Khamis, 20 Februari 2014

JANGAN BUAT PEKAK....BISU DAN BUTA

[BONGKAR..] PUOK MELAYU-UMNO Pewaris & Pelopor Pusat Judi Terbesar Dunia..!!!!!!! HIDUP UMNO!!! HIDUP MAKSIAT!!! HIDUP JUDI!!!!

BEZA 2 KERAJAAN: Kerajaan Cina-DAP & meLAYU-UMNO

Kpd Penyokong Tegar OTAK KARAT BIRU anda patut bersyukur & bangga, TANPA BAPAK2 UMNO INI MAKA TIADANYA PUSAT JUDI TERBESAR DUNIA !!!!!

Selagi pusat judi itu berpijak di bumi Allah selagi itulah 'saham' darinya akan kamu terima sehingga hari Kiamat atau robohnya pusat judi tersebut!!!!.. Astaghfirullah

INILAH CONTOH NEGARA ISLAM TERKEMUKA DUNIA!!!

Top-10 casinos by number of employees
http://www.casinocitytimes.com/news/article/top-10-casinos-by-number-of-employees-171206

Azhar Redang added a new photo.



KERANA AHLI UMNO?!!! Kasim Ahmad terlepas dari laporan polis UMNO, PERKASA, ISMA..JATI DAN NGO PRO UMNO,Mufti????????

DI MANA UMNO...?? Hanya isu terpilih menjadi DAKYAH.. 1. Video Teressa Kok di dakwa menghina Perdana Menteri. NGO dan penyokong Umno sibuk buat lapuran polis. Satu NGO yang mendakwa membela Islam menyembelih ayam untuk di sapu darah pada banner dan membuat tawaran kepada sesiapa yang boleh menampar Teressa Kok akan di berikan RM 500. 2. Dakwaan Kuliah menghina Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Seorang Ust di dakwa berpolitik di dalam Masjid kerana di anggap menghina Khairy Jamaluddin. Exco Agama Kedah buat lapuran polis. 3. ISU Kalimah Allah. PERKASA, UMNO dan lain-lain NGO Pro BN sibuk dengan lapuran polis dan pelbagai lagi kecaman bermula sebelum PRU13 sehingga sekarang sambil bertempik mendabik dada kononnya mereka membela Islam.. 4. Isu Kangkung. Replika Najib di sumbat kangkung. Himpunan di adakan oleh juak-juak Umno di Pulau Pinang sambil memberi amaran tragedi 13 Mei 1969 boleh berulang kembali.. 5. HImpunan TURUN malam tahun baru 2014. Mufti Harussani mengeluarkan kenyataan, darah peserta TURUN halal kerana mereka adalah BUGHAH (Pendehaka). 6. Kassim Ahmad hina Nabi MUHAMMAD SAW....! UMNO, MUFTI, PERKASA DAN NGO YANG MENDAKWA MEMBELA UGAMA ISLAM dimana...??? Retorik mereka dalam memperjuangkan Ugama semakin jelas..!!
Hadir utk bantah! Sebar seluasnya dan ajak seramai mungkin.

 5:58PM - 20 Feb 2014

Penganalisa: BN tak perlu tanding PRK Kajang


Barisan Nasional (BN) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, jika tidak mahu dilihat 'menari mengikut paluan gendang PKR'.
  
Beberapa ahli politik dan penganalisis politik berpendapat BN perlu membuat kajian mendalam agar tidak terperangkap dalam permainan politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Malah terdapat desakan supaya Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak memegang ketetapan pucuk pimpinan BN yang tidak bertanding dalam PRK DUN Penanti, Pulau Pinang pada tahun 2009 kerana kekosongan kerusi itu bukan disebabkan oleh peruntukan perlembagaan.   
  
PRK DUN Penanti pada tahun 2009 diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR dengan alasan melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan rasuah.
  
Timbalan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat BN perlu lebih fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan menyusun struktur ekonomi negara daripada melayan kerenah politik pembangkang.
  
"Pada pandangan saya secara peribadi, biarlah Pakatan Rakyat terus bermain dengan politik mereka sementara BN terus berkhidmat pada negara dan membela nasib rakyat," katanya dalam laman blog beliau hari ini.
  
Salleh berkata BN perlu menimbang untuk tidak meletakkan calon di Kajang kerana PRK itu pada realitinya diadakan untuk memenuhi politik nafsu Anwar.
  
"Oleh kerana Kajang dikatakan kawasan (kerusi tradisi) MCA, kita berpandangan MCA perlu fokus kepada usaha memperkukuh parti di bawah kepimpinan baru dan memberi tumpuan persediaan menghadapi PRU akan datang," katanya.
  
PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lepas.
  
PKR menamakan Anwar sebagai calon parti itu, sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, turut menyatakan hasrat bertanding di PRK itu sebagai calon bebas.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac ini sebagai hari mengundi dan penamaan calon pada 11 Mac.
  
Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie pula berkata PRK Kajang merupakan satu pembaziran yang hanya diwujudkan secara paksa demi menyelesaikan krisis dalam PKR.
  
Beliau menyifatkan PRK yang 'dicipta' pembangkang dengan memaksa seorang wakil rakyat meletak jawatan tanpa sebarang alasan munasabah demi kepentingan rakyat sebagai menghina demokrasi negara.
  
"Maklum balas yang saya terima daripada akar umbi, kalau kita bertanding, kita akan mengikut rentak mereka. Ia merugikan negara sedangkan wang itu boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan bantuan kepada orang miskin," katanya ketika dihubungi.
  
Tambahnya, MCA yang baru sahaja selesai menjalani pemilihan parti perlu diberi lebih peluang dan usaha untuk fokus kepada transformasi parti dan seterusnya menambah baik penyampaian kepada rakyat.
  
Dalam pada itu, Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata lebih baik PRK DUN itu diboikot semua pihak jika peletakan jawatan penyandangnya tanpa alasan kukuh tidak disiasat dan diambil tindakan perundangan.
  
"Bukan niat kita hendnak memboikot demokrasi tetapi perlu ada penghormatan kepada undang-undang.
  
"Ini bukan soal takut, atau soal siapa hero atau tidak. Kalau nak jadi hero lebih baik masuk gusti, ini lebih kepada strategi politik, kalau tak ada keperluan dan kepentingan maka lebih baik sahaja elak pertandingan," katanya.
  
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian pula berkata BN sebelum ini pernah tidak bertanding di Penanti berikutan senario yang agak sama yang berlaku di Kajang ketika ini.
  
"Presiden dah pernah buat ketetapan di Penanti, pada ketika itu beliau berkata BN tidak akan bertanding kerusi itu yang sengaja dikosongkan dan bukannya disebabkan faktor-faktor seperti dalam peruntukan perlembagaan," katanya.
  
Sivamurugan berpendapat BN seeloknya terus berpegang kepada ketetapan itu yang secara tidak langsung dapat mempamerkan kematangan yang lebih berkualiti.
  
Sementara itu, Persatuan Alumni UiTM dalam satu kenyataan menyifatkan PRK DUN Kajang suatu yang tidak perlu dan dipaksakan ke atas pengundi kawasan itu yang baru sahaja mengundi tidak sampai setahun lepas.
  
"Ia menodai prinsip dan amalan demokrasi. Oleh demikian, BN tidak perlu mengambil bahagian dalam PRK tersebut," menurut kenyataan itu.

- Bernama




Thursday, 20 February 2014


PRK KAJANG ... HASIL KAJI SELIDIK PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA UNIVERSITI MALAYA (Umcedel) DAPATI KERJA PARA PENYOKONG UMNO MAINKAN ISU KALIMAH ALLAH ADALAH SIA-SIA SAHAJA.



Isu kalimah Allah tidak akan berjaya meraih lebih undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini apabila 55% pengundi di kawasan itu mengambil pendirian menolak isu itu sebagai alasan untuk menyokong parti pemerintah, menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kaum Melayu paling ramai menolak isu itu untuk menyokong BN dengan 60% responden manakala Cina 54% dan India 36%.

“Penduduk kampung paling ramai menolak isu itu dengan 85% manakala penduduk kuarters kerajaan dan apartment di Kajang sebanyak 65%,” katanya dalam satu sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Seramai 576 responden yang merupakan pengundi di Kajang menyertai kajian itu yang diadakan hujung minggu lalu membabitkan semua 16 kawasan daerah mengundi.

Antara isu lain yang turut dikaji Umcedel adalah kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada sokongan terhadap BN dan isu kenaikan harga barang yang menambahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Jadi selama ini macai-macai UMNO dari Perkasa, Jati, Pekida, PPIM buat kerja bangang bin bahalol bin biol bin badigol ... Isu sembelih ayam lumur darah itu pun dikatakan akan menyembelih UMNO/BN di PRK Kajang nanti.

BR1M ambil dan rembat tapi undi tetap pada Pakatan Rakyat.



Warkah Maaf Dari Ammar Untuk Ibu Di Sweden


Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang terutamanya Shalwati Norshal. Azizul Raheem Awalludin , yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal , didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.ammarshalwatiPegawai Kedutaan Malaysia , adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.

Warkah Maaf daripada Ammar buat Ibu

” Ibu, saya minta maaf. Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “ – Ammar ( anak kedua pasangan itu )

Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Rakaman Video Ammar kepada Polis

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata dia dipukul ‘lebih seribu kali’ dalam masa setahun. Ammar turut mengaku ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka.

Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.

“Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah,” kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar).

Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapak kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.

Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir dan suaminya menundukkan kepalanya.

Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya.

Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia ‘layak dipukul’ kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan.

Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri.

Perbicaraan disambung pada Khamis.

Dakwaan 

Pegawai pendakwaan,  Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati , bermula dengan dakwaan menggunakan penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani untuk memukul anak mereka. Beliau juga menggariskan tuduhan terhadap Azizul , termasuk menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Bagi pertuduhan lain, beliau berkata Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.

Gantirugi

Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).

Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu.

Nasi sudah jadi bubur

Seperti peribahasa di atas, kes ini semuanya bermula daripada pertembungan budaya serta sikap anak-anak yang sering memberontak. Seperti semuanya sudah terlambat untuk Ammar mengakui kesilapannya. Apapun, kita doakan pasangan Malaysia, Puan Shalwati dan En. Azizul dilepaskan daripada semua pertuduhan. Semoga kes ini menjadi iktibar kepada setiap keluarga di negara ini.

Sumber


PERANGI GOLONGAN ANTI HADIS”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (الحشر:٧)

Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu ambil dan apa sahaja yang ditegah oleh Rasul hendaklah kamu jauhi.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI,

Saya memperingatkan diri saya sendiri khususnya dan sidang Jemaah sekelian agar kita sentiasa menginsafi diri bahawa hakikatnya diri kita semua semakin hampir untuk dijemput menemui Allah SWT. Marilah kita berfikir sudah cukupkah bekalan kita untuk menemui Nya? Oleh sebab itu tiada cara lain untuk membuat persediaan ini dan janganlah bertangguh-tangguh lagi, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha kita mentaati segala perintah Allah dan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi dan meninggalkan segala larangannya.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Masyarakat Islam sentiasa berhadapan dengan berbagai ancaman daripada musuh-musuh Islam samada dalam bentuk fizikal, kerohanian dan pemikiran. Walaupun secara fizikalnya Umat Islam diganyang di serata dunia, namun ancaman pemikiran yang turut kita hadapi pada hari ini bukanlah satu ancaman yang boleh dipandang ringan. Malah dari segi kesan jangka panjang, ancaman pemikiran ini jauh lebih perlu dibimbangkan lantaran kesannya menjalar bukan sahaja memjejaskan amalan dan ibadat ummat malah boleh menjejas aqidah ummat sehingga menjejaskan nasib kita di akhirat.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Di antara ancaman besar terhadap pemikiran dan aqidah Umat Islam pada hari ini adalah serangan pemikiran golongan anti hadis yang sesat dan menyesatkan. Isu yang terbaru dan hebat diperkatakan pada hari ini adalah kenyataan tokoh anti hadis, Dr Kassim Ahmad dalam Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana yang dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadyang begitu jelas menampilkan pemikiran anti hadisnya dan menyebarkan fahaman sesat beliau.

SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Nama Kasim Ahmad bukanlah nama baru dalam persoalan ini. Melalui buku tulisan beliau; Hadis - Satu Penilaian Semula yang diharamkan pada tahun 1986, sepakat ulamak menganggap beliau sebagai sesat sehingga beliau menyepikan diri dan mula menonjolkan diri semula dengan pemikiran dan iktikad yang sama.

Melalui penulisan-penulisannya laman sosial beliau menyenaraikan berbagai kesilapan Umat Islam. Antaranya adalah seperti berikut :

(1) Umat Islam pada hari ini mengikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama sebagaimana penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.

(2) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795).

(3) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran.

(4) Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka memakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Kassim juga berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk.

SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Allah menegaskan dalam firmanNya:

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ (النساء:٨٠)
Barangsiapa yang taat kepada rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.

Rasulullah saw menjelaskan peranan ulamak dalam hadisnya :

إنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ

Sesungguhnya Ulama’ pewaris para nabi.
(Hadis Sohih riwayat Imam Tarmizi).

MUSLIMIN MUSLIMAT SEKELIAN,

Akibat menolak hadis dan menggunakan akal fikiran semata-mata beliau mengeluarkan pandangan yang tidak munasabah sama sekali. Kalau rambut tidak perlu ditutup semata-mata kerana ianya perlu dibasuh ketika wudhuk nescaya seluruh badan juga tidak perlu ditutup kerana kita diperintah untuk membasuhnya ketika mandi hadas.

Kerana menyangka bahawa pemikiran mereka begitu bagus, maka mereka mencabar para ulamak untuk berdebat. Ini adalah kaedah mereka untuk mencari populariti. Golongan seperti ini tidak layak langsung untuk dibawa berdebat ibarat mereka yang mendakwa 2 campur 2 bersamaan dengan 5. Lalu mereka mendakwa itu hak kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan mengajak sesiapa sahaja untuk berdebat dengan mereka. Janganlah kita membuang masa berdebat dengan golongan seperti ini melainkan selayaknya bagi mereka disumbat ke penjara sehingga mereka bertaubat atau mati dalam mempertahankan kesesatan mereka.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن

قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu, menjadi penolong-penolong, dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 57).

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Kerajaan mesti bertindak tegas bagi menghapuskan golongan anti hadis ini dari bumi bertuah ini. Menolak hadith sekaligus menolak baginda nabi Muhammad salla allahu ‘alaihi wasallam sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam Al-Quran. Menolak hadith bererti menolak Al-Quran kerana Allah memerintahkan nabi menjelaskan Al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadith dan sunnahnya. Al-Quran sendiri disampaikan kepada kita melalui lisan para sahabat yang turut meriwayatkan hadis. Maka jika kita meragui riwayat para sahabat maka kita juga terpaksa menolak Al-Quran yang juga dibawa oleh mereka.

Jelaslah bahawa sesiapa yang menolak hadith adalah juga menolak Al-Quran dan iktiqad sebegini membawa kepada murtad secara pasti. Ikutilah sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendahulukan tugas memerangi golongan sesat berbanding tugas-tugas lain sebaik sahaja mendapat kuasa pemerintahan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Fadhilat Surah Al-Kahfi

by admin

Soalan :
Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari jumat ? :

Jawapan :
Al-Qur`an adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Qur`an diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.
Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya :
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.
Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.
Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnahRasulullah SAW ini.




Foto: Guru Sekolah Pondok Meninggal Dunia Ketika Solat Jemaah


MENINGGAL dunia sewaktu sedang solat adalah antara cara kematian yang mungkin diimpikan oleh ramai orang.
Itulah yang terjadi di Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan apabila seorang guru pondok yang dikenali sebagai Mahama Jehma menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sedang menunaikan solat berjemaah.
Headlines by FeedBurner
hajiBerusia 50 tahun, beliau yang mengajar di Sekolah Pondok Gupong, Weng, Thailand ketika itu dikatakan dalam keadaan Qiam (berdiri betul) pada rakaat pertama.
Keadaannya yang dijemput Ilahi sewaktu sedang beribadah itu ternyata menimbulkan rasa terharu di hati orang ramai.
Apa pun, takziah kami ucapkan dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…
Oleh: ELZA
(Sumber: Facebook Oh! Media)




Awas Kepada Pelabur Emas & Forex, Semak Senarai Terbaru Syarikat Tidak Berlesen Dari BNM Disini


Hati-hati dengan penipuan
Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengemaskini senarai terbaru syarikat-syarikat serta website yang tidak berlesen dan tidak mendapat kelulusan dari pihak BNM untuk melakukan aktiviti-akiviti yang berkaitan dengan perundangan kewangan dibawah kawalan BNM.
Antara syarikat baru yang dimasukkan di dalam senarai  yang dikemaskini pada 19 Februari 2014 tersebut adalah seperti…
  • Agarwood Venture
  • Axis Capital Corporation Ltd
  • Build Rich Investment Group Ltd
  • Cash Deal Sdn Bhd (Boss Venture)
  • Darul Emas Perak Bhd
  • Profit Web Sdn Bhd
  • Public Golden House Sdn Bhd (806825-M)
  • Retro Titan Sdn Bhd
  • RN Corporate Services Sdn Bhd
Terdapat 143 syarikat yang disenaraikan di dalam senarai “AWAS” tersebut. Senarai penuh boleh dilihat di URL berikut.  http://www.bnm.gov.my/documents/2014/190214_FCA_en.pdf
Kebanyakkan syarikat yang disenaraikan adalah syarikat berkaitan pelaburan forex dan juga emas. Oleh itu, kepada pengguna yang ingin melabur di dalam forex dan emas, sila berhati-hati dan pastikan syarikat tempat anda membuat pelaburan tersebut tidak termasuk di dalam senarai diatas.
RM 8 juta.. 10 murid.

 
Musa Sheikh Fadzil yg hasut warga emas P.Pinang memulangkan wang ehsan RM100 dari kerajaan P.Pinang yg didakwanya konon wang judi rupa-rupanya seorang penipu yang jual/tipu harta dan tanah Melayu.

Sampai bila melayu nak kena tipu dengan mamak umno ni?

Tiada ulasan: