Kes Lahad Datu: Najib rendahkan martabat PM
Ahmad Lutfi Othman, | 08 Mac 2013 |
Sambil memberikan sokongan sepenuhnya ke atas sebarang langkah mempertahankan kedaulatan negara, terdetik kebimbangan di hati saya, apakah tindakan ofensif melibatkan tujuh batalion tentera itu mampu menyelesaikan kes yang sememangnya tidak ditangani secara profesional dan berkesan di peringkat mulanya?
Ataupun tragedi berdarah itu baru di peringkat permulaan, dan Sabah bakal menyaksikan lebih banyak adegan tragis berpanjangan, khususnya berdepan perang gerila. Namun begitu, lebih penting daripada segalanya adalah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.
Walaupun Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada bukti bahawa Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) - yang dikatakan masih mempunyai simpanan senjata yang banyak di Sabah - akan menyertai tuntutan Kesultanan Sulu, namun kegusaran itu telah merebak.
Ketika maklumat cuba "diselaraskan" pihak berkuasa, masyarakat yang dahagakan informasi terkini lebih memilih media baru yang menyalurkan perkembangan langsung dari Filipina. Terbukti daripada beberapa insiden sebelum ini, banyak berita mengejutkan yang dihebohkan dalam internet dan cepat dinafikan pihak berkuasa, tetapi beberapa hari selepas itu terpaksa diakui benar dan sahih.
Rupanya kerisauan saya itu dikongsi oleh lebih ramai rakan-rakan, terutama apabila menyedari punca masalah ini bukan hanya berakar di seberang sempadan, malah turut difaktorkan oleh isu-isu tempatan, dan antara lain "Projek IC" yang ditimbulkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dibangkitkan. Bagaimana mudahnya warga jiran memperoleh kerakyatan hanya untuk "menyelesaikan" kemelut politik ketika itu.
"Apakah mungkin ada antara penceroboh itu yang sudah menjadi warga Malaysia, atau sekurang-kurangnya terdapat ramai anggota keluarga atau kerabat mereka yang sudah menetap lama di Sabah? Saya kira isu ini tidak mudah ditamatkan begitu saja, banyak implikasi yang terpaksa kita tanggung nanti," kata seorang rakan yang pernah bekerja di Kota Kinabalu.
Seorang wartawan veteran pula menyimpulkan: "Saya tidak suka menyalahkan pasukan keselamatan walaupun nampak ada masalah besar dalam perisikan kita. Kes ini jelas membuktikan kegagalan pimpinan politik untuk bertindak pantas, khususnya Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri."
Saya terpaksa akur dengan rumusan sahabat baik saya itu walaupun menyedari isu keselamatan - apatah lagi melibatkan kehilangan nyawa agak besar di pihak polis - tidak wajar dilihat dalam konteks politik yang sempit. Dalam saat-saat sukar ini seluruh negara harus bersatu serta memberi dokongan, manakala sentimen kepartian perlu dielakkan.
Namun begitu, bahang panas PRU13 tidak dapat menghalang orang ramai mengulas kes di Lahad Datu, Kunak dan Semporna itu menurut persepsi masing-masing, apatah lagi yang dilihat memulakan "polemik politik" ini ialah Najib Razak dan media Umno sendiri.
Ironinya, dalam suasana berkabung susulan kehilangan lapan wira negara, Perdana Menteri masih meneruskan Jelajah Janji Ditepati, di Perlis, pada 3 Mac. Ia sebenarnya merupakan kempen politik Umno-BN yang terancang dan menggunakan dana awam, dengan mood "pesta-pestaan" dan sarat dengan acara hiburan.
Lebih buruk apabila Najib, yang sepatutnya meletakkan dirinya pada kedudukan seorang negarawan, telah menggunakan pentas meraih populariti itu untuk menyerang pembangkang dengan mengekspolitasi kes di Sabah.
Saya bersetuju dengan pandangan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perlis, Anuar Tahir: "PM sepatutnya menangguhkan segera program beliau dan turun sendiri meninjau keadaan di Sabah. Kalau di negara lain, pemimpin tertinggi negara akan memberikan tumpuan kepada isu keselamatan terlebih dahulu dan membatalkan program lain, sedangkan Najib lebih menumpukan program politik."
Tidak cukup dengan itu, di majlis perhimpunan perdana ulama-umara bersama Asnaf, pada 5 Mac, sekali lagi Najib turut mengulangi "kebebalannya", termasuk mengecam usaha pihak tertentu mahu "menukar regim" seumpama Arab Spring.
Beliau ternyata mahu bermain emosi apabila menghubungkan dakwaan sandiwara dengan situasi sedih-pilu balu dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban. Cuma, saya tidak pasti apakah istilah "tidak ada isi perut" yang diulang Najib di Arau dan Stadium Putra Bukit Jalil bermaksud "tidak ada hati perut"!
Apa pun, liputan TV3, bagi saya, cukup buruk dan sarat dengan motof jahat politik. Bayangkan, masih di tanah perkuburan, selesai upacara pemakaman, seorang anak pegawai polis yang terkorban telah ditanya perasaannya terhadap dakwaan sandiwara.
Melampau sekali kaedah pemberitaan seumpama itu. Di kala anggota keluarga masih terkejut dirundung kepedihan amat sangat, mereka diajukan persoalan yang boleh membangkitkan kemarahan, iaitu mengaitkan kematian orang tersayang dengan "sandiwara", sedangkan maksud Naib Presiden KeADILan, Tian Chua tiada kaitan langsung dengan pembunuhan perajurit negara itu.
Sejak awal banyak pihak mengesan siri kepelikan dan keanehan yang berlaku. Bagaimana pihak penceroboh, dengan jumlah yang ramai, lebih 200 orang, lengkap bersenjata, boleh dengan mudah membolosi perairan negara tanpa dapat dikesan.
Mulanya, media menggambarkan kumpulan penceroboh begitu daif, hampir kebuluran, bertelingkah sesama sendiri dan terpaksa makan umbut kelapa. Akhirnya ia bertukar menjadi ancaman yang begitu besar, yang perlu dimusnahkan melalui ketumbukan tujuh batalion tentera!
Kita pula dilihat terlalu bertolak ansur, namun sukar dipastikan apakah tuntutan sebenar kumpulan penceroboh sehingga bermacam-macam cerita tersebar, termasuk mengaitkan janji-janji Najib.
Misteri kes Lahad Datu ini belum tersingkap sepenuhnya. Dalam sehari dua ini saya kira banyak lagi kisah memeranjatkan mungkin terbongkar. Ia bagai menyimpan bom peledak. Semoga tiada lagi korban ditagih.
Dalam pada itu, saya cadangkan buku Almarhum Dr Nik Anuar Nik Mahmud, Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara (Penerbit UKM, 2009) elok dijadikan rujukan kerana karya ilmiah penuh berfakta oleh bekas profesor sejarah ini memaparkan dengan jelas tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Takziah buat keluarga anggota keselamatan yang terkorban. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Bas Merdeka Rakyat dibaling batu, Anwar kena serpihan kaca
Harakahdaily, | 08 Mac 2013 |
MELAKA: Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampung Bukit Katil di sini, malam tadi.
Keadilan Daily melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim pecah dibaling batu, malah Ketua Umum PKR itu juga terkena serpihan kaca.
“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.
Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.
Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.
“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.
Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.
Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.
Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.
Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.
Untuk tonton rakaman keganasan samseng Umno BN, KLIK INI.
Deepak bertindak terhadap perdana menteri
Subky Latif, | 08 Mac 2013 |
Kata pepatah Melayu, kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad datang kepada gunung.
Buku The Black Rose atau Mawar Hitam mendakwa pasangan ketua kerajaan itu ada peranan dalam skandal pembunuhan wanita itu dan meletup hancurkan mayatnya, dan keduanya juga ada peranan atas pemalsuan akaun bersumpah kedua Balasubramaniam bagi membatalkan akaun sumpah pertamanya.
Kedua-dua dakwaan itu adalah membabitkan jenayah besar yang jika disabitkan oleh mahkamah akan ada hukum tertentu ke atas mereka dan sekali gus tidak melayaknya Perdana Menteri menjadi calon dan meneruskan jawatan Perdana Menteri.
SPRM sekarang ada unit menapis kelayan bakal calon pilihan raya. Nama bakal calon akan ditentukan layak atau tidak menjadi calon. Justeru Perdana Menteri tidak membersihkan namanya daripada dakwaan Deepak, sekalipun dia belum disabitkan oleh mahkamah, tetapi dia adalah seorang yang diragui.
Maka wibawa SPRM dicabar lagi apakah ia ada integriti untuk membuat keputusan atas bakal calon Parlimen Pekan itu?
Kita tidak pernah mendengar sebelum ini SPRM diberi tugas penapisan calon itu. Bila mula diperkenalkan maka ia ujian keupayaan membuat keputusan bebas.
Adakan saman Deepak itu sempat didengar sebelum PRU13? Masa terlalu suntuk bagi mahkamah membicarakannya sebelum PRU dan tempoh hayat penggal Parlimen yang ada hampir luput. Apakah sistem kerajaan yang ada memungkin dakwaan ke atas Perdana Menteri atau tidak menjadi tanda tanya.
Sama ada mahkamah sempat bersidang atau tidak atas isu itu, Najib dipercayai menyertai PRU sebagai calon yang diragui bersihnya.
Imej Perdana Menteri memang sudah dilihat buruk atas banyak hal yang ketaranya adalah skendal pembelian kapal selam dari Perancis dan peletupan mayat Altantuya. Dengan pendedahan dan saman Deepak ke atasnya menjadikan imej dan wibawa Perdana Menteri bertambah hodoh.
Semuanya jadi sulit sekarang. SPRM sulit bagi menentukan kelayakannya jadi calon, Pendakwa Raya dan polis sulit untuk siasatan dan pendakwaan, mahkamah sulit untuk memperoses saman itu, Umno juga sulit untuk mencalonkannya lagi.
Beban buat Umno ialah terpaksa memikul imejnya yang dipertikai itu. Umno terpaksa berketuakan watak sedemikian dan mencalonkannya untuk menjadi Perdana Menteri lagi. Dengan imej itu bagaimana orang hendak mempercayai slogan Janji Ditepati untuk tema BN bagi PRU13.
Apabila dakwaan Deepak tidak dilayan dan tidak diselesaikan segera, ia menjadi Umno memasuki PRU13 dengan imej yang buruk. Ia mengemukakan kepada rakyat calon Perdana Menteri yang didakwa berjenayah besar. Apakah rakyat hendak Umno sogokkan lagi dengan Perdana Menter begitu?
Apa ertinya imej Umno dengan ketua dan calon Perdana Menterinya yang begitu? Ada integritikah parti seperti itu?
Kemunculan Deepak sebagai topik baru dalam politik menjelang pilihan raya telah mnjadikan politik Umno, kerajaan dan Perdana Menteri cemar dan pekung. Jelaslah, semua sudah tidak tahu nak buat apa.
Lagi ceramah Pakatan diganggu malam tadi
VIDEO l 1.17 minDalam satu lagi kejadian keganasan politik, sekurang-kurangnya seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka malam tadi, selepas ia diganggu oleh mereka yang didakwa samseng Umno.
Gambar yang disiarkan oleh penyokong Pakatan di Facebook
menunjukkan seorang lelaki berdarah di kepalanya selepas dikatakan terkena batu.
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook menulis dalam twitter bahawa beliau baru tiba di Melaka untuk mendengar ceramah PKR Bukit Katil dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ribuan orang berada di sana.
Menurutnya, Umno mengadakan ceramah berhampiran di situ yang dihadiri oleh hanya ratusan orang.
Beliau menyifatkan insiden itu sebagai tindakan mereka yang takut kalah (pilihan raya umum).
Namun, tegasnya, kebangkitan rakyat untuk menumbangkan rejim BN akan berterusan dan mereka tidak akan tunduk kepada ugutan Umno.
Cermin bas kempen PKR juga didakwa telah dipecahkan semasa kejadian.
Ia bukan kali pertama bas kempen tersebut telah dilempar batu. Ia mengalami kejadian yang sama di beberapa lokasi lain sebelum ini, termasuk di Perak, Johor dan Kelantan.
Polis anti-rusuhan datang untuk memulihkan keadaan, tetapi mereka mengalami kesukaran untuk mengawal penceroboh tersebut.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dijangka mengadakan satu sidang akhbar pagi ini di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya berhubung kejadian tersebut
Ahad lalu, satu lagi ceramah diganggu oleh penyokong BN di Teluk Intan, Perak.
Ahli Parlimen, M Manogaran terpaksa dibawa polis beredar dari ceramah DAP itu selepas sekumpulan kira-kira 40 penceroboh yang membawa bendera BN datang mengganggu dan memaki hamun pemimpin Pakatan.
Insiden Sauk dan Lahad Datu tak boleh disamakan - Zaini
Pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu, Sabah tidak boleh disamakan dengan insiden berdarah kumpulan pemberontak Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak, pada Julai 2000, kata bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said.
Beliau berkata militan Al-Maunah mengisyitharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong manakala militan Filipina yang mendakwa sebagai Tentera Kesultanan Sulu datang untuk menuntut negeri Sabah.
Zaini, yang terbabit dalam operasi menumpaskan kumpulan Al-Maunah, berkata situasi dan motif kedua-dua kumpulan militan adalah berbeza yang mana anggota Al-Maunah adalah rakyat tempatan manakala militan Filipina adalah warga asing.
Militan Al-Maunah bercadang menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui huru-hara manakala kumpulan bersenjata Filipina di Sabah menceroboh dengan menggunakan tindakan kekerasan, katanya kepada pemberita di ibunegara semalam.
Zaini berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai kenyataan bekas Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang mendakwa pihak keselamatan mengambil masa empat hari sahaja dalam menumpas kumpulan Al-Ma'unah berbanding dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.
Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula mempertahankan tindakan pasukan keselamatan negara dalam menangani krisis pencerobohan di Sabah dan menyifatkan tindakan yang diambil adalah tepat dan wajar.
Beliau berkata kerajaan tidak bertindak secara terburu-buru malah telah mengambil pendekatan mengelak pertumpahan berdarah menerusi usaha rundingan dengan kumpulan penceroboh bersenjata bagi mencapai penyelesaian secara aman.
Bagaimanapun, beliau berkata kumpulan militan dari selatan Filipina itu memilih untuk mencetuskan pertempuran sehingga mengorbankan lapan anggota keselamatan negara.
Musa juga menyeru semua pihak ternmasuk ahli politik supaya memberi sokongan kepada pasukan keselamatan negara yang menjaga kententeraman dan membanteras kumpulan penceroboh di Sabah.
"Saya harap jangan keluarkan kenyataan atau komen negatif yang boleh menjatuhkan semangat anggota pasukan keselamatan negara," katanya sambil meminta rakyat yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan negara.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail, yang turut bersetuju dengan Musa, berkata rakyat tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan untuk melindungi kedaulatan negara.
"Kita sebagai rakyat sebuah negara perlu menunjukkan semangat bersatu padu dan sokong pasukan keselamatan. Ini satu ujian kepada rakyat untuk membuktikan semangat cintakan negara," katanya.
Mohd Salleh juga melahirkan keyakinan bahawa pasukan keselamatan negara dapat menangani insiden pencerobohan itu berdasarkan pengalaman dan kejayaan menumpaskan komunis pada satu masa dahulu.
Sementara itu, suasana ketenteraman awam di sekitar pekan Lahad Datu dan Semporna semakin pulih semalam dengan trafik mulai sibuk dan premis perniagaan beroperasi seperti biasa.
Sekatan polis dan rondaan pasukan keselamatan di kedua-dua kawasan ini bagaimanapun masih diteruskan dan orang ramai sudah mula yakin dengan keadaan yang semakin terkawal.
Di Lahad Datu, walaupun premis perniagaan ditutup awal pada 7 petang, namun pengusaha kedai makan terus membuka perniagaan mereka sehingga ke tengah malam.
Tiga buah sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac turut dibuka semua hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal.
Lapan sekolah lain bagaimanapun masih ditutup dan sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
Bagaimanapun penduduk di Kampung Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu, Tanagian dan Sungai Bilis masih belum dibenarkan pulang dan masih 'berkampung' di Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan, Lahad Datu.
Sambil mengharapkan pasukan keselamatan dapat menghapuskan saki-baki kumpulan itu dalam masa terdekat, Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian Assaffal Alian, 48, berkata ada penduduk masih trauma dengan kejadian pencerobohan itu.
"Namun kawalan yang ketat 24 jam yang dilaksanakan polis, tentera serta JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) sedikit sebanyak meredakan ketakutan yang dialami mereka.
Sejak isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban manakala 52 pengganas dilaporkan terbunuh.
- Bernama
Keluarga Raja Muda Agbimuddin Kiram bimbang
7 Mac 2013
Isteri Raja Muda Agbimuddin Kiram, Nurkisa Kiram berkata, mereka sekeluarga hanya mampu menunggu dan bersedia dengan sebarang kemungkinan dan kejadian buruk menimpa kumpulan suaminya itu.
“Pulau Simunul tidak jauh dari Sabah tetapi berita dan perkhabaran tentang apa yang berlaku di sana adalah sukar diperoleh,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga terputus hubungan dengan suaminya sejak keganasan meletus di Sabah, Jumaat lalu.
Ahli keluarga Raja Muda berharap, kedua-dua pihak dapat capai resolusi aman bagi selesaikan kemelut di Lahad Datu. -ABS-CBN news.com
Op Daulat: 'Tunggu kepulangan suami'
7 Mac 2013
Beliau meluahkan perasaan itu pada sidang media selepas menghadiri majlis lawatankebajikan Wanita Umno serta menghadiri solat Hajat dan tahlil kepada wira negara yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Hulu Kinta, kelmarin.
Dalam masa sama, Rosnani berharap pejuang negara di Lahad Datu, Semporna dan Kunak selamat pulang kepada keluarga masing-masing.
“Saya harap semua pihak terutamanya isteri dan ahli keluarga anggota sentiasa kuat semangat dan tidak jemu berdoa agar mereka pulang dengan selamat.
“Kepada mereka yang kehilangan suami dalam tragedi itu diminta supaya tabah kerana saya tahu ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
“Kita kena reda kerana suami kita berjuang untuk negara dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Saya yakin mereka tetap akan menjalankan tugas walaupun hingga ke titisan darah terakhir,” ujarnya.
Nik Aziz: Isu Lahad Datu ujian untuk umat Islam
8 Mac 2013
PASIR PUTEH - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta
seluruh rakyat mendoakan keselamatan negara berikutan insiden
pencerobohan Lahad Datu yang meragut nyawa anggota keselamatan.
“Sama-samalah kita berdoa supaya negara kita selamat, kejadian itu merupakan ujian kepada umat Islam yang menolak Islam dan berasa dialah tuhan.
“Kejadian seperti itu bukan sahaja menjadi masalah besar kepada pemimpin malah kepada rakyat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Wakaf Bunut di sini, semalam.
Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan negara.
Loji Rawatan Air Wakaf Bunut yang menggunakan teknologi penapisan ‘ultrafiltration’ dengan teknologi membran daripada Jerman dijangka membekalkan 14 juga liter air terawat sehari.
Nik Aziz bagaimanapun, mahu rakyat berfikir dan tidak terlalu mudah menuduh mana-mana individu menjadi dalang pencerobohan tersebut.
Beliau juga menganggap pemimpin negara juga ‘menceroboh’ undang-undang apabila menggunakan ISA untuk menahan rakyat.
“Saya selalu sebut, pencerobohan ini bukan menceroboh dengan peluru sahaja, menahan rakyat di bawah ISA juga satu pencerobohan.
“Rakyat yang ditahan bukan sahaja rakyat Malaysia, mereka juga hamba ALLAH SWT dan begitu juga dengan menteri terlibat, mereka bertanggungjawab kepada ALLAH SWT kerana menghukum orang dengan tidak dibicarakan,” katanya.
“Sama-samalah kita berdoa supaya negara kita selamat, kejadian itu merupakan ujian kepada umat Islam yang menolak Islam dan berasa dialah tuhan.
“Kejadian seperti itu bukan sahaja menjadi masalah besar kepada pemimpin malah kepada rakyat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Wakaf Bunut di sini, semalam.
Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan negara.
Loji Rawatan Air Wakaf Bunut yang menggunakan teknologi penapisan ‘ultrafiltration’ dengan teknologi membran daripada Jerman dijangka membekalkan 14 juga liter air terawat sehari.
Nik Aziz bagaimanapun, mahu rakyat berfikir dan tidak terlalu mudah menuduh mana-mana individu menjadi dalang pencerobohan tersebut.
Beliau juga menganggap pemimpin negara juga ‘menceroboh’ undang-undang apabila menggunakan ISA untuk menahan rakyat.
“Saya selalu sebut, pencerobohan ini bukan menceroboh dengan peluru sahaja, menahan rakyat di bawah ISA juga satu pencerobohan.
“Rakyat yang ditahan bukan sahaja rakyat Malaysia, mereka juga hamba ALLAH SWT dan begitu juga dengan menteri terlibat, mereka bertanggungjawab kepada ALLAH SWT kerana menghukum orang dengan tidak dibicarakan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan