Khamis, 7 Mac 2013

BERTAQWALAH...BERTAUBATLAH...JADILAH ORANG BAIK BUKAN ORANG JAHAT

Tangan UMNO Berlumuran Darah yang tidak Berdosa
Posted on Wednesday, March 06 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh SAKMONGKOL AK47

Update: saya dapat perkhabaran bahawa fighter jets kita mengebom kawasan perkubuan tentera DiRaja Sulu. Saya sudah bertanyakan hal ini dalam artikel yang terdahulu. If you bombed them out from above, they would have surrendered. atau kita bedil mereka dengan menggunakan meriam2 yang berkuasa tinggi. Mungkin tidak ada nyawa dari pihak kita yang terkorban. Tangan UMNO berlumuran dengan darah mereka yang tidak berdosa. Penceroboh tetap penceroboh. Malaysia mesti mempertahankan kedaulatan negara.

Saya dapati artikel yang ditulis oleh penulis blog  Finance Twitter mengenai krisis Sulu sebagai tulisan yang baik. Maka saya memohon persetujuan beliau menterjemah tulisan nya kedalam Bahasa Melayu. Pada beberapa tempat saya membuat beberapa tambahan.
Saya ulangi sekali lagi. Kematian yang tidak perlu yang telah berlaku adalah kerana kerajaan Najib ini lembab dan mempunyai kepentingan terselindung. Yang mempolitikkan Lahad Datu ialah UMNO kerana mereka tahu mereka sudah kaput dalam PRU13. Rakyat tidak perlu befikir panjang- dalam PRU 13 nanti, mari kita singkirkan kerajaan yang rasuah dan korap ini. kita ajar mereka bagaimana mahu mengurus dan mentadbir negara. Kita akan ajar Mahathir kalau dia hidup lama lagi, kita boleh lakukan yang lebih baik dari dia. Tidak ada pihak yang akan buat lebih teruk daripada yang dilakukan oleh UMNO. Kita dah pun sampai rockbottom.
Bukan nya kali pertama Lahad Datu dan kawasan sekitar sana dicerobohi oleh kumpulan bersenjata. Maka sudah tentulah prasarana pertahanan dipertingkatkan. Macam mana boleh bolos? Atau kedatangan penceroboh dibiarkan. Kenapa tentera tidak digunakan? Mana kereta kebal kita? Mana Adnan? Mana pesawat terbang? Tentera kita tidak ada kepakaran precision bombing?
Fakta nya ialah- ini menujukkan bahawa tentera kita adalah ill-equipped. Kita ada alatan surveillance di perairan sana- mengapa tak dapat detect? Puak UMNO segera dan pantas mahu mengaitkan pencerobohan ini dengan Anwar Ibrahim untuk menutup kelemahan diri sendiri. Kelengkapan askar dan polis substandard kerana pembelian nya di orang tengahkan kepada kroni UMNO. System lintah darat ini mesti kita hapuskan. Benar- kita gantung mereka yang mengkhianati negara.
Sultan Jamalul Kiram III mengutus adik nya, Raja Muda Agbimuddin Kiram dengan suatu pasukan tentera berkota di Lahad Datu. Tujuan nya ialah untuk memberitahu dunia, bahawa Sultan Sulu menuntut kembali North Borneo atau Sabah dari Malaysia. Sultan Sulu menegaskan bahawa Sabah adalah milik kesultanan Sulu. Dia ada dokumen yang menyokong tuntutan tersebut. Saya percaya, jika kita hantar pasukan perundangan seperti yang mengetuai tuntutan batu putih oleh Singapura, kita akan kalah lagi.
Kesultanan Sulu bukanlah suatu kesultanan yang mudah untuk difahami. Selain dari Jamalul Kiram III yang mengakui dia Sultan, ada 2 orang lagi sepupu sepapat nya yang mengaku mereka adalah Sultan Sulu ke35 yang sebenarnya. Mereka ialah
Fuad Kiram and Muedzul Lail Tan Kiram masing2 mengaku mereka adalah Sultan. Kesemua mereka bersatu dalam berangapan bahawa Sabah adalah milik kesultanan Sulu. Buat masa ini, Jamalul Kiram III adalah Sultan sebab dia ada sokongan dan bala tentera untuk membuktikan kedudukan nya.
Pencerobohan tentera diRaja Sulu di Lahad datu ( Wilayah Malaysia) pada 9 Februari sudah masuk ke minggu ke4. Masih tidak ada tanda2 penyelesaian keatas pencerobohan tersebut. Polis dan tentera masih di kekang dari melakukan apa yang patut dilakukan.
Orang UMNO seperti biasalah- mengalih isiu. Ini bukan isiu rakyat memperkecilkan kapasiti VAT69. Isiu pokok nya ialah UMNO membenarkan pencerobohan ini kerana mereka incompetent.
Antara 100-500 orang masuk ke Lahad Datu tanpa apa2 halangan.  Kita tidak tahu berapa ramai bala tentara yang datang. Entah2 ada ribuan. Bagaimana dari tempat mendarat mereka bertebaran dan menyelinap ke tempat lain? Ada lapuran menyebutkan kaum Tausug yang diberi IC di Sabah menyertai tentera Sulu. Ada juga yang mendakwa, bala tentera Sulu mendapat juga sokongan dari Filipina rakyat Malaysia yang berjumlah ratusan ribu di Sabah.
Kenapa tindakan ketenteraan tidak diambil? Mengikut kata Dr Mahathir tindakan keras tidak diambil kerana kita tidak berperang sesama Islam. Ternyata, ini suatu pandangan afterthought yang di gunakan untuk merasionalisasikan mengapa tindakan ketenteraan tidak diambil. Mahathir berbohong dalam perkara ini. dia cuba menutup kelemahan kerajaan Najib Razak. Tindakan tentera tidak diambil bukanlah kerana penceroboh beragama Islam. Kalau itu  perkiraan nya, mengapa dalam kes Ibrahim Libya, pasukan keselamatan kita diberi lampu hijau untuk membunuh? Ibrahim Libya orang islam tapi diserang dan dibunuh tanpa belas kasihan.
Sebab sebenar mengapa respons ketenteraan tidak diambil akan diketahui akhirnya. Dan sebab nya tidak lain dan tidak bukan, UMNO ada kepentingan untuk mengekalkan sokongan bangsa Filipina yang jadi warga negara Malaysia. dan mereka jadi warga negara sebahagian besar kerana Mahathir mahu mencairkan majority bukan Islam di Sabah.
Kita tidak ambil tindakan tentera, kerana kerajaan UMNO/BN takut jika berbuat demikian, sokongan daripada pengikut Sultan Sulu tidak akan menyokong UMNO dan BN. Sejak tahun 1995, suku Tausug yang  menjadi natiralised citizens di Sabah membantu UMNO menguasai negeri tersebut.  Bayangkan jika tindakan ketenteraan diambil, Sultan Sulu akan memerintah suku Tausig rakyat Malaysia di Sabah( yang diberikan IC oleh UMNO/BN, supaya tidak menyokong UMNO. Tanpa sokongan golongan ini, Sabah akan jatuh dan jika Sabah jatuh, UMNO akan roboh.
Seperti dalam filem komedi Mr Bean, orang2 yang lengkap bersenjata ini mengumumkan bahawa mereka datang untuk menunutut tanah Sultan Sulu keatas Sabah.  mengikut lapuran tempatan, tanah sultan sulu dikatakan diambil oleh Felda. Pengambilan itu telah dicabar dalam mahkamah, dan pihak plaintif tewas dalam perbicaraan. Maka besan kepada  Raja Muda Sulu, memanggil Raja Muda dan bala tentera datang ke Lahad Datu menuntut harta mereka. Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu bersama dengan bala tentera nya, sekarang berkota di Lahad Datu. Salam seorang dari plaintif yang membuka pintu supaya tentara Sulu masuk ke Lahad Datu dikatakan berbesan dengan Raja Muda Agbimuddin. Dan secara kebetulan dia ketua UMNO cawangan.
Insiden ini sekarang menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan lembab Najib dan juga Filipina.pencerobohan tersebut sudah merebak pula kekawasan Semporna dan Kunak.  Respons dari pemimpin kerajaan lembab UMNO seperti biasa- semua berada dalam kawalan.
 Rambo Hisham aw aw
Pencerobohan ini tidak di pandang serius pada mula nya. Hishamudin Hussein yang kurang cerdik tapi tunjuk garang  itu malah buat jenaka mengatakan penceroboh orang yang tak cukup makan, tua2, pakai kain sarong dan pakai slipper. Jadi mengikut Hisham yang bodoh ini, penceroboh bukan terrorists dan tak bahaya walaupun bergelar tentera di Raja Sulu.  Hishamudin tidak melapurkan kepada rakyat Malaysia, bahawa rupa2 nya, orang2 tua yang pakai kain sarong dan slipper ini lengkap dengan pelancar grenade, M16 dan lain2 senjata.
Orang2 tua yang pakai kain sarong, slipper dan tak cukup makan? kata Rambo Hisham. 
Kemudian seperti yang kita leihat dalam gambar diatas, dia ingat dia dapat markah tinggi dengan berada ditempat pencerobohan meninjau dari jauh dengan pakai teropong tentera. Kemudian dia memeriksai alatan senapang tentu merasa diri dia sebagai Rambo Hisham. Menteri aw aw ini macho rupa2 nya. Tapi setelah  8 kematian dalam masa 2 hari, Hisham menjilat jenaka nya dan sekarang lidah nya kelu tidak terkata dan dia membisu seribu bahasa.

Tangan UMNO Berlumuran Darah yang tidak Berdosa


  Benar kah negara kita selamat?
Posted on Wednesday, March 06 @ 05:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aspan Alias

Hari ke 24, pencerobohan Sulu ke atas Sabah. — Grafik oleh The Malaysian Insider.Kalau di fikirkan sedalam-dalam apa yang berlaku di Sabah sejak tiga minggu yang lepas dan hasilnya (kematian lapan orang anggota keselamatan) yang kita terima, kita sedang berada di dalam keadaan yang begitu ‘crucial’. Masalah bagi kita pula dalam menghadapi isu seperti ini, kita tidak dapat memberikan komen kerana pihak kerajaan akan menjawab yang isu keselamatan seperti ini bukannya orang awam seperti kita untuk membuat komen.

Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat berhak untuk memberikan komen-komen kerana negara ini adalah hak rakyat dan merasakan keresahan dengan tahap keselamatan negara kita yang tercinta ini.  Rakyat yang begitu lantang mengkritik tentang kelalaian kerajaan tentang pendatang asing ini tidak di gemari oleh mereka yang membawa masuk mereka (pendatang asing) ini dahulu.

Rakyat merasakan tindakan membawa masuk pendatang asing itu sebagai satu pengkhianatan kepada negara tidak di sukai oleh pihak yang mahukan pendatang asing itu berada di sini kerana politik dan kepentingan peribadi mereka. Bak kata perpatah ‘sudah terantuk baru hendak mengadah’ itu benar-benar terjadi. Tidak salah lagi pandangan orang ramai yang tindakan pimpinan negara memberikan kad pengenalan kepada ratusan ribu rakyat asing di Sabah dahulu merupakan satu isu keselamatan kepada negara kita.
Pencerobohan yang dilakukan oleh pengikut Sultan Sulu itu adalah pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang kita kenali. Malahan ketua kumpulan penceroboh itu adalah anak menantu kepada salah seorang ketua cawangan UMNO di Sabah dan seorang lagi penceroboh itu adalah Besan kepada seorang lagi ketua cawangan UMNO di negeri bawah bayu itu.

Pasukan Polis kita tidak pula kekemampuan untuk berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini mungkin kerana tidak ada pengalaman berhadapan dengan situasi sebegini. Setakat ini PDRM hanya berpengalaman berhadapan dengan rakyat sendiri yang tidak berenjata seperti peserta rally Bersih dahulu sahaja. Kalau dengan rakyat sendiri yang lemah dan tidak bersenjata Polis kita menunjukan garang mereka yang hebat-hebat.
Pencoroboh ini mungkin mempunyai kad pengenalan negara kita juga dan tempat mereka mendarat itu merupakan tempat yang mereka begitu ‘familiar’ dan bukannya tempat yang asing bagi mereka. Mereka begitu mengenali selok belok Lahat Datu, Kunak mahupun Semporna dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk bergerak secara mudah jika mereka melakukan pencerobohan.
Hari ke 24, pencerobohan Sulu ke atas Sabah. — Grafik oleh The Malaysian Insider.Apabila ‘incursion’ ini berlaku satu perkara yang menjadi kehairanan bagi banyak orang awam yang memerlukan perlindungan pihak keselamatan kita bertanya, ‘kenapa Polis pula yang mengendalikan isu ini, kenapa tidak tentera kerana ini melibatkan ‘invasion’ orang asing dan kenapa begitu mudah nyawa anggota keselamatan kita melayang?’ Rakyat bertanya lagi kenapa tunggu sampai hampir tiga minggu untuk bertindak?
Apakah sebabnya begitu ramai anggota kita yang mati untuk berhadapan dengan hanya 200 orang penceroboh ke negara kita ini. Berapakah jumlah korban yang terpaksa kita alami jika seribu orang yang menceroboh? Secara matematik nya jika dua ratus orang penceroboh kita terpaksa mengorbankan 8 orang maka jika seribu orang yang menceroboh adakah kita terpaksa mengorbankan 40 orang?
Kenapa Najib tunjukkan sangat kenaifan beliau semasa memberikan sidang media tentang kematian anggota kita sedangkan beliau telah menjadi Menteri Pertahanan selama banyak tahun dulu? Kenapa Najib boleh berani bercakap yang anggota kita telah tertipu oleh musuh yang telah mengangkat bendera putih (menyerah) dan menembak anggota kita semasa anggota kita menghampiri mereka yang sudah mengangkat bendera putih itu?
Kata-kata Najib itu menampakkan sangat kenaifan beliau dan kata-kata beliau itu di dengar oleh orang ramai, samada orang tempatan atau masyarakat antarabangsa. Tahukah Najib jika musuh itu yang mengangkat bendera putih adalah satu SOP (Standard Operation Procedure) yang pihak yang mengangkat bendera putih itu meletakkan senjata dan bergerak kepada pihak kita, bukannya kita yang bergerak kepada mereka?  
Tetapi dalam kes ini Najib mengatakan yang anggota kita yang pergi menghampiri mereka yang mengangkat bendera putih itu. Bukan kah ini membayangkan yang kita tidak mampu untuk memahami perkara yang mudah dan persoalannya bagaimana kita hendak mempertahankan negara kita jika kita di serang oleh musuh yang mempunyai senjata yang banyak dan bersama dengan persenjataan yang canggih?
Salah kah kita rakyat awam ini merasakan yang kita akan ‘crash even before taking off’ jika kita di serang oleh negara jiran yang mempunyai persenjataan yang canggih? Jika kita tidak tahu untuk mengendalikan kumpulan musuh yang menyerah diri bagaimana kah pihak kita hendak berperang dalam peperangan yang besar jika ia berlaku kepada negara kita?
Sekarang baru kita sedar yang selama ini pihak musuh telah bersedia untuk melakukan serangan terhadap negara kita dan kelalaian kita selama ini tidak membolehkan kita menyalahkan pihak mana-mana selain dari menyalahkan diri kita sendiri. Walaupun ramai rakyat merasakan yang mereka tidak mempunyai tahap keselamatan yang kukuh, tetapi kita setiap hari di janjikan dengan jaminan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang baik oleh pimpinan kita.
Sesungguhnya apa yang di rasakan oleh ramai rakyat kita selama ini sudah kita rasakan sekarang ini. Kita tidak mempunyai tahap keselamatan yang sebenarnya. Itulah sebabnya jika orang ramai mengkritik tentang bahaya nya di sempadan negara itu jangan di tuduh rakyat di pergunakan oleh pihak lain kerana politik. Sekarang jelas isu rakyat Sabah yang mempunyai dua kad pengenalan ini benar-benar memakan diri kita sendiri. Jika rakyat asal sendiri mempunyau perasaan tidak sayang kepada negara kita masakan kita boleh menyandar harapan kita kepada pendatang yang kita berikan kad pengenalan itu?
Sekarang semua pihak yang bertanggungjawab cuba mengelak dari mengambil ‘accountability’ terhadap kelalaian pimpinan selama ini. Mereka yang bertanggungjawab hanya bermain politik dan menuduh Ketua Pembangkang yang mendalangi pencerobohan ini dengan mengambil kononnya ada laporan yang di terima dari pihak asing, khususnya di Filipina.
Pihak kerajaan hari ini menggunakan kesalahan sendiri untuk mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak pembangkang dan mereka masih ada masa untuk bermain politik kotor semasa kita sedang menunggu kedatangan pilihanraya umum ini.
Itulah sebabnya kita sepatutnya tidak memberikan keyakinan kepada mereka yang bercakap bergegar-gegar dan mereka yang siang malam mencium keris untuk menunjukkan kepahlawanan mereka sedangkan sekarang terbukti yang selama ini kita di tadbir oleh ‘faked leadership’ yang penuh dengan kepalsuan dan kekeliruan.
Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah sekarang ini akan membawa implikasi yang besar jika kita tidak mengendalikannya dengan betul. Kita tidak boleh lagi leka mendengar janji-janji keselamatan untuk kita lagi. Kita sendiri wajar melakukan usaha keselamatan ini.
Benar kah negara kita selamat?


 Berdamailah
Posted on Wednesday, March 06 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tazkirah

"Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Setiap muslim atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (HR. Muslim)

Dalam hadits Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda: “Tidak halal darah orang muslim yang bersaksi Laa ilaaha illallaah dan bahwa aku Rasulullah, kecuali dengan sebab salah satu dari tiga hal: Tsayyib (orang yang sudah pernah menikah yang berzina, jiwa dengan jiwa (qisas) dan orang yang meninggalkan agamanya (murtad) lagi memisahkan diri dari jama’ah”. (Muttafaq‘alaih)

Allah Ta’ala berfirman: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan ‘azab yang besar baginya. (An-Nisaa’: ayat 93)

Allah Ta’ala berfirman: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman bergaduh, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah, jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Hujuraat: ayat 9)

Allah Ta’ala berfirman: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujuraat: ayat 10)

Wallahu 'alam.

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com"


 Artis yang belasah suami hingga mati
Posted on Wednesday, March 06 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh: laniismaa

"NRamliSeorang suami Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39 ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat jam 5 petang semalam, 5 Mac 2013. Teramat malang kerana mati dibelasah isteri sendiri yang dikatakan seorang penyanyi.

Harian Metro melaporkan, mangsa ke rumah isterinya kerana ingin bertemu anak yang berusia setahun. Pertengkaran dan pergelutan telah berlaku sehingga mangsa pengsan kerana serangan jantung seperti dijelaskan pihak polis. Ketika itulah si isteri yang berusia 39 tahun dibantu dua anak saudara mengikat mangsa. Ia adalah kerana tidak mahu membiarkan mangsa bertemu anak perempuan mereka.

NRamli

Mereka suami isteri telah tinggal berasingan sejak setahun lalu dan kini dalam proses perceraian. Suspek bersama dua anak saudaranya kini ditahan polis.

Kini timbul persoalan siapakah penyanyi tersebut. Penyanyi perempuan berusia 39 tahun dan tak aktik menyanyi lagi. Disebut penyanyi irama Latin tahun 90-an dan pernah menang di Anugerah Industri Muzik. Dikatakan N**** Ramli, namun belum dipastikan.

Nak tahu secara jelas, rujuk ruangan forum ini, KLIK. Baca ruangan komen di sini, KLIK.



LAGI.MY"


 Mahathir Jahil Islam, 'Buta Sejarah'!
Posted on Wednesday, March 06 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Wartawan Buletin

KEMAMAN - Tulisan bekas Presiden Umno yang juga bekas Pedana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhbar Mingguan Malaysia baru-baru ini menunjukkan beliau jahil dalam agama Islam dan tidak tahu sejarah negara.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS ditubuhkan oleh kumpulan Islam, bukan sahaja oleh golongan ulamak bahkan oleh golongan bukan ulamak dan mendapat pendidikan Inggeris, setelah diharamkan parti Hizbul Muslimin tahun 1948 dan partai Syarikat Islam pada tahun 1920.

"Tulisan dia (Mahathir) ini menunjukkan dia jahil sungguh dalam bab agama Islam, dan menunjukkan dia jahil sungguh sejarah kemerdekaan (dan) sejarah perjuangan tanah air,

"PAS bukan kerana mereka dengki sebab gaji murah, bahkan ada kalangan mereka ayang sanggup berhenti dari bekerja dengan kerajaan, dan tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan,

"perjuangan menentang penjajah bukan dimulakan sejak tahun 1946 bila ada Umno, perjuangan menentang penjajah bermula sejak tahun 1511 apabila Portigis mula menjajah Melaka,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ceramah Motivasi dan Penerangan di Kampung Mak Cili, Chukai, di sini pada Selasa Malam 5 Mac.

Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika mengulas dakwaan Dr Mahathir yang mendakwa PAS ditubuhkan oleh golongan ulamak, kerana dengki dengan golongan yang berpendidikan Inggeris dalam Umno yang 'bergaji' mahal.

Menurutnya, kedatangan bangsa-bangsa suku kaum Jawa, Bugis, Acheh dan Minang ke Tanah Melayu sejak sekian lama adalah untuk menentang penjajah, bukan untuk menanam 'kelapa' sebagaimana didakwa.

Belanda yang menjajah Melaka selepas Portugis, hampir dikalahkan oleh tentera Acheh, namun katanya, orang Melayu 'Umno'Johor telah berpaling tadah dan menyokong penjajah.

"Tentera Acheh dipimpin oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (gambar) membawa tenteranya untuk membebaskan Melaka setelah Melaka di takluk oleh Belanda, hampir Melaka dapat dibebaskan oleh tentera Acheh,

"tetapi orang Melayu Johor 'belok' menyokong Belanda.......... Melayu Umnolah tu! bukan semua Melayu Johor....... Melayu yang (kemudiannya) menjadi Umno,"jelasnya.

Sumber: buletinonline.net


 
Foto Misteri Aziz Shamsuddin Pula Tersebar!
Posted on Wednesday, March 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Pahangdaily



Saksi-saksi penting dengan jelas mendedahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) tentang keterlibatan Datuk Aziz Shamsuddin antara "mastermind"nya bersama Mahathir dan Megat Junid dalam "Projek IC Sabah".

Namun, hingga kini beliau tidak dipanggil malah didakwa. Maka itu, tersebarlah gambar mesra Aziz Shamsuddin dengan Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu ini.

Jika diamati betul-betul, ada kemungkinan ramai warga Sulu dari Filipinan yang mendiami Sabah berjaya mendapat IC hasil usahasama Aziz dengan pihak kesultanan Sulu.

Jika tidak mana mungkin mereka boleh begitu ramai berada di Sabah. Maknanya, Aziz Shamsuddin memang terlibat secara langsung dengan projek itu dan hubungnnya amat akrab seperti dalam gambar ini.

Justeru, tidak perlulah kerajaan sebegitu mudah membuat tuduhan kononnya pemimpin pembangkang menjadi dalang isu pencerobohan warga Sulu di Sabah sekarang ini.

Mereka mungkin juga mempunyai IC, malah saudara mereka yang ada IC kini ramai mendiami Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu itu sendiri.

Ini bermakna, tidak perlu membuat tuduhan melulu kepada pihak lain jika pemimpin UMNO BN sendiri memang ada hubungan langsung dengan pihak itu sebenarnya

Sumber: pahangdaily.blogspot.com

 BL1M: Satu lagi projek kayakan kroni Umno
Posted on Wednesday, March 06 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber keadilandaily

Pada 31hb Januari 2013, BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Pemuda Umno telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Program ini dikatakan akan mengurangkan beban golongan belia yang ingin memiliki lesen motosikal (kelas B2), dengan pengurangan yuran ujian dari RM261 kepada RM199. MYEG Services Berhad telah dilantik untuk mentadbir dan melaksanakan program tersebut.chang

Namun, setelah meneliti dokumen-dokumen dan maklumat berkenaan, pihak kami mendapati bahawa BL1M merupakan satu penipuan! Ia adalah satu program yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan memperkayakan kroni Umno. Kerajaan atau pihak Pemuda Umno langsung tidak mengeluarkan sebarang dana untuk membantu anak muda mendapat lesen. Pengurangan sebanyak RM62 (dari RM261 kepada RM199) itu terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha institut memandu.

IM tanggung kerugian, MYEG mengaut keuntungan

Apa yang lebih memeranjatkan adalah yuran RM199 yang dibayar kepada MYEG Services Berhad tidak diberikan sepenuhnya kepada pengusaha institut memandu. Menurut surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), MYEG hanya menawarkan harga yang amat rendah iaitu RM100 setiap orang calon kepada pengusaha institut memandu. Ini bermakna para pengusaha institut memandu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM161 (dari RM261 kepada RM100) untuk menyediakan lesen untuk peserta BL1M ini.

Walaupun MYEG mengambil RM99 dari setiap peserta BL1M, kami difahamkan bahawa MYEG hanya menyediakan ujian undang-undang berkomputer untuk para peserta BL1M, di mana harga ujian tersebut hanya RM17. Sekiranya peserta berjaya lulus ujian dalam cubaan pertama, MYEG akan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM82. Jika sasaran Pemuda Umno tercapai, iaitu seramai 500 ribu anak muda menyertai program ini, MYEG akan mendapat keuntungan puluhan juta dengan kadar sekelip mata.

MyEG-picked-bl1m-b12Setelah carian syarikat dilakukan, kami dapati bahawa salah seorang pemegang saham utama MYEG Services Berhad adalah Datuk Raja Munir Shah bin Raja Mustapha. Dato’ Raja Munir Shah merupakan seorang pemimpin aktif Umno Pulau Pinang. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, ahli majlis MPPP dan sebagainya. Beliau merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjong sehingga kini.

Keselamatan jalanraya dikompromikan


Selain daripada penyelewengan yang melibatkan kroni Umno, program ini juga akan membawa natijah yang negatif kepada keselamatan jalanraya. Oleh sebab pengusaha-pengusaha institut memandu terpaksa menerima yuran yang tidak mencukupi, kualiti pengajaran dijangka akan menurun. Sebelum kualiti pengajaran menurun, kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal sudah mencapai 70%. Sekiranya BL1M ini dilaksanakan, pastinya peratusan kemalangan motosikal akan naik mendadak.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan begitu prihatin kepada keselamatan jalanraya, sehingga AES yang mendapat bantahan hebat tetap dilaksanakan. Kenapa tidak ada sebarang respon daripada Menteri dalam hal ini?

Integriti ala Najib

Kami mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan program BL1M yang mempunyai unsur penipuan. Kami juga berasa kecewa dengan Pemuda Umno yang sanggup menggadaikan keselamatan anak-anak muda di jalanraya semata-mata hendak mengaut keuntungan. Justeru itu, kami mendesak Menteri Pengangkutan agar jangan menjadi boneka kepada Pemuda Umno dan memberhentikan program ini dengan kadar segera.

Penyelewengan ini telah memberi satu tamparan besar kepada Najib yang baru menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya melalui Transparency International Malaysia. Program yang seharusnya membantu rakyat akhirnya dijadikan program yang memperkayakan kroni, apakah ini yang dimaksudkan oleh Najib sebagai integriti?

Sekiranya Najib ikhlas dalam membanteras rasuah dan mempertingkatkan integriti, beliau wajib mengambil tindakan tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas program ini.

Chang Lih Kang
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
ADUN Teja



 Pencerobohan di Lahad Datu kerana sokongan terhadap Umno BN semakin merosot
Posted on Wednesday, March 06 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Melayu tidak percaya Umno. Umno pengkhianatDalam isu pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah; dua perkara utama yang paling menjadi persoalan sekarang adalah:

- Mengapa baru sekarang Sultan Sulu yang telah berumur 70 tahun itu menuntut kembali "hak" ke atas Sabah?

- Mengapa beliau memilih waktu sekarang, di mana sokongan rakyat Sabah terhadap Umno BN jelas semakin merosot?

Apakah persoalan di bawah menjadi jawapan kepada persoalan di atas?

Apakah kerna pilihan raya umum ke-13 Malaysia semakin hampir dan kerajaan Umno BN sedarmereka akan kalah, maka digunakan Sultan Sulu sebagai penyambung nyawanya?

pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah"

  Jangan sibuk berpolitik sahaja
Posted on Wednesday, March 06 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"Seimbangkanlah aktiviti politik kita. Perhatikanlah permasalahan sebenar sekeliling kita. Masjid-masjid kita banyak yang mati, orang Melayu masih ramai yang tak solat, gejala sosial dan buang bayi di kalangan orang Melayu masih parah. 10 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah mental.

Kalau semua pihak nak jadi pengulas politik, nak masuk politik, siapa yang nak buat kerja dakwah, kerja kebajikan, kerja sosial? Yang penting perhatikan diri kita, isteri kita, anak-anak kita dan keluarga kita, sempurna tak solat kita semua secara berjemaah yang membawa ke arah perpaduan?

Pengarah Hospital Taiping ditetak staf kecewa
5 Mac 2013

IPOH - Akibat tidak berpuas hati kerana diarah berpindah ke unit lain, seorang lelaki bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan sebilah parang sepanjang dua kaki hari ini.

Dalam kejadian pada 11.20 pagi di hospital berkenaan, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan selepas cuba menahan asakan serta tetakan oleh seorang petugas di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik hospital itu yang berusia 53 tahun.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping DSP Leong Wen Yew berkata, kejadian berlaku ketika pengarah itu pergi ke pejabat suspek untuk menemuinya dan mereka dipercayai bergaduh kerana suspek diarah berpindah ke unit lain dan diminta mengosongkan pejabat unit sedia ada.

Akibat tidak berpuas hati, suspek beredar dari situ dan kemudian datang semula membawa sebilah parang sebelum menetak mangsa di ruang legar berhampiran Unit CT Scan hospital berkenaan, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pengarah itu yang dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan lanjut pada pukul 1 tengah hari turut mengalami patah tulang lengan.

Keadaannya dilaporkan stabil. Wen Yew berkata, polis percaya parang itu telahpun disediakan lebih awal kerana difahamkan ketegangan antara mereka terjadi sebelum berlaku insiden hari ini.

Suspek melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku dan sehingga kini belum dapat dikesan walaupun polis menjejaki suspek di rumahnya, katanya.

"Kami meminta suspek menyerahkan diri kepada polis. Kami percaya suspek tidak pergi jauh," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebatan. - Bernama

sinarharian.com.my"


 

Tiada ulasan: