Ahad, 10 Mac 2013

USTAZ AZHAR SEDANG MELETUP2@POPULAR HABIS

China Town pengiktirafan buat Cina Kelantan

Salmah Mat Husain, Foto Zam Zamani, 10 Mac 2013
KOTA BHARU: Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS, mewujudkan kawasan 'China Town' di Jalan Kebun Sultan sebagai pengiktirafan kepada masyarakat Tioghua yang selama ini hidup harmoni bersama masyarakat Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jalan Kebun Sultan bermula semalam dikenali sebagai 'Jalan Haji Cheng Ho China Town', sejak sekian lama menyaksikan aktiviti masyarakat Tionghua berkembang di situ.

Pengisytiharan jalan itu sebagai China Town katanya sekaligus menaik taraf kawasan itu bukan sahaja sebagai kawasan perniagaan orang Cina, malah bakal menjadi pusat pencongan baru di Kelantan.

"Program ini dibuat khas sebagai menghargai masyarat Tionghua yang hidup harmoni d negeri ini.

"Sebagaimana di negeri lain yang telah lama wujud China Town, Kelantan juga mahu berbuat demikian. Lagi pun Jalan Kebun Sultan telah lama hidup aktiviti dari masyarakat Tiongua khususnya perniagaan," katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengisytiharan rasmi  nama Jalan Kebun Sultan dikenali sebagai Jalan Haji Cheng Ho China Town.

Sewaktu perisytiharan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta orang ramai mengulangi nama jalan itu sebanyak tiga kali ‘Jalan Haji Cheng Ho China Town' dan ianya diikuti oleh warga Bandar Kota Bharu tanpa mengira warna kulit pada malam bersejarah itu.

Walaupun gelaran baru diberi, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai memperingati sejarah asalnya.

Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Takiyuddin, Datuk Anuar Tan Abdullah, Wan Ubaidah Omar, timbalan Exco kerajaan negeri, Rohani Ibrahim, anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Nama Haji Cheng Ho dipilih untuk diabadikan pada jalan itu sebagai menghargai jasa pelayar berbangsa Cina Muslim yang berasal dari Tanah Besar Negara China.

Menteri Besar berkata, perisytiharan itu dibuat bagi menzahirkan rakyat Kelantan termasuk golongan minoriti di negeri itu hidup dalam aman di bawah pentadbiran pemimpin Islam.

“Ianya juga sebagai membuktikan nasib golongan berkenaan termasuk India, Siam serta lain-lain bangsa tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri,”ujarnya.

‘Mereka ke Sabah selepas janji Najib’ terhangat

Harakahdaily, 10 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'” yang muncul juara ranking artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu ke-10, 2013.
Artikel tersebut melaporkan satu berita Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph) yang memetik dakwaan pengasas MNLF Nur Misuari bahawa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Di tempat kedua ialah artikel bertajuk “Tidak mahu menyerah, sedang 'beristirehat'” yang memetik laporan portal berita Philippine Daily Inquirer, yang menyebut kumpulan bersenjata yang kini berdepan serangan pasukan keselamatan Malaysia, tidak akan menyerah malah menegaskan akan berjuang sehingga titisan darah terakhir.

Manakala artikel ketiga yang paling diminati oleh pembaca Harakahdaily ialah berita bertajuk “Gambar mayat penceroboh didedah” yang melaporkan tindakan kerajaan Malaysia mendedahkan gambar sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 3 hingga 9 Mac.

1

Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'
2

Tidak mahu menyerah, sedang 'beristirehat'
3

Gambar mayat penceroboh didedah
4

Gambar terbaik YDP PAS Semporna kes Lahad Datu
5

Liwat II: Pendedahan Azlan, apa kata Dr Haron Din
6

Kerajaan Persekutuan BN berakhir Sabtu ini
7

Raja Nazrin bertitah jujur tentang PAS
8

Harga minyak naik lagi
9

Kereta rempuh pentas pelancaran China Town
10

Lahad Datu: Anwar arah kaji saman ke atas media Umno

Pakatan jadikan media lebih adil untuk rakyat

Mohd Sabri Said, 10 Mac 2013

GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat berjanji akan menguruskan semua sistem media negara dengan lebih terancang, dinamik, mantap dan penuh dengan keadilan untuk rakyat, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya, pelaksanaan sistem media yang lebih telus memberikan impirasi kepada keseluruhan rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran tidak seperti sekarang yang berat sebelah dan dimonopoli kerajaan yang memerintah.

"Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berkuasa nanti langkah pertama yang saya akan pastikan ialah sistem medianya mesti telus dan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi tidak seperti sekarang tidak amanah, menurunnya etika kewartawanan dan sukakan penyebaran fitnah, " terangnya semasa pembentangan Manifesto Pusat di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.

Katanya, jika Pakatan Rakyat mengekalkan sistem yang sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), pasti rakyat akan menghukum pula Pakatan Rakyat malah lebih hina daripada yang dihadapi oleh pemerintah yang zalim hari ini.

Maka, menurutnya menjadi tugasan berat PAS, PKR dan DAP, sebab selama 50 tahun rakyat dimomokkan dengan cerita 'bohong' kononnya pembangkang suka bercakap kosong serta mahu menjadikan Malaysia ke arah negara yang liberal.

Semua itu katanya, kena disekat kerana kebanyakan pemikiran orang Melayu terutamanya senang dihasut malahan seolah diikat supaya tetap memberikan undi kepada Umno BN setiap kali pilihanraya umum.

"Umno dan BN bukan parti yang kuat sebenarnya. Parti itu lemah, cuma kerana mereka menguasai media arus perdana apa yang ada dicakapkan itulah diulang tayang agar rakyat tetap dengan BN walaupun ianya karam di lautan, " jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Turut membentangkan manifesto mewakili PKR ialah Rafizi Ramli dan Zairil Khir Johari mewakili DAP.

Adakah Najib bubar Parlimen 11 Mac, 11.11 pagi?

Harakahdaily, 10 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang memberitahu, dua hari lalu beliau telah ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada 11 Mac, jam 11.11 pagi.

“Ini mengingatkan saya kepada ramalan ‘Enam Satu’ dua tahun lalu, bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 Nov, 2011 yang mempunyai ‘6 angka 1’, memandangkan ‘11’ merupakan nombor kegemaran dan nombor ajaib Najib,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam..

Penasihati DAP Kebangsaan itu berkata, akan tetapi ‘Enam Satu’ iaitu ‘11.11.11’ telah datang dan pergi, tahun 2011 dan 2012 telah berakhir, dan bermula semalam, Parlimen ke-12 telah melangkaui lima tahun jangka hayat kebiasaan.

Ini, ujarnya menjadikan Najib di mata kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ‘Perdana Menteri tidak sah’, terutamanya apabila Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri iaitu hampir empat tahun.

Menurutnya, Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan masuk di dalam Guinness Book of Records sebagai negara yang telah berada di dalam keadaan kempen pilihan raya umum untuk hampir empat tahun sejak Najib menggantikan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia pada 3 April 2009.

Lim menambah, tetapi Najib masih takut untuk membubarkan Parlimen untuk berdepan dengan pilihan raya walaupun beliau memperoleh ruang bernafas hanya 48 hari lagi sebelum Parlimen sekarang terbubar secara automatik pada 27 April mengikut Perlembagaan, tanpa perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan secara rasmi.

“Najib hanya ada dirinya untuk dipersalahkan sekiranya beliau dianggap sebagai Perdana Menteri ‘tidak sah’ yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Sementara mengetuai Kabinet Sementara yang tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan besar atau substantif baik melibatkan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau menyalahgunakan perkhidmatan awam baik pegawai, simber dan dana awam tanpa berunding dengan oposisi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Harga minyak naik lagi

http://batuvskayu.blogspot.com, 07 Mac 2013

Hoi padan muka !!! Harga minyak naik lagi


Naik senyap senya , naik diam diam..

Semua rakyat tengah leka dengan kisah gelora di Lahad Datu.

Hingga tak sedar bahawa minyak RON97 naik..ha ha ha

Berkuatkuasa tengah malam tadi, 7 Mac 2013, harga RON97 dinaikkan harga kepada RM2.90 seliter. Naik 20 sen je..

Kenaikan mengejut ini tak ada kena mengena dengan kematian Presiden Venezuela, Encik Hugo Chaves, tetapi ini adalah salah Anwar Ibrahim ha ha ha ha..

Ustaz Azhar berlakon filem 'Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang'

http://www.kakisembang.com, 07 Mac 2013

Ustaz Azhar Membintangi Filem "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang" Arahan Pierre Andre

Menarik | Ustaz Azhar Membintangi Filem  "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang" Arahan Pierre Andre |

Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang"... Itulah Tajuk Filem Pertama Lakonan Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Yang Akan Diarahkan Oleh Pierre Andre. Filem arahan Pierre Andre Dan Akan Diterbitkan Oleh Metrowealth.. Turut Berlakon Adalah Kumpulan SHIRO, Zalif Sidek & Along (Raja Lawak)...


Filem berunsur dakwah dan pengajaran, inilah indahnya Islam tidak melarang Hambanya untuk berhibur tetapi hendaklah berlandaskan hukum dan syariat. Semoga filem yang akan dikeluarkan akan membuka bibit-bibit lembaran baru seni filem di Malaysia.

Aku tengok lah Pierre Andre begitu bijak mengambil kesempatan pengaruh Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dalam memasarkan filem ini, Insya Allah filem yang bakal terbit ini akan pecah panggung.

Tak Sabar Tunggu Filem Nie... Yang Pasti, Semua Pelakon Dalam Filem Ini "Menutup Aurat". Filem Islamik Yang Pasti Pecah Panggung.

Sumber: FB

Gambar terbaik YDP PAS Semporna kes Lahad Datu

http://kachipemas.blogspot.com, 05 Mac 2013

Takbirrr : Gambar Terbaikk dari YDP PAS Semporna.. {Kes Lahad Datu} Berani Tanggung Risiko..Takbir

Pimpinan PAS Semporna berani tanggung risiko turun ke kawasan kejadian untuk mengetahui lebih dekat lagi keadaan semasa [3 gambar]


YDP PAS Semporna menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda berterima kasih kepada Pasukan Keselamatan yang sedang bertugas menjaga keselamatan di Semporna


Bahaya tiada dalam kamus hidup pejuang PAS

Lahad Datu: Gambar penceroboh bersenjata M16 dibunuh penduduk disebar

http://shalehudin.blogspot.com, 03 Mac 2013


Terkini dari rakyat Sabah..!

Seorang anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang Laut Semporna. Dilaporkan penduduk kampung penuh berani merampas M16 si penceroboh dan terus membedil menyebabkan penceroboh tersebut terbunuh.

Lihat di sini.

Panas: Ustaz Azhar dikerumuni pelumba LTdL 2013

http://kerabubersuara.blogspot.com, 28 Feb 2013

Panas! Ustaz Azhar Dikerumuni Pelumba Basikal LTDL 2013 Edisi Kuantan

February 28, 2013

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/555117_517498674960518_826424676_n.jpg

Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Biarkan gambar berbicara.

UAI dikerumuni oleh peminat2nya semasa melawat LTDL edisi Kuantan semalam. Mat Saleh pun minat UAI juga. Semoga Allah memberikan mereka hidayah Islam juga nanti. Insya Allah. Amin

Hishammuddin minta tentera Sulu letak jawatan?

http://aiyangdisayang.blogspot.com, 02 Mac 2013

Lihat hishammuddin minta tentera sulu letak jawatan?


Bersangka baik.... bersangka baik
mungkin menteri ni terlalu gabra hingga tersasul
minta penceroboh letak jawatan adalah sesuatu yang amat janggal
ehee....

Tiada ulasan: