Ahad, 10 Mac 2013

AGAK2 SAPE DIBAYAR...DAN SAPE YANG BAYAR....DAN SAPE MAMPU BAYAR

Putera Raja N.Sembilan yang mengenang jasa pahlawan
Posted on Sunday, March 10 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"Ketika ada di kalangan kita yang tuduh menuduh siapa yang menjadi dalang kejadian di Lahad Datu, Putera Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al’Abidin ibni Tuanku Muhriz telah menghadiri upacara memperingati pahlawan yang gugur dalam perang yang begitu masyhur iaitu Perang Jambatan Gemencheh.

Perang Jambatan Gemencheh ini begitu banyak diperkatakan oleh dunia luar, tetapi amat malang, bukan sahaja orang Malaysia, malah ada orang Negeri Sembilan tak pernah tahu kewujudan Perang Jambatan Gemencheh semasa Perang Dunia Ke 2.

Saya rasa berbangga Tunku Zain Al’Abidin ibni Tuanku Muhriz rupanya adalah salah satu keturunan pembesar Melayu yang menubuhkan Askar Melayu iaitu Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Yamtuan Antah , Yang Dipertuan Besar N.Sembilan ke 7 bersama moyang saya , Undang Rembau ke 18 , Dato Abdullah Hj Dahan.

Saya juga rasa berbangga Tunku Zain Al’Abidin ibni Tuanku Muhriz dilantik sebagai Major Kehormat Rejimen 508 AW, dimana arwah ayah saya pernah menjadi Pegawai Memerintah Rejimen 508 AW Kem Rasah, Seremban.

Remember sacrifice and sovereignty

Friday, March 08, 2013 - 16:10

by Tunku ’Abidin Muhriz

THIS is an extract of the speech delivered at the Battle of Gemencheh Bridge Remembrance Ceremony.

We gather today to remember a significant battle of World War II in Asia: the Battle of Gemencheh Bridge, which took place on Jan 14, 1942.

On Dec 8, 1941, the Pacific War began when the Japanese landed at Kota Baru, hours before the bombing of Pearl Harbor.

Penang fell on Dec 17, Ipoh was lost by Christmas, and the Battle of Slim River on Jan 7 did little to slow the Japanese advance.

Three days later, the invaders were at Serendah, and on that day, the decision was taken to ambush the Japanese at Gemencheh Bridge.

When the Japanese did arrive at the bridge on Jan 14, Australia’s Captain Desmond Duffy of B Company 2/30th Battalion let hundreds of soldiers, many on the bicycles on which they had so quickly traversed the peninsula, cross the bridge.

The bridge was then destroyed and the Australians commenced a successful attack that killed hundreds of the enemy and six tanks.

Just over two weeks later, the Japanese arrived at the causeway, and Lieutenant-General Arthur Percival surrendered to the Imperial Japanese Army in Singapore on Feb 15, 1942.

The bravery and courage shown by the alliance of Malayan and Commonwealth troops throughout the war deserves to be more widely recognised and remembered.

Of the many individual stories of tremendous valour, one concerns a volunteer of the 3rd Battalion of the Federated Malay States Volunteer Force based in Negri Sembilan, Captain Raja Aman Shah Raja Harun Al Rashid.

Having fought the enemy all the way down to Singapore and subsequently captured, he refused an offer of freedom, as his colleagues would not be freed together with him. For this loyalty to his starving comrades, he was force-marched alongside them, stripped and then shot into trenches that were deliberately uncovered so the bodies were left to rot.

Emotionally difficult as these accounts are, they form a vital part of our history and ought to be transmitted to the younger generation.

I am therefore grateful to Datuk Thambipillay Rajasingam for bringing together so many representatives from army, police, diplomats and students.

In the fading days of empire and the emergence of the postcolonial nationstate, combatants on either side were more easily identified.

But today, in another part of this country, there are on-going operations that have resulted in the tragic loss of life.

Historical and legal arguments have been put forth to explain the conflict in Sabah, but the protection of our sovereignty must be the priority. In this regard I declare my utmost gratitude and appreciation to our armed forces, whatever the political and diplomatic machinations at work behind the scenes may be. Sacrifices should not be forgotten.

Attending memorial events helps us visualise some of the heroism and also contextualise the action within the wider geopolitical tussles of the day.

An earlier conflict in Negri Sembilan neatly illustrates these shifts. In the 1874 War of Bukit Putus, Yamtuan Antah repelled invading British forces at Seri Menanti to Seremban, but their cannon fire prevailed and the Istana was destroyed.

However Yamtuan Antah’s son, Tuanku Muhammad, chose to work with the British, resulting in tremendous economic development.

With his brother Rulers, he urged the formation of a local army regiment.

This became the Royal Malay Regiment, which fought alongside so many Commonwealth units during World War II and the Emergency.

It just celebrated its 80th birthday last week in Port Dickson.

The point of my story is that although relations with different leaders and governments of countries can fluctuate, the memory of acts of courage can bind us together.

While the military aspect of our relationship continues through initiatives such as the Five Power Defence Arrangements, the political and economic relationship is flourishing too. However, as we have seen, not all offers are taken up with equal enthusiasm.

The on-going skirmish in Lahad Datu is a rare event.

These days, ensuring wellpeace and freedom within our borders more often calls for good governance, rule of law, proper check and balances, healthy civil society and free and fair elections.

Malaysians look to the police and armed forces to protect these institutions, and while I am proud of all the strides made in Malaysian civil society in the past few years, I am humbled to be able to wear this uniform as Honorary Major of Regiment 508 of the Askar Wataniah.

I understand that with the cooperation between Wira Association Malaysia, the OCPD Tampin and other supporters that this remembrance will be an annual event. I therefore hope to return here in the future.

Tunku Zain Al’Abidin ibni Tuanku Muhriz is Honorary

Major of Regiment 508 of the Askar Wataniah.

He is also the president of the Institute for Democracy and Economic

www.mmail.com.my

D.Y.M.M Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

1. D.Y.M.M Raja Melewar - Dari Pagaruyung

2. D.Y.M.M Yamtuan Hitam - Dari Pagaruyung

3. D.Y.M.M Yamtuan Lenggang - Dari Pagaruyung

4. D.Y.M.M Yamtuan Radin ibni Yamtuan Lenggang

5. D.Y.M.M Yamtuan Imam ibni Yamtuan Lenggang

6. D.Y.M.M Yamtuan Antah ibni Yamtuan Radin

7. D.Y.M.M Tuanku Muhammad Shah ibni Yamtuan Antah

8. D.Y.M.M Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad Shah

9. D.Y.M.M Tuanku Munawir ibni Tuanku Abdul Rahman

10. D.Y.M.M Tuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman

11. D.Y.M.M Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir

koloparit.blogspot.com

Terpahat nama Allahyarham Kapten Raja Aman Shah bin Raja Harun dan Allahyarham Kapten Yazid Ahmad http://www.nagarinantuo.com/butakah-kita/"


 Kita Dapat Pemimpin Bodoh, Takziah!
Posted on Sunday, March 10 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kalashnikov

"Oleh: Abdul Mu'izz Muhammad

Imam Ibnu Kathir merakamkan detik kejatuhan Baghdad, yang dikenali sebagai kota ilmu kebanggan kerajaan Abbasiyyah. Ketika kemaraan tentera Tatar, pemerintah ketika itu mengambil ringan soal kedaulatan negara. Mereka telah dibudayakan supaya tenggelam dalam kemewahan dan keseronokan. Budaya tersebut sekaligus menghakis rasa tanggungjawab mempertahankan kewibawaan negara.

Tatkala tentera Tatar mengepung kota khilafah, mereka menyerang di segenap penjuru. Sedangkan ketika itu, pemerintah masih bersuka-ria menikmati persembahan tarian gundik-gundik istana. Ditakdirkan sebilah anak panah yang masuk melalui tingkap istana telah membunuh salah seorang dari gundik yang sedang menari. Lantas menyebabkan pemerintah berang lalu memerintahkan pegawai-pegawainya menutup tingkap-tingkap istana supaya dapat diteruskan acara hiburan tanpa gangguan tentera Tatar.

Pada anak panah tentera Tatar tertulis, “Apabila Tuhan mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan yang berdaulat, sudah tentu Tuhan akan menghilangkan akal orang yang sepatutnya berakal (pemerintah).”

Pemikir dan Pakar Sejarah Islam, Dr. Raghib al-Sarjani meluahkan rasa pelik di mana perginya kewarasan akal pemerintah ketika itu? Ibu negara sedang dikepung, hanya beberapa langkah untuk mati, senjata tentera Tatar sedang menggila mencabul kedaulatan negara, rakyat sedang ketakutan, tiba-tiba pemerintah masih boleh bersuka ria.

Jika dahulu pemerintah menutup tingkap menggambarkan betapa tidak endahnya mereka terhadap ancaman kedaulatan negara. Kini yang berlaku, mereka menutup ruang liputan berita supaya rakyat tidak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku di Lahad Datu. Hanya diberitakan kempen dan kejayaan yang menutup bangkai busuk kegagalan mereka. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan antara tanda kehancuran sesebuah umat antaranya adalah apabila memilih orang yang tidak waras berfikir sebagai pemimpin. Hadith tersebut penulis telah terangkan dalam artikel lepas yang bertajuk ‘Gejala Pemerintah Berkuku Besi’.

Ketidak-warasan mereka sampai ke tahap memberikan kerakyatan percuma kepada pendatang. Semata-mata ingin memanjangkan hayat cengkaman mereka dengan bantuan undi dari warga asing. Perbuatan mementingkan diri sendiri ini akhirnya menyulitkan lagi pengendalian kes pencerobohan Lahad Datu. Bahkan ia merupakan perbuatan menggadai tanah air secara halus. Ini masih lagi belum diperbahaskan teori-teori konspirasi yang memberatkan kepala rakyat, bahawa tragedi yang berlaku semata-mata ingin menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13.

blog.tarbawi.my"


 Nak mohon bantuan segera dari kawan2 forumer
Posted on Sunday, March 10 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: keraskekong

"Assalamualaikum,

Saya berusia kurang setahun warga emas. Mohon kepada kawan2 forumer menghulurkan bantuan kewangan untuk menjelaskan bil TNB yang berjumlah RM812.30 yang mana telah mendapat amaran untuk pemotongan.

Sejak kena serangan asthma yang teruk saya dinasihatkan berhenti kerja. Seminggu sekali perlu mendapatkan rawatan di klinik. Duit caruman KWSP telah habis digunakan membeli sebuah rumah, menghantar anak2 belajar di IPT dan membuka bisnes wifi hotspot.

2 cawangan hotspot telah ditipu oleh kawan.Semua peralatan dicabut bawa bersama ketika berpindah. Ingatkan 2 pasangan suami isteri ni adalah pemilik apartment; rupanya mereka adalah penyewa.

Nak report polis, saya tak tahu nama sebenar mereka. Lagi pun tak buat apa2 perjanjian bertulis. Cuma pasang AP wifi di tingkap dan anjung apartment mereka dan sebagai balasan, mereka dibenarkan mengguna kemudahan wifi secara percuma. Kini terpaksa merangkak semula mengumpul wang untuk membeli peralatan baru.

Mohon jasabaik kawan2 forumer memberi softloan dengan kredit terus ke akaun yang akan saya pm terus kepada yang sudi membantu. Jangan lupa pm nombor akaun anda untuk tujuan saya membayar balik samada sekali gus atau secara ansuran dari hasil bisnes saya ni nanti, in sya ALLAH.

Sekian, terima kasih."


 Pendatang asing merusuh di Johor, adakah Anwar akan dipersalahkan?
Posted on Sunday, March 10 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Nampaknya pendatang asing telah mula mendatangkan masalah di Semenanjung Malaysia, bukan sahaja di Sabah. Adakah Dato Seri Anwar Ibrahim akan dikaitkan juga dalam insiden rusuhan pendatang asing di bawah ini?

Pekerja mengamuk tuntut gaji minimum
10 Mac 2013

MUAR - Kesabaran 150 pekerja warga asing di sebuah kilang di Parit Jamil dekat sini yang melancarkan mogok sejak kelmarin bagi menuntut kenaikan gaji minimum RM900 sampai ke penghujungnya apabila mereka bertindak memukul seorang pengurus pengeluaran dan tiga penyelia kilang semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mereka ditumbuk dan disepak oleh 20 pekerja.

Seorang pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, mendakwa, kumpulan pekerja asing terbabit secara tiba-tiba memasuki pejabat kilang sebelum menarik keluar ketiga-tiga mangsa.

"Pada mulanya mereka hanya menarik pengurus dan ia disedari tiga penyelia kilang yang cuba membantu tetapi dihalang kumpulan pekerja terbabit.

"Keadaan menjadi tidak terkawal apabila sebahagian daripada mereka yang berada di luar pejabat membaling batu menyebabkan banyak tingkap pecah.

"Pihak pengurusan cuba memujuk mereka supaya berhenti daripada terus mengasari pengurus tetapi tidak berjaya malah suasana menjadi semakin tegang," katanya ketika ditemui.

Difahamkan, 700 pekerja tersebut sudah melancarkan mogok sejak kelmarin tetapi pihak majikan enggan melayan tuntutan mereka.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pekerja apabila kilang berkenaan menangguhkan pelaksanaan penetapan gaji minimum yang sepatutnya bermula Januari lalu.

Dakwa Ahmad, ekoran kejadian itu, pihak pengurusan menghubungi polis dan pekerja asing terbabit bersurai selepas diarahkan polis.

Ahmad mendakwa, pengurus dan penyelia kilang berusia lingkungan 30-an yang mengalami kecederaan di badan dan lebam di muka sudah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini selain turut membuat laporan polis.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan ulasan pihak pengurusan kilang gagal atas alasan mahu menyelesaikan masalah itu secara dalaman.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menahan mereka yang terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh



kosmo.com.my"


 Pemerintah Ditimpa Bala Rakyat Kena Sama
Posted on Sunday, March 10 @ 13:41:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: rozmal

"Apakah maksud sebenar yang ditulis oleh Dato A Kadir Jasin dalam artikel beliau “Pemerintah Ditimpa Bala Rakyat Kena Sama”. Begitu ramaikah ahli politik kita yang berbangsa Melayu, beragama Islam menggunakan tangkal, khidmat bomoh untuk memastikan kejayaan mereka serta untuk menundukkan pesaing mereka?

 

Pemerintah Ditimpa Bala Rakyat Kena Sama
Oleh : Dato A Kadir Jasin – 8 Mac 2013
KRISIS pencerobohan ke atas Sabah oleh pengikut bersenjata sultan isytihar sendiri (self-proclaimed) Jamalul Kiram III dari Sulu, Filipina, masih belum selesai. Kita terus berdoa agar masalah itu selesai segera dan tidak akan berulang lagi. Selepas ini, minta pemerintah keluarkan Kertas Putih mengenainya. Rakyat berhak mendapat penjelasan terperinci dan benar. Kita ucap takziah kepada keluarga perajurit dan perwira kita yang gugur dan cedera. Kita berdoa mati mereka tidak sia-sia.
Dan kita yang tinggal dan selamat kerana perlindungan mereka hendaklah berfikir, mencari jawapan dan mengambil iktibar daripada kejadian itu. Manalah tahu, boleh jadi ini amaran, bala dan balasan Tuhan terhadap benda-benda salah yang kita lakukan dan terhadap kealpaan kita.
Seorang bekas menteri Melayu memberitahu seorang wartawan Cina sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini yang ramai orang politik, tak kira parti, agama dan bangsa serta tanggungan mereka guna bomoh.
Jadi, berwaspadalah jangan kerana serapah-jampi, mantera-mantram, kemenyan dan patung, tangkal azimat dan batu ajaib akidah terpesong, benda khurafat menjadi adat.
Politik bomoh: Sama hukum dengan ramal nasib, syirik
26 Februari 2013
SEREMBAN - Menggunakan khidmat bomoh bagi mengubati sakit tertentu seperti gangguan makhluk halus, dibolehkan. Namun, sekiranya untuk kepentingan politik, ia sama seperti bertenung nasib dan hukumnya syirik.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, tidak salah sekiranya berjumpa bomoh untuk membantu disebabkan terkena gangguan makhluk halus, namun perlu berlandaskan syariat Islam.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya khidmat bomoh digunakan untuk menang pilihan raya atau menyakiti orang lain, perbuatan itu amat ditegah dalam Islam kerana syirik.
“Meminta bomoh memberikan kemenangan dalam pilihan raya samalah seperti meramal nasib, kerana tiada jaminan perkara itu akan benar-benar berlaku.
“Seeloknya setiap calon yang bertanding bergantung pada diri sendiri dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Yusof berkata, masa depan setiap individu bergantung pada perbuatannya masa lalu.
“Seandainya calon sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan rakyat, maka memadailah dengan berdoa kepada ALLAH untuk beroleh kejayaan.
“Paling penting, hadapkan diri pada ALLAH dan tinggalkan segala larangannya dengan mematuhi ajaran Islam,” katanya.

  
 PAS dan Umno bekerjasama di DUN Kota, Parlimen Rembau?
Posted on Sunday, March 10 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"Dalam kesibukan semua parti menghadapi demam Pilihanraya Umum ke 13 dan dalam pada masa yang sama negara dilanda pencerobohan di Sabah, kita jangan lupa mereka yang memerlukan bantuan di sekeliling kita, terutama, sanak saudara kita, jiran-jiran kita dan orang kampung.

Saya dimaklumkan oleh teman-teman lain dan beberapa rakan sekerja saya memaklumkan rumah mereka sering mendapat notis pemotongan elektrik dan air oleh TNB dan SAINS. Malahan rakan sekerja saya juga mengalamai nasib yang, ada tunggakan sikit , surat notis pemotongan dah sampai.

Turun naiklah kawan saya ni pergi pejabat YB, pejabat Majlis Agama Islam dan sebagainya. Sementera hendak menunggu bantuan dari Baitul Mal mereka akan pinjam dari rakan-rakan mereka yang sanggup memberi pinjaman.

Semalam saya diberitahu PAS DUN Kota, Parlimen Rembau telah membantu satu keluarga ibu tunggal di Rumah PPRT , Kg Nerambai, Lubok China, Rembau. Rumah ibu tunggal ini telah tiada bekalan elektrik sejak 1 Mac 2013 yang lalu, kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik berjumlah RM 201.03 yang tertunggak sejak beberapa bulan dan telah diberi notis pembayaran yang secukupnya.

Akhirnya dengan usaha Penyeleras PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom dan Pengarah MTD PAS DUN Kota, Sdr Izamri mereka telah berjaya mengumpulkan bantuan dan membayar pada jam 4.46 ptg 8 Mac 2013 sebanyak RM 226.90. TNB telah bertindak pantas dengan menyambung semula bekalan elektrik pada jam 6.30 ptg , 8 Mac 2013.

Itu baru satu keluarga dari ribuan keluarga, mungkin puluhan ribuan keluarga seluruh Malaysia yang setiap hari sentiasa risau bekalan air dan elektrik di rumah mereka akan dipotong pada bila-bila masa. Ada yang dibantu Umno, ada yang dibantu PAS, ada yang dibantu PKR, ada dibantu Baitul Mal, ada dibantu oleh Tabung Masjid dan sebagainya.

Tak susahkan nak amalkan perpaduan Melayu? Tak perlulah kita adakan seminar Perpaduan Melayu, tak perlu kita adakan Sepanduk Perpaduan Melayu kalau kita tak bersama turun padang membantu Melayu yang perlukan bantuan tak kiralah apa fahaman politik mereka.

Yang di luar negara kita bantu, yang di kampung sendiri jangan dilupakan.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kecemasan seperti ini kepada penduduk di DUN Kota dalam Parlimen Rembau melalui PAS sila salurkan ke akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA

Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8

atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526

Sila hubungi :

Izamri bin Med 013-2124086 (Pengarah MTD DUN Kota)

Rozmal bin Malakan 012-2267406 (Pengarah 2 , Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau)

Atau mereka yang ingin menyalurkan bantuan melalui Umno boleh menghubungi ADUN Kota atau Ahli Parlimen Rembau.

Atau boleh bertanya mana-mana Nazir atau Imam Masjid setempat berapa ramai keluarga yang memerlukan bantuan dalam kariah mereka."

 Renungan untuk Pejuang Islam: Kisah Umar Mukhtar As-Syaheed.
Posted on Sunday, March 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kamal_hasan

"Itali menyangka boleh membeli perjuangan dan iman Umar Al Mukhtar.Beliau di tawarkan 50,000 Lira Itali sebagai pertukaran menyerah kalah.Namun ia di tolak oleh Umar dengan tegas.

Pada 12 september 1932 pertempuran hebat berlaku dan Umar yang terkenal dengan jolokan SINGA PADANG PASIR telah tertangkap dan sekali lagi beliau cuba di beli dengan di tawarkan pengampunan sebagai pertukaran Umar memberi perintah kepada Tentera mujahiddin nya agar berhenti berjuang.Namun ia di tolak tegas oleh Umar dan beliau minta di bicarakan.

Asy Syaheed Umar Al Mukhtar adalah simbol pembebasan Libya dan lambang kepahlawanan mujahiddin Libya.Umar Al Mukhtar di lahir kan pada tahun 1862 merupakan anak kepada Mukhtar Bin Ommar dan Aiesha binti Muhareb dari suku Boray dan Al Manfah.Ayah beliau meninggal dunia sewaktu ayah nya sedang mengerjakan Haji.Umar Al Mukhtar mendapat pendidikan di Jaghboub dalam bidang Sains Islam selama 8 tahun.

Pada tahun 1897 Umar Al Mukhtar di lantik oleh Sidi Al Mahdi sebagai Syeikh Zaywat Ali Aqour.Pada bulan oktober 1911 Itali telah datang menjajah Libya.Pada ketika itu hidup rakyat Libya sangat sengsara akibat penindasan oleh penjajah.Di kenakan cukai tinggi dan di zalimi.

Namun rakyat Libya bersungguh-sungguh berjuang mempertahan kan Libya,tanah tumpah darah mereka.Mereka melakukan pelbagai cara untuk bangkit menentang walaupun dalam serba kekurangan dengan kelengkapan senjata yang kurang sempurna.

Pada awal penjajahan,Italy memberi tumpuan penuh kepada tanah jajahan di bandar-bandar persisiran pantai seperti Tripoli,Benghazai,Misrata dan Derna.Pertempuran hebat dan pertumpahan darah besar-besaran telah berlaku pada 23 0ktober di Alhani berhampiran Tripoli.Berikutan dengan itu,rakyat Libya sudah tidak tahan lagi dan semangat ingin bebas dari cengkaman penjajah membuak-buak.

Umar Al Mukhtar telah di arah kan oleh Sidi Idris Al Mahdi mengetuai beberapa pertempuran.Umar Al Mukhtar telah membentuk satu pasukan tentera Mujahiddin di anggotai oleh pemuda islam Libya dan mendapat bantuan makanan,senjata,bijirin,kelengkapan dan ternakan(termasuk kuda perang) untuk kegunaan tentera mujahiddin oleh rakyat Libya.Rakyat Libya ketika itu saling membantu untuk kebangkitan tentera mujahiddin yang di ketuai Umar Al Mukhtar.

Antara pejuang-pejuang yang turut bersama Umar ialah Asy-Syaheed Ramadhan As Swahii,Asy-Syaheed Muhd Farhat Azzawawi,Asy-syaheed Al Fadeel Bo Omar,Asy-Syaheed Solaiman Al Borouni dan Asy-Syaheed Silima Al Mailan.

Umar Al Mukhtar berperanan sebagai ketua yang mengatur strategi pasukan tentera nya.Umar menyusun gerakan tentera nya di Gunung Hijau (Al Jabal Al Akhdar,Timur Jauh,Libya) dan telah melancar kan serangan padu dari pergunungan itu.

Pada tahun 1922,Libya sudah tertakluk.Perjanjian telah di tanda tangani oleh Sidi Idris Al Sanusi dan kemudian Sidi Idris Al Sanusi terbang ke Mesir meninggal kan kuasa kepada Umar Al Mukhtar untuk menentang habis-habisan dalam keadaan serba kekurangan dan daif.Menyedari kegagalan Itali mengawal dan menyekat kebangkitan tentera mujahiddin,Itali telah menghantar seorang pegawai tertinggi yang terkenal dengan sikap zalim dan bengis iaitu Badolio dan menghantar Pemerintah Tentera bernama Radolfo Grasianni.

Sementara Libya di bawah jajahan Itali yang ketika itu di ketuai oleh Mussolini,rakyat makin tersiksa dan tertindas.Ramai yang mati di bunuh tanpa sebarang bicara,tidak kira kanak-kanak mahu pun orang-orang tua.pada tahun 1929 di penghujung November,rakyat Libya dari mana-mana kabilah di paksa tinggal di Tahanan Berpusat di Baraqa.Di dalam tahanan,kekurangan makanan,ubat-ubatan dan siksaan yang di alami menyebabkan ramai rakyat Libya terkorban di dalam tahanan.Mereka di bunuh dan ditembak beramai-ramai akibat kekurangan bekalan makanan.Anggaran dari 10,000 hanya 35,000 rekod rakyat Libya yang terselamat dari tahanan itu.

Sementara itu di Gunung Akhdar,pada tahun 1931,tentera mujahiddin mula tersepit akibat kedaifan dan kekurangan makanan,senjata,dan anggota.Umar Al Mukhtar yang pada ketika itu sudah pun berusia 80 tahun sering jatuh sakit.Ini menyebab kan ada dari tentera mujahiddin yang putus asa dan meminta Umar Al Mukhtar menurun kan senjata dan menyerah namun ia mendatang kan marah Umar dan Umar berkata bahawa dia tidak akan menjual tanah air dan agama nya kepada orang kafir.

Itali menyangka boleh membeli perjuangan dan iman Umar Al Mukhtar.Beliau di tawarkan 50,000 Lira Itali sebagai pertukaran menyerah kalah.Namun ia di tolak oleh Umar dengan tegas.

Pada 12 september 1932 pertempuran hebat berlaku dan Umar yang terkenal dengan jolokan SINGA PADANG PASIR telah tertangkap dan sekali lagi beliau cuba di beli dengan di tawarkan pengampunan sebagai pertukaran Umar memberi perintah kepada Tentera mujahiddin nya agar berhenti berjuang.Namun ia di tolak tegas oleh Umar dan beliau minta di bicarakan.

15 september 1931,perbicaraan menyayat hati telah berlaku.perbicaraan yang tidak adil untuk Umar dan perbicaraan itu cuma mengambil masa 75 minit sahaja.Umar di jatuh kan hukuman gantung sampai mati.Betapa tidak adil memandang kan usia Umar sudah lanjut dan perbicaraan itu tidak mengikut undang-undang antarabangsa.Pada 16 september 1931 Umar di gantung di hadapan 20 ribu rakyat Libya dan kematian nya di ratapi oleh rakyat Libya.Sebelum hukuman di jalankan Umar sempat berpuasa dan menunai kan solat sunat,Sewaktu penggantungan di jalan kan Umar kelihatan tenang dan proses penggantungan berjalan dengan mudah.Betapa Allah mengasihi HambaNya yang berkorban nyawa mempertahan kan agama yang suci ini.


Kematian Umar Al Mukhtar membangkit kan amarah Arab dan mencetus kan bantahan dari Negara2 Islam,demontrasi besar-besaran telah berlangsung dan Solat Jenazah serentak telah berlaku di seluruh dunia menjadi kan ia sebagai sejarah yang telah terukir.

INFO-

-Asy Syaheed Umar adalah Wira kebanggaan Rakyat Libya

-Diberi Jolokan SINGA PADANG PASIR oleh rakyat Libya.

-Simbol Pembebasan Libya dan di gelar Bapa Jihad Pembebasan Libya

-Wajah nya di abadikan di matawang kebangsaan Libya (dinar)

-Muzium Umar Al Mukhtar di bina pada tahun 1991.

-Kelab Umar Al Mukhtar di tubuhkan di mesir pada tahun 1940

-Di anugerah kan anugerah YEMENI MEDAL OF INDEPENDENCE OF THE FIRST DEGREE yg di terima oleh anak nya pada tahun 1991.

Sila lihat artikel pejuang islam di silverheritage"

 Berapa agaknya DSAI bayar ayah Saiful?
Posted on Sunday, March 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..

Sebab apa agaknya, semua perkara berkaitan DSAI akan mendapat perhatian dan counter attack dari orang orang yang ada banyak ilmu agama seperti DHA? Cepat pula responnya, sebaik sahaja Saiful mengadakan sidang akhbar meminta Ayahnya pulang ke pangku jalan.

Tidakkah orang seperti DHA ini tidak faham dengan ajaran Rasullullah tentang bersangka baik? Tidakkah orang macam DHA ini faham dengan erti keadilan kerana secara jelas dia berpihak kepada Saiful walaupun banyak perkara yang meragukan termasuk kata katanya semasa sidang akhbar itu yang begitu angkuh dengan penciptanya mengulangi sumpah laknat yang jelas tidak mengikut apa yang diajar oleh Islam sehingga menyebabkan imam yang ditugaskan mendengar sumpahnya bergegas ke Permatang Pauh menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sumpahnya?

Sebaliknya DHA melemparkan prasangka yang tiada bukti hanya dengan andaian bahawa pengakuan ayah Saiful adalah mainan politik DSAI.Tetapi DHA tidak pula menyatakan atas asas apa ayah Saiful boleh terpengaruh dengan DSAI walaupun dia membangkitkan masalah yang dihadapi oleh ayah Saiful ini.Umum tahu, sebab utama Saiful jadi begitu ialah kerana wang dan kerana masalah kewangan jugalah ayah Saiful menyokong anaknya ketika perbicaraan. Ayah Saiful dah buat pusingan U, sepatutnya juga kerana wang, jadi berapa jumlah yang dibayar oleh DSAI? DHA tidak menyatakannya.

DHA tiba tiba saja jadi tidak cerdik, melemparkan tohmahan tanpa bukti malah boleh jadi bahan ketawa orang kerana DHA seperti ramai ahli UMNO lainnya cukup tahu, yang berduit ialah UMNO, maknanya kalau DSAI menawarkan duit sekalipun, UMNO bila bila masa sahaja boleh counter, tak ada masaalah.

Sepatutnya DHA sebagai seorang yang tahu tentang hukum hakam simpati dengan Saiful yang bermain main dengan sumpah laknat bukan menyokongnya dengan dakwaan istiqamah. Kerana istiqamah itu merujuk kepada perkara baik, bukan soal sumpah laknat si Saiful.DHA nampaknya bersikap "kura kura dalam perahu" dan tidak mahu membuka minda doktor pala sampahnya untuk melihat hikmah ALLAH dari kejadian ini.Malah DHA menjadi dua kali bodoh, apabila mendakwa kerosakan moral DSAI sudah diketahui sejak 1998 lagi.Bodohnya DHA kerana enggan mengakui kuasa ALLAH yang menyelamatkan DSAI dari segala percubaan membunuhnya sejak 1998. Apaklah seorang yang ada PHD, yang mendakwa sentiasa menganalisa fakta sebelum membuat rumusan tidak nampak semua ini?

Agak menhairankan kalau DHA ditipu atau tertipu dengan penampilan Saiful, yang tahun lalu penampilannya seperti seorang yang beriman ketika mengerjakan haji, tetapi ketika tampil mengadakan sidang akhbar tiba tiba tanda itu hilang, tak sampai setahun.Masakan Doktor macam DHA boleh tertipu? Begitu juga ketika perbicaraan, Saiful ada memberitahu mahkamah bahawa dia berdiam diri dan menggunakan pelincir ketika diliwat oleh DSAI. DHA yang mendakwa sentiasa menganalisa fakta mustahil tidak nampak pembohongan fakta oleh Saiful ini.

Pendek kata cara DHA menulis mempertikai pengakuan ayah Saiful penuh dengan dendam sehingga dia tidak menyedari apa yang ditulisnya atas nama presiden JATI, penuh dengan tohmahan yang antaranya bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku.DSAI tidak terdesak malah semakin mendapat sokongan, DHA gagal melihat tiada unsur kebendaan yang terbabit dalam pengakuan ini dan mungkin sengaja mengabaikan unsur unsur yang tidak kena dalam sidang akhbar Saiful.

Atau mungkin DHA boleh membawa bukti berapa banyak yang dibayar oleh DSAI kepada ayah Saiful? Kemungkinan tawaran kewangan dari UMNO kepada ayah Saiful sentiasa ada untuk mengubah pengakuannya seperti P.I. Bala.

DHA mempertikaikan persoalan moral DSAI, tetapi bagaimana pula moral Najib? P.I. Bala yang dibayarpun akhirnya kembali mempertahankan akuan sumpah yang pertamanya benar, yang bermakna ada juga pengakuan Najib yang TIDAK BERMORAL? Atau DHA tunggu sehingga kes Najib dibicara di mahkamah?"

 Gambaq tawa riang VIP Umno bersama superstar...
Posted on Sunday, March 10 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: paklongdin

"

Perghh...!!

Hebat betoi superstar sorang neh... Beruntung sungguh la VIP-VIP Umno yang dan jugak bergambaq kenangan ngan bisnesmen punggung neh... Ini gambaq sebelum dia jadi superstar.

La ni, payah nak jumpak dia dah... Toksah kata nak bergambaq, nak bersembang bertepuk tampaq hang aku pun payah dah... haha...

Dengan berbekaikan ''biasiswa'' yang Najib bagi, si Saiful neh kini berjaya dan terkenai seantero dunia sebagai sorang saudagaq segera... Kenalan dia semua jenih ataih angin, orang-orang kampung dia tak main...

Baguih budak neh, bertuah sungguh bapok dia, oppss... bapak dia... Bukan semua orang ada tuah macam superstar jadian neh... Hanya bermodaikan punggung saja teruih jadi kaya raya.

Tapi Pak Long rasa biaq tak kaya pun tak pa daripada kaya meliana dari sumber yang tak ketahuan punca. Bukan apa takut kalau kita ghairah tak ketahuan hala ngan nikmat dunia yang sementara kita mungkin hilang nikmat akhirat yang kekai selamanya, wallahuaklam...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/"

Tiada ulasan: