Kerana Nafsu Tidur, Isteri Menyesal Sepanjang Hayat Suami Pergi Tanpa Kata
On
23 Feb, 2014 In
Santai
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tanggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Sekadar gambar hiasan
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jam 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. Saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”
Wallahhualam….
Semoga si suami redha dan dapat mengampunkan dosa si isteri, isteri solehah dan semulia ini, moga setiap doa nya diterima Allah S.W.T dan sentiasa dirahmati olehNya..
Sumber
Umie Aida, Duta Double Stemcell Kata Mazidul Fitnah, Akan Ambil Tindakan
Pendedahan penipuan produk Double Stemcell – Phytoscience menjadi
viral di media sosial beberapa hari lepas. Ianya hasil pendedahan dari
wartawan TV3 yang juga blogger nyaris menjadi mangsa penipuan bisnes
berkonsepkan MLM ini.
Dari
masalah status logo halal, hinggalah ke status logo SIRIM dan ‘lesen’
pelepasan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dirungkai dan didedahkan
oleh Mazidul tanpa ada sebarang penjelasan dari pengeluar produk
terbabit.
Mahu tidak mahu, akhirnya orang
‘nombor dua’ Double Stemcell terpaksa tampail memberi penjelasan dan
penafian mengenai dakwaan Mazidul itu, iaitu Umie Aida.
Datin Paduka Umie Aida tampil
memberikan respon melalui akaun Instagramnya. Beliau mengajak para
pengguna dan pengedar agar mengabaikan artikel yang dianggap sebagai
“gosip” itu. Datin Paduka Umi juga mengatakan pihak PhytoScience akan
mengambil tindakan secepat mungkin.
Baca penjelasan ‘lemah’ Umie Aida di bawah:
“@rosejukirose
biarkan gossip2 tu.. Pihak kami akan mengambil tindakan secepat mungkin
dear.. teruskan usaha murni mu mencari duit yg halal.. me doakan mu
bakal jutawan !! Aminn”
Siapalah Uci ini nak mempertikaikan kelulusan sesorang penyelidik itu
yang mana kedudukan dirinya hanyalah sebagai seorang peserta MLM?
Tidak
kurang juga yang tampil mempertikaikan dakwaan yang dilabelkan sebagai
‘fitnah’ itu, Uci Qhairul mempertikaikan kelulusan individu yang bernama
Abd Aziz Ibrahim yang juga tampil membongkarkan penipuan produk Double
Stemcell (RUJUK SINI) itu benar atau dia dibayar untuk memburukkan DCS.
Dek keceluparan Uci, tampil pula Farril Fardan mempertahankan Dr.
Abd Aziz Ibrahim dengan memberikan bukti bahawa beliau sememangnya
seorang pengkaji.
Dalam persoalan yang diutarakan, Uci menyangkal status penyelidik tersebut. Malah persoalannya seperti printscreen diatas langsung tidak menjawab satu pun pertanyaan ditimbulkan Dr. Abd. Aziz.
Akhirnya,
persoalan beliau dimatikan oleh seorang pengkomentar yang memberikan
bukti kredibiliti Dr. Abd Aziz sebagai seorang pengkaji seperti
printscreen dibawah:
Semenjak
isu penipuan Double Stemcell ini dibongkar, ramai ‘agen2 MLM DCS’ ini
melenting kononnya ada pihak cuba menabur pasir di periuk nasi mereka.
Walaupun
Kementerian Kesihatan dan JAKIM telah membuat penafian memberi ‘lampu
hijau’ kepada produk DCS berkenaan, masih ramai juga yang cuba
menegakkan benang yang basah.
Selagi
pengeluar produk berkenaan tidak tampil memberikan bukti bahawa produk
Double Stemcell itu benar dan sahih, selagi itu pendedahan yang
dilakukan oleh Mazidul dan Dr. Abd Aziz Ibrahim akan digunakan dan akan
memberikan kesan yang negatif kepada perniagaan produk tersebut.
Jangan
kerana rasa tamak dan mahu cepat kaya, hal-hal seperti halal
diketepikan. Apa yang memalukan, rata-rata yang menjadi ‘agen’ kepada
DCS adalah bangsa melayu. Entah apa yang ‘taukey cina’ tu gunakan untuk
agen2 melayu ini sujud kepadanya? – My Media Hub (asalTengokTVOnline)
Sumber : My media lab
“Marwan dan ibunya kini dalam keadaan selamat setelah menyeberangi sempadan Jordan,” kata Andrew Harper, wakil UNHCR di Jordan dalam akaun media sosial Twitter.
Bersama ibunya Marwan tinggal di pusat pelarian Zaatari bersama 100 ribu pelarian Syria lain. Menurut UNHCR sebanyak 2.5 juta pelarian Syria kini bertebaran di Timur Tengah.
Pada November lalu UNHCR melaporkan ada lebih dari 70 ribu keluarga pelarian Syria yang hidup tanpa ayah mereka. Lebih dari 3,700 pelarian anak-anak disahkan terpisah dari kedua orang tuanya.
Pembicaraan damai memang telah gagal, tapi harapan hidup bagi anak-anak pelarian Syria harus terus berlanjut.
Budak Syria 4 Tahun Berjalan Seorang Di Padang Pasir: Rupanya Kita Tertipu!
February 25, 2014 By
Budak Syria 4 Tahun Berjalan Seorang Di Padang Pasir: Rupanya Kita Tertipu!
Gambar atas yang di hebohkan oleh media masa yang mengatakan seorang kanak-kanak Syria berjalan
berseorang merentasi padang pasir. Dan Gambaran sebenar di jelaskan
kembali menyatakan sebenarnya kanak-kanak itu tidak bersendirian. Lihat
gambar di bawah.
Media-media masa baru-baru ini ada menyebut tentang seorang budak
empat tahun yang berasal dari Syria itu kelihatan sedang berjalan di
tengah padang pasir sambil membawa beg plastik. Foto Marwan sedang
berjalan sendirian itu beredar di Internet dan mendapat banyak
tanggapan.
Kejadian
sebenarnya yang terjadi, Marwan dan keluarganya yang terpisah berjarak
20 langkah di hadapannya, sedang menuju sempadan Jordan untuk menuju
tempat perlindungan UNHCR hujung minggu lalu, seperti yang dilaporkan
oleh stesen televisyen Al Arabiya, isnin (17/2).
Sehari
selepas rundingan damai Kedua di Geneva, Switzerland, gagal para
pelarian Syria berbondong-bondong melintasi gurun panas untuk menuju
sempadan Jordan. Di sana mereka ditempatkan Badan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa untuk urusan Pelarian (UNHCR).
Marwan bersama kira-kira 600 hingga
seribu pelarian lain menyeberangi padang pasir ke Jordan, tempat lebih
dari 500 ribu warga Syria menjadi pelarian.“Marwan dan ibunya kini dalam keadaan selamat setelah menyeberangi sempadan Jordan,” kata Andrew Harper, wakil UNHCR di Jordan dalam akaun media sosial Twitter.
Bersama ibunya Marwan tinggal di pusat pelarian Zaatari bersama 100 ribu pelarian Syria lain. Menurut UNHCR sebanyak 2.5 juta pelarian Syria kini bertebaran di Timur Tengah.
Pada November lalu UNHCR melaporkan ada lebih dari 70 ribu keluarga pelarian Syria yang hidup tanpa ayah mereka. Lebih dari 3,700 pelarian anak-anak disahkan terpisah dari kedua orang tuanya.
Pembicaraan damai memang telah gagal, tapi harapan hidup bagi anak-anak pelarian Syria harus terus berlanjut.
Sumber : Awesomer News
Miri: Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta
terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar
bogel dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak
seminggu lalu.
Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya.
Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.
Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.
Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan ke YouTube.
“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.
“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan hubungan mereka,” katanya.
Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin - Hmetro Online
*Gambar hiasan
Serang kononnya DSAI dan KEADILAN sudah tidak relevan dalam politik arus perdana tetapi beratus ahli UMNO yang masuk KEADILAN tetapi tidak disiarkan oleh semua media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN.
MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di sini.
Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran Impian.
Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.
Menurutnya, pembangunan dan kemajuan prasarana itu hanya boleh dilakukan oleh PKR selepas pemimpin Umno setempat gagal berbuat demikian meskipun tidak pernah kalah dalam pilihan raya bagi kesemua kerusi di Parlimen Maran.
“Lebih 30 tahun saya menyokong Umno tetapi pembangunan Maran jauh mundur daripada daerah lain.
“Ini membuktikan Umno tidak mampu menyediakan prasarana lebih baik kepada penduduk seperti hospital, kilang untuk peluang pekerjaan, institut pengajian dan sebagainya.
“Parlimen Maran tidak pernah kalah dan merupakan kubu kuat Umno di negeri ini namun apa yang mereka beri kepada pengundi semula?,” katanya.
Bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umbi Bahagian, Ahmad Suhor Awang berkata, visi dan perjuangan PKR lebih jelas untuk keadilan semua rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.
Menurutnya, Maran seakan tersisih dari sebarang kemajuan walaupun berada di bawah penguasaan Umno.
“Masyarakat di sini sudah sedar dan semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno apabila gagal membangunkan Bandar Maran.
“Golongan muda tagih peluang pekerjaan dan perkara ini telah lama disuarakan dalam Umno.
“Tapi suara akar umbi itu tidak mendapat perhatian dan jika Umno terus memerintah, sampai bila-bila Maran tidak akan berubah,” katanya.
Baca sebentar, Analogi menarik drp Tuan Ibrahim Tuan Man:
Jemaah ni seperti seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek.
Bila guna penyapu, lidi yang pendek ni tak akan kena pada sampah. Tak kotor sikit pun.
Namun, kalau kita cabut semua lidi yang pendek yang macam tak berguna ini, penyapu itu akan jadi kecil & mungkin jadi longgar lalu terburai.
Maka ketahuilah bahawa yang pendek itu, fungsinya bukan untuk melaksanakan kerja, tetapi untuk mengukuhkan ikatan jamaah. Maka jangan dengki pada sahabat2 yang seperti tak berperanan, kerana mereka mungkin adalah lidi yang pendek itu.
"Monolog ss ("_)
* sedia & setia nampak sama maksudnya,tapi berbeda intipatinya.
Bilamana ditaklif amanah,harus jalankan amanah tersebut dgn sebaik mungkin,perlu susun atur perancangan agar semua list planning tersebut akan dilaksana dan terlaksana insyaallah.
Namun,jika rasa ia tidak mampu dipikul maka perlu membuat kos melepas (dlm terma ekonomi), dan mengharapkan legasi tersebut disambung dengan pimpinan yg lg baik dr sebelumnya.
Niat di hati hanya Allah yang Maha Tahu. Moga taman hati kita sentiasa BERSIH,suci,tulus,mulus lagi indah aman permai hehehe.. Ameen
Salam juang,pasak istiqomah!
Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga bermanfaat
Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar?
Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau.
Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?
Jawapan:
Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya", "pernah", tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.
Bukan kena ada lapik ke?
Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah!
Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?
Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.
Wanita boleh sertai?
Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna.
-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Mencintai isteri cara Rasulullah
FEB 12, 2014 .
Rasulullah SAW sangat mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Yang berikut adalah contoh sikap luar biasa baginda yang harus diteladani oleh setiap suami:
1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya.
Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menjahit dan menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.
Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.
Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah RA dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang kemerah-merahan) oleh baginda.
3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya menyediakan makanan.
Contoh: Suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka baginda bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?”
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini,” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.
4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul isterinya.
Contoh: Suatu ketika beliau melihat seseorang memukul isterinya. Baginda menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia.”
Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”
5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri.
Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.
Salam. Nak tanya…makanan yang dijual kat kedai yng guna pelaris tu ‘kotor’ ke?..kena elakkan makan kat situ ke?..macam mana nak tahu dia guna pelaris dan macam mana nak elakkan termakan kat kedai yg ada guna pelaris ye?..Tima kasih..^^
JAWAPAN :
Wlksm XXXXX XXXXX. Yang pertama… bergantung kepada jenis pelarisnya. Jika pelarisnya berupa ayat-ayat Quran dan doa-doa yang selaras dengan Islam, tak jadi masalah. Kalau pelarisnya berupa cara/benda yang bertentangan dengan agama, salahlah. ‘Kotor’lah dari sudut agamanya.
Kalau pelarisnya berupa benda-benda yang busuk, najis, menjijikkan…
jelaslah kotornya. Tapi biasanya pabila disebut ‘pelaris’ ni, banyak
yang ‘kotor’ dan kotor.
Sebaik-baiknya, elakkanlah makan minum di kedai-kedai yang sebegitu. Tapi masalahnya, kita pun tak tahu kedai tu berpelaris ke tidak. Kita tak boleh nak hukum sebarangan berdasarkan khabar-khabar angin.
Saya tak ada petua/ilmu untuk mengetahui sesebuah kedai tu berpelaris ke tidak. Tapi kaedah-kaedah sampingan tu adalah.
1. Kita tengok orang-orang soleh/ulama tak pergi makan pun kat kedai tu.Padahal orang biaa cukup ramai setiap hari.
2. Tuan dan pekerja kedai-kedai yg berpelaris ni BIASANYA tak menutup aurat dengan sempurna. Dan tak hirau waktu solat.
Nak elak termakan tu susah jugak, sebab kita tak tahu sesebuah kedai tu benar-benar berpelaris ke tidak. Jadi… walau di mana pun kita makan, bacalah sekurang-kurangnya Bismillah dan Bismillahillazhi layadhurru ma’asmihi syaiunfil ardi wa la fissama i wa huawassami’ul alim (3X lagi bagus).
Kalau nak panjang sikit, baca Bismillah 5. 1, Bismillahirrahmanirrahim. 2. Bismillahissyafi. 3. Bismillahilkafi.4. Bismillahil mu’afi 5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun filardhi wala fissama i wa huawassami’ul ‘alim. InsyaAllah tak ada mudarat kepada kita.
Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.
Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat.
Sumber: Abu Zulfiqar
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SELASA 25 FEBRUARI 2014
ILMU YANG BERMANFAAT
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 'ILMU YANG BERMANFAAT' DALAM ISLAM? Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا
Ertinya: “YA ALLAH. SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah merasa kenyang dan dari doa yang tidak dikabulkan.” (HR Muslim)...
Mengetahui ciri-ciri ilmu yang bermanfaat sangatlah penting... Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali menyebutkan beberapa ciri ilmu yang bermanfaat iaitu:
1] MEMBUAHKAN RASA TAKUT DAN CINTA KEPADA ALLAH... Menjadikan hati tunduk atau khusyuk kepada Allah dan merasa hina di hadapan-Nya dan selalu bersikap tawaduk...
2] MEMBUAT JIWA MERASA CUKUP (QANA'AH) dengan hal-hal yang halal walaupun sedikit....
3] MENUMBUHKAN RASA ZUHUD terhadap dunia.... Selalu mengharapkan akhirat...
4] ILMU ITU SENANTIASA DI HATINYA... Menganggap dirinya tidak memiliki sesuatu...
5] MENJADIKANNYA BENCI AKAN PUJIAN dan sanjungan manusia lain....
6] MENUNJUKKAN KEPADANYA AGAR BERWASPADA DENGAN DUNIA... Yang paling menggiurkan dari dunia adalah KEPEMIMPINAN, KEMASYHURAN DAN PUJIAN...
7] TIDAK MENGATAKAN bahawa dia memiliki ilmu, dan TIDAK MENGATAKAN ORANG LAIN ITU BODOH, kecuali terhadap orang2 yang menyelisihi sunnah dan ahlussunnah....
8] BERBAIK-SANGKA TERHADAP ULAMA-ULAMA SALAF (terdahulu)..... Mengakui KEUTAMAAN orang-orang yang terdahulu di dalam ilmu....
9] SEDIKIT BERKATA-KATA, KERANA TAKUT KALAU TERJADI KESALAHAN, dan tidak berkata-kata kecuali dengan ilmu.... bukanlah kerana mereka tidak mampu berkata2, tetapi kerana takut kepada Allah Subhanahu wa Taala....
Bertahun-tahun sudah kita luangkan waktu kita untuk BELAJAR dan menuntut ilmu... Dari peringkat rendah sampai ke peringkat tinggi... APAKAH ILMU YANG KITA PELAJARI itu, mempunyai ciri-ciri seperti di atas?...... *GAMBAR HIASAN SAHAJA*....
Foto: Sebar gambar aib dendam putus cinta
Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya.
Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.
Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.
Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan ke YouTube.
“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.
“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan hubungan mereka,” katanya.
Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin - Hmetro Online
*Gambar hiasan
Tuesday, 25 February 2014
BERITA SAHIH YANG TIDAK DI SIARKAN OLEH TV3, RTM, UTUSAN DAN BERITA HARIAN ... 174 AHLI UMNO MASUK KEADILAN.
Serang kononnya DSAI dan KEADILAN sudah tidak relevan dalam politik arus perdana tetapi beratus ahli UMNO yang masuk KEADILAN tetapi tidak disiarkan oleh semua media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN.
MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di sini.
Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran Impian.
Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.
Menurutnya, pembangunan dan kemajuan prasarana itu hanya boleh dilakukan oleh PKR selepas pemimpin Umno setempat gagal berbuat demikian meskipun tidak pernah kalah dalam pilihan raya bagi kesemua kerusi di Parlimen Maran.
“Lebih 30 tahun saya menyokong Umno tetapi pembangunan Maran jauh mundur daripada daerah lain.
“Ini membuktikan Umno tidak mampu menyediakan prasarana lebih baik kepada penduduk seperti hospital, kilang untuk peluang pekerjaan, institut pengajian dan sebagainya.
“Parlimen Maran tidak pernah kalah dan merupakan kubu kuat Umno di negeri ini namun apa yang mereka beri kepada pengundi semula?,” katanya.
Bekas ahli jawatankuasa Pemuda Umbi Bahagian, Ahmad Suhor Awang berkata, visi dan perjuangan PKR lebih jelas untuk keadilan semua rakyat dan bukan demi kepentingan peribadi.
Menurutnya, Maran seakan tersisih dari sebarang kemajuan walaupun berada di bawah penguasaan Umno.
“Masyarakat di sini sudah sedar dan semakin hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno apabila gagal membangunkan Bandar Maran.
“Golongan muda tagih peluang pekerjaan dan perkara ini telah lama disuarakan dalam Umno.
“Tapi suara akar umbi itu tidak mendapat perhatian dan jika Umno terus memerintah, sampai bila-bila Maran tidak akan berubah,” katanya.
Emy Marhin Aman was tagged in Stay Strong's photo.
Baca sebentar, Analogi menarik drp Tuan Ibrahim Tuan Man:Jemaah ni seperti seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek.
Bila guna penyapu, lidi yang pendek ni tak akan kena pada sampah. Tak kotor sikit pun.
Namun, kalau kita cabut semua lidi yang pendek yang macam tak berguna ini, penyapu itu akan jadi kecil & mungkin jadi longgar lalu terburai.
Maka ketahuilah bahawa yang pendek itu, fungsinya bukan untuk melaksanakan kerja, tetapi untuk mengukuhkan ikatan jamaah. Maka jangan dengki pada sahabat2 yang seperti tak berperanan, kerana mereka mungkin adalah lidi yang pendek itu.
"Monolog ss ("_)
* sedia & setia nampak sama maksudnya,tapi berbeda intipatinya.
Bilamana ditaklif amanah,harus jalankan amanah tersebut dgn sebaik mungkin,perlu susun atur perancangan agar semua list planning tersebut akan dilaksana dan terlaksana insyaallah.
Namun,jika rasa ia tidak mampu dipikul maka perlu membuat kos melepas (dlm terma ekonomi), dan mengharapkan legasi tersebut disambung dengan pimpinan yg lg baik dr sebelumnya.
Niat di hati hanya Allah yang Maha Tahu. Moga taman hati kita sentiasa BERSIH,suci,tulus,mulus lagi indah aman permai hehehe.. Ameen
Salam juang,pasak istiqomah!
Syabab Pas Malaya shared Salima Habibi II's photo.
jawapan bagi yang musykil ttg solat di mana mana
Jawapan bagi yang musykil ttg solat di mana mana..susulan dr program STREET DAKWAH di SOGO siang td..Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga bermanfaat
Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar?
Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau.
Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?
Jawapan:
Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya", "pernah", tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.
Bukan kena ada lapik ke?
Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah!
Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?
Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.
Wanita boleh sertai?
Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna.
-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
D'Din Din shared Pas Kawasan Lenggong Perak's photo.
Mencintai isteri cara RasulullahFEB 12, 2014 .
Rasulullah SAW sangat mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Yang berikut adalah contoh sikap luar biasa baginda yang harus diteladani oleh setiap suami:
1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya.
Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menjahit dan menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.
Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.
Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah RA dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang kemerah-merahan) oleh baginda.
3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya menyediakan makanan.
Contoh: Suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka baginda bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?”
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini,” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.
4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul isterinya.
Contoh: Suatu ketika beliau melihat seseorang memukul isterinya. Baginda menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia.”
Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”
5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri.
Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.
Mahu Elak Kedai Berpelaris
SOALAN :Salam. Nak tanya…makanan yang dijual kat kedai yng guna pelaris tu ‘kotor’ ke?..kena elakkan makan kat situ ke?..macam mana nak tahu dia guna pelaris dan macam mana nak elakkan termakan kat kedai yg ada guna pelaris ye?..Tima kasih..^^
JAWAPAN :
Wlksm XXXXX XXXXX. Yang pertama… bergantung kepada jenis pelarisnya. Jika pelarisnya berupa ayat-ayat Quran dan doa-doa yang selaras dengan Islam, tak jadi masalah. Kalau pelarisnya berupa cara/benda yang bertentangan dengan agama, salahlah. ‘Kotor’lah dari sudut agamanya.
Sebaik-baiknya, elakkanlah makan minum di kedai-kedai yang sebegitu. Tapi masalahnya, kita pun tak tahu kedai tu berpelaris ke tidak. Kita tak boleh nak hukum sebarangan berdasarkan khabar-khabar angin.
Saya tak ada petua/ilmu untuk mengetahui sesebuah kedai tu berpelaris ke tidak. Tapi kaedah-kaedah sampingan tu adalah.
1. Kita tengok orang-orang soleh/ulama tak pergi makan pun kat kedai tu.Padahal orang biaa cukup ramai setiap hari.
2. Tuan dan pekerja kedai-kedai yg berpelaris ni BIASANYA tak menutup aurat dengan sempurna. Dan tak hirau waktu solat.
Nak elak termakan tu susah jugak, sebab kita tak tahu sesebuah kedai tu benar-benar berpelaris ke tidak. Jadi… walau di mana pun kita makan, bacalah sekurang-kurangnya Bismillah dan Bismillahillazhi layadhurru ma’asmihi syaiunfil ardi wa la fissama i wa huawassami’ul alim (3X lagi bagus).
Kalau nak panjang sikit, baca Bismillah 5. 1, Bismillahirrahmanirrahim. 2. Bismillahissyafi. 3. Bismillahilkafi.4. Bismillahil mu’afi 5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun filardhi wala fissama i wa huawassami’ul ‘alim. InsyaAllah tak ada mudarat kepada kita.
Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.
Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat.
Sumber: Abu Zulfiqar
Osman Aziz was tagged in Ramli Joned's photo.
Bismillaa hir rohma nir rohimSANTAPAN ROHANI - PAGI SELASA 25 FEBRUARI 2014
ILMU YANG BERMANFAAT
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 'ILMU YANG BERMANFAAT' DALAM ISLAM? Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا
Ertinya: “YA ALLAH. SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah merasa kenyang dan dari doa yang tidak dikabulkan.” (HR Muslim)...
Mengetahui ciri-ciri ilmu yang bermanfaat sangatlah penting... Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali menyebutkan beberapa ciri ilmu yang bermanfaat iaitu:
1] MEMBUAHKAN RASA TAKUT DAN CINTA KEPADA ALLAH... Menjadikan hati tunduk atau khusyuk kepada Allah dan merasa hina di hadapan-Nya dan selalu bersikap tawaduk...
2] MEMBUAT JIWA MERASA CUKUP (QANA'AH) dengan hal-hal yang halal walaupun sedikit....
3] MENUMBUHKAN RASA ZUHUD terhadap dunia.... Selalu mengharapkan akhirat...
4] ILMU ITU SENANTIASA DI HATINYA... Menganggap dirinya tidak memiliki sesuatu...
5] MENJADIKANNYA BENCI AKAN PUJIAN dan sanjungan manusia lain....
6] MENUNJUKKAN KEPADANYA AGAR BERWASPADA DENGAN DUNIA... Yang paling menggiurkan dari dunia adalah KEPEMIMPINAN, KEMASYHURAN DAN PUJIAN...
7] TIDAK MENGATAKAN bahawa dia memiliki ilmu, dan TIDAK MENGATAKAN ORANG LAIN ITU BODOH, kecuali terhadap orang2 yang menyelisihi sunnah dan ahlussunnah....
8] BERBAIK-SANGKA TERHADAP ULAMA-ULAMA SALAF (terdahulu)..... Mengakui KEUTAMAAN orang-orang yang terdahulu di dalam ilmu....
9] SEDIKIT BERKATA-KATA, KERANA TAKUT KALAU TERJADI KESALAHAN, dan tidak berkata-kata kecuali dengan ilmu.... bukanlah kerana mereka tidak mampu berkata2, tetapi kerana takut kepada Allah Subhanahu wa Taala....
Bertahun-tahun sudah kita luangkan waktu kita untuk BELAJAR dan menuntut ilmu... Dari peringkat rendah sampai ke peringkat tinggi... APAKAH ILMU YANG KITA PELAJARI itu, mempunyai ciri-ciri seperti di atas?...... *GAMBAR HIASAN SAHAJA*....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan