Sabtu, 8 Februari 2014

MELELEH

Izzah tolak dakwaan PR bakal berkubur jika tewas di DUN Kajang
pada 08-02-2014 02:02 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menangkis dakwaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan terkubur jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.
 
Izzah sebaliknya berkata PRK DUN Kajang mampu memberikan impak kepada masa depan Pakatan Rakyat, justeru pilihan raya itu perlu diadakan.
 
"Bagi saya itu menjelaskan betapa pentingnya PRK di Kajang, maka kita ingin mengajak kesatuan di antara semua kepimpinan PR. Justeru pada saya hanya untuk menunjukkan bahawa PRK ini ada impak di masa hadapan.
 
"Segala tumpuan kita adalah untuk bukan sahaja Keadilan tetapi juga DAP dan PAS (dalam memastikan kemenangan di Kajang).
 
"Pada saya, ia dalam politik ini dinamika begitu pelbagai jadi pasang surut itu perkara yang biasa suatu ketika dahulu dikatakan semenjak pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) sekitar 2004 dikatakan reformasi itu mati tapi tidak sebenarnya," katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Khidmat PKR di Taman Seri Sentosa hari ini.
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebelum ini berkata Pakatan Rakyat akan berkubur jika Anwar tewas pada pilihan raya tersebut. 
 
PRK Kajang yang akan berlangsung 23 Mac depan merupakan batu loncatan kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Maka beliau membayangkan bahawa nasib Pakatan Rakyat pada masa depan bergantung kepada PRK ini.
 
Izzah selain itu dilihat optimis bahawa Anwar yang juga bapanya itu akan berjaya mempertahankan kerusi DUN Kajang, sekaligus diangkat menjadi ADUN Selangor. 
 
Sehubungan itu beliau tidak mengambil serius pandangan Pua itu.
 
"Jadi saya tidak mengambil begitu serius terhadap hal kenyataan itu tetapi apa yang penting komitmen dan juga semangat yang berterusan dan boleh dizahirkan menerusi pelbagai cara," ujarnya.
Pemuda PAS mahu menghadap Agong bantah pelantikan Taib
pada 07-02-2014 03:02 
Post Pic
PETALING JAYA: Pemuda PAS Pusat akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah sebarang usaha melantik Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri seperti yang diuar-uarkan.
 
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata bantahan ini dibuat ekoran penglibatan Taib dalam dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
 
"Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada SPRM untuk mendesak agar beliau (Abdul Taib) disiasat dan didakwa. 
 
"Pemuda PAS juga akan bertemu dengan pihak Istana Negara bagi memohon Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan untuk tidak melantik beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak selagi beliau belum 'dibersihkan' daripada rasuah," ujarnya.
 
Pemuda PAS memandang serius spekulasi bahawa Abdul Taib akan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 28 Februari ini.
 
Menurutnya, hal ini kerana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Bruno Manser Fun (BMF) mendakwa aset keluarga Abdul Taib bernilai USD$21 Bilion (RM64 bilion).
 
"Namun sehingga kini masih tiada pendakwaan dibuat ke atas beliau dan hanya kertas siasatan demi kertas siasatan sahaja dibuka.
 
"Pemuda PAS melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah terhalang untuk mendakwa malah kami dimaklumkan gagal untuk menyiasat sepenuhnya beliau mungkin kerana kuasa yang dimilikinya. 
 
"Justeru, kami melihat peletakan jawatan sebagai ketua menteri merupakan peluang keemasan bagi SPRM untuk membuka semula kertas siasatan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Tambahnya, jika Abdul Taib gagal dihadapkan ke muka pengadilan tetapi tetap dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak maka rakyat bakal menyaksikan pengulangan kes yang sama sepertimana yang berlaku keatas Tan Sri Khalil Yaakob di Melaka.
 
Jelasnya, selain itu, Pemuda PAS turut menuntut penjelasan dan jawapan balas daripada Pusat Zakat Sarawak, Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara berhubung status zakat, cukai beliau.
Lelaki mengamuk isteri dihendap maut ditembak polis
pada 08-02-2014 03:02 
Post Pic
ALOR GAJAH: Seorang lelaki terbunuh akibat terkena satu das tembakan ketika cuba menyerang tiga anggota polis dengan menggunakan dua pisau dalam kejadian amuk di Machap Umboo di sini, malam tadi. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan naik berang terhadap seorang jiran yang didakwa mengintai isterinya berusia 38 tahun, ketika sedang mandi di rumah mereka di Machap Baru.

Yahudi yang Memeluk Islam

by admin


“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”

Saturday, 8 February 2014

ORANG UMNO,PEKIDA ,PERKASA BACA KOMEN NI! BIAR CERDIK SKIT!

"salam, sy kenalkan diri sy dulu, umur sy > 40 <50 3="" 4="" 5="" amp="" asing="" atas...sy="" atas="" atau="" baca="" bahasa="" bawa="" berlian="" bgi="" bhs="" biasa="" bole="" bsekolah="" btutur="" buat="" bukan="" bunyi="" business="" chong="" chung="" cina...kita="" cina="" cuma="" d="" dakwa="" dan="" dengan="" dgn="" dialog="" diri="" div="" dkwa....kalu="" dll="" dlm="" duit="" ek="" emas="" faham="" guna="" havoc="" hee...smpi="" hee="" hina="" hwa="" ialah="" in="" intonasi="" islam="" isu="" itu="" izinkan="" jangan="" jdi="" jelasnya="" jer...mca="" kaler="" kali="" kaligraf="" kalu="" kantonis="" kaum="" ke="" kebodohan="" kedatangan="" kehebatan="" kene="" kita="" komunikasi="" kpd="" kritik="" ktganu.="" kuda="" kumpul="" laa...="" lagi...anda="" lagi="" lai="" lain="" lama2="" lebih="" lei="" life="" ma..="" ma="" mahkamah="" malu="" manakala="" mandarin="" mau="" melayu="" memalukan="" mendakwa="" merujuk="" mgutuk="" mrujuk="" mrupakan="" nak="" ni="" nya="" org="" paling="" pasal="" pastikan="" patah="" pedas="" peribahasa="" pkataan="" pmulaan="" prosporous="" psuratan="" ptama="" pun="" ramai="" rosmah="" sai="" sbgaimana="" sebab="" sebutan="" sendiri....="" sengaja="" sentuh="" sepkara="" sesetengah="" sikit2="" sin="" skali="" skrg="" skripnya="" smjkc="" spt="" sptmana="" srjkc="" sy="" tahap="" tahun="" tapi="" terangkan="" theresa="" tiada="" tlepas="" tonton="" tu="" tulis="" umno="" ungkapan="" vdeo="" vdo="" video="" wat="" wei="" wen="" wishing="" x="" xde="" xle="" yakin="" yang="" yg="">
*ADMIN MENERIMA KIRIMAN KOMEN TERSEBUT DARIPADA WHATSAPP . Terima kasih.
ISLAM TAK ADA AJAR SURUH TAMPAR ORANG DENGAN UPAH. ITU ASOBIYYAH NAMANYA! LUMUR DARAH AYAM NI AJARAN ISLAM KE?
JANGAN BUAT MALUKAN MELAYU DAN PERLEKEHKAN AJARAN  ISLAM. MINTA ULAMAK DAN USTAZ UMNO TARBIYYAH PUAK-PUAK NI.
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA! 
 
 
O.T.A.K — with Rohani Binti Abdul Hamid and 40 others.
Like · · Promote ·
 
Meleleh Air Mata Gua Mendengar Kata-Kata Dari Muhyiddin ni Beb
Posted on Saturday, February 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Hu hu hu hu huuuuu... sedih beb bila gua dengar Kata-Kat yang keluar dari MULUT LONGKANG Tan Sri Muhyiddin Yassin tu beb, menurut beliau "Keputusan Kerajaan, Setiap Perancangan dan Pelaksanaannya termasuk MENAHAN KENAIKAN KADAR TOL pada tahun ini adalah atas DASAR mengambil kira KEPENTINGAN RAKYAT.

Penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, contohnya bukan BERMATLAMATKAN KEPENTINGAN POLITIK tetapi untuk MERINGANKAN BEBAN RAKYAT".

"Saya fikir tak ada Negara di DUNIA bila RAKYAT Menghadapi Masalah, Kerajaan Tubuh Jawatankuasa seperti yang Saya sendiri Pimpin. Ini semua sebab kita AMBIL BERAT terhadap RAKYAT, bila kita KAJI apakah Perkara-Perkara yang kita boleh buat untuk MERINGANKAN BEBAN, itu yang kita Ambil Langkah. Mungkin ada Langkah-Langkah yang lain seterusnya. Oleh itu Rakyat diharap tidak TERPEDAYA dengan TIPU HELAH dan Kenyataan-Kenyataan yang dibuat oleh Pembangkang".

"Mereka hanya untuk Menang pada PRK Dun Kajang 23 Mac depan, seperti kononnya Keputusan Kerajaan TIDAK MENAIKKAN KADAR TOL disebabkan PRK. Ini bukan soal Pengundi di Kajang sahaja tetapi seluruh Malaysia, Saya dengar mereka kata inilah KEJAYAAN Pakatan Rakyat (PR) yang PERTAMA sekali, bila saya umumkan TOL TIDAK NAIK. Bukan soal itu, semua DIPUTARBELITKAN tetapi RAKYAT FAHAM. Ini bukan pasal PRK, kalau tak ada PRK pun kita dah buat Keputusan Macam-Macam". sumber SH

Apa yang Macam-Macam Muhyiddin oiii... MACAM-MACAM ADA ke beb, sekejap NAIK sekejap kata TAK NAIK. Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) cakap kat Rakyat 1 Malaysia yang TOL tak akan Naik, malahan ada satu ketikanya sebelum itu juga Menteri Kerja Raya mengatakan yang Syarikat Konsesei siap bagi Cadangan Mansuhkan Tol atau pun DISTRUKTURKAN SEMULA untuk MENURUNKAN KADAR BAYARAN TOL. baca sini

Betul tak apa yang gua cakap beb, lu orang tak rasa SAYU dan TERHARU bila mendengar Kata-Kata dari beliau tu ke beb. Kalau lu orang TAK TERSENTUH HATI dengan Kata-Kata beliau tu bermakna lu orang ni memang jenis KERAS HATI macam Datin Rosmah Mansor... kah kah kah... apa pulak gua Melalut-Lalut sampai menyebut BINI NAJIB (BN) ni beb. Opsssss Sory lah kepada PEMUJA Datin Rosmah gua TERSASUL menyebut nama PUJAAN HATI lu orang tu... kah kah kah !. http://inderasipejuang.blogspot.com/

hemmmmm..... buat pengundi-pengundi prk n.25 kajang... lu orang jangan kata-kata ini, kalau tak menipu bukan umno namanya, lu orang fikir lah sendiri beb... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, February 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 
 

Ustaz Azhar Idrus, lawak habis sindir #UMNO [ #pas #pakatan #bukujingga #malaysia #rencanarakyat ] 

 Written By canang on Sabtu, 8 Februari 2014 | 2/08/2014 03:52:00 PTG

 

Tiada ulasan: