Kecewa dengan MIC, belia India isytihar sokong PAS
- Feb 24, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Sekumpulan anak muda India Kampung Fajar, Hulu Klang bertindak menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) selepas mendakwa kecewa dengan kepimpinan parti sekutu Umno, MIC.
Kumpulan 28 orang anak muda itu diketuai R.Suren, menyerahkan borang ahli DHPP tersebut kepada Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi semalam.
Suren berkata, beliau dahulunya adalah penyokong tegar MIC dan Barisan Nasional.
"Kami sering ditakutkan dengan bahayanya hukum hudud PAS oleh pemimpin-pemimpin MIC dan BN menjadikan saya dan rakan-rakan menjauhi PAS.
"Sehingga satu ketika kami kecewa kerana sering ditipu dengan janji manis MIC menjadikan kami cuba untuk mendekati PAS," katanya.
Tambah Suren lagi, apabila bersama PAS, mereka lebih yakin, kerana bagi mereka perjuangan PAS teguh berpegang kepada ajaran agama berbanding parti-parti lain.
Dalam pada itu, Syarhan ketika mengulas perkara itu berkata, penyertaan anak muda bukan Islam ke dalam DHPP menunjukkan betapa mereka yakin dengan perjuangan PAS yang betul-betul memperjuangkan hak rakyat.
"Mereka melihat sendiri bagaimana komitmen wakil rakyat dan ahli-ahli kita membantu masyarakat termasuk bukan Melayu di kawasan masing-masing.
"Mereka nampak kita parti yang boleh diharap untuk membela mereka, dan kita juga tidak membezakan kaum dan ideologi politik" katanya.
Monday, 24 February 2014
SURAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MENANGGUHKAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS).
Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan pada Ahad berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.
Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa," katanya.
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.
Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.
"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.
Belum penamaan calon, BN sudah tabur janjiPosted on Monday, February 24 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Apabila calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di Kajang, beliau dihentam kerana sudah berkempen sedangkan hari penamaan calon belum lagi tiba (11 Mac).
Hari ini pemimpin BN sudah turun ke Kajang menabur janji walaupun hari penamaan calon tinggal 16 hari lagi. Oleh itu pemimpin BN dua kali lima dengan pemimpin PKR yang dihentam selama ini.
Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan Hospital Kajang yang kini berusia 125 tahun.
Menteri berkenaan Datuk Seri S. Subramaniam berkata pembinaan bangunan baharu hospital itu adalah wajar dan seiring dengan pertambahan penduduk di sekitar Kajang, selain lokasi bangunan sedia ada terletak berhampiran jalan utama.
“Saya akan bawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi.
Keputusannya bergantung kepada penilaian mereka,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Hospital Kajang di sini, hari ini.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan dan AnggotaLembaga Pelawat Hospital Kajang serta meninjau operasi hospital.
Dr Subramaniam berkata penduduk Kajang dan pihak pengurusan Hospital Kajang telah menyuarakan permintaan kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan baharu yang lengkap dengan kemudahan terkini di lokasi strategik di bandar itu.
“Saya terima pandangan itu dan menjelaskan kepada mereka bahawa ia bergantung kepada kos dan peruntukan kerana membina sebuah hospital baharu membabitkan kos sekuang-kurangnya dari RM800 juta hingga RM 1 bilion,” katanya.
Beliau berkata jika cadangan itu tidak diterima, Kementerian Kesihatan akanmembina sebuah bangunan tambahan enam tingkat dengan peralatan dan kelengkapan terkini di kawasan hospital sedia ada, seperti yang diputuskan sebelum ini.
Menurutnya Hospital Kajang yang dibina pada 1889 di kawasan seluas 6.47 hektar, kini mempunyai 1,003 tenaga kerja termasuk 35 doktor pakar, 70 pegawai perubatan, 120 pegawai perubatan siswazah dan 326 katil pesakit.
Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.
Beliau berkata peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk menambah bilangan katil, kelengkapan peralatan, kemudahan perkhidmatan dan sistem pendawaian di hospital itu. -BERNAMA/AnakSgDerhaka
Merancang untuk krisis air?
- Feb 24, 2014
- PIARAPAKARAN S.
Adakah Terdapat Pengajaran Untuk Dipelajari?
Pengajaran pertama: kemarau atau tempoh yang lama tanpa hujan atau dengan hujan yang sangat sedikit adalah sebahagian daripada iklim kita. Ini bukan kali pertama kita menghadapi musim kering dan aras air yang rendah di empangan yang menyebabkan kekurangan bekalan air.
Pengajaran kedua: sejak tamadun awal, manusia telah belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan corak cuaca. Pembinaan empangan, takungan tasik buatan manusia dan sistem pengairan sistematik adalah contoh kaedah inovatif dan adaptasi yang digunakan oleh manusia untuk teruskan kehidupan.
Pengajaran ketiga: peningkatan drastik dalam kepadatan penduduk kawasan bandar dan sub-urban menjadikannya lebih sukar untuk memenuhi permintaan bagi air terawat yang semakin meningkat. Ini adalah satu fenomena utama di seluruh dunia. Sumber air biasanya jauh dari zon permintaan dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Perancangan teliti dan jaringan keselamatan mesti dilaksanakan untuk memenuhi peningkatan permintaan air di zon ini .
Pengajaran keempat: setengah abad yang lalu (50 tahun), terdapat hutan yang lebih tebal. Oleh itu, kesan kemarau atau musim kering ini tidaklah begitu teruk. Gelombang haba ini di kawal oleh hutan itu sendiri. Perkembangan pesat besar-besaran dan penebangan hutan yang luas telah memberikan "kuasa" kepada kemarau atau musim kering untuk "menyerang" kita bertalu-talu. Di dalam hutan semula jadi yang tidak terganggu, hutan itu sendiri mengawal iklim tempatan sehingga 90%. Apabila hutan ini di tebang untuk memberi laluan kepada pembangunan, pembalakan dan aktiviti-aktiviti lain, fungsi ini dikurangkan secara drastik disebabkan oleh pengurangan kawasan hutan.
Pengajaran kelima: ini bukanlah pengakhiran. Kemajuan dalam teknologi dan pengurusan permintaan air yang lebih baik akan membolehkan kita memenuhi permintaan air yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada bagaimana kita melindungi kawasan-kawasan tadahan air mulai sekarang.
PENYELESAIAN 1: Melindungi Kawasan Tadahan Air
Jumlah penggunaan air dibahagikan kepada sektor domestik, industri (termasuk komersil) dan pertanian yang menggunakan 17%, 21% dan 62 % masing-masing. Walau bagaimanapun, hampir 2/3 daripada air terawat digunakan oleh sektor domestik. Ini adalah kerana sektor industri dan aktiviti pertanian banyak mengambil air terus dari alam sekitar untuk kegunaan mereka.
Semua kerajaan negeri mesti mewartakan kawasan tadahan air (termasuk hutan, sungai, tasik, dan lain-lain) sebagai rizab kekal menjelang akhir tahun 2015. Kawasan-kawasan ini juga perlu mengambil kira keperluan masa depan untuk air mentah. Tiada aktiviti manusia yang boleh dibenarkan di kawasan yang diwartakan ini termasuk aktiviti rekreasi. Apabila populasi bertambah, permintaan bagi air akan bertambah juga. Ini juga bermakna keperluan untuk mewartakan lebih banyak kawasan tadahan air akan meningkat seiring dengan pertumbuhan populasi bagi memastikan jaminan air mentah.
Bagi kawasan yang sudah dibangunkan, piawaian (standard) pelepasan air sisa perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar. Selain itu, kemudahan pra-rawatan (pre-treatment) boleh dibangunkan untuk meningkatkan lagi kualiti air mentah. Ini adalah langkah-langkah yang sama diambil di kebanyakan tempat di dunia untuk memastikan kualiti air mentah dijamin. Sebagai contoh, pencemaran ammonium baru-baru ini yang menyebabkan dua loji rawatan air di Selangor ditutup dan mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat. Dengan menguatkuasakan piawaian pelepasan air sisa yang lebih ketat, masalah sebegini boleh dielakkan semasa musim kering. Ini adalah kerana musim kering menyebabkan kepekatan bahan pencemar meningkat disebabkan kehadiran air yang kurang dalam sungai.
PENYELESAIAN 2: Tarif Air Mentah Berdasarkan Kualiti Air Mentah
Tarif air mentah berdasarkan kualiti air mentah juga perlu dilaksanakan untuk memastikan kerajaan negeri menerima pendapatan yang saksama apabila melindungi kawasan tadahan air untuk menjamin sumber air mentah termasuk air mentah yang merentasi sempadan. AWER melihat ini sebagai satu pelaksanaan yang penting untuk memastikan kerajaan negeri menerima pendapatan berterusan tanpa perlu untuk menjalankan aktiviti pembalakan atau projek-projek pembangunan lain di kawasan tadahan air. Di samping itu, melindungi kawasan tadahan air akan menjamin kualiti air mentah yang lebih baik dan mengurangkan kos merawat air yang akan diterjemahkan kepada tarif air yang saksama dan berpatutan.
PENYELESAIAN 3: Pembinaan Empangan
Empangan adalah penyelesaian teknikal dari tamadun awal manusia untuk menyimpan air bagi memenuhi permintaan air semasa musim kering. Terdapat empangan berfungsi tunggal dan empangan pelbagai fungsi. Pada masa ini, terdapat empangan tebatan banjir yang juga digunakan sebagai sumber air mentah untuk perawatan air di Malaysia. Pembinaan empangan pelbagai fungsi adalah kos efektif. Walau bagaimanapun, perbezaan dalam fungsi boleh menyebabkan masalah semasa musim kering. Sebagai contoh, beberapa kawasan di selatan Semenanjung Malaysia menghadapi masalah kekurangan air terawat semasa musim kering beberapa tahun lalu kerana syarikat air menggunakan air daripada empangan tebatan banjir sebagai sumber air mentah untuk perawatan air.
Satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan:
i. untuk melihat kepada kesesuaian fungsi empangan sebagai bekalan air mentah;
ii. untuk mengkaji penambahan kapasiti empangan air mentah yang sedia ada;
iii. untuk menjalankan proses pengudaraan bagi meningkatkan kualiti air mentah di empangan yang boleh mengurangkan kos perawatan air;
iv. untuk menjalankan pengeluarkan mendapan (desiltation) dan penyelenggaraan empangan untuk memastikan kapasiti reka bentuk tidak terjejas;
v. untuk mengelakkan krisis air semasa musim kering kerana fungsi-fungsi lain empangan mengatasi fungsi sebagai bekalan air mentah. Pengabungan fungsi-fungsi empangan yang betul bersama-sama adalah penting; dan
vi. untuk meningkatkan jaminan air mentah di Malaysia, pembinaan empangan baru dengan kapasiti rizab tambahan (50 % kepada 100%) perlu dilaksanakan.
PENYELESAIAN 4: Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Mesti Dilengkapkan Dengan Segera
Penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah satu keperluan untuk memastikan infrastruktur perkhidmatan air, teknologi dan perkhidmatan yang lebih baik. Pada masa ini, Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Labuan masih belum melengkapkan proses penstrukturan semula. Di samping itu, Sabah dan Sarawak hendaklah dimasukkan ke dalam proses ini supaya ia memberikan manfaat terus kepada rakyat daripada proses tersebut.
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dikuatkuasakan awal 1 Januari 2008 dan penstrukturan semula (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) sepatutnya telah siap pada 31 Disember 2010. Kini , proses ini memasuki kelewatan tahun ke-4 dan ini akan memberikan kesan yang teruk kepada pembangunan infrastruktur perkhidmatan air dan juga pengurusan situasi seperti krisis air semasa yang disebabkan oleh musim kering yang berpanjangan.
Di samping itu, semua syarikat perkhidmatan air perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum menjalankan catuan air. Pelan Tindakan Kecemasan, Pelan Catuan Air dan Pelan Komunikasi hendaklah komprehensif bagi memastikan pengguna air terawat dapat mengikuti langkah-langkah dan rancangan yang ditetapkan oleh syarikat perkhidmatan air. AWER juga ingin menggesa SPAN untuk menjalankan ujian percubaan semasa musim biasa pada masa akan datang bagi memastikan pengguna membiasakan diri dengan rancangan semasa keadaan krisis air. Ini akan membantu semua pihak yang berkepentingan untuk menghadapi situasi kecemasan dengan lancar.
PENYELESAIAN 5: Meningkatkan Infrastruktur Bekalan Air ke Kawasan-Kawasan Sub-Urban dan Luar Bandar
Kerajaan juga perlu mengkaji semula infrastruktur bekalan air di kawasan-kawasan sub-urban dan luar bandar yang tidak mempunyai takungan perkhidmatan (service reservior) yang sesuai. Takungan perkhidmatan menyimpan air untuk kegunaan minimum 1 hari bagi komuniti tertentu. Tanpa takungan perkhidmatan, komuniti ini menerima kesan langsung kerana kekurangan kapasiti simpanan untuk memenuhi permintaan mereka semasa gangguan bekalan air. Semasa catuan air, ini adalah kawasan akan paling teruk terjejas dan disebabkan ini lori tangki air dikerahkan ke lokasi ini dengan serta-merta apabila terdapat gangguan bekalan air. Untuk bergerak ke hadapan, infrastruktur perkhidmatan air kawasan sub-urban dan luar bandar perlu dipertingkatkan melalui model WSIA.
PENYELESAIAN 6: Pengurusan Permintaan - Kecekapan Air
Pengurusan permintaan air adalah penting bagi memastikan pembangunan lestari. Ini terdiri daripada kedua-dua permintaan air mentah dan permintaan air terawat. Satu pengurusan permintaan air yang menyeluruh perlu dibangunkan untuk menggariskan langkah-langkah dan prosedur untuk membantu sektor domestik, industri dan pertanian untuk mengoptimumkan penggunaan air untuk mencapai kecekapan air. Sebagai permulaan, AWER telah melancarkan peranti atas talian untuk membantu pengguna domestik menjadi lebih cekap air. Alat ini yang dikenali sebagai "Tangkap si Hydro" boleh diakses melalui www.water.org.my.
Pengurusan permintaan air juga merangkumi pelabelan peralatan. Sebagai permulaan, pelabelan kecekapan air perlu diperkenalkan sebagai pelabelan sukarela untuk mesin basuh, mesin pencuci pinggan-mangkuk, penyiram mandi (shower head), kepala paip (tap) dan penyiram tandas (toilet flush). Pelabelan sukarela ini hendaklah ditukarkan kepada pelabelan mandatori dalam masa 2 tahun dengan pelaksanaan Piawaian Minima Kecekapan Air (Minimum Water Efficiency Standard - MWES). Melalui MWES, kita boleh menghentikan jualan produk yang tidak cekap air dan secara tidak langsung membantu pengguna untuk mengurangkan penggunaan air di rumah.
Begitu juga, sektor industri dan pertanian yang sangat bergantung kepada penggunaan air juga perlu dibantu untuk menjadi lebih cekap air melalui penanda aras water footprint (kadar penggunaan air). Water footprint membantu kita menetapkan penggunaan air di pelbagai sektor. Ini adalah pengurusan permintaan yang lebih efektif dan merentasi semua sektor. Sebagai contoh, kita menggunakan 140 liter air untuk menghasilkan secawan kopi, 184 liter air untuk 1kg tomato, 1000 liter air untuk 1 liter susu lembu dan 20,000 liter air untuk menghasilkan satu komputer riba (laptop). Melalui pengurangan nilai-nilai water footprint ini, sektor industri dan pertanian boleh menjadi lebih cekap air dan mengurangkan kebergantungan kepada air yang tinggi.
PENYELESAIAN 7: Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW)
AWER ingin mengucapkan terima kasih kepada Kabinet kerana meluluskan pembentukan Pasukan Petugas Khas Pengurangan NRW Kebangsaan seperti yang dicadangkan oleh AWER bagi melaksanakan Pelan Tindakan Pengurangan NRW yang terperinci untuk Malaysia. Setiap tahun, kehilangan pendapatan disebabkan oleh NRW dianggarkan adalah melebihi RM 1.6 bilion. Walaupun terdapat sedikit kelewatan dalam Pelan Tindakan Pengurangan NRW yang kini hampir selesai, kami berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mempercepatkan kerja mereka dalam perkara ini. Sasaran NRW negara juga harus ditetapkan pada 20% bagi tahun 2020 kerana kini ia menjadi lebih kos efektif untuk menjalankan pengurangan NRW berbanding dengan kos pengurusan krisis air.
PENYELESAIAN 8: Pembangunan GRID AIR NEGARA
AWER telah pun memulakan kajian untuk menentukan model yang sesuai untuk mewujudkan Grid Air Negara (National Water Grid-NWG). Pra-syarat utama bagi pembangunan NWG adalah peningkatan prestasi syarikat perkhidmatan air. Ini akan mengambil masa antara 5 hingga 10 tahun. Semasa fasa ini, penyambungan di antara sistem bekalan air di dalam negeri boleh dibangunkan. Setelah ini selesai, sambungan di antara negeri boleh dilaksanakan. NWG ini akan ditadbir oleh Kod Grid (Grid Code) untuk memastikan fungsinya adalah optimum. NWG akan menjadi penyelesaian muktamad untuk menangani cabaran krisis air. Projek pemindahan air mentah sahaja tidak mencukupi kerana kekangan rangkaian ke seluruh negara dan komponen jaminan air mentah. Sebelum kita sampai ke bab NWG ini, Malaysia perlu melengkapkan Penyelesaian 1-7 yang dicadangkan oleh AWER dahulu.
KESIMPULAN
AWER memuji ikrar Perdana Menteri untuk mengambil tindakan menangani isu krisis air yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. AWER berharap kerajaan boleh melaksanakan penyelesaian yang disyorkan kami ini untuk memastikan jaminan air di Malaysia di capai. Punca krisis air adalah disebabkan oleh kekurangan perancangan dan tenaga kerja yang berkemampuan untuk pelaksanaan yang menyeluruh. Apabila halangan utama ini dihapuskan, Malaysia akan menjadi negara yang terkemuka di peringkat global yang mampu untuk menguruskan air secara holistik.
Piarapakaran S, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
Isnin, 24 Februari 2014
Tan Sri Muhammad Ali: BR1M tak selesai masalah inflasi, kos sara tinggi
SHAH ALAM 24 FEB: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan bantuan
subsidi lain yang disalurkan Kerajaan Pusat tidak mampu menyelesaikan
masalah kenaikan kos sara hidup rakyat negara ini.
Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata Kerajaan Pusat sepatutnya menyediakan strategi jangka panjang bagi meningkatkan pendapatan rakyat hingga membolehkan kesan kenaikan kos sara dan kadar inflasi semakin tinggi kini kurang memberi kesan kepada orang ramai.
“Bagi BR1M hari ini tetapi esok dah habis. Kita kena tumpukan bagaimana meningkatkan pendapatan rakyat secara kekal.
“Infasi ini bukan fenomena sementara tetapi akan kekal, jadi tidak cukup dengan memberi subsidi atau BR1M, tak cukup,”kata Muhammad Ali.
Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Karangkraf di sini, hari ini.
Kata tokoh korporat Melayu terkenal itu lagi, Kerajaan Pusat juga tidak boleh membiarkan kekayaan negara tidak dimonopoli sesetengah pihak tertentu sahaja yang menyebabkan kekayaan dibolot segelintir individu tertentu.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan dasar liberalisasi yang sekaligus membuka peluang lebih lebar untuk golongan kapitalis mengaut kekayaan, sementara golongan lain masih terkapai-kapai ditekan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Wacana Sinar Harian siri ke 26 itu yang turut membariskan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Azri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan itu dikendalikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik sebagai moderator.
Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata Kerajaan Pusat sepatutnya menyediakan strategi jangka panjang bagi meningkatkan pendapatan rakyat hingga membolehkan kesan kenaikan kos sara dan kadar inflasi semakin tinggi kini kurang memberi kesan kepada orang ramai.
“Bagi BR1M hari ini tetapi esok dah habis. Kita kena tumpukan bagaimana meningkatkan pendapatan rakyat secara kekal.
“Infasi ini bukan fenomena sementara tetapi akan kekal, jadi tidak cukup dengan memberi subsidi atau BR1M, tak cukup,”kata Muhammad Ali.
Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Karangkraf di sini, hari ini.
Kata tokoh korporat Melayu terkenal itu lagi, Kerajaan Pusat juga tidak boleh membiarkan kekayaan negara tidak dimonopoli sesetengah pihak tertentu sahaja yang menyebabkan kekayaan dibolot segelintir individu tertentu.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan dasar liberalisasi yang sekaligus membuka peluang lebih lebar untuk golongan kapitalis mengaut kekayaan, sementara golongan lain masih terkapai-kapai ditekan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Wacana Sinar Harian siri ke 26 itu yang turut membariskan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Azri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan itu dikendalikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik sebagai moderator.
Cari pemimpin yang boleh menukar acuan kepimpinan dahulu, baru boleh berubah
Posted on Monday, February 24 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Saya ingin menyambung apa yang telah saya tulis dalam posting yang lepas (semalam). Saya telah menyebut tentang masalah yag akan kita hadapi jika keadaan sekarang masih berterusan, dalam mana jika BN kekal ia akan kekal sebagai kerajaan yang sangat lemah dengan barisan pimpinan yang terlemah dalam sejarah kerajaan kita. Jika Pakatan Rakyat mendapat mandat (yang saya jangkakan susah untuk diperolehi), ia juga akan menjadi kerajaan yang lemah dan akan merudum dalam jangka masa yang singkat sahaja.
Pendeknya pihak mana sekali pun yang akan menang jika pilihanraya umum
diadakan sekarang ini ia akan merupakan kemenangan yang tipis dan tidak
akan mampu untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan kuat.
Bagi BN, mereka tidak akan terjumpa formula dan penyelesaian yang boleh
memberikan kekuatan kepada ‘coalition’ itu kerana pimpinan yang sedang
menghadapi krisis keyakinan yang paling rendah dalam sejarah
kewujudannya.
Saya selalu menyebut tentang acuan kepimpinan BN khususnya UMNO
sekarang ini. Bagi UMNO sekarang ini bukan lagi masalah menukar pemimpin
dan barisan kepimpinannya. Sekarang ini ia adalah masalah menukar
acuannya. Selepas Dr Mahathir membentuk acuan kepimpinan selepas
kepimpinan beliau, siapa sahaja dikalangan kepimpinan dalam Majlis
Tertinggi dan kabinet negara mereka adalah dari acuan yang sama.
Acuan ini membina budaya, sikap, nilai serta mentaliti kepimpinan yang
sama. Saya dari dulu lagi telah menyatakan dalam tulisan saya dengan
jelas yang jika sesiapa yang menggantikan Pak Lah mengikut kaedah yang
lazim dikalangan kepimpinan UMNO yang tertinggi itu, keadaannya akan
sama malah berkemungkinan lebih teruk lagi. Najib yang diharapkan boleh
memperbaiki kelemahan Pak Lah telah mengecewakan ramai kerana beliau
lebih lemah kepimpinan dari Pak Lah.
Malahan sekarang ini semakin nyata yang Pak Lah adalah lebih baik dari
Najib yang sedang diusahakan oleh setengah pihak dalam UMNO untuk
menyingkirkan beliau sekarang. Tetapi jika Najib digantikan oleh
Muhyiddin untuk mengekalkan tradisi peralihan kuasa seperti yang lazim
dilakukan itu, kita akan mendapat kepimpinan yang lebih lemah dari Najib
pula.
Kita perlu ingat siapa sahaja dikalangan kepimpinan tertinggi UMNO itu
adalah dari acuan yang sama yang dibentuk oleh Dr Mahathir dahulu dan
hasilnya akan sama sahaja seperti yang kita nampak terhasil dari
kepimpinan Najib hari ini. Menggantikan Najib dengan kepimpinan yang
dari satu acuan itu samalah seperti tidak mengubah kepimpinan.
Sekarang ini isunya ialah untuk menukar acuan kepimpinan UMNO itu. Kita
memerlukan acuan baru supaya bentuk kepimpinan itu akan berupa bentuk
acuan yang baru. Acuan yang baru itu akan membentuk nilai dan cara
berkepimpinan yang baru dan akan membawa ‘ambience’ politik yang baru.
Sekarang ini masalah rakyat termasuk yang berada di dalam UMNO itu
sedang mengalami keadaan murung yang sama sejak lama dahulu.
Kita memerlukan acuan atau ‘mould’ kepimpinan yang baru dan semestinya
pemimpin itu wajar dari orang yang tidak termasuk dalam acuan binaan Dr
Mahathir itu supaya pemimpin itu boleh membina acuan untuk politik yang
baru untuk negara khususnya untuk UMNO itu.
Membawa acuan baru akan membawa ‘environment’ yang baru dan dengan cara
itu UMNO boleh menghilangkan persepsi yang sudah keterlaluan buruknya
yang kita rasakan sekarang. Berada dalam ‘environment’ dan situasi baru
sahaja boleh mengalihkan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO itu. Atas
tujuan itu jangan lah masih ada mereka-mereka yang berada dalam acuan
lama dahulu kerana ia akan membantutkan usaha membawa UMNO kedalam
‘environment’ yang baru itu.
Apa yang terpenting bagi UMNO sekarang ialah untuk menghilangkan
persepsi buruk rakyat terhadapnya itu. Hilangkan persepsi buruk itu
dahulu barulah UMNO boleh menaruh harapan untuk menjadi parti yang
relevan kepada rakyat dihari muka. Persepsi buruk itu tidak mungkin
dapat dihilangkan oleh barisan pimpinan yang membina persepsi buruk itu
sendiri.
Jika pimpinan itu diserahkan kepada seorang ahli Legislatif yang
berpengalaman dari UMNO yang tidak terpalit dengan isu rasuah dan salah
guna kuasa itu maka bolehlah kita berada di dalam 'ambience’ yang baru
itu dan dengan sendirinya rakyat akan merasakan berada di dalam
situasi dan keadaan yang lebih meyakinkan dan sekali gus boleh
melupakan politik yang kita rasakan pada hari ini.
Rakyat akan dapat merasakan seperti mereka berada dalam negara dan
siasah baru dan bersama-sama membina negara tanpa perasaan prejudis
terhadap kepimpinan negara lagi. Kepimpinan yang membawa aura yang baru
itu akan sekali gus boleh menyelesaikan dan memperbaiki perhubungan
diantara negeri-negeri dalam Persekutuan terutamanya dengan Sabah dan
Sarawak yang merupakan ‘equal partner’ dengan Persekutuan Tanah Melayu
itu.
Semua isu-isu lain yang berkait dengan agama dan bangsa yang kini
sangat banyak dipersoalkan oleh rakyat boleh di selesaikan secara
‘parallel’ dengan isu-isu mendesak yang lain.
Sesungguhnya menggantikan dengan pihak lain yang tidak mempunyai
kekuatan yang sebenarnya tidak akan membawa apa-apa perubahan. Malahan
yang kekal adalah perbalahan yang tidak sihat yang akhirnya akan
meletihkan rakyat dan mereka akan menjadi mangsa politik peribadi
pemimpin yang tidak berkesudahan. Sekarang sudah sampai waktu dan masa
bagi pemimpin-pemimpin dari kedua-dua belah pihak ditarbiahkan dengan
politik yang baru dan mengakui perbalahan diantara mereka kini tidak
membawa rakyat kemana-mana.
Tinggalkan politik dan penggiat politik yang ada pada hari ini. Selepas
mengalihkan politik kita ke ‘environment’ yang baru maka barulah rakyat
dan negara memulakan langkah untuk maju kehadapan bagi pembangunan
siasah yang baru yang lebih meyakinkan, insyaallah.
Artikel berkaitan : "Boleh kah BN atau PR mendapat sokongan 'legitimacy' 2/3 di hari mendatang?"
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
BR1M : Penyokong PR, Ketua Pemuda Gerakan Ni Cakap Lu Orang Lidah Bercabang Beb
Posted on Monday, February 24 @ 22:50:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Alamak beb!!!... Ketua Pemuda Parti Gerakan Tan Keng Liang ni cakap lu orang LIDAH BERCABANG lah beb, sebab dulu lu orang yang KUTUK-KUTUK tapi sekarang lu orang lah yang paling BEREBUT-REBUT Memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tu.
Beliau suruh lu orang IKTIRAF yang BR1M adalah LANGKAH BETUL Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Membantu Rakyat atas sebab DANA BR1M adalah dari HARTA PUSAKA MAK BAPAK dia bersama Umno And The Gang... kah kah kah!.
Macam manalah Ketua Pemuda Parti yang hampir nak MAMPOS ni tak MARAH beb, sudah lah BR1M dari Harta Pusaka Mak Bapak dia dan Umno And The Gang, lepas tu lu orang bukan nya nak BERTERIMA KASIH ke malahan lu orang KUTUK-KUTUK pulak lagi. Kalau gua jadi beliau pun gua Marah beb, sudah lah Harta Pusaka Mak Bapak gua habis tapi usahkan untuk dapatkan Ucapan Terima Kasih dari lu orang malahan KENA KUTUK lagi tu. TAK PATUT TAK PATUT... kesian dengan beliau beb... kah kah kah!.
Oiiii LENG CHAI berapa banyak itu Wang lu punya Mak sama Pak sudah habis untuk itu BR1M... lu cerita lah sama gua berapa BILION. Atau lu punya MABUK YAM SENG belum lagi habis ka, setahu gua itu Kong Xi Fa Chai sudah lama habis. Berapa banyak itu SAN MIGUEL anak Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis lu sudah minum, apa itu San Miguel lu dapat FREE ka apa. Berapa TONG DRUM itu anak Tun Mahathir sudah kasi sama lu sampai lu punya Kepala boleh MERENG macam orang MINUM SAMSU HARAM Leng Chai... kah kah kah!.
Leng Chai lu tahu tak lu antara Orang Cina MINORITI yang BODOH kerana masih bersama Umno And The Gang, manakala MAJORITI Orang Cina yang PANDAI tak kan mahu bersama dengan Umno And The Gang lah Leng Chai. Antara sebab Orang Cina yang Pandai tak mahu bersama Umno And The Gang ialah itu Tun Mahathir ada cakap "SUDAH BERPULUH TAHUN YANG CERDIK PANDAI TAK MASUK UMNO". Lu kalau mahu tahu apa itu maksud cakap Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis lu sendiri boleh tanya sama lu punya sahabat dari Umno... kah kah kah!.
Dulu gua Ingat semua Orang Cina adalah PANDAI lu tahu tak Leng Chai, tapi lu sudah bagi tahu gua yang gua adalah SILAP kerana masih ada Orang Cina yang Bodoh seperti lu. Kalau kebanyakkan dalam Umno adalah BODOH MELANTUN MACAM itu GETAH SCRUB memang patut, sebab dia orang sudah terlalu banyak Makan itu LEMBU NFC punya Otak sama itu OTAK UDANG dari Noh Omar punya Kolam. Tapi lu gua tak pasti apa pasai sama Bodoh macam itu Kebanyakkan dalam Umno, apa lu pun ada makan sekali ka itu Lembu NFC punya Otak sama itu Otak Udang dari Noh Omar punya Kolam... kah kah kah!.
http://inderasipejuang.blogspot.com/
hemmmmm..... itu sebab orang tak bagi berkawan dengan umno beb, tengok aje le ketua pemuda parti gerakan ni... kenyataan dan kata-kata tak jauh beza nya dengan spicies umno yang bebal melantun-lantun macam getah scrub tu... kah kah kah... A B U."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Monday, February 24 @ 22:50:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sahabet2 nur...setelah mendapet brim dirompak dan dibunuh..OHH MALAYSIA TANAH AIR KU....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan