Taib Mahmud letak jawatan Ketua Menteri Sarawak
pada 08-02-2014 04:02
KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah diberi mandat
oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menamakan sendiri
penggantinya selepas mengumumkan peletakan jawatan, Sabtu.
Taib berkata beliau akan membuat pengumuman "dalam masa dua hari"
selepas lima jam mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT)
PBB di ibu pejabat parti di Petra Jaya, di sini.
Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar
Mohamad Asfia Awang Nassar berkata parti itu telah meluluskan satu
resolusi dalam mesyuarat bagi memberi mandat kepada Taib untuk menamakan
seorang pengganti Ketua Menteri pilihannya.
Taib sebelum itu menyerahkan pada MKT parti serta kaukus khas bagi menentukan pengganti.
"Sesiapa yang dinamakan oleh (Taib) akan menerima sokongan sebulat suara daripada parti," katanya.
Ketika ditanya sama ada ini bermakna Taib akan meletak sebelum akhir
penggal semasa pada 2016, Asfia berkata beliau tidak menolak kemungkinan
itu.4:21PM - 8 Feb 2014
PBB sahkan Taib dicadangkan jadi TYT
Mesyuarat majlis tertinggi PBB yang
ditungu-tunggu hari ini mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri
Abdul Taib Mahmud akan dicadangkan menjadi yang dipertua negeri.
Pengerusi tetapi PBB, Mohamad Asfia Awang Nassar (kanan) mengumumkan bahawa majlis tertinggi bersetuju untuk mencadangkan Taib mengisi jawatan tersebut.
Katanya, ia sebagai menghargai sumbangan besar oleh Taib sebagai ketua menteri, bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada negara.
Bagaimanapun, Mohamad Asfia enggan menyatakan tempoh masa bila Taib akan melepaskan jawatan ketua menteri, dan hanya menyatakan "dalam tempoh masa yang munasabah".
Namun begitu, Mohamad Asfia berkata ketua menteri baru akan mengetuai BN dalam pilihan raya Sarawak yang akan datang - yang membawa maksud Taib akan berundur sebelum pilihan raya negeri yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2016.4:00PM - 8 Feb 2014

RTM henti sementara sitkom pelakon video CNY Teresa
Radio Televisyen Malaysia (RTM ) telah
menghentikan sementara penyiaran sitkom popular Cina ' Kopitiam 88 ',
yang menampilkan pelakon yang menjayakan video parodi Tahun Baru Cina
yang dihoskan oleh Teresa Kok.
Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.
Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.
"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.
Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baru Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.
Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.
RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya.
- Bernama4:49PM - 6 Feb 2014

Tawaran RM500 tampar Teresa Kok
Satu perikatan NGO dikenali sebagai
'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' menawarkan ganjaran RM500 buat
mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa
Kok dan merakamkannya.
Tawaran itu dibuat aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah yang menjadi pengacara majlis demo ringkas perikatan NGO itu berhampiran Jalan Tun Perak, tengahari tadi.
"Pada mereka yang sanggup menampar Teresa Kok akan diberikan ganjaran RM500.
"Ganjaran ini akan diberikan secara tunai kepada pemuda-pemuda yang berani mempertahankan tanahair.
"Ganjaran ini akan dikumpul dari NGO Jemaah Islam Malaysia," katanya penuh bersemangat.
Beliau mengacarakan perhimpunan itu yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.
Beliau kemudian mengetuai laungan, "Jahanam Teresa Kok!" sebanyak enam kali dan disambut oleh peserta-peserta lain.
Ia disusuli pula dengan laungan "Petualang mesti dihancurkan dari bumi bertuah ini!" yang turut diulang oleh peserta-peserta lain.
Tawaran luar biasa itu dipercayai dibuat sebagai reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.
Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.
Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.
Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .
Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.
Perhimpunan ringkas itu turut disertai beberapa NGO pro-Islam lain dan wakil-wakil mereka turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan.
Pengerusi Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API), Datuk Seri Aziz Nani menggesa pihak berkuasa bertindak ke atas Teresa Kok jika tidak mahu mereka bertindak sendiri.
"Ini semua NGO Islam, seandainya pihak berkuasa gagal bertindak terhadap Teresa Kok, kami sendiri akan bertindak seperti yang perlu pada Teresa Kok," katanya tegas.
Sebahagian peserta himpunan sebelum itu memegang poster dengan gambar ayam yang kepalanya diganti dengan kepala Teresa.4:45PM - 6 Feb 2014
Poster itu menawarkan ganjaran RM500 kepada individu pertama yang berjaya menampar Kok dan merakamkannya sebagai bukti.

NGO lumur darah ayam pada gambar pemimpin DAP, PKR
GALERI GAMBAR
Sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' hari ini menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR.
Tindakan itu dibuat dalam perhimpunan yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.
Ia berlangsung berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang ini.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu MP Seputeh, Teresa Kok, MP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 peserta itu merupakan reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Teresa dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' dan flashmob oleh Khai Loon di Pulau Pinang.
Flashmob tersebut menyaksikan sayur kangkung disumbat ke dalam mulut patung kayu dengan karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi membantah kenaikan harga barang baru-baru ini.
Wakil penganjur, Zulkifly Sharif dari Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) yang berucap sewaktu ayam-ayam itu disembelih berkata mereka yang wajahnya ada pada poster tersebut cuba memanipulasi kenaikan harga barang baru-baru ini.
"Kenaikan harga barang seperti yang dihebohkan sekarang ini adalah satu jenis propaganda bagi memburukkan kepimpinan Melayu.
"Mereka cuba mencetus kebencian dan memperkotak-katikkan kepemimpinan Melayu agar rakyat membenci dan menghina kepimpinan Melayu.
"Kami amat terkejut dengan tindakan pelampau Cina dan Kristian ini yang melakonkan imej pemimpin Melayu disumbat mulutnya dengan kangkung yang mana pemimpin-pemimpin ini telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia," katanya.
Beliau turut menggesa agar warganegara etnik Cina dan India yang tidak fasih bahasa Melayu dihalau dari Malaysia.
"Pihak kami berharap, sementelah operasi mengusir pendatang tanpa izin sedang berjalan, kami juga menyeru agar Kementerian Dalam Negeri menumpu juga terutamanya kepada rakyat Malaysia terutamanya bangsa Cina dan India yang tidak fasih berbahasa Melayu atau tidak lagi menunjukkan taat setia kepada Raja dan negara dinyah keluar daripada pertiwi ini," katanya.
Mencuri perhatian di antara peserta himpunan NGO pro-Melayu itu adalah seorang lelaki Tionghua dikenali sebagai Sunny Goh.
Memegang jawatan sebagai pengerusi perhubungan hal ehwal masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Goh menggesa pemimpin DAP agar berhenti "membuat kecoh".
"Saya bernama Mr Goh, saya mewakili rakyat Malaysia, rakyat Cina tak kira bangsa, saya minta pemimpin pembangkang jangan buat kecoh.
"Di negara-negara lain tak aman, di Malaysia sahaja aman.
"Saya mewakili Cina Malaysia dan seluruh masyarakat Malaysia berharap agar parti politik Cina tolonglah jangan cetuskan kekecohan yang tak perlu," katanya
Sebelum itu, beberapa peserta turut bertindak memijak kain rentang dengan wajah pemimpin itu.
Di akhir perhimpunan, penganjur mengedarkan lebih dua raga sayur kangkung kepada peserta himpunan dan orang ramai yang hadir pada majlis itu.
Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Zulkifly berkata tindakan menyembelih dan melumur darah ayam itu adalah simbolik kepada "peristiwa berdarah" 13 Mei 1969.
"Ia adalah simbolik peristiwa berdarah, bermakna kita beri amaran kepada Teresa Kok supaya jangan cetuskan peristiwa yang menggugat keamanan dan perasaan orang Melayu.
"Darah ini maknanya peristiwa 13 Mei... faham-fahamlah," katanya.
NGO-NGO lain yang turut serta dalam perhimpunan itu adalah Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), serta Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Ugutan Tampar: Teresa Kok Buat Laporan Polis
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membuat
laporan polis terhadap sekumpulan NGO yang pada Khamis, menawarkan
ganjaran RM500 untuk sesiapa sahaja yang dapat menampar beliau.
Teresa,
pada Jumaat berkata beliau kecewa apabila kumpulan itu telah mengancam
seorang wanita, terhadap apa yang dianggap sebagai isu yang tidak wujud.
“Saya
tidak berkata apa-apa tentang hak-hak Melayu atau orang Islam di dalam
video itu. Semuanya hanya sindiran politik dan mereka menjadikannya
seolah-olah saya menghasut kebencian terhadap orang Melayu dan umat
Islam.
“Saya rasa kenyataan mereka melanggar undang-undang dan saya berharap pihak polis akan menyiasat perkara ini.
“Saya juga
tertanya-tanya jika ahli-ahli politik dalam Barisan Nasional tidak
kisah jika NGO membuat ugutan terhadap wanita. Mereka boleh untuk tidak
bersetuju dengan video saya, tetapi adalah lebih baik jika mereka
membuat pendirian mengenai keganasan terhadap wanita,” kata Teresa, di
luar Balai Polis Tun HS Lee.
Diapit
oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai, beliau
menyifatkan tawaran RM500 untuk menamparnya sebagai tidak masuk akal.
“Sesiapa yang memerlukan RM500, saya mampu memberikannya kepada merekalah,” katanya berjenaka.
Pada Khamis, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia membuat bantahan di Jalan Tun Perak berhubung penerbitan video Teresa.
Mereka
juga menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang berjaya menampar
Teresa. Ganjaran itu kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200.
Mereka kemudian menyembelih ayam dan melumurkan darah di atas kain rentang dengan gambar pimpinan DAP dan PKR.
Ini adalah
ancaman terbaru yang diterima Teresa yang mengatakan beliau juga telah
menerima ugutan SMS dan panggilan yang tidak masuk akal di tengah-tengah
malam selepas dia memuat naik video Tahun Baru Cina 27 Januari lalu.
Sumber : Mstar
MB
keluar duit sendiri, tidak guna rizab negeri untuk PRK Dun Kajang!!!!
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan
dakwaan sesetengah pihak bahawa rizab kerajaan negeri akan digunakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Sebaliknya, Abdul Khalid menegaskan beliau mengeluarkan wangnya sendiri untuk melancarkan kempen bagi PRK berkenaan.
Katanya, pihak yang tidak berpuas hati boleh melantik badan tertentu untuk menyiasat kesahihan perkara terbabit.
“Boleh panggil kumpulan bebas untuk pantau. Kita ada ketelusan dalam pentadbiran, seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang saya percaya kerajaan pusat juga ada program seperti itu, jadi kalau kata wang digunakan untuk tujuan lain, mereka boleh siasat.
“Wang negeri tidak digunakan untuk menolong PRK, saya bagi duit sendiri bukan duit negeri. Kalau kita gunakan duit rakyat bererti kita tidak prihatin kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran jentera wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Taman Koperasi Cuepacs, semalam.
Beliau berkata, jentera PKR sudah bersiap sedia bertempur dalam PRK terbabit dan yakin dengan pengundi Kajang boleh menilai kepimpinan negeri dalam tempoh beberapa tahun ini.
Muhamad Saad Shaari shared Al Miraj's photo.
MB
keluar duit sendiri, tidak guna rizab negeri untuk PRK Dun Kajang!!!!
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan
dakwaan sesetengah pihak bahawa rizab kerajaan negeri akan digunakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.Sebaliknya, Abdul Khalid menegaskan beliau mengeluarkan wangnya sendiri untuk melancarkan kempen bagi PRK berkenaan.
Katanya, pihak yang tidak berpuas hati boleh melantik badan tertentu untuk menyiasat kesahihan perkara terbabit.
“Boleh panggil kumpulan bebas untuk pantau. Kita ada ketelusan dalam pentadbiran, seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang saya percaya kerajaan pusat juga ada program seperti itu, jadi kalau kata wang digunakan untuk tujuan lain, mereka boleh siasat.
“Wang negeri tidak digunakan untuk menolong PRK, saya bagi duit sendiri bukan duit negeri. Kalau kita gunakan duit rakyat bererti kita tidak prihatin kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran jentera wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Taman Koperasi Cuepacs, semalam.
Beliau berkata, jentera PKR sudah bersiap sedia bertempur dalam PRK terbabit dan yakin dengan pengundi Kajang boleh menilai kepimpinan negeri dalam tempoh beberapa tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan