Selasa, 25 Februari 2014

TERTARIK DAN SUKA YANG BERPURDAH....BUKAN SENANG NAK BUAT

SHAH ALAM: Program penjadualan air di seluruh Selangor akan dilaksanakan bermula esok bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri ini yang dibahagikan kepada dua zon.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penjadualan air itu melibatkan tempoh selama dua hari sesuatu zon menerima bekalan air dan dua hari satu zon tiada bekalan air secara bergilir.

Katanya, penjadualan itu lebih menumpukan kepada kawasan  yang menerima kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran yang berlaku baru-baru ini.

 “Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

“Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bunan akan datang,” kata Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kreajaan Negeri, di sini.

Abdul Khalid berkata, penjadualan itu dijangka berakhir Mac depan selepas taburan hujan konsisten dan kapasiti air di empangan negeri itu bertambah.

“Cara itu lebih baik dari tiada air. Dengan cara ini, ia dapat mengatasi masalah tekanan rendah.

“Kita akan keluarkan jadual itu mengikut zon. Kita akan memberikan tumpuan kepada kawasan yang terdapat kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat yang melibatkan kira-kira 27,000 rumah terputus bekalan air kerana LojiRawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Dalam masa yang sama, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 75,000 rumah juga terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan.
KUALA LUMPUR: Tanpa menunggu keputusan pilihanraya kecil Dun Kajang yang merupakan ukuran sama ada MCA sudah mendapat kepercayaan pengundi Cina atau sebaliknya, parti itu sebaliknya membuat keputusan mempercepatkan mesyuarat agung luar biasa atau EGM untuk menentukan sama ada mereka wajar kembali menduduki kabinet atau kekal berada di luar kabinet seperti mana sekarang.

Dalam EGM yang diadakan semalam itu, walaupun ada yang keluar dewan perhimpunan sebagai tanda bantahan tetapi akhirnya MCA memperolehi semula mandat untuk kembali ke kabinet dengan undi menyokong sebanyak 1,913 daripada 1,922 jumlah perwakilan.

“Dengan resolusi ini serta bersamaan dengan janji Perdana Menteri untuk memberi jawatan kabinet kepada pemimpin MCA sekiranya usul menolak jawatan dalam kerajaan yang dibuat semasa kepimpinan Chua Soi Lek dahulu dibatalkan, kini semuanya terpulang kepada Najib untuk menentukan bila dan berapa jawatan yang harus diberikan kepada parti itu,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Menurutnya, apa yang menarik dalam EGM kali ialah bukan saja kelulusan kembali ke kabinet itu diperolehi melalui undi angkat tangan tetapi juga tarikh EGM diadakan juga terpaksa menggunakan kuasa Presiden MCA yang hanya menggunakan notis selama 7 hari berbanding peraturan sebenar yang memperuntukkan notis selama 30 hari.

Baginya, ini tidak lain memperlihatkan keinginan yang tinggi atau rasa kemaruk di kalangan pemimpin MCA untuk kembali semula memegang jawatan kabinet tanpa mempedulikan sokongan pengundi Cina sudah kembali kepada BN atau sebaliknya.

“Dan pilihan raya kecil Dun Kajang telah digunakan sebagai senjata ke arah matlamat itu,” tulisnya lagi.

Baca di sini

Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyapa mesra beberapa penduduk yang hadir pada program 'Santai Kopi Kaw' di Kampung Pusa, Beting Maro.
SRI AMAN, Sarawak: Lawatan kerja Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Kampung Pusa dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro semalam disambut mesra para penduduk tempatan.
Sebaik tiba di jeti Kg Pusa pada jam 2 petang, lebih 50 petugas yang menantikan kehadiran beliau melaungkan takbir.
Tuan Guru Abdul Hadi diiringi Naib Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid; Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriajo Paijo ; Setiausaha Perhubungan, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus; Ketua Penerangan PAS negeri, Andri Zulkarnaen Hamden dan para anggota Lajnah Tanah PAS Pusat.
Rombongan singgah di Markas PAS Pusa untuk program taklimat isu semasa sebelum menziarahi rumah-rumah penduduk Kg Pusa Tengah.
Program 'Santai Kopi Kaw' bersama Presiden PAS kemudian berlangsung di sebuah warung di Kg Pusa Tengah pada lewat petang.
Presiden PAS mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk disamping diberi penerangan ringkas berhubung isu tanah rakyat Sarawak khasnya penghuni di Kampung Pusa.
Selepas solat magrib berjemaah di rumah salah seorang aktivis PAS Kg Pusa, Tuan Guru Abdul Hadi bergegas ke lokasi ceramah umum Himpunan Tanah Rakyat Sarawak di Kampung Pusa Tengah.
Sebelum ceramah umum berlangsung, para penduduk dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan oleh bekas anggota kumpulan XPDC, Zuar.
Laporan lanjut di Harakah cetak edisi Jumaat.
KUALA LUMPUR: Kenyataan bercanggah antara dua Menteri Pendidikan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Idris Jusoh berhubung status terkini Pentaksiran Berasaskan Sekokah (PBS) membuatkan guru-guru bertambah pening.
Sebelum ini guru-guru sudah cukup pening dan tertekan dengan sistem PBS yang carca marba kini mereka bertambah pening apabila kenyataan Menteri Pendidikan yang tidak sekata.
Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengakui ada kepincangan di kalangan Menteri Pendidikan apabila Muhyiddin bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan PBS ditangguh serta merta malangnya sehari selepas itu Idris pula berkata PBS tetap berjalan seperti biasa.
"Mana satu yang patut diikut dan yang mana satu terpakai. Cukuplah buat cikgu-cikgu pening dengan PBS ni pula pening dengan kenyataan menteri yang bercanggah," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Idris, kementerian akan meneruskan sistem PBS kerana pelaksanaan itu dimahukan semua rakyat di negara ini.
Katanya, sebelum ini rakyat Malaysia meminta kementerian menukar sistem Pendidikan Malaysia untuk tidak berorientasikan peperiksaan.
Kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan siatem PBS 1 April ini.
hukum memakai purdah dlm mzhab syafie, seperti yg telah sy khabarkan sejak dulu...dlm mzhab syafie ada dua qaul (pendapat) berkenaan purdah,pendapat yg paling kuat dan MUKTAMAD dari imam syafie,imam ibnu hajar haitami,imam zainuddin malibari dan sebahagian besar imam dalam mazhab ialah WAJIB,muka dan tpk tgn dihukum aurat(ustaz azhar juga menyatakan fatwa ini MUKTAMAD dlm mzhab),tapi ada pendapat kedua dari imam rofi'e,imam asnawiy dan beberapa imam yg lain bg meraikan pendapat mazhab hanafi dan maliki yg menyatakan muka hanya jd aurat bila timbul fitnah adalah dianggap pendapat daif(lemah)....

Tapi pendapat yg daif ini sering dijadikan fatwa kpd umat islam bermzhab syafie khususnya di malaysia kerana umat islam di malaysia masih blum bersedia mnerima hkum islam seadanya,maka harus utk bertaqlid(ikut) fatwa yg daif iaitu muka dan tpk tgn bukan aurat kcuali timbul fitnah(contohnya sbb cantik sgt,dan mmg rmai yg cantik2..wajib belaka tu...lg2 yg dok tayang muka dlm fb tu,lawa2 belaka)..

Tapi walaupun dibenarkan amek pndapat yg daif,pndapat yg muktamad tetap tidak boleh dinafikan kedudukannya dan stiap wanita kena ada keazaman utk menutup wajah mreka kerana itu sumber ftnah utama kpd lelaki....
 
 
 
 

HUKUM MEMAKAI PURDAH DAN KEADAAN SI PEMAKAI???


ermm.. aku terpanggil untuk bukak topic ni sebab..dah ramai bertanyakan kepada aku persoalan mengenai niqab nie..Terlebih dahulu saya mohon MAAF KIRANYA ADA TEMAN2 Yang terasa dengan topic ini..Saya hanya menyuarakan pandangan dan pendapat teman2 saya..



"Ayah, kalau satu hari orang pakai purdah, ok tak? hehe..."
"Hm, ......"(lalu ayahnda memberikan pendapat2 nya..)
 (",)



 Apakah hukum memakainya? Memang agak sukar juga untuk menghuraikan .apatah lagi bila ada teman2 yang menyoal... Apa maknanya memakai niqab jika sifat.sikap dan cara pembawakan diri wanita yang memakai itu seperti tidak sesuai dan boleh memburukan pandangan orang lain terhadap wanita berniqab.. Terdiam aku sebentar.. lalu memikirkan pandangan2 mereka.. iya.. Jika seorang wanita memakai niqab,sedangkan dalam masa yang lain.. dia bergambar tanpa niqab,dan memaparkannya kepada umum.. so,apakah tujuan sebenar pemakaian niqab ini... ermm.... by da way..saya recpec terhadap teman saya iaitu DR Haryanis.. dia pernah memakai niqab seketika waktu ketika beliau menuntut dia Egypt.. dan Dia tidak mempamirkan wajah2 nya di facebook atau blog beliau..Saya sangat menghormati teman saya ini... Kerana beliau bijak membawa diri... DR ANIS.. saya rindukan anda.. sekian lama tidak poya2 bersama.. :)


Tersentak saya bila soalan yang diberikan kepada saya sama seperti yg saya baca di blog ini  berpurdah-tapi-tayang-gambar sebijik kata2 itu sama seperti teman2 saya bertanyakan kepada saya..


DI bawah ni saya paparkn pendapat2 mereka yang ariff:- 




d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ
Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan:
فَأَخَذَ الْفَضْلُ بْنُ عَبَّاسٍ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً حَسْنَاءَ وَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ فَحَوَّلَ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الْآخَرِ
Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Antara ulama' yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama' kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A'la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat.
Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin




Dibawah ini antara apa yg di tuli soleh blog  DR MUSLIMAH

Beberapa e-mail ana terima dari sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat yang meminta ana menulis satu artikel berkenaan BERPURDAH TAPI TAYANG GAMBAR: NAK IKUT SUNNAH ATAU NAK SHOW OFF? Antunna sendiri yang perlu pilih mana satu kategori antunna. Ini pendapat peribadi ana dan kepada sesiapa yang terasa hati, ana minta maaf sangat-sangat. Ana kongsi beberapa email yang ana terima:

1. Dr Muslimah, saya bukan nak mengumpat. Tapi saya dah tak tahan la. Ada sorang budak pompuan ni, muka boleh tahan la kot cantiknya sebab dia pakai purdah, nampak mata dia je galak, cantik pakai celak hitam, tergugat iman saya. Tapi saya tak suka dengan perangai dia. Macam setan. Saya cakap macam tu kenapa, macam melampau tak? Pakai purdah tapi dok bersayang-sayang lagi bila ada orang komen. Tak ke macam menggoda cam tu? Tak malu ke buat macam tu? Saya yang baca ni malu tau padahal saya ni lelaki. Rasa murah je bahasa dan maruah pompuan tu. Senang je. Bantu saya mcamana nak tegur dia. Tq.
2. Saya memang tak puas hati dengan sorang ni. Dia perasan semua lelaki suka dia. Boleh blah la.. Nak muntah saya tengok. Da la perasan gadis urban. Bergaya sangat ke? Tergedik-gedik macam penyanyi omputih? Memang pompuan pakai purdah ni gedik cam tu ke? Perasan lebih ye?


Ya Allah, malunya ana bila gadis berniqab ni dikatakan gedik. Tapi ana tak menyangkal itu pun ada dalam masyarakat niqabis kita ni. Perasan lebih? Boleh jadi juga. Semua macam perasan comel macam kucing, ayu macam tapir, anggun macam biri-biri mc donald. [dipetik dari blog sorang sahabat ni]. Tak kisah la kan, kuburkan lain-lain. Siapa cakap tak kisah? Ana kisah. Semuanya dah besar. Antunna punya dosa ingat mak bapak ke yang tanggung? Ingat sikit, umur tu dah melayakkan antunna kahwin, tapi ada yang perasan muda umur bawah 18 tahun. Allah, apa ni?

Sahabat,
Purdah ni pernah menjadi pakaian isteri-isteri nabi dan kita yang pakai ni sekaligus membawa sunnah nabi. Tapi, sanggupkah sahabat-sahabat menginjak pakaian isteri nabi-nabi ni dengan tohmahan pada antunna? Pakaian dari golongan pakaian orang mulia, jadi, perangai pun biarlah semulia pakaiannya. Ada yang bertanya, "Berniqab tu dapat menjaga perihal wanita ye?", "Adakah berniqab dapat menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang tak menyenangkan?", "Dapat menangkis fitnah?"...


Ana sama sekali jauh dari nak menjatuhkan martabat wanita yang berniqab, malah nak mengingatkan peri pentingnya menjaga hak-hak wanita sendiri. Kita tengok kat negara Arab, berapa ramai dari mereka, dahlah pakai niqab, pakai tudung pula separas lurut. Kenapa? Nak menutup semua anggota badan sehingga tak menampakkan sedikit pun kulit. Ana bukan suruh antunna pakai sampai paras lutut macam tu pun. Cuma minta jaga adabnya je. Kalau adab ana sendiri salah, tegur ana.

Di sini ana ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :

* berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.

* berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.

* berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.

* berniqab kerana ingin berfesyen.

* berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas seorang wanita, contohnya: berbual dengan lelaki, melompat ke sana ke mari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.

* berniqab tapi pakaian menjolok mata

* berniqab dan menjaga hak wanita dan menjauhi dari fitnah {ini yang dicari}

Bagi ana, mana-mana yang mempunyai perwatakan di atas kecuali yang terakhir tu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana golongan yang terakhir juga akan mendapat fitnah dan tidak harus terpalit padanya. Berubahlah demi menjaga hak masing-masing.

Sekarang ana nak masuk tentang tajuk ana yang kedua iaitu berpurdah tapi tayang gambar bahagian show off. Apa tu show off? Maksudnya macam expose diri. Menonjolkan diri. Antunna ni pakai niqab sebab nak jaga diri dari difitnah, dari dilihat orang, atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah kan? Tapi kenapa antunna tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya? Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan sebagainya, antunna akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri sendiri. 

http://gadiskalispeluru.blogspot.com/


Hukum wanita memakai purdah

Pendapat pertama:

Ulama terdahulu dikalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Syafie dalam pendapat yang lemah disisi mereka telah berpendapat bahawa wanita boleh membuka muka dan tapak tangannya. Had muka adalah dari tempat tumbuh rambut (kebiasaannya) sehingga dibawah dagu dari segi panjang. Dari segi lebar adalah diantara dua cuping telinga.

Ini juga pendapat sebahagian sahabat dikalangan Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan sebahagian tabi’ien seumpama Sa’id bin Jubair dan ‘Ata.Kata-kata ulama tafsir yang menyokong pendapat ini,Dalam mentafsirkan ayat 31 surah an-Nur, Imam at-Tobari telah berkata:

“Pendapat yang paling benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai.

Imam al-Jassas dalam mazhab Hanafi telah berkata:Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, ‘Ata yang mengatakan maksud ayat tersebut (ayat 31 surah an-Nur) adalah sesungguhnya muka dan tapak tangan, inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.

Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:“Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas , celak dan inai.

Dalam ayat yang sama, ibnu kathir dari mazhab Syafie menyatakan:“Berkemungkinan Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yang masyhur menurut jumhur ulama.

Kata-kata ulama fekah yang menyokong pendapat ini.

Al-Qaduri dari mazhab Hanafi telah berkata:“Dan haram seorang lelaki memandang perempuan yang bukan mahram melainkan muka dan tapak tangan.”

Ad-Dirdiri dari mazhab Maliki dari mazhab Maliki telah berkata:“Aurat perempuan yang merdeka bersama lelaki yang bukan mahram adalah semua melainkan muka dan tapak tangan.”

Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”

Syed Muhammad Zaki Ibrahim berkata:“Menutup muka dengan niqab yang menutup semua muka adalah perkara yang bukan wajib dan bukan sunat yang kuat tetapi ia adalah hanya perasaan dan emosi peribadi sahaja.”

Pendapat kedua:Haram mendedahkan muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian mazhab Syafie.

Syeikh Mansur bin Yunus al-Bahuti berkata:“Wanita yang merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat didalam solat sehinggalah kuku dan rambutnya. Ini berdasarkan sabda Nabi saw “Wanita adalah aurat” Hr Tirmizi.”

Syeikh Sulaiman al-Jamal dari mazhab syafie berkata:“Aurat wanita dihadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.”

Menutup muka kerana timbulnya fitnah.Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari ra berkata:“Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”

Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama.
Soalan: Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini, yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut `uruf dan adat kebiasaan.

Jawapan :Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak. Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya: “Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”
Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:
a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.
Kedua: ayat di atas menyatakan:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
(maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Allah hanya memerintahkan agar ditutupجيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.
Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”
b) Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52
لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ
(maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.
c) Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah alAnmari, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلالِ
(Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط . Kata al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan إن شاء الله) .
Walaupun rawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi perkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengan keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbul dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebut baginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti yang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi s.a.w. secara praktikal kepada para sahabah.
Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:
فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِهِ
“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).
Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.
d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ
Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan:
فَأَخَذَ الْفَضْلُ بْنُ عَبَّاسٍ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً حَسْنَاءَ وَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ فَحَوَّلَ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الْآخَرِ
Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat.
Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
: : Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah

Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita.
Juruterbang Wanita Pertama di Dunia Berpurdah
Posted on Monday, February 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kuasa media boleh menyembunyikan prestasinya, begitulah keadaan ummat Islam ketika ini. Mukmin yang soleh boleh menjadi tidak terkenal di mata orang ramai, namun sangat dikenali di kalangan makhluk langit, Insya Allah!

Kapten Shahnaz laghari adalah seorang juruterbang wanita pertama di dunia yang berpurdah ketika menjalankan tugas menerbangkan pesawat. Beliau mampu untuk mengendalikan kapal terbang secara solo dengan berpurdah penuh.

Beliau adalah pemegang rekod dunia "Guinness Book of World Record" sebagai pilot wanita pertama berpurdah penuh. Beliau juga merupakan muslimah pejuang hak asasi kemanusiaan di Pakistan yang memperjuangkan hak-hak wanita dan pernah bertanding dalam pilihan raya di Pakistan pada tahun 2012 sebagai wakil rakyat.
Selain menjawat sebagai pengurus Persatuan Pilot Wanita Pakistan, beliau juga menjalankan khidmat masyarakat dengan membuka pusat pendidikan percuma dan pusat latihan menjahit untuk kaum dhuafa Pakista .
Beliau turut aktif dalam menyertai program persatuan-persatuan komuniti Islam Pakistan. Semoga Allah SWT melimpahkan kekuatan baginya untuk istiqomah di jalan perjuangan dan meraih kejayaan Islam, aamiin yaa Robb.
bergambar dengan kapal terbangnya
Sebaik selesai penerbangan
Berucap dalam seminar Minhaj-ul-Quran Women League

Tiada ulasan: