Iwa Chenta Indie II was tagged in Guruyaya OK's photo.
PELIK TETAPI BENAR.....
BILA AGAMA ISLAM DAN NABI DIHINA GOLONGAN "NGO MACAI PEJUANG ISLAM" DIAM MEMBISU TIADA SUARA...MEREKA LEBIH TAKSUB KEPADA PEMIMPIN YANG SELAMA INI BOLEH DI AMPU DAN DIJILAT UNTUK MENDAPATKAN HABUAN MENYARA KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN NAJIS DAN DOSA....

Perkasa?
PERKIDA?? PERKUDA??.. dimanakah anda..??? tak mo lumur darah lembu ke
kali ni.. ini dah kes berat ni.. kalo hina Melayu, korang sembelih ayam.
Ini hina Nabi Muhamad, patut sembelih lembu nihh.. JANGAN JD BACUL..
INCIK KULUP.. OOOO.. INCIK KULUP.. TIDO KAH ENGKAU...???
SATU LAGI JATI.....
Hina Nabi Muhammad SAW, Mana Suara Umno.
Idris hj Ahmad
19/2/14
Umat Islam di Malaysia sedang menunggu apa reaksi pemimpin Umno dan golongan agamawan yang menjadi pengampu Umno bersuara mengenai penghinaan Dr Kasim Ahmad terhadap Nabi SAW. Apakah hina Nabi SAW tidak mengapa, yang perlu marah apabila menghina pemimpin Umno. Gelagat awpenyokong mereka seperti orang dirasuk histeria apabila ada orang hina pemimpin mereka. Sehingga ada tawaran Rm1200 untuk siapa yang berani penampar Teressa Kok. Sembelih ayam dan lumur darah ayam seperti orang yang hilang pedoman.
Apakah kerana Kasim Ahmad berucap di Seminar yang dirasmi
oleh Tun Dr Mahathir Muhammad yang kita kenal sikap beliau terhadap Islam. Apakah pemimpin takut dengan Tun Dr Mahathir?. Apakah kerana Kasim Ahmad merupakan ahli Umno, maka dia kebal dan bebal?. Atau pun memang isu ini dibiarkan supaya menjadi polimik dan rakyat lupa isu kenaikan harga barang?. Jika Isu Syiah diserang secara terbuka dan hendak diambil tindakan sehingga lubang cacing, sampai sanggup mengaitkan pemimpin Pas dengan Syiah.
Jika isu penggunaan nama Allah laporan polis dibuat di seluruh negara untuk menunjukkan Umno pejuang kesucian Islam. Mengapa pula hina Nabi SAW mereka diam seribu bahasa. Pas sebagai sebuah parti Islam tidak reda sama sekali dengan keadaan yang berlaku, beberapa nota bantahan sudah dihantar dan siri demontrasi sudah berjalan. Bagi rakyat yang cintakan Islam dapat melihat inilah wajah sebenarnya Umno mengenai Islam.
Jakim: Pandangan Kassim Ahmad bercanggah dengan akidah
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" itu.
"Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.
"Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam," kata beliau dalam satu kenyataan.
Justeru itu katanya, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.
Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam, jelasnya.
Berikut kenyataan penuh beliau.
1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:
i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad s.a.w..
ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.
iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.
iv. Mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadis sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an.
v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu.
vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadis.
vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad.
3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:
i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.
ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.
iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.
iv. Hadis adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.
v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an.
vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.
4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.
5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.
6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam.
7. Justeru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.
8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.
Sekian, terima kasih.
’Saya Yang Menurut Perintah’
Datuk Haji Othman Mustapha
Dua nama sesuai debat dengan Kassim Ahmad
Pendapat saya tentang debat dengan Kassim Ahmad
1. Ramai benar yang hendak berdebat dengan Kassim Ahmad, namun yang lebih afdhal bagi para agamawan saat ini ialah untuk menghampirinya lalu menasihatinya secara sulit, jauh dari kamera, jauh dari popular dan jauh dari kaca mata manusia. Moga-moga dalam usia yang sudah tua ini, dia mahu bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH di bawah petunjuk al-Quran dan al-sunnah serta menyedari kesilapannya.
Kassim Ahmad bukan orang sembarangan, dia orang yang pernah masuk ISA dan penjara kerana mempertahankan pegangannya. Sedang pak Ustaz, dan sang pendakwah ahli sunnah pun belum tentu mampu bertahan dengan penjara.
2. Kalau mahu berdebat dengan alasan penting untuk mendedahkan kepada umum tentang kesesatan fahaman anti-hadith ini maka lebih baik dibuat dialog dan forum atau diskusi soal-jawab terbuka yang dikendalikan oleh agamawan yang mahir. Mungkin Datuk Dr Asri adalah orang yang sesuai dan lain-lain tokoh.
Kalau mahu berdebat juga dengan Kassim Ahmad, maka saya rayu dan mencadangkan agar orang yang berdebat dengannya itu ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini kerana beliau berupaya menangkis hujah Kassim Ahmad dari sudut sejarah, psikologi dan pemikiran di samping mengetengahkan jalan damai yang mampu memujuk Kassim Ahmad beralah secara sukarela dan memujuk hadirin yang menyebelahinya memahami hujah-hujah agama. Insya-ALLAH.
Hujah yang bertubi-tubi dengan dalil, tidak berkesan buat golongan ini yang cara berfikirnya berbeza.
3. Golongan seperti Kassim Ahmad terhasil dalam masyarakat akibat kelemahan institusi agama dan dakwah serta cara fikir agamawan yang suatu ketika dahulu amat kolot, jumud dan tertutup. Membaca buku-buku beliau akan menyebabkan kita memahami bahawa beliau bukan watak jahat atau pembelit yang sengaja mencari pasal tetapi seorang yang tersesat dalam mencari jalan kebenaran.
Jangan dilupa juga tentang hidayah ALLAH yang hanya menjadi milik-Nya, diberi kepada siapa yang Dia suka.
4. Doa saya, moga al-sunnah dan dakwah Islam ditegakkan dengan benar, tertib dan caranya memenuhi maqasid serta tujuan syarak yang mulia. Moga para pendakwah menyampaikan agama ini dengan ikhlas dan benar caranya.
Sekadar pendapat yang boleh diterima dan ditolak.

Debat ilmiah: Mahu Kassim menjawab tohmahannya
FEB 19, 2014 DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Kasim Ahmad bukanlah nama kecil dalam pergulatan sosio politik negara ini semenjak dasawarsa 70-an, sosok ini pernah mendekam dalam tahanan politik ISA kamunting kerana anutan politiknya. Juga mantan presiden PSRM ini menggegerkan tanah air dengan isu gerakan anti hadith yang ditentang hangat oleh tokoh-tokoh PAS dalam dekad 70-an dan 80-an seperti Ustaz Amaluddin Darus dan Ustaz Abu Bakar Hamzah. Kasim Ahmad tidak keseorangan dalam membawa jalur pemikiran mengkritik hadith dengan erti kata lain menyanggah kemuliaan Ar Rasul SAW, beliau mempunyai khalayak dan peminatnya yang tersendiri termasuk tokoh-tokoh besar negara ini.
Legasi kesesatan kelompok anti hadith pernah bersarang dalam JAM atau jamaah al-Quran Malaysia, seterusnya Forum Islam Liberal yang juga menjadi pemicu kepada tersebarnya fahaman Islam liberal dan jua pluralisme agama di tanah leluhur ini. Negara ini juga harus berterima kasih kepada agamawan dan gerakaan Islam yang berusaha membendung aliran anti hadith yang juga mengakar di bumi Mesir dan juga Indonesia.
Kasim Ahmad dalam bukunya "Hadis; Jawapan Kepada Pengkritik" telah menyenaraikan lebih dari sepuluh perkara yang menurut beliau hadis memberi kenyataan yang bercanggah dengan Al-Quran;
1.Menurut beliau; Al-Quran menegaskan bahawa rujukan kaum muslimin hanya satu sahaja ialah kitab Al-Quran. Namun hadis menegaskan ada dua iaitu Al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadis).
2.Al-Quran menyebutkan lima sahaja rukun iman, sedangkan hadis menyebut enam iaitu dengan menambah Qadha dan Qadar.
3.Al-Quran mengajar syahadah hanya Lailaha-Illallah, tetapi hadis menambah Muhammadur-Rasulullah. Tambahan tersebut menurut Kasim bercanggah dengan ayat yang memerintahkan agar jangan menyengutukan Allah dengan sesiapapun.
4.Al-Quran melarang mendewa-dewakan manusia. Namun hadis memerintahkan agar mendewakan Rasulullah (Nabi Muhammad) iaitu dengan berselawat kepadanya ketika membuka dan menutup doa dan juga apabila mendengar namanya disebut.
5.Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi tidak memiliki kuasa syafaat, namun hadis menjelaskan bahawa Nabi Muhammad mempunyai kuasa syafaat.
6.Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi Muhammad tidak diberi mukjizat melainkan Al-Quran. Namun hadis menceritakan bermacam-macam mukjizat Nabi Muhammad selain al-Quran.
7.Menurut al-Quran, Nabi Isa telah wafat. Namun hadis menjelaskan bahawa beliau tidak mati dan akan turun di akhir zaman untuk membunuh Dajjal.
8.Al-Quran tidak menetapkan sebarang hukuman bagi orang murtad. Namun hadis menetapkan bahawa orang yang murtad hendaklah dibunuh.
9.Al-Quran menetapkan hukuman ke atas orang berzina hanya sebatan sahaja, namun hadis menambah satu lagi hukuman iaitu rejam.
10.Al-Quran memerintahkan manusia menggunakan akal dan fikiran. Namun hadis pula melarangnya di mana Rasulullah SAW pernah berkata "Sesiapa mentafsir al-Quran mengikut fikirannya, biarlah ia menghuni neraka".
11.Al-Quran mengajar kebebasan beragama iaitu terdapat ayat menyebutkan "Tiada paksaan di dalam agama". Namun hadis menetapkan orang yang murtad dihukum bunuh. Hukum ini menurut Kasim berasal dari Taurat. (Lihat; halaman 139-151). Buku Kasim yang mempertikai banyak ajaran Islam ini bertebaran dalam dalam negara dan wajib dijawab dengan ilmiah oleh para sarjana Islam supaya akidah umat Islam terpelihara.
Saya merasa hairan akan keberanian melulu Kasim Ahmad terhadap al-hadith bahkan al-Quran itu sendiri, contohnya Kasim dalam tulisannya telah meragui ayat terakhir daripada surah at Taubah dimana sosok yang kontroversi ini mendakwa;
"Tiap-tiap surah dalam al Quran dibuka dengan kenyataan" dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih" dikenali sebagai Basmalah, kecuali surah sembilan (yakni Surah at-Taubah). Ketiadaan Basmalah dari surah 9 menimbulkan kehairanan kepada ahli-ahli tafsir selama 14 abad. Banyak teori telah dikemukan oleh untuk menghuraikan fenomena ini. Sekarang kita tahu bahawa ketiadaan Basmalah memainkan peranan penting sebagai satu ciri dalam mukjizat matematik Quran dan juga satu tanda daripada Allah bahawa surah 9 (surah Taubah) telah dicemar dan perlu dibersihkan"(lihat buku kasim Ahmad, hadith, jawapan kepada pengkritik, halaman 61).
Dua ayat yang terakhir surah at-Taubah yang didakwa oleh Kasim sebagai mencemari al Quran (yakni menurut beliau ayat tersebut sebenarnya bukanlah ayat al Quran, tetapi ditambah oleh para Sahabat) berbunyi:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy Yang Besar."
Kasim sebenarnya mempunyai niat buruk tersendiri disebalik kritikannya terhadap ayat tersebut. Ayat-ayat di atas memuji Rasulullah SAW yang kita cintai. Maka Kassim yang memicu polemik ini harus berani berdepan secara terbuka dengan agamawan yang memiliki disiplin ilmu dalam bidang ulum al-hadith.
Pihak lajnah Dakwah akan menganjurkan debat ilmiah dalam masa yang terdekat dan kita akan membariskan Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi untuk menjernihkan kekeliruan Kasim yang memudharatkan pemikiran umat Islam. Nasruddin Hasan yang juga Timbalan Pengerusi Dakwah Pusat juga pernah berhadapan dengan Astora Jabat pada suatu ketika dahulu di Pandan Indah dan pihak kami mengharapkan Kasim tidak memberikan alasan untuk tidak bersemuka dalam polemik yang beliau cetuskan sejak puluhan tahun ini. Dayung sudah ditangan, ayuh kita berkolek!
Ustaz Riduan ialah Setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat

Jom Like FB Harakahdaily
JOM Pakat turun ramai-ramai..
Sultan Johor Bayar Tunai RM396 Juta Beli Kepentingan MOL
Posted on Thursday, February 20 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Syarikat Internet, MOL Global Pte Ltd, hari ini mengumumkan persetujuan untuk menjual kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus dalam unitnya, MOL AccessPortal Sdn Bhd (MOL), bernilai US$120 juta (RM396 juta) secara tunai kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Pegawai Eksekutif MOL Ganesh Kumar Bangah berkata ia selari dengan hasrat Sultan Johor untuk meningkatkan penglibatan baginda dalam sektor teknologi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.
“MOL telah berkembang sebagai syarikat Internet global yang boleh menjejaki asal usulnya penubuhannya di Johor 14 tahun lepas.
“(Jutawan) Tan Sri Vincent Tan, pemegang saham utama kami dan saya sendiri, kedua-duanya rakyat Johor, amat berbesar hati untuk menerima Sultan Ibrahim sebagai pemegang saham MOL untuk meningkatkan syarikat itu ke tahap seterusnya,” katanya dalam kenyataan.
MOL ialah satu daripada penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian di Asia dan mengendalikan MOLPoints, permainan dalam talian dan platform pembayaran mikro barangan digital.
Selesai pengambilalihan, MOL Global akan mengekalkan 85 peratus pegangan dalam MOL, katanya. – Bernama
mynewshub.my

MP dakwa konspirasi lemahkan k'jaan Pakatan
Posted on Wednesday, February 19 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang membuat satu laporan polis berhubung satu lagi laman Facebook provokatif yang mendakwa Ahli Parlimen DAP, Steven Sim telah melempar daging babi ke dalam kawasan sebuah masjid di Bukit Mertajam
Laman tersebut juga menunjukkan gambar Sim di bawah kapsyen yang
berbunyi 'Cina melemparkan daging babi ke dalam masjid Bukit Mertajam'.
"Ini adalah satu fitnah dan provokasi," kata Sim kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Bandar Perda hari ini.
Beliau diiringi Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan ADUN PKR Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.
Sim mendakwa wujud konspirasi untuk melemahkan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan dengan menimbulkan ketegangan kaum di Pulau Pinang, dengan menyenaraikan kronologi peristiwa untuk menyokong dakwaannya itu.
18 Januari: Di perhimpunan pro-BN di Seberang Jaya, peserta protes membawa kain rentang berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei berlaku. Mahu lagi?'.
26 Januari: Kain rentang dengan perkataan 'Allah is Great, Jesus son of Allah' ditemui di luar lima buah geraja, termasuk satu di Butterworth.
27 Januari: Dua bom dilemparkan ke perkarangan Gereja Assumption di Farquhar Street.
16 Februari: Daging, yang disyaki daging babi, dilempar ke dalam perkarangan sebuah masjid di Cherok Tokun.
18 Februari: Seorang ahli Umno menulis tweet mengenai maklumat dari sebuah blog tanpa namda yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang sedang menimbang melarang khutbah Jumaat di masjid.-mkini

Terpaksa guna air telaga
- Samsiah menunjukkan telaga di rumahnya yang sudah hampir dua bulan kering akibat musim kemarau.
Seorang penduduk, Ismail Bidin, 58, berkata, masalah ketiadaan bekalan air bersih di kampung tersebut menyukarkan sesetengah penduduk dan berharap ada pihak segera menyalurkan air bersih.
Menurutnya, kampung ini seolah-olah dipinggirkan daripada menikmati kemudahan asas berbanding kawasan lain.
“Kami di sini sudah tidak tahan untuk menggunakan air telaga kerana tahap kebersihan air yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
“Walaupun negara sudah membangun, namun kami di sini masih menggunakan air telaga untuk minum, mandi, membasuh dan sebagainya,” katanya.
Air telaga kering bila musim kemarau
Ismail berkata, walaupun rumahnya mempunyai bekalan air bersih, namun dia bersimpati dengan penduduk lain yang masih menggunakan air telaga.
“Di kampung ini terdapat kira-kira lima rumah menggunakan sumber air telaga yang dipam menggunakan enjin.
“Kini sudah hampir dua bulan musim kemarau dan menyebabkan air telaga kering. Akibatnya bekalan air untuk keperluan harian penduduk terlibat terjejas,” katanya.
Sementara itu, Samsiah Omar, 47, berkata, selain masalah kemarau, air telaga juga sudah tercemar berikutan racun yang digunakan untuk kelapa sawit di kawasan berhampiran meresap ke dalam tanah sekali gus menjejaskan air telaga.
“Keadaan itu sekali gus mengundang bahaya kepada penduduk,” katanya.
Menurutnya, dalam masa sama, disebabkan ketiadaan bekalan air bersih penduduk juga sukar untuk menguruskan jenazah jika berlaku kematian.
Jalan tidak sempurna
Dalam perkembangan sama, seorang lagi penduduk, Kamsiah Jusoh, 45, berkata, selain masalah ketiadaan sumber air bersih, penduduk kampung ini juga berhadapan masalah jalan.
“Sehingga kini kami tidak ada jalan yang sempurna dan menyukarkan kenderaan besar untuk ke kampung ini.
"Apabila musim hujan jalan juga menjadi licin sekali gus mendatangkan bahaya kepada penduduk dan anak-anak yang ke sekolah. Oleh itu, saya minta pihak berkenaan turun padang membaiki jalan tersebut demi kebaikan penduduk di sini,” katanya.
Noriah Awang Rifin, 55, pula berkata, masalah bekalan air bersih dan jalan di kampung tersebut perlu diselesaikan segera.“Kami di sini tidak mahu terus ketinggalan sedangkan kawasan lain sudah menikmati air bersih dan jalan yang berturap,” katanya.
RM2 juta disalur untuk bekalan air
Adun Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff ketika dihubungi berkata, terbaharu peruntukan berjumlah RM 2 juta telah disalurkan untuk mendapatkan bekalan air bersih di Selama.
“Daripada jumlah tersebut kira-kira 449 rumah telah mendapat bekalan air bersih.
“Bagaimanapun, sehingga kini difahamkan 50 rumah masih belum mendapat kemudahan itu,” katanya.
Selain itu, Mohamad Daud berkata, baru-baru ini beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk empat kampung berbentuk peralatan bagi menaik taraf bekalan air.
“Kampung yang terlibat ialah Kampung Sungai Siputeh, Kampung Tapah, Kampung Teluk Mas dan Kampung Garok,” katanya.
Jelasnya, dalam masa sama, semakan perlu dibuat semula kerana ada sebahagian penduduk tidak mahu bekalan air bersih berikutan mereka ada sumber dari bekalan air masyarakat dengan kadar bayaran RM2 sebulan.
“Kita akan kaji dan semak semula masalah ini,” katanya.
Dewan Ulamak PAS Pusat added a new photo.
Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) mendesak Datuk
Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebelum membuat lebih banyak
kerosakan, dan mencadangkan agar ahli parlimen Gua Musang, Tengku
Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan beliau.
"Jika Najib enggan berbuat demikian, Majlis Tertinggi Umno patut
bermesyuarat dan memecat beliau sebagai presiden parti dan mencadangkan
alternatifnya."Dalam keadaan ini, Star Sabah fikirkan tidak ada calon yang lebih baik melainkan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri," kata Jeffrey.
Bagi beliau, ahli parlimen Gua Musang itu sepatutnya sudah menjadi perdana menteri pada tahun 1987 jika Mahkamah Tinggi mengambil kira 30 cawangan haram yang menyokong Dr Mahathir, memberikan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh.
Jeffrey mengulas desakan bekas timbalan menteri yang meletakkan jawatan, P Waytha Moorthy yang meminta Najib meletakkan jawatan selepas gagal menunaikan janjinya untuk membela masyarakat India.
Pemimpin Hindraf itu mendesak agar Najib mengakui kelemahannya.
Beliau juga berkata, seluruh menteri kabinet sepatutnya malu dengan sikap Najib itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Waytha bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Najib sepatutnya mengakui kelemahannya secara terbuka kepada masyarakat India.
"Najib bukan pemimpin. Sebenarnya dia seorang yang sangat bahaya kerana dia hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja.
"Pemimpin adalah orang yang menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah," kata Dr Jeffrey. – 19 Februari, 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan