Posted on Friday, February 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PUTRAJAYA: Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang ditetapkan sehari selepas perasmian sesi Parlimen 2014 tiada kena mengena dengan usaha menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berhujah di Dewan Rakyat, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa undang-undang mengatakan tarikh penamaan calon mestilah tidak kurang daripada 11 hari sebelum tarikh mengundi (23 Mac), menyebabkan mengapa penamaan calon diadakan pada 11 Mac.
“SPR terlebih dulu memilih 23 Mac sebagai tarikh pengundian kerana ia hari cuti am,” katanya.
"Jadi tidak benar jika ada yang kata sengaja pilih tarikh itu sebab mahu halang Anwar berhujah kerana selepas perasmian Parlimen (pada 10 Mac) ialah giliran ketua pembangkang untuk berhujah," katanya kepada BERNAMA.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Anwar semasa berceramah di Taman Perdana CUEPACS, Kajang yang dilaporkan media baru-baru ini, bahawa pemilihan tarikh itu adalah untuk menghalangnya daripada berhujah di Parlimen.
Anwar dikatakan bakal calon PKR pada PRK DUN Kajang yang diadakan berikutan anggota DUN itu Lee Chin Cheh (juga daripada PKR), meletak jawatan secara mengejut pada 27 Januari lalu.
Abdul Aziz menjelaskan bahawa Anwar sebenarnya mempunyai pilihan untuk terus menghadiri sesi Parlimen pada 11 Mac dan tidak hadir pada penamaan calon, meskipun berhasrat menjadi calon.
"Beliau hanya perlu hantar sama ada pencadang atau penyokongnya datang dan menyerahkan borang pencalonan. Pastikan borang diisi betul, wang deposit sudah dibayar dan bawa watikah yang membenarkan logo parti digunakan. Itu sudah mengikut prosedur," katanya.
Beliau berkata, sekiranya Anwar benar-benar mahu hadir pada sesi penamaan calon, Anwar boleh membuat permohonan untuk berhujah pada sebelah petang memandangkan jarak antara Kajang dan Kuala Lumpur tidak jauh.
Abdul Aziz kesal dengan kenyataan Anwar kononnya Barisan Nasional (BN) membeli waktu daripada SPR untuk melengah-lengahkan masa, sedangkan SPR memerlukan masa untuk membuat persediaan PRK Kajang.
"Saya buat hanya ikut undang-undang. Kita perlukan masa sebab nak buat persiapan rapi, termasuk membeli dakwat kekal yang perlukan kita untuk hantar pegawai dan semak dakwat itu sebelum bawa balik, yang semuanya boleh dielakkan kerana PRK ini tidak sepatutnya diadakan," katanya. - Bernama/bh
Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan
Hari
ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak.
Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada
kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!
Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog
ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi
sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan
serami mungkin orang yang masih tidur.
Siapa
yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar
kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala
puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26
billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang
berlaku di sebaliknya?!
Dari
apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun
dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih
kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh
kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak
terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan
struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak
Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini
mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat.
Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah
Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.
Kenapa
tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah
SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut
fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan
bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti
jika keadaan ini berterusan.
Walaupun
atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,
tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat
tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan
ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak
SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada
persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan
ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan
keluarga Al Saud"
PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua
projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini
dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara
tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".
Keyword
disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri
kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah
dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan
hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak
Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan.
Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai
menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita
ni?!
Kemudian
semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group.
Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada
pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian
mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al
Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua
negara Islam?
Tidak
banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini
untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran
yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan
bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat
dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau
yang berlaku di Mekah.
Contoh
pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap
dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam
gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan
perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.
Saya
yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah
untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam
gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam
isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di
atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM'
Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara
kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk
menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan
umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa
mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.
Ramai
golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati
pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut
mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti
seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada
Allah.
Salah
siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan
keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka.
Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud
and Co. Islamik kah ini?!
Last
but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini
country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian
umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka
hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga
As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau
dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau
dipersoalkan.
Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?! |
Semoga
Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah
satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum
yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba
membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan
mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.
[INFO PENTING]
Gadis2, mohon baca !!! Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah dirogol oleh 6 orang lelaki , pada malam Rabu yg lepas, sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan telanjang bulat. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol- perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.
Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda. Mana mana wanita yang mengambilnya, TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana perogol, boleh memperolehi/ mendapatkan dadah ini dari pusat pusat haiwan atau mana mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspadalah apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai!
P/S;;ingt semua kaum hawa berhati2.
sila copy dan paste pd status anda.
Sharing Is Caring
Persatuan Anak-Anak Comel10:39AM - 14 Feb 2014
Anwar: Kalau polis nak siasat, siasatlah
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
bertegas akan meneruskan kempen di DUN Kajang walaupun polis sedang
melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Anwar yang juga ketua pembangkang bertegas penganjuran kempen itu kerana tidak menyalahi sebarang Akta Pilihan Raya, lapor Sinar Harian hari ini.
"Kalau polis nak siasat pun siasatlah, lagipun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof cakap tidak salah dari segi akta pilihan raya.
"Saya ucap terima kasih kepada polis kerana program ini tidak diganggu," katanya seperti dalam dilapor akhbar itu.
Dalam laporan itu menyebut, Anwar berkata program yang dilakukan sekarang bukanlah kempen pilihan raya sebagaimana yang didakwa sebaliknya sesi penerangan kepada penduduk Kajang.
"Ini adalah sesi penerangan bertujuan menjelaskan tentang beberapa isu kepada orang Kajang dan bukannya kempen seperti yang didakwa.
"Tapi tak apa, orang Kedah kata lali dah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun," katanya sambil menambah beliau bersedia memberikan kerjasama kepada polis.3:48PM - 13 Feb 2014

PKR lapor SPRM dakwaan libatkan Taib
PKR akan membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengaitkan anggota
keluarga Tan Sri Taib Mahmud dengan syarikat yang terlibat dalam salah
laku berkaitan konsesi balak.
Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, dokumen berkaitan, seperti didedahkan pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di SPRM Putrajaya.
Rafizi (kanan) berkata, Sarawak Report berjaya mengaitkan keluarga Taib apabila mengemukakan dokumen pemindahan wang antara syarikat milik keluarga ketua menteri itu, termasuk syarikat yang dikaitkan dengan salah laku berkenaan.
Justeru, kata anggota Parlimen Pandan itu, penafian Taib di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung perkara itu tidak boleh diterima.
“Kenyataan itu digunakan sebagai alasan untuk menutup skandal yang panas ketika itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Sementara itu, Rafizi mendakwa syarikat milik adik Taib juga pernah disiasat di Jepun atas dakwaan mengelak cukai atas komisen – yang dianggapnya rasuah – bernilai satu bilion Yen (RM32.6 juta).
"Ini bermakna siasatan di Jepun mengenai tuduhan mengelak cukai sudah tentu akan melibatkan siasatan ke atas Taib Mahmud sendiri melalui bukti-bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan bayaran komisen balak,” katanya.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, selagi siasatan masih berjalan, Taib tidak boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang bagi selepas bersara sebagai ketua menteri.
KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua
Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengadakan pertemuan tertutup
di sini, hari ini.
Pertemuan berlangsung di hotel penginapan Muhyiddin di sini, diikuti dengan majlis makan tengah hari.
Timbalan perdana menteri kemudian mengadakan tinjauan mesra dan pemeriksaan harga barangan di Pasar Raya Emart di Matang, dekat sini.
Petang ini, beliau dijadual menghadiri majlis dialog bersama-sama Persatuan Pengguna dan Penjaja sebelum mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.9:49PM - 13 Feb 2014
Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, dokumen berkaitan, seperti didedahkan pembocor maklumat Sarawak Report semalam akan turut diserahkan bersama pada petang esok di SPRM Putrajaya.
Rafizi (kanan) berkata, Sarawak Report berjaya mengaitkan keluarga Taib apabila mengemukakan dokumen pemindahan wang antara syarikat milik keluarga ketua menteri itu, termasuk syarikat yang dikaitkan dengan salah laku berkenaan.
Justeru, kata anggota Parlimen Pandan itu, penafian Taib di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung perkara itu tidak boleh diterima.
“Kenyataan itu digunakan sebagai alasan untuk menutup skandal yang panas ketika itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Sementara itu, Rafizi mendakwa syarikat milik adik Taib juga pernah disiasat di Jepun atas dakwaan mengelak cukai atas komisen – yang dianggapnya rasuah – bernilai satu bilion Yen (RM32.6 juta).
"Ini bermakna siasatan di Jepun mengenai tuduhan mengelak cukai sudah tentu akan melibatkan siasatan ke atas Taib Mahmud sendiri melalui bukti-bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan bayaran komisen balak,” katanya.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, selagi siasatan masih berjalan, Taib tidak boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang bagi selepas bersara sebagai ketua menteri.
TPM, Taib adakan perjumpaan tertutup
- Muhyiddin bersama Taib Mahmud (kanan) menghadiri perjumpaan khas bersama presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di Kuching. - Foto Bernama
Pertemuan berlangsung di hotel penginapan Muhyiddin di sini, diikuti dengan majlis makan tengah hari.
Timbalan perdana menteri kemudian mengadakan tinjauan mesra dan pemeriksaan harga barangan di Pasar Raya Emart di Matang, dekat sini.
Petang ini, beliau dijadual menghadiri majlis dialog bersama-sama Persatuan Pengguna dan Penjaja sebelum mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.9:49PM - 13 Feb 2014
Korban ayam
Bagaimanakah kita menanggapi suatu
peristiwa yang bercirikan daya penarik publisiti atau gimik, sehinggakan
dapat mencetuskan kontroversi?
Sejauh mana pula benarnya kontroversi itu? Apakah peristiwa itu merupakan kejadian pertama? Adakah ia betul-betul mengejutkan atau benar-benar memeranjatkan?
Saya merujuk kepada suatu acara bantahan gimik publisiti penyembelihan ayam sebagai tindak balas sebuah video satira politik Tahun Baru Cina.
Ia menampilkan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok. Video (kanan) tersebut di siarkan di YouTube.
Sembelihan korban dalam tatacara keagamaan dan adat istiadat kepercayaan telah dilakukan sejak ribuan tahun lamanya.
Namun apakah makna yang cuba dilambangkan dengan isyarat menyembelih ayam anjuran ‘NGO Melayu’ itu?
Apatah lagi kemudiannya darah ayam yang disembelih disimbah ke atas kain rentang yang tercetak gambar-gambar pemimpin berketurunan Cina dalam Pakatan.
Menariknya badan-badan karikatur kartun itu berupa ayam yang berkepala manusia. Manakala ditampakkan kepala itu pula menyerupai Teresa Kok, Lim Kit Siang, Lee Khai Loon.
Buat saya ia suatu pertunjukan yang menggerunkan, jika ia berkeupayaan melangkaui garis sempadan kebebasan berekspresi ataupun menembusi perlindungan hak-hak sivil serta kesedaran sivik, selanjutnya mengundang keganasan dan mudarat, khususnya fizikal terhadap orang lain.
Gimik pemasaran
Lebih-lebih lagi, dengan tawaran menampar pemimpin wanita DAP, Teresa Kok.
Ia contoh suatu tindakan yang dilakukan bukan pihak yang berwenang dan berkuasa, yang bertujuan untuk menggerakkan pihak umum bertindak melakukan tindak kekerasan bagi pihaknya.
Tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu menyeimbangkan perkara ini misalnya dengan seruan NGO ABU kepada orang awam agar menangkap warga Bangladesh yang mengundi pada PRU13.
Dilaporkan ia mengakibatkan ramai orang tidak bersalah, telah disalah sangka sebagai warga asing Bangladesh terpaksa berhadapan tangkapan awam.
Tahap tindakan kreatif, kefahaman daya cipta seni budaya sastera dalam gerakan politik Malaysia, sebenarnya masih sekadar ungkapan perlambangan yang hanyalah sarana kepada suatu kaedah gimik pemasaran, pemberitahuan, daya penarik publisiti (stunt) terhadap isu-isu yang hendak dibawa.
Itulah yang digerakkan Lee Khai Loon, dengan ‘flash mob’ makan kangkung karikatur perdana menteri Najib Razak. Ia hanyalah sekadar seni komunikasi.
Mengimbas kembali, sebelum pilihan raya umum 2008 yang lalu, seawal bulan Januari sekumpulan anak-anak muda telah melakukan suatu tindakan bantahan politik yang sedikit aneh dan lucu.
Kumpulan tersebut menghantar memorandum berupa bantal kepala dan bantal peluk ke Jabatan Perdana Menteri, ditujukan kepada PM pada waktu itu Abdullah Badawi.
Tindakan tersebut bertujuan membantah kepimpinan Abdullah Badawi yang lemah dan punya reputasi suka tidur dalam mesyuarat.
Antara yang terlibat ialah pengarang politik dan penyanyi folk Amin Shah Iskandar atau Black, aktivis politik Cikgu Badrul Hisham, pelukis Poodien dan ramai lagi.
Namun yang lebih menarik lagi dalam aksi tersebut merupakan maklum balas dan tindakan pihak berkuasa, termasuk PM Abdullah sendiri.
Kek untuk Altantuya
Bantal-bantal tersebut diperiksa oleh sekumpulan anggota polis. Setelah beberapa ucapan wakil-wakil, bantahan itu pun berakhir.
Meski perdana menteri pada waktu itu diejek hinakan dalam suatu tindakan gimik politik, tiada tindakan yang dikenakan kepada pihak peserta bantahan.
Bagaimanapun, kemudiannya kumpulan yang sama, yang tersusun menjadi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Cikgu Badrul menerima nasib berbeza, ketika gimik sambutan ulang tahun hari lahir Altantuya.
Pada 6 Mei 2009 SAMM menghantar kek (kanan) hari jadi Altantuya seberat 2kg ke Jabatan Perdana Menteri. Tindakan penarik publisiti tersebut berakhir dengan tangkapan lima orang aktivis SAMM .
Dalam menyampaikan isu-isu politik menggunakan kaedah tindakan daya penarik gimik, saya sebenarnya tertarik dengan cara yang digunakan seorang pemimpin PAS tempatan di Pulau Pinang.
Pemimpin Pas tersebut Mohd Ariff Ibrahim, pada jam 5 petang 15 mei 2009 telah memanjat sepohon pokok berhampiran Esplanade di Georgetown.
Mohd Ariff berjanji akan duduk di atas pokok selama lapan jam sebagai lambang bantahannya terhadap peristiwa rampasan kuasa di Perak.
Timbalan pengerusi biro maklumat PAS kawasan Tanjung yang berusia 37 tahun itu juga turut membawa kertas kadbod bertulis “Bubar DUN Perak Untuk Rakyat”; “Hukum Rimba” dan “Love Democracy”.
Ia berjaya menarik perhatian ramai orang yang lalu-lalang, apabila mereka berhenti melihat pertunjukannya, sambil membaca pesan-pesan politik yang tertulis pada plakad.
8 jam atas pokok
Mohd Arif, turun dari pohon tersebut selepas tengah malam mengakhiri bantahannya selama lapan jam di atas pokok itu.
Baik berbalik kepada gimik sembelih ayam dan ugutan terhadap Teresa, kehadiran pihak berkuasa yang benar-benar berwibawa dan adil begitu amat diperlukan.
Kita boleh membaca sentimen, kemarahan masyarakat Cina dan kesangsian sekelompok kumpulan yang mengaku Melayu itu. Keraguan giat cuba disebar-luaskan pihak yang sedang goyah kekuasaannya.
Keraguan itu hanyalah penerusan suatu dasar lama warisan penjajah ‘pecah dan perintah.’ Ia menjadi benteng ampuh penjajahan kuasa-kuasa kolonial pada suatu zaman dahulu.
Apatah lagi terlalu banyak isu-isu yang perlu ditanggung pemimpin, negara dan rakyat sekarang ini; perjanjian TPPA, pembinaan loji nuklear, liberalisasi pasaran, kenaikan harga barang, cukai GST.
Makanya mengikut fikiran sesetengah pihak yang enggan mengakui peredaran zaman, mereka berpendapat kenapa tidak digunakan ‘dasar pecah dan perintah’ pada hari ini jika ia dapat meneruskan agenda kerakusan kuasa dan rasuah.
Tetapi dalam puisi, “Pemuda dan Gadis Tionghua,” karya Almarhum Usman Awang, kita mendapati sang penyair pada tahun 1961 telah pun bertanya:
“Bukankah, kecurigaan telah terbunuh, saat kita bersapa?”
Kini, pada tahun 2014, soalan itu saya fikir telah pun kita temukan jawapannya pada pesanan di bait akhir puisi Tongkat Warrant (nama pena Usman Awang):
“Lihatlah makam nenek moyang sebagai sejarah terpahat
Darahnya dalam darahmu segar di kulit kuning langsat
Esok, ketika tahun baru akan kukirimkan sebuah angpau
Dalamnya sebuah cinta dari jantung tanah dan pulau.”
RAHMAT HARON seniman outsider.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan