Terung Yang Haram Dimakan
Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.
Kira-kira
tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang
pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.
Beliau
terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat
fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam
masjid Al-Taubah.
Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar.
Sudah dua
hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli
makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati.
Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?
Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan.
Dia memilih untuk mencuri.
Terung yang haram
Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada
di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan
dan atapnya saling berhampiran.
Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.
Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.
Dia terus
melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap
tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh.
Kemudian
dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah
masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun.
Dia segera
melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera
mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi)
yang sedang dimasak.
Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya.
Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.
Hatinya segera berkata, “Auzu
billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut
saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”
Dia menjadi sangat menyesal.
Dia menjadi sangat menyesal.
Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.
Dia kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.
Setelah
majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing,
tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim
dengan gurunya.
Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus.
Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan
ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia
seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak
ciknya yang sudah sangat tua.
Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta
dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang
jahat. Mahukah engkau menikahinya?”
Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”
Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”
Ia menjawab, “Ya.”
Pakcik perempuan itu hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.
Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”
Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah
tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata
dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik.
Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.
Isterinya bertanya, “Mahukah engkau makan?”
Dia menjawab, “Ya.”
Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”
Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.

Isterinya itu segera berkata, “Inilah
buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang
haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh
seisinya melalui cara yang halal.”
Tinggalkan yang Haram
Kisah ini
diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar
di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam muzakarahnya.
Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”
Masya-Allah,
ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh
dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota
ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.
Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas.
Satu biji
terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah
besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini.
Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak,
”Tak
seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah
dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.”
(surah al-Sajdah: 17).
Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai.

Imam
Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi
orang yang paling banyak ibadahnya.”
Siti
Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik
daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang
ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah
dirinya daripada dosa.”
Para ulama
berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun
meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq
(jujur kepada Allah).”
Maimun bin
Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan
adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah
seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”
Sunday, 9 February 2014
EDISI TERHARU ... ANGGOTA UNIT RONDA BERMOTOSIKAL PDRM (URB) BANTU SEORANG LELAKI WARGA EMAS YANG HAMPIR PENGSAN.
KEPRIHATINAN URB - BANTU SEORANG LELAKI HAMPIR PENGSAN
Hari dan tempat kejadian 8hb Februari 2014 di Taman Batu Belah, Bandar Baru Klang, Selangor.
Berbekalkan sifat keprihatinan serta dedikasi yang tinggi dalam menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan serta kesejahteraan awam, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Klang telah membantu seorang lelaki Cina semasa keluar tugas rondaan di sekitar Taman Batu Belah, Bandar Baru Klang. URB tersebut telah terserempak dengan lelaki yang terjatuh kerana keletihan dan hampir pengsan pada petang tadi.
Ketika kejadian, anggota URB tersebut terus memberikan bantuan sambil bertanya khabar dalam memastikan lelaki tersebut dalam keadaan selamat.
KUDOS DAN SALUT.
Jual Daging Manusia, Restoran Ini Gemparkan Nigeria
Written By canang on Ahad, 9 Februari 2014 | 2/09/2014 10:23:00 PG
Sebuah restoran
di negara bagian Nigeria, Anambra, membuat geger negeri itu. Pihak
berwenang pun menutupnya karena menemukan restoran tersebut menjual
hidangan yang terbuat dari daging manusia.
Polisi menemukan setidaknya ada dua kepala manusia segar ketika mereka menangkap 11 orang dari restoran tersebut, yakni enam perempuan dan empat laki-laki. Pihak kepolisian juga menangkap sang pemilik.
Melansir IB Times, Jumat (7/2/2014), sebuah kepala dengan darah yang masih segar ditemukan dibungkus dalam plastik. Para pejabat juga telah menyita dua senapan AK-47, senjata jenis lain, puluhan amunisi, dan beberapa ponsel selama penggerebekan restoran tersebut.
"Setiap kali saya datang ke pasar, karena hotel ini sangat dekat dengan pasar, saya selalu melihat gerakan lucu ketika orang-orang ini masuk dan keluar hotel. Orang kotor dengan karakter yang kotor selalu datang ke hotel itu. Jadi, saya tidak terkejut ketika polisi menemukan ini pada dini hari kemarin," kata warga lokal kepada Osun Defender.
Seorang pendeta, yang terkejut mengetahui bahawa apa yang ia makan adalah daging manusia, langsung mengeluh kepada polisi.
"Saya pergi ke hotel awal tahun ini. Setelah makan, saya diberi tahu bahwa segumpal daging yang dijual seharga 700 naira Nigeria atau setara Rp52 ribu, membuat saya terkejut. Jadi, saya tidak tahu memakan daging manusia dengan harga yang mahal itu, " kata pendeta yang tidak ingin disebut namanya tersebut.
Kanibalisme kadang-kadang dilaporkan muncul di Nigeria. Namun demikian, kasus ini adalah yang pertama kalinya terjadi di sebuah restoran yang menjual hidangan daging manusia. -oz
http://beritapantas92.blogspot.com/2014/02/jual-daging-manusia-restoran-ini.html
Kini, beredar status di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah.
Sangkaan menyatakan arwah dirogol dikatakan tidak benar, sebaliknya anak kecil ini mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa agar ditelan arwah sebelum kematiannya.
Menurut status berkenaan, perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan.Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih, pembunuh adik Nursyafiqah sememangnya iblis bertopengkan manusia.
Sumber
Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengabaikan ancaman penganjur protes "ayam dan tampar " sebagai bukan sesuatu yang serius menyebabkan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan memberi amaran akan ada lagi bantahan jika "perkara tidak berubah" .
Majlis Jemaah NGO Islam, terdiri daripada kumpulan berkait Umno, berkata mereka tidak takut akan akibat dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan terhadap Khamis lalu, di mana mereka menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,200 kepada sesiapa yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kerana klip video didakwa menghina pemimpin Melayu.
"Jika ahli-ahli politik terus dengan sikap cauvinis mereka, kami akan mengadakan bantahan lain. Kami tidak takut," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifli Sharif kepada The Malaysian Insider.
Zulkifli mengetuai kumpulan memprotes Kok dan pemimpin DAP yang lain, tindakan yang dikatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi "bukan satu ancaman".
"Mengapa kita perlu menyiasat perkara itu? Menampar bukannya ancaman. Jika mereka berkata bunuh, maka ia adalah ancaman," kata menteri itu semalam.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Mohd Mokhtar Ghazali yang menyertai bantahan itu berkata, kumpulan itu "tidak mempunyai apa-apa untuk dibimbangkan".
"Jika kita berani untuk melakukannya, maka kita perlu berani untuk menghadapi akibatnya.
"Pihak polis harus terlebih dahulu mengambil tindakan terhadap Teresa Kok kerana kita terlebih dahulu membuat laporan sebelum beliau," katanya.
Lima kumpulan Islam yang dikatakan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu termasuklah Permas dan Perkib.
Kumpulan lain adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah (Pekida), yang dikaitkan dengan Umno dan pemimpin terdahulu termasuk bekas perdana menteri dan presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kumpulan berkenaan mendakwa beberapa pemimpin pembangkang menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Selain penyembelihan ayam dan tawaran ganjaran, mereka melumur darah ayam yang disembelih di kain rentang yang memaparkan gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk PKR, Lee Khai Loon.
Penunjuk perasaan berkata, mereka bertindak disebabkan klip video Tahun Baru Cina Kok bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014", yang turut dikritik beberapa ahli-ahli Kabinet dan NGO Islam.
"Beliau (Kok) seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi terhadap orang Melayu berdasarkan apa yang dikatakannya dalam video itu," kata Zulkifli yang mendakwa beliau menganjurkan tunjuk perasaan itu demi agama, bangsa dan negara.
Mokhtar menambah: "Mengapa beberapa pemimpin ini bermain dengan isu-isu yang boleh mengeliru atau menyakiti perasaan orang lain.”
Kedua-dua pemimpin NGO menafikan terdapatnya pengaruh luar ketika ditanya jika kumpulan mereka didalangi mana-mana ahli-ahli politik .
"Ini adalah inisiatif kami sendiri," Zulkifli menegaskan .
"Kami membiayainya sendiri. Kami tidak ada penaja politik atau korporat," ujar Mokhtar.
Walaupun kedua-duanya telah menafikan wujudnya kaitan dengan mana-mana parti politik, kumpulan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan Umno.
Mokhtar berkata, kumpulan itu akan bersuara terhadap sesiapa yang menghina Islam dan mempersoalkan hak-hak Melayu, tanpa mengambil kira parti mereka.
"Kami tidak peduli mereka daripada parti mana. Saya bersedia walaupun untuk mengkritik kerajaan jika ada keperluan," katanya.
Perkib ditubuhkan pada 2008 bagi menjaga kebajikan dan membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam. Dalam blog, NGO itu berkata matlamat akhirnya adalah untuk "mencari keamanan kekal di dunia dan akhirat ".
Sementara itu, Permas adalah gabungan para pemimpin Pekida seluruh negara ini dan ia mengatakan perjuangan mereka adalah bersandarkan kepada menegakkan agama Islam, bangsa Melayu, raja-raja Melayu dan negara.
Pekida dikenali dengan kegiatan kebajikan di kalangan umat Islam tetapi ia juga dikaitkan dengan kegiatan samseng walaupun kumpulan itu menafikannya dengan mengatakan mereka mungkin daripada kumpulan serpihan .
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah pernah mempertahankan kumpulan ini walaupun reputasi mereka sebagai samseng.
"Di antara mereka terdapat tiga kumpulan yang berbeza. Walaupun Pak Lah adalah Ayahanda kepada Pekida, beliau tidak termasuk puak yang samseng," kata Saifuddin tahun lepas .
SIAPAKAH YANG PATUT DIPERSALAHKAN?????
Seorang pelajar berumur 13 tahun meninggal dunia di sebuah klinik di
Semenyih semalam, dengan ibunya mendakwa ia mungkin ada kaitan dengan
kejadian buli yang menimpa anaknya.
Wanita itu, B. Thanamalar, 43, berkata mendiang T. Kavinraj sebelum ini sering mengadu dibuli rakan-rakan di sebuah sekolah di Rinching, Semenyih.
"Semalam, anak saya keluar dari tandas dan beritahu saya dia telah minum sebotol ubat sebelum saya menyedari mukanya berubah menjadi kebiru-biruan.
"Kami terus membawanya ke klinik sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh doktor di klinik itu," kata Thanamalar kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Serdang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan kes itu yang dikategorikan sebagai mati mengejut, lapor Bernama
Polisi menemukan setidaknya ada dua kepala manusia segar ketika mereka menangkap 11 orang dari restoran tersebut, yakni enam perempuan dan empat laki-laki. Pihak kepolisian juga menangkap sang pemilik.
Melansir IB Times, Jumat (7/2/2014), sebuah kepala dengan darah yang masih segar ditemukan dibungkus dalam plastik. Para pejabat juga telah menyita dua senapan AK-47, senjata jenis lain, puluhan amunisi, dan beberapa ponsel selama penggerebekan restoran tersebut.
"Setiap kali saya datang ke pasar, karena hotel ini sangat dekat dengan pasar, saya selalu melihat gerakan lucu ketika orang-orang ini masuk dan keluar hotel. Orang kotor dengan karakter yang kotor selalu datang ke hotel itu. Jadi, saya tidak terkejut ketika polisi menemukan ini pada dini hari kemarin," kata warga lokal kepada Osun Defender.
Seorang pendeta, yang terkejut mengetahui bahawa apa yang ia makan adalah daging manusia, langsung mengeluh kepada polisi.
"Saya pergi ke hotel awal tahun ini. Setelah makan, saya diberi tahu bahwa segumpal daging yang dijual seharga 700 naira Nigeria atau setara Rp52 ribu, membuat saya terkejut. Jadi, saya tidak tahu memakan daging manusia dengan harga yang mahal itu, " kata pendeta yang tidak ingin disebut namanya tersebut.
Kanibalisme kadang-kadang dilaporkan muncul di Nigeria. Namun demikian, kasus ini adalah yang pertama kalinya terjadi di sebuah restoran yang menjual hidangan daging manusia. -oz
http://beritapantas92.blogspot.com/2014/02/jual-daging-manusia-restoran-ini.html
Adik Nursyafiqah rupanya mati dipijak untuk keluarkan pil kuda dari usus
on Saturday, February 8, 2014
Masih ingat kes adik Nursyafiqah Abdullah yang baru berusia 2 tahun tapi
ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan
Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu?Kini, beredar status di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah.
Sangkaan menyatakan arwah dirogol dikatakan tidak benar, sebaliknya anak kecil ini mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa agar ditelan arwah sebelum kematiannya.
Menurut status berkenaan, perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan.Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih, pembunuh adik Nursyafiqah sememangnya iblis bertopengkan manusia.
Sumber
Alfatihah. Pak Yazid Jaafar telah kembali ke Rahmatullah. Jenazah akan dibawa ke rumah beliau d Kg Baru, KL.
Jasa-jasa Allahyarham Pak Yazid:
1. Mengetuai perbarisan hari merdeka pd 31.8.57
2. Bks ydp persatuan bekas perajurit force 136
3. Masuk pas 1956
4. Pernah menjadi pesuruhjaya pas selangor 1970-an hingga 1974
5. Pernah bertanding dlm pr umum pads 1969 lawan tun razak di pekan
6. Merupakan petugas sepenuh masa di pejabat agung pas semenjak 1964 hibgga 1974
7. Menjadi guru agama dan pendakwah terkenal di lembah kelang semenjak 1960-an hingga 2014
Sumber: Jabatan Arkib PAS

MASJID ;
TAHUKAH ANDA MASJID PERTAMA YG DIBINA DI JEPUN IALAH MASJID KOBE , DIBINA PADA TAHUN 1928 DINAKAYAMATE DORI CHAU KU , KOBE BERERTI " GATE OF GOD " GERBANG TUHAN , PENGGURAN BOM ATOM DI NAGASAKI DAN HIROSHIMA DLM PERANG DUNIA KEDUA , KOBE MENJADI HAMPIR RATA , NAMUN MASJID KOBE TETAP BERDIRI TEGUH CUMA RETAK SEDIKIT DAN SEMUA KACA PECAH , TENTERA JEPUN YG BERLINDUNG DI BERANDA MASJID SEMUA SELAMAT TERMASUK SENJATA DAN MASJID KOBE TELAH DIJADIKAN SATU SATTUNYA TEMPAT MENGUMPULKAN MANGSA PERANG YG MASIH HIDUP ... BETAPA KEBESARAN ALLAH DIKALA SEMUA HANCUR NAMUN RUMAHNYA TETAP TEGUH WALAUPUN DIBOM ATOM DENGAN DAHSYAT ...

SETELAH ADA MENTERI BERITAHU TINDAKAN MEREKA TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG DAN TIDAK PERLU DISIASAT ... PENDEMO SEMBELIH AYAM AKAN BUAT LAGI SEKALI JIKA "PERLU"
Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengabaikan ancaman penganjur protes "ayam dan tampar " sebagai bukan sesuatu yang serius menyebabkan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan memberi amaran akan ada lagi bantahan jika "perkara tidak berubah" .
Majlis Jemaah NGO Islam, terdiri daripada kumpulan berkait Umno, berkata mereka tidak takut akan akibat dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan terhadap Khamis lalu, di mana mereka menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,200 kepada sesiapa yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kerana klip video didakwa menghina pemimpin Melayu.
"Jika ahli-ahli politik terus dengan sikap cauvinis mereka, kami akan mengadakan bantahan lain. Kami tidak takut," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifli Sharif kepada The Malaysian Insider.
Zulkifli mengetuai kumpulan memprotes Kok dan pemimpin DAP yang lain, tindakan yang dikatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi "bukan satu ancaman".
"Mengapa kita perlu menyiasat perkara itu? Menampar bukannya ancaman. Jika mereka berkata bunuh, maka ia adalah ancaman," kata menteri itu semalam.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Mohd Mokhtar Ghazali yang menyertai bantahan itu berkata, kumpulan itu "tidak mempunyai apa-apa untuk dibimbangkan".
"Jika kita berani untuk melakukannya, maka kita perlu berani untuk menghadapi akibatnya.
"Pihak polis harus terlebih dahulu mengambil tindakan terhadap Teresa Kok kerana kita terlebih dahulu membuat laporan sebelum beliau," katanya.
Lima kumpulan Islam yang dikatakan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu termasuklah Permas dan Perkib.
Kumpulan lain adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah (Pekida), yang dikaitkan dengan Umno dan pemimpin terdahulu termasuk bekas perdana menteri dan presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kumpulan berkenaan mendakwa beberapa pemimpin pembangkang menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Selain penyembelihan ayam dan tawaran ganjaran, mereka melumur darah ayam yang disembelih di kain rentang yang memaparkan gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk PKR, Lee Khai Loon.
Penunjuk perasaan berkata, mereka bertindak disebabkan klip video Tahun Baru Cina Kok bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014", yang turut dikritik beberapa ahli-ahli Kabinet dan NGO Islam.
"Beliau (Kok) seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi terhadap orang Melayu berdasarkan apa yang dikatakannya dalam video itu," kata Zulkifli yang mendakwa beliau menganjurkan tunjuk perasaan itu demi agama, bangsa dan negara.
Mokhtar menambah: "Mengapa beberapa pemimpin ini bermain dengan isu-isu yang boleh mengeliru atau menyakiti perasaan orang lain.”
Kedua-dua pemimpin NGO menafikan terdapatnya pengaruh luar ketika ditanya jika kumpulan mereka didalangi mana-mana ahli-ahli politik .
"Ini adalah inisiatif kami sendiri," Zulkifli menegaskan .
"Kami membiayainya sendiri. Kami tidak ada penaja politik atau korporat," ujar Mokhtar.
Walaupun kedua-duanya telah menafikan wujudnya kaitan dengan mana-mana parti politik, kumpulan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan Umno.
Mokhtar berkata, kumpulan itu akan bersuara terhadap sesiapa yang menghina Islam dan mempersoalkan hak-hak Melayu, tanpa mengambil kira parti mereka.
"Kami tidak peduli mereka daripada parti mana. Saya bersedia walaupun untuk mengkritik kerajaan jika ada keperluan," katanya.
Perkib ditubuhkan pada 2008 bagi menjaga kebajikan dan membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam. Dalam blog, NGO itu berkata matlamat akhirnya adalah untuk "mencari keamanan kekal di dunia dan akhirat ".
Sementara itu, Permas adalah gabungan para pemimpin Pekida seluruh negara ini dan ia mengatakan perjuangan mereka adalah bersandarkan kepada menegakkan agama Islam, bangsa Melayu, raja-raja Melayu dan negara.
Pekida dikenali dengan kegiatan kebajikan di kalangan umat Islam tetapi ia juga dikaitkan dengan kegiatan samseng walaupun kumpulan itu menafikannya dengan mengatakan mereka mungkin daripada kumpulan serpihan .
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah pernah mempertahankan kumpulan ini walaupun reputasi mereka sebagai samseng.
"Di antara mereka terdapat tiga kumpulan yang berbeza. Walaupun Pak Lah adalah Ayahanda kepada Pekida, beliau tidak termasuk puak yang samseng," kata Saifuddin tahun lepas .
SIAPAKAH YANG PATUT DIPERSALAHKAN?????
Pelajar 13 tahun mati dibuli rakan, dakwa ibu
Hiasan |
Wanita itu, B. Thanamalar, 43, berkata mendiang T. Kavinraj sebelum ini sering mengadu dibuli rakan-rakan di sebuah sekolah di Rinching, Semenyih.
"Semalam, anak saya keluar dari tandas dan beritahu saya dia telah minum sebotol ubat sebelum saya menyedari mukanya berubah menjadi kebiru-biruan.
"Kami terus membawanya ke klinik sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh doktor di klinik itu," kata Thanamalar kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Serdang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan kes itu yang dikategorikan sebagai mati mengejut, lapor Bernama
Menteri, veteran Umno & kroni takut Anwar masuk Selangor
Posted on Saturday, February 08 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KAJANG 7 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ‘Langkah Kajang’ menggerunkan Umno-BN, kroni dan keluarga sehingga ke peringkat Menteri bertaraf veteran.
Selangor, negeri terkaya di Asia Tenggara diketahui umum merupakan pusat ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang kaya hasil bumi dan sumber manusia menjadi permata idaman setiap parti politik.
“Sebab itu dalam mesyuarat Umno, bila dia dengar Anwar mahu masuk Kajang saja, dia sudah takut.
“Sampaikan Tun Daim pun kata, bila Anwar masuk Selangor habislah kita. Kita (Umno) mesti mula kempen sekarang.
“Apasal dia takut? Bukannya saya dendam sebab dulu dipenjarakan.
“Sebab dia tahu kita mahu tukar polisi. Tidak lagi mahu mencuri (harta rakyat) kronisme, monopoli dan sebagainya,” kata Anwar di hadapan 300 hadirin dalam majlis hi-tea di Pusat Komuniti Sg Kantan, semalam.
Anwar berucap di Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, Kajang
Justeru, Anwar mengingatkan anggota KEADILAN dan parti rakan Pakatan Rakyat tidak memandang mudah cabaran dihadapi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.
“Kita tidak ambil mudah. Umno-BN akan mengumpulkan segala jenteranya untuk pada pilhan raya kecil nanti
“Sebab bila Anwar jadi calon, satu kerajaan Malaysia turun, seluruh negara termasuk Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri yang mahu tidur (pencen) pun bangkit (bekempen) semula,” kata Anwar.-kd
Serangan dalaman PAS adalah daripada penyokong Che Ibrahim Mohamed, bekas kadi yang juga Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dipecat manakala satu lagi pihak adalah adalah penyokong Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Ramlan Mat dari PKR yang juga dipecat daripada jawatannya.
Kumpulan penyokong Che Ibrahim membuat demonstrasi hari ini di depan kolej dekat Nilam Puri bersebelahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah itu.
Che Ibrahim adalah penyokong utama Datuk Husam Musa yang keempat dipecat oleh pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang baru.
Sebelum ini, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali), Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) serta beberapa lagi kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya dipecat.
Che Ibrahim hari ini menyerahkan kembali cek daripada KIAS yang diberikan sebagai pampasan sebagai tanda protes.
Penyokong Che Ibrahim menamakan secara langsung Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohamad Amar sebagai pihak yang tidak disenangi mereka dalam krisis ini.
Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau akan memfailkan kes ini kepada Mahkamah Perusahaan jika ia tidak diselesaikan dengan baik.
"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri," katanya.
Semalam, dalam kenyataannya kepada media, Nik Amar menafikan beliau adalah dalang di sebalik pemecatan Che Ibrahim kerana beliau hanya melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah KIAS.
Beliau adalah Pengerusi Lembaga KIAS yang menandatangani surat pemecatan Che Ibrahim mulai 1 Februari 2014 lalu.
KIAS adalah kolej yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri.
Sebuah lagi kumpulan adalah 50 orang penyokong PKR dari Jeli yang menyerbu rumah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub di Tumpat malam kelmarin setelah pemecatan Ramlan Mat.
Bekas calon Kuala Balah dalam pilihan raya lalu itu dilantik menjadi penyelia DUN kira-kira tujuh bulan lalu tetapi secara tiba-tiba pelantikannya ditarik balik sebelum cukup tempoh setahun.
Penyelia DUN adalah pegawai kerajaan negeri yang dilantik untuk menguruskan kawasan DUN yang dimenangi oleh pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) di Kelantan.
Ia setaraf dengan wakil rakyat untuk kawasan berkenaan.
Pemecatan Ramlan menjadi sensitif kepada hubungan PAS dan PKR kerana sesetengah pemimpin PAS di Kelantan menganggap kehadiran PKR tidak penting di Kelantan.
Dalam pilihan raya umum yang lalu, kesemua calon Pakatan Rakyat (PR) daripada PKR kalah di Kelantan.
Namun menurut pemerhati politik Kelantan, penyokong PKR memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan calon PAS terutama di kerusi-kerusi marginal.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Husam tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi menjadi menteri besar.
Sejak itu, satu persatu penyokong beliau diberhentikan selain beliau sendiri.
Anak-anak syarikat yang selama ini ditubuh dan diketuai beliau juga diambil pihak lain.
Berikutan itu, tawaran kerajaan negeri kepada beliau untuk mengetuai dua anak syarikat ditolak oleh Husam sendiri.
Tidak seperti yang lain, Che Ibrahim tidak mendiamkan diri selepas beliau dipecat.
Beliau menulis dalam akaun Facebook di samping membuat protes bersama penyokongnnya hari ini secara terbuka. -TMI
ULASAN GB
Berita-berita di atas tidak ada di dalam harakahdaily. Namun GB faham kenapa ia tidak disiarkan di dalam akhbar milik PAS berkenaan. Harakahdaily selama ini memang cuba bertindak supaya ia tidak memihak kepada mana-mana kumpulan malah jika dapat kita tidak mahu menampakkan ada "perpecahan" di dalam parti.
Namun kebenaran adalah kebenaran. Apa yang berlaku di Kelantan adalah serius dan campurtangan dari pihak PAS Pusat adalah perlu sebelum gejala tersebut memusnahkan kerajaan PAS Kelantan.
Tindakan Nik Amar itu adalah keterlaluan. Ia tidak pernah berlaku di dalam PAS selama ini. Memecat pegawai-pegawai yang tak sebulu dengannya. Tiada lansung apa yang dipanggil "ukhwah Islamiah". Sekalipun hal tersebut merupakan hal "administratif", namun ia amat jelas sesuatu tindakan zalim yang tidak berperi-kemanusiaan.
Semenjak tahun 2009 lagi GB sudah peringatkan supaya PAS Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Nik Amar! kerana pada ketika itu GB melihat Nik Amar beriya-iya benar mendesak TG Nik Aziz supaya menamakan penggantinya.
GB mengulas ketika itu (petikan):
Hal yang sama turut berlaku di Selangor. Khalid Samad "digugurkan" jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan Shaari Sungip dari Ketua Penernagan selepas berlaku perubahan di dalam Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor. Ingat, Hassan Ali juga pernah menggugurkan Khalid Samad dan Shaari Sungip dari jawatan-jawatannya itu dan ia dilakukan oleh Setiausaha Perhubungan yang sama semasa Hassan Ali, Mohd Khairuddin namanya! Kebetulan? Bukan, Ia satu perancangan!
Demikianlah perangai "UMNO-GROUP" dalam PAS. Mereka sama saja di mana-mana. Pecat atau gugurkan mana yang tak sehaluan dengan mereka.
Berbalik kepada isu di Kelantan. Apakah tragedi 1977 dimana Kelantan dirampas oleh UMNO BN akan berulang apabila UMNO berjaya menggunakan Datuk Muhammad Nasir ketika itu? Kita tunggu dan lihat.
Sementara itu marilah bersama kita berdoa sepertimana doa yang GB minta bacakan semasa isu Hassan Ali dulu:
Gua sokong greenboc 100% . Hapuskan UG dalam PAS
TAHALLUF SIYASI GAGAL?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Kita sudah cuba berjuang bersendirian tetapi belum diberi kemenangan...
2) Kita sudah cuba berjuang dalam kerajaan melalui penyertaan dalam BN, juga belum diberi kemenangan...
3) Kita sudah cuba bergabung sesama parti Melayu dalam Angkatan Perpaduan Ummah, kita diberi sedikit kejayaan...
4) Kita cuba pula bergandingan dalam Barisan Alternatif, sesama parti yang berbeza ideologi, kemenangan kita bertambah.
5) Kita cuba lagi dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ketika ini Fiqh Tahalluf siyasi dikembangkan. Kita mengecapi sedikit lagi kejayaan dan ruang dakwah semakin terbuka luas.
6) lalu apakah kita mahu melupakan tahalluf siyasi kerana sedikit ujian berupa karenah komponen gabungan yang kita tautkan atas nama tahlluf siyasi itu?
7) Memang benar, tahalluf siyasi bukanlah satu-satunya cara untuk kemenangan Islam. Mungkin tahalluf siyasi adalah jalan yang merintis kepada jalan lain yang akan memenangkan Islam.
8 ) Sesungguhnya Islam pasti akan menang. Beruntunglah kepada sesiapa yang berjuang dan merintis untuk kemenangan Islam. Rugilah kepada mereka yang hanya menunggu tibanya kemenangan Islam tanpa berbuat apa-apa. Celakalah kepada sesiapa yang menghalang kepada perjuangan untuk memenangkan Islam.
Sekian

Sunday, February 9, 2014
Kemelut di Kelantan angkara UG?

Bela Che Ibrahim: Beliau pernah gegarkan negara, kata Husam
Datuk Husam Musa membela penyokongnya, bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed yang dipecat oleh anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dengan mendakwa tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh kerajaan Islam.
"Kerajaan Islam perlu bertindak adil dan ihsan kepada pekerja kita.
"Lagipun beliau (Che Ibrahim) adalah pengasas KIAS dan ingatlah jasanya yang pernah menggegarkan negara suatu ketika lalu," kata naib presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri mempertimbangkan semula pemecatan itu.
Pada 1 Februari lalu, Che Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan.
Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.
Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.
Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata:"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri."
Sementara itu, dalam kenyataan kepada media, Mohamad Amar menafikan beliau dalang di sebalik pemecatan Che Ibrahim kerana beliau hanya melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah KIAS.
Selepas pilihan raya umum lalu, Husam tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan.
Semalam, Che Ibrahim dan penyokongnya berhimpun di depan kolej dan menyerahkan kembali cek yang diberi KIAS untuk pampasan sebagai tanda penentangan ke atas pemecatan itu.
"Sekurang-kurangnya kenanglah jasa beliau sebagai khatib yang pernah menggegarkan negara apabila berkhutbah menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara berdepan ketika lawatan beliau ke Kelantan dahulu," kata Husam.
Pada 1993, Che Ibrahim pernah membacakan khutbah Jumaat di depan Dr Mahathir di Masjid Bukit Marak sehingga ia menjadi tajuk utama akhbar selama beberapa hari kerana beliau mengkritik bekas perdana menteri itu yang turut menunaikan solat di depannya ketika itu.
Husam berkata, bercakap benar di depan pemerintah yang zalim adalah antara ajaran Islam dan ia dilakukan oleh Che Ibrahim pada ketika itu.
Sebelum dilantik menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, Che Ibrahim pernah menjawat beberapa jawatan lain termasuk kadi, Setiausaha Majlis Syura Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan Setiausaha Jawatankuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan (Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah II). TMI
ULASAN GB
Berita-berita di atas tidak ada di dalam harakahdaily. Namun GB faham kenapa ia tidak disiarkan di dalam akhbar milik PAS berkenaan. Harakahdaily selama ini memang cuba bertindak supaya ia tidak memihak kepada mana-mana kumpulan malah jika dapat kita tidak mahu menampakkan ada "perpecahan" di dalam parti.
Namun kebenaran adalah kebenaran. Apa yang berlaku di Kelantan adalah serius dan campurtangan dari pihak PAS Pusat adalah perlu sebelum gejala tersebut memusnahkan kerajaan PAS Kelantan.
Tindakan Nik Amar itu adalah keterlaluan. Ia tidak pernah berlaku di dalam PAS selama ini. Memecat pegawai-pegawai yang tak sebulu dengannya. Tiada lansung apa yang dipanggil "ukhwah Islamiah". Sekalipun hal tersebut merupakan hal "administratif", namun ia amat jelas sesuatu tindakan zalim yang tidak berperi-kemanusiaan.
Semenjak tahun 2009 lagi GB sudah peringatkan supaya PAS Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Nik Amar! kerana pada ketika itu GB melihat Nik Amar beriya-iya benar mendesak TG Nik Aziz supaya menamakan penggantinya.
GB mengulas ketika itu (petikan):
Kenapa PAS tidak terus mengambil tindakan disiplin seperti memberikan amaran kepada Nik Amar Nik Abdullah yang pertama mencetuskan isu pengganti ini?Mengapa pimpinan PAS terlalu banyak memberikan "reservation" kepada golongan UG yang kerap kali menimbulkan masalah kepada parti?Kenapa hanya yang anti-UG sering diberikan amaran untuk tutup isu UG sedangkan pemimpin pro-UG bebas untuk berbicara dan melakukan kerja sesuka hati untuk memecah belahkan jemaah?
Hal yang sama turut berlaku di Selangor. Khalid Samad "digugurkan" jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan Shaari Sungip dari Ketua Penernagan selepas berlaku perubahan di dalam Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor. Ingat, Hassan Ali juga pernah menggugurkan Khalid Samad dan Shaari Sungip dari jawatan-jawatannya itu dan ia dilakukan oleh Setiausaha Perhubungan yang sama semasa Hassan Ali, Mohd Khairuddin namanya! Kebetulan? Bukan, Ia satu perancangan!
Demikianlah perangai "UMNO-GROUP" dalam PAS. Mereka sama saja di mana-mana. Pecat atau gugurkan mana yang tak sehaluan dengan mereka.
Berbalik kepada isu di Kelantan. Apakah tragedi 1977 dimana Kelantan dirampas oleh UMNO BN akan berulang apabila UMNO berjaya menggunakan Datuk Muhammad Nasir ketika itu? Kita tunggu dan lihat.
Sementara itu marilah bersama kita berdoa sepertimana doa yang GB minta bacakan semasa isu Hassan Ali dulu:
Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah.Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابهAllahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabahYa Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Gua sokong greenboc 100% . Hapuskan UG dalam PAS
Dewan Muslimat Pas Marang and Muslimat Pas Bkt Gantang were tagged in Dr Tanaka Mustafa's photo.
TAHALLUF SIYASI GAGAL?Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Kita sudah cuba berjuang bersendirian tetapi belum diberi kemenangan...
2) Kita sudah cuba berjuang dalam kerajaan melalui penyertaan dalam BN, juga belum diberi kemenangan...
3) Kita sudah cuba bergabung sesama parti Melayu dalam Angkatan Perpaduan Ummah, kita diberi sedikit kejayaan...
4) Kita cuba pula bergandingan dalam Barisan Alternatif, sesama parti yang berbeza ideologi, kemenangan kita bertambah.
5) Kita cuba lagi dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ketika ini Fiqh Tahalluf siyasi dikembangkan. Kita mengecapi sedikit lagi kejayaan dan ruang dakwah semakin terbuka luas.
6) lalu apakah kita mahu melupakan tahalluf siyasi kerana sedikit ujian berupa karenah komponen gabungan yang kita tautkan atas nama tahlluf siyasi itu?
7) Memang benar, tahalluf siyasi bukanlah satu-satunya cara untuk kemenangan Islam. Mungkin tahalluf siyasi adalah jalan yang merintis kepada jalan lain yang akan memenangkan Islam.
8 ) Sesungguhnya Islam pasti akan menang. Beruntunglah kepada sesiapa yang berjuang dan merintis untuk kemenangan Islam. Rugilah kepada mereka yang hanya menunggu tibanya kemenangan Islam tanpa berbuat apa-apa. Celakalah kepada sesiapa yang menghalang kepada perjuangan untuk memenangkan Islam.
Sekian
Dewan Ulama: Tindakan PKR satu kesilapan
SHAH ALAM - Tegas dengan pendirian sebelum ini, sayap penting dalam
Pas, Dewan Ulama kekal dengan pendirian bahawa tindakan PKR secara
sendirian sehingga membawa kepada PRK Dun Kajang sebagai satu kesilapan.
Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan berkata, tindakan PKR yang membuat keputusan tanpa konsensus tidak patut berulang lagi pada masa hadapan.
Selain itu, mesyuarat bulanan sayap parti itu yang diadakan malam tadi sebulat suara menegaskan bahawa isu Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan dalam PRK Kajang.
"... kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada," katanya sambil mengalu-alukan keputusan Lajnah Politik Pas untuk membantu PKR pada pilihan raya kecil nanti.
Mesyuarat yang diadakan malam tadi antara lain turut memutuskan Datuk Nik Zawawi Saleh sebagai pemangku Ahli Jawatankuasa Kerja selaras dengan peruntukan Perlembagaan Pas (Pindaan 2011).
"Dewan Ulama juga merekodkan penghargaan di atas jasa-jasa Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Taib dalam mengemudi kepimpinan Dewan Ulama Pas Pusat dari tahun 1995-2007 dan 2009-2014," katanya dipetik daripada kenyataan itu.
MENGAPA PAS TIDAK MENJADI MB SELANGOR?
Seorang rakan bertanya saya, dengan andaian DS Anwar Ibrahim kalah dalam PRK Kajang, masih perlukah PAS memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi MB lagi?
Soalan ini timbul kerana dalam PRU-13 yang lalu, PAS merasakan partinya telah kuat di Selangor setelah memenangi 15 kerusi. PAS lupa bahawa DAP juga memenangi 15 kerusi. Parti lain yang memenangi kerusi ialah PKR 14 dan BN 12 kerusi. Dengan jumlah 56 kerusi DUN semuanya, PAS perlu memenangi minimum 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri secara sendirian.
Adakah PAS mempunyai kerusi sebanyak itu? PAS tidak mempunyai kerusi itu. Hatta jika PAS bergabung dengan BN (UMNO) pun, PAS akan hanya mempunyai 27 kerusi dan masih belum boleh membentuk kerajaan.
Tapi PAS tidak berbaik dengan BN. Kawan PAS dalam PRU-13 ialah PKR dan DAP. Tetapi DAP tidak menyokong calon PAS untuk menjadi MB. DAP menyokong calon Melayu dari PKR, maka sebab itulah TS Khalid Ibrahim dari PKR yang menjadi MB.
Maka, apa lagi isunya yang PAS tidak puas hati? Apakah kerana DAP tidak menyokong calon PAS untuk menjadi MB, maka kita boleh katakan DAP membuli PAS? Saya tidak nampak begitu.
Oleh itulah, jika PAS tidak berpuas hati dalam soal calon MB ini, PAS jangan menyokong calon PKR menjadi MB. Jika itu berlaku, maka hanya DAP dan PKR sahaja yang perlu mendapat 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Jika DS Anwar Ibrahim memang dalam PRK Kajang nanti, maka PKR dan DAP masih lagi mempunyai suara majoriti untuk mencalonkan MB mereka.
Tetapi sekiranya DS Anwar Ibrahim tewas dalam PRK Kajang dan PAS tidak menyokong calon PKR untuk menjadi MB, maka kedudukan kerusi ialah 28 kerusi bagi DAP dan PKR, PAS 15 kerusi dan BN 13 kerusi.
Jika ini berlaku, maka yang pasti ialah akan berlakunya DUN yang tergantung. Apabila berlaku DUN yang tergantung, siapakah yang layak menjadi MB Selangor? Jawapan kepada pertanyaan ini telah saya bincangkan dalam posting saya bertarikh 2 Mei 2013 mengenai parlimen tergantung.
Satu pertanyaan menarik sebelum saya tutup perbincangan ini ialah, puas hatikah PAS apabila calon PKR tidak lagi menjadi MB Selangor? Puas hatikah PAS apabila wujudnya DUN tergantung di Selangor? Apakah PAS merasakan kedudukan mereka akan kekal kuat tanpa kerjasama dalam PR?
Aduhai, sikap pemimpin politik kita sukar untuk kekal konsisten.

PAS
harus sedar mereka adalah suara kecil dalam Pakatan Rakyat. Dengan
hanya 21 kerusi parlimen berbanding PKR & DAP masing2 dengan 30
& 38 kerusi. Beza PAS & DAP begitu besar yakni 17 kerusi. So
faham2 lah yer PAS tu siapa dalam PR.
Dalam BN, UMNO sedari awal penubuhan BN sejak 1970 adalah parti peneraju utama. Suara melayu islam sentiasa menjadi teras utama Barisan Nasional. Pasca pru13, UMNO memenangi 88 kerusi. BN 133 kerusi. Ini bermakna UMNO menyumbang kepada 66% kemenangan BN.

Saturday, 8 February 2014
ISU SIAPA LAYAK MENJADI MB SELANGOR SELEPAS PRK KAJANG???? .... KUPASAN TANPA BIAS PROF AGUS YUSOFF.
MENGAPA PAS TIDAK MENJADI MB SELANGOR?
Seorang rakan bertanya saya, dengan andaian DS Anwar Ibrahim kalah dalam PRK Kajang, masih perlukah PAS memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi MB lagi?
Soalan ini timbul kerana dalam PRU-13 yang lalu, PAS merasakan partinya telah kuat di Selangor setelah memenangi 15 kerusi. PAS lupa bahawa DAP juga memenangi 15 kerusi. Parti lain yang memenangi kerusi ialah PKR 14 dan BN 12 kerusi. Dengan jumlah 56 kerusi DUN semuanya, PAS perlu memenangi minimum 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri secara sendirian.
Adakah PAS mempunyai kerusi sebanyak itu? PAS tidak mempunyai kerusi itu. Hatta jika PAS bergabung dengan BN (UMNO) pun, PAS akan hanya mempunyai 27 kerusi dan masih belum boleh membentuk kerajaan.
Tapi PAS tidak berbaik dengan BN. Kawan PAS dalam PRU-13 ialah PKR dan DAP. Tetapi DAP tidak menyokong calon PAS untuk menjadi MB. DAP menyokong calon Melayu dari PKR, maka sebab itulah TS Khalid Ibrahim dari PKR yang menjadi MB.
Maka, apa lagi isunya yang PAS tidak puas hati? Apakah kerana DAP tidak menyokong calon PAS untuk menjadi MB, maka kita boleh katakan DAP membuli PAS? Saya tidak nampak begitu.
Oleh itulah, jika PAS tidak berpuas hati dalam soal calon MB ini, PAS jangan menyokong calon PKR menjadi MB. Jika itu berlaku, maka hanya DAP dan PKR sahaja yang perlu mendapat 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Jika DS Anwar Ibrahim memang dalam PRK Kajang nanti, maka PKR dan DAP masih lagi mempunyai suara majoriti untuk mencalonkan MB mereka.
Tetapi sekiranya DS Anwar Ibrahim tewas dalam PRK Kajang dan PAS tidak menyokong calon PKR untuk menjadi MB, maka kedudukan kerusi ialah 28 kerusi bagi DAP dan PKR, PAS 15 kerusi dan BN 13 kerusi.
Jika ini berlaku, maka yang pasti ialah akan berlakunya DUN yang tergantung. Apabila berlaku DUN yang tergantung, siapakah yang layak menjadi MB Selangor? Jawapan kepada pertanyaan ini telah saya bincangkan dalam posting saya bertarikh 2 Mei 2013 mengenai parlimen tergantung.
Satu pertanyaan menarik sebelum saya tutup perbincangan ini ialah, puas hatikah PAS apabila calon PKR tidak lagi menjadi MB Selangor? Puas hatikah PAS apabila wujudnya DUN tergantung di Selangor? Apakah PAS merasakan kedudukan mereka akan kekal kuat tanpa kerjasama dalam PR?
Aduhai, sikap pemimpin politik kita sukar untuk kekal konsisten.
Kenyataan Media Dewan Ulamak Pas Pusat
Posted on Saturday, February 08 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
8 HB FEBRUARI 2014
Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat bulanannya semalam, Jumaat 7 hb Februari 2014, jam 8 mlm bertempat di Pejabat Agong PAS, Kuala Lumpur. Antara keputusan-keputusan penting mesyuarat adalah seperti berikut;
1. Mesyuarat sebulat suara melantik Dato Ustaz Hj Nik Muhammad Zawawi Saleh sebagai Pemangku Naib Ketua dan YB Ustaz Hj Nasruddin Hassan Tantawi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja selaras dengan peruntukan Perlembagaan PAS (Pindaan 2011).
2. Dewan Ulamak PAS Pusat mengalu-alukan keputusan Lajnah Politik PAS Pusat sepertimana kenyataan Presiden bahawa PAS Pusat dan PAS Selangor akan membantu PKR dalam PRK Kajang berdasarkan keperluan.
3. Dalam masa yang sama Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa tindakan PKR yang membuat keputusan sendiri sehingga terjadinya PRK Kajang tanpa konsensus bersama PAS dan DAP terlebih awal adalah satu kesilapan yang mesti dijadikan pengajaran dan tidak patut berulang.
4. Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan bahawa isu Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan dalam PRK Kajang dan kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada.
5. Dewan Ulamak juga merekodkan penghargaan di atas jasa-jasa Allahyarham Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib dalam mengemudi kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dari tahun 1995 -2007 dan 2009 - 2014.

YB DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Safar 1435/ 8 Februari 2014
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Safar 1435/ 8 Februari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan