", Najib kata"haiwan"
10. Alam Barzah
Najib dan Pangkat Arwah
Malangnya, PM masih belum berkeyakinan untuk membubarkan parlimen meskipun beliau yakin memenangi PRU13 nanti... Mengapa? Wallahulam...

Tamat

 

Mari keluar barisan dan masuk bulatan...
http://mybabah.blogspot.com

Tiada ulasan: