Valentine: Mengapa Nazri persoal pula perkara begini?
- Feb 17, 2014
- ANIS NAZRI
Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkaitan sambutan Valentine's Day atau Hari Kekasih yang diraikan 14 Feb lalu.
Bercakap kepada Harakahdaily, Khairuddin berkata Islam dengan jelas menetapkan sambutan Valentine's sebagai haram kerana banyak menyumbang ke arah kemudaratan, selain ia lebih sebagai memperingati seorang paderi yang mati pada tarikh tersebut.
"Mengenai Valentine's ini, tidak ada khilaf sama ada ia haram atau sebaliknya. Semua sepakat bahawa ia haram. Mengapa Nazri persoal pula perkara begini?" soal beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Justeru, beliau mengajak Nazri dan yang sesiapa yang berpandangan sama dengan menteri itu untuk segera bertaubat memandangkan perkara itu berkaitan dengan akidah umat Islam.
Nazri, sebelum ini mempersoalkan mengapa orang Islam tidak dibenarkan meraikan Valentine's Day, selain berpandangan sambutan itu bukan sebagai satu bentuk sembahyang.
Nazri turut mengecam PAS atas tindakan parti itu melancarkan kempen menentang Valentine's Day dan menyifatkannya sebagai 'mengarut'.
Nazri dilaporkan mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melancarkan penguatkuasaan pencegahan secra besar-besaran di seluruh negara pada malam 14 Feb lalu.
Pada 22 hingga 24 Nov 2005, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day.
Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Kassim Ahmad hina Islam, Umno tengok saja...
- Feb 17, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sewajarnya kerajaan memandang serius kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap Kassim yang juga dikenali sebagai pelopor golongan anti hadis Malaysia.
Sehingga kini ujarnya tidak pernah ada sebarang tindakan tegas oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap Kassim, walaupun sebelum ini ajaran 'anti-hadis' itu telah difatwakan haram.
"Beliau (Kassim) persoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.
"Ini satu penghinaan kepada Islam dan pencabulan hak dan penghinaan terhadap Majlis Raja-Raja," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Kenyataan Kassim pada "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" di Putrajaya semalam telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diselewengkan oleh sistem 'kasta paderi' yang dipanggil ulama.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau tidak terkejut jika tidak ada sebarang kenyataan tegas dari pimpinan Umno kerana Kassim merupakan antara individu yang sering menjadi rujukan kepada parti itu.
"Kalau Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tegas saya tidak hairan kerana beliau menjadi rujukan kepada Umno," jelasnya.
Mahfuz turut mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa akan tampil menyatakan bantahan sepertimana yang dilakukan terhadap beberapa itu agama sebelum ini.3:49PM - 17 Feb 2014
Tak setuju mari debat, cabar Kassim
Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad
mempertahankan kenyataan beliau dan mencabar pihak yang menuduhnya sesat
dan murtad supaya berdebat.
Beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat secara terbuka di depan khalayak awam "di mana-mana dan bila-bila masa".
"Nanti kita tengok dalam perdebatan itu siapa yang celaru dan siapa yang tidak," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Semalam, dalam ucapan ketika Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", ahli akademik itu mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.
Selain itu, umat Islam juga didakwa mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukan aurat wanita.
Ekoran kenyataan terbaru Kassim tersebut, beliau hari ini 'diserang' oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan NGO Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA).
Dalam sidang medianya, Mahfuz mempersoalkan mengapa ahli akademik itu tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana penguatkuasa agama dan pemikir itu didakwa menghina Islam dan Majlis Raja-raja.
Manakala dalam kenyataannya, Presiden ASWAJA Zamihan Mat Zin berkata kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.
Terang2
kassim ahmad adalah anti hadis Rasulullah saw..tp yg peliknya apa
tindakan phk yg berkuasa?perkara ini sdh lama..malah yg terbaru,satu
diadakan pula satu Penganjuran Seminar
Kassim Ahmad:Suatu Pernilaian,yg dianjurkan oleh bkn calang2
penganjur...iaitu Yayasan Kepimpinan Perdana dan yg hebatnya dirasmikan
sdn oleh dr.mahathir..lbh hebat lg,dr.m sdn memuji kpala otak kassim
ahmad,malah disiarkan dlm akhbar utusan..seolah2 bermegah2 dgn seminar
dan pemikiran kassim ahmad yg menolak hadis Rasulullah s.a.w?sdngkan
kassim ahmad prnah mngatakan kesalahan umat islam bila mendewa2kan Nabi
Mohamad saw dan rambut bukan aurat bagi seorg wanita...adakah macai2
umno akn mngatakan apa yg dikatakan oleh kassim ahmad itu tdk salah bila
seminarnya dirasmi sdn oleh ikon dan idola macai2 umno iaitu dr.m??
Inilah
masalahnya kalau dah buta segala2nya..buta hati,buta maklumat dan yg
paling teruk bila buta sejarah..jgn fikir seorg professor itu bijak
segala2nya..malah kadang2 lbh bodoh drp
lembu kak jat dlm sesetengah hal..siang mlm macai2 umno cuba nk laga2kan
pas dan pkr dlm isu mb selangor..mcm2 ayat yg digunakan..tp macai2
bodoh umnopig terlupa apa yg pemimpin2 mereka lakukan di penang 100 kali
lbh teruk drp yg berlaku di slngor..cuba cai2 banggang umnopig tanya
pemimpin2 mereka..knapa tergamak serahkan jawatan km penang kpd gerakan
sdangkan umno parti yg paling byk menang kerusi dun di penang?? Sekali
lg aku nk beritahu macai2 yg dah hampir meroyan itu..pas serah kpd pkr
maknanya MELAYU SERAHKAN KPD MELAYU..tapi kalau umno serah kpd gerakan
maknanya MELAYU SERAHKAN KPD CINA..apa banggang dan bengong sangat ni??
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur
hari ini memerintahkan akhbar The New Straits Times (NST) membayar
RM350,000 kepada Datuk Husam Musa berikutan mengeluarkan laporan fitnah
terhadap Naib Presiden PAS itu .
Jumlah tersebut sebagai gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.
Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NST membayar RM10,000 bagi bicara taksiran gantirugi dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan tersebut di mahkamah.
Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.
Dalam satu artikel pada 2008, NST menyiarkan satu berita mengaitkan Husam melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan ketika beliau memegang jawatan exco.
KUALA TERENGGANU: "Sepatutnya dua hari lepas dia
sudah balik kampung tapi dia tangguhkan," kata bapa kepada Penolong
Kanan Pentadbir Tanah Wan Hariff Rafany Wan Muda yang ditemui mati di
Sungai Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.
Wan Muda Wan Ibrahim, 64, berkata anak kedua daripada lapan beradik itu sepatutnya pulang ke Besut Sabtu lepas, namun dia menangguhkan hasrat itu kerana hendak menghadiri kenduri di sini.
Katanya, kali terakhir beliau berjumpa anaknya yang bertugas di sini, beberapa hari sebelum arwah dilaporkan hilang.
"Masa tu saya tengok dia macam biasa sahaja. Tak ada apa-apa perubahan pun baik dari segi sikap dan perwatakan.
"Tak sangka itu kali terakhir saya berjumpa dengannya," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Beliau menyifatkan anaknya itu seorang yang pendiam namun mesra dengan adik-beradiknya yang lain.
Mayat Wan Hariff Rafany, 35, ditemui oleh sekumpulan remaja yang sedang memancing di sungai itu kira-kira pukul 10.30 pagi.
Allahyarham sebelum itu dilaporkan hilang dari rumah oleh isterinya kira-kira pukul 6 pagi Sabtu sebelum kereta Audi A4 milik mangsa dijumpai kira-kira pukul 9.30 malam hari yang sama di hadapan loji air Syarikat Air Terengganu (Satu) di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Mengulas lanjut mengenai peribadi anaknya yang telah berkhidmat di pejabat tanah daerah selama hampir sembilan tahun termasuk beberapa daerah lain, Wan Muda berkata, beliau yakin anaknya itu tidak bermusuh dengan sesiapa.
"Anak saya ini memang suka senyum tapi dia tak banyak cakap. Saya tahu kejadian ini pun selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya kira-kira pukul 11 pagi tadi," katanya yang redha dengan pemergian arwah.
Wan Hariff Rafany yang berasal dari Kampung Raja, Besut menetap di Kuala Ibai, di sini bersama isterinya, seorang guru di sebuah sekolah di Marang.
Arwah meninggalkan dua cahaya mata - Wan Iman Nasyriq, 4, dan Wan Nor Sofea Hanna, 6, di samping isteri.
Polis masih menunggu laporan bedah siasat. – Bernama
Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.
Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.
Husam diwakili peguam Md Yunos Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.
Beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat secara terbuka di depan khalayak awam "di mana-mana dan bila-bila masa".
"Nanti kita tengok dalam perdebatan itu siapa yang celaru dan siapa yang tidak," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Semalam, dalam ucapan ketika Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", ahli akademik itu mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.
Selain itu, umat Islam juga didakwa mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukan aurat wanita.
Ekoran kenyataan terbaru Kassim tersebut, beliau hari ini 'diserang' oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan NGO Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA).
Dalam sidang medianya, Mahfuz mempersoalkan mengapa ahli akademik itu tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana penguatkuasa agama dan pemikir itu didakwa menghina Islam dan Majlis Raja-raja.
Manakala dalam kenyataannya, Presiden ASWAJA Zamihan Mat Zin berkata kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.
Abu Hashim Jalal shared Milo Kosong Koww's photo.
Terang2
kassim ahmad adalah anti hadis Rasulullah saw..tp yg peliknya apa
tindakan phk yg berkuasa?perkara ini sdh lama..malah yg terbaru,satu
diadakan pula satu Penganjuran Seminar
Kassim Ahmad:Suatu Pernilaian,yg dianjurkan oleh bkn calang2
penganjur...iaitu Yayasan Kepimpinan Perdana dan yg hebatnya dirasmikan
sdn oleh dr.mahathir..lbh hebat lg,dr.m sdn memuji kpala otak kassim
ahmad,malah disiarkan dlm akhbar utusan..seolah2 bermegah2 dgn seminar
dan pemikiran kassim ahmad yg menolak hadis Rasulullah s.a.w?sdngkan
kassim ahmad prnah mngatakan kesalahan umat islam bila mendewa2kan Nabi
Mohamad saw dan rambut bukan aurat bagi seorg wanita...adakah macai2
umno akn mngatakan apa yg dikatakan oleh kassim ahmad itu tdk salah bila
seminarnya dirasmi sdn oleh ikon dan idola macai2 umno iaitu dr.m??
Pas Bagan Parit Sulong shared Milo Kosong Koww's photo.
Inilah
masalahnya kalau dah buta segala2nya..buta hati,buta maklumat dan yg
paling teruk bila buta sejarah..jgn fikir seorg professor itu bijak
segala2nya..malah kadang2 lbh bodoh drp
lembu kak jat dlm sesetengah hal..siang mlm macai2 umno cuba nk laga2kan
pas dan pkr dlm isu mb selangor..mcm2 ayat yg digunakan..tp macai2
bodoh umnopig terlupa apa yg pemimpin2 mereka lakukan di penang 100 kali
lbh teruk drp yg berlaku di slngor..cuba cai2 banggang umnopig tanya
pemimpin2 mereka..knapa tergamak serahkan jawatan km penang kpd gerakan
sdangkan umno parti yg paling byk menang kerusi dun di penang?? Sekali
lg aku nk beritahu macai2 yg dah hampir meroyan itu..pas serah kpd pkr
maknanya MELAYU SERAHKAN KPD MELAYU..tapi kalau umno serah kpd gerakan
maknanya MELAYU SERAHKAN KPD CINA..apa banggang dan bengong sangat ni??NST diperintah bayar RM350,000 kepada Husam
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Jumlah tersebut sebagai gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.
Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NST membayar RM10,000 bagi bicara taksiran gantirugi dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan tersebut di mahkamah.
Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.
Dalam satu artikel pada 2008, NST menyiarkan satu berita mengaitkan Husam melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan ketika beliau memegang jawatan exco.
Arwah sepatutnya pulang ke kampung Sabtu lalu
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Wan Muda Wan Ibrahim, 64, berkata anak kedua daripada lapan beradik itu sepatutnya pulang ke Besut Sabtu lepas, namun dia menangguhkan hasrat itu kerana hendak menghadiri kenduri di sini.
Katanya, kali terakhir beliau berjumpa anaknya yang bertugas di sini, beberapa hari sebelum arwah dilaporkan hilang.
"Masa tu saya tengok dia macam biasa sahaja. Tak ada apa-apa perubahan pun baik dari segi sikap dan perwatakan.
"Tak sangka itu kali terakhir saya berjumpa dengannya," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Beliau menyifatkan anaknya itu seorang yang pendiam namun mesra dengan adik-beradiknya yang lain.
Mayat Wan Hariff Rafany, 35, ditemui oleh sekumpulan remaja yang sedang memancing di sungai itu kira-kira pukul 10.30 pagi.
Allahyarham sebelum itu dilaporkan hilang dari rumah oleh isterinya kira-kira pukul 6 pagi Sabtu sebelum kereta Audi A4 milik mangsa dijumpai kira-kira pukul 9.30 malam hari yang sama di hadapan loji air Syarikat Air Terengganu (Satu) di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Mengulas lanjut mengenai peribadi anaknya yang telah berkhidmat di pejabat tanah daerah selama hampir sembilan tahun termasuk beberapa daerah lain, Wan Muda berkata, beliau yakin anaknya itu tidak bermusuh dengan sesiapa.
"Anak saya ini memang suka senyum tapi dia tak banyak cakap. Saya tahu kejadian ini pun selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya kira-kira pukul 11 pagi tadi," katanya yang redha dengan pemergian arwah.
Wan Hariff Rafany yang berasal dari Kampung Raja, Besut menetap di Kuala Ibai, di sini bersama isterinya, seorang guru di sebuah sekolah di Marang.
Arwah meninggalkan dua cahaya mata - Wan Iman Nasyriq, 4, dan Wan Nor Sofea Hanna, 6, di samping isteri.
Polis masih menunggu laporan bedah siasat. – Bernama
Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.
Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.
Husam diwakili peguam Md Yunos Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.
Abdul Khalid dinasihat bubar Dun
Tarikh: February 17, 2014
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihatkan
supaya menghadap Sultan Selangor mohon perkenan membubarkan Dewan
Undangan Negeri.
Nasihat itu disuarakan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin yang berkata, itu langkah sebaiknya dilakukan Abdul Khalid yang kini berdepan ancaman akan disingkir daripada PKR.
“Tan Sri (Abdul Khalid) mesti menghadap Tuanku untuk bubarkan Dun Selangor sebelum 11 Mac depan, iaitu hari penamaan calon PRK Dun Kajang. Baru kita boleh tengok siapa yang kena terajang,” tulisnya lewat entri blognya, semalam.
Zulkifli berkata, jika tidak berbuat demikian, ada kemungkinan Abdul Khalid akan disingkirkan terus daripada PKR termasuk akan ditekan supaya mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang.
Ini kerana, beliau mendakwa Menteri Besar Selangor itu akan diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang bertarikh 24 Mac 2014 iaitu sehari selepas PRK Dun Kajang.
"Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat peletakan jawatan sebagai MB. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Dun Kajang," katanya.
Sehubungan itu, Zulkifli mengingatkan Abdul Khalid berhati-hati dan tidak termasuk perangkap musuh.
"Saya nasihatkan beliau jangan tanda tangan surat itu walaupun digesa. Selepas itu, berkemungkinan beliau akan diminta mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang pula," dakwanya.
Zulkifli berkata, jika Abdul Khalid menandatangani surat peletakan jawatan sebagai menteri besar dan beliau kehilangan kuasa, pihak berkenaan dipercayai menekannya mengosongkan kerusi Dun.
"Mereka akan pastikan Tan Sri (Abdul Khalid) tidak ada ruang lagi untuk kembali dalam politik Selangor," katanya.
Menurutnya, Abdul Khalid satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan itu dalam PKR.
"Tan Sri boleh memilih melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat negeri ini dan umat Melayu-Islam,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan