• Abdul Khalid Ibrahim Abdul Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.
"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya.
"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini hari ini.  
Beliau berkata program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.
Abdul Khalid berkata jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata menerusi program catuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.
Tambahnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang teruk terjejas bekalan iaitu di sekitar loji Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi untuk mencari jalan terbaik membantu meringankan beban masyarakat yang mengalami kekurangan bekalan air.
Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan itu dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pengurangan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor akan dibuat di loji Sungai Rasa, Sungai Selangor 1, 2 dan 3 esok.
Ini akan menyebabkan kawasan yang menerima bekalan air dari loji-loji itu akan mengalami gangguan bekalan, dan pengumuman kawasan yang terlibat akan dilakukan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) esok, katanya.
Beliau berkata bekalan akan mula dikurangkan sebanyak tujuh peratus pada peringkat pertama diikuti dengan 10 peratus bagi peringkat kedua, 15 peratus (peringkat ketiga) dan 20 peratus (keempat).

Abdul Khalid berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diarahkan untuk lebih proaktif membantu penduduk yang terjejas.
Sementara itu, pegawai pelaburan PBT pula diarah memantau kawasan industri masing-masing bagi memastikan penjadualan bekalan air memberi kesan minimum kepada para pengilang, katanya.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan berusaha melakukan pembenihan awan pada masa yang sesuai bagi menghasilkan hujan dan berharap rakyat dapat menggunakan air secara berhemah berikutan cuaca panas sekarang.
Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata Syabas akan membuat pengumuman perincian air berjadual di kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat esok.
Menurut suruhanjaya itu kedua-dua kawasan itu sebelum ini mengalami gangguan bekalan air sejak 28 Jan lepas ekoran penutupan dua loji rawatan air (LRA) iaitu Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi kerana peningkatan kandungan ammonia di dalam sumber air mentah akibat cuaca panas dan kurangnya hujan.
Menurut SPAN, kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam mengawal sumber air secara dasarnya bersetuju dan telah mengarahkan Syabas mengaktifkan pelan tindakan kecemasan termasuk mengagihkan air secara berjadual kepada pengguna-pengguna yang mengalami gangguan bekalan air.
"Susulan itu, SPAN telah menerima permohonan daripada Syabas untuk melaksanakan pengagihan bekalan air berjadual kepada kawasan-kawasan yang terjejas," katanya.
Menurut SPAN satu mesyuarat telah diadakan antara suruhanjaya itu dengan kerajaan negeri Selangor serta Syabas pada Jumaat lepas untuk membincangkan segala persiapan, dan suruhanjaya itu berpuas hati dengan perancangan yang dikemukakan oleh Syabas dan meluluskan permohonan itu. - Bernama
Jika seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalnya,
kecuali dari 3 hal:

1. Sedekah yang terus mengalir.

2. Ilmu yang bermanfaat.

3. Anak sholeh yang mendo'akan kebaikan dan berbakti kepada orang
tuanya.

[HR Muslim]
 
MINYAK NAIK SENYAP2 aja..
Tapi kalau bg BR1M kecoh 1 Malaysia!!!!

WOW!!! Dalam tempoh satu bulan harga MINYAK NAIK 2 KALI..!!
Terima kasih Najib Razak..

Alhamdulillah syukur sgt2 minyak naik lagi..
Yang miskin jadi kedana, yg kaya plok jd miskin...

Rakyat xkesah sbb DAH DAPAT BR1M
Yang hidup senang gak.. BAPAK2 PENYAMUN UMNO & KRONI...
Rakyat Boleh Menilai Siapa Yang Menipu Rakyat...

" Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.

"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu... mana pergi janji tersebut?

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam menerusi satu kenyataan PM meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ke tangan mereka.

Oleh itu PM meminta rakyat wajar menolak segala dasar tidak bertanggungjawab yang dikemukakan pembangkang termasuk manifesto ekonomi mereka dalam PRU13 lalu.

"Dah kena tipu 16 September, betul? Dah kena tipu fasal 40,000 Bangladesh menjadi pengundi hantu betul? Padahal cuma 12 orang Bangladesh menjadi warganegara dalam masa 10 tahun. Kalau nak jadi pengundi kena jadi warganegara, betul?

"...kalau tidak percaya saya, tanya Jabatan Pendaftaran..kena tipu lagi, pasal 'blackout' pula dia kata kita tipu peti undi.

"...lepas itu bila kalah pilihan raya hendak jadi pensyarah. Tak jadi pensyarah lagi, masih hendak bertanding di Kajang," katanya.

Najib berkata, berbeza dengan BN, apabila diberi kepercayaan rakyat, parti itu akan membalas segala keyakinan rakyat itu dengan sebaik-baiknya.-SH
Dunia siber kini merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia moden yang memainkan peranan penting dan banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia.

Dunia siber bukan sahaja memberi kesan yang positif, malah boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang mudah terdedah kepada pelakuan jenayah.

Dua minggu lepas, anak saya sendiri pun terkena penipuan oleh mereka yang menjual telefon diinternet melalui laman sesawang mudah.com. Duit yang dia kumpul sendiri beberapa bulan lesap sekelip mata

Malah ada kajian mendapati saban hari ada sahaja orang yang mendakwa ditipu dalam transaksi internet. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan internet dengan jenayah yang berlaku dewasa ini.

Apakah yang penguasa seperti Cyber Security, MYNIC, MCMC buat? Warga siber sendiri tak pasti. Oleh sebab itu banyak kes penipuan yang tidak dilaporkan kepada pihak berwajib kerana tidak ada apa tindakan yang diambil melainkan sekadar untuk statistik. Melainkan beberapa kes yang berprofail tinggi sahaja diberi perhatian.

Menggodam komputer, mencuri kata laluan untuk perbankan Internet, penyalahgunaan kad kredit untuk pembelian di Internet dan pelbagai kegiatan jenayah era baru ini dilakukan dengan mudah melalui dunia siber.

Selain itu, banyak lagi kes lain yang melibatkan berbagai-bagai transaksi internet seperti sendikit klon, penyamaran identiti dan sebagainya kerana dunia internet ini dunia yang terbuka, namun tiada kedengaran tindakan diambil.

Contoh mudah ialah apa-apa yang saya tulis dalam kolum sebelum ini, ada pihak yang menyamar menggunakan nama harakahdaily.my (nama pemiliknya tak dinyatakan di sini, dirahsiakan dahulu) untuk tujuan yang dia sendiri sahaja yang tahu kerana pengguna tidak baca penafian kecil dibahagian bawah weblog tersebut.

Ancaman jenayah siber merupakan masalah yang sering di hadapi oleh pengguna komputer pada masa kini memandangkan kebanyakan komputer mempunyai sambungan pada rangkaian Internet di mana internet merupakan pusat yang menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia secara terbuka.

Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Kebanyakan mereka lebih mahir dan berilmu dalam pengendalian komputer berbanding pihak berkuasa. Mungkin kawan kita, mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja.

Kebiasaannya individu yang tidak bertanggungjawab ini akan mencuri identiti pengguna lain menggunakan pelbagai perisian seperti Key logger tanpa disedari pengguna. Perisian ini biasanya dipasang pada komputer tanpa disedari pengguna terutamanya yang menggunakan kafe siber dengan niat untuk merekodkan apa sahaja aksara yang ditaip menerusi papan kekunci komputer.

Apa  definisi dan konsep jenayah siber?

Dibawah ini saya ambil petikan dari web  http:// www.slideshare. net/fazleefaizan90/ jenayah-siber- 15545014 untuk dikongsikan bersama bagi memahami definisi/konsep jenayah siber.

Jenayah dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara.

Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah.

Manakala jenayah siber pula merupakan jenayah yang melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undangyang sedia ada dengan menggunakan kemudahan komputer atau dengan lebih tepat lagi, dengan menggunakan internet di ruangan siber.

Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California.

Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman AS menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi computer digunakan untuk merealisasikannya.

Namun, kita harus akui bahawa wujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara Islam judi, pornografi, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.

Sunday, 23 February 2014

GAMBAR HOT GILER ANAK PEREMPUAN ANWAR YANG TAK PERNAH DILIHAT ORANG!

type='html'>

Jarang sekali kita disajikan dengan gambar anak Bang Non yang sorang ni dalam keadaan bersolek kan? Sekali tengok memang mengancam habiskan? Tapi apakan daya bini orangkan? Or 'awek orang' kan?

Agaknya kalaulah dia cerai aritu, confirm ramai lelaki yang beraturkan? Tak percaya tengok nie...

|
|
|
|
|
|
|
|
|

Amacam mengancam tak? He he he...jangankan kata lebai PAS tak boleh tidur malam. Lebai-lebai UMNO pun boleh tahan jugakkan.

Pada Bang Non...jagalah anak tu baik-baik yer walaupun diri anda tak berapa nak baik sangat.


GR kata: Jangan mare haaaa...

Monday, 24 February 2014

PRK KAJANG .. JAMUAN MAKAN MALAM YANG BUAT UMNO MEROYAN????


DAP akan mengadakan Jamuan Makan Malam "Dari Kajang Ke Putrajaya" pada 21 Mac 2014 bertempat di Tempat Letak Kereta Pasar Sg. Chua, Kajang.

Harga tiket untuk satu meja adalah seperti berikut: * RM500 (atau RM50/tiket individu) * RM1000 (gold sponsorship) * RM2000 (platinum sponsorship)

Pertanyaan: 012-7325558 (KC Chan). Bayaran boleh dibuat kepada akaun bank DAP Selangor (Maybank 014178129598).

Macam mana UMNO tak berang naik angin satu badan .... yang bertanding di PRK DUN N25 Kajang DSAI dari KEADILAN ... yang sibuk bertungkus lumus berhempas pulas anjurkan Jamuan Makan Malam Berbayar paling murah pun RM50 sekepala adalah DAP untuk kutip dana.

Berlainan dengan BN .. calonnyanya dari MCA bernama Chew Mei Fun .. yang bertungkus lumus berhempas pulas bermati-matian bekerja untuk calon BN adalah UMNO yang di kepalai oleh Pengarah Pilihanraya PRK Kajang merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar dan seluruh jentera UMNO Selangor dan seluruh negara.

Sekarang nak tuduh DSAI jadi kuda tunggangan DAP sudah tak boleh dan di terima rakyat sebab kenyataan dan hakikatnya UMNO kini pula yang kelihatan jadi balaci suruhan hamba abadi kepada MCA.

Pasangan kantoi “kocak” di tempat awam

Pasangan kantoi “kocak” di tempat awam | Intah dimanakah harga diri seorang lelaki dan wanita apabila sanggup melakukan perkara terkutuk di tempat umum yang kemudiannya gambar dengan aksi kocak itu telah tersebar dimedia sosial.
Pasangan kantoi "kocak" di tempat awam
Dikatakan aksi panas pasangan remaja itu telah dirakam oleh camera litar tertutup yang berada dikawasan itu, Melihat keadaan ini admin dapat merasakan betapa rosaknya akhal remaja zaman sekarang ini dan permasalah ini harus diubati dengan segera sebelum ianya menjadi semakin parah.
Apakah solusi untuk menyelesaikan masalah moral remaja zaman sekarang mohon pembaca  berikan tips dan langkah supaya kami dapat menyebarkannya kepada orang ramai.

Pasangan kantoi “kocak” di tempat awam