Pejabat Bersih dipecah masuk, barangan hilang
Harakahdaily, | 05 Mac 2013 |
Ahli Jawatankuasa Pemandu NGO itu, Maria Chin Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata, kejadian disedari seorang kakitangan pejabat, Deepa Nair ketika datang membuka pintu pejabat kira-kira 8.30 pagi tadi.
“Ketika Deepa masuk pejabat, beliau dapati pejabat berselerak. Kelihatan seorang lelaki bertopi berada di ruang dapur sedang makan.
"Kemudian Deepa menjerit terkejut dan lelaki berkenaan terus lari keluar membawa empat bungkusan besar,” kata Maria dipetik KeadilanDaily.
Menurut Maria lagi, terdapat kesan kerosakan pada pintu di bahagian belakang pejabat yang dipercayai diumpil untuk laluan masuk pencuri terbabit.
“Kami tak pasti jam berapa dia masuk, tapi kalau ikutkan kesan rosak pada pintu, dia (pencuri) melakukannya dalam masa yang agak lama,” jelas Maria kesal dan terkejut dengan kejadian itu.
Beliau turut menjelaskan beberapa barangan turut hilang termasuk wang tunai, dua telefon bimbit milik Bersih dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), kamera video dan perakam suara.
Anggaran awal kerugian katanya sekitar RM5,000, Bagaimanapun Bersih sedang menilai semula anggaran kerugian dengan membuka semula dokumen aset pejabat.
“Kami masih dalam rangka menilai semula angka sebenar kerugian dan akan menyemak jika ada dokumen yang hilang,” katanya.
Ekoran kejadian itu, Bersih membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.
AES: Rakyat Pulau Pinang ucap terima kasih
Mohd Sabri Said, | 05 Mac 2013 |
BUTTERWORTH: Para penerima sumbangan Agenda Ekonomi
Saksama (AES) berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri
Pulau Pinang kerana prihatin terhadap nasib mereka yang semakin tertekan
dengan kenaikan harga barangan.
Bagi mereka, pendekatan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat amat
istimewa berbanding Umno BN dahulu yang hanya berjanji kosong sedangkan
bantuan dan peruntukan ada tetapi dinikmati kroni sahaja, tidak meliputi
semua rakyat yang susah.
Rata-rata rakyat menyifatkan langkah yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat amat bagus sebab ia membantu rakyat yang berpendapatan rendah.
Bagi Timah Awang, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat dianggap sebuah kerajaan miskin kewangan tetapi lebih ke hadapan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Beliau yang terpaksa menjaga kakaknya yang sakit, sangat berharap AES dapat memberikan seribu makna kepada kehidupanya pada masa depan.
"Saya tidak berkahwin, kakak pula sakit. Kami tinggal serumah di Tasek Gelugor. Bila adanya AES satu keperluan bagi kami," terangnya.
Seorang surirumah, Puan Pusppa a/p Vengilasulam pula berharap, hasil bantuan itu nanti dapatlah menyelesaikan masalah belanja perubatan anaknya yang mengidap jantung berlubang.
“Adanya AES memberikan nafas baru kepada keluarganya yang berpendapatan rendah,” ujarnya.
Manakala Mohd Zain Ahmad, 72, yang kurang penglihatan melahirkan kegembiraan yang tidak terhingga dengan adanya AES.
"Tidak baik menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang kerana ia mengotakan apa yang dijanji. Rakyat patut membela dan menyokong dasar yang dilaksanakan supaya negeri ini terus maju dan berdaya saing," terangnya.
MELAKA: Pihak polis memberi kerjasama penuh dalam
mengawal keselamatan khususnya di sekitar tempat Treler Jelajah Negara
Berkebajikan berhenti di Dataran Pahlawan, Melaka hari ini.
Terdapat sekurang-kurangnya 15 anggota polis lengkap beruniform dan berpakaian biasa ditempatkan mengawal di sekitar dataran.
Hari ini masuk hari kedua treler Jelajah Negara Berkebajikan berada di Melaka.
Treler yang memulakan perjalanan jam 9 pagi tadi memilih Melaka Sentral sebagai destinasi pertama pagi ini sebelumke Dataran pahlawan.
Ketibaan mereka disambut pimpinan PAS di peringkat kawasan termasuk anggota unit amal yang turut mengawal keadaan.
Seperti biasa, setiap kali treler ini berhenti, keunikannya khususnya ketika ia terbuka sepenuhnya menjadi sebuah pentas, menarik minat pengunjung dan orang ramai.
Mereka tidak melepaskan peluang naik ke pentas dan bergambar dengan trak yang turut dihiasi dengan gambar pimpinan utama PAS itu.
Beberapa pemimpin termasuk dari Pemuda PAS Melaka juga turut memberi ucapan ringkas diatas pentas treler tersebut.
Konvoi jelajah itu kini sedang meneruskan perjalanan ke Merlimau dan Jasin sebelum ke Bukit Katil bagi ceramah perdana yang menampilkan pimpinan PAS, PKR dan DAP pada jam 9.30 malam ini.
Konvoi Jelajah Negara Berkebajikan akan menamatkan program di Melaka pada malam ini sebelum bertolak ke Muar bagi destinasi seterusnya di Johor.
KEPALA BATAS: PAS
kini tidak lagi bermain ombak di gigi pantai tetapi sedang berenang
merentasi lautan luas, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa.
PAS kini juga, katanya dilihat sedang mendaki anak tangga ke bangunan tinggi bukan lagi mengharapkan tongkat untuk berdiri.
"Ramai sudah yakin dengan mutu perjuangan PAS, maka menjadi satu kewajiban untuk kita tingkatkan persembahan perjuangan ke arah yang lebih bermutu supaya masyarakat luar PAS dapat menilai," ujarnya ketika menutup Seminar Persediaan Menghadapi PRU13 anjuran PAS Tasek Gelugor di sebuah hotel di sini, semalam.
PAS sambungnya, tidak lagi dilabelkan parti kampung malahan kini dikenali di seluruh dunia, tambahan sekarang bertekad akan ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Pendekatan yang PAS ambil sekarang katanya, tidak lari dari prinsip asal cuma pembaharuan tersebut dibuat berdasarkan senario politik semasa.
"Ahli PAS hendaklah bersatu kekuatan ketika berenang di lautan luas bukan bercakaran sehingga boleh membawa kepada tenggelam dalam arus kuat. Perubahan strategi boleh dilaksanakan demi senario politik baru. Kita bukan gadai prinsip," tegasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berkata, kejayaan PAS mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuatkan ramai masyarakat bukan Islam mendekati PAS.
"Inilah yang membimbangkan Umno dan BN sebab selama ini mereka gagal meyakinkan orang bukan Islam kepada Islam. Bila PAS berjaya mereka sakit hati lantas memburukkan imej PAS dengan pelbagai cara," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
KUALA LUMPUR:
Di sebalik bermacam tuduhan oleh kerajaan kononnya kehadiran penceroboh
di Sabah ada kaitan pembangkang, Kesultanan Sulu pula tampil
menafikannya.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com semalam, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” katanya kepada agensi berita online Filipina itu.
Penafian itu sekaligus menolak dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini kononnya kedatangan penceroboh yang mendakwa penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu atas 'pelawaan' pembangkang.
Ianya termasuk laporan berita yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 2 Mac lalu dengan tajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala Buletin Utama TV3 pula menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan itu.
Pada masa sama Puteri Jacel Kiram juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.
Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.
Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.
Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.
KUALA LUMPUR: Keraguan
terhadap daftar pemilih di Selangor ada asas apabila Projek
Pendemokrasian Selangor mendapati beberapa Dun di negeri itu mempunyai
jumlah pengundi melebihi jumlah penduduk.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beberapa Dun yang dikesan sangat ketara berlaku perkara itu termasuklah di Bestari Jaya Utara.
Katanya, semakan di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan tersebut mempunyai pengundi berdaftar seramai 3,589 sedangkan penduduk di situ hanya seramai 1,788.
Di Ijok iaitu kawasan yang diwakilinya pula katanya, turut mencatatkan penambahan pengundi baru seramai 721 orang yang tidak dapat dikenalpasti pihaknya.
“Kerajaan Negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini sebab itulah Kerajaan Negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya di Persidangan Antarabangsa PRU13 Malaysia anjuran Pejabat Ketua Pembangkang di ibu negara semalam.
Menurut Abdul Khalid lagi, laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun ke empat 2012, terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih berdaftar.
Daripada jumlah pengundi baru itu, semakan pihaknya gagal mengenal pasti sejumlah 134,675 atau 28 peratus darinya.
Projek Pendemokrasian Negeri Selangor dikendalikan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
Projek tersebut dijalankan berikutan berlakunya pertambahan mendadak pengundi baru di negeri yang telah ditadbir Pakatan Rakyat sejak menang pada PRU 2008 lalu.
KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Pilihan Raya Umum ke-13 (GM13) melancarkan manifestonya, malam tadi dalam usaha ke arah mewujudkan universiti yang mandiri, demokratik dan berautonomi.
Manifesto yang didokumenkan sebagai Polisi Baharu Pengajian Tinggi Negara itu (PBPTN) menggarapkan lapan teras, merangkumi modal insan, kepatuhan kepada perlembagaan, kebebasan akademik, merakyatkan demokrasi, autonomi penuh institut tertiari, autonomi kemahasiswaan, pendidikan percuma dan hak kesamarataan.
Ketika membentangkan manifesto tersebut, di Dewan Himpunan Cina, Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPN), Mohd Bukhairy Sofian berkata terdapat empat faktor krisis institut pengajian tinggi yang mendesak reformasi itu dilakukan.
"Universiti hari ini mempunyai krisis yang mendesak untuk direformasikan, iaitu dasar kerajaan yang mencampuri urusan IPT, urus tadbir IPT yang demokratik, keperluan akademik yang berkiblatkan keperluan industri hingga meminggirkan nilai keinsanan, dan kemahasiswaan yang disekat dan tidak dibenarkan terlibat dalam urus tadbir kemahasiswaan sendiri," tegas beliau.
Beliau menambah, dengan lapan teras yang digarapkan itu, akan membawa sebuah universiti yang mandiri, demokratik dan berautonomi dengan berpegang kepada beberapa prinsip, antaranya universiti bermatlmatkan keinsanan, melaksanakan pendidikan percuma, patuh kebebasan akademik, dan universiti berautonomi penuh.
Sementara itu, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, berkata dokumen tersebut akan menjadi lebih realistik dan idealistik jika diperhalusi oleh mana-mana parti sekalipun.
Tegasnya, manifesto ini juga dirangka bagi memberi ruang kepada mana-mana parti politik untuk menilai kesungguhan mahasiswa dalam menuntut perubahan di IPT.
Sebelum ini, GM13 mengumumkan untuk menyertai PRU13 dan memutuskan meletakkan calon di kerusi Parlimen Pekan bagi menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut serta pada majlis pelancaran itu Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, dan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi.
Pelan RTB Batu 18 yang menunjukkan sudah ada nombor lot.
PEKAN: Bayangkan, selepas 50 tahun meneroka dan mengusahakan tanah yang dijanjikan, sehingga kini 60 peneroka asal yang lebih separuh daripadanya sudah meninggal dunia itu masih gagal mendapatkan status tanah milik mereka.
Mereka ialah sanak saudara Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dari Kampung Pahang Tua, Lamir, dan Langgar yang digalakkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua itu mengusahakan sebidang tanah di Batu 18 Jalan Kuantan-Pekan.
Seorang peneroka asal tanah berkenaan Isa Mohd Nor, 76, yang ditemui di Pahang Tua kelmarin merupakan antara 20 orang yang terawal mengusaha dan meneroka tanah Rancangan Tanah Berkawal (RTB) Batu 18 iaitu sekitar tahun 1961.
Katanya, Allahyarham Tun Razak dan Menteri Besar Pahang ke-9 Allahyarham Datuk Seri Mohamad Jusoh yang juga berasal dari kampungnya yang suruh peneroka memohon tanah yang diusahakan itu.
“Dengan galakan tersebutlah yang menguatkan kami berulang dengan berbasikal sejauh lebih kurang 30 kilometer selama sejam lebih dengan membawa benih kelapa untuk ditanam di sana.
“Malangnya setelah memohon beberapa kali tapi tak dapat geran hak milik sehingga ke hari ini. Sekarang tinggal boleh bilang dengan jari sahaja lagi yang hidup, yang lain dah meninggal dunia.
“Walaupun sudah tiada kudrat tetapi dalam hati harap sokmo nak dapatkan tanah yang pernah kita usahakan dengan susah payah jerih penat itu, selagi ada sisa-sisa hayat nak juga tengok tanah itu jadi hak milik,” keluhnya sayu ketika ditemui kelmarin.
Isa yang kini sudah agak uzur, melahirkan rasa terkilan dan kecewa kerana orang luar boleh dapat tanah sedangkan beliau bersama orang-orang kampung sendiri telah menghamburkan titik peluh tetapi masih gagal mendapat geran hak milik tanah yang dijanjikan.
RTB Batu 18 seluas 64 hektar mula diteroka pada 1961 sebagai kawasan pertanian tetapi dipendamkan oleh pihak berkuasa daripada membuat keputusan mengenai status tanah itu.
Menurut maklumat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Mohamad Jusoh ketika itu bersetuju memberikan 0.8 hektar kepada 60 penama awal dan peringkat kedua yang memohon secara berkelompok selepas tanaman mereka berjaya mengeluarkan hasil sejak 1970.
Bagaimanapun, RTB berkenaan masih tidak memiliki geran hak milik tetap hingga ke hari ini.
Keadaan itu menyebabkan peneroka-peneroka tanah berkenaan bimbang kerana kerajaan negeri boleh mengambil alih tanah berkenaan pada bila-bila masa tanpa sebarang pampasan kerana tiada sebarang dokumen mengesahkan tanah itu mempunyi pemilik sah.
Akhirnya tanah tersebut ditinggalkan sehingga dipenuhi belukar dan hutan.
Seorang lagi yang pernah mengusahakan tanah tersebut peringkat awal, Ramlah Ibrahim, 68, berkata pada tahun 1961 beliau yang baru berkahwin telah mengikut arwah suaminya Razali Ismail mengusahakan tanah Batu 18.
Beliau yang tinggal di rumah PPRT Pahang Tua berkata, beliau masih ingat ketika itu berulang-alik bersama suaminya (yang telah meninggal pada tahun 2001) berbasikal pagi-pagi hari membawa benih kelapa, membawa bekal makanan dan pulang pada sebelah petang.
“Bayangkan pada masa itu pagar tidak ada, biasanya akan dimakan oleh binatang kerana musuh kuat sangat. Itu belum lagi cerita bagaimana terpaksa menghadapi ular, lipan, jengking dan pacat. Tetapi mengenangkan arwah Tun (Razak) suruh jayakan, ulang jugalah.
“Sebab itulah kami nak sangat jadi tanah Batu 18 jadi hak milik selagi masih hidup ini kerana masih tiada tanah sendiri, yang duduk ini tanah arwah pak mertua,” tegasnya.
Tambahnya lagi, beliau pernah berjanji dengan 8 orang anak-anak jika tanah itu lulus esok (nanti) masing-masing berhasrat untuk membina rumah di sana.
Muhamad Ibrahim, 47, yang terlibat menuntut hak ayahnya (Ibrahim Kasim) berkata wakil rakyat pernah berjanji dan beri jaminan untuk selesaikan isu geran tanah sebelum pilihan raya umum (PRU) 13.
“Saya hadir dalam satu mesyuarat di kampung Ubai 13 Januari tahun lalu dihadiri Adun Inderapura yang juga exco kerajaan negeri. Masa mesyuarat macam geran dah nak lulus hari esok dengan serah borang 5 A.
“Sekarang dah setahun... tidak ada pun, jadi nampak macam gimik saja nak harap-harapkan 60 peserta. Sebenarnya ada ayah dan anak yang memohon dulu, sekarang dua-dua dah meninggal dunia. Sekarang sebab banyak kali mohon, akhirnya bila tak dapat geran penduduk terpaksa tinggalkan kerana kecewa,” ujarnya.
Justeru Muhamad meminta pihak berkuasa menyelesaikannya segera. Katanya, cuba bayangkan jika isu ini berlaku di Kedah, Kelantan atau Selangor, sudah tentu siang malam akan dimainkan dalam televisyen dan akhbar.
Mohd Nazri Samad, 55, yang menuntut hak ayahnya (Samad Kasim) berkata sudah berapa kali wakil rakyat bertukar dan mereka berjanji terutama menjelang PRU tapi masalah penduduk tidak juga selesai.
Katanya, sebenarnya RTB Batu 18 itu sudah ada pancang batu, dah ada nombor lot, maknanya sudah sedia untuk diluluskan, tetapi rakyat kena tunggu sehingga setengah abad bahkan sudah ada berita mengatakan lot-lot tersebut ada yang dilapis oleh orang-orang politik atas nama peneroka awal.
“Kami dah hantar memorandum kepada orang nombor satu, Najib Tun Razak dengan serah tangan, dia dah tahu tapi tiada tindakan juga. Jadi seolah-olah orang kampung dah tiada tempat untuk mengadu.
“Yang mengusahakan itu semuanya puak sedara mara Tun Razak juga bukannya orang lain,” tegasnya.
Nazri yang pernah merasai kesusahan mengikut ayahnya berulang ke tanah itu berbasikal berkata, kini ayahnya berumur 88 tahun dan hampir nyanyuk, tetapi geran tanah masih belum dapat.
Fadzir Bidin, 45, yang menuntuk bagi pihak datuknya, percaya kemungkinan ada campur tangan politik menyebabkan geran tidak diperolehi peneroka awal.
Katanya, ada kemungkinan kawasan kebun itu duduk dalam Dun lain sedangkan pemohon bermastautin dan mengundi dalam Dun lain jadi seolah-olah tiada ‘desakan politik’ untuk menyegerakannya.
“Kami kesal bagaimana arwah tokki saya mengusahakan tanah itu tahun lalu tak boleh selesai, sedangkan orang luar boleh dijemput ke Pekan dan diberi penempatan, anak tempatan tidak ada apa yang dapat,” keluhnya kesal.
Cubaan Umno BN melalui medianya TV3 dan Utusan Malaysia yang cuba
mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan pembangkang
Pakatan Rakyat dengan isu pencerobohan di Sabah bukan suatu tindakan
yang bijak. Hal ini kerana, tindakan itu menambahkan lagi persepsi
penyokong PR bahawa kejadian kejadian itu adalah sandiwara Umno-BN demi
kelangsungan politiknya.
Hakikatnya, saya bersangka baik bahawa pencerobohan ini tidak ada kena mengena dengan kehangatan rakyat menanti pembubaran parlimen dan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Apatah lagi ketika semua pihak memberi tumpuan 100 peratus kepada persiapan dan kempen PRU13.
Tambahan pula Pakatan Rakyat (PR) dalam kedudukan menyerang dengan pelbagai fakta dan isu. Sementara Umno-BN pula dilihat dalam kedudukan bertahan dan hanya mampu menyerang balas PR melalui isu-isu emosi seperti ketuanan Melayu, kalimah Allah dan beberapa lagi. Umno-BN juga sedar bahawa mereka tidak mampu menjawab apatah lagi menangkis pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh PR.
Dalam suasana bertahan ini, isu pencerobohan sekumpulan tentera Sulu dilihat oleh sesetengah pihak dapat meredakan tekanan yang diterima oleh Umno-BN dan seterusnya menenggelamkan beberapa isu penyelewangan termasuklah salahguna dana LTAT serta manifesto PR.
Namun, di sebalik semua ini timbul lebih banyak persoalan daripada jawapan. Apabila difikir-fikirkan, bagaimana sekumpulan tentera bersenjata boleh menerobos negara dengan begitu mudah dan menduduki suatu kawasan. Adakah kawalan pasukan keselamatan di Sabah begitu rendah tahapnya? Atau tentera sultan Sulu ini begitu cekap dan licik serta canggih teknologi sehingga berjaya menyelinap masuk tanpa disedari pasukan keselamatan?
Jika dengan sepasukan kecil dan peralatan terhad seperti itu dengan mudah memasuki negara, bagaimana pula jika yang datang itu dengan kelengkapan yang besar? Adakah kita bersedia menghadapinya?
Benarkah tujuan mereka mahu menuntut Sabah sebagai milik mereka? Apa perlunya mereka menghantar sejumlah kecil jika hendak berperang dan merampas sabah?
Sesungguhnya, banyak lagi persoalan yang bersarang di kepala. Namun, akibat sumber berita dan maklumat yang begitu terhad dan rahsia maka rakyat telah membuat pelbagai andaian. Tidak cukup dengan itu, pelbagai berita dan khabar angin yang cuba dieksploitasi bagi memburukkan musuh politik – bagi saya, sesuatu yang patut dielakkan.
Jika isu ini benar-benar suci dan bersih dan tidak kena-mengana dengan mana-mana pihak, amat wajar pihak kerajaan awal-awal lagi menyekat sebarang berita yang cuba mengaitkan pencerobohan ini dengan pihak PR dan menghalangnya daripada dipergunakan ke arah politik oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang.
Yang berlaku sekarang, selepas berita yang mengaitkan pemimpin pembangkang disiarkan dalam media utama tersebut, maka secara automatik pihak PR juga akan membalas tindakan itu dan segera mendakwa Umno-BN dalang di sebalik kejadian di Lahad Datu ini.
Pihak rakyat terutamanya penyokong PR akhirnya semakin sangsi dengan kejujuran kerajaan dalam isu ini apatah lagi banyak berita yang tidak jelas kesahihannya telah digunakan untuk memburuk-burukkan pembangkang.
Akibatnya, sebahagian rakyat kini sedang mencari-cari, apakah apakah ada udang di sebalik mi, yakni ada sesuatu yang dirancang oleh Umno-BN demi mengekalkan kuasanya? Saya berharap isu ini tidak dilakukan demi kelangsungan hidup Umno-BN. Bukan untuk mengambil kesempatan menangguhkan PRU yang sepatutnya diadakan. Hentikan apa-apa tuduhan yang cuba mengaitkan mana-mana pemimpin dengan pencerobohan ini.
Mari kita bersama-sama berfikir dan bersatu untuk menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan asing. Jangan biarkan rakyat dalam suasana keliru dan kita kehilangan anggota keselamatan seorang demi seorang. Segeralah selesaikan isu pencerobohan ini dan kembalikan keamanan di Sabah dan Malaysia amnya. Saya yakin tiada rakyat yang waras mahu menimbulkan huru-hara di negara ini atau mengambil kesempatan politik atas konflik semasa.
Biarlah tiada udang di sebalik mi. Mi tetap sedap dimakan tanpa udang jika dimasak dengan ikhlas dan cukup segala rencah lainnya. Tambahan pula, udang yang sedap dan besar agak mahal harganya.
Rata-rata rakyat menyifatkan langkah yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat amat bagus sebab ia membantu rakyat yang berpendapatan rendah.
Bagi Timah Awang, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat dianggap sebuah kerajaan miskin kewangan tetapi lebih ke hadapan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Beliau yang terpaksa menjaga kakaknya yang sakit, sangat berharap AES dapat memberikan seribu makna kepada kehidupanya pada masa depan.
"Saya tidak berkahwin, kakak pula sakit. Kami tinggal serumah di Tasek Gelugor. Bila adanya AES satu keperluan bagi kami," terangnya.
Seorang surirumah, Puan Pusppa a/p Vengilasulam pula berharap, hasil bantuan itu nanti dapatlah menyelesaikan masalah belanja perubatan anaknya yang mengidap jantung berlubang.
“Adanya AES memberikan nafas baru kepada keluarganya yang berpendapatan rendah,” ujarnya.
Manakala Mohd Zain Ahmad, 72, yang kurang penglihatan melahirkan kegembiraan yang tidak terhingga dengan adanya AES.
"Tidak baik menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang kerana ia mengotakan apa yang dijanji. Rakyat patut membela dan menyokong dasar yang dilaksanakan supaya negeri ini terus maju dan berdaya saing," terangnya.
Polis beri kerjasama kawal treler jelajah PAS
Muhammad Faizal, | 05 Mac 2013 |
Terdapat sekurang-kurangnya 15 anggota polis lengkap beruniform dan berpakaian biasa ditempatkan mengawal di sekitar dataran.
Hari ini masuk hari kedua treler Jelajah Negara Berkebajikan berada di Melaka.
Treler yang memulakan perjalanan jam 9 pagi tadi memilih Melaka Sentral sebagai destinasi pertama pagi ini sebelumke Dataran pahlawan.
Ketibaan mereka disambut pimpinan PAS di peringkat kawasan termasuk anggota unit amal yang turut mengawal keadaan.
Seperti biasa, setiap kali treler ini berhenti, keunikannya khususnya ketika ia terbuka sepenuhnya menjadi sebuah pentas, menarik minat pengunjung dan orang ramai.
Mereka tidak melepaskan peluang naik ke pentas dan bergambar dengan trak yang turut dihiasi dengan gambar pimpinan utama PAS itu.
Beberapa pemimpin termasuk dari Pemuda PAS Melaka juga turut memberi ucapan ringkas diatas pentas treler tersebut.
Konvoi jelajah itu kini sedang meneruskan perjalanan ke Merlimau dan Jasin sebelum ke Bukit Katil bagi ceramah perdana yang menampilkan pimpinan PAS, PKR dan DAP pada jam 9.30 malam ini.
Konvoi Jelajah Negara Berkebajikan akan menamatkan program di Melaka pada malam ini sebelum bertolak ke Muar bagi destinasi seterusnya di Johor.
PAS bukan lagi bermain ombak di gigi pantai
Mohd Sabri Said, | 05 Mac 2013 |
PAS kini juga, katanya dilihat sedang mendaki anak tangga ke bangunan tinggi bukan lagi mengharapkan tongkat untuk berdiri.
"Ramai sudah yakin dengan mutu perjuangan PAS, maka menjadi satu kewajiban untuk kita tingkatkan persembahan perjuangan ke arah yang lebih bermutu supaya masyarakat luar PAS dapat menilai," ujarnya ketika menutup Seminar Persediaan Menghadapi PRU13 anjuran PAS Tasek Gelugor di sebuah hotel di sini, semalam.
PAS sambungnya, tidak lagi dilabelkan parti kampung malahan kini dikenali di seluruh dunia, tambahan sekarang bertekad akan ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Pendekatan yang PAS ambil sekarang katanya, tidak lari dari prinsip asal cuma pembaharuan tersebut dibuat berdasarkan senario politik semasa.
"Ahli PAS hendaklah bersatu kekuatan ketika berenang di lautan luas bukan bercakaran sehingga boleh membawa kepada tenggelam dalam arus kuat. Perubahan strategi boleh dilaksanakan demi senario politik baru. Kita bukan gadai prinsip," tegasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berkata, kejayaan PAS mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuatkan ramai masyarakat bukan Islam mendekati PAS.
"Inilah yang membimbangkan Umno dan BN sebab selama ini mereka gagal meyakinkan orang bukan Islam kepada Islam. Bila PAS berjaya mereka sakit hati lantas memburukkan imej PAS dengan pelbagai cara," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Kesultanan Sulu tidak bincang dengan pembangkang
Harakahdaily, | 05 Mac 2013 |
Dalam satu kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com semalam, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” katanya kepada agensi berita online Filipina itu.
Penafian itu sekaligus menolak dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini kononnya kedatangan penceroboh yang mendakwa penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu atas 'pelawaan' pembangkang.
Ianya termasuk laporan berita yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 2 Mac lalu dengan tajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala Buletin Utama TV3 pula menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan itu.
Pada masa sama Puteri Jacel Kiram juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.
Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.
Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.
Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.
Pengundi lebih ramai dari penduduk di beberapa Dun S'gor
Harakahdaily, | 05 Mac 2013 |
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beberapa Dun yang dikesan sangat ketara berlaku perkara itu termasuklah di Bestari Jaya Utara.
Katanya, semakan di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan tersebut mempunyai pengundi berdaftar seramai 3,589 sedangkan penduduk di situ hanya seramai 1,788.
Di Ijok iaitu kawasan yang diwakilinya pula katanya, turut mencatatkan penambahan pengundi baru seramai 721 orang yang tidak dapat dikenalpasti pihaknya.
“Kerajaan Negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini sebab itulah Kerajaan Negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya di Persidangan Antarabangsa PRU13 Malaysia anjuran Pejabat Ketua Pembangkang di ibu negara semalam.
Menurut Abdul Khalid lagi, laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun ke empat 2012, terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih berdaftar.
Daripada jumlah pengundi baru itu, semakan pihaknya gagal mengenal pasti sejumlah 134,675 atau 28 peratus darinya.
Projek Pendemokrasian Negeri Selangor dikendalikan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
Projek tersebut dijalankan berikutan berlakunya pertambahan mendadak pengundi baru di negeri yang telah ditadbir Pakatan Rakyat sejak menang pada PRU 2008 lalu.
PRU13: Manifesto mahasiswa garap 8 teras
Anis Nazri, | 05 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Pilihan Raya Umum ke-13 (GM13) melancarkan manifestonya, malam tadi dalam usaha ke arah mewujudkan universiti yang mandiri, demokratik dan berautonomi.
Manifesto yang didokumenkan sebagai Polisi Baharu Pengajian Tinggi Negara itu (PBPTN) menggarapkan lapan teras, merangkumi modal insan, kepatuhan kepada perlembagaan, kebebasan akademik, merakyatkan demokrasi, autonomi penuh institut tertiari, autonomi kemahasiswaan, pendidikan percuma dan hak kesamarataan.
Ketika membentangkan manifesto tersebut, di Dewan Himpunan Cina, Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPN), Mohd Bukhairy Sofian berkata terdapat empat faktor krisis institut pengajian tinggi yang mendesak reformasi itu dilakukan.
"Universiti hari ini mempunyai krisis yang mendesak untuk direformasikan, iaitu dasar kerajaan yang mencampuri urusan IPT, urus tadbir IPT yang demokratik, keperluan akademik yang berkiblatkan keperluan industri hingga meminggirkan nilai keinsanan, dan kemahasiswaan yang disekat dan tidak dibenarkan terlibat dalam urus tadbir kemahasiswaan sendiri," tegas beliau.
Beliau menambah, dengan lapan teras yang digarapkan itu, akan membawa sebuah universiti yang mandiri, demokratik dan berautonomi dengan berpegang kepada beberapa prinsip, antaranya universiti bermatlmatkan keinsanan, melaksanakan pendidikan percuma, patuh kebebasan akademik, dan universiti berautonomi penuh.
Sementara itu, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, berkata dokumen tersebut akan menjadi lebih realistik dan idealistik jika diperhalusi oleh mana-mana parti sekalipun.
Tegasnya, manifesto ini juga dirangka bagi memberi ruang kepada mana-mana parti politik untuk menilai kesungguhan mahasiswa dalam menuntut perubahan di IPT.
Sebelum ini, GM13 mengumumkan untuk menyertai PRU13 dan memutuskan meletakkan calon di kerusi Parlimen Pekan bagi menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut serta pada majlis pelancaran itu Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, dan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi.
Saudara Tun Razak kecewa 50 tahun tanah belum lulus
Khairil Abdul Rahim, | 05 Mac 2013 |
Pelan RTB Batu 18 yang menunjukkan sudah ada nombor lot.
PEKAN: Bayangkan, selepas 50 tahun meneroka dan mengusahakan tanah yang dijanjikan, sehingga kini 60 peneroka asal yang lebih separuh daripadanya sudah meninggal dunia itu masih gagal mendapatkan status tanah milik mereka.
Mereka ialah sanak saudara Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dari Kampung Pahang Tua, Lamir, dan Langgar yang digalakkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua itu mengusahakan sebidang tanah di Batu 18 Jalan Kuantan-Pekan.
Seorang peneroka asal tanah berkenaan Isa Mohd Nor, 76, yang ditemui di Pahang Tua kelmarin merupakan antara 20 orang yang terawal mengusaha dan meneroka tanah Rancangan Tanah Berkawal (RTB) Batu 18 iaitu sekitar tahun 1961.
Katanya, Allahyarham Tun Razak dan Menteri Besar Pahang ke-9 Allahyarham Datuk Seri Mohamad Jusoh yang juga berasal dari kampungnya yang suruh peneroka memohon tanah yang diusahakan itu.
“Dengan galakan tersebutlah yang menguatkan kami berulang dengan berbasikal sejauh lebih kurang 30 kilometer selama sejam lebih dengan membawa benih kelapa untuk ditanam di sana.
“Malangnya setelah memohon beberapa kali tapi tak dapat geran hak milik sehingga ke hari ini. Sekarang tinggal boleh bilang dengan jari sahaja lagi yang hidup, yang lain dah meninggal dunia.
“Walaupun sudah tiada kudrat tetapi dalam hati harap sokmo nak dapatkan tanah yang pernah kita usahakan dengan susah payah jerih penat itu, selagi ada sisa-sisa hayat nak juga tengok tanah itu jadi hak milik,” keluhnya sayu ketika ditemui kelmarin.
Isa yang kini sudah agak uzur, melahirkan rasa terkilan dan kecewa kerana orang luar boleh dapat tanah sedangkan beliau bersama orang-orang kampung sendiri telah menghamburkan titik peluh tetapi masih gagal mendapat geran hak milik tanah yang dijanjikan.
RTB Batu 18 seluas 64 hektar mula diteroka pada 1961 sebagai kawasan pertanian tetapi dipendamkan oleh pihak berkuasa daripada membuat keputusan mengenai status tanah itu.
Menurut maklumat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Mohamad Jusoh ketika itu bersetuju memberikan 0.8 hektar kepada 60 penama awal dan peringkat kedua yang memohon secara berkelompok selepas tanaman mereka berjaya mengeluarkan hasil sejak 1970.
Bagaimanapun, RTB berkenaan masih tidak memiliki geran hak milik tetap hingga ke hari ini.
Keadaan itu menyebabkan peneroka-peneroka tanah berkenaan bimbang kerana kerajaan negeri boleh mengambil alih tanah berkenaan pada bila-bila masa tanpa sebarang pampasan kerana tiada sebarang dokumen mengesahkan tanah itu mempunyi pemilik sah.
Akhirnya tanah tersebut ditinggalkan sehingga dipenuhi belukar dan hutan.
Seorang lagi yang pernah mengusahakan tanah tersebut peringkat awal, Ramlah Ibrahim, 68, berkata pada tahun 1961 beliau yang baru berkahwin telah mengikut arwah suaminya Razali Ismail mengusahakan tanah Batu 18.
Beliau yang tinggal di rumah PPRT Pahang Tua berkata, beliau masih ingat ketika itu berulang-alik bersama suaminya (yang telah meninggal pada tahun 2001) berbasikal pagi-pagi hari membawa benih kelapa, membawa bekal makanan dan pulang pada sebelah petang.
“Bayangkan pada masa itu pagar tidak ada, biasanya akan dimakan oleh binatang kerana musuh kuat sangat. Itu belum lagi cerita bagaimana terpaksa menghadapi ular, lipan, jengking dan pacat. Tetapi mengenangkan arwah Tun (Razak) suruh jayakan, ulang jugalah.
“Sebab itulah kami nak sangat jadi tanah Batu 18 jadi hak milik selagi masih hidup ini kerana masih tiada tanah sendiri, yang duduk ini tanah arwah pak mertua,” tegasnya.
Tambahnya lagi, beliau pernah berjanji dengan 8 orang anak-anak jika tanah itu lulus esok (nanti) masing-masing berhasrat untuk membina rumah di sana.
Muhamad Ibrahim, 47, yang terlibat menuntut hak ayahnya (Ibrahim Kasim) berkata wakil rakyat pernah berjanji dan beri jaminan untuk selesaikan isu geran tanah sebelum pilihan raya umum (PRU) 13.
“Saya hadir dalam satu mesyuarat di kampung Ubai 13 Januari tahun lalu dihadiri Adun Inderapura yang juga exco kerajaan negeri. Masa mesyuarat macam geran dah nak lulus hari esok dengan serah borang 5 A.
“Sekarang dah setahun... tidak ada pun, jadi nampak macam gimik saja nak harap-harapkan 60 peserta. Sebenarnya ada ayah dan anak yang memohon dulu, sekarang dua-dua dah meninggal dunia. Sekarang sebab banyak kali mohon, akhirnya bila tak dapat geran penduduk terpaksa tinggalkan kerana kecewa,” ujarnya.
Justeru Muhamad meminta pihak berkuasa menyelesaikannya segera. Katanya, cuba bayangkan jika isu ini berlaku di Kedah, Kelantan atau Selangor, sudah tentu siang malam akan dimainkan dalam televisyen dan akhbar.
Mohd Nazri Samad, 55, yang menuntut hak ayahnya (Samad Kasim) berkata sudah berapa kali wakil rakyat bertukar dan mereka berjanji terutama menjelang PRU tapi masalah penduduk tidak juga selesai.
Katanya, sebenarnya RTB Batu 18 itu sudah ada pancang batu, dah ada nombor lot, maknanya sudah sedia untuk diluluskan, tetapi rakyat kena tunggu sehingga setengah abad bahkan sudah ada berita mengatakan lot-lot tersebut ada yang dilapis oleh orang-orang politik atas nama peneroka awal.
“Kami dah hantar memorandum kepada orang nombor satu, Najib Tun Razak dengan serah tangan, dia dah tahu tapi tiada tindakan juga. Jadi seolah-olah orang kampung dah tiada tempat untuk mengadu.
“Yang mengusahakan itu semuanya puak sedara mara Tun Razak juga bukannya orang lain,” tegasnya.
Nazri yang pernah merasai kesusahan mengikut ayahnya berulang ke tanah itu berbasikal berkata, kini ayahnya berumur 88 tahun dan hampir nyanyuk, tetapi geran tanah masih belum dapat.
Fadzir Bidin, 45, yang menuntuk bagi pihak datuknya, percaya kemungkinan ada campur tangan politik menyebabkan geran tidak diperolehi peneroka awal.
Katanya, ada kemungkinan kawasan kebun itu duduk dalam Dun lain sedangkan pemohon bermastautin dan mengundi dalam Dun lain jadi seolah-olah tiada ‘desakan politik’ untuk menyegerakannya.
“Kami kesal bagaimana arwah tokki saya mengusahakan tanah itu tahun lalu tak boleh selesai, sedangkan orang luar boleh dijemput ke Pekan dan diberi penempatan, anak tempatan tidak ada apa yang dapat,” keluhnya kesal.
Mencari udang di sebalik mi
Majdan Dagang, | 05 Mac 2013 |
Hakikatnya, saya bersangka baik bahawa pencerobohan ini tidak ada kena mengena dengan kehangatan rakyat menanti pembubaran parlimen dan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Apatah lagi ketika semua pihak memberi tumpuan 100 peratus kepada persiapan dan kempen PRU13.
Tambahan pula Pakatan Rakyat (PR) dalam kedudukan menyerang dengan pelbagai fakta dan isu. Sementara Umno-BN pula dilihat dalam kedudukan bertahan dan hanya mampu menyerang balas PR melalui isu-isu emosi seperti ketuanan Melayu, kalimah Allah dan beberapa lagi. Umno-BN juga sedar bahawa mereka tidak mampu menjawab apatah lagi menangkis pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh PR.
Dalam suasana bertahan ini, isu pencerobohan sekumpulan tentera Sulu dilihat oleh sesetengah pihak dapat meredakan tekanan yang diterima oleh Umno-BN dan seterusnya menenggelamkan beberapa isu penyelewangan termasuklah salahguna dana LTAT serta manifesto PR.
Namun, di sebalik semua ini timbul lebih banyak persoalan daripada jawapan. Apabila difikir-fikirkan, bagaimana sekumpulan tentera bersenjata boleh menerobos negara dengan begitu mudah dan menduduki suatu kawasan. Adakah kawalan pasukan keselamatan di Sabah begitu rendah tahapnya? Atau tentera sultan Sulu ini begitu cekap dan licik serta canggih teknologi sehingga berjaya menyelinap masuk tanpa disedari pasukan keselamatan?
Jika dengan sepasukan kecil dan peralatan terhad seperti itu dengan mudah memasuki negara, bagaimana pula jika yang datang itu dengan kelengkapan yang besar? Adakah kita bersedia menghadapinya?
Benarkah tujuan mereka mahu menuntut Sabah sebagai milik mereka? Apa perlunya mereka menghantar sejumlah kecil jika hendak berperang dan merampas sabah?
Sesungguhnya, banyak lagi persoalan yang bersarang di kepala. Namun, akibat sumber berita dan maklumat yang begitu terhad dan rahsia maka rakyat telah membuat pelbagai andaian. Tidak cukup dengan itu, pelbagai berita dan khabar angin yang cuba dieksploitasi bagi memburukkan musuh politik – bagi saya, sesuatu yang patut dielakkan.
Jika isu ini benar-benar suci dan bersih dan tidak kena-mengana dengan mana-mana pihak, amat wajar pihak kerajaan awal-awal lagi menyekat sebarang berita yang cuba mengaitkan pencerobohan ini dengan pihak PR dan menghalangnya daripada dipergunakan ke arah politik oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang.
Yang berlaku sekarang, selepas berita yang mengaitkan pemimpin pembangkang disiarkan dalam media utama tersebut, maka secara automatik pihak PR juga akan membalas tindakan itu dan segera mendakwa Umno-BN dalang di sebalik kejadian di Lahad Datu ini.
Pihak rakyat terutamanya penyokong PR akhirnya semakin sangsi dengan kejujuran kerajaan dalam isu ini apatah lagi banyak berita yang tidak jelas kesahihannya telah digunakan untuk memburuk-burukkan pembangkang.
Akibatnya, sebahagian rakyat kini sedang mencari-cari, apakah apakah ada udang di sebalik mi, yakni ada sesuatu yang dirancang oleh Umno-BN demi mengekalkan kuasanya? Saya berharap isu ini tidak dilakukan demi kelangsungan hidup Umno-BN. Bukan untuk mengambil kesempatan menangguhkan PRU yang sepatutnya diadakan. Hentikan apa-apa tuduhan yang cuba mengaitkan mana-mana pemimpin dengan pencerobohan ini.
Mari kita bersama-sama berfikir dan bersatu untuk menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan asing. Jangan biarkan rakyat dalam suasana keliru dan kita kehilangan anggota keselamatan seorang demi seorang. Segeralah selesaikan isu pencerobohan ini dan kembalikan keamanan di Sabah dan Malaysia amnya. Saya yakin tiada rakyat yang waras mahu menimbulkan huru-hara di negara ini atau mengambil kesempatan politik atas konflik semasa.
Biarlah tiada udang di sebalik mi. Mi tetap sedap dimakan tanpa udang jika dimasak dengan ikhlas dan cukup segala rencah lainnya. Tambahan pula, udang yang sedap dan besar agak mahal harganya.
PRU13: Dun Pantai Kundor bakal milik PAS
Muhammad Faizal, | 05 Mac 2013 |
MELAKA: Yang Dipertua PAS Tangga Batu, Mohd Nor Omar (gambar)
yakin dengan gerak kerja dan usaha yang bersistematik dilakukan selama
ini akan dapat memastikan Dun Pulau Kundor menjadi milik PAS pada
Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Katanya, sokongan dari kaum Cina dan India tidak mempunyai masalah apabila tinjauan yang dilakukan dari rumah ke rumah mendapati mereka memihak kepada Pakatan Rakyat.
Jelasnya lagi tumpuan sekarang hanya diberikan kepada orang muda Melayu yang berumur 31 tahun ke bawah.
"Kita ada target dan dikenal pasti, jika target itu dapat kita penuhi maka kita akan memenangi kerusi di sini," jelasnya kepada Harakahdaily ketika ditemui sewaktu konvoi Jelajah Negara Berkebajikan berada di Pantai Kundor.
Beliau berkata usaha mendekati pengundi di semua peringkat dilakukan secara agresif dan konsisten sehingga hari ini.
"Kita mengenal pasti setiap permasalahan yang mereka hadapi, dari situ kita cuba menyelesaikanya mengikut apa yang kita janjikan," sambung beliau lagi.
Mohd Nor juga memberitahu pihaknya turut menyediakan khidmat PAS Medik yang bergerak dari rumah ke rumah setiap minggu selain khidmat secara statik.
Beliau berkata, khidmat itu mendapat sambutan yang baik terutama dari kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan