Jumaat, 28 Februari 2014

KEMALANGAN MENJADI2

Pasangan, cucu maut rempuh lori

Oleh Muhamaad Razis Ismail dan Azlan Hafeedz
Machang: Satu pasangan bersama cucu mereka berusia empat tahun maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori ikan di Kampung Banggol Judah, di sini, 4 petang tadi.
Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah Tok Bali menghala ke Kampung Sungai Hala, di sini.

Manakala seorang lagi cucu mangsa berusia tujuh tahun dilaporkan parah dan sedang dirawat di Hospital Machang.

FotoFOTO Azlan Hafeedz

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan.
FotoFOTO Azlan HafeedzBagaimanapun katanya, pemandu lori berusia 48 tahun itu selamat dan ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Takdir dua posmen

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor, Mohd Amin Jalil dan Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
Seremban: “Saya sempat mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah, tapi sedih kerana tidak dapat menyelamatkannya kerana dia mengalami kecederaan parah. Lebih sayu, dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” kata Mahmud Mohd Zain, 35, rakan sekerja Hasmadi Safar, 37, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 251.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, pagi semalam.
Turut terkorban di tempat kejadian dalam tragedi yang berlaku pada jam 4.10 pagi itu ialah rakan sekerja Hasmadi, Mohd Sharimi Mohd Saad, 30.
Hasmadi dan Mohd Sharimi adalah kakitangan Pos Malaysia berkhidmat di Cawangan Pasir Gudang, Johor dan kedua-dua mereka maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah selain kenderaan yang dinaiki turut terbakar.

Mahmud yang berkhidmat di Pos Malaysia cawangan Melaka Tengah berkata, sebelum itu dia bersama seorang rakan setugas menaiki kenderaan Pos Laju bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bersama tiga kumpulan lain dari selatan iaitu Pasir Gudang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

FotoKEADAAN lori Pos Laju dan treler yang terbabit kemalangan.


FotoANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa.
 Menurutnya, sebaik selesai urusan memasukkan bungkusan ke dalam lori, mereka bergerak balik ke selatan bersama kenderaan masing-masing.

Empat beranak maut kemalangan

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa kemalangan di KM22 Jalan Bahau-Keratong, Jempol semalam.


JEMPOL - Seorang askar Wataniah maut bersama isteri dan dua anak perempuannya selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan dalam nahas di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Mohd. Fauzan Abu Bakar, 32, yang merupakan pemandu lori buah-buahan di Port Dickson dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian bersama isteri, Nur Hidayah Ngah, 28, serta dua anak perempuan mereka, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.
Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Keratong gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

4 sahabat terbunuh kereta langgar lampu isyarat

KLANG - Kegembiraan lima sahabat meluangkan masa bersama bagi meraikan seorang daripada mereka yang bakal memulakan kerja di Sarawak berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka maut selepas kereta dinaiki terbabas lalu melanggar lampu isyarat di hadapan Balai Polis Kapar di Batu 10, Jalan Kapar di sini pukul 3.30 pagi semalam.
Mereka yang maut ialah Ang Chin Fu, 18, yang dikatakan akan bekerja di Sarawak, Lee Boon Huat, 19, Chong Chee Seng, 21, dan Chew Yee Ying, 19.
Mangsa yang terselamat, Chai Chee Seng, 18, berjaya merangkak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi sebelum ia terbakar menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, kereta Perodua Myvi tersebut yang datang dari arah Klang menghala ke Kapar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang lampu isyarat.
"Kereta itu kemudian terbabas dan merempuh pula tembok di hadapan sebuah kedai pajak gadai sebelum terbakar.
"Hanya seorang penumpang berjaya keluar dan diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pilu lihat anak maut kemalangan


BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang remuk dalam kemalangan maut mengorbankan empat pelajar.


KAMPAR - Hati bapa mana yang tidak luluh saat melihat anak perempuannya tersepit dan tidak bernyawa dalam sebuah kenderaan selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 26, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini pukul 5 pagi semalam.
Lebih tragis, dia yang mahu dikenali sebagai Koh, 54, turut menyaksikan detik-detik memilukan ketika mayat anaknya, Koh Suet Man, 20, bersama tiga lagi mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Kampar.
Koh yang tinggal di Lahat dekat sini berkata, dia menerima panggilan daripada seorang rakan anaknya yang memberitahu sesuatu telah berlaku kepada anaknya dan memintanya pergi ke tampat kejadian tanpa memberitahu hal sebenar.
"Ketika sampai di tempat kejadian, saya melihat pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan semua mangsa termasuk anak saya," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kampar di sini semalam.

Tiada ulasan: