Rabu, 12 Februari 2014

MATANG...SUBKY LATIF....NGAM

Wednesday, 12 February 2014

PANDANGAN IKHLAS SUBKY LATIF MENGAPA BELIAU TIDAK MAU BERBALAH DENGAN DSAI .

Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai  calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu.

Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Apa jadi pada takwil  tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?

Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.

Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka  saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti  saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.

Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.

Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan  semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.

Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh  dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.

Kalau boleh kita mahu  dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita  dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.

Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat   itu.

Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat  dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri  itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita.

Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita  dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.

Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.

Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri.

Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak  sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.

Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi   dia boleh orang  paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.

Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.

Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.

Pada saya  masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP  dan  mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada  ruginya ular menyusur akar.

Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama  ada  saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.

Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.

Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian  para ketua. Kalau  saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang  dalam Islam yang tiada had usia bersara.

Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.

Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.

Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat  sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak  dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.

Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada  dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti)  kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.

Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.

Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama  semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.

Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.

AMAT LAIN SEKALI BILA WARGA LAMA MENGANUT POLITIK REALITI DENGAN MENGAMBIL KIRA KENYATAAN BUKAN KHAYALAN BERBICARA .. TIDAK TERPERANGKAP DENGAN POLITIK SYOK SENDIRI RASA JEMAAH YANG DIDOKONGI SUDAH CUKUP KUAT DAN AMPUH UNTUK RAMPAS PUTRAJAYA SECARA SENDIRIAN.
 


Selasa, 11 Februari 2014

ANWAR IBRAHIM

Ct Etnuar's photo.

Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim..
Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas.
Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu...

Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!

Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim...,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau.
Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar.
Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.

Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti.
Ramai dari kita tahu..,,, Anwar merupakan peneraju Abim, pertubuhan pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti Malaya.
Seorang aktivis pelajar yg sgt lantang bersuara mengenai hak dan kebajikan anak melayu. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai keislaman dlm masyarakat melayu bermula dari kampus sehingga ke kampung-kampung.
.
Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan pemberontakkan mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yg keseluruhan penduduknya daif dan hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut.
Natijahnya Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di kemunting atas kesalahan menghasut dan menimbulkan huru hara.

Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir.
Tun Mahathir pada masa itu dapat mengagak bahawa Anwar boleh membantu beliau utk meraih jawatan tertinggi Umno.
Tun merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yg mampu menjatuh dan menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tungku Abd. Rahman meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yg mengutamakan kaum cina sehingga kaum melayu di kampung-kampung terabai.
Tun memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan melayu dan islam.
Akhirnya keluar dari Kamunting Anwar bersetuju menyertai Umno.

Persetujuan Anwar utk menyertai Umno telah membuatkan ABIM gelisah. Separuh dari Mereka tidak bersetuju Anwar menyertai umno dan bukannya Pas. Pemimpin-pemimpin Pas yg mendokong perjuangan ABIM juga jadi jauh hati.
MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir utk menyertai Umno..!?
Anwar pernah berkata...,,, dia berniat mahu menerapkan nilai-nilai islam ke seluruh pelusuk negara melalui perjuangan umno yg di dokong kebanyakkan kaum melayu.

Anwar dlm Umno naik begitu mendadak sekali. Kepimpinan dan aura pejuang melayu dan islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli Umno mulai pandai berhujah berdasarkan petikan hadis dan al- quran. Anwar berjaya mentraformasikan satu pertubuhan melayu menuju ke arah kepimpinan islam.
Aku masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an. Waktu itu memang sangat sukar untuk bertembung dgn wanita atau pelajar sekolah yg menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan meresapi budaya orang melayu.
Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan..,,, Anwar dgn lantang mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan aktiviti ibadah.
Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis- gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut.
Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas gerakan kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim...!!

Nah...,,, masakan seorang penggerak perjuangan islam seorang kaki liwat..!!
Sehingga aku menulis artikel ini..,,, belum ada seorang pun sahabat beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang seorang Gay atau biseksual..!!!
Malahan guru2 dan tenaga pengajar beliau jg amat sedih dan bersimpati atas setiap tuduhan dan fitnah yg di lemparkan terhadap Anwar... Kecuali sahabat politik yg akhirnya menjadi musuh politik beliau yg begitu lantang mengiyakan fitnah tersebut.

Sbg anak muda yg sangat jahil perihal politik..,khabar itu membuatkan aku jadi begitu teruja utk mengetahui duduk perkara sebenar...
Dulu penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah dan akhbar menjadi media alternatif utk mencari berita dan maklumat...

Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku2 politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri .

50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri adalah pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau ddlm politik. Di meriahkan dgn kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kpd Tun tentang salahlaku Anwar yg kononnya menjalin hubungan asmara dgn isteri abgnya Azmin Ali. Di tambah lagi dgn tuduhan jenayah seksual yg melibatkan adik angkat beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah.. Membaca buku 50 dalil ini agak mengelirukan dgn cara penulisan dan fakta yg di beri. Semacam setiap rangka dan cerita di garap dlm bentuk tuduhan dan fitnah yg melulu.
Berbanding dgn beberapa buku yg sangat menarik karangan Ahmad Lutfi Othman;-
##“Anwar Boneka Barat?”.
##Layakkah Anwar Ketuai Reformasi.!?
##Skandal Seks atau Konspirasi Politik!?
Pada aku buku-buku karangan beliau agak mencabar minda kerana tulisannya memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan fakta dan pemerhatian.
Bukan tuduhan atau fitnah yg di rancang...
Nampak sepertinya beliau mungkin semacam penentang, atau individu yg tidak menyukai sosok diri Anwar.
Tetapi mungkin beliau sedikit kecewa dgn sikap dan peribadi DS Anwar sewaktu dlm UmNo terhadap Pas dan pemimpin- pemimpinnya.
Aku masih teringat ayat beliau yg menilai niat Anwar menyertai Umno umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak bermain dgn lumpur.
Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan lumpur. Akibatnya lembu yg masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang lumpur pasti terpalit atau terpercik juga dgn lumpur. Agak berkias dan simbolik namun sangat menikam..!!!

Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk ” Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka”,
Buku karangan S.H Alattas ini agak sedikit misteri dan terlampau memaksa otak berfikir lama.

Tak kurang jg dgn kontroversi
Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 adaptasi daripada pergolakan politik Anwar vs Mahathir dan Umno yang sangat haru biru bermula dari satu episod politik dahsyat dan kebangkitan berani rakyat bersuara dan menyatakan pendapat dan perasaan.
Karya ini lebih berbentuk sindiran yg keras atau satira yg keterlaluan.

Episod pemecatan Anwar telah mengerakkan satu gelombang kebangkitan rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dr road tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Dimana- mana muncul keluarga "anti-Mahathir’ dengan beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’, ‘lawan tetap lawan’ !!!

Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.

Selepas Anwar dipenjara –dgn berbagai siri-siri kepincangan institusi negara bermula dr polis, badan kehakiman,hospital dan media perdana secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang pejuang rakyat yg bernama Anwar...!!!
Apabila Anwar di pukul di penjara oleh ketua polis ketika itu...,,,
Tun Mahathir dgn lantang menyatakan Anwar memukul dirinya sendiri...
Bermula dr detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang terus menyatakan simpati dan sokongan yg tidak berbelah bg terhadap Anwar.

Rakyat yg sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa konspirasi jahat Tun dan sekutu- sekutunya di dalam Umno.
Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau salahlaku politik beliau sewaktu di dalam Umno.
Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yg di susun dan di rencana sejak 1997 di realisasikan pada september 1998.
Tuduhan itu dgn niat utk memusnahkan aura islamik dan kepimpinan Anwar yg bersih.
Semuanya berpunca dari sikap Anwar yg sangat berani dan lantang menegur kepimpinan Umno yg rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan pentadbiran di segenap kementerian.
Natijahnya Tun mulai sakit hati dan tergugat dgn kuasa dan pengaruh Anwar yg semakin besar di dalam Umno.

Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan kerana kehendak penguasa, waktu itu Tun Mahathir Mohamad bukan berdasarkan fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yg sangat meragukan. Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana kemahuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yg ketika itu berbalah dari segi kepimpinan dgn Tun dan bukan semata-mata fakta kes.
Maka aku turut bersedih... Maknanya, hakim-hakim masih tidak bebas menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak eksekutif.

Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan semua parti pembangkang yg berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu gelombang politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan dan individu profesional yg secara terang- terangan menyokong dan mendokong perjuangan menuju Malaysia Baru.
Gelombang perubahan ini terlakar dlm PRU12 yg menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen.
Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya semakin keras membadai BN dan Umno.
BN semakin lemah dan melonglaikan.
Rakyat mulai sedar..,,, suara mereka adalah suara keramat yg mampu merubah politik Malaysia ke arah politik yg lebih baik,bijak dan matang.

Namun sehingga ke detik ini Umno masih bermain politik cara lama. Masih berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api patriotik melalui agenda menuduh Anwar sbg agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan sentimen hak kaum melayu yg akan hilang di sebabkan perpaduan antara DAP.
Terus- terusan mengfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat mereka melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yg tidak layak kerana punya beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan oleh mahkamah.



Benarlah kata Anwar..,,, beliau tidak pernah mampu berdiri seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah.

Tiba- tiba jiwa ku terasa bergetar dan airmataku gugur perlahan- lahan.
Aku masih terbayang abah mengayuh basikal tua nya ke masjid semata- mata ingin berdoa dan membaca surah yassin sewaktu keputusan bicara kes tuduhan liwat Syaiful Bukhari terhadap Anwar di jatuhkan.
Sempat aku melihat mak pun turut mengambil wuduk dan membacakan surah Yassin berkali- kali.
Bila aku sampaikan keputusan Anwar di bebaskan dan dilepaskan dari tuduhan tersebut.., abah mengangkat tangan berdoa bersungguh- sungguh. Mak yg selesai membaca surah Yassin mula menguntumkan senyuman dan berbisik... Kali ini Anwar mungkin ikhlas berjuang utk rakyat...
Aku terpukul dan terkasima dari episod doa dan keyakinan rakyat biasa yg sangat mempercayai Anwar adalah insan terpilih yg mampu merubah corak Malaysia ke arah yg lebih baik...!!
Allahu akbar... Allahu akbar... Allahuakbar...!!!
REFORMASI...!!!
Lawan tetap lawan...!!!
Jom UBAH Malaysia...!!!
 
 
 
 

Anuar tampamu dunia politik akan sepi.....gayamu membuatkan pihak lawan merasa gerun...

Written By canang on Isnin, 10 Februari 2014 | 2/10/2014 09:47:00 PTG

ANWAR DITAHAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR...????JAIS pernah beri amaran pada Anwar Berahim masa dia sampaikan tazkirah di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 sebelum ni.. JAIS kata, mereka akan tangkap tak kira siapa, walau Anwar sekalipun kalau sampaikan tazkirah di masjid atau surau tanpa tauliah...

Dr Asri, bekas Mufti Perlis pun pernah ditahan JAIS sebab beri tazkirah tanpa tauliah di Selangor. Dr Asri tu bekas Mufti bebbb..! Anwar bekas Mufti ke? Bekas Mufti pun kena tahan, apatah lagi Anwar Berahim bekas banduan yang terbukti bersalah! Bintang filem "tak senonoh" pulak tuuuu..!

Bob Lokman pun pernah kena tahan JAIS atas kesalahan yang sama. Jadi, apa keistimewaan Anwar untuk dilepaskan JAIS? Anwar ingat JAIS tak berani tangkap dia? Heh! Silap besar laaa...

JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini sudah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di dalam Selangor tanpa tauliah atau beliau akan ditahan.

MAIS dan JAIS menyekat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah.

Anwar kini sedang dalam rangka program turun padang dan menemui penduduk Kajang kerana beliau sudah diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan.

MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di masjid atau surau di Selangor pada hari pertama kempen.

Tiada ulasan: