Polis masih cuba bawa keluar anggota yang gugur
Pasukan
keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima
mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian
pada malam semalam di Semporna.Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pertentangan di antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan bersenjata tersebut, dianggarkan kurang dari 10 orang, masih berlarutan di Kampung Sri Jaya Simunul.
Katanya, polis menjalankan usaha untuk membawa keluar mayat berkenaan daripada perkampungan yang terdiri daripada rangkaian rumah di atas air itu.
Bercakap dalam sidang media di Lahad Datu hari ini, beliau berkata operasi tersebut berbahaya jika dilakukan pada waktu malam.
Hamzah ketika diminta menjelaskan berkata, sebahagian daripada mayat berkenaan telah dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.
Ditanya sekiranya penduduk kampung itu juga terkorban, Hamzah berkata beliau tidak dapat memastikan perkara itu.
Tambahnya, polis juga hanya akan dapat memastikan keadaan mayat anggota berkenaan selepas bedah siasat.
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pagi ini berkata lima anggota polis terbunuh akibat serang hendap selepas memasuki kampung berkenaan susulan dakwaan terdapat individu membawa senjata di kampung tersebut.
Hamzah berkata polis sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata tersebut baru tiba atau sudah lama menetap di situ.
Lima anggota kita terkorban di Semporna, kata IGP
Ketua
polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota
polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna,
Sabah.Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.
Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.
Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.
Ismail berkata polis cuba mengenalpasti sama ada kumpulan di Kampung Sri Jaya Simunil mempunyai kaitan dengan kumpulan dalam kejadian di Lahad Datu.
Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis.
IGP: Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah
Ketua
polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan
penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara
pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.
Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.
Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.
BN Taiping lapor polis dakwaan 'sandiwara' Lahad Datu
BN
Taiping hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin parti
pembangkang berhubung kenyataan insiden pencerobohan di Lahad Datu yang
didakwanya sebagai sandiwara dan konspirasi terancang kerajaan BN dan
Umno.Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Taiping di sini pada pukul 10.30 pagi ini oleh wakil BN Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Roland Chia.
Ahmad Shalimin, yang juga Ketua Umno Bahagian Taiping, diiringi oleh kira-kira 100 anggota parti komponen BN semasa membuat laporan itu.
Beliau berkata laporan itu dibuat supaya pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung kenyataan yang disifatkannya sebagai fitnah dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.
Pada Jumaat lepas, Tian Chua telah dilaporkan memberitahu KeadilanDaily, sebuah portal dalam talian, bahawa insiden tembakan di Lahad Datu dipercayai merupakan 'konspirasi terancang kerajaan Umno' untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Di Putatan, Sabah pula Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussein menyelar kenyataan Tian Chua itu dan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.
Beliau menggambarkan pihak pembangkang langsung tidak menghormati dan menghargai jasa pengorbanan anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata itu.
"Inilah kualiti pembangkang. Mereka hanya tahu membangkang walaupun membabitkan soal keselamatan dan keamanan Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Titik Sentuhan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, dekat sini.
Di Johor Bahru, Anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dakwaan Tian Chua merupakan bukti jelas pembangkang memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan negara.
"Di dalam keghairahan mereka untuk meraih undi, pembangkang akan bercakap apa sahaja yang tidak masuk akal. Mereka akan mempergunakan insiden tragik untuk mendapatkan keuntungan politik," katanya kepada pemberita selepas majlis Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) Parlimen Pulai di sini.
Di Kota Tinggi, Johor, anggota exco negeri Asiah Md Ariff berkata dakwaan Tian Chua itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhemah selain mengambil kesempatan untuk meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
- Bernama

JANGAN JADI AJAIB BIN PELIK....HAIRAN BINTI TAKJUB...KESUDAHAN TERBONGKAR JUA...INSYAALLAH
Lahad Datu: Kenapa polis bukan tentera kendali
Harakahdaily, | 03 Mac 2013 |
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, ketelusan pihak kerajaan memberikan penjelasan adalah penting bagi menjaga integriti dan maruah Malaysia.
“Kita harap kerajaan kena telus, kena bertanggungjawab... kerana ini melibatkan masalah integriti dan maruah negara.
“Apa lagi sudah sampai ke tahap ada yang sudah terbunuh dalam kejadian ini. Jadi, tak boleh dianggap sebagai satu perkara yang tidak serius,” jelas beliau.
Tambah beliau, isu tersebut seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh pihak kerajaan apabila melibatkan polis dibarisan hadapan pertahanan negara.
“Pada pandangan kita, isu ini sepatutnya ditangani oleh tentera bukan polis. Kenapa sebaliknya, adakah ada sesuatu yang cuba disembunyi oleh kerajaan. Ini penjelasan yang kita minta," kata beliau.
Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily selepas menyertai program dengan bakal-bakal calon PAS di sebuah hotel dekat sini semalam.
5 lagi polis mati
Insiden di Lahad Datu naik ke fasal yang sangat membimbangkan sekarang apabila lima lagi anggota polis diberitakan terkorban di Semporna.
Bernama melaporkan, seorang pegawai dan empat anggota polis meninggal dalam serangan di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam.
Menurut Bernama, ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar pada sidang media di Lahad Datu pagi ini.
Lahad Datu: Gambar penceroboh bersenjata M16 dibunuh penduduk disebar
http://shalehudin.blogspot.com, | 03 Mac 2013 |
Seorang anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang Laut Semporna. Dilaporkan penduduk kampung penuh berani merampas M16 si penceroboh dan terus membedil menyebabkan penceroboh tersebut terbunuh.
Lihat di sini.
Kantoi: Pemimpin utama Sulu hadir Perhimpunan Agung Umno 2012?
http://omakkau.blogspot.com, | 03 Mac 2013 |
RAKAMAN GAMBAR PEMIMPIN UTAMA SULU HADIR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 SEBAGAI TETAMU AGUNG JEMPUTAN KHAS TERSEBAR LUAS!!!!!!
Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu, Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim.
Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya pemimpin agung Sulu adalah tetamu agung Najib Razak semasa PAU 2012.
SEKARANG APA MACAM.. APA NAK CERITA SEKARANG?
PM: Kejadian di Lahad Datu bukan konspirasi Umno
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk keras kenyataan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menuduh insiden
tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan
Umno".Perdana menteri berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
"Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca.
"Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian. Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia," kata perdana menteri semasa berucap merasmikan program jelajah 'Janji Di Tepati' peringkat negeri Perlis di Kangar hari ini.
Najib yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir pada pelancaran itu Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu.
Perdana menteri berkata manusia yang tiada nilai kemanusiaan dan isi perut sanggup melakukan perbuatan keji apatah lagi berdusta dan mereka tidak boleh diterima sebagai pemimpin.
"Di Sauk dulu pun dikatakan kita. Di Memali pun kami dimomok. Orang mati di Lahad Datu kita tidak boleh main sandiwara," kata perdana menteri sambil menyatakan bahawa tiada orang sanggup menjadi pelakon untuk mati.
"Kita mesti katakan bahawa semua pasukan keselamatan akan dibela kerana mereka menggadai nyawa. Pejuang negara sepatutnya disanjung, bukan dihina dan diperlekeh. Jadi janganlah main politik dalam soal keselamatan," katanya.
Najib berkata beliau dan isteri sebak dan sedih apabila berhadapan dengan balu dan anak-anak kedua-dua polis yang syahid dalam berjuang mempertahankan negara itu.
"Anak-anak polis yang syahid itu akan membesar tanpa ayah.
Sementara itu perdana menteri berkata masanya akan tiba bagi rakyat Malaysia menentukan sebuah kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka dan menjanjikan masa depan lebih cerah.
- Bernama
Utusan: Anwar jumpa Nur Misuari ada kaitan janji
Satu
laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pertemuan di antara
ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pemberontak
bersenjata Filipina, Nur Misuari ada kaitan dengan janji yang ditawarkan
pemimpin Pakatan Rakyat.Laporan yang memetik sumber yang didakwa sebagai "risikan " Angkatan Tentera Malaysia itu mendakwa, pertemuan tersebut dijalankan beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan turut melibatkan pemimpin pembangkang negeri itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
"Memang berlaku pertemuan antara Anwar dengan Nur Misuari dan Jeffrey dengan salah seorang pemimpin Kesultanan Sulu. Ia dipercayai berkait dengan beberapa janji yang ditawarkan pihak pembangkang," kata sumber yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut.
Laporan tersebut turut juga memetik laporan portal berita Filipina, Inquirer News berhubung kenyataan agensi risikan negara itu.
"Malah secara terbuka, agensi perisikan Filipina mengaitkan nama Anwar apabila mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengan ketua pembangkang mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan," laporan Utusan dipetik.
Jeffrey dalam laporan sama pula menafikan bahawa beliau merupakan individu yang dimaksudkan dalam laporan media Filipina itu.
Bagaimanapun beliau mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Raja Muda Kesultanan Sulu pada Julai dan September tahun lalu.
"Itu bukan yang terlibat dalam pencerobohan, yang datang Sabah bulan Julai tahun lalu ialah Raja Muda Sulu. Dia datang untuk menjemput saya hadir ke pertabalan beliau sebagai Sultan Sulu di Pulau Jolo dalam bulan September tetapi saya tidak dapat hadir.
"Dia adalah kawan saya dan menentang pencerobohan," katanya.
Semalam, akhbar itu menyeret Anwar ke kancah isu tersebut dengan menyiarkan laporan sebuah laman blog MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan.
Lahad Datu: Anwar arah kaji saman ke atas media Umno
Harakahdaily, | 03 Mac 2013 |
(Anwar di majlis ceramah malam tadi - foto Malaysiakini)
PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap dua media Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berikutan laporan yang mendakwa beliau terlibat dengan kes Lahad Datu.
Anwar dalam kenyataannya selepas memberikan ceramah dekat sini berkata, beliau tidak ada kaitan dengan kesultanan Sulu sebagaimana yang didakwa.
"Jika saya bertemu pun apa isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Moro Islamic Liberation Front Haji Murad Ebrahim atau (Moro National Liberation Front leader) Nor Misuari?" tanya Anwar selepas memberikan ceramah kepada lebih 2,000 orang di Seberang Jaya.
"Apa yang pentingnya, adakah saya terlibat memberikan arahan agar berlaku kebangkitan di sana atau pencerobohan kepada sempadan kita," kata Anwar sebagaimana dilaporkan wartawan Malaysiakini.
Menurut Anwar, apa yang beliau pernah nyatakan dalam kes ini adalah mempersoalkan kenapa sempadan negara begitu mudah dicerobohi dan mengapa masa yang terlalu lama diambil kerana soal keselamatan tidak boleh dikompromi.
Utusan dalam laporannya memetik kononnya pemimpin politik pembangkang di Malaysia memberikan jaminan untuk memberikan kuasa otonomi kepada Sabah jika menang dalam pilihan raya nanti.
TV3 pula malam tadi memberikan 30 minit masa untuk melaporkan kes Lahad Datu dan 5 minit melaporkan dakwaan Anwar terlibat dalam pencerobohan itu.
TV3 juga mengecam kenyataan Tian Chua kononnya pencerobohan itu adalah sandiwara Umno menjelang pilihan raya.
Anwar nafi kaitan dengan penceroboh Sabah
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan dakwaan
bahawa beliau terlibat dengan kes pencerobohan oleh sekumpulan lelaki
bersenjata yang mengakibatkan 14 orang terbunuh, dua daripadanya anggota
polis pada Jumaat lalu di Lahad Datu, Sabah. Dengan nada kecewa, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua organisasi media milik Umno, Utusan Malaysia dan TV3 atas dakwaan itu.
Ketika ditanya wartawan adakah beliau pernah bertemu dengan mana-mana ahli Kesultanan Sulu sehingga membawa mereka untuk menuntut Sabah atau menceroboh sempadan negara, Anwar menjawab: "Tidak. Tidak."
"Walaupun saya bertemu (mereka), apakah isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro, Al Haj Murad Ebrahim atau Nor Misuari?" katanya selepas berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.
"Apa yang penting ialah, adakah terdapat mana-mana perbincangan atau kebenaran (dari saya) untuk pemberontakan atau pencerobohan di lakukan kepada sempadan kita?
"Malah, saya tidak ada kena mengena (dengan perkara itu). Kenyataan yang hanya saya katakan ialah: bertanya kepada mereka (kerajaan) untuk menjelaskan mengapa sempadan kita longgar, (dan) mengapa mereka mengambil masa yang lama (untuk ambil tindakan) yang mana saya fikir pihak keselamatan Malaysia tidak boleh bertolak ansur," katanya.
Sultan Sulu dakwa tawan 4 rakyat kita
Kesultanan
Sulu mendakwa berjaya menawan sekurang-kurangnya empat orang rakyat
Malaysia susulan satu pertempuran di Sri Jaya Simunil, Semporna petang
semalam.Laporan stesen radion dzBB Filipina menyebut, jurucakap kesultanan itu mendakwa demikian dalam satu sidang media di Taguig City, Manila.
Maklumat lanjut mengenai sidang media tersebut masih belum diperolehi namun ia menunjukkan bahawa Kesultanan Sulu terlibat dalam kejadian pertempuran di Semporna.
Penduduk pukul lelaki bersenjata hingga mati
Puluhan
penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang
dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota
polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, di Semporna.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".
"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.
Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.
Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.
Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.
Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan