Ahad, 10 Mac 2013

KADANG SYOK SENDIRI BEST JUGA....TAK SEDAR DIRI TU YANG CELAKA@MALANG...PUTAR BELIT LAGI LAH TERUK...ROSAK IMAN LAGI NAYA

Wartawan tersua lelaki bersenjata di zon merah
 
Petugas media terserempak dengan satu individu bersenjata ketika memasuki "zon merah" dalam kawasan Kampung Tanjung Labian yang menjadi kawasan operasi pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata.

Kumpulan petugas media berkenaan mengunjungi kawasan tersebut yang disangka selamat memandangkan satu sekatan polis yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung tersebut tidak dikawal.

Jurugambar The Star Normiemie Duin berkata mereka menyangka demikian apabila melihat penduduk bermotosikal keluar dari kampung berkenaan dan sekatan itu juga tidak dikawal.

Dua kenderaan membawa jurukamera tersebut terpisah sebai memasuki kampung berkenaan.

Normiemie berkata, beliau secara tiba-tiba terlihat satu individu berpakaian gelap dan bersenjata raifal sedang bersembunyi di sebalik pohon kelapa sawit.

Beliau segera tunduk dan meletakkan kameranya kerana bimbang individu tersebut menyangka kameranya satu senjata.

Lelaki bersenjata itu juga merebahkan badan ke tanah manakala pemandu kenderaan, wartawan TV Al-Hijrah Senieffa Mushtadfa Albakry, berpatah balik dan memecut untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Beliau turut memberitahu rakannya, yang sedang merakam foto di kawasan berdekatan, untuk meninggalkan kawasan itu.

Rakannya itu turut meninggalkan kawasan berkenaan, katanya.

Normiemie berkata beliau pasti bahawa lelaki bersenjata itu bukan seorang anggota keselamatan.

Tambahnya, individu berkenaan tentunya akan memberhentikan mereka dan tidak bertindak sedemikian.
Dua polis cedera dalam pertempuran malam tadi
 
Dua orang anggota pasukan keselamatan Malaysia cedera akibat tembakan dalam pertempuran dengan penceroboh Sulu pada jam 8 malam tadi – yang berlarutan selama lapan jam.
Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam satu sidang media hari ini berkata seorang anggota berkenaan cedera di betis dan seorang lagi di paha.

Anggota berkenaan dihatar ke Hospital Sandakan selepas menerima rawatan di lapangan oleh medik tentera, katanya.

Kedua-dua anggota berkenaan, dari pasukan gerakan am, berusia 25 tahun dari Miri.
Kit Siang: Najib jadi PM tanpa mandat
 
Ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sah menjadi perdana menteri bermula 9 Mac semalam dan mendesak Najib segera mengadakan pilihan raya dengan segera.

Katanya, tempoh pentadbiran kerajaan sedia ada genap lima tahun pada 8 Mac lalu.

"9 Mac adalah tarikh yang mustahak kerana bermula hari ini kita ada perdana menteri yang tidak sah di Malaysia," kata Lim sewaktu berucap pada majlis sambutan 5 tahun pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Shah Alam semalam.

selangor 308 anniversary 100313 lim kit siangBeliau mendakwa, Najib kini menjadi perdana menteri tanpa mandat daripada rakyat memandangkan beliau tidak mengadakan pilihan raya umum untuk mendapat mandat baru selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tambah Lim, semua perdana menteri sebelum Najib mengadakan pilihan raya umum dalam masa enam bulan ke setahun selepas mengambil alih kuasa daripada perdana menteri sebelumnya.

"Beliau sudah menjadi perdana menteri yang tidak dipilih, yang paling lama di Malaysia.

"(Beliau) tiada mandat daripada rakyat, takut mengadakan pilihan raya, (dan) takut bubar parlimen," katanya.

Tindakan Najib, kata Lim, menyebabkan rakyat Malaysia sudah berada dalam 'mod' pilihan raya sejak empat tahun yang lalu.

"Datuk Seri Najib catat rekod baru, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi Malaysia sudah masuk Guiness Book of Record.

"Mana ada negara di dunia dalam mod pilihan raya selama empat tahun.

"Ini memalukan buat Malaysia," kata Lim disambut sorakan gemuruh daripada kira-kira 5,000 hadirin di Dataran Kemerdekaan.

Pilihan raya umum terakhir diadakan pada 8 Mac 2008, di mana BN tewas di lima negeri.

Abdullah setahun kemudian meletakkan jawatan sebagai perdana menteri – satu tindakan yang diistilahkan sebagai 'peralihan kuasa' pada masa itu – dan Najib selaku timbalan perdana menteri menggantikan beliau bermula 4 April 2009.

Sementara itu Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah sama membangkitkan mengenai cubaan sesetengah media yang mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut Anwar, beliau sedikit pun tidak gentar dengan tindakan itu yang dianggapnya sebagai cubaan untuk kembali menyumbat beliau ke dalam penjara atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

"Saya tengok cara media duduk main khianat saya dengan isu Lahad Datu ini, mungkin dia nak bawa saya ke situ.

"Nak ugut saya sekali lagi, tapi saya nak cakap, saya akan hadapi.

"Namun, berundur tidak sekali-kali," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Turut hadir dalam majlis semalam antaranya adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
27 lelaki dalam tiga bot ditahan di pantai Tanjung Batu
 
Seramai 27 lelaki dalam tiga buah bot ditahan pagi ini di kawasan pantai Tanjung Batu, Lahad Datu berhampiran zon operasi di mana pasukan keselamatan melancarkan gerakan mengusir penceroboh Sulu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONE"Kami telah menyerahkan mereka kepada Ibu Pejabat Polis
Daerah Lahad Datu untuk siasatan.

"Kita tidak mahu sesiapa pun memasuki kawasan operasi. Ia akan menjejaskan operasi dan membahayakan nyawa," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Residence Sabahat, Lahad Datu, pagi ini.

Ismail berkata tidak jelas sama ada mereka cuba memasuki zon operasi atau meninggalkannya, dan polis masih menyiasat motif mereka.

Ismail berkata mereka yang mendakwa ingin menangkap ikan, ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu, dan menyerahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

map sabah lahad datuBagaimanapun, Ismail berkata, tiada senjata ditemui di dalam
bot mereka. Beliau juga tidak mendedahkan kerakyatan mereka yang ditahan itu.

Dengan ini, jumlah tangkapan suspek berhubung krisis Sabah yang bermula 12 Februari lalu ialah 106 orang.

Dalam sempadan operasi yang terdiri daripada Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, Ismail berkata tidak ada perkembangan baru selain daripada seorang penceroboh ditembak oleh oleh pasukan keselamatan pagi ini.
'Jangan gelar pengganas ini Tentera Diraja Sulu'
 
Kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, tidak layak mengelarkan diri mereka sebagai "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" kerana tindakan mereka yang ganas dan mengancam kehidupan msyarakat setempat terutamanya masyarakat Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata orang yang mengganas tidak layak disamakan dengan satu pasukan yang terhormat seperti tentera.

"Jangan lagi menggelarkan kumpulan pengganas itu sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu dan masyarakat Sulu di Sabah juga tidak wajar dikaitkan dengan kumpulan itu yang melakukan kejahatan dan bertindak ganas.

"Jahat tiada kaitan dengan nama kaum... jahat adalah atas sebab tamak, gila kuasa, kurang iman dan mempunyai nilai-nilai kehaiwanan," katanya pada majlis perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat Suluk di Lahad Datu malam tadi.

Beliau berkata masyarakat Suluk di Sabah boleh berjaya dalam kehidupan jika mereka rajin berusaha.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.

- Bernama
Isu kenyataan Tian Chua: Polis siasat wartawan
 
Pihak polis hari ini memanggil wartawan laman Keadilan Daily berhubung penyiaran satu laporan memetik kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung tentang isu pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina di Lahad Datu.

Pengarang akhbar tersebut, Fazallah Pit ketika dihubungi Malaysiakini berkata, beliau hadir bersama seorang wartawannya, Aisha Geoffrey di ibu pejabat polis Petaling Jaya untuk memberi keterangan petang ini.

Fazallah berkata, beliau telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan bertajuk 'Insiden tembakan di lahad datu konsporasi terancang Umno" di laman tersebut yang disiarkan 1 Mac lalu.

Katanya, mereka turut diiringi seorang peguam, Eric Paulsen.

Laporan berkenaan antara lainnya menyebut, kejadian di Lahad Datu "dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat".
Tian, yang kini menerima serangan hebat dari kelompok Umno, pada 7 Mac lalu menjelaskan bahawa beliau hanya bertanggungjawab ke atas petikan langsung dalam laporan berkenaan

Tian menjelaskan, beliau berbuat demikian ekoran tindakan penulis blog pro-BN yang menyebarkan nombor telefon dan menghasut penyokong parti itu untuk menghantar mesej ancaman kepadanya.
Zulkifli Nordin mohon maaf pada Dr Mahathir
 
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di Pasir Mas apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.
  
abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 zulkifli nordinZulkifli (kiri), yang sempat berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.
  
"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.
  
Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.
  
"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.
  
Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.
  
Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.
  
Naib Presiden PERKASA itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, dalam pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.

- Bernama
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 867 orang pelanggan
    Dia minta maaf dgn Maddey...tapi tak sanggup minta maaf dgn rakyat kerana mengkhianati amanah yg diberikan oleh rakyat diParlimen Kulim Bandar Baru......
  • Adzam Sahlan · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Nak minta maaf atau tidak, kita tak peduli lepas ni awak akan dipastikan oleh UMNO, untuk tidak menjadi calon. Awak memang bangsat.
  • Noah Zig · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
    Surah Hud ayat 113; Jgnlah kamu cenderung kepada org berbuat zalim (madey), kelak kamu dibakar apai neraka. dan tiada penolongnya. Madey jelas memfinah DSAI ambil syarikat arak dan khianat terhadap rakyat Malaysia bila beri IC pada pendatang dan menyalahgunakan dana kerajaan sepanjang 22 tahun dia berkuasa.
  • Ibn Abd Halim · Pengulas Tertinggi
    Kalau UMNO angkat hang jadi calon memang UMNO bodoh. UMNO tak bodoh tapi hang yang bodoh. Kalau hang tanding bebas hilang deposit. Lepaih ni hang jadi sasau sebab la ni pon hang jadi kupang tembaga. pejuang islam konon.
    • Dar Bora
      Geng2 bebas ni....xguna punya orang...Pak aji misai kontot ni aku xnak...kata p.ramlee....
    • Nashrudin Hj Abd Rahim · Pengulas Tertinggi · Politeknik Batu Pahat
      Alamak bro,bukan kupang tembagalah,besi buruk.
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Nak mintak jadi calon lah tu..oii.Zul Nordin..Org UMNo tak akan bagi kau kerusi, nanti marah pulak ahli lama yg bertungkus lumus mempertahankan UMNO selama ini....//.........
  • Zulkaini Idris · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
    Mintak restu nak jadi Calon BN ke?
    • Shaifuddin Qudeen · Pengulas Tertinggi · High School Klang
      boleh percaya ke kata2 org munafik ni....dah la kianat pd pengundi kulim...nak mengampu pulak...mohon maaf pd mamak madey...
      ko tau tak..ko dan madey sama..dia pun kianat pd negara beri ic pd pendatang di sabah.
    • Ziz Mohd · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hong Kong
      Tentulah mintak restuuu..
    • Man Yong · Pathologist di Self employer
      tahniah YB Zulkifli Nordin , anda buat tindakan bijak... PR sememangnya Pembelot dan Pencucuk Duburrrggghhhhh
    • Zakaria Jamal · Pengulas Tertinggi · Puchong
      mintak restu jd calon bn dgn mahathir..?? apa yg mahathir leh buat..!!
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Man Yong :
      Nak mintak jadi calon lah tu..Tahniah Zul Nordin moga dapat jadi calon...Biar ahli lama UMNo gigit jari...hehehehe
    • Smashing Labu · Sekolah Atap Aje
      Man Yong seekor anjing
    • Raja Aimin · Best Player di Liverpool FC
      hang memangg mcm dia kot lebih dunia wi..munafik.
    • Jabu Mong · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Austin Heights
      ya,aku cucuk dubur kamu pakai btg pnyapu,bukan pr
    • Wan Wan · Pengulas Tertinggi · Korea University
      cai2..pakatan..bila..lagi nak mintak maaf...sebelum mampus..tangung dosa hina kutuk fitnah TUN M
    • Lang Sewah · Pengulas Tertinggi
      sedapnya ko kata kat bapak ko!

      muahhahahaha
    • Rakyat Prihatin · Pengulas Tertinggi
      Engkau ni ketinggalan zaman> itulah jika terlalu taksub dengan utusan, berita hairan, Tv1 sehingga TV9. Engkau tahu ke sodomi 1, Anwar didapati tidak bersalah tapi Anwar telah menjalani hukuman 6 tahun di penjara. Hebat kan Mahkamah Malaysia ni? Sodomi 2, Anwar juga didapati tidak bersalah. Tapi oleh kerana pecacai umno dari dulu, kini dan selamanya baca Utusan Pecacai, Berita Hairan, TV1 - TV9 sudah jadi lalok dan meracau. Kamu sedar tak pemimpin kamu setiap hari meliwat kamu dan ahli-ahli umno yang lain. Mereka meliwat duit poket kamu setiap hari..jika kamu di kalangan perwakilan yg hadir di PAU di PWTC aku boleh faham kerana mereka kaya raya meliwat kamu, tapi jika kamu sekadar pecacai biasa umno aku naik kesian, kerana apa? kerana dari dulu, kini dan selama2nya seronok kena tipu dan diliwat setiap minit oleh pemimpin kesayangan kamu.
    • Nasi Dagang · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sendiri
      Man Yong : sekurang-kurang DSAI telah dibebaskan oleh mahkamah....tu yang aku faham ....tapi depa yang hang duk puji dan bangga pernah ke diuji dimahkamah untuk dibicara kalau ye pun nak mencacai biarlah berpijak dibumi yang nyata...
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Apa yg kau fitnah kepada Mahathir Zul Nordin?..Apakah kaupun FITNAH Mahathir meliwat kau?...hehehe....
    • Say No To · Pengulas Tertinggi · Top-of-the-World, Arizona
      Man Yong ,Haiya.Tak tahu pula dubur kamu kena cucuk.Tahniah lah kerana anda di kalangan mereka yang terpilih.
    • Kapak Api · Pengulas Tertinggi
      Nasi Dagang :usahkan uji di mahkamah,....baru Adam Adli turunkan bendera tubuh hanya n5 minit pun dah sasau 1 Malaysia .....tunggu la kau PRU ni bukan bendera saja,tapi kau pun kena turun.......
    • Kilauwanombakdayung Dayung · Pengulas Tertinggi · International Islamic University Malaysia
      Man Yong maknusia macam awak memang suka duburrrggghhh.....
    • Ari Raus · Bekerja di My Premier Trustee (Malaysia) Berhad
      Tahniah Man Yong, anda telah membuktikan bahawa anda adalah Pengundi yang buta. Anda membuat keputusan melalui hala tuju angin bertiup, fitnah, dan juga perasaan tanpa kisah samada negara ini dipimpin oleh kerajaan yang efektifi. Kita harus meneliti policy dan peggangan setiap pihak bagi memilih yang terbaik untuk kami sebagai rakyat dan bukan berdasarkan kehebatan pihak berkenaan keluar di dalam headline media.
      Samada BN ataupun PR, mereka yang harus peka kepada keperluan rakyat mengikut peredaran masa terkini dan bukan lagi mempraktikan solusi dan polocy yang lapuk.
      Ramai telah lupa bahawa Kerajaan hanyalah merupakan platform untuk rakyat menentukan hala tuju Negara dengan memilih Kerajaan yang difikirkan sesuai.
      Ramai juga yang telah terbawa-bawa berpandukan emosi dengan adegan-adegan kedua-dua pihak yang saling balas-membalas secara rakus statemen-statement, yang dimana antaranya telah menyentuh sentimen sensitif rakyat seperti kanak-kanak menjelang pilihanraya untuk dijadikan topik hangat di kedai kopi. Siapa yang ingin hilang kuasa? Siapa yang tak inginkan kuasa? Itulah kerja mereka. Buat apa nak marah mereka?
      Buat apa nak marah atau sokong perbuatan Nordin? Dia adalah ahli politik, itu sememang lah kerja dia.
      Janganlah terlalu selesa dengan apa yang ada tapi usahalah ke arah kemajuan. Itulah sumbangan rakyat terhadap Malaysia. Kalau semua nak jadi ahli politik habis la Malaysia.
    • Man Yong · Pathologist di Self employer
      buat apa nak marah kalau kita sokong sapa-sapa, kalaulah tiba-tiba najib masuk PR aku gerenti korang mesti hisap lubang jubur dia, kalaulah anwar tiba-tiba masuk BN balik gerenti korang ludah muka dia.. semprot ngentot bontot lah korang
    • Anggerik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
      Man Yong.. Zul Kulim pembelot pada pengundi Kulim Bandar Baru minta maaf pada Mahathir pengkhianat beri projek IC Sabah..
    • Jamalhisyam Ahmad · Pengulas Tertinggi
      Dah tukar wajah man yong ni.... mcm pelesit la pulak.
    • Mohd Sowi Ahmad · MPTI JB
      Man Yong muka kamu persis seorang perempuan. Tapi mulut kami penuh carutan. Sampahhhhhhh
    • Oha Mair · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sekolah agama menengah nurul iman
      ya amat bijak...antara katak elit yg kecewa...trus kan lompatan anda...supaya DR mahathir al- san migual nampak anda boleh jd calon(Calon_Katak)
    • Anakpahang Jati · Pengulas Tertinggi · umur 42 tahun
      man yong hang memang celaka laknatullah
    • Dolhan Tahir · UNIMAS & OUM
      Shaifuddin Qudeen..TAHNIAH..ayat ko power sungguh...!
    • Ari Raus · Bekerja di My Premier Trustee (Malaysia) Berhad
      Kalau tak marah dan bagi komen macam tu maksudnya bak kata Ustad Idrus "Mabuk Pil Kuda"... so kalau setakat sembunyi belakang account tipu semata-mata nak mencaci dan tomah...peggghii dahhh!
    • Ari Raus · Bekerja di My Premier Trustee (Malaysia) Berhad
      Stick the usage of ur FB account for your porn fetish instead of making unethical remarks. your indecency is ridiculing readers intelligence
Seorang lagi penceroboh ditembak mati
 
Satu lagi penceroboh yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan di Lahad Datu pagi ini telah ditembak mati, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, pada kira-kira jam 6 pagi ini, salah seorang daripada penceroboh cuba untuk melepaskan diri daripada di Tanjung Batu.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence,
Ismail berkata berlaku tembak menembak dan pasukan keselamatan berjaya menembaknya (sekitar jam 8 pagi).

Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac.

Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah  53 orang.
Di samping itu, seramai 79 suspek ditangkap di seluruh Sabah berhubung pencerobohan tersebut sejak krisis itu bermula.

Kesemua mereka ditangkap di luar zon operasi kecuali tiga orang yang cuba melarikan diri daripada kepungan di Kampung Tanduo pada 2 Mac.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa musuh tidak menawan mana-mana anggota pasukan keselamatan sebagai tebusan dan beliau hairan berhubung tuntutan untuk bertukar tawanan.

Fokus utama operasi itu sekarang ialah di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu yang merangkumi kawasan seluas tujuh kilometer persegi.
Media Filipina siasat dakwaan konspirasi
2:25PM Mac 10 2013  
Pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.
Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara aman.

Portal berita PhilStar juga memetik kenyataan Valte bahawa usaha berkenaan selari dengan tuntutan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki Moon agar untuk menghentikan
pertentangan dengan segera.

Laporan hari ini juga menyebut, pegawai istana presiden sebelum ini mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.

Ia menyebut, pihak berkuasa Filipina juga menyiasat kemungkinan bahawa ekspedisi bersenjata itu cuba memalukan kerajaan Malaysia dan Filipina dan menggunakannya dalam tuntutan kesultanan itu di Sabah.

Biro siasatan kebangsaan negara itu dilaporkan melancarakan siasatannya dua hari lalu dengan memanggil penasihat kesultanan itu Pastor ‘Boy' Saycon untuk siasatan, sementara Aquino dijangka akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berhubung pemimpin konspirasi berkenaan, seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram menafikannya dan mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.

Beliau sepertimana dilaporkan mendakwa, perkara ini adalah untuk membantu rundingan di antara kerajaan Filipina dan militan Moro Independent Liberation Front dan pada masa yang sama mengalihkan perhatian orang ramai daripada keganasan yang berlaku di Sabah.

"Teori konspirasi ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Filipina dan kepada kesultanan Sulu, lebih-lebih lagi kepada Raja Muda (Azzimudie Kiram, yang mengetuai hampir 200 orang pencerobh di Sabah) dan rakyatnya," kata Jacel kepada media Filipina semalam

Tiada ulasan: