Rabu, 19 Februari 2014

BUTA AGAMA...DAN BUTA KEBENARAN

Demo bantah kenyataan biadab Kassim Ahmad
FEB 18, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak menggesa Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan balas dan menyatakan pendirian terhadap kenyataan terbaru Kasim Ahmad yang disifatkan sebagai menghina Islam.

Timbalan ketuanya Akmal Kamarudin berkata, kenyataan Kassim Ahmad bahawa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama, umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua dan rambut bukanlah aurat wanita, suatu yang serius.

Malah penganjuran "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu, mencalar imej Majlis Fatwa yang sebelum ini memfatwakan mereka yang terlibat dengan fahaman anti hadis adalah murtad.

Malah buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad, juga telah diharamkan kerana fahaman dalam buku tersebut menyeleweng dari ajaran Islam.

"Pemuda PAS Perak menyeru kepada seluruh ummat Islam supaya turut serta dalam bantahan secara aman di Masjid Negeri, Ipoh pada 21 Februari 2014 bermula selepas solat Jumaat sebagai membantah sikap pihak berkuasa yang hanya menjadi penonton setia kepada kebiadapan Kasim Ahmad," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut kesal kerana seminar tersebut dirasmikan seorang Mantan Perdana Menteri yang beragama Islam.

Seminar yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana kelmarin itu dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Umno bukanlah pejuang Islam yang sebenar," jelasnya.

Selain itu beliau mendesak pihak kerajaan menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil tindakan terhadap Kasim Ahmad atas ucapan beliau yang menghina Islam.

Pada masa sama Kasim Ahmad katanya, perlu membuat permohonan maaf kepada seluruh umat Islam di atas keceluparan ucapan beliau, dalam tempoh 3 hari.
Aku ex ISA.. walaupun tidak terlibat sama dgn Ops Lalang.. tapi fakta yang tidak boleh diubah sampai bila bila.. Kutti ni yang bertanggung jawab 100% melakukan penindasan hak asasi manusia...dan kesan dan parutnya masih terasa........
DUA WAJAH SATU JASAD... SEBELUM PRU13 & SEBELUM PRK KAJANG...

Sebelum PRU13 haram undi PAS/PR... PAS jual agama, bersekongkol dgn kafir harbi, PAS perosak akidah...

Sebelum PRK Kajang... PAS ada roh kepimpinan Islam, PAS adalah parti terbaik untuk memerintah Selangor...
Bagi UMNO...ni hasil DEB..
Syed Mukthar beli The Malaysian Reserve.. sebuah akhbar bisnes dinegara ni.. tak ada campurtangan KDN .....apa lagi Kroni mahu..????

PATUT LA NEGARA SEMAKIN JAHANAM......
wanna say something chai?
TAHFIZ UMNO.....DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA....
Ini adalah pengetua Pusat Tahfiz Amal, memang nampak amalannya. Setelah melihat gambar ini saya lebih yakin dengan 'penipuan' besar besaran yg dilakukan oleh beliau

mempergunakan anak yatim untuk menjana wang pendapatan yg beribu ribu dan mungkin berjuta juta.

Cisss


“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk menjaganya)….” (QS Al An’am,6:521)

Abu Hashim Jalal added a new photo.

MB: Pemberhentian 22 kakitangan kontrak PKNS adalah polisi CAT
Posted on Tuesday, February 18 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





KLANG 18 FEB : Dalam mengamalkan pentadbiran yang telus, perkara yang baik mahupun buruk akan dihebahkan kepada umum, begitu juga dengan kes penamatan kontrak kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kata Abdul Khalid, beliau tidak gentar dengan kecaman sesetengah pihak berhubung isu terbabit kerana Kerajaan Negeri mengamalkan polisi ketelusan.

“Boleh jadi mereka dapat maklumat dari pegawai-pegawai PKNS yang tidak suka perkara itu berlaku.

“Yang jelas, apabila Pakatan Rakyat melaksanakan prinsip ‘kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan (CAT), perkara ini akan berlaku,” katanya dalam sidang media selepas majlis perlancaran sistem kamera tertutup (CCTV), di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang, semalam.

Abdul Khalid berkata langkah positif akan dapat diambil sebagai pengajaran daripada beberapa perkara.

“Langkah positifnya, apa yang sepatutnya kita lakukan kita buat, tetapi apa yang salah kita betulkan,” katanya.

Sebelum ini, seramai 22 kakitangan PKNS ditamatkan kontrak ekoran terdapat pertindihan tugasan.-sk 

BAGAI MANA ACUAN....BEGITULAH KUIHNYA......
Generasi yang bakal memimpin rakyat malaysia.. jika mereka diberi mandat! PRU akan datang!
 Pengimbas Cap Jari Pada Galaxy S5?
Posted on Tuesday, February 18 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Samsung S5 akan menjalankan Android 5??

Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S5 kepada umum pada minggu hadapan, dan selain daripada kemaskini spesifikasi dan fungsi baru, pihak Samsung dikatakan akan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada telefon pintar baru mereka ini.

Galaxy S5 bakal mengekalkan butang fizikal, dan sokongan pengimbas cap jari ini dikatakan akan disertakan pada butang Home peranti berkenaan. Mengikut laporan SamMobile, pengguna dikehendaki untuk swipe jari untuk menggunakannya, dan bukannya ia berfungsi seperti pada iPhone 5S.
Samsung Unpacked 5
Menariknya, selain digunakan untuk mengakses peranti, sokongan cap jari juga dikatakan boleh digunakan untuk tugasan berbeza, seperti mengakses aplikasi dan sebagainya.
Pengguna turut dikatakan boleh melihat imbasan masa-nyata pada skrin peranti ketika swipe jari mereka pada peranti berkenaan.
Samsung bakal mengadakan acara Samsung Unpacked 2014 pada 24 Februari ini di Barcelona, dan telefon pintar Samsung Galaxy S5 dijangka diumumkan ketika itu.

Sumber Rujukan: SamMobile
http://amanz.my/


Dr Mahathir, Daim paling takut Anwar masuk Selangor
Posted on Tuesday, February 18 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KAJANG 18 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor.

“Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk. Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang,

“(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor,” kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi

Kata Anwar, sebagai anjakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, Selangor merupakan benteng penting dan negeri contoh dengan meletakkan DUN Kajang sebagai asas permulaan.

“Sebab itu dia (BN) cuba main isu kaum dan agama. Sedangkan yang kita sentuh soal dasar dan masalah rakyat. Tapi mereka (BN) mula sahaja kempen, terus berkasar.

“Tuduh saya ejen Amerika, dalang ‘Ops Lalang’. Sampai MCA pun tumpang sekaki. Kononnya nak tunjuk hero,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.

Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengingatkan kepada pengundi DUN Kajang tidak terperangkap taktik jahat Umno-BN.yang menunggangi media arus perdana yang menyebar maklumat palsu.

“Lebih baik kita tumpu kepada isu sebenar. Kalau kita nak layan dan jawab (mereka), membazir waktu,” ujar Anwar.-kd 

Haiiii caiiii...angpa baca ni taw..jgn jemu baca ape yg aku pOst..utk m'buka ruang dlm kpla Otak angpa,jgn dOk kiblatkan diri kt tv3 suku je taw..muahhhhhhh caiiiii...
-KEPINCANGAN DLM KES LIWAT DS ANWAR IBRAHIM-
Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN iaitu pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat...SEKIAN caiiiii...
 
Kassim Ahmad Anti Hadis Dipihak Yang Benar Menurut Kata Tun Mahathir
Posted on Tuesday, February 18 @ 21:41:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

Itu lah lu orang beb, kata Kassim Ahmad ANTI HADIS lah... Kassim Ahmad Itu lah Kassim Ahmad Ini lah... sekarang APA MACAM tak pasal-pasal Mantan Presiden Umno yang pernah diberi Gelaran sebagai KHALIFAH ALAF BARU terpaksa bersuara. Lu orang lain kali jangan SESEDAP HATI MAK BAPAK lu orang untuk kata yang Kassim Ahmad tu sebagai ANTI HADIS beb, lu orang tak tahu yang Kassim Ahmad bersama Tun Madey telah KHATAM Al-QURAN bersama berpuluh kali beb.


Kalau setakat KHATAM AL-QURAN pun tak berapa HERANNNN lagi beb, ada cerita yang gua dengar dari Spicies Umno And The Gang yang kedua-dua MANGKUK HAYUN ni adalah AL-HAFIZ gua cakap lu. Taraf dia orang sebenarnya bukan lagi sama dengan ULAMA'-ULAMA' TEROMPAH yang ada didalam Parti KARAT EJAU tu beb, malahan Kedudukan ILMU AGAMA dia orang dikatakan melebihi ILMU  ULAMA'-ULAMA' TEROMPAH tersebut.


Itu sebab lah bila Kassim Ahmad bersuara yang ULAMA' sama dengan PADERI lu orang tengok lah mana ada PEJUANG-PEJUANG ISLAM JADI-JADIAN yang MEMBANTAH, sebab apa sebab dia orang tahu apa yang dikatakan oleh Kassim Ahmad tersebut adalah Benar Belaka dan Tiada yang Tidak Benar. Tapi lu orang TAK FAHAM-TAK FAHAM asik nak cakap yang Kassim Ahmad tu adalah seorang yang Anti Hadis, jangan BODOH BERLAGAK PANDAI beb.
Sekarang ni dah BERTAMBAH BERAT lagi lu orang tahu tak, apa lagi HUJAH yang lu orang nak bagi kalau dah Khalifah Alaf Baru manjadi LAWYER SIAL kepada Kassim Ahmad beb, kalau setakat MERASMIKAN Kassim Ahmad punya Program itu biasa lah. Tetapi kalau dah sampai jadi Lawyer Sial kepada Kassim Ahmad lu orang sendiri mahu ingat lah beb, usahkan Pejuang-Pejuang Islam Jadi-Jadian KECUT TELOR malahan Ibrahim Ali pun boleh DEMAM gua cakap lu... kah kah kah !. sumber
hemmmmm..... kalau sudah namanya syaitan yang dikenali lama atau cepat pasti wajah sebenar syaitan akan boleh dilihat beb... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Tuesday, February 18 @ 21:41:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

kahkahkahkah perdana menteri di jangka akan mengadakan khusus khas bagi melatih menteri-menteri dalam bercakap kepada umum, ketika di temui Ajensi Berita Fakap di lobi seri perdana siang tadi, beliau berkata ini perlu memandangkan orang bodoh di malaysia hanya tinggal 47% saja, maka jawapan menteri-menteri ini akan di lihat bodoh oleh 53% rakyat malaysia.. kahkahkahkah

Dr Mahathir pertahan Kassim Ahmad, sindir pihak buat laporan polis

Dr Mahathir pertahan Kassim Ahmad, sindir pihak buat laporan polis
GOMBAK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan yang dibuat intelektual kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang dianggap anti hadis.

Dr Mahathir berkata Kassim sering dilabel anti hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.

"Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang kata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain." katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Katanya, sama seperti Kassim beliau juga sering dilabel dengan berbagai gelaran selepas hujahnya tidak diterima pihak tertentu.

"Saya juga dilabel sebagai anti cina, dituduh rasis dan macam-macam. Jadi walaupun saya berkata benda yang benar, saya tetap dianggap rasis," katanya.

Tegas Dr Mahthir, beliau tidak menganggap Kassim sebagai seoarang yang anti hadis dan sebaliknya beliau sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

Mengulas laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap Dr Kassim, Dr Mahathir berkata perkara tersebut sudah menjadi amalan biasa di negara ini.

"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," katanya lagi.

Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad dilaporkan antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PAS mengecam kenyataan Kassim itu.

Sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh Kassim dan mendakwa pihak pernah berdialog dengan intelektual Melayu itu pada tahun 1986.

Berita mula diterbitkan pada: Februari 18, 2014 21:42 (MYT)
Tag: Dr Kassim Ahmad, anti hadis, laporan polis

Tiada ulasan: