Ahad, 23 Februari 2014

MENIPU NI KADANG2 SERONOK BETUL...MENGELENTUNG KATA KAN....YANG KENA TIPU DAN KENA KELENTUNG MACAM TAK RASA APA2....MALAH TERUS SOKONG WALAUPUN DAH TIPU BERKALI2

PAGOH: Pemilihan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baharu parti itu.
Berikutan itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan BN supaya tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac ini.
"Kalau tidak ada kesempatan ini diambil, maka lebih sukar untuk mengukur sejauh mana penerimaan masyarakat Cina ataupun rakyat terhadap kepimpinan baharu (MCA).
"Apapun keputusan itu nanti, akan dijadikan satu gambaran di mana mereka (MCA) berada, dan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil dan asas-asas perjuangan yang hendak diperjuangkan untuk masyarakat Cina mungkin dapat disampaikan pada pilihan raya seperti ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Pagoh di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kepimpinan baharu MCA juga diberi kesempatan untuk membuktikan kepada pengundi di situ dan masyarakat Tionghua bahawa mereka bersedia membantu kaum itu.
"Saya fikir ada baiknya kita beri peluang (kepada MCA) walaupun ada cadangan untuk kawasan itu diberikan pada wakil parti komponen (BN) yang lain," katanya.
Menurutnya Chew merupakan calon yang sesuai bagi kerusi DUN Kajang kerana beliau berpengalaman menyandang jawatan kerajaan dan seorang yang berprinsip dari segi perjuangannya dan mempunyai perwatakan baik.
Dalam pada itu, Muhyiddin  berkata BN tidak mahu memberi laluan mudah kepada pembangkang dengan tidak bertanding, meskipun dilihat sebagai "bukan pilihan" pada pilihan raya kecil itu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Setelah hampir sembilan bulan berdolak dalih, parti utama kerabat BN, MCA memutuskan untuk menerima lantikan ke jawatan kerajaan termasuk jawatan dalam kabinet.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu dekat sini, hari ini.

EGM itu dilaksanakan atas cadangan Presiden MCA yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sejumlah 1,982 perwakilan yang hadir mengundi menyokong usul tersebut dengan  lima menentang dan empat berkecuali.

MCA pimpinan Presiden terdahulu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk tidak menyertai kerajaan selepas gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu.
 
Satu ketika dulu ketika heboh kata2 TGNA yg menyatakan "Muhammad budak kampung", begitu lantang sekali pendakwah yg gemar menyanyi ini mengkritik TGNA.

Kini aku tertanya2, manakah suara tegasnya ketika kasim ahmad dan madey berpadu tenaga memperlekehkan Nabi Muhammad s.a.w secara terang2an.

Come on kazim! Kami merindui lagu 60-an anda!

Kredit : fais

-AM-
AKU JANJI MCA RAKAN PALING KARIB LAGI DI KASIHI UMNO DALAM BARISAN NASIONAL. http://t.co/rLD58VdC3Z

Sunday, 23 February 2014


AKU JANJI MCA RAKAN PALING KARIB LAGI DI KASIHI UMNO DALAM BARISAN NASIONAL.


Kalau perkara yang jelas lagi terang berderang MCA sanggup berdolak dalik dan flip flop ... apa perkara yang dia tidak sanggup berbelit dan munafik.

MCA memutuskan untuk mengubah keputusan parti sebelum ini yang melarang ahli-ahlinya daripada dilantik ke jawatan kerajaan termasuk jawatan dalam kabinet.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat agung Luar biasa (EGM) parti itu yang diusahakan oleh Presiden MCA yang baru dipilih Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Perwakilan pusat mengundi hampir sebulat suara, dengan hanya lima bantahan dan empat berkecuali daripada 1,982 perwakilan yang hadir untuk majlis tersebut.

Sebelum ini, parti itu mengesahkan melalui beberapa mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa untuk melepaskan kedudukan dalam kerajaan kerana kegagalan parti untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, Bernama melaporkan sebelum itu, Datuk Yip Phooi Hong yang mempengerusikan mesyuarat itu, menawarkan pilihan kepada anggota perwakilan sama ada mengundi secara mengangkat tangan atau mengguna kertas undi.
   
Pada perhimpunan agung 2011, MCA telah meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika ia gagal dalam Pilihan Raya umum Ke-13.

Resolusi itu diperakukan semula dalam perhimpunan agung MCA pada 2012 dan EGM parti pada 20 Oktober tahun lepas.
   
Dalam pilihan raya umum 5 Mei 2013, MCA menampilkan prestasi terburuknya selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri yang ditandinginya.
Ini Ah Soh pun sudah jadi Mamak Pariah
Like · · · 23 minutes ago ·
Media Philipina bongkar rahsia Najib. Sultan Sulu bekas ahli UMNO.
Saya amat bangga dengan Parti PAS, disebabkan PAS, saya terpaksa hafalkan Hukum Hakam Hudud untuk terus berdialog dengan TGNA dan TGHA....pada tahun 1999.

Ajaran Agama adalah seperti garis panduan Hidup Harian dalam Dunia ciptaan Tuahn dan Hukum Hakam adalah seperti Undang2 dalam Negara untuk membendung kelemahan Manusia dan Pemimpin politik.

Jika tiada Hukum hakam maka, manusia akan ubah jagi binatang...oleh yang demikian saya syorkan apa sahaja Hukuman yang boleh Selamatkan Negara kita dari ancaman burh seperti Rasuah dan segala gala ancaman yang boleh hancurkan kehidupan Rakyat ....

 




KERAJAAN PR PENANG TAKKAN LULUS LESEN KASINO..TAPI KERAJAAN JOHOR NAK BUKA CASINO PULA?

Pakatan Rakyat Johor dalam satu kenyataan bersama semalam membantah sebarang cadangan pembinaan kasino di negeri ini.

Kami juga amat prihatin dengan desas-desus yang mengatakan bahawa sebuah kasino akan dibina di negeri Johor.

“Kami mendesak kerajaan negeri Johor supaya memberikan jaminan kepada semua rakyat bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di mana-mana pelosok di Negeri Johor.

“Kita perlu sedar bahawa pembinaan kasino akan membawa impak yang besar kepada sosio ekonomi negara kita secara amnya dan rakyat Johor secara khususnya.

“Adalah dijangkakan pelbagai masalah sosial yang akan memusnahkan institusi keluarga akan timbul jika wujudnya sebuah kasino di negeri Johor,” kenyataan bersama dipetik.

Kenyataan bersama ditersebut dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Negeri Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap penyelaras Parlimen Tebrau, Steven Choong,

Menurut kenyataan itu lagi perkara ini tidak seharusnya dipandang semata-mata dari segi keagamaan sahaja kerana judi merupakan kegiatan yang tidak produktif.

“Dengan kata lain, perjudian tidak dapat meningkatkan produktiviti keseluruhan masyarakat atau tidak dapat menghasilkan sebarang produk sahih yang membawa manfaat kepada masyarakat.

“Sebaliknya, perjudian akan menyebabkan produktiviti masyarakat kita merosot dan kehilangan daya saing.

“Atas sebab-sebab ini, sekali lagi kita mendesak kerajaan negerimemberi jaminan kepada seluruh rakyat Johor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di negeri Johor,” tegas kenyataan tersebut.

Pulau Pinang tidak lulus kasino kerana banyak kemudaratan daripada kebaikan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak meluluskan kasino yang lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan sebaliknya meluluskan projek pemangkin ekonomi, termasuk Ikea.

Beliau berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat gembira kerana IKEA telah memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam kenyataan media di Komtar, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, projek itu adalah usahasama antara syarikat induknya, Ikano dan sebuah syarikat tempatan akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan sebagai pusat komersil dan runcit.

Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan pasukan teknikal IKEA dan pasukan reka bentuk IKEA daripada Pengurus Projek Pelaburan, Mikael Winqvist; Pengurus Rekaan Serantau, Tim Denoon, dan Penolong Pengurus Pengembangan, Edward Ng.

Penjualan 245 ekar tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Kawan bernilai RM484 juta, di mana pusat membeli-belah dijangka akan siap dalam tempoh lima tahun.

Daripada jumlah itu 30 ekar untuk pembangunan kedai utama Ikano iaitu Kedai IKEA dan Fasa 1 pusat membeli-belah, 45 ekar untuk pembangunan fasa 2 pusat membeli-belah; dan 170 ekar untuk projek pembangunan bercampur.

PDC sudah menerima deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bernilai RM5 juta.

Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pelaburan Ikano yang bukan sahaja akan bertindak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi tetapi juga meletakkan Batu Kawan di peta antarabangsa sebagai tapak bertaraf dunia bagi pusat komersial industri, peruncitan, pendidikan dan kesihatan serta gaya hidup.

Tiada ulasan: