Isnin, 4 Mac 2013

AKHIRNYA AKAN TERBONGKAR...TAK USAHLAH...JANGAN LAWAN TAKDIR SERTA KEKUASAAN ALLAH SWT

UTUSAN BERPOLITIK TAPI PENAKUT!
Posted on Monday, March 04 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: Dukunpasir

"

Jika kita dipihak yang benar seperti didakwa kita kena YAKIN DAN BERANI..... Jika kita mahu nilai berita yang kita paparkan itu DIYAKINI DAN BERNILAI........... kita juga perlu berani menghadapi segala kemungkinan.

Malangnya....... mereka cuma berani BUAT BERITA tapi tak berani NAK HADAPI berita yang mereka sendiri buat... itulah maksud penulis apabila melihat Utusan Online YANG TIDAK MEMBENARKAN RAKYAT MEMBERI KOMEN atau ulasan diatas berita yang mereka sampaikan......

Belajarlah menerima kenyataan mahupun kecaman jika berita yang disampaikan itu bakal diterjah secukup rasa oleh rakyat.....contohilah apa yang dibuat oleh Sinar Online, Malaysiakini yang menerima kedua dua belah pihak untuk berkongsi pendapat diatas satu satu berita yang disampaikan.

Sampai bilakah Utusan harus sembunyi dalam mainan politik yang akibatnya utusan bakal diutuskan ke longkang kerana tidak lagi diyakini rakyat akan berita yang dipaparkan.

Isu pencerobohan di Lahad Datu amat menggemparkan rakyat yang rata rata mahupun kedamaian dan keharmonian.....Gemparnya rakyat APABILA RAKYAT TIDAK DIPAPARKAN DENGAN BERITA BERITA YANG SEBENAR.....Gemparnya rakyat apabila rakyat mula mencari cari disekeliling media Online akan berita terkini dan DIYAKINI......

Satu fakta yang telah dan sedang berlaku disebalik isu pencerobohan di Lahad Datu ialah .....Berita berita adanya kaitan Pakatan Pembangkang terutama Anwar Ibrahim dengan penceroboh......SEDANGKAN DIDALAM BERITA YANG SAMA MEREKA BERKATA ISU PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU BUKAN POLITIK DAN tidak boleh DIKAITKAN DENGAN POLITIK.....

Rakyat diberi amaran......JANGAN KAITKAN ISU POLITIK DALAM KES LAHAD DATU....rakyat dimindakan bahawa perjuangan polis dan tentera dilAHAD DATU adalah demi maruah negara.......anggota anggota yang terkorban adalah pejuang negara yang patut kita banggakan.......

Awalnya penulis SETUJU.......Benar!! Tidak ada isu politik dalam hal hal keselamatan NEGARA macam yang diulas oleh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin dan Menteri Undeng Undeng Nazri Aziz............

TAPI............tup tup........!! PENUH DAN RIUH RENDAH dalam media media pro kerajaan TENTANG ADANYA KAITAN ANWAR IBRAHIM DENGAN KUMPULAN PENCEROBOH Sultan Sulu dan pengikutnya........

Habis hilang fokus pada PAHLAWAN NEGARA YANG BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA hingga TERKORBAN..........Tapi yang difokus SEKARANG ialah MENYALAHKAN PEMBANGKANG!!



Bukankah ini berita pelik TAP BENAR......Saksikan gambar gambar dibawah...siapa YANG MENGIKTIRAF Sultan Sulu dan siapa LEBIH RAPAT DENGAN PEMBERONTAK!!

BERITA PENUH DISINI
"


 Kantoi: Pemimpin utama Sulu hadir Perhimpunan Agung Umno 2012?
Posted on Sunday, March 03 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber OmakKau


Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.




Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.

Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim.

Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya pemimpin agung Sulu adalah tetamu agung Najib Razak semasa PAU 2012.

SEKARANG APA MACAM.. APA NAK CERITA SEKARANG?
EDISI KANTOI TERBURAI!!!!!.. RAKAMAN GAMBAR PEMIMPIN UTAMA SULU HADIR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 SEBAGAI TETAMU AGUNG JEMPUTAN KHAS TERSEBAR LUAS!!!!!! 


Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh
Posted on Sunday, March 03 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Sinar Harian

Tan Sri Ismail OmarLAHAD DATU - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan
selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Pada sidang media kira-kira 9 malam tadu di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di
kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa. - Bernama


 Terkini: 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh

 Selagi BN Berkuasa, Selesaikah Masalah Kita?
Posted on Sunday, March 03 @ 22:36:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: AntiKarat

"Tuan –puan pakcik-makcik mungkin masih ada hati nak pangkah BN dalam PRU13. Mungkin ada pula yang bersumpah, selagi ada bintang dan matahari, tobat aku pangkah BN. BN dipandang baik serba-serbi. Kata-kata pemimpin UMNO/BN dianggap benar belaka. Tiada yang tak benar melainkan benar. PAS/Pakatan Rakyat hanya penipu, pemecah-belah, agen Yahudi  dan gila kuasa. Tak apalah tuan-puan dan pakcik-makcik semua. Kita faham. Tarbiyah oleh Utusan malaysia dan RTM/TV3 sudah tuan-puan sekalian hadam.

Tapi tuan-puan pakcik-makcik kena ingat, selagi UMNO/BN perintah ini negeri dan negara, bila akan selesai masalah-masalah yang kita semua hadapi hari ini.

1.       Seks bebas anak-anak di belakang kita. Relakah Tuan-puan, pakcik-makcik asalkan BN menang?
2.       Buang anak luar nikah. Tuan-puan, pakcik-makcik rasa itu perbuatan teramat zalim. Tapi kalian masih pilih BN yang ternyata mengabaikan pembangunan rohani rakyat?
3.       Anak terlibat dengan dadah.  Mustahil kalian tak terkesan dengan masalah keluarga dan soasial  ini. Tak terfikirkah kalian mengapa kerajaan BN gagal mengatasinya walaupun sudah berpuluh tahun mengatakan dadah itu najis?
4.       Anak Melayu meneguk arak. Dulu di kota, kini di desa pun sudah berlonggok botol dan tin arak di kawasan kampung Melayu. Apakah apabila botol arak masuk ke dalam rumah masing-masing, baru kita hendak meratapi gelagat anak-anak muda kita?
5.       Rasuah dalam pemberian tender, projek sehingga bangunan itu runtuh jalan ini rosak tak sampai sebulan.  Anak siapa mati kerana motosikal jatuh masuk lubang, dihempap besi runtuhan bangunan?
6.       Pemimpin atasan membukit kekayaan berderet kereta mewah sedangkan rakyat di kampung rumah nak roboh masih berhiaskan bendera dacing. Baiknya hati kalian, tak peduli pemimpin melonggokkan harta haram bersama  kroni, asalkan BN perintah ini negeri?
7.       Bulan ini kita kena saman, bulan depan  anak kena saman.  Belum sempat bayar saman, menanti pula bil air dan eletrik yang belum tentu tak naik lagi selepas BN menang.
8.       Di bandar, duit gaji untuk tol sahaja dah RM300.00 sebulan.  Tak sedarkah ini kerja makan kedarah ciptaan Barisan?
9.       Harga barang dan minyak petrol naik tak turun-turun. Ingatkah pada PRU12 2008, dua  bulan selepas BN menang, kerajaan umum harga petrol dan diesel naik mencancang? Boleh dipercayakah helah Barisan?
10.   Pendatang asing terus bertambah. Ramai pula yang berkongsi warganegara dengan IC segera. Kita dapat BR1M, bantuan persekolah, kemudahan hospital atau rumah PPRT, warga baru 1Malaysia  ini pun dah mula dapat juga. Patutkah rakyat jati berkongsi harta negara dengan pemilik baru IC?
Tuan-puan, pakcik-makcik, pangkahlah UMNO/BN kalau dah puas cari kebenaran. Tetapi selesaikah segala masalah hidup rakyat? Akhirkata, mampukah UMNO/BN dan pemimpin kalian bawa kesejahteraan hidup di akhirat?

 Kita hanya serius jika kecurian berlaku di Istana Menteri UMNO !
Posted on Sunday, March 03 @ 21:33:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"
Tanpa dijangka, krisis Lahad Datu semakin memburuk. Setakat ini tujuh anggota polis kita telah terbunuh.

Awalnya, kita diberi optimis oleh  PMNajib, Menteri KDN dan IGP Ismail Omar bahawa krisis ini akan ditangani dengan baik tanpa pertumpahan darah.

Setelah dipersoalkan tahap keselamatan perairan negara bagaimana berlaku pencerobohan, kini persoalan setelah kehilangan dua nyawal pada awalnya, mengapa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengambil alih sepenuhnya krisis ini?

Sepatutnya setelah kita kehilangan dua nyawa polis, pasukan PDRM hendaklah diundurkan untuk laluan ATM sepenuhnya. Mengapa kita masih "berdegil dan berkeras" untuk pertaruhkan nyawa anggota polis kita.

Adakah kita menganggap penceroboh itu sekadar berparang dan berkeris telanjang? Jika rekod PDRM menangani isu banduan yang terlepas di Pulau Pinang (masih ada dua lagi yang bebas), seharusnya krisis LD dari awal lagi dikerah sepenuhnya satu Batalion ATM menghadapi Tentera Sulu.

Kita seolah-olah memandang ringan isu ini. Barangkali kita asyik sibuk buat Jelajah Kempen PRU ! Nyawa anggota keselamatan dipertaruhkan.

Kita masih kebingungan untuk menentukan tindak aksi kita menghadapi pencerobohan luar. Kita masih tidak dapat bezakan antara pencerobohan PATI dengan pencerobohan tentera luar.
Kita masih ragu-ragu menentukan tugas sebenar PDRM dengan ATM.
KIta masih "buta sejarah" untuk mengetahui perangai kaum -kaum yang mendiami Kepuluan Sulu dan Mindanao. Jika sesama merekapun saling berperang apatah lagi dengan negara luar.

Kita hanya serius jika kecurian berlaku di Istana-Istana Menteri !

Nyawa polis kita bukan murahan."

 5 anggota PDRM terbunuh, 2 penceroboh maut.
Posted on Sunday, March 03 @ 15:09:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: mohdnoorawang

"

Berita terkini dalam akhbar arus perdana melaporkan 5 anggota PDRM terbunuh dan 2 pencerobih terbunuh dalam serangan hendap di Semporna Sabah.
Menjadi tanda tanya mengapa pehak keselamatan kerajaan Malaysia mengambil tindakkan yang amat perlahan terhadap penceroboh dari Filipina/tentera sulu. Jangan membiarkan nyawa anggota keselamatan/PDRM  dibunuh dengan senang oleh penceroboh.
Macam ada sesuatu drama atau perkara yang mahu ditonjolkan dalam isu penceroboh rakyat Filipina/tebtera sulu semporna  atau Lahad datu sbah. Jnagan mengadai nyawa PDRM hanya untuk membina isu dan mereka isu demi mempertahankan BN/UMNO Sabah menjelang PRU13.
Sepatutnya KPN dan Hisyahmudin menteri dalam negeri srah sahaja kepada angkatan tentera Malaysia (ATM) untuk menyelesaikan isu tersebut agar tidak berpenjangan dan lagi banyak nya PDRM yang tidak berdosa terbunuh dalam serang hendap atau operasi tersebut.
Najib Razak seharus bertindak denganpantas jangan membiarkan anggota PDRM bertambah bilangan baharulah hendak bertindak secara ketenteraaan. Jika peristiwa Memali pehak PDRM atau pehak keselamatan Malaysia terus menyerang membabi buta terhadap penduduk Memali selepasa memberi amaran.
Mengap pula PDRM tidak bertindak seperti menyerang hendap penduduk Memali yang tidak berdosa ?. Jelas Najib Razak dan BN/UMNO Sabah dan menjadikan isu pencerobohan di Semporna dan Lahad Datu  sebagai penyambung hayat atau talian hayat atau modal PRU13 sebagai isu menghemtam pakatan rakyat .
Najib Razak dan pemimpin UMNO/BN pusat serta BN/UMNO Sabah cuba mengaitkan isu pencerobohan tentera sulu di Sabah dengan parti pakatan rakyat terutama PKR dan DAP. Ini kerja bodoh dari kerajaan BN/UMNO. Jangan membiarkan anggota PDRM terbunuh dalam situasi yang boleh menjerat BN/UMNO. 
Pendapat kami tindakkan Najib Razak mengheret isu pencerobohan tentera sulu/Filipina Di Lahad Datu dan Semporna dan begitu juga pemimpin BN Sabah dikaitkan dengan parti pakatan rakyat adalh satu kerja bodoh dan tolol.
Serah sahaja kepada ATM dan selesai dengan kekutan ktumbukan tenytera Malaysia yang terlatih, jangan jadikan modal politik murahan dengan tujuan untuk mendapat simpati pengundi  di Sabah.
Dari kaca mata dan risikan politik Sabah  bakal menjadi penentu berkuasanya semula kerajaan BN/UMNO PRU13. Dengan adanya isu "tentera Sulu" menceroboh Lahad Datu dan Semporna BN/UMNO Sabah dan Kuala Lumpur boleh menjadi isu dan propaganda disebalik isu yang berlaku sekarang.
Serah sahaja kepada ATM dan tamatkan pencerobohan oleh tentera sulu yang mumgkin direka dan dicipta oleh BN/UMNO Sabahdan didalangi oleh Najib razak untuk mendapat simpati pebgundi dan menuduh pakatan rakyat terlibat  dalam isu tersebut.

Senjata Umno makan tuan...
Posted on Sunday, March 03 @ 13:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: paklongdin

"

Salam semua...Ni la akibatnya bila dibiaq pemimpin tamak yang hanya jaga kepentingan tembolok sendiri untuk teruih kekai berkosa tanpa pikiaq panjang. Jenih ada akai tak reti pakai...

Tak dak kerja pi cari kerja...
Bila ada kerja mula nak ternganga...
Bagi IC nak kekai berkosa...
La dah kalut, rakyat jadi mangsa...

Bagi lagi IC kat orang luaq...
Depa dah mula gagau kot dalam seluaq...
Buat la apa pun depa tak mau keluaq...
Kacau-kacau jadi lagi hingaq...

Apa makna gamaknya kata-kata yang mai dari Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) neh...
“Saya khuatir akan berlaku perang sivil di Sabah kerana ada ribuan etnik Bangsamoro yang menetap di Sabah, kata Ketua Politik Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Haji Gapul Hajirul di petik Philippine Star semalam.
Bagi lagi IC kat depa, kan dah makan tuan...!!!

Pak Long mintak sangat-sangat, pemimpin yang ada dan pihak berwajib dapat cepat buat penjelasan yang sebenaq. Depa tak boleh sembunyi apa yang depa tau, ni bukan zaman Tok Nadoq... Orang tak tau yang sebenaq dari hangpa, depa dapat dari orang lain, lagi kalut...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/ 
"




“Cu, Duduk Sebentar Atuk Terangkan…”
Posted on Sunday, March 03 @ 14:40:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: al-bahanj

"

Saya terjumpa poster ini di Facebook.  Niat pembuat poster ini mungkin baik, tetapi sayang caranya tidak kena gaya.

Kesian saya tengok si atuk ini yang dibayangkan terkebil-kebil untuk menjawab pertanyaan cucunya.  Mungkin situasi ini terjadi kerana si atuk tersebut tidak mempunyai kefahaman yang baik terhadap aqidahnya lantaran daripada sistem pendidikan yang beliau lalui selama ini.

Mungkin saya boleh bantu memberikan contoh jawapan yang boleh dijawab olehnya bagi menangani soalan tersebut, seterusnya membantu menjelaskan kekeliruan cucu kesayangannya itu.
Cadangan dialog:
–>  Dialog berikut bersambung dari gambar di atas:
Atuk:  “Err… cu, duduk sebentar atuk terangkan…”
Cucu:  “Baik atuk.”
Atuk:  “Begini, cucu kenal kan siapa Tuhan kita?”
Cucu:  “Ya, saya kenal atuk.  ALLAH lah Tuhan kita.”
Atuk:  “Bagus.  Ya, ALLAH lah Tuhan kita.  DIA lah Tuhan semesta alam.  Tuhan segala makhluq.  Tiada Tuhan selain DIA.  DIA satu-satunya Tuhan.  Tiada yang lain selain DIA.”
Cucu:  “…”
Atuk:  “Apa yang cucu nampak tu adalah kerana orang-orang Kristian juga mengaku bahawa ALLAH lah Tuhan mereka.  Bukan sahaja orang Kristian, bahkan orang Hindu, Buddha, Yahudi dan macam-macam lagi, semuanya sepatutnya mengaku bahawa ALLAH lah tuhan mereka.”
Cucu:  “Habis tu kita orang-orang Islam ni takde bezalah dengan agama lain?”
Atuk:  “Ada bezanya, cu…”
Cucu:  “Apa bezanya, atuk?”
Atuk:  “Bezanya ialah Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diiktiraf oleh ALLAH.  Sedangkan agama-agama lain semuanya tidak diiktiraf.”
Cucu:  “Maknanya diorang salah lah…”
Atuk:  “Ya, diorang salah.  Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain, semuanya salah.  Diorang kata ALLAH ada anak lah.  Ada yang menyekutukan ALLAH dengan cara menyembah sama patung-patung yang diorang cipta sendiri kononnya sebagai perantaraan dan macam-macam lagi.”
Cucu:  “Ooo…begitu.”
Atuk:  “Sedangkan ALLAH adalah Tuhan Yang Tunggal, DIA Tuhan Yang Esa.  Tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Cu ingat tak inti kandungan surah Al-Ikhlas?”
Cucu:  “Ingat!”
Si atuk lalu membacakan surah Al-Ikhlas beserta dengan maknanya sekali.
al-ikhlas

Atuk:  “Itulah biodata ALLAH yang sebenar secara ringkas.”
Cucu:  “Oooo… habis tu kita nak biarkan aje ke diorang macam tu, atuk?”
Atuk:  “Sebaik-baiknya kalau cucu ada keupayaan, cucu hampirilah mereka, terangkan kepada mereka siapakah ALLAH yang sebenarnya.  Kesian kat diorang tu tau.  Mereka mahu mengaku ALLAH sebagai Tuhan, tapi mereka tersalah maklumat.  Kalau tiada siapa yang ambil peranan terangkan kepada mereka, nanti jadi dulu-kini dan selamanyalah diorang akan tersesat.”
Cucu:  “Terima kasih atuk.  In shaa’ ALLAH, walaupun saya masih kecil, saya akan cuba sampaikan yang benar kepada mereka.  Minggu depan saya nak terangkan pada kawan saya, Jason dan Jeremy kat sekolah tentang siapakah ALLAH yang sebenarnya supaya mereka tahu dan jelas.”
Atuk:  “Bagus…bagus…!”
Cucu:  “Terima kasih atuk.  Lega rasanya.  Saya tak keliru lagi.  Jelas dah…”
Atuk:  “Eh, sebelum tu, ni atuk ada risalah untuk cucu baca supaya cucu jelas dengan apa yang telah atuk terangkan tadi.  Hah, ni dia, bacalah yek…”
Si atuk lalu memberikan kepada cucunya risalah yang dicetaknya daripada internet yang beliau muat turun dari sini:
Cucu:  “Wow, terima kasih atuk.  Sayang atuk.  Sayang ALLAH!”
Atuk:  “Semoga ALLAH pelihara cucu atuk ni dengan hidayah dan taufiqNYA dan menjadikan cucu atuk ni sebagai pendakwah yang baik di sisi ALLAH, amin…”
Itulah perbualan antara atuk dan cucunya.  Iman mereka segar pada petang tersebut kerana berbincang siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.
Alhamdulillah, bukan sahaja si cucu itu semakin jelas dengan kedudukan yang sebenar, bahkan pula menaikkan semangat si cucu itu untuk memberikan penjelasan kepada rakan-rakannya yang beragama Kristian dan lain-lain agama.  Hasilnya, si cucu teguh dengan kefahamannya mengenai siapakah ALLAH dan mudah-mudahan penganut agama lain mendapat manfaat mengenali ALLAH yang sebenar hasil daripada penerangan si cucu tersebut.
ALLAH lah yang memberikan hidayah dan taufiq kepada siapa yang DIA kehendaki.  Kita berusahalah untuk mendapatkannya.  Semoga bermanfaat.  :)






 PSY : Bertindak Mengikut Pungutan Suara Majoriti ?
Posted on Sunday, March 03 @ 21:32:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: fairuzhafeez

"
Kita lupakan “Yes” x 4 dan “No” x 4 pada saat Najib melontarkan “pungutan suara” di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang (merupakan PM Malaysia pada ketika artikel ini mula disiarkan). Semua dah tahu pasal itu. (Link video, sila amati intonasi/nada suara Najib pada 0:50, benarkan Najib mendengar jawapan “No” itu berulangkali ?)


Ada satu perkara yang ramai terlepas fikir. Sebenarnya Psy bagaikan seorang genius apabila bertanya secara kiasan tentang kecenderungan politik audien persembahanya di sambutan Tahun Baru Cina, Pulau Pinang baru-baru ini. Bila masa pula Psy bertanya tentang itu dan adakah kerana itu Psy menolak untuk menggaul Yee Sang ?
Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa lagu Oppa Gangnam Style itu dikatakan oleh sesetengah pihak adalah sindiran kepada rakusnya masyarakat Korea Selatan kepada hidup yang bermewah-mewahan. Psy juga pernah menyanyikan lirik anti-Amerika sebagai bantahan secara seni kepada Amerika. Boleh rujuk pautan ini.
Berbalik kepada soalan secara kiasan pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Pulau Pinang, berikut lebih kurang dialog antara Psy dan penonton sejurus menyanyikan lagu Oppa Gangnam Style :
Nota : Pengacara yang bersuara kuat itu juga mengajukan “Anda sudah bersedia ?” selepas ucapan Najib
Psy : Anda sudah bersedia ? (Macam pernah ku dengar je)
Penonton : Yess …
Psy : Anda sudah bersedia ? (Sekali lagi soalan diulang)
Penonton : Yess …
Psy : Okey, jadi ini adalah sebelah kiri dan ini sebelah kanan. Mana pihak yang lebih kuat sorakannya, saya akan “pergi” ke arah itu.
Psy : Sebelah kanan…
Anda Sudah bersedia ?
Penonton sebelah kanan : Yesssss … !
Psy : Tak cukup kuat.
Psy : Sebelah kiri…
Anda Sudah bersedia ?
Penonton sebelah kiri : YESSSSSSS … !!
Saya berpendapat Psy menggunakan kaedah tersirat. Pada tafsiran saya, kanan ialah merujuk pada BN dan kiri ialah PR. Entahlah, mungkin kebetulan, soalan kedua mesti dijawab lebih kuat. Tapi saya yakin semangat “Anti BN” lebih menguasai dari semangat “I love PM” di kalangan audien.
Timbul persoalan pada diri saya, adakah pengacara itu memang sengaja ingin membuatkan PM malu buat kali kedua selepas insiden “No” atau memang pengacara itu lemah dalam memahami teknikal seorang pengacara dan prosedur untuk penyanyi kelas antarabangsa.
Sebagai tambahan, pengacara tidak perlu terjerit-jerit untuk mendapatkan perhatian dan tidak perlu mengulang soalan berikut :
Adakah anda sudah bersedia ?
Adakah anda sudah bersedia untuk 1Malaysia ?
Adakah anda sudah bersedia untuk BN ?
Adakah anda sudah bersedia untuk BN ?
Apa yang saya perhatikan penonton pun malas untuk melaungkan “We want Psy” sebagaimana yang dipinta oleh pengacara (seolah-olah protes secara diam)
Pada saya, Psy mungkin menolak pelawaan menggaul Yee Sang kerana Psy hanya dibayar untuk menyanyi sebuah lagu dan perkara-perkara lain tidak termaktub dalam penjanjian atau mungkin Psy bertindak bijak (selepas menerima banyak komen diFaceBook yang meminta Psy tidak datang ke Pulau Pinang) mengikut keputusan “pungutan suara” di majlis tersebut !
Seruan Ikhlas :
Bukan Melayu saya congak 75% menyokong PR, bermakna DAP menang besar. Sokongan Melayu pula masih yoyo 50 – 50 antara BN dan PR.
Jadilah Melayu yang bijak dengan menyokong secara total calon Melayu PR (baca : Islam). Jika masih menyokong UMNO maka kurang berbisalah ungkapan “PAS ganti UMNO” atau PAS sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Fikir-fikirlah mendalam sebelum kita ketinggalan dalam perjuangan yang satu-satunya peluang keemasan.
“Jangan seperti Melayu bertopi meneguk kopi di bawah kanopi tapi bermimpi akan kecapi nikmat tak bertepi cakap berapi-api tapi diri berfikir sipi-sipi !”

 Rumah Undang Rembau dijadikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat
Posted on Sunday, March 03 @ 12:28:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"
Rembau 2 Mac 2013 – Jentera Pakatan Rakyat di DUN Kota dalam Parlimen Rembau hari ini mendapat suntikan semangat baru apabila buat pertama kalinya dalam sejarah Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Legong Ulu beroperasi di rumah peninggalan Almarhum Undang Rembau yang ke 19.


 
Majlis perasmian Bilik Gerakan UPU Legong Ulu telah disempurnakan oleh Abang Yusuf Tapar yang merupakan Pengarah 1 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau Sdr Rozmal Malakan, Al Fadhil Ustaz Mustafa Dolah selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan, Tn Hj Ghazali Md Som selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Seremban yang juga merupakan Penyelaras PAS DUN Kota, Sdr Izamri Med selaku Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota dan beberapa wakil pimpinan PKR pusat serta pimpinan PAS dan PKR setempat.
Buat pertama kali juga jentera pilihanraya di DUN Kota bergerak melalui Pakatan Rakyat dengan gabungan mantap antara jentera PAS dan PKR.
Menurut Abang Yusuf Tapar yang juga merupakan Pemangku Cabang PKR Rembau, selepas ini perjumpaan Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau akan mengadakan pertemuan di DUN Chembong, DUN Paroi dan DUN Rantau untuk memastikan jentera pilihanraya di semua DUN dalam Parlimen Rembau mempunyai gandingan yang mantap antara semua peringkat kaum dan umur untuk memastikan kemenangan berpihak kepada hasrat penduduk di Parlimen Rembau.
Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila salurkan ke :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526
Kepada mereka yang ingin menjadi sukarelawan pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Sdr Izamri bin Med 013-2124086 atau Tn Hj Roni 012-2268230
Gambar sekitar majlis perasmian Bilik Gerakan UPU Legong Ulu di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/03/rumah-undang-rembau-dijadikan-bilik.html
"

Tiada ulasan: