Rabu, 5 Februari 2014

TUA...SAKIT ITU LUMRAH....MATI ITU PASTI....ITU PUN JIKA SEMPAT TUA....MORALNYA JANGAN BERLAGAK SOMBONG

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Beliau ketika ditemui berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan pemberhentian disebabkan mereka tidak melanjutkan kontrak kakitangan terbabit.

Abdul Khalid berkata menerusi nota yang diberikan kepadanya, pihak pengurusan PHSB memaklumkan tindakan itu adalah sebagai langkah untuk menentukan jumlah pekerja yang sesuai dalam organisasi berkenaan memandangkan pekerja yang diberhentikan itu adalah pekerja kontrak.

"Itu adalah keputusan pengurusan PHSB dan saya percaya pasti ada sebabnya malah pada saya konsep dipecat boleh jadi tiada tetapi konsep tidak diteruskan pelantikan boleh jadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di sini Selasa malam. - Bernama
30 kakitangan PHSB dipecat tanpa sebab munasabah
Masyarakat sivil dan pertubuhan perdagangan di Malaysia dan seluruh dunia telah menyuarakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di mana Malaysia sedang berunding dengan 11 negara lain di kawasan Asia Pasifik.

Khususnya, beberapa kebimbangan yang disuarakan yang tidak ditangani dengan secukupnya oleh pegawai dan pemimpin kerajaan Malaysia, selain jaminan berulangkali namun belum begitu meyakinkan, bahawa kerajaan tidak akan bersetuju kepada peruntukan yang bertentangan dengan kepentingan negara.

Satu artikel dalam Le Monde Diplomatique bertajuk “The corporation invasion: Government by big business goes supranational” bertarikh 2 Disember 2013 oleh Lori Wallach, Pengarah Perdagangan Global Public Citizen, sebuah kumpulan advokasi yang berpengaruh di Amerika Syarikat, perlu diberi perhatian serius.

Sementara Wallach menulis mengenai Perkongsian Pelaburan dan Perdagangan Trans Atlantik (TTIP) yang sedang dirundingkan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, beliau membuat rujukan kepada TPPA, dan banyak daripada perdebatan yang dibuat olehnya dalam artikel itu mengenai TTIP adalah sama dengan kebimbangan yang telah ditimbulkan oleh Public Citizen, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan banyak kumpulan lain di dalam dan di luar Malaysia.

Contohnya, dalam bidang peraturan sektor kewangan, jelas terdapat kepentingan pihak yang amat berkuasa di belakang desakan semasa untuk menghapuskan semua perlindungan berhubung pelaburan berisiko tinggi dan kawalan ke atas jumlah, keadaan atau asal produk kewangan di pasaran. Keadaan ini muncul lima tahun selepas krisis ekonomi dan kewangan global yang berlaku di Amerika Syarikat melanda negara kita dan menyebabkan kesukaran dan penderitaan beribu rakyat Malaysia.

Wallach berpendapat, kepentingan perbankan peribadi sebenarnya mahukan perkataan “peraturan” dikeluarkan daripada kamus. 

Sama seperti kumpulan pelobi Eropah seperti Persatuan Bank Jerman dan Insurans Eropah yang menekan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) supaya menentang usaha mengekal atau mengembangkan reformasi Wall Street yang berlaku sejak krisis kewangan 2008, telah diketahui bahawa Amerika Syarikat memberi tekanan ke atas Bank Negara Malaysia dan bank pusat negara lain yang sedang merundingkan TPPA untuk memastikan kebebasan dari belenggu pergerakan modal.

Kita mestilah tidak terlepas pandang kepada hakikat bahawa kawalan modal Malaysia amat kritikal untuk mencegah negara dari mengalami kesan buruk krisis kewangan 1997 serta 2008 yang telah membawa negara lain seperti Indonesia dan Thailand melutut. Adalah amat penting bagi kerajaan mengekalkan ruang peraturan dan dasar untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kewangan terutama sekali memandangkan ketidakstabilan ekonomi dan kewangan mempunyai kesan limpahan ke atas bidang bukan kewangan dan sosio-ekonomi kehidupan rakyat Malaysia. Adalah tidak dapat dibayangkan kestabilan seperti itu boleh dikekalkan, manakala di satu pihak deregulasi lebih besar aliran masuk modal dan pengaliran keluar berlaku.

Tetapi kawalan modal bukanlah satu-satunya perkara yang pelabur swasta ingin musnahkan dalam ekonomi dunia untuk memudahkan pengaliran modal mereka tanpa mengambilkira kepentingan awam dan kebajikan negara di mana mereka beroperasi. Pada hakikatnya, Wallach menunjukkan bagaimana negara-negara dipaksa melalui TTIP dan TTPA untuk memastikan di satu pihak keakuran yang meluas terhadap undang-undang mereka, peraturan dan prosedur pentadbiran terhadap perjanjian antarabangsa ini, sebaliknya perlu bersetuju terhadap peruntukan yang membenarkan tindakan hukuman terhadap negara ini jika syarat perjanjian dicabuli oleh dasar yang dilihat sebagai memberi kesan ke atas keuntungan pelabur asing:

“Pihak berkuasa, Persekutuan, Negeri dan Tempatan akan berkewajipan untuk meneliti semula dasar mereka dari atas ke bawah untuk memuaskan kehendak sektor swasta dalam sektor-sektor yang mana mereka masih belum mengawal sepenuhnya. Keselamatan makanan, standard bahan kimia dan toksik, harga ubatan dan penjagaan kesihatan, kebebasan Internet dan privasi pengguna, “perkhidmatan” budaya dan tenaga, paten dan hak cipta, sumber asli, lesen profesional, kemudahan awam, imigresen, pemerolehan kerajaan: tidak ada satu ruang kepentingan awam yang tidak akan tertakluk kepada perdagangan bebas institusi.”

Oleh itu, kesihatan, kewangan, alam sekitar dan dasar-dasar kepentingan awam lain yang difikirkan akan menghakis kepentingan pelabur asing boleh menyebabkan kerajaan didakwa di luar bidang kehakiman antarabangsa yang merupakan tribunal timbang tara yang terdiri daripada peguam perniagaan yang tidak bertanggungjawab kepada sebarang elektorat malah berkuasa untuk memutuskan perkara berhubung kepentingan dan undang-undang awam. Wallach menunjukkan bahawa ramai daripada peguam ini bersilih ganti antara berkhidmat sebagai hakim dalam tribunal ini dan membawa kes untuk pelanggan korporat menentang kerajaan. Kelab peguam pelaburan antarabangsa amat kecil: 15 orang daripada mereka mengendalikan 55% daripada semua kes yang diteliti sehingga ke tarikh ini. Tiada mekanisma rayuan bagi keputusan mereka.

Syarikat mampu untuk menuntut pampasan daripada negara yang mana kesihatan, kewangan, alam sekitar dan dasar kepentingan awam lain didapati boleh menghakis kepentingan mereka, dan mendakwa kerajaan di hadapan tribunal. Tribunal ini berada di bawah peraturan Bank Dunia dan PBB mempunyai kuasa untuk mengarahkan pembayar cukai membayar pampasan yang besar ke atas peraturan yang dilihat menghakis “jangkaan keuntungan masa depan” dan ‘hak’ lain syarikat.
Hak ini secara kebetulan merujuk kepada hak pelabur (tetapi bukan tanggungjawab mereka) yang diinterpretasikan dalam syarat yang meluas oleh tribunal timbang tara yang dirujuk di atas dan jarang memberikan kepentingan kepada orang awam. Seperti yang dikatakan oleh Wallach ia termasuklah:
•“Hak” kepada rangka kerja peraturan yang akur kepada “jangkaan” perbadanan: kerajaan mestilah tidak membuat sebarang perubahan kepada dasar peraturan sebaik sahaja pelaburan dibuat;
• “Hak” kepada pampasan bagi “ekspropriasi tidak langsung”: kerajaan perlu membayar meskipun dasar peraturan sama yang dikenakan kepada firma asing dan domestik menghilangkan nilai (termasuk nilai masa depan) pelaburan;
•Hak pelabur untuk memiliki lebih banyak tanah, sumber, kemudahan dan kilang.

Dalam melaksanakan hak ini, pihak syarikat telah melancarkan tindakan undang-undang terhadap, antara banyak kesnya ialah:             
•peningkatan gaji minimum (di Mesir)
•dasar pelepasan anti-toksik (di Peru)
•undang-undang anti merokok (di Uruguay dan Australia)
•standard paten yang membantu untuk memastikan akses kepada ubatan yang lebih mampu (di Kanada)
•peraturan tenaga, termasuk menghapuskan tenaga nuklear (di Jerman).

Tidak terdapat had kepada jumlah wang yang tribunal timbang tara boleh mengarahkan kerajaan seperti kerajaan Malaysia supaya membayar kepada syarikat asing jika mereka gagal dalam kes itu. Pada tahun lepas, Ecuador diperintahkan supaya membayar kepada syarikat minyak lebih US$2 bilion. Kerajaan sering memilih untuk menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah disebabkan bayaran perundangan dan kos yang tinggi dalam timbang tara antarabangsa – pada purata kira-kira US$8 juta bagi setiap kes. Pada masa ini apabila rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk perkhidmatan dan barangan keperluan, bagaimana kerajaan akan membayar berjuta dolar dalam bentuk pampasan hanya kerana bertindak atas kepentingan awam?

Berdasarkan kepada perkembangan di atas, tiada satu pun sebenarnya isu yang baharu. Contohnya Perjanjian Pelaburan Pelbagai Hala (Multilateral Agreement on Investment - MAI) yang dirundingkan antara 1995 dan 1997. Malaysia ketika itu di bawah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menentang rundingan yang dicadangkan atas beberapa sebab seperti yang tertera di atas terutama sekali syarikat asing diberikan kuasa untuk menyaman kerajaan secara langsung bagi pampasan secara tunai terhadap kehilangan pendapatan disebabkan oleh tindakan kerajaan.

Sebagai tambahan kepada arkitektur hak pelabur yang berat sebelah vis-a-vis tanggungjawab negara, Wallach juga menyentuh mengenai agenda pro-pelabur yang telah dibina dalam TTIP yang mencerminkan peruntukan yang dicadangkan bagi TPPA. Kami hanya menyentuh beberapa isu biasa dalam TPPA dan TTIP yang dirujuk oleh Wallach dalam pendapat pengarangnya:

Organisma Ubah Suai Genetik (GMO): Firma yang menghasilkan dan menggunakan organisma ubah suai genetik cuba untuk mengharamkan keperluan mengesan dan melabel GMO, mempersoalkan kenapa produk GMO tidak boleh secara automatik diluluskan oleh kerajaan, pengaduan “jurang yang semakin berkembang dan ketara” antara deregulasi peraturan produk bioteknologi baharu di beberapa negara dan kelulusan produk lain dan harapan bagi resolusi “perkembangan tunggakan produk GM yang menunggu kelulusan/pemprosesan”.

Privasi digital: Syarikat Internet dan teknologi tinggi cuba untuk memastikan dasar privasi data tidak menghalang aliran data peribadi melintasi sempadan. Malah selepas pendedahan baru-baru ini oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (National Security Agency - NSA) program pengintipan data secara sewenang-wenangnya dan tuntutan kepada syarikat seperti Verizone bagi sejumlah besar data peribadi, syarikat yang sama ini melalui TTIP dan TPPA cuba untuk memastikan peruntukan bagi membolehkan mereka menghadkan peraturan privasi dan keselamatan domestik dan untuk memastikan “ia tidak digunakan sebagai penyamaran halangan kepada perdagangan.”

Keselamatan makanan: Industri daging cuba untuk mengeluarkan atau sekurang-kurangnya menukar standard dan peraturan makanan kebangsaan. Misalnya industri daging Amerika Syarikat cuba menggunakan TTIP untuk menarik semula pengharaman EU bagi amalan mencelup daging dalam klorin selepas penyembelihan. Restaurants International (pemilik Kentucky Fried Chicken) telah meminta agar TTIP digunakan untuk menukar standard keselamatan makanan EU supaya penduduk Eropah boleh membeli KFC berklorin. Institut Daging Amerika (American Meat Institute - AMI) membantah bahawa “EU terus mengekalkan pengharaman yang tidak wajar ke atas daging yang dihasilkan dengan teknologi beta-agonist seperti ractopamine hydrochloride.” Sementara itu Majlis Pengeluar Daging Babi Kebangsaan (National Pork Producers Council - NPPC) berkata “Pengeluar daging babi Amerika Syarikat tidak akan menerima sebarang hasil selain penghapusan pengharaman EU ke atas penggunaan ractopamine dalam proses pengeluaran.”  Manakala kumpulan korporat terbesar Eropah BusinessEurope menyatakan: “Kunci utama halangan bukan tarif menjejaskan eksport EU ke AS termasuk Akta Pemodenan Keselamatan Makanan AS.”   

Perkhidmatan awam: TTIP akan membuka kepada persaingan dan kuasa pasaran semua sektor kepentingan awam dan mewajibkan negara yang menandatanganinya menghapuskan semua peraturan penyedia perkhidmatan asing yang beroperasi dalam wilayah mereka. Ini akan mengurangkan hampir kepada ketiadaan ruang bagi dasar dalam kesihatan, tenaga, pendidikan, air, pengangkutan, malah imigresen untuk mengawal kemasukan barangan atau perkhidmatan yang dijual menjejaskan kepada yang lain.

Tiada penyokong pro-TPPA menunjukkan sebarang bukti penting akan manfaat perjanjian antarabangsa seperti TTIP dan TPPA dalam bentuk kebajikan sosioekonomi, serta kosnya. Memandangkan sudahpun terdapat tarif rendah ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dan negara lain yang Malaysia mempunyai perjanjian perdagangan bebas, hujah oleh penyokong TPPA bahawa TPPA akan membawa kepada lebih banyak jualan barangan dan perkhidmatan Malaysia adalah tidak bernas dalam fakta FTA masa lalu seperti NAFTA.

Wallach menjelaskan ini mungkin disebabkan hampir semua kajian mengenai TTIP (dan TPPA) dibiayai oleh institusi yang menyokong perdagangan bebas atau oleh pertubuhan perniagaan, yang menjadi sebab kenapa mereka tidak menyebut tentang kos sosial atau mangsa secara langsung, yang boleh mencapai beratus juta.

Sebagai rumusan, kami tidak percaya keadaan begitu banyak berubah antara pentadbiran Tun Mahathir dan kerajaan semasa sehingga membuat dasar yang berbeza sepenuhnya dasar berhubung perjanjian pelaburan dan perdagangan seperti MAI pada 1990-an dan TPPA pada dekad ini. Pada hakikatnya, Tun Mahathir dan ramai yang lain mengekalkan pendirian bahawa kos TPPA jauh mengatasi manfaat yang disasarkan namun masih tidak jelas.

Memandangkan kepada isu yang dikemukakan di atas, kami menggesa kerajaan Malaysia supaya  menarik diri dari rundingan TPPA dengan segera.

SM Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang 
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang dari PKR, S Kesavan mendakwa surat kepada Speaker Dun Perak kononnya beliau keluar parti adalah tindakan sabotaj dari pihak tertentu yang cuba memburukkan imej beliau dan PKR.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan tidak timbul langsung soal keluar parti kerana beliau masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat

"Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya dalam satu surat rasmi hari ini.

Semalam, kecoh berita Adun itu keluar parti apabila satu surat palsu bertarikh 2 Februari 2014 yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak Datuk Seri S K Devamany, yang menggunakan namanya tersebar di internet termasuk di media-media sosial.

Surat mendakwa kononnya beliau mengisytiharkan diri keluar dari PKR secara rela hati berkuat kuasa Ahad lepas.

Menurut surat itu yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak.

Bagaimanapun PKR dalam satu kenyataan semalam telah menafikan perkara itu.
SHAH ALAM: Tiada 'peluru perak' dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan melainkan kerjasama daripada semua pihak untuk memastikan ia tidak meningkatkan taraf hidup secara mendadak.
  
Pengerusi Gerakan Pengguna Selangor, Datuk Dr Jacob George (gambar) berkata kadar kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor di seluruh dunia tetapi masyarakat sendiri seharusnya lebih bijak dalam menangani peningkatan harga itu.
  
"Jika harga barang keperluan naik biasanya akan berlaku peningkatan kos sara hidup tetapi rakyat jangan cepat melatah kerana ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelak pertambahan perbelanjaan seharian.
  
"Kalau pengguna membeli barang keperluan mahupun ke kedai makan, sepatutnya mereka sendiri perlu pilih dengan tidak membeli di kedai menawarkan harga yang tinggi, dalam erti kata lain, boikot saja peniaga yang tidak mematuhi harga ditetapkan kerajaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah Jacob, hanya dengan cara memboikot peniaga yang menjual barangan melebihi harga yang ditetapkan kerajaan sahaja dapat membantu mengurangkan kadar peningkatan kos sara hidup, terutama bagi penduduk di kawasan bandar.

 Mengulas lanjut, Jacob berkata tindakan memboikot bukan untuk melumpuhkan perniagaan seseorang sebaliknya ia adalah hak pengguna itu sendiri untuk memilih tawaran barangan mengikut ketetapan harga kerajaan seterusnya membantu menstabilkan kos sara hidup pada masa kini.
  
"Dalam hal ini, pengguna perlu tahu bahawa mereka ada hak memilih kedai yang mampu beri harga terbaik, jadi peniaga perlu lebih peka dan tidak menjual harga melambung tinggi. Jika peniaga ada masalah operasi, mereka boleh datang rujuk pada kita dan kita boleh bantu," katanya.
  
Justeru itu, katanya, dalam menangani kos sara hidup yang dikatakan semakin meningkat, masyarakat perlu sentiasa mengawal perbelanjaan seharian mereka dan membuat pilihan harga paling terbaik mengikut kemampuan sendiri.
  
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor, Azizan Ariffin pula berkata sehingga kini, harga pasaran semasa bagi barangan keperluan masih terkawal namun pemantauan dari semasa ke semasa tetap dijalankan.
  
"Setakat hari ini, pemeriksaan yang dilakukan mendapati kebanyakan peniaga mematuhi harga yang ditetapkan kerajaan malah ada yang menjual dengan harga yang lebih murah dan ia dilihat menyokong saranan kerajaan," katanya.
  
Azizan berkata harga barangan seperti sayur, ayam standard, ikan, daging dan telur masih terkawal dan tiada lagi aduan diterima pihaknya mengenai penjualan barangan berkenaan melebihi had harga yang ditetapkan kerajaan.
  
Katanya, mana-mana peniaga yang didapati menaikkan harga barang sesuka hati akan didakwa terus di mahkamah tanpa dikenakan kompaun dan ia menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menstabilkan kenaikan harga barangan keperluan. - Bernama


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, semalam menggesa pihak-pihak yang terbabit dalam perbalahan bersenjata di seluruh dunia supaya melaksanakan Gencatan Senjata Olimpik sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik di Sochi, Rusia.
  
"Saya menggesa pihak-pihak yang bertelagah supaya mematuhi Gencatan Senjata Olimpik yang resolusinya diluluskan kesemua 193 negara anggota PBB," katanya dalam kenyataan yang dihantar ke sini semalam.
  
Ban berkata beliau bersimpati dengan nasib yang dialami oleh rakyat Syria, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan dan lain-lain yang menjadi mangsa keganasan termasuk mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam pengeboman di Volgograd, tidak jauh dari Sochi baru-baru ini.
  
"Gencatan Senjata Olimpik dipersetujui dengan harapan bahawa jika rakyat dan negara boleh mengenepikan perbalahan mereka selama sehari, mereka boleh mencapai gencatan senjata yang berkekalan dan mencari jalan ke arah keamanan, kemakmuran dah pematuhan hak asasi manusia," kata beliau.
  
Beliau berkata para atlet Sukan Sochi mungkin mewakili pelbagai negara tetapi mereka akan berkumpul pada temasya itu dengan satu semangat berteraskan prinsip kesamarataan, saling menghormati dan tidak bersifat diskriminasi.

"Saya menyeru kepada pihak-pihak yang terbabit dalam sukan itu, baik kerajaan, kumpulan, pertubuhan mahupun individu supaya menghormati dan mempertahankan semangat Olimpik," kata beliau.
  
Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan dari 7 hingga 23 Feb sementara Sukan Paralimpik akan berlangsung dari 7 hingga 16 Mac. - Bernama
SINGAPURA: Bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew kini berada di hospital dan sedang pulih dari jangkitan.
  
Saluran televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan satu kenyataan dari pejabatnya pada Selasa bahawa Lee, 90, berada di Hospital Besar Singapura sejak Ahad kerana demam dan batuk.
  
Beliau ketika ini diberikan antibiotik dan sedang sembuh, dan beliau dinasihatkan oleh doktornya supaya mengelak pertemuan dengan orang ramai.
  
Lee tidak menghadiri Jamuan Malam Tahun Baharu Tanjong Pagar GRC pada malam Selasa.
  
Kenyataan itu menerangkan Lee mengucapkan Selamat Tahun Baharu Lunar kepada penduduk Tanjong Pagar dan selu

Tiada ulasan: