Selasa, 25 Februari 2014

BUAT JAHAT DIDUNIA....DERHAKA PADA ALLAH DIDUNIA....HUKUMAN DIAKHIRAT TAK KAN TERLEPAS....INI JANJI ALLAH SWT

12 Pictures from Inside Prophet Muhammad’s ﷺ Chamber

Ever wondered what it’s like behind the golden gates which leads to the chamber containing the Prophet (sallallahu ‘alayhi wa sallam)’s grave? Now you can with these pictures taken by Sheikh Jameel.
Update: The graves are located behind the green curtain
943047_707548559264595_1762074343_n
1545722_709315965754521_1033597745_n
1622625_731968126822638_1949312012_n
1013230_731967516822699_395500119_n

1520733_718254918193959_2124142357_n
1560476_718245251528259_956255914_n

1625646_726915010661283_1716746250_n

blogger-image--177572694
blogger-image--464625897
blogger-image-891244731
blogger-image--1016245738
blogger-image-1148972806
blogger-image--1244883093
blogger-image-1877723958



10:28AM - 25 Feb 2014

Asri: Mana RM1 bilion duit zakat?

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah.

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau.10:39AM - 25 Feb 2014

DPIM: Rasuah punca kos sara hidup naik

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata rasuah merupakan punca utama kenaikan kos sara hidup dan barangan di negara ini.

Beliau berkata, penting bagi rakyat menentang monopoli perniagaan serta budaya korupsi yang menebal dalam sistem perniagaan di negara ini supaya sebaran kekayaan lebih menyeluruh dan adil.

“Jihad (lawan) korupsi lebih penting daripada jihad (lawan) orang tengah, ini kerana ramai orang Melayu dan Islam berjaya menjadi orang tengah dalam pasaran.

“Jihad perangi monopoli juga pula diberi perhatian dengan berteraskan strategi bisnes dan mengelak ia didorong ketamakan,” kata beliau dalam Wacana “Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran” anjuran Sinar Harian semalam.

Pada 18 Januari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

Sistem kapitalis 'tamak'

Sementara itu, Muhammad Ali juga berkata, sistem pasaran bebas kapitalis “bersisikan ketamakan” yang dianut sekarang menyebabkan ketidakadilan berlaku di negara ini

“Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh dunia.

“Kerajaan pula tidak boleh campur tangan dalam pasaran ekonomi namun mereka tidak boleh melupakan peranannya untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara,” kata beliau.

Beliau turut mahu kerajaan menyediakan satu platform untuk menjana pendapatan rakyat kerana subsidi termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya untuk jangka pendek semata bagi mengelak pemberontakan terhadap kerajaan.

“Kenaikan kos sara hidup kerana inflasi tidak boleh ditangani dengan subsidi, kerajaan perlu segerakan tingkatkan pendapatan rakyat.

“Hari ini tiada institusi tertentu untuk menjana pendapatan rakyat dan kenaikan inflasi secara mendadak kini telah menjejas golongan kelas menengah dan pertengahan.

“Malah hal ini boleh membuatkan mereka memberontak kepada kerajaan,” kata beliau.

Perkataan Bahasa Melayu Yang Semakin Lenyap Dan Tak Digunakan Lagi

Perkataan Bahasa Melayu Yang Semakin Lenyap Dan Tak Digunakan Lagi


Makin hari makin banyak perbendaharaan bahasa kita yang tidak digunakan lagi atau jarang-jarang digunakan. Antaranya: 
1.  Rumah sakit – Hospital
2.  Rumah pasung – Balai polis
3.  Permaidani – Karpet
4.  Mata-mata – Polis
5.  Ilmu Alam – Geografi
6.  Tawarikh – Sejarah
7.  Ilmu Hisab – Matematik
8.  Khutub Khanah – Perpustakaan.
9.  Belanjawan – Bajet
10. Langsung – Live
11. Merinyu – Inspektor
12. Selekoh – Kona (corner)
Perkataan Bahasa Melayu Yang Semakin Lenyap Dan Tak Digunakan Lagi
Perkataan Bahasa Melayu Yang Semakin Lenyap Dan Tak Digunakan Lagi
Ada banyak lagi. Kalau sudi, anda bolehlah tambah.  
Dan ada juga beberapa perkataan Melayu yang sudah lenyap dan tidak diucapkan lagi. Ia hanya boleh dibaca dalam buku-buku lama seperti Hikayat Hang Tuah dan sebagainya. Kalau ada yang mengucapkan, pasti ramai yang ternganga-ngang dan merasa pelik mendengarnya. Mungkin orang yang berumur lebih 60 tahun masih ingat lagi. Antaranya:
Sebermula
Syahdan
Masygul 
Arakian
Alkisah
Firasat 
Hatta. 
Sumber : Al Lavendari

CHUA SOI LEK TUDUH DR. MAHATHIR YANG SEBABKAN MCA HILANG SOKONGAN CINA!!!


Ibarat menaruh garam di atas luka, itulah yang sedang dibuat oleh bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek. Keegoannya yang terlalu besar, membuatkan dia tidak pernah cuba untuk menerima hakikat bahawa kepimpinannya yang tersangat lemah dan disebabkan terlalu mengikutkan sangat besar kepalanya, telah menyebabkan MCA kehilangan semua sengat.

MCA di bawah Chua Soi Lek telah gagal sama sekali sekaligus menyebabkan Barisan Nasional hilang dua pertiga majoriti pada 2008 dan seterusnya semakin merosot pada 2013.

Terlalu banyak masalah yang ditimbulkan oleh Chua Soi Lek termasuklah permusuhan peribadinya dengan seorang lagi  bekas Presiden MCA, Ong Tee Kiat yang menyaksikan Chua Soi Lek dengan menggunakan budi bicaranya, telah menyebabkan Barisan Nasional dan MCA khususnya hilang beberapa kerusi utama termasuklah kerusi Parlimen Pandan yang selama ini memberi kemenangan solid kepada Ong Tee Kiat termasuklah ketika ramai calon-calon MCA kalah merudum pada tahun 2008.

Tiada apa-apa yang boleh dibanggakan pada kepimpinan Chua Soi Lek sebaliknya Soi Lek dilihat lebih banyak kepada memusnahkan parti itu dari dalam!

Anehnya, Chua Soi Lek enggan menerima hakikat kekalahan MCA sebaliknya meletakkan kekalahan dan kegagalan MCA kepada UMNO dan Dr. Mahathir. Sungguh aneh cara pemikiran Chua Soi Lek. Walaupun dia seorang ahli politik yang bagus tetapi sebagai Presiden sebuah parti seperti MCA, ternyata Chua Soi Lek gagal melihat atau menelah apa yang sedang berlaku. Sebaliknya dia terpaksa mencari-cari kaedah lain untuk mengelakkan daripada dipersalahkan.

Kata Chua Soi Lek, kekuatan UMNO itulah yang menyebabkan MCA merosot dan hilang penguasaan ke atas masyarakat Cina. Malah kekuatan UMNO itulah juga, MCA dilihat tidak berupaya melindungi dan kemudian tidak lagi dipercayai oleh orang Cina.

Satu kesimpulan yang serba melawakkan!

Mengapa agaknya, Chua Soi Lek tidak melihat langsung bagaimana jentera penerangan MCA langsung tidak bergerak dan bekerja kuat? Dari tahun 2008 sehingga 2013, sudah banyak kali diperingatkan bahawa MCA perlu bekerja kuat memandangkan DAP yang merupakan saingan utama MCA lebih awal lagi melipatgandakan usaha mereka selain menjalankan kempen untuk meraih sokongan Cina muda secara agresif dan tidak ada pantang larang.

Sebaliknya apa yang dilakukan oleh Chua Soi Lek pula adalah bermusuh dengan PERKASA dan beberapa NGO Melayu yang lain. Chua Soi Lek cuba pula menggunakan pendekatan politik DAP yang ternyata, bukan menambahkan sokongan Cina atau pun bukan Cina kepada MCA sebaliknya semakin menjauhkan MCA dari arus politik perdana.

Bukan mutu kerja yang dipersalahkan, tetapi Chua Soi Lek  menyalahkan UMNO kerana menjadi terlalu kuat dan Dr. Mahathir yang terus mendapat sokongan daripada orang Melayu-Bumiputera!

Sungguh aneh gaya pemikiran bekas Presiden MCA ini dan sekaligus menjelaskan kepada kita, mengapa MCA di bawah kepimpinannya, merudum sehingga ke takah yang tersangat teruk!!!

Ahad, 23 Februari 2014

Kenapa Ketua Wira Perkasa Ini Mengamuk Sakan?

Wira Perkasa hari ini menyelar kenyataan Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggesa supaya UMNO 'menjinakkan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata PERKASA bukanlah binatang dijinakkan, dan Nur Jazlan seharusnya memahami tujuan serta matlamat badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ditubuhkan.
"Siapa Nur Jazlan mahu menasihati PERKASA?"PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai matlamat yang jelas dalam mempertahankan dan memperkasakan agama Islam, mempertahankan hak hak keistimewaan bangsa melayu dan pribumi, memperkasakan kedaulatan raja raja melayu," tegas beliau dalam sebuah kenyataan pada Ahad.
Ketua sayap pemuda kepada NGO itu turut menafikan bahawa PERKASA pernah memaksa ahli-ahli untuk menyertai mereka seperti yang didakwa oleh Nur Jazlan.
"Perkasa tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai PERKASA tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli UMNO tersebut menyertai Perkasa," katanya.
Tentang saranan Nur Jazlan supaya PERKASA 'menutup mulut' sekiranya tiada fakta yang hendak dicakapkan, Irwan berkata adalah lebih baik Nur Jazlan tutup mulut sekiranya beliau berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama"Adakah beliau faham akan matlamat penubuhan Perkasa itu sendiri? 
PERKASA tidak perlu sesiapapun untuk dijinakkan," tegasnya lagi.Selain itu, Irwan juga mendakwa bahawa UMNO kini sudah tidak mampu lagi membela nasib orang-orang Melayu sepenuhnya.
Katanya orang-orang Melayu sudah terlalu kecewa dengan UMNO itu sendiri, terutama dengan sikap pemimpin seperti Nur Jazlan."Fikirkanlah isu yang lebih membawa kebaikan dan keuntungan terhadap Melayu itu sendiri dan bukan menunding jari terhadap kaum Melayu yang sama," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Nur Jazlan yang mengatakan PERKASA hanya merupakan alat bagi UMNO.Katanya jika UMNO masih lagi mempunyai pemimpin yang 'bodoh sombong', beliau meramalkan bahawa UMNO bakal akan kecundang pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Nur Jazlan dalam kenyataanya yang dipetik dari akhbarThe Heatbaru-baru ini telah menggesa agar UMNO menjinakkan PERKASA dengan meletakkan syarat dalam hubungannya dengan badan bukan kerajaan itu dan tidak membiarkan ia terus-menerus menentukan keadaan.
Katanya UMNO tegas memberitahu PERKASA supaya bercakap dengan fakta dan menurut Nur Jazlan sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan, mereka (PERKASA) sepatutnya tutup mulut.
Nur Jazlan bagaimana pun berkata, PERKASA tidak mendiamkan diri kerana ia mahukan legitimasi.LaporanThe Heatitu turut memetik Nur Jazlan berkata kewujudan PERKASA tidak membantu UMNO sebaliknya menyusahkan parti itu, serta lebih merupakan satu ancaman kepada mereka.
Berikutan itu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini telahmembidas kenyataan Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan PERKASA satu ancaman kepada UMNO.Ketika dihubungiAstro AWANI, Ibrahim berkata ternyata Nur Jazlan tidak memahami erti demokrasi, di mana dalam kes ini merujuk kepada hak mengkritik dan menyuarakan pandangan.
Nur Jazlan mengkritik PERKASA selepas beliau pada akhir tahun lalu membidas badan itu yang mengancam sedia menggantikan UMNO yang kononnya tidak dapat membela nasib orang Melayu. 
Katanya, badan itu terlebih mengukur kekuatan dan pengaruhnya sendiri di kalangan orang Melayu.Kritikan Nur Jazlan ketika itu adalah reaksi kepada ucapan Ibrahim semasa perhimpunan agung badan itu yang mengatakan UMNO sudah 'tidak bertaring, lesu dan lemah' dan PERKASA 'boleh jadi galang ganti' mempertahankan bangsa dan agama.

Tiada ulasan: