Jumaat, 8 Mac 2013

JIKA BENAR KIRA KES NAYA LAH

Akibat janji yang tidak ditepati dari orang yang sama?
Posted on Thursday, March 07 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

" Tahun 2006
Seorang gadis Mongolia datang Malaysia untuk tuntut janji. Janji komisen jualan kapalselam. Dia dibunuh kejam dengan C4 yang hanya ada di stor Kementerian Pertahanan.
Dua komando polis menjadi mangsa kerana disabit membunuh.

Tahun 2013
Segerombolan orang Sulu datang ke Malaysia(Sabah) untuk tuntut janji. Janji tanah pusaka.
Mereka diserang dan dikepung.
Sembilan polis menjadi mangsa angkara janji tidak ditepati. 

Akibat janji yang tidak ditepati dari orang yang sama?

  Haron Din sah tanding di Arau
Posted on Thursday, March 07 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber SH

Haron DinKANGAR -
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang kalah dua kali bagi kerusi parlimen Arau pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 akan menguji keupayaannya sekali lagi bagi kerusi parlimen yang sama pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau yang ditemui media selepas merasmikan bilik gerakan Pas Parlimen Arau di Simpang Empat dekat sini malam tadi mengesahkan untuk menjadi calon parti itu bagi kerusi yang kini dikuasai Barisan Nasional

Haron, 73, pertama kali bertanding kerusi parlimen Arau pada 2004 tetapi kalah kepada Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail manakala pada 2008 pula dikalahkan Datuk Ismail Kasim. - Bernama

Haron Din sah tanding di Arau

 Upah penulis pro Israel burukkan Anwar, desak Najib jawab
Posted on Thursday, March 07 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aisha Geoffrey

najib-bbc-fbc-mediaPETALING JAYA 6 MAC: Datuk Seri Najib Razak perlu jawab pendedahan media antarabangsa bahawa beliau membayar AS$389,724.70 (RM1.2 juta) kepada penulis upahan, Joshua Trevino untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bayaran itu dilaporkan dibuat Perdana Menteri kepada bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), menerusi syarikat Israel, Apco Worldwide.

Ia bagi menyerang Ketua Umum KEADILAN dan kempen mempromosi pentadbiran Najib di mata dunia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib perlu jelaskan pendedahan itu menjelang pilihan raya, apatah lagi dalam keadaan beliau berterusan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan propaganda dan fitnah.
“Najib juga perlu jawab berapa banyak wang rakyat dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti Pakatan Rakyat dan Anwar?” katanya pada kenyataan hari ini.
Beliau merujuk pendedahan portal berita berpangkalan di Amerika, BuzzFedd 1 Mac lalu berkenaan perbuatan Najib mengupah media Amerika itu.
Pada Ogos lalu, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar United Kingdom (UK) – The Guardian.
Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, yang menulis dan memuji ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.
“Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK (United Kongdom), di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?” soal Nik Nazmi.
najib-bbc-fbc-mediaPada 2011, Najib mengakui kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010.
FBC turut membayar AS$70,000 kepada Apco Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.
“Ironisnya, ketika Umno BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel sebagai propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.
“Malah apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan,” kata Nik Nazmi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mempersoal individu atau agensi lain yang terlibat dalam perlantikan dan koordinasi konsultan tersebut.
“Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan, memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata” katanya.
“Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrim dan anti-Islam. Mereka menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? Mereka juga adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?” tegas Nik Nazmi.
“Najib terus berbelanja jutaan ringgit untuk tujuan fitnah tetapi berterusan menolak gesaan Anwar untuk berbahas politik bagi kepentingan rakyat,” sinisnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46620
Upah penulis pro Israel burukkan Anwar, desak Najib jawab »

 Anwar cabar Najib Debat Manifesto Demi Rakyat
Posted on Thursday, March 07 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh DS Anwar Ibrahim

najib penakut-debat Manifesto Rakyat yang diluncurkan minggu lepas zahir kepada iltizam Pakatan Rakyat demi melaksanakan agenda perubahan di negara ini. Peluncuran manifesto tersebut adalah tuntas dengan ikhtiar Pakatan Rakyat selama ini yang senantiasa mengemukakan saranan serta kebijakan segar dan cergas.

Alhamdulilah maklum balas yang kita terima sangat memberansangkan. Saya menerima secara terbuka cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk memperkemaskan lagi manifesto itu, selagi ia tidak mengubah prinsip dasar Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman dan mengangkat tata kelola, amanah dan keadilan untuk rakyat.

najib penakut-debatSaya mengambil inisiatif untuk mendengar sendiri pelbagai pandangan yang diutarakan, disamping menjelaskan beberapa perkara. Misalnya, pertemuan dengan wakil-wakil badan yang mewakili orang berbeza upaya menguatkan persefahaman bersama mengenai program-program khusus untuk mengangkat martabat dan menjaga kebajikan mereka.
Saya juga banyak berbincang dengan pimpinan masyarakat India sejak seminggu lalu untuk mengambil kira pandangan mereka. Saya telah mengulangi pendirian mengenai perkara-perkara besar yang melibatkan masyarakat India seperti berikut:
1. Masalah kerakyatan yang kebanyakannya melibatkan rakyat Malaysia dari kaum India di samping kaum-kaum lain di seluruh Malaysia akan diselesaikan dalam tempoh 100 pertama pentadbiran Pakatan Rakyat di Putrajaya;
2. Program khusus untuk menyediakan latihan teknikal yang digabungkan dengan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda lepasan sekolah dengan sasaran utama kepada anak-anak miskin. Masyarakat India akan mendapat manfaat utama dari program ini untuk membasmi kemiskinan dan menaiktaraf kedudukan sosio-ekonomi;
3. Pakatan Rakyat akan memastikan semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menjadi sekolah bantuan penuh agar kemudahan infrastrukturnya setanding dengan piawai pendidikan nasional. Pengiktirafan ini dimuatkan secara jelas di dalam Manifesto Rakyat;
4. Reformasi institusi Polis diRaja Malaysia (PDRM) yang disebut di dalam Manifesto Rakyat turut melibatkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengurusan dan Perlakuan Polis (IPCMC); dan
5. Peranan Perbadanan Perumahan Negara yang bakal ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat untuk membina rumah-rumah rakyat akan mengambil kira keperluan mendesak rumah-rumah mampu milik bagi bekas-bekas pekerja estet di seluruh negara.
Kesemua perkara ini sudah pun terkandung di dalam Manifesto Rakyat yang dibina di atas semua dasar-dasar dan pengumuman yang pernah dibuat oleh Pakatan Rakyat. Pun begitu, untuk menguatkan lagi komitmen Pakatan Rakyat, perkara-perkara ini akan disebut secara jelas di dalam Manifesto Rakyat edaran umum, seperti mana juga beberapa perkara melibatkan kumpulan lain yang mengutarakan pandangan kepada Pakatan Rakyat.
Saya mempertahankan pendekatan berdasarkan keperluan (needs based approach) kerana setiap program perlulah dilaksanakan kelak secara berkesan. Demi menjamin keberkesanan dan kejayaan program-program rekayasa nasional yang digariskan di dalam Manifesto Rakyat, kita memerlukan sokongan setiap kumpulan masyarakat.
Contohnya, pelaksanaan Skim Perantis Rakyat akan melibatkan puluhan ribu majikan di seluruh Malaysia yang dijemput kerajaan menyertai skim penempatan anak muda lepasan sekolah bagi tujuan latihan teknikal di premis milik mereka. Majikan ini akan bekerjasama dengan kerajaan melatih anak-anak muda mengikut piawaian kemahiran teknikal kebangsaan.
Perkongsian pintar ini membolehkan majikan mendapat khidmat tenaga kerja tempatan pada kadar yang lebih murah kerana kerajaan menyumbang sebahagian besar dari kos penggajian sepanjang tempoh latihan. Kerajaan pula mempunyai platform untuk melatih puluhan ribu anak muda sebagai program teras memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi keluarga berpendapatan rendah, disamping meningkatkan guna tenaga anak muda di dalam ekonomi.
Program sebegini memerlukan majikan dari pelbagai sektor dan pelbagai kaum menyertai skim secara terbuka dan berlapang hati menyumbang atas semangat khidmat nasional. Jika program-program seperti ini dirangka mengikut perspektif perkauman, ia akan serta-merta mengenepikan penyertaan kumpulan-kumpulan tertentu kerana ia dilihat khusus untuk kaum tertentu sahaja.
Kegagalan banyak program yang dijalankan oleh Barisan Nasional ialah kerana ia tidak mendapat sambutan dan kerjasama yang meluas apabila setiap program dikhususkan mengikut kaum.
Sebab itu, saya pertahankan pendekatan berdasarkan keperluan kerana hanya program-program seperti itu yang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Serangan dari Barisan Nasional masih berkisar kepada propaganda lapok yang menghamburkan angka-angka tidak tepat untuk mengelirukan rakyat. Misalnya, Barisan Nasional mempersoalkan kewajaran mengambil alih lebuhraya untuk membatalkan tol, sedangkan peruntukan yang mereka telah gunakan setakat ini untuk BR1M1 dan BR1M2 telah melepasi jumlah RM6 bilion setahun yang diperlukan.
Saya mengingatkan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat telah membentangkan secara telus analisa kira-kira kewangan yang diperlukan sebanyak RM45.75 bilion untuk membiayai kesemua program Manifesto Rakyat. Makanya, wajarlah Barisan Nasional juga memperincikan analisa kira-kira yang mereka gunapakai untuk menyokong tuduhan mereka, supaya rakyat dapat membandingkan kedua-duanya.
Saya sedia maklum bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri akan memberikan bidasan-bidasan beliau terhadap Manifesto Rakyat. Saya percaya rakyat lebih gemar jika bidasan-bidasan ini diberikan secara langsung di dalam satu perdebatan dasar, bukannya bidasan bersembunyi seperti yang selalu dibuat oleh beliau sebelum ini.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA
7 MAC 2013
KENYATAAN MEDIA : Manifesto Untuk Semua Rakyat, Debat Manifesto Demi Rakyat


 Senarai calun BN/UMNO Terengganu PRU13.
Posted on Thursday, March 07 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Muktamad pilhanraya umum ke-13 akan diadakan sebelum tanggal 25 Mei 2013. Ini bermakna PRU13 diadakan sebelum cuti sekolah pertengahan tahun.

Kami dapat satu email 'SENARAI CALUN CALUN BN/UMNO TERENGGANU UNTUK DIPAPARKAN UNTUK DIBACA OLEH PEMINAT TKO."

BERIKUT ADALAH SENARAI CALUN DAN DATO' AHMAD SAID KEKAL DUN KIJAL DAN MB TERENGGANU.

P33-BESUT DATO' IDERIS JUSOH. BAKAL MENTERI PENUH.

N01- KUALA BESUT .DR.A.RAHMAN.

NO2-KOTA PUTRA, MUHAMMAD PEHIMI

NO3-JERTIH WAN MUHD ARIF RASHIDIN

NO4-HULU BESUT .DR AZMI OMAR

P34-SETIU DATO' ZAILANI NGAH

NO5-JABI MUHD YUSUF MAJID

NO6-PERMAISURI ABDUL HALIM JUSOH

NO7-LANGKAP MUHD NAZRI MOHD YUSUF

NO8-BATU RAKIT USTAZ KAZAN CHE MAT

P35-KUALA NERUS- HAJI APLI YUSUF

NO9-TEPUH USTAZ MUHD SADRI TENGAH

NO10-TELUK PASU- DATO'ABD RAHIM MOHD SAID

NO11-SEBERANG TAKIR DATO' AHMAD RAZIF

NO12-BUKIT TUNGGAL -HASNUDDIN HASHIM

P36-KUALA TERENGGANU-MOHD ZUBIR EMBONG

NO13-WAKAF MEMPELAM- WAN MAHYUDDIN WAN NGAH

NO14-BANDAR DATO' TOH CHIN YAW

NO15-LADANG-DATO' WAN AHMAD FARID WAN SALLEH

NO16-BATU BURUK MOHD SAFARUDDIN MUSTAFFA

P37-MARANG-DATO; DR ABD LATIR AWANG

NO17-ALUR LIMBAT- SAIFUL BAHARI BAHARUDDIN

NO18-BUKIT PAYUNG -ZAIDI MUDA

NO19-RHU RENDANG -NIK DIR WAN KU

NO20-PENGKALAN BERANGAN- DATO' YAHYA KHATIB

P38-HULU TEENGGANU- DATO' TENGKU PUTRA ENGKU AWANG

NO21- TELEMOMG-ROZI MAMAT

NO22-MANIR YUSUF AWANG HITAM

NO23-KUALA BRANG-USTAZ KAMARUDDIN OMAR

NO24-AJIL- DR.MOHAMMAD ROSLI CHE AWANG

P39- DUNGUN - DATUK MATALUDI JUSIH

NO25-BUKIT BESI-AZHAR JAMBOL

NO26-RANTAU ABANG- DATO'ZABAR

NO27-SURA-USATZ AHMAD KAMAL

NO28-PAKA -SAMEON SALLEH

P40-KEMAMAN- DATO' SABRI CHIK

NO29-KEMASIK-DR.IDRUS OSMAN

NO30-KIJAL DATO SRI AHMAD SAID MB TERENGGANU

NO31-CUKAI- WAN AHMAD HAKIM

NO32- AIR PUTIH MOHMAMAD SHARUL HAMID

SEKIAN TERIMAKASEH."

 PDRM tiada BUKTI Tian Chua Melakukan Kesalahan.
Posted on Thursday, March 07 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Ameno World

Isu neh dah 3,4 hari. Tetapi semalam lebih panas dari kelmarin. Actually isu neh sepatutnya dah reda. Tetapi tv3 terpaksa mainkan semula disebabkan mereka terpaksa slowdownkan isu dsai dalang pencerobohan di lahad datu.
Dalam perkembangan yang berkaitan, utusan juga dah tukar pemberitaan mereka dalam isu tersebut. Mereka dah mula melorkan menggunakan translation yang betul dan tepat bagi merujuk petikan akhbar reuters dan manila times. Tahniah. Satu langkah yang bijaksana apabila anda mahu gelak dari membayar saman

Sementara ada masa neh, elok minta maaf je la.

Hehe.




Ahli PAS mengamok. Marah kat Tian Chua. Laporan oleh utusan.

Kenyataan yang buat depa seme mengamok pasal tian chua boleh rujuk sini.

Setakat neh jumlah laporan polis yang dah dibuat ialah 464. Dibuat oleh pelbagai pertubuhan, NGOs dan wakil2 dari parti tertentu.

Cuba bayangkan. Report polis dah 464. Tapi sampai sekarang polis masih tak menahan lagi si tian chua neh. Kenapa?

Adakah kerana tian chua itu tidak bersalah?

Kertas pendakwaan pun tak dibuka. Siasatan pun tak dijalankan. What happened?

Apa logiknya report polis yang beratus2 itu kalau akhirnya polis tetap tak amek kes tersebut? Jadi sia2 ke apa?

Kesian nya korang. Penat melalak depan tv. Penat protes bakar bendera muka tian chua hapa seme. Penat kumpul ahli2 untuk report polis. Last2 PDRM bakolsampahkan laporan korang macam tue jek. Tian chua tetap sedap2 makan nasi travel sana sini ceramah dengan senang ahti. Main twitter keluar tv masuk paper dapat publisiti.

Sabar la ek. Tue la nasib orang bawahan macam korang. Bukan VVIP pun sampai polis nak melayan bagai.

KAH KAH KAH   PDRM tiada BUKTI Tian Chua Melakukan Kesalahan.

 Malaysia tolak gencatan senjata Sultan Jamalul Kiram kecuali serah diri
Posted on Thursday, March 07 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Sultan Jamalul Kiram III dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KLIK


Malaysia menolak gencatan senjata unilateralSultan Jamalul Kiram III dan mahu pengikutnya menyerahkan diri, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Dalam kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," tulis Ahmad Zahid dalam Twitter.

'Sultan Sulu' mengisytiharkan gencatan senjata unilateral untuk jam 12.30 tengahari dan menggesa Malaysia menerimanya, demikian kenyataan yang dibacakan oleh jurucakapnya di Manila.

"Mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Mereka akan kekal di tempat di mana mereka berada sekarang.

"Mereka tidak akan memperluskan operasi," jurucakap itu dipetik sebagai berkata, merujuk kepada militan, dipercayai berjumlah antara 100 dan 300, orang di negeri Sabah.

'Sultan Sulu' mohon gencatan senjata

Tragedi Lahad Datu: Sepatutnya PDRM hantar 34 polis ini,"


 Najib PM pertama gagal pertahan keselamatan rakyat & negara
Posted on Thursday, March 07 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR 7 MAC: Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah bukti Najib Razak Perdana Menteri pertama gagal mempertahan keselamatan rakyat dan negara, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, kegagalan Najib memastikan keselamatan rakyat terjamin apabila kes jenayah semakin meningkat menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan.

“Inilah bukti Najib PM pertama memperlihatkan kegagalan mempertahan keselamatan negara apabila penceroboh boleh memasuki perairan negara. Ini menjadikan keselamatan rakyat terancam dan tidak dijamin,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.

Dalam pada itu, Rafizi membidas kritikan Perdana Menteri berhubung Manifesto Pakatan Rakyat, ketika BN masih belum membentangkan manifestonya.

Beliau berkata, Najib seolah-olah sudah bersedia menjadi Ketua Pembangkang apabila membiarkan Pakatan membentangkan manifesto terlebih dahulu.

“Najib juga Perdana Menteri pertama yang membiarkan pakatan pembangkang membentangkan manifesto. Tapi beliau asyik kritik tawaran Pakatan. Ini sangat memalukan ketika

manifesto BN belum muncul. Nampak sangat Najib sedang menyiapkan diri untuk menjadi pembangkang selepas pilihan raya,” kata Rafizi ketika dihubungi.

Najib dalam ucapannya di Kangar, Perlis Ahad lalu mengatakan kononnya manifesto Pakatan tidak boleh dipercayai dan menuduh Pakatan hanya pandai berjanji.

Rafizi“Najib sepatutnya cermin diri sebelum mengkritik Manifesto Pakatan. BN sendiri mana manifesto mereka? Sepatutnya manifesto disediakan kerajaan, dan dibangkang pula pembangkang, tapi yang berlaku sekarang sebaliknya,” katanya.

“Najib selalu tunjuk berani bila berucap di kalangan orang-orangnya. Kalau nak tahu tawaran mana yang boleh dipercayai, kenapa tak berdebat saja dengan Anwar (Ibrahim)? Dengan cara itu rakyat boleh tahu manifesto siapa yang bohong atau tidak,” bidas Rafizi.

Najib dalam ucapannya turut berkata, kononnya ekonomi berkembang sejak Dasar Transformasi Nasional dilaksanakan empat tahun lalu.

“Rekod pentadbiran Najib menyaksikan ekonomi berkembang paling sedikit. Sepatutnya ekonomi boleh mencapai sehingga 7%, tetapi di bawah pentadbiran Najib, ia hanya 5%. Ini tidak seimbang dengan kekayaan sumber negara,” kata Rafizi.

Pakatan membentangkan manifesto dengan tema Pakatan Harapan Rakyat pada 25 Februari lalu.

Pelbagai kebajikan dan penurunan kos hidup untuk segenap lapisan rakyat terutama golongan miskin dan anak muda ditawar menerusi manifesto itu.

Sumber: keadilandaily.com


Gambar - Agbimuddin Kiram dakwa bom TUDM jatuh ke atas Pasukan Keselamatan Malay
Posted on Thursday, March 07 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Gendang Perang

Lihat gambar-gambar di bawah ini. Pendedahan gambar mangsa serangan udara TUDM yang dibuat oleh Zahid hamidi semalam telah membuatkan ramai orang berfikir.

Perasaan berbelah bagi mula menghantui fikiran ramai orang.

Apatah lagi apabila Agbimuddin Kiram dilaporkan mendakwa serangan TUDM tersebut telah mengenai Pasukan Keselamatan Malaysia.









Ini pula adalah pakaian penceroboh dari Sulu



Apa pendapat lu orang bro???

Jika ini benar-benar berlaku, gua makin bengang kepada perancang serangan tersebut. Mana mungkin serangan udara dilakukan tatkala Anggota KeselamatAn kita masih berada di kawasan sasaran. Nak bunuh kawan ke?

Penjelasan awal daripada sumber internet seperti TMI boleh diguna pakai untuk menolak tuduhan Agbimuddin ini. Ini adalah berkemungkinan kubur pejuang Tausug yang digali semula oleh pasukan Keselamatan. Tiada kena-mengena dengan serangan udara TUDM pun. Penggalian tersebut berlaku sebelum serangan TUDM.

Kesilapannya adalah pada berita pendedahan oleh Zahid yang bertanggungjawab menunjukkan gambar ini pada asalnya.

Ini adalah sisipan berita TERSEBUT



adios

Sumber: wasukalu.com





Tiada ulasan: