Rabu, 26 Februari 2014

MEREKA TAK TAKUT AKHIRAT....MEREKA TAK FIKIR AKHIRAT KE...ATAU TAK BERIMAN HARI AKHIRAT

Wednesday, 26 February 2014


EDISI BONGKAR SAMPAI TERBARAI ... PUNCA KLIA2 LAMBAT DI BUKA KERANA LANDASAN RETAK ?????



Kebimbangan mengenai keselamatan lapangan terbang tambang murah klia2 dibangkitkan lagi selepas penemuan keretakan di jalan rayap, kawasan apron dan sekurang-kurangnya satu tempat parkir pesawat, seminggu selepas bangunan terminal gagal pemeriksaan bagi piawaian kebakaran dan keselamatan.

Satu set gambar yang diambil baru-baru ini menunjukkan keretakan dan permukaan beralun di jalan rayap membawa ke landasan sepanjang 3.96 km, selain keretakan di kawasan apron dan tempat parkir pesawat yang boleh menyebabkan pembukaan lapangan tambang murah itu yang dijadualkan pada 2 Mei ditangguhkan lagi.

"Jalan rayap ini penting kerana lebih 300 pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang tambang murah pada ketika ini dengan pesawat yang penuh. Sebarang keretakan akan menyebabkan kebimbangan keselamatan kepada syarikat penerbangan untuk mendarat di sini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Di antara syarikat penerbangan bakal menggunakan terminal ini adalah AirAsia, AirAsia X, Cebu Pacific dan Malindo Air yang kebanyakannya akan menggunakan pesawat kecil seperti Boeing 737 dan Airbus 320. Bagaimanapun, AirAsia X menggunakan pesawat besar A330 dan A340 yang boleh membawa beban lebih berat.

"Pihak berkuasa sudah diberitahu mengenai keretakan dan kerja baik pulih akan mengambil masa, lebih lama daripada tarikh pembukaan pada 2 Mei ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan," tambah sumber tersebut.

Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengadakan ujian landasan Oktober lepas menggunakan pesawat Boeing 737-900ER Malindo Air di Landasan 3 dan menganggapnya sebagai satu kejayaan kerana pesawat tidak melantun semasa mendarat.

KUB Builders, anak syarikat KUB Malaysia adalah kontraktor landasan lapangan terbang bernilai RM268.8 juta yang menghubungkan jalan rayap ke terminal lapangan terbang.

Sumber mengatakan syarikat pesawat tambang murah akan berwaspada menggunakan klia2 sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dengan salah seorang mengatakan.

"Ini boleh menjejaskan rekod keselamatan 100% mereka, jadi syarikat seperti AirAsia dan Malindo Air mahukan jaminan penuh kerana sebarang kemalangan akan menjejaskan perniagaan mereka."

"Sesetengah syarikat tambang murah masih belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah operasi ke lapangan tambang murah itu pada 2 Mei sehingga pihak berkuasa menyelesaikan isu keselamatan," kata sumber lain.

Awal bulan ini MAHB mengesahkan pembukaan klia2 mungkin ditangguhkan kerana dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbangan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran selepas pemeriksaan dijalankan bulan lepas.

Menurut satu kenyataan dari MAHB, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari lalu dan mendapati 65% daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.

Terdapat keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk digunakan. Perakuan pihak berkuasa itu penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) untuk lapangan terbang yang menelan belanja RM4 bilion itu.

Malaysia Airports Holdings Bhd, dalam kenyataan tersebut turut berkata mereka gagal untuk menerima CCC bagi bangunan terminal klia2 daripada UEMC-Bina Puri.

Kontraktor utama UEMC-Bina Puri Joint Venture sebelum ini sudah memberi jaminan ia akan menyerahkan bangunan terminal atau menyerahkan CCC kepada pengendali lapangan terbang itu pada 31 Januari.

Dalam satu kenyataan berasingan, UEM-Bina Puri mengesahkan ia tidak boleh mendapatkan CCC pada 31 Januari dan mendakwa ini disebabkan oleh "isu yang tidak dijangka" berlaku baru-baru ini semasa pemeriksaan susulan.

Akhbar The Star melaporkan awal bulan ini kerja-kerja pembaikan akan mengambil kira-kira tiga hingga empat minggu untuk melengkapkannya dan walaupun kontraktor dijadualkan akan melalui satu lagi ujian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam masa dua minggu lagi, namun sebarang kelewatan dalam mendapatkan pengesahan kelayakan untuk bangunan beroperasi akan memberi kesan kepada pembukaan lapangan terbang.

"Begitu banyak janji dan jaminan yang diberikan oleh kontraktor, namun gagal untuk mendapatkan CCC. Kini terdapat kebimbangan adakah mereka boleh mendapatkan CCC pada akhir Februari," kata sumber dalam industri kepada The Star.

Kelewatan pembukaan klia2 selama hampir setahun menyebabkan perang mulut diantara pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata pada hujung minggu pihak berkepentingan usah menunding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengutamakan kepentingan nasional dan rakyat terlebih dahulu untuk mematuhi tarikh operasi yang ditetapkan iaitu pada 2 Mei ini.

"Tarikh yang dijanjikan itu ditetapkan oleh mereka sendiri bukan dari kerajaan kerana ia merupakan 'private commercial venture'. Jadi mereka kena bertanggungjawab kalau mereka tidak sehaluan sekalipun.

"Saya sebagai menteri bertanggungjawab mahu tarikh yang ditangguhkan dahulu, dan sudah dijanjikan akan beroperasi pada 2 Mei itu dapat ditunaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kajang pada Ahad.

Sehari sebelum itu Fernandes menggunakan akaun Twitternya untuk menyerang MAHB dan Hishammuddin kerana peningkatan kos dan cukai klia2.

Fernandes berkata di Twitternya: "Kita harus jelas. Lapangan Terbang Malaysia adalah monopoli. Kebimbangan saya adalah mereka perlu pastikan kos dikurangkan untuk orang awam Malaysia.

"Kita cipta penerbangan tambang murah. Kita tidak minta lapangan terbang 4 bilion (ringgit) yang lewat selama 3 tahun. LCCT sekarang hanya berkos RM250 juta.

Sebagai respon kepada Fernandes, Hishammuddin mempertahankan kelewatan klia2 selama lebih dua tahun:

"KLIA2: Peningkatan kos&Kelewatan-Orang ramai akan tahu kenapa/siapa selepas dibuka 2 Mei = Fokus kerajaan @jayadylan @tonyfernandes."

Klia2 sudah beberapa kali ditangguhkan pembukaannya dengan terakhir seharusnya dibuka pada 30 April sebelum ditunda lagi ke 2 Mei.
Betol ka ada yg dpt Brim x smpai rm650.ada yg dpt rm450.abg manja dpt rm400.kenapa ekkk..dorang ni mcm ada sesuatu ja bila bayar melalui akaun.bg je la full rm650.cerdik2..
Assalamualaikum dan selamat pagi
BN p, penang pengkianat melayu

Ummo yg lulus kn pas jgk di persalah

8 pintu murah rezeki

Rakyat makin terhimpit.....rasuah makin bnyk
DASAR PEROMPAK TU PEROMPAK JUGALAH. DUIT ZAKAT KO KEBAS, DUIT TABUNG HAJI KO CURI, DUIT BANTUAN BANJIR KO SAMUN, DUIT RUMAH ANAK YATIM PUN KENA SAPU. ASAL NAMA DUIT JER MESTI ADA CERITA HILANG ENTAH KE MANA.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/02/kutipan-meningkat-kemiskinan-juga.html

UBN ADALAH SEBUAH KERAAA JAAN LANUN YANG MENYUBURKAN KESEMUA AKTIVITI PERLANUNAN DI NEGARA INI. ADA ULAMAK PUN DAH BERSALIN KULIT JADI ULARMAK, ADA MENTERI AGAMA PUN MENTERI TAK BOLEH DIHARAP DAN ADA MUFTI PUN DUK MAKAN UFTI.

FATWA KASIM MURTAD DIBIARKAN BERLELUASA. NI BUKAN WASATHIYAH TAPI WASAPULAH, NI BUKAN MAQASID SYARIAH TAPI PELESIT SYIAH. NI BUKAN IKUT SUNNAH TAPI MAKIN PUNAH......

TANDAS 20SEN
==========

SUATU hari ketika seorang warga emas masuk ke dalam sebuah tandas awam untuk membuang air, dia ditegur oleh seorang pemuda yang menjaga tandas tersebut.

"Pakcik, kalau nak masuk tandas bayarlah dulu,
dua puluh sen..jer." sapa pemuda tersebut.

Tiba-tiba bercucuran air mata warga emas tdi tersentak dgn teguran yg diterimanya....teguran yg membuatkan hatinya juga turut menangis.

Ini membuatkan si pemuda yang menjaga tandas tadi jadi serba salah.

"Errrmmmm, janganlah menangis pakcik, kalau pakcik tarak duit tak mengapalah, masuk je lah, tak payahlah menangis..." kata pemuda itu.

Sambil mengesat air matanya, warga emas tadi berkata "Nak...aku bukan menangis kerana tiada duit untuk masuk ke dlm tandas ini, tp krn aku terfikir jika tempat jijik sperti ini perlu dibayar, bgaimana kah pula dengan Syurga Allah nanti ?"

"Berapakah bayaran yang perlu aku sediakan untuk memasukinya?"

Kes Tipu NFCorp : Rupanya VVIP Itu Mahathir !


Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen, beliau tidak akan berurusan dengan Datuk Shamsubahrin Ismail sekiranya mengetahui dari awal ahli perniagaan itu bukan dihantar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantunya.
  
Bekas pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) itu berkata ahli perniagaan itu memaklumkan kepadanya yang beliau dihantar oleh Dr Mahathir semasa pertama kali bertemunya di sebuah restoran di Taman Tunku di sini pada November 2011.
  
Katanya Shamsubahrin menyebut nama bekas perdana menteri sebagai orang sangat penting (VVIP) yang dimaksudkannya selepas beliau menegaskan tidak mahu meneruskan perbincangan sekiranya ahli perniagaan itu tidak mahu menyatakan nama VVIP tersebut.
  
"Pada masa itu, dia (Shamsubahrin) jawab tidak boleh memberitahu nama VVIP itu, saya kata 'ok' dan terus bangun serta mengambil fail untuk beredar namun Shamsubahrin kemudian menyebut nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan meminta saya duduk semula," katanya.
  
Mohamad Salleh, 66, berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa, yang kini Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kelantan, selepas dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes Shamsubahrin, 48, menipunya membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta.

Ketika disoal Abdul Razak mengenai semakan yang dibuat terhadap latar belakang Shamsubahrin, katanya semakan hanya dibuat selepas menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Pengarah Perdana Leadership Foundation Datuk Badariah Arshad, anak Dr Mahathir iaitu Mokhzani dan setiausaha politik Saufi Yusof.
  
Bagaimanapun, Mohamad Salleh memaklumkan beliau tidak bertanya sendiri kepada bekas perdana menteri itu.

Pada 26 Nov 2013, mahkamah memerintahkan Shamsubahrin membela diri atas lima pertuduhan pindaan menipu Mohamad Salleh.
  
Bagi pertuduhan pindaan pertama, dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan  nasihat dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.
      
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Sid's Pub di H2, Taman Tunku, Off Langkat Tunku di sini pada 6  petang, 20 Nov 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua hingga kelima, Shamsubahrin didakwa menipu iaitu secara tidak jujur memujuk Mohamad  Salleh dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir membantu dan menawarkan untuk melakukan kerja-kerja konsultan.
      
Perbuatan itu mendorong Mohamad Salleh menyerahkan empat keping cek yang kesemuanya bernilai RM1.755 juta dan mempercayai sebahagian daripada wang itu adalah untuk bayaran perkhidmatan rundingan, nasihat dan untuk diberikan kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, bagi menutup kes yang sedang disiasat polis berkaitan  NFCorp.
  
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di beberapa buah bank di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan di Petaling Jaya antara 25 Nov 2011 dan 5 Dis 2011, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda  dan sebatan, jika sabit kesalahan.
  
Dia juga berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Terdahulu, semasa menjawab soalan peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, yang mewakili Shamsubahrin, Mohamad Salleh memaklumkan tidak pernah terlintas dalam pemikirannya untuk menganalisis latar belakang ahli perniagaan itu kerana pada masa itu menganggap orang yang dihantar Dr Mahathir untuk membantunya adalah orang yang baik.
  
"Pada masa itu, kami (NFC) banyak masalah dan perlukan seseorang yang boleh membantu untuk menangkis serangan pembangkang," katanya.
  
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozilah Salleh bersambung 17 dan 18 Mac.  

- Bernama
warna warni pemimpin anda !
 Menteri Maharaja Lawak Mega Ajak Ahli Dan Pemimpin Umno Bangkit... Kah Kah Kah!
Posted on Tuesday, February 25 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Rupa-rupa nya selama ini Ahli serta Pemimpin Umno PENGSAN TAK SEDAR DIRI kerana DIBELASAH oleh Ahli dan Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sampai TAK BANGKIT-BANGKIT beb. Atas sebab itu lah Menteri Maharaja Lawak Mega mengajak Ahli serta Pemimpin Umno untuk Bangkit kembali, cara bangkit tersebut pulak adalah dengan MENYERANG PERSEPSI NEGATIF dan DAKYAH KEBENCIAN yang ditanam Pihak Pembangkang kepada Rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional... kah kah kah!.

Sebenarnya wahai Menteri Maharaja Lawak Mega Datuk Seri Zahid Hamidi, bukan nya Ahli Umno serta Pemimpin Umno tak mahu Bangkit, tetapi untuk Bangkit Kembali setelah TERGOLEK DOG adalah sesuatu yang SUKAR. Ditambah lagi Umno And The Gang mempunyai Pemimpin yang seperti lu, yang bila bercakap lebih kepada MENIPU dari yang Betul. Itu belum lagi dicampurkan lagi dengan Umno And The Gang yang dikatakan oleh Tun Mahathir Penyokong Kassim Ahmad Anti Hadis... kah kah kah!.

Mungkin ada yang PELIK apabila gua katakan yang Menteri Maharaja Lawak Mega ni bila bercakap lebih MENIPU dari Betul, macam mana tak lebih Menipu dari Betul beb. Cuba lu orang tanya kat beliau siapa dia Pemimpin Pembangkang yang dikatakan TERLIBAT dalam ISU Pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah. Sudah hampir setahun berlalu nya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tapi sampai sekarang pun masih TIADA BAYANG Pemimpin Pembangkang yang dikatakan oleh beliau... kah kah kah!.

Kalau ikutkan beliau MENTEDARAH ELAUN Wakil Rakyat dan Elaun Menteri serta CLAIM yang entah APA-APA rasa nya jumlah Pendapatan beliau tersebut membolehkan banyak Keluarga Keluar dari JALUR KEMISKINAN, itu lah contoh lama nya Rakyat menunggu nama Pemimpin Pembangkang yang dikatakan Terlibat dalam Isu Pencerobohan Pengganas Sulu di Lahat Datu Sabah. Jadi macam mana Ahli serta Pemimpin Umno hendak Bangkit beb kalau dah Pemimpin Tertinggi KAKI PENIPU... kah kah kah!.

Itu belum dicampurkan lagi dengan TUDUHAN beliau yang mengatakan Timbalan Presiden Pas Hj Mat Sabu adalah seorang SYIAH, konon nya beliau CUKUP BUKTI dengan Dakwaan tersebut, MANA BUKTI NYA. Seperti BIASA lah beb kalau sudah MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI mana ada rasa MALU dan SEGAN, sebab itu beliau masih boleh BERLAGAK NAK MAMPOS dengan menggambarkan yang diri beliau adalah seorang YANG MACAM BAGUS aje... kah kah kah! klik sumber

hemmmmm..... mampos lah lu orang ahli umno tertipu kerana dapat seorang naib presiden paling popular tapi kaki penipu... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Tuesday, February 25 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 Lima Pemimpin Dunia Paling Boros
Posted on Tuesday, February 25 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




imej: fb suara rakyat

Setiap pemimpin negara tentu akan mendapat kemudahan untuk hidup serba mewah. Ia juga digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dimana-mana dan pada bila-bila masa.

Namun tidak semua pemimpin negara boleh secara bijak membelanjakan wang negara untuk keperluannya. Kehidupan mereka sering kali terjebak dengan membeli-belah barangan mewah menggunakan wang negara sementara rakyatnya masih kelaparan.

Bukan itu saja. Mereka juga ada yang sampai merayakan ulang tahun dengan berfoya-foya hingga menghabiskan kos berjuta-juta ringgit.

Siapakah pemimpin negara yang terkenal boros dalam membelanjakan wang negara dan menyalahgunakan kekuasaannya? Ikuti ulasannya berikut ini yang berjaya dikumpulkan merdeka.com.

1. Robert Mugabe bakal habiskan Rp11.8 bilion buat pesta ulang tahun ke-90


Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dikhabarkan akan meraikan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan kos Rp11.8 bilion.

Rancangan itu dikecam kerana keadaan negara sedang mengalami krisis kewangan, banyak pengangguran dan lambatnya pertumbuhan ekonomi, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Guardian, Rabu (19/2).

Mugabe tercatat sebagai pemimpin negara tertua di Afrika dan kedua di dunia selepas Presiden Israel Shimon Peres. Pada perayaan ulang tahunnya tahun lalu Mugabe membahagi-bahagikan syiling emas dan dia dihadiahi kue ulang tahun seberat 89 kilogram.

"Sangat tidak munasabah merayakan ulang tahun pemimpin negara dengan kemewahan berlebih-lebihan ketika rakyat sedang mengalami banjir dan ekonomi merosot, " ujar Dewa Mavhinga, pemerhati dari pertubuhan hak asasi Human Rights Watch.

2. PM Malaysia Najib Razak habiskan Rp2.5 trilion buat ke luar negeri



Majalah the Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang kos boros perjalanan ke luar negeri Perdana Menteri Najib Razak dan bayaran agensi perunding. Dalam lawatan ke luar negeri Najib juga kerap membawa isterinya menaiki pesawat jet.

Menurut the Heat, sejak Januari hingga Oktober 2013 Najib tercatat menghabiskan dana sebesar Rp2.5 trilion untuk membayar perunding peribadi, seperti yang dilaporkan oleh? freemalaysiatoday.com, dua bulan lalu.

Kerajaan menyewa perunding untuk membuat perancangan pembangunan. Mereka juga membayar firma perhubungan awam global untuk menggilap imej Malaysia di luar negeri.

3. Berlusconi belanja hadiah hingga Rp48.5 bilion



Mantan Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi pernah menghabiskan Rp48.5 bilion tunai untuk memberi hadiah kepada para artis wanita dan pengacara televisyen yang menyukai dia pada 2011. Berlusconi juga tercatat membeli perhiasan bernilai Rp5.8 bilion buat hadiah kepada wanita-wanita pengagumnya.

Laporan dari akhbar La Repubblica pernah menyatakan pada Januari 2007 hingga Jun 2008 Berlusconi membayar bernilai Rp275 bilion kepada teman-teman dan rakan-rakan, termasuk rakan politik, kakitangan peribadi dan abangnya Paolo, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Guardian, 2011 lalu.

Jumlah wang dibelanjakan Berlusconi buat para wanita muda di sekelilingnya mencapai Rp43,6 bilion.

4. Kim Jong-un habiskan Rp8.4 triliun buat belanja barangan mewah




Kegemaran Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un ialah berbelanja barangan mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi berkapasiti 1,000 orang. Berita ini seperti yang terkandung dalam Penyelidikan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) terhadap rekod hak asasi Pyongyang.

Terkenal dengan gaya hidup mewahnya, Kim mengambil alih rejim pemerintahan Korea Utara dari ayahnya, Kim Jong-il, pada 2012, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Khamis (20/2).

Pada tahun itu juga, laporan suruhanjaya PBB setebal 374 halaman termasuk pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang-barang mewah mencapai Rp8.4 trilion hanya dalam setahun. Ini dua kali ganda lebih banyak daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, yakni Rp3.9 trilion dalam satu tahun.

Dikeluarkan pada Isnin lalu, selepas melakukan penyelidikan selama satu tahun terhadap negara itu, laporan PBB itu mencari barangan mewah import ke Korea Utara, termasuk puluhan kereta Mercedes-Benz kelas atasan, puluhan piano, dan sebuah teater peribadi berkapasiti 1,000 orang.

Akhbar the Telegraph melaporkan teater itu akan digunakan untuk rakan-rakan Kim untuk menyelamatkan kekuasaannya.

Seorang pegawai rejim bekas yang melarikan diri berkata dalam keterangannya kepada Suruhanjaya PBB, bahawa Kim menggunakan wang dari perdagangan dalam gading dari Afrika ke China, dan penjualan arak secara rahsia ke negara-negara Islam.

Komen dari bekas pemain bola keranjang NBA dari Amerika Syarikat, Dennis Rodman , bahawa gaya hidup Kim seperti parti tujuh bintang dengan banyak koktel , kapal layar mewah dan jet ski di pulau peribadinya, dibuat? ? Selepas Rodman melawat Pyongyang pada Oktober tahun lepas. Ini menyokong tuntutan Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu .

Walaupun sekatan PBB yang ketat ke atas Korea Utara dalam usaha untuk menghentikan aliran barangan mewah ke negara ini, laporan itu tidak menyiasat bagaimana barangan boleh diimport ke Korea Utara.

Walaupun Kim tinggal di sebuah mewah banyak harta benda, tetapi dalam laporan baru-baru dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada November mengisytiharkan Korea Utara terus menjadi salah sebuah dari 34 negara-negara miskin di dunia dan memerlukan bantuan dari luar negara untuk memberi makan kepada rakyatnya .

FAO menganggarkan bahawa kira-kira 2.8 juta orang di Korea Utara adalah bergelut untuk terus hidup kerana kekurangan zat makanan dan kekurangan protein penting dan lemak dalam diet mereka.

5. Netanyahu belanja Rp294,2 bilion buat borong lilin dan bunga



Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didapati memborong lilin wangi dan bunga dengan jumlah harga keseluruhan Rp294,2 bilion. Semua itu demi menata pejabatnya.

Netanyahu telah datang di bawah penelitian kerana ia adalah membazir. Ini tidak termasuk menguruskan-mana pejabat di depan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Maariv , Disember.

Lelaki yang digelar Bibi gemar bermewah kemewahan hidup. Tahun lepas beliau juga disekar kerana menyewa jet peribadi berjuta-juta dolar bernilai manakala ekonomi Israel merosot.

Bibi tidak lupa mengunakan wang untuk membeli ais krim untuk dirinya sendiri. Meski sikap borosnya jelas terlihat oleh rakyat tetapi jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel berkata dana berkenaan berkurangan dari tahun lepas. "Angka belanja perdana menteri dan keperluannya sudah jauh berkurang," ujar jurucakap tersebut.

merdeka.com Indonesia
Terjemahan Google

Sekalung Taniah Buat Mu Hj Najib Kerana Tersenarai Antara Pemimpin Yang Boros
Posted on Wednesday, February 26 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Memang HEBAT Ulul Amri Umno Datuk Seri Haji Najib ni beb, bermacam KEJAYAAN yang beliau KECAPI selama menjadi Perdana Menteri Malaysia, KEJAYAAN yang beliau Kecapai bukan setakat dalam Negara tetapi telah melepasi TAHAP sehingga ke Luar Negara. Jadi lu orang yang berada di Sebelah Pakatan Rakyat (PR) jangan IRI HATI atau MEROYAN jikalau Pemimpin lu orang TIDAK DAPAT dan TIDAK PERNAH Mengatasi Kejayaan Ulu Amri Umno tersebut ok... kah kah kah!.

TERKINI satu lagi Keajayaan telah beliau CIPTA bila Nama beliau TERSENARAI diantara 5 Pemimpin Negara yang PALING BOROS dalam DUNIA, jadi Kejayaan beliau bukan setakat dalam Negara atau yang dikatakan sebagai JAGUH KAMPONG tetapi juga sebagai JAGUH DUNIA dengan menduduki RANKING Ke-2 diantara 5 Pemimpin Negara Paling Boros dalam Dunia. Beliau hanya berapa SATU TANGGA dibelakang Presiden Korea Utara Kim Jong-un di tempat Pertama... kah kah kah!.

Betul-betul Hebat Ulul Amri Umno ni beb, tak SIA-SIA Umno And The Gang mendapat seorang Pemimpin yang WASSATIYAH, MAQASIS SYARIAH, IKUT SUNNAH tetapi HARAMJADAH. Kalau Kejayaan sebegini terjadi Di Zaman Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis gua sikit pun TAK HERANNNN beb. Kerana apa kerana Tun Mahathir seperti yang kita tahu adalah BAYANGAN daripada MAHA-FIRAUN yang membuat Negara macam Harta Pusaka Bapak beliau dari KERALA serta diwaktu Rakyat BUTA MAKLUMAT.

Tetapi bila Kejayaan yang Ulul Amri Umno itu berlaku di Zaman MAKLUMAT DIHUJUNG JARI ini yang membuat gua PELIK BIN AJAIB beb, nampak sangat lah yang selama ini Ulul Amri Umno ini cuba MEMPERBODOHKAN RAKYAT dengan SLOGAN-SLOGAN MAUT dari beliau seperti Wassatiyah, Maqasid Syariah, Ikut Sunnah tapi semua Haramjadah. Mungkin kepada yang berada disebelah Umno And The akan MEMPERCAYAI BULAT-BULAT seperti TELOR yang selalu dibuat ROTI TELOR... kah kah kah!.

Namun kepada yang di Luar Lingkungan Umno And The Gang jawap nya LU SIMPAN AJE LAH TEMBERANG LU TU NAJIB, kerana dia orang bukan nya jenis yang  Suka Makan OTAK LEMBU NFC serta PENGGEMAR kepada OTAK UDANG dari Kolam Udang Noh Omar ok. Lagi satu yang harus lu dan ISI PERUT UMNO AND THE GANG ketahui ialah, disebelah PR adalah mereka-mereka yang TIDAK SUKA dan MENYAMPAH kepada perkataan PENDIK KATA atau KATA TAK CUKUP INCI... kah kah kah!  sumber klik sini

hemmmmm..... besyukurlah rakyat malaysia kerana mendapat pemimpin yang betul-betul bertaraf dunia seperti hj najib beb, tidak seperti anwar ibrahim yang bertaraf dunia jadi-jadian... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, February 26 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

SEBARKAN! Pekerja Petronas Warga Bangladesh Dedah Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter


on Tuesday, February 25, 2014
Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan *******, ******.

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.



Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.

Sumber

Tiada ulasan: