Sabtu, 9 Mac 2013

BAGI PAKATAN MEMERINTAH......TENGOK MACAM MANA...PEMERINTAHAN2 NEGERI MEREKA NAMPAK OK SERTA TELUS...LEBIH2 KELANTAN.....JANGAN DENGAR CERITA2 KARUT YANG TELAH BANYAK BUAT SALAH....TUDING SATU JARI TELUNJUK...TIGA JARI LAGI MENUNJUK DIRI SENDIRI

Wanita ada kuasa tersendiri - Dr Mariah

Hazayani Zakaria, 08 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menghadiahkan mawar merah kepada anggota polis wanita sempena Hari Wanita Sedunia.

Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud menghadiahkan jambangan bunga mawar merah kepada Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Darlina Darno. (Gambar atas)

Dr Mariah juga menghadiahkan sekuntum mawar merah kepada setiap pegawai wanita di situ sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' dan 'Wanita Suara Perubahan'.

Mereka kelihatan gembira menerima bunga mawar tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan DMPP yang hadir.

Dr Mariah yang ditemui selepas itu berkata, DMPP akan sentiasa menjalankan kerjasama yang baik dengan pihak polis khususnya anggota wanita dan berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus tanpa mengira pangkat.

"Muslimat tidak pernah bermusuh dengan pihak polis dan kita hormati anggota polis yang bertugas dengan penuh tanggungjawab dan kami sangat menghargai wanita yang berada dalam pasikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' kepada seluruh wanita di Malaysia, beliau menyeru wanita agar meningkatkan keupayaan diri dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

"Masyarakat tidak boleh menafikan peranan wanita dalam apa jua bidang. Di mana pun wanita berada, golongan ini mempunyai kuasa tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh.

"Dalam proses membuat keputusan penting sekalipun, pandangan wanita amat berguna," katanya.

Sementara itu, Darlina berkata, beliau berasa dihargai apabila DMPP mengambil inisiatif sedemikian.

"Sepanjang lima tahun bertugas di sini, ini kali pertama ada wanita datang hadiahkan bunga dan kami rasa gembira dan dihargai.

"Sempena Hari Wanita ini, pesan saya kepada wanita agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan berwaspada selalu di mana pun anda berada," katanya ramah.

Difahamkan, DMPP seluruh Malaysia mengadakan acara sama di negeri dan daerah masing-masing.

Gambar pertemuan Anwar: Utusan Kantoikan Blogger UMNO.
Posted on Saturday, March 09 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh AnakSgDerhaka

Gambar pertemuan Anwar, bapa Saiful Bukhari jadi teka-teki?.. Utusan Kantoikan Blogger UMNO.

Berikutan dengan tersebarnya berita mengenai Bapa Saiful Bukhari yang mendakwa kes liwat dua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” ( baca di SINI ) maka berlumba-lumbalah pencacai UMNO untuk menimbulkan keraguan akan dakwaan itu..

Mereka menggunakan gambar pertemua Bapa Saiful dan juga Anwar bagi menyokong dakwaan Saiiful kononnya Anwar adalah punca bapanya mengakui tuduhan itu adalah konspirasi semata-mata..



Dan ianya disebar oleh banyak Blog yang menyokong UMNO dan juga FaceBook yang menyokong UMNO.. Kononnya pertemuan itu telah berlaku beberapa bulan yang lalu..

Ini gambarnya..



Dan seperti biasa Lidah Rasmi UMNO menjadikan gambar yang disiarkan oleh macai-macai UMNO itu sebagai bahan berita.. tanpa usul periksa..

Antara laporannya ialah..

KUALA LUMPUR 8 Mac - Beberapa blog hari ini menyiarkan gambar yang memaparkan individu dipercayai bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di suatu tempat dan tarikh yang tidak dijelaskan.

Gambar tersebut yang turut tersebar menerusi laman-laman sosial hari ini didakwa dirakam beberapa bulan dahulu.

Portal Mynewshub berkata, jika benar pertemuan itu berlaku, ia boleh menimbulkan teka-teki memandangkan hari ini Azlan membuat sidang akhbar bagi mendakwa kejadian liwat Anwar dan anaknya itu hanyalah satu konspirasi bagi menjatuhkan reputasi Ketua Pembangkang itu.

Selain portal terbabit, gambar itu turut mendapat perhatian beberapa blog dan portal lain yang antaranya mendakwa pendedahan terbabit adalah untuk mengalihkan perhatian awam terhadap isu yang berlaku di Lahad Datu.

Antara blog yang turut menyiarkan gambar tersebut ialah Angin Laut China Selatan, Novandri dan Kedah ke KL.

Blog-blog tersebut mempertikaikan sekiranya benar kejadian tersebut merupakan satu rekaan, mengapa bukan Mohd. Saiful Bukhari sendiri yang mengeluarkan kenyataan menafikan insiden terbabit.
Seterusnya apa yang dilaporkan Utusan di bawah tajuk 'Gambar pertemuan Anwar, bapa Saiful Bukhari jadi teka-teki' ialah..
Petang tadi, Saiful Bukhari mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih lagi berpegang kepada sumpah yang dibuatnya sebelum ini dan mendakwa bapanya telah dipergunakan oleh bekas majikannya.

Kenyataan penuh Mohd. Saiful Bukhari berhubung kenyataan bapanya boleh dibaca di blog beliau, mohdsaifulbukhari.blogspot.com - UTUSAN ONLINE
Malang bagi Utusan kali ini bilamana jika korang klik pada link tersebut ianya akan membawa korang ke blog Saiful, terpapar jelas diakhir kenyataan Saiful pada sebelah kanan blog miliknya itu sumber gambar yang di mainkan oleh macai-macai UMNO itu..

Tertera juga tarikh rakaman dan ianya bukanlah dirakam beberapa bulan yang lalu.. tetapi telah dirakamkan pada 8/6/2008...



Dibawah ini ialah printscreen Video yang telah dimuatnaik dalam laman YouTube itu.. tengok tarikhnya..



Lihat di SINI

Takkanlah pada 8 June 2008.. Anwar Ibrahim dah berjumpa Bapa Saiful untuk berunding untuk meminta Bapa Saiful membuat satu kenyataan media pada tahun 2013 mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang itu satu konspirasi. Sedangkan Saiful mendakwa diliwat pada 26 June 2008...

Itulah.. bila aku kata macai-macai UMNO semakin bodoh, ramai macai UMNO yang marah.. tapi memang bodohpun mereka itu...

Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com 


  Komitmen majukan Kedah, kejayaan sepenggal Pakatan
Posted on Saturday, March 09 @ 13:15:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Sumber Sinar Harian

Datuk Seri Azizan Abdul Razak.HARI ini genap sepenggal (8 Mac 2008-2013) Kedah ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Dalam tempoh lima tahun, pelbagai pembaharuan dan polisi diperkenal bagi membezakan pentadbiran kerajaan terdahulu dengan PR, bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Setelah lebih 50 tahun Kedah ditadbir Barisan Nasional (BN), tsunami politik 2008 menyaksikan kebangkitan PR di Kedah, dan dalam masa terdekat ini, kuasa rakyat sekali lagi akan menentukan parti mana layak untuk terus terajui Kedah. Wartawan Sinar Harian, Roslinda Hashim berkesempatan berkongsi suka duka sepanjang tempoh peralihan kuasa itu yang disifatkan tarikh keramat di Kedah.

Apa kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada kejayaan pentadbiran sepenggal PR di Kedah?

Kerajaan PR sudah laksana perubahan yang terbaik untuk rakyat Kedah dalam tempoh sepenggal ini. Kita berjaya beri keselesaan kepada rakyat dengan memberi keyakinan bahawa walaupun kita tidak pernah memerintah, tidak timbul kelainan drastik atau negatif. Malah kita mampu mentadbir dengan baik berdasarkan konsep telus selain memperkenalkan polisi yang adil.


Bagaimana penerimaan kakitangan kerajaan berbanding di awal pengambilalihan?

Saya akui antara kunci kejayaan ialah kerjasama daripada kakitangan kerajaan. Saya tidak amalkan diskriminasi atau pinggirkan kakitangan terdahulu, kita hormati tugas mereka sebagai kakitangan kerajaan dan konsep keterbukaan saya disenangi, walaupun ada segelintir yang masih taat kepada kerajaan BN sebelum ini.

Malah saya tidak guna kuasa politik untuk mengongkong mereka, saya bagi kebebasan untuk mengikuti fahaman politik masing-masing. Saya juga tidak guna tenaga mereka untuk kepentingan politik PR, termasuk menekan mana-mana kakitangan yang enggan menyokong PR.

Ini kerana saya hormati dasar demokrasi. Ada sebahagian tidak senang dengan sikap liberal saya ini dan menyebabkan mereka kurang beri kerjasama pada kerajaan PR. Ada pula yang marah bila saya mesra pembangkang (BN), hingga timbul macam-macam spekulasi.

Mungkin sebab sudah lama bergelar wakil rakyat dan ketua pembangkang sebelum ini, menyebabkan saya mudah mesra dengan semua pihak, termasuk kawan dan lawan.


Bagaimana dengan cubaan menggulingkan kerajaan, adakah masih wujud atau ia sekadar wujud di awal pengambilalihan?

Pentadbiran Kedah lancar sehingga kini, walaupun pada peringkat awal, ada beberapa cabaran politik hasil dari permainan kotor politik pihak tertentu yang cuba gulingkan kerajaan PR Kedah. Pelan yang dirancang berlaku di Perak nampaknya tidak menjadi di Kedah kerana cubaan ‘membeli’ Adun Kedah tidak berjaya. Alhamdulillah, kita dapat atasi dan kekal memerintah hingga hampir tamat tempoh.


Apakah antara pencapaian yang dibanggakan sepanjang PR mentadbir?

Selepas PR ambil alih Kedah, kita cuba perkenalkan sistem baru untuk penambahbaikan. Antara diberi tumpuan ialah memulihkan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan melunaskan bebanan hutang kerajaan terdahulu.

Beberapa agensi kerajaan yang dianggap gagal dan tidak cekap sebelum ini dipulihkan. Penyusunan semula GLC dibuat walaupun kita mengalami kekangan kakitangan berpengalaman. Akhirnya GLC yang sakit berjaya bangkit semula dan menyumbang kepada negeri.

Keuntungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) meningkat drastik. Saya juga mengubah mana-mana polisi kurang sesuai, antaranya Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) sebelum ini dikuasai 100 peratus bawah Menteri Besar, selepas saya ambil alih, saya tubuhkan jawatankuasa penasihat untuk beri pandangan kepada Menteri Besar kerana peruntukan banyak.

Dulu terpulang pada Menteri Besar mahu salur ke mana peruntukan itu, tetapi bagi saya, ia perlukan perubahan terutama konsep dan pelaksanaannya.


Difahamkan Datuk Seri amat menitikberatkan sektor pendidikan hingga mahu pastikan pembinaan Kolej Universiti Insaniah tidak akan menemui jalan buntu walau diprotes banyak pihak?

Saya tahu ramai pihak tidak senang hati melihat tersergamnya kampus induk Insaniah Kuala Ketil. Kejayaan ini menjadi tamparan hebat khususnya kepada pemimpin BN kerana saya berjaya bina kampus baru dalam tempoh empat tahun, sedangkan mereka lebih 50 tahun masih menyewa rumah kedai di Mergong.

Kita juga berjaya gilap nama Insaniah di persada antarabangsa, selain kembangkan program pengajian daripada lima kepada 47. Namun saya kecewa kerana ada pihak memboikot majlis perasmian Insaniah Januari lalu, dan ini menunjukkan sikap tidak negarawan kerana apa yang kita buat adalah untuk kebaikan anak Kedah.


Apa pula pembaharuan lain yang diperkenal?

Kita juga tidak lupa untuk manfaat rakyat seperti perkenalkan skim kafalah dan bantuan kewangan kepada pelajar IPTA selain bantuan kepada guru al-Quran dan bidan kampung.

Kita juga adakan program mesra rakyat di setiap daerah untuk jalin hubungan baik antara pemimpin dan rakyat. Kerajaan negeri juga memerangi rasuah dan saya cabar dedahkan mana-mana ahli politik dalam PR dikaitkan dengan rasuah, tindakan tegas akan diambil. Ini bagi memastikan kerajaan bersih kerana pelabur atau ahli perniagaan suka kerajaan bebas rasuah.


Datuk Seri berjaya ubah wajah bandaraya Alor Setar kepada lebih ceria, dan ini antara kejayaan terbesar kerajaan PR?

Ya, kejayaan paling membanggakan saya ialah melenyapkan bangunan terbengkalai lebih 30 tahun, Plaza Tunku Yaakob kini digantikan dengan Aman Central yang giat dibangunkan.

Walaupun pada mulanya projek terbantut gara-gara ada pihak cuba gagalkan usaha mengindahkan bandaraya ini. Prinsip saya mudah sahaja, sesiapa yang mahu bangunkan Kedah, saya alu-alukan dengan syarat ada modal, pengalaman dan kepakaran. Apartmen Aman Suri berdekatan juga dalam proses pembinaan, manakala hotel lima bintang bakal menyusul. Saya bersyukur kerana tuduhan konon PR gagal membuat pembangunan kini boleh ditepis.


Tanggapan Langkawi akan berkubur apabila jatuh ke tangan PR? Apa komen Datuk Seri?

Kita sentiasa jalin kerjasama baik dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Kementerian Pelancongan dan mana-mana agenda yang baik diteruskan. Cuma saya akan pastikan budaya setempat dan tradisi nilai-nilai Islam dikekalkan.

Saya selaku Pengerusi Bersama Lada dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah sering berbincang untuk kebaikan Langkawi. Ketika mula ambil alih Kedah, ada pengusaha hotel dan pelabur prejudis terhadap Pas dan buat anggapan kerajaan PR akan beri kesan negatif kepada pertumbuhan pelancongan Langkawi seperti digembar-gemburkan.

Saya bersyukur tohmahan itu berjaya ditepis, malah kerajaan negeri bawah PKB sedang menyiapkan hotel 14 tingkat di Kuah, yang dijangka beroperasi 2014. Pulau Tuba pula bakal berubah wajah apabila Maahad Tahfiz Sains Darulaman siap kelak.


Apa perancangan untuk meningkatkan ekonomi Kedah?

Antara tumpuan ialah menjadikan Kedah sebagai jelapang makanan, selain jelapang padi. Kita bangunkan projek ladang komoditi (getah dan kelapa sawit) serta ladang sejahtera yang menimbulkan kontroversi konon kita rakus gondol hutan balak.

Saya akan pastikan kedua-dua projek ini jalan serentak kerana ia bagi pulangan besar. Ladang seluas 2,000 hektar di Bukit Tangga ditanam nanas dan betik kini sudah dipasarkan ke luar negara, sebahagian pula ditinkan untuk dieksport. Lagi 1,000 ekar di Genting Charok Bunga, Pedu dibangunkan agro-tourism dan projek ini berjalan lancar.

Kita akan tanam labu manis dan kundur kerana adapermintaan tinggi. Selepas ini Kedah akan jadi pengeluar utama selepas tanaman mempelam mengeluarkan hasil.


Apakah Datuk Seri yakin pembaharuan yang dibuat mendapat sokongan rakyat, seterusnya akan diterjemahkan dalam PRU13 kelak?

Saya yakin kerana perubahan yang dibuat ketara. Malah trend sokongan jelas menunjukkan pada 2008, kita memperoleh sokongan Melayu dan menang. Kini bukan Melayu juga memihak kepada PR kerana mereka yakin dengan pentadbiran kita.

Saya tidak pernah nafi hak mereka atau diskriminasi kaum tertentu. Saya akan terus makmurkan Kedah, baiki kelemahan yang ada, terus buat penambahbaikan
dalam pentadbiran termasuk kembalikan wang rakyat untuk rakyat (bantuan).


Boleh berkongsi ramuan dan kisah politik Datuk Seri?

(Sambil ketawa kecil) Mudah saja.. kita perlu banyak bersabar. Ibarat berumah di tepi pantai, jika takutkan ombak, jangan bina rumah tepi pantai. Saya mula diserang selepas 1999.

Ketika itu macam-macam tohmahan dilemparkan termasuk di peringkat parti, ini bukan budaya Pas lagi, banyak fitnah dikaitkan dengan saya. Saya dipanggil pulang ke Kedah pada 1995 oleh Presiden Pas ketika itu, arwah Fadzil Mohd Noor untuk bantu beliau kukuhkan Pas Kedah.

Ketika itu, keadaan politik sangat teruk dan kucar-kacir, ada satu kerusi sahaja milik Pas ketika itu. Saya ditawar jadi calon Sala (Sungai Limau) ketika itu kita pembangkang, ramai tolak sebab asyik kalah.

Saya setuju dan bersama pasukan baru menstrukturkan semula kepimpinan Pas Kedah untuk bagi tumpuan PRU1999, saya diserang oleh pihak lawan dan kawan. Ketika itu, susah nak cari calon, kena pujuk baru setuju, beza sekarang bila sudah jadi kerajaan, berebut orang nak jadi calon.

Sudah lama bergelumang dalam parti, dah lali apa orang kata. Saya ni ada sikap tersendiri, tidak mudah ikut cakap orang dan jiwa kental.


Datuk Seri antara yang mengukuhkan semula Pas Kedah namun usaha itu seolah-olah tidak dihargai hingga timbul protes baru-baru ini, apa komen?

Strategi politik berbeza, ada masa pandangan ketua tidak diendahkan. Walaupun begitu, ahli ada saluran dalam mesyuarat politik atau perhubungan untuk suarakan pandangan termasuk rasa tidak puas hati.

Mereka boleh guna saluran yang betul, ada kata saya sudah lama sangat dalam parti hingga orang takut nak cakap atau tegur, itu pendekatan tak betul.


Ada yang meramalkan kedudukan Datuk Seri 50-50 selepas PRU13, termasuk jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah?

Saya tidak kisah jika selepas ini tak jadi MB, selagi saya masih diamanahkan sebagai MB atau Pesuruhjaya Pas, saya akan terus pimpin hingga PRU13.

Selepas itu, terpulang Pusat nak cadang siapa sebagai MB. Saya ibarat tentera biasa, bila-bila masa boleh diturunkan pangkat. Ada kata saya sudah lama, patut tukar orang lain, Pusat akan putuskan.


Bermakna Datuk Seri akan pertahan kedudukan walau didesak?

Saya akan guna kuasa sebagai ketua untuk pertahan Pas Kedah, malah saya akan buat tindakan sesuai untuk halang pengkhianat dalam parti terus berleluasa. Musuh dalam selimut akan diawasi untuk elak ia merebak.

Tunggu masa sesuai sebab sekarang tumpuan pada PRU13, kita terpaksa buat, pemimpin yang tidak betul kita turunkan pangkat. Pengkhianat sudah
dikenal pasti, cukup bukti kita fikirkan tindakan sesuai sebab saya bertanggung jawab terhadap parti. Tidak perlu kaitkan masalah kesihatan atau usia saya untuk saya lepaskan jawatan , ia bukan ukuran kepimpinan.

Kepimpinan Pas Kedah lancar tetapi ada pengkhianat dalam parti yang mahu saya berundur.


Adakah ini bermakna akan dibuat rombakan dalam Pas Kedah selepas PRU13?

Tidak semestinya, selepas PRU13 akan ada pemilihan parti pada Jun. Ketika itu mungkin ada cadangan lantik pesuruhjaya baru, takkan kita nak biar berlarutan sedangkan mereka buat karenah dalam parti.


Desakan undur ada kaitan dengan pengkhianat dalam parti?

Saya dipilih Pusat, bukan akar umbi lantik. Gesaan tak beri kesan, mungkin sebahagian ahli protes itu ada kaitan dengan pengkhianat dalam parti untuk gerakan jatuhkan saya.

Saya tahu ada rangkaian dari utara hingga selatan namun ahli parti lebih 200,000 yang bagi sokongan. Saya tak akan buat gerakan balas, saya biarkan. Orang yang khianati parti akan makan diri suatu masa nanti.

Benarkah wujud tangan ghaib dalam Pas Kedah yang mencatur pemilihan calon?

Mereka catur dan saya setuju?. Saya dikenali sebagai pemimpin yang ‘chengei’ (garang). Mereka takut pada saya macam mana nak kawal saya dalam hal ini. Tuduhan itu tak betul.

Harapan Datuk Seri untuk Pas Kedah?

Semua pemimpin perlu pegang dasar perjuangan Islam dan disiplin. Walaupun kita parti gerakan Islam, sebagai parti politik, jangan biarkan politik kawal kita hingga pinggirkan nilai Islam. Dalam al-Quran ada sebut, jangan kamu bertelagah, kamu akan gagal dan kekuatan kamu akan hilang. Jika ada pihak berniat serong mahukan kerusi Exco atau MB, untuk capai matlamat politik, perjuangan itu sudah tersasar dan tidak direstuiALLAH SWT.
 


NGO UMNO yang memalukan MELAYU!
Posted on Saturday, March 09 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,.

Beberapa NGO MELAYU yang pro UMNO dengan nama ISLAM, kelmarin berkumpul di kedutaan Filipina untuk menyerahkan memorandum kepada Filipina bagi menghentikan pencerobohan Sulu di Sabah. Kerja bodoh dan memalukan. Kenapa? sebab bertahun tahun UMNO membuka pintu kepada pencerobohan Sulu tiba tiba Filipina pula nak dipersalahkan.

Lagipun bukankah wilayah Sulu termasuk dalam wilayah otonomi yang kalau difahami oleh orang yang bukan bodoh seperti PEKIDA dan PERKASA pasti tidak akan buat muka tembok untuk turun ke kedutaan Filipina meminta Filipina menghentikan pencerobohan, sebaliknya mereka patut berdemo di depan pejabat perdana menteri Putra Jaya, menyerahkan memorandum kepada PM sebagai ketua kerajaan bertindak segara membetulkan keadaan yang terlalu banyak tidak betul di Lahad Datu dan Samporna. NGO ini kalau cerdik patut meminta penjelasan Najib kenapa mudahnya penceroboh lolos dari pengawasan sempadan. Bukan membuat kerja bodoh di hadapan kerajaan Filipina!

NGO ini ialah NGO melayu yang pro UMNO.tidak syak lagi mengenainya. NGO yang tidak ada haluan, wawasan sebaliknya hanya menjadi pak turut UMNO.Kalau UMNO arah buat kerja bodoh, maka kerja bodohlah yang dibuatnya. Sekalipun kerja itu memalukan seluruh rumpun MELAYU mereka tidak peduli, asalkan kocek mereka penuh.

Kerajaan UMNO sudah menyebabkan 8 + 2 anggota polis terkorban, mereka tak kisah langsung, lembap bertindak, tidak ada arahan yang jelas dan melibatkan mainan nyawa polis yang selama ini setia kepada kerajaan UMNO tidak menjadi soal kepada mereka, sebaliknya arahan diberi kepada mereka untuk berdemo dan menyerahkan memorandum kepada kerajaan Filipina, maka itu yang dibuatnya tanpa menyedari mereka memperbodohkan orang MELAYU di depan kerajaan Filipina. Kebodohan mereka makin menonjol apabila beberapa orang ahlinya ditemuramah oleh TV sambil menuduh Kerajaan Filipina bertanggugjawab ke atas pencerobohan itu dan meminta kerajaan Filipina bertindak menghentikannya.

Mereka tidak sedar kalau kerajaan Filipina respon kepada memorandum itu, ada kemungkinan isu projek IC dan laluan mudah yang diberi oleh kerajaan UMNO 1Malaysia kepada warga Sulu keluar masuk selama ini menjadi punca kenapa pencerobohan itu berlaku dengan mudahnya. Bagaimana kerajaan Filipina boleh menghentikannya sedangkan sudah terlalu ramai warga penyu Sulu berada di Sabah?

Bodoh dan memalukan melayu sahaja!"


 DAP Ikrar Bantu Pakatan Pertahan KT, Rampas DUN Bandar
Posted on Saturday, March 09 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan, walau pun tidak bertanding mana-mana kerusi di negeri Terengganu, parti itu berikrar memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan PAS di Kuala Terengganu dan ‘merampas’ kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar.

Justeru, Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing mengajak pengundi Tionghua khasnya dan rakyat Terengganu umumnya, menolak persepsi bahawa kerusi MCA di DUN Bandar adalah kekal kepada BN.



“Meski pun DAP tidak bertanding walau pun satu kerusi di Terengganu, kita (DAP menyatakan) komitmen untuk kekalkan Parlimen Kuala Terengganu kepada PAS dan kita juga akan tolong Pakatan Rakyat untuk menang dan ‘rampas’ kerusi Dun Bandar dari tangan MCA-Barisan Nasional.

“Persepsi rakyat dan pengundi Tionghua (Cina) perlu diubah bahawa Dun Bandar ini mesti untuk MCA, wakil orang Cina dan kita (DAP) mahu (kerusi) Parlimen dan Dun (Bandar) diberi kepada Pakatan Rakyat,”tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Jentera DAP bagi PRU13 untuk Parlimen Kuala Terengganu di Kampung Tiong, dekat sini, pada Khamis 7 Mac.

Beliau yakin, parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mampu menjaga kebajikan rakyat serta pengundi masyarakat tionghua lebih baik dari MCA.

Katanya, rakyat mempunyai pilihan baru dengan membuat perubahan, memilih calon Pakatan Rakyat sama ada PAS atau PKR di Terengganu selain MCA.

Beliau yang juga koordinator jentera PRU13 DAP Terengganu turut mengumumkan perlantikan Cheong Siow Foon sebagai pengarah pilihan raya DAP Kuala Terengganu.

Beliau berkata, Cheong merupakan anak jati Kampung Tiong yang pernah bertugas sebagai wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina yang juga mantan Timbalan Ketua Pemuda DAP Selangor serta bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Selangor.

Sehubungan itu, ketika diminta mengulas perlantikannya, Cheong (gambar bawah kiri) berkata, parti MCA dan Barisan Nasional tidak perlu lagi memainkan isu perkauman yang sempit seolah-olah Dun Bandar ini untuk orang Cina.

“Saya ingatkan para pengundi (Cina) dan rakyat supaya tidak terpedaya dengan MCA yang main isu perkauman. Jika wakil (calon) Cina (MCA) tidak menang (Dun) Bandar ini, maka tidak ada lagi orang Cina sebagai wakil (Adun).

“Saya cukup yakin dan percaya tanpa MCA, rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR boleh membela nasib semua kaum Melayu, Cina dan India dalam negeri dan negara ini,” tegasnya.

Kata Cheong lagi, mana-mana pihak terdiri dari para dermawan boleh membantu meringankan beban kewangan jawatankuasa pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, DAP Terengganu sebuah parti ‘miskin’ yang memerlukan persiapan rapi bagi jentera PRU13.

“Kita (DAP) akan buat ceramah berkelompok di tempat-tempat ramai pengundi Cina seperti di Dun Bandar, Dun Ladang, Dun Batu Burok dan beberapa Dun yang lain.

“Kita (DAP) perlu bantuan orang ramai untuk penyediaan bilik gerakan operasi, kenderaan Hilux yang boleh dijadikan pentas bergerak dan petugas parti sepenuh masa,” ujarnya.

Sumber: buletinonline.net


  Baling batu: Samseng Umno buat serangan, KEADILAN pula disalahkan
Posted on Saturday, March 09 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Norutul Ilham

basPETALING JAYA 8 MAC: Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye dikecam kerana menyalahkan KEADILAN ekoran kecederaan dua polis ketika menyuraikan serangan samseng Umno di Bukit Katil, Melaka malam tadi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seorang pimpinan parti dimarahi ketika beliau menghubungi Chua bagi merujuk insiden serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.

Menurut Saifuddin, pemimpin berkenaan memberitahunya, Chua menyalahkan penganjur kerana mengadakan ceramah Anwar Ibrahim di kawasan Umno.

Beliau malah melempar kata-kata seperti ‘saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat’.

“Itu adalah kenyataan politik yang sangat bias dan tidak profesional.

“Beliau tidak layak jadi Ketua Polis Melaka. Mana ada dalam Malaysia ditandakan sebagai kawasan Umno. Kita tidak buat ceramah di markas Umno. Beliau menuduh penyokong kita yang mengakibatkan dua polis tercedera,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

y3Kejadian sekitar 10 malam tadi bermula apabila puluhan samseng Umno BN bertindak liar melontar bertalu-talu batu ke arah bas.

Serangan itu mengakibatkan empat cermin bas yang dinaiki Anwar pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

Seorang pengawal keselamatan Anwar turut cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

Susulan kejadian tersebut, Saifuddin akan mengutus surat untuk bertemu Ketua Polis Negara (KPN) bagi membincangkan soal keselamatan terutama berkaitan kempen pilihan raya.

y1“Kita tengok semakin dekat pilihan raya makin banyak keganasan. Memandangkan ini kejadian keenam, saya akan tulis surat kepada KPN untuk bincangkan jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat ketika kempen pilihan raya. Kita bagi masa untuk dia selesaikan isu Lahad Datu dahulu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Machang itu yakin serangan berterusan akan menambah sokongan kepada KEADILAN.

“Serangan samseng seperti ini akan melonjakkan simpati dan sokongan rakyat terhadap KEADILAN.

“Rakyat seluruhnya menolak amalan budaya politik samseng dan ganas Umno BN,” katanya.

Kejadian pertama serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat berlaku di Kota Bharu pada 1 September 2012 apabila cermin depan retak dan disimbah cat merah. Seterusnya pada 8 September, kejadian serangan sama turut berlaku di Jasin Melaka.

Manakala kejadian ketiga dan keempat berlaku di Johor pada 14 September di Tangkak, ketika solat Jumaat, dan di Johor Baharu apabila paku payung ditabur di atas jalan dan dibaling ke arah bas.

Pada 16 Disember pula, bas itu dibaling dengan objek ketika melalui lebuh raya berdekatan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang mengakibatkan cermin penumpang bahagian atas berlubang. – NS

Sumber: keadilandaily.com

Tiada ulasan: