Isnin, 17 Februari 2014

PERASAN YANG MELAMPAU

KUALA LUMPUR: Adun Bukit Naning wajib meletakkan jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

Demikian ditegaskan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang merujuk laporan berita 10 Februari lalu mengenai Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib yang juga Adun Bukit Naning digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti.

“PKR Johor memandang isu ini dengan amat serius,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya anggota-anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin.

Pada masa yang sama, tegas Chua Adun Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadapnya.

“Politik wang yang cukup kronik dalam Umno tidak akan sekali-kali dibenarkan merebak dalam PKR,” katanya.

Jelasnya, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul telahpun menggariskan panduan jelas demi memastikan budaya jelek itu tidak akan dipraktikkan dalam pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Mohd Jais Sarday pada 10 Feb lalu mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya oleh ibu pejabat Umno kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.
Saipolbahri bersama empat pemimpin Umno Bahagian Bakri digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno.
Adun Bukit Naning itu yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas menewaskan pencabarnya, Allahyarham Datuk Mazlan Sabari dan Lokman Mohd Dom pada pemilihan lepas.
.... Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.
 
 
Saya 1,000 kali lebih baik jadi PM berbanding Anwar, kata Ibrahim Ali
Posted on Monday, February 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya lebih sesuai sebagai perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

"Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri," katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.

Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.

Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.

"Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga turut menyelar Anwar sambil menggelar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai "berdarah munafik kelas pertama".

"Saya perlu berkata demikian demi kepentingan negara. Anwar merasakan dirinya seperti manusia luar biasa seolah-olah tiada siapa lagi yang boleh mencabarnya.

"Dari zaman belajar lagi sehingga sekarang beliau cuba mencari masalah dengan orang lain. Dia (Anwar) sudah mendapat semuanya namun masih tidak berpuas hati," katanya.

Selain itu, Ibrahim turut mendakwa beliau mengenali Anwar dari dalam dan luar namun pemimpin itu tidak berani mencari pasal dengannya kerana presiden Perkasa itu menyifatkan dirinya adalah seorang yang garang.

Kenyataan Ibrahim itu turut mengundang gelak tawa kepada hadirin dan beliau juga menambah Anwar lebih suka kepada mereka yang berdahi licin.

Beliau berkata, Perkasa sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak kurang hebatnya kerana badan itu juga terkenal dan ramai yang ingin menjadi ahli.

Beliau berkata segala tuduhan dan "label" yang dilemparkan membantu menjadikan Perkasa sangat terkenal dan menggerunkan sejak ia ditubuhkan lima tahun lalu.

"Apabila kita mengkritik PR mereka menuduh kita alat Umno namun bila kita mengkritik BN, PR tak kata apa-apa.

"Pendirian kita tetap. Kita puji apa yang bagus dan menentang sekiranya tidak. Itulah tugas NGO. Jadi apa masalah sekiranya kami mempunyai hubungan baik dengan Umno.

“Sekiranya Perkasa Pulau Pinang ingin berkawan dengan PAS dan parti DAP, ia juga tidak mengapa," katanya.

Tambahnya lagi, agenda Perkasa hanya tertumpu kepada isu negara seperti mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembangunan dan keharmonian negara yang dinikmati oleh pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai persengketaan dengan sesiapa namun sekiranya ia berkaitan dengan Perlembagaan, pertubuhan itu sama sekali enggan bertoleransi.

"Kami tidak takut atau perlu meminta maaf kerana itu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting terutamanya menyentuh mengenai ketegangan kaum dan agama yang dipolitikkan," katanya. – 16 Februari, 2014.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, February 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 
 





NGERI !!! Gambar mekanik pesawat Boeing hancur disedut dalam enjin..

Posted on Sunday, February 16 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Memang Ngeri!!! Untuk cabaran seorang mekanik pesawat atau kapal terbang. Kejadian ngeriini berlaku di Lapangan terbang antarabangsa Texas. Pesawat jenis Airlines Flight 1515 dalam proses penerbangan menuju ke lapangan terbang Bush Intercontinental di Houstonwhen..

Menurut info, proses menyenggarakan enjin sebelah kanan sedang dijalankan. Dalam masa yang seorang mekanik telah disedut dalam enjin tersebut. Selepas siasat,menunjukkan mangsa yang disedut dalam enjin tersebut ialah seorang mekanik yang bekerja sebagai pembekal syarikat penerbangan tersebut.







[Gambar seterusnya...]"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Sunday, February 16 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 
 Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar
Posted on Monday, February 17 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Februari, 2014.

Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan di gereja hari ini.

Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara  yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.

"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja , tidak ada yang ditangkap, mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.‎

"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.

Anwar berkata demikian pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 1,200 orang, bukan sahaja daripada masyarakat Kristian tetapi penganut agama lain termasuk Buddha, Sikh dan Islam.

Sesi bertemu masyarakat dianjurkan Pusat Pembaharuan, Demokrasi dan Inisiatif Masyarakat di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Edmund Santhara, yang juga pemimpin gereja Kajang.

Anwar memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.

"Ungkapan al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.‎

"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.‎

Anwar juga memuji khutbah oleh pihak berkuasa Islam Jais di Selangor pada Jumaat lepas yang menyeru rakyat mempunyai sikap saling menghormati dan persefahaman dengan masyarakat lain.‎

Bagaimanapun, Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat"‎

"As surely as I live,’ says the Lord, ‘every knee will bow before me ;every tongue will acknowledge God." Anwar membacakannya .

Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain.

Anwar juga menyebut bahawa beliau melawat Pope Francis pada Oktober tahun lepas, ketika beliau menghadiri dialog antara agama di kalangan orang Islam, Kristian dan ahli-ahli agama lain.

"Pope berkata beliau berdoa untuk keamanan dan untuk kebajikan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia dan akan ada keharmonian agama di negara ini," katanya.‎

Menurut beliau, ujian kepimpinan adalah keupayaan untuk mengenepikan kepentingan partisan dan peribadi untuk kebaikan bersama.

Anwar bagaimanapun berkata, di samping menangani masalah sebenar yang dihadapi rakyat, Putrajaya menjalankan kempen media dengan mengatakan harga barangan tidak meningkat.

"Mereka kata ini semua angkara Anwar Ibrahim dan pembangkang, ia sengaja dibesar-besarkan tetapi anda semua pergi ke pasar dan kedai di Kajang dan anda tahu harga telah meningkat," katanya.‎

Beliau juga mengulas penghinaan kerajaan pemerintah yang menasihati rakyat "makan sesuatu jenis sayur-sayuran dan ikan beku", dengan alasan ia adalah alternatif yang lebih murah .

"Maksud saya di sini ialah kita tidak menghina rakyat dengan mengatakan perkara tanpa berfikir;  kita berurusan dengan kebajikan rakyat.

"Daripada cuba mengalahkan atau bercakap buruk pihak lain,  silalah beri penyelesaian yang mampu meringankan beban rakyat," katanya. - 16 Februari, 2014.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, February 17 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 
3 pilihan Cikgu Robert pada Anwar
Posted on Sunday, February 16 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak memberikan jawapan langsung berhubung persoalan sama ada beliau mahu menjadi menteri Besar Selangor jika memang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dalam lawatannya di sebuah gereja di Kajang hari ini, seorang pengundi membangkitkan bahawa beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.

“Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” kata seorang guru Robert Tan.

Anwar kemudian menjawab: “Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:

"Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul.”

Sebelum itu, Anwar menyampai ucapan di dewan Holy Family Church yang dianjurkan bersama oleh gereja itu dan Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, February 16 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 
 
 

Tiada ulasan: