renungan...
Posted on Wednesday, February 19 @ 01:14:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Gua ingatkan beliau ni dah JALAN beb selepas kalah TERGOLEK DOG dalam Plihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas, ialah gua ingat mungkin beliau SAKIT JANTUNG ke TERKEJUT ke kerana keyakinan beliau yang melebihi 101 Peratus akan Menang dalam PRU13.
Ditambah lagi tak ada gua dengar berita tentang beliau walaupun ISU Kalimah ALLAH sedang HANGAT diperkatakan, tiba-tiba hari ini beliau MUNCUL entah dari TEMPURUNG mana gua pun tak pasti beb... kah kah kah!.
Yang LAWAK nya lagi ialah keluar saja dari Tempurung terus suruh Tan Sri Khalid Ibrahim Nasihatkan Sultan supaya BUBARKAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, lu ni GILA ke MABUK DAUN KETUM beb. Species Umno And The Gang SIBUK dok kata MEMBAZIR dengan ada nya Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang tiba-tiba lu suruh pulak Bubarkan DUN Selangor, lu tahu tak berapa banyak lagi Wang dari HARTA PUSAKA MAK BAPAK UMNO akan dibelanjakan... kah kah kah!.
Atau kalau lu TERINGIN sangat nak BERTANDING lu Bertanding aje lah beb, jangan MALU-MALU atau SEGAN-SEGAN walaupun gua tahu lu punya MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI. Tak ada siapa yang akan MELARANG kalau lu Teringin sangat nak Bertanding, tak payah suruh Tan Sri Khalid Ibrhim Nasihatkan Sultan untuk Bubarkan DUN Selangor, kat PRK N.25 Kajang pun sudah boleh bertanding beb... nak dengan tak nak aje... cerita banyak pun tak guna... kah kah kah!.
Itu pun kalau lu ada TELOR dan bukan hanya MENYALAK macam ORANG GILA, ini juga lah masa nya untuk lu tunjukkan KEJANTANAN lu tu yang konon nya PEJUANG ISLAM TULIN dan bukan nya PEJUANG ISLAM JADI-JADIAN. Lu pun tahu kan dengan MENGALAHKAN Anwar Ibrahim dalam PRK N.25 Kajang bermakna lu sudah MENYELAMATKAN Penduduk Kajang dari seorang yang dikatakan RAKUS, GILA KUASA, PRO YAHUDI... atau nak sedap lagi yang pernah BEDAL BONTUT lu tu... kah kah kah!.
Apa macam ZUL KULUM AL-KATAKI ada Berani ka beb, kalau di Bubarkan sekali pun DUN Selangor lu tetap tak boleh untuk Bertanding di Kerusi Parlimen Shah Alam sebab yang di Bubarkan hanya DUN bukan Parlimen beb. Atau pun gua cadangkan lu Nasihatkan Pemimpin Wassatiyah Demokrasi Terbaik Datuk Seri Haji Najib Nasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk Bubarkan Parlimen, apa macam ok tak cadangan gua. Lu tahu tak gua PELIK macam mana lah Anwar boleh lantik lu jadi Lawyer beliau dulu beb... kah kah kah!. sumber
hemmmmm..... cuba lu cerita betul-betul zul kulum, lu masa jadi lawyer anwar sebagai pembawa fail atau sebagai pak pacak... kah kah kah... A B U."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Wednesday, February 19 @ 01:14:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Mengapa saya elak berbalah dengan Anwar, terhangat
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Artikel tersebut mengalahkan tulisan Dr Muhaimin Sulam bertajuk “Usah diperli, biarkan mereka berselawat” dan berita “Pemenang MTV Europe Music Awards 2006 peluk Islam” yang menduduki tempat kedua dan ketiga.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 9.2-15.2, 2014.
PRK Kajang: Biar Zaid yang jelaskan, kata Anwar
- Feb 18, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
PETALING JAYA: PKR hari ini menetapkan tujuh keutamaan isu setempat yang perlu ditekankan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media memberitahu keutaman tersebut diperolehi daripada pengalaman beliau yang berinteraksi dengan penduduk sekitar.
Jelasnya, tiga perkara utama dalam tujuh keutamaan yang memerlukan perhatian segera adalah keselamatan penduduk akibat jenayah, permasalahan trafik dan kebersihan setempat.
"Saya berpeluang mendekati penduduk Kajang sejak beberapa minggu lalu dan mendengar sendiri masalah dan harapan mereka.
"Dari pengalaman yang diperolehi, menunjukkan tiga perkara utama dari tujuh keutamaan yang memerlukan perhatian segera di Kajang adalah soal keselamatan akibat jenayah, masalah trafik dan juga tahap kebersihan," jelasnya di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Katanya lagi, selain tiga perkara utama terdapat empat keutamaan iaitu masalah sosial, bantuan kepada keluarga berpendapat rendah, pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil serta perkhidmatan Majlis Perbandaraan Kajang.
"Saya akan terus mendekati penduduk Kajang untuk berbincang mengenai harapan dan kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu setempat ini.
"Saya yakin bahawa jalan yang terbaik ialah dengan melibatkan masyarakat setempat dan memberdayakan mereka menguruskan hal ehwal masyarakat setempat," jelasnya lagi.
Tambah Ketua Pembangkang itu lagi perbincangan telah diadakan dengan Institut Rakyat supaya satu kajian perbandingan khusus dibuat serta merta untuk mengkaji amalan terbaik yang digunapakai di tempat-tempat lain dalam menangani beberapa masalah yang perlu diberikan keutamaan di Kajang.
"Hasil dari kajian itu akan dibentangkan dan dibincangkan bersama penduduk supaya kita dapat menggembleng tenaga semua pihak untuk jadikan Kajang selamat, bersih dan lancar," sambungnya lagi.
Ketika mengulas mengenai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Bebas yang dilihat sebelum ini menyokong keputusan Anwar bertanding di Kajang, beliau menghormati keputusan itu.
"Dua minggu lalu beliau (Zaid) menyokong saya bertanding di Kajang dan sekarang beliau pula buat keputusan untuk bertanding.
"Kita menghormati keputusan dan proses demokrasi, tentang pensetujuan beliau sebelum ini dan tindakan beliau sekarang biar dia yang jelaskan, saya tidak nak komen apa-apa," katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak meletakkan sebarang sasaran pengundi mana yang menjadi undi penentu kepada kemenangan beliau di Kajang.
Katanya, semua kaum merupakan penentu kepada faktor kemenangan, setiap kaum mahupun kategori pengundi mempunyai hak mereka untuk menentukan siapa yang mereka pilih.
Beliau yang dalam pada itu menekankan dakwaan mengatakan wujud pertelagahan di dalam Pakatan Rakyat berikutan PRK Kajang hanya merupakan spekulasi dari Umno semata-mata.
"Kerjasama setiap jentera parti PAS, PKR dan DAP berada pada tahap memuaskan, mereka bekerja untuk memastikan kemenangan kita.
"Mana ada pertelagahan, itu semua dakwaan dari Umno semata-mata untuk melihat kita (Pakatan Rakyat) ini tidak sehaluan," ujar beliau lagi.
Pemikiran Skeptis Dalam Beragama
Posted on Wednesday, February 19 @ 07:11:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Habib Bourguiba
“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.
Semua naik angin.
Marah dengan Habib Bourguiba.
Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.
Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.
Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!
SINIS AGAMA
Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism, walaupun ia bukanlah sebuah Kategori.
Pemikiran skeptis atau sinis terhadap agama ini berperingkat.
Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.
Ada juga pemikiran skeptis, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.
Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptis terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.
Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.
YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN
Yasmin Ahmad (1958 – 2009)
kredit foto: The Guardian
Terkini
(2010 – semasa artikel ini ditulis), ASTRO mendedikasikan saluran 110
sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan
koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.kredit foto: The Guardian
Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkiniTalentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptis terhadap agama.
Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.
Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?
Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkan skepticism itu semakin meruncing.
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
SISTERS IN ISLAM
Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam (SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.
Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.
Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Ramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptis.
Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.
- Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.
- Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.
- Menjadi mangsa kejahatan lelaki.
- Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.
Sesuatu yang perlu difikirkan.
BENJAMIN STEPHEN
Anak muda ini adalah bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah. Saya adalah senior beliau, produk sistem pendidikan dan institusi pendidikan yang sama. Biar pun pendidikan kami serupa, pengalaman peribadi masing-masing berbeza.
Bukan sedikit ilmu agamanya.
Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.
Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptis dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.
Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.
Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptis beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!
Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
KASSIM AHMAD
Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.
Jika didasarkan kepada karya beliau ini, Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.
Di manakah kritikan itu bermula?
Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.
Ya.
Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan. Di usia 80 tahun, semasa artikel ini saya semak semula, pemikiran skeptis Kassim Ahmad masih belum reda. Saya kira, trend beragama sekarang yang semakin romantis bersama wacana ilmiah yang semakin rencam dan kepimpinan negara yang mundur nilai intelektualnya, Kassim Ahmad lebih terpanggil untuk bersuara kembali.
Walaupun kritikannya banyak tercicir asas-asas penting pemikiran kritis dalam beragama, termasuk soal memahami pengistilahan-pengistilahan bahasa Arab. Kecacatan yang sudah ditegur datuk nenek zaman berzaman, bahawa kail yang panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Pemikiran skeptis seperti ini tidak lebih daripada sebuah keraguan yang berstruktur (structured doubt) yang berkosmetik jargon tinggi.
Namun dalam konteks muhasabah pendakwah, permasalahan ini memerlukan arah pandu fikir yang sedikit berbeza. Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIS TERHADAP AGAMA
Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.
Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.
Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.
Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptis terhadap agama ini.
Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.
Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).
“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.
“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.
Yasmin mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptis terhadap agama. Suatu kemalangan.
Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.
Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.
Pandangan skeptis terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptis orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.
Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.
Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.
Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.
PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN
Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptis terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka. Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.
Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).
Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptis terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.
SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA
Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.
Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.
Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?
Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.
Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!
Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?
Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.
ANALOGI
Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?
“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.
Mustahil.
Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.
Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.
“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.
Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.
Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan pada bulan Ramadhan , kita produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja. Jika kita pulang awal kerana mahu menyediakan hidangan berbuka puasa, kerja kita pada waktu pejabat harus jadi lebih kompak dan intensif, bukan lunyai atas nama puasa dan Ramadhan.
Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!
p/s: Baca juga IRSHAD MANJI: KALAULAH BOLEH BELIAU KUABAIKAN
Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP
http://saifulislam.com
KDN, ROS digesa segera luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat
Posted on Tuesday, February 18 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan secepat mungkin pendaftaran Pakatan Rakyat sebelum Konvensyen PR kali ke-5, 8 Mac ini berlangsung.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata Pakatan Rakyat telah berusaha banyak kali untuk mendaftar tetapi sehingga hari ini belum diterima oleh ROS.
"Kita harap dapat sebelum konvensyen kali ini, kalau dapat kita akan lancar dalam konvensyen itu nanti.
"Sudah lima kali kita buat konvensyen paling tidak tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS," katanya dalam sidang media bersama Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution di Pejabat Agung PAS.
Menurut Anthony, setiap kali berlaku pilihan raya Pakatan Rakyat menghadapi masalah apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan bendera dan logo Pakatan Rakyat.
"Alasan mereka kerana parti yang bertanding adalah satu parti bukan ketiga-tiga parti," katanya.
Sementara itu, Mustafa menegaskan permohonan mendaftarkan Pakatan Rakyat telah lama dibuat sejak beberapa tahun lalu.
Bahkan jelas Saifuddin, kali terakhir mereka membuat permohonan pendaftaran pada bulan Januari lalu dan sering membuat susulan dengan ROS bagi memastikan permohonan segera diluluskan.
"Saya difahamkan hampir 20 parti politik baru diluluskan oleh ROS!," tambah Saifuddin.-hd
Kenapa Mahathir Takut Anwar Jadi MB Sedangkan Najib Relaks Saja?
Posted on Wednesday, February 19 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Beberapa kenyataan Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini mengenai Anwar Ibrahim dan pilihanraya kecil DUN Kajang, tidak lain menyerlahkan ketakutannya mengenai kebangkitan musuh poltitiknya itu. Bermula dengan jujur mengakui bahawa jawatan sebagai MB Selangor akan memberi kelebihan kepada Anwar untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang, beliau kemudian mengatakan niat Anwar sejak awal menyertai UMNO adalah semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.
Mahathir seterusnya cuba menghasut Pas dengan mengatakan sepatutnya jawatan MB Selangor adalah kepunyaan parti itu memandangkan mereka mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih bahyak berbanding PKR.
Ketika Ops Lalang dibangkitkan semula oleh MCA, Mahathir sekali lagi menuding kepada Anwar sebagai turut bertanggungjawab dalam operasi yang menyaksikan ramai ditahan dibawah ISA itu, meskipun seluruh dunia tahu ketika itu beliau adalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan dalam sebuah buku pula beliau pernah berkata penahanan itu adalah tindakan yang diambil oleh pihak polis sepenuhnya.
Menuding jari kepada Anwar semata-mata beliau anggota kabinet yang turut melibatkan Najib juga ketika itu, hanya menyerlahkan sikap Mahathir yang cuba melonggokkan semua kesalahan kepada bekas timbalannya yang dipecat pada 1998 itu sebagai sebahagian usaha untuk menghalangnya menjadi ADUN Kajang dan MB Selangor.
Semalam pula, Mahathir bersuara lagi dengan mengatakan mengundi Anwar salah seperti memberi undi kepada Amerika, walaupun seluruh dunia juga tahu bahawa Amerika adalah "tuhan politik" kepada Najib di mana sejak memimpin negara pada 2009, keinginannya untuk berbaik-baik dan dilihat akrab dengan Amerika cukup luar biasa.
Najib bukan saja paling kerap mengunjungi Amerika, bahkan sebaik menjadi Perdana Menteri telah melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebsgai duta ke negara itu dengan misi untuk menjalinkan hubungan lebih akrab dan mempromosi dirinya sebagai peneraju Malaysia yang pro Amerika kepada Barack Obama.
Jika dengan mengatakan Pas lebih berhak menduduki kerusi MB adalah bertujuan meracuni pemikiran pengundi Pas manakala menuduh Anwar terlibat dslam Ops Lalang pula dengan harapan pengundi Cina menolak Anwar, dakwaannya yang mengatakan mengundi Anwar sama seperti memberi undi kepada Amerika, nyata lebih disasarkan kepada keseluruhan pengundi Melayu di Kajang.
Sehingga ini hanya pengundi India yang berjumlah kira-kira 10 peratus saja lagi yang belum dihasut dan diracuni oleh Mahathir.
Berbanding pilihanraya kecil sebelum ini, Mahathir bukan saja terlihat lebih aktif dan agresif untuk memastikan kekalahan calon PKR, malah ketakutannya akan kemaraan Anwar menduduki kerusi MB Selangor melebihi Najib sendiri.
Najib pula hanya relaks saja mengenai pilihanraya Kajang. Hanya sekali Najib bercakap mengenai Kajang, itu pun mengenai penentuan calon yang akan diputuskan oleh BN selepas sambutan Tahun Baru Cina. Najib malahan tidak bercskap langsung mengenai Anwar, kerusi MB Selangor serta kesannya kepada BN dalam PRU 14 nanti, kecuali sekali menulis di twitternya bahawa pilihanraya kecil Kajang adalah untuk kepentingan peribadi dan bukannya demi rakyat. Tetapi tulisannya sekadar bersifat umum dan tidak menyebut nama sesiapa.
Kiranya dengan jawatan MB Selangor memberi kelebihan kepada Anwar dan PR dalam pilihanraya umum akan datang, seharusnya Najiblah yang lebih bimbang kerana beliau yang bakal kehilangan kuasa dan jawatan Perdana Menteri tetapi nampaknya Mahathir yang terlebih takutnya.
Mungkinkah Najib bersikap agak relaks kerana merasakan kemaraan Anwar di Kajang dan seterusnya sebagai MB Selangor sesuatu yang sukar ditahan dan jika berhempas-pulas pun, hanya menghabiskan stamina saja? Atau boleh jadi Najib merasakan pertempuran sebenarnya ialah pada 2018 nanti dan oleh yang demikian beliau perlu menyimpan tenaganya sekarang ini?
Atau mungkin juga Najib beranggapan tempoh hayat BN hanya sekadar 2018 saja dan bersikap redha saja sambil menghabiskan sis-sisa yang ada ini untuk menikmati sepenuhnya kehidupan sebagai Perdana Menteri?
Selain Najib yang bersikap relaks, Muhyiddin pula sebagai Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya menjadi ketua jika berlaku pilihanraya kecil, turut tidak seghairah mana. Mungkin barangkali ada benarnya beliau sudah keletihan dan berpuas hati jika dapat pencen sebagai orang nombor dua saja.
Kenapakah ketakutan Mahathir begitu menyerlah dan melebihi Najib sendiri?
Mungkin jawapan sebenar hanya Mahathir saja yang tahu walaupun umum boleh membuat telahan yang berbagai yang antaranya mahu menjaga legasinya, memastikan masa depan anak-anaknya terjamin, memelihara egonya yang pernah memecat Anwar dan bermacam-macam lagi.
Sehingga ini tidak ternampak tanda-tanda Mahathir akan surut daripada pendiriannya. Sementara hari pengundian masih jauh iaitu 23 Mac depan, adalah dijangka banyak lagi serangan dan belasahannya terhadap Anwar.
Dan dengan usianya sudah menginjak 89 tahun, manakala Anwar pula berulangkali mengungkapkan secara terbuka bahawa beliau sudah memaafkan bekas mentor itu serta tidak menyimpan sebarang dendam andai ditakdirkan berjaya menawan Putrajaya, Mahathir sebaliknya seperti ingin membawa permusuhan itu sehingga ke liang kubur.
Berbeza dengan Pak Lah yang sedia mengeluarkan Anwar daripada penjara dan Najib yang terbuka untuk berdialog serta saling bekerjasama, Mahathir seboleh-bolehnya tidak mahu sekalipun sekadar cuma bertentang mata.
Kecuali jika Tuhan menuliskan takdir yang berbeza, permusuhan Mahathir dan Anwar ini nampaknya hanya akan berakhir sehingga ke penghujung usia. (SH 18/02/2014)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
Punca Tun Mahathir pertahan Kassim Ahmad terbongkar!
MANTAN Perdana Menteri paling lama berkuasa, Tun Mahathir Mohamad,
mencetuskan kontroversi apabila mempertahankan Kassim Ahmad semalam.
Di kala ramai pihak mengecam Kassim Ahmad yang disifatkan sebagai 'sesat', Tun Mahathir pula tampil membelanya.
Sebelum ini Kassim Ahmad pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan 'fatwa' bahawa rambut wanita bukanlah aurat.
Malah Kassim mendakwa bertudung (menutup aurat) adalah budaya yang wujud hanya selepas revolusi Iran. Kassim turut mendakwa kewujudan 'ulama' dalam Islam sebenarnya ditiru dari agama Kristian dan Hindu.
Tapi bila aku tengok gambar ini, barulah aku faham kenapa Mahathir beriya-iya pertahankan Kassim Ahmad ini.
Maka
tak hairanlah Tun Mahathir pertahankan Kassim Ahmad kerana fatwanya
sangat selari dengan ajaran yang telah dilaksanakan tun dalam
keluarganya.
"Cuba tanya Najib, rasanya dia pun sokong Kassim Ahmad"
- Mahathir pertahan Kassim Ahmad
- Ketika
banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang
dituduh anti-Hadis itu.
Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.
Beliau berkata Kassim (kanan) bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.
"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.
"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.
'Orang cubit pun repot polis'
Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah.
"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.
“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.
"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.
Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadu kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikiran Kassim Sabtu dan Ahad lepas.Pasti Elit Kuala Nerang shared Raunas Dhom's photo.Dimana dikau....Mana pergi Harusanasini, Fucktol Biri2, Mascheetah dan Jamil Khair. Kenapa jadi SETAN BISU bila Kasim Ahmad kata.......
1. Jangan mendewakan Rasulullah Saw.
2. Sistem Ulamak sama dengan Sistem Paderi.
3. Rambut wanita bukan aurat.
4. Al Quraan kena tafsir semula.
Celaka betul Si Kasim Murtad Laknatullah pemikirannya sejijik
Anak Lelaki Kuty. Kenapa Dayus sangat Keraaa jaan Babi Negara ni. Ni baru Halal Darah bukannya rakyat yang tuntut kerajaan menurunkan harga barangan.
Pencacai Angkat Najis UMNO dah mampos semua ke? PERKOSA, PUKIDA, BERAS JATI dan NGO2 ISLAM dah turut jadi mayat jugak ke?
Surat terbuka kepada Dr Kassim Ahmad
Posted on Wednesday, February 19 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Saya menulis surat ini kepada Tuan doktor selepas saya membaca beberapa petikan daripada kenyataan Tuan di akhbar dan media internet. Entah mimpi apa tiba-tiba Tuan kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.
Rasanya sudah lama Tuan tidak bersuara. Kali terakhir kita bertemu kira-kira enam tahun lalu di Permatang Pauh.
Sewaktu Tuan duduk bersendirian, saya memberanikan diri untuk berteman bicara dengan tuan. Tidak mengapa jika Tuan tidak mengingati saya. Itu tidak penting.
Yang penting waktu itu, Tuan menyebut bahawa tuan tidak menolak hadis kecuali hadis palsu. Sayapun setuju. Tuan juga menyebut bahawa Tuan tidak anti hadis.
Bahkan Tuan menyebutkan bahawa perlunya al-Quran dijadikan rujukan. Itupun tiadalah siapa yang ingin menyangkalnya.
Di penghujung bicara kita waktu itu, Tuan sangat menghargai kepimpinan Fadzil Mohd Noor. Akupun teruja mendengarnya.
Walaupun dalam masa yang sama Tuan juga menghargai kepimpinan Dr Mahathir Muhamad.
Tuan berasa cukup jelek dengan politik Umno. Waktu itu. Saya hanya mencatatkan semua itu dalam kertas otak saya.
Betapa saya sangat menghargai keintelektualan Tuan dalam bidang kesusasteraan dan politik tidaklah saya berani pada bidang keagamaan khususnya yang melibatkan persoalan aqidah dan syariah.
Meski kita mempunyai jalur yang sama dalam sastera namun persoalan agama yang Tuan nyatakan adalah suatu yang sukar dan saya memilih tidak bersama Tuan.
Saat orang Melayu mendewa-dewakan Hang Tuah bagai wira mereka, tiba-tiba Tuan dengan berani menongkah arus dan menukilkan bahawa lelaki tampan itu sebenarnya pengkhianat dan tidak layak dianggap sebagai wira.
Wira yang menegakkan keadilan adalah Hang Jebat yang beratus tahun mati sebagai penderhaka. Mati penuh kehinaan.
Hidup Tuan penuh pemberontakan seperti hidupnya Hang Jebat. Malangnya Tuan lupa akan adab susila orang Melayu yang penuh berbudi. Melayu tidak akan hidup dengan nafas revolusi Bolshevik atau amuk Jebat derhaka. Melayu ada caranya yang tersendiri.
Saya bukanlah ulama yang boleh mengatur ayat al Quran dan hadis (yang tentunya yang shahih) untuk menentang hujah Tuan. Saya hanya orang Melayu yang ingin hidup pada lingkungan Islam yang indah dan harmoni.
Jika kelompok ulama seperti kasta paderi, tentu kelompok pemikir seperti Tuan berkeinginan membina kasta tersendiri yang belum tahu apa istilahnya.
Bukan semua ulama akan menjurus kepada kebaikan. Sebab itu Imam Ghazali membahagikan ulama kepada dua; ulama baik dan ulama jahat. Sewaktu dulupun, Tuan pernah menjadi pejuang kelas bawahan.
Tetapi tidak wajar untuk Tuan menghukum kelas bourjuis semua sebagai “mustakbirin” dan kelas proletariat sebagai “mustaafin”. Kejahatan itu bukan terletak pada kelas atau ilmunya. Memang ada ulama tinggi ilmunya tetapi hidungnya panjang seperti Pinocchio atau “musang berjanggut” dalam filem P. Ramlee.
Bagaimanapun, menganggap ulama sebagai suatu kelompok elit dalam agama merupakan kekeliruan yang nyata.
Tuan akan menjadi menjadi fokus nasional. Nama Tuan semakin kerap dalam media massa hingga memungkinkan orang kita lupa tentang kenaikan harga barangan, ketegangan antara agama dan kaum dan timbunan permasalahan nasional, rasuah, hutang negara yang membimbangkan, ketirisan dan kegagalan kerajaan memerintah.
Orang Melayu akan mengamuk semacam Jebat bila agama dan bangsa mereka dilihat dihina. Barangkali elok saya peringatkan kembali puisi Usman Awang, “maruah dan agama dihina jangan, hebat amuknya tak kenal lawan”.
Pada umumnya,kenyataan Tuan itu satu penghinaan. Kebijaksanaan orang Melayu akan tenggelam. Orang Melayu akan turun berdemonstrasi, mengecam dan menghukum Tuan hingga stamina orang Melayu lemah untuk menentang syaitan besar yang sedang bertakhta menyusun skrip buat sandiwara yang tidak berkesudahan.
Kerana itu, saya mencadangkan pada rakan-rakan saya yang marah pada Tuan; jalan yang paling mulia menentang Dr Kasim Ahmad, jangan dirampas saxophone dari mulutnya tapi bawalah tali gambus keramat kalian!
Harap Tuan memahaminya dan kembali ke pangkuan jalan al Rahman. Amin. – 18 Februari, 2014.
mimpi-senja.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan