Sabtu, 8 Februari 2014

PE DE HAIRAN....DITUMBUK DAH...TUDUH LIWAT DAH ....DITUDUH TENTANG ISU SEX DAH...DITUDUH TALI BARUT YAHUDI PUN DAH... VIDEO SEX DITONTON RAMAI PUN DAH...DITUDUH SONGLAP PUN DAH....DIPENJARA DAH...LARANG MASUK JEPUN DAH...NI SINDIR...KECIK PUNYA HAL JE

Saturday, 8 February 2014


SUBHANALLAH!!! REPLIKA REKAAN DALAMAN RUMAH RASULULLAH SAW.



Subhanallah. Ini adalah replika rumah Nabi yang mulia Rasulullah ﷺyang bersandarkan hadis yang sahih. Replika ini dipertontonkan di Jeddah. Betapa 'ringkas'nya kehidupan Rasulullah ﷺ.

Disaat kita merengek-rengek mahukan rumah yang mewah dan selesa bagaikan mahu tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah bagaimana rumah junjungan yang mulia ﷺ yang hanya menjadikan rumah di dunia ini sebagai sebuah 'pondok' persinggahan menuju ke dunia yang satu lagi.

Usah kita sibuk mencari dan bertanyakan kepada kenapa orang lain, mengapa mereka tidak boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tak mampu bertindak seperti Rasulullah ﷺ. Firman ALLAH Subhanawata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 44

  أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

Monday, 3 February 2014


[MALAYSIA] Stacy Masuk Islam

Punca Stacy Masuk Islam | Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas, katanya.


PETALING JAYA: Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga.

Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, punca perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.

"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,” katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu.

Bagaimanapun dia tidak menafikan Akim banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.

Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia.

"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.

"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya.

Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat.

Saturday, 8 February 2014


ANAK PEREMPUAN ZAHID HAMIDI BERHASRAT NAK BERTANDING DI PRK KAJANG WAKILI UMNO/BN LAWAN DSAI.



Anak perempuan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Bercakap kepada Sinar Harian, Nurul berkata, keputusan terletak ditangan pucuk pimpinan siapa calon terbaik untuk kerusi itu.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan. Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama.

“Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti,” katanya.

Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini.

“Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media).

“Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu,” katanya.

Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya.

“Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau,” katanya.

Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang.

Saturday, 8 February 2014


GAMBAR-GAMBAR BALAI POLIS BUKIT TENGAH, BUKIT MERTAJAM YANG KENA LONTARAN BOM MERCUN.



Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun buatan awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.

"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas," kata Nasir.

Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), DSP Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Hamik kau UMNO oii ! Bukan sekali ...berkali2 jadi pengkhianat !!!

Written By canang on Sabtu, 8 Februari 2014 | 2/08/2014 12:08:00 PTG

Video Ridhuan Tee Dan Fathul Bari Teruk Di Belasah.. Saksikanlah

 



Isu yang di debatkan ialah 'Kenapa UMNO/PAS tak bersatu, antara ahli panelnya ialah pejuang Melayu tulen Dr. Ridhuan Tee, Dr. Maza, Ustaz Fathul Bari dan juga YB Ustaz Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Kalau di TV3 atau RTM, aku yakin pasti tiba-tiba akan terpapar 'Harap Maaf, Rancangan Tergendala Sebentar' kalau tak pun gambarnya ada suaranya tak ada.. Tapi ini bukan LIVE oleh TV3 atau RTM tapi TV AlHijrah..
Termanggu-manggu Ridhuan Tee bila mendengar hujah-hujah yang dibentangkan oleh Dr. Mohamed Fadzli mengenai mengapa PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO..
Hujah yang cukup mantap bersandarkan fakta sejarah untuk difahamkan oleh macai-macai sekelian.. itupun kalau masih mampu untuk berfikirlah..
Tengoklah... Siapa sebenarnya pengkhianat kepada Melayu dan juga Islam di bumi Malaysia tercinta ini.. ~asd

Photo: bapa "Kemerdekaan" pun x nak Umno..kenapa masih ada lagi macai sokong Umno..ki ki ki..
NAK PERCAYA umno LAGIIII??? 

Video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!! " 
Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!! " (atas) dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Inilah hujah bernas beliau,

"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang melayu......................................

" Tuan puan yang dihormati sekelian, sya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada pas. Kononnya pas tidak mahu bersatu.

"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan melayu berpecah ........................... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.


"Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat islam bersatu, orang melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin, bersatu dengan umno untuk memperjuangkan kemerdekaan.

"Tetapi, umno dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.

"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama umno kepada orang melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.

Gerombolan Jumpa TGNA (19 okt) Merayu Ajak Bersatu
"Apabila berlaku peristiwa 1969, 13 Mei.. Apabila umno merasakan bahawa kuasa mereka terjejas, sebab mereka kalah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain; mereka mengajak PAS bersatu atas dasar penyatuan umat islam. Kononnya ada ancaman daripada orang bukan Islam.

"Mengambil sikap dasar perpaduan Islam... terima kita... Selepas daripada itu, apa mereka buat?... mereka tendang PAS keluar.

"Pada tahun 1987, umno menyebabkan perpecahan melayu lagi sehingga lahirnya Semangat 46. Pada tahun 1998, sepuluah tahun kemudian.....sekali lagi melayu berpecah disebabkan oleh umno.

"Kemudian berlakulah kononnya satu penyatuan melayu apabila Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah kembali kepada UMNO atas dasar semangat penyatuan melayu dan Islam.

"Rupa-rupanya dia ajak Tengku Razaleigh masuk umno kerana nak tendang Anwar Ibrahim keluar. Bukannya atas dasar nak menyatukan orang melayu tapi pecah belahkan.

'Apabila Pak Lah ajak kami bersatu, kami kata "boleh, tapi benda ini perlu dibuat secara berhati-hati. Nanti orang PAS tak faham, Pakatan Rakyat tak faham... kami juga yang jugak yang menanggung akibat. Kami jugak nanti akan difitnah.....

"Maka dibuat perjumpaan secara senyap-senyap. Orang semua tak tahu... Tiba-tiba Pak Lah yang umumkan "sudah tiga (3) kali PAS dan UMNO berbincang di belakang tabir." Mengkhianati sekali lagi perjanjian, persefahaman. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan orang-orangnya sendiri. Sehingga PAS terpaksa menghadapi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ini masalah dengan umno. .........." selebihnya sila tonton "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!

KUALA LUMPUR: “Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” tanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang.

Di samping itu, katanya dikemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa,” ujarnya yang juga Ketua Parlimen DAP dalam satu kenyataan.

Ini, katanya kerana bukan saja melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa, bukan saja kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.

Malah, kemungkinan enam NGO yang diwakili oleh 30 orang itu dengan pantas akan disumbat ke dalam “Black Maria” sehingga tidak sempat menyembelih ayam dan malah tidak sempat pun berhimpun kerana polis telah mendapat maklumat tentang rancangan mereka jauh lebih awal.

Tidak diragui lagi bahawa Cawangan Khas Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia di kalangan unit khas sejenisnya, berkat warisan penjajah British dan kedudukan istimewanya dalam hirarki polis dengan himpunan maklumat risikan yang dikumpul dengan tujuan utama melindungi rejim yang berkuasa sekarang, sedangkan dalam masyarakat yang benar-benar demokratik, perkara paling utama bagi polis ialah untuk memelihara demokrasi berparlimen dan hak asasi manusia.

Tidak masuk akal sama sekali jika polis tidak mendapat apa-apa maklumat tentang demonstrasi kelmarin sebelum wakil-wakil media cetak dan media elektronik turun memberikan liputan penuh tentang demonstrasi itu yang diisi dengan acara menyembelih ayam dan melumur darah – jika benar polis tiada maklumat awal, maka Cawangan Khas patut dirombak sepenuhnya dan malah pengarah Cawangan Khas sepatutnya dipecat.

Namun, saya tahu Cawangan Khas adalah cekap, bererti polis telah mendapat maklumat awal tentang demonstrasi yang dirancang oleh enam NGO yang menggelar diri mereka sebagai Majlis NGO Islam, terdiri daripada Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Sehingga kini, Polis dan juga kerajaan Barisan Nasional membisu seribu bahasa tentang demonstrasi kelmarin yang melampau, menghasut, dan secara terbuka mengapi-apikan kebencian perkauman dan keagamaan untuk mencetuskan satu lagi peristiwa 13 Mei dalam negara berikutan video “Onederful Malaysia CNY 2014” yang mengkritik kegagalan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengaitkan mana-mana kaum atau agama.

Video Teresa didakwa anti-Melayu dan anti-Islam. Saya telah menjemput pihak yang membuat dakwaan sebegini untuk tampil secara terbuka menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu dan anti-Islam.

Jika mereka boleh menunjukkan ada bahagian dalam video itu yang anti-Melayu dan anti-Islam, saya secara terbuka akan meminta Teresa untuk mengambil tindakan yang wajar. Namun, sehingga kini belum ada siapa menyambut permintaan saya.

Paling menyedihkan, dua pemimpin MCA yang baru dipilih untuk memegang jawatan tertinggi, iaitu Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, seperti pemimpin-pemimpin MCA yang lain yang menurut jejak Barisan Nasional menyerang video Teresa, gagal menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu atau anti-Islam, tetapi mereka terus menggalakkan dan malah membantu protes puak ekstremis terhadap video Teresa.

Saya percaya semua rakyat Malaysia yang sihat akal fikirannya berhak untuk bertanya kepada KPN, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, serta pimpinan Umno dan MCA mengapa layanan berbeza akan diberikan jika ada enam NGO menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Perdana Menteri dan melumur darah pada sepanduk bergambar Menteri Umno berbanding layanan yang diberikan terhadap enam NGO kelmarin yang menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Teresa Kok dan melumur darah pada sepanduk yang memaparkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

Sikap pilih bulu diamalkan oleh polis dan institusi utama negara, sedangkan mereka seharusnya bersikap tidak berpihak, saksama, dan profesional. Keadaan ini membuatkan rakyat semakin tidak yakin akan adanya urus tadbir yang baik, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Malaysia.
Kisah benar
Raja Iraq Bermimpi Sahabat Nabi Supaya Jasad Mereka Dipindahkan.

Pada tahun 1932 (tahun 1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I (1921-1933) , bermimpi dia ditegur oleh Hudhaifah al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) berkata:

" Wahai raja ! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepian sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburanku sekarang dipenuhi oleh air; kuburan Jabir juga sedang dipenuhi oleh air. "

Mimpi yang sama berlaku berulang kali pada malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu kerana dia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya seperti urusan-urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah al-Yamani berkata dalam mimpi sang Mufti itu:

" Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazah akan tetapi nampaknya dia tidak peduli. Beritahukanlah kepada raja, agar dia memindahkan kubur-kubur kami. "

Lalu setelah membincangkan masalah ini, Raja Faisal disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berusaha melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai perkara ini dan Perdana Menteri akan memberikan kenyataan kepada akhbar supaya semua orang tahu tentang rancangan besar ini. Kemudian diumumkan kepada umum bahawa rancangan ini akan dijalankan pada tarikh 10 Zulhijjah selepas solat Zohor dan Asar. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya (atau mungkin kerangkanya) akan dipindahkan ke tempat lain.

Kerana pada waktu itu sedang musim haji, maka para jemaah haji juga ikut berkumpul di bandar Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rancangan itu selama beberapa hari agar mereka juga boleh melihat dengan mata kepala sendiri proses pemindahan sahabat nabi itu. Mereka ingin agar proses pemindahan itu ditunda hingga mereka selesai menjalankan ibadah haji. Akhirnya Raja Faisal bersetuju untuk menangguhkannya dan mengundurkannya hingga tarikh 20 Zulhijjah.

Selepas solat Zohor dan Asar, pada 20 Dzulhijjah tahun 1351 (Hijriah) atau tahun 1932 Maseh, ramai orang datang ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin, juga orang bukan Islam. Mereka berkumpul di bandar Baghdad hingga penuh sesak. Ketika kubur Hudzaifa al-Yamani dibuka, mereka melihat bahawa kubur itu dipenuhi air di dalamnya.

Tubuh Hudzaifa al-Yamani diangkat dengan menggunakan takal dengan sangat berhati-hati agar tidak rosak dan kemudiannya jenazah yang kelihatan masih sangat segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Putera Faroq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk mengangkat tandu itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar itu ke sebuah keranda yang dibuat khusus untuk menempatkan jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah Al Ansari juga dipindahkan dengan segenap penghormatan .

Pemandangan yang sangat menakjubkan itu sekarang sedang dilihat oleh ramai orang lelaki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan juga bukan Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi yang kurang dikenali kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tidak tersentuh bakteria pengurai sedikitpun. Keduanya dengan mata terbuka menatap kedepan menatap kenabian yang mana kedua-duanya membuat para penonton terkejut dan tidak boleh menutup mulutnya.

Keadaan sepi. Mereka seolah tak percaya atas apa yang mereka saksikan pada hari itu.

Selain tubuh keduanya yang kelihatan segar bugar. Begitu juga keranda mereka yang juga kelihatan masih utuh dan baru. Pakaian yang mereka kenakan pada saat dikebumikan semuanya berkeadaan baik dan jika dilihat seperti kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja.

Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan semula di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi lain yaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK lebih kurang 30 batu jauhnya dari bandar Baghdad. Kejadian ini mengundang kekaguman para saintis, kaum falsafah dan para doktor. Mereka yang biasanya yang sering berkicau memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing kali ini tunduk dan membisu dengan kejadian tersebut.

Salah seorang dari mereka ialah seorang ahli fisiologi dari Jerman yang kelihatan sangat tertarik dengan fenomena ini. Dia ingin melihat keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang pernah dikebumikan selama lebih 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, dia berjumpa dengan Mufti Besar Iraq. Apabila dia sampai di tempat di mana peristiwa itu berlaku, dia terus memegang kedua tangan Mufti dengan eratnya sambil berkata: " Bukti apalagi yang boleh menguatkan bahawa Islam itu benar. Aku sekarang akan masuk Islam dan tolong ajarkan aku tentang Islam . "

Di hadapan beribu - ribu pengunjuung yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Begitu juga degan orang lain yang beragama Kristian atau Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih ramai lagi kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

TUN DAIM ZAINUDDIN TERKEJUT ADA 38 PENERBANGAN SEHARI DI KELANTAN

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memberitahu beliau terkejut apabila dimaklumkan terdapat 38 penerbangan sehari di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Bagaimanapun berpendapat, pembinaan lebuhraya perlu diutamakan terlebih dahulu kerana ia digunakan semua rakyat berbanding lapangan terbang. Daim melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob pada 6 Febuari lalu. Amacam?

Lawak Sepahtu didakwa hina dan sindir Datuk Seri Anwar Ibrahim



Lawak Sepahtu didakwa hina dan sindir Anwar Ibrahim - Rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 telah melabuhkan tiranya semalam dengan kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Kemenangan ini melayakkan mereka untuk membawa hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan masing-masing satu trofi sumbangan ASTRO.

Meskipun berdepan saingan sengit dari kumpulan Shiro dan Bocey namun Sepahtu diakui mempersembahkan lawak yang hebat dan cemerlang.

Dengan mengangkat isu Satay di Kajang dan penjara sebagai bahan untuk tema bebas, Sepahtu yang dianggotai Jepp, Suib dan Rahim berjaya mengeletak ramai penonton sehingga turut mendapat pujian dari juri tetap, Nora Danish.

Di sebalik lawak yang dipersembahakan, segelintir penyokong kuat PKR mempertikaikan maksud lawak Sepahtu itu. Mereka mendakwa lawak tersebut jelas menghina dan menyindir ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baca di bawah untuk lebih lanjut. Apa kata korang?


Tiada ulasan: