HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 14 Februari 2014
ADAKAH SIFAT SUKA MELAWAN ARUS@MENENTANG...ADAKAH ORANG TU JAHAT SAMPAI MATI....ATAU ADAKAH ORANG TU BAIK SAMPAI MATI....SILA LIHAT HADIS KEEMPAT
Isteri meminang 'madu'
Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR
KEKAL romantis ke usia senja, pasangan ini hanya mahukan kebahagiaan berkekalan.
Sesampainya di Istana Budaya, lokasi yang sudah dijanjikan untuk
bersua muka, hanya kelibat Datuk Zulkifli Zain sahaja yang kelihatan.
Ditanya di mana isterinya, Zulkifli Zain memberitahu isterinya ada di
ruang dalam. Tidak mahu isterinya berpanas di luar, melihat kelibat
saya barulah dipimpinnya si isteri untuk ditemu bual.
Benar, saat usia perkahwinan sudah menginjak ke usia 39 tahun, masih terlihat betapa romantis hubungan cinta mereka.
Hampir satu jam menemu bual pasangan ini, Normala sempat berkongsi
sebuah cerita yang bukan sahaja mengejutkan, malah rasanya tidak sanggup
dilakukan oleh wanita lain yang bergelar isteri.
Masakan tidak, Normala pernah meminang seorang gadis untuk dijadikan
isteri buat suaminya atas rasa cinta kepada rumah tangga yang dibina.
Zulkifli yang ketika itu diam mula berkongsi cerita ketika bagaimana
isterinya mula mengetahui bahawa dia sedang mengenali seorang gadis.
“Saya tidak nafikan, isteri memang memberi kebebasan kepada saya
sehingga kini. Saya boleh keluar berjumpa rakan-rakan, bila-bila masa
sahaja.
“Memang dia ada telefon sekiranya saya keluar terlalu lama, tetapi
dia bertanya apa yang saya buat bermakna dia mengambil berat tentang
saya," jelasnya.
Tetapi lelaki juga ada nakalnya dan Zulkifli sendiri menceritakan
bagaimana dia menyalah gunakan kepercayaan yang diberikan isterinya.
“Ketika dia tahu saya menaruh hati pada seorang gadis, dia cakap mahu
berjumpa dengan gadis itu dan mahu meminang untuk pihak saya.
“Masa itu, dia sendiri yang pergi meminang, mungkin dia tidak mahu saya terjebak dengan dosa atau sebagainya.
“Malah, ketika itu, isteri menyuruh saya untuk duduk di belakang
bersama dengan gadis itu sementara dia memandu kereta," kongsinya.
Tambah Zulkifli, mungkin sudah ditakdirkan tiada jodoh, perkahwinan
itu tidak menjadi dan bila difikirkan semula, itu menunjukkan
pengorbanan isteri kepadanya.
Bagi Normala, tipulah jika dia tidak mempunyai secubit perasaan
cemburu. Tetapi baginya, apa guna untuk memaksa seseorang itu untuk
kekal mencintai dirinya seorang.
“Masa itu memang tidak boleh terima suami bercinta dengan gadis lain.
Apatah lagi mengenangkan perkahwinan kami sebelum ini mendapat
tentangan keluarga.
“Tapi saya fikir kembali, kalau saya tak beri kahwin, dia akan buat
juga di belakang dan saya tidak mahu ia menjadi sesuatu yang lebih
buruk.
“Cuma saya dah pesan awal-awal, sekiranya dia berat sebelah, maka saya akan minta dia untuk berpisah dengan saya," katanya.
Tetapi jodoh pasangan ini lebih kuat. Biarlah badai memukul bahtera, jodoh mereka tetap kuat dan romantisnya hingga kini.
Kerana sepasang kebaya
Dari mata turun ke hati.Itu kesimpulan yang boleh dibuat bila
mendengar kisah bagaimana hati Zulkifli buat pertama kali tertaut dengan
isterinya.
Menceritakan detik yang masih diingati jelas itu, cerita Zulkifli,
ketika itu dia dan Normala berada dalam satu kumpulan tarian telah
dijemput untuk menghadiri majlis keraian di rumah salah seorang Menteri
Kebudayaan ketika itu.
“Pada malam itu, saya seperti terpukau melihat Normala. Dia tampak istimewa dan dengan sekali pandang, saya terus terpaut hati.
“Ketika itu saya memang suka dengan wanita berkebaya dan Normala pada
malam itu tampil dengan kebaya dan bercucuk sanggul," katanya tersenyum
mengingat kisah manis itu.
Ketika majlis tari menari, Zulkifli tampil memaut tangan Normala mengajaknya untuk menari.
“Ketika itu, joget lambak ini memang biasa. Masa itu, saya terus terang dengan dia. Saya cakap, you nak kahwin dengan I tak?"
Normala yang mendengar kisah ini menyelit.
“Bukan macam itu dia cakap. Masa tari menari itu, dia terus cakap,
jom kahwin. Saya pula masa itu terus balas, 'jom," kata Normala menahan
tawa.
Menyambung bicara, Zulkifli memberitahu, selepas dia menyatakan
hasratnya itu, baharulah mereka mula berbincang untuk berkahwin dan
bermulalah episod cinta mereka.
“Ketika hendak berkahwin, ibu bapa Normala tidak beri kebenaran
apatah lagi beza umur kami 11 tahun. Dia ketika itu baharu berusia 17
tahun.
“Masa itu, ibu bapa Normala menyuruh dia untuk berhenti kerja sebagai penari supaya kami tidak dapat berjumpa lagi, " ujarnya.
Tambah Zulkifli, mungkin sudah jodoh, mereka berkahwin dan ketika itu, dia sedar, ibu bapa mertuanya tidak suka dengan dirinya.
“Hendak buat bagaimana, kami saling mencintai. Tetapi saya pun ada cuba mengambil hati kedua ibu bapa mentua selepas berkahwin.
“Alhamdulillah, selepas kami menimang cahaya mata (Norzizi) baharulah
mentua mula menerima saya sebagai menantu," katanya yang sedikit pun
tidak berkecil hati.
Suami banyak membantu
Dari luaran, nampak Normala ceria sahaja. Hakikatnya keadaan hidupnya
agak terjejas ekoran masalah matanya yang kini buta sebelah kiri akibat
penyakit kencing manis semenjak lebih dua tahun lalu.
“Suatu hari, ketika bangun pagi, saya langsung tidak nampak apa-apa.
Masa itu memang rasa tertekan dan menangis sebab semuanya dah gelap.
Ketika itu, bermacam-macam perasaan negatif mula bermain di minda.
Malah, ada ketika saya merasakan suami saya akan meninggalkan saya,"
katanya.
Di sebalik pemikiran negatif itu, Normala sangat bersyukur kerana
dikurnia seorang suami yang begitu mengambil berat tentang dirinya.
"Sekarang saya sudah mampu menerima hakikat. Anak-anak dan
cucu-cucunya banyak memberi semangat. Ini dugaan tuhan dan saya terima
dengan hati yang reda dan kita memohon yang terbaik untuk diri,"
jelasnya, pasrah.
Bagi Zulkifli, mana mungkin dia akan meninggalkan isterinya saat wanita itu memerlukan dia sebagai kekuatan dalam hidupnya.
“Saya akan bantu dia. Malah, makan pun saya yang suapkan. Bukan sebab
tak nampak, tetapi saya buat sebab itu menjadi pengikat kasih kami.
Memasak pun saya yang buat sekarang ini. Saya akan tanya apa yang dia
hendak makan, dan saya akan masakkan untuk dia," jelas Zulkifli.
Mingguan The Heat yang
digantung permit penerbitannya pertengahan Disember 2013 kembali di
pasaran minggu lalu, edisi 8 Februari 2014. Saya tercari-cari juga
akhbar sensasi itu; mahu melihat kemungkinan penampilannya berbewda.
Agak sukar mendapatkannya. Di kedai biasa saya melanggan akhbar, ia
laris. Ya, KDN dan rakan-rakan pejuang kebebasan akhbar, khususnya
GERAMM telah berjaya mempopularkan The Heat. Demonstrasi di tengah
bandaraya semasa hujan lebat, kempen melalui laman sosial, majlis forum
serta bantahan tokoh media dalam dan luar negara, juga ahli politik
kerajaan mahupun oposisi, tentu saja membuatkan pentadbiran Najib Razak
sedikit terusik.
The Heat kini menjadi lebih dikenali dan ditunggu "kepulangannya". Saya
terpaksa meminta bantuan seorang teman mendapatkan naskhah isu ke-16
tabloid tersebut. Berdasarkan tatapan sepintas lalu, saya kira,
persembahan dan kandungannya tidak banyak berubah. Masih menyimpan
bahang! Sekalung tahniah buat rakan-rakan di sana.
Fokus muka depannya
juga menarik. Mengimbau gelombang baru "student power', juga tema
kegemaran saya sejak menulis pada awal 1980-an. Sosok ikon mahasiswa,
Adam Adli, yang masih digantung pengajian oleh UPSI, disorot.
Sudah pasti ada cerita tentang kebebasan media, penghargaan buat mereka
yang membantah penggantungan The Heat, selain episod Anwar Ibrahim dan
pilihan raya kecil Kajang, peningkatan kos sara hidup, impak GST
terhadap kos perubatan, langkah penjimatan kerajaan, PTPTN serta
eksklusif bersama Ani Arope, bekas Pengerusi Eksekutif TNB, yang tidak
dapat daripada kontroversi IPP (independent power producer).
Ani menyifatkan rundingan mengenai IPP sangat berat sebelah dan kerajaan
meluluskan penjana kuasa bebas itu tanpa memikirkan keperluannya,
dengan terma-terma yang merugikan wang rakyat apabila TNB dipaksa
membeli tenaga daripada IPP dengan harga lebih tinggi.
Berdasarkan reaksi
masyarakat, terutama pengamal media, terhadap penggantungan The Hebat,
isu kebebasan akhbar bagaikan sudah diterima sebagai agenda penting
nasional dan penerbit-wartawan yang digantung atau diharamkan penerbitan
mereka tidak lagi merintih sendiri.
Amarah itu dikongsi bersama. Berbeda sama sekali ketika KDN mengamuk
sejurus keputusan Pilihan Raya Umum 1999 yang mengejutkan Umno itu. Tiga
permit penerbitan berbahasa Melayu yang dilihat cenderung kepada
gerakan reformasi yang dipimpin Anwar, mingguan Eksklusif,
majalah-majalah Detik dan Wasilah, dibatalkan. Akhbar dua kali seminggu
Harakah dipancung kekerapannya menjadi dua kali sebulan. Reaksi rakyat
sekadar suam-suam kuku dan mudah sejuk.
Namun begitu, malang masih berulang, kembalinya The Heat ke pasaran
rupa-rupanya tidak bermakna pentadbiran Najib benar-benar menghormati
hak kebebasan bersuara. Elit pemerintah masih kekal angkuh, sombong dan
sentiasa mahu menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya yang berkuasa dan
boleh menentukan apa saja. Lebih penting, jangan sama sekali cuba
mencabar ego penguasa.
Akhbar harian umum FZ Daily, terbitan syarikat yang menerbitkan mingguan
perniagaan The Edge, yang baru mendapat permit dan isu pertamanya belum
pun muncul di pasaran menjadi mangsa terbaru kerakusan KDN.
(Ingat apa komen menterinya, Zahid Hamidi, terhadap tindakan menyembelih
dua ekor ayam, menyimbah darahnya ke atas kain rentang sebagai ugutan
kepada Teresa Kok, selain tawaran upah RM1,200 menampar Ahli Parlimen
DAP itu).
Permit FZ Daily diterima The Edge Communications Sdn Bhh melalui surat
KDN bertarikh 20 Ogos 2013. Sebenarnya permohonan awal telah dibuat pada
Oktober 2012 lagi. Pembayaran permit sebanyak RM2,000 dilunaskan dua
hari selepas diluluskan. Bagaimanapun seminggu kemudian KDN mengeluarkan
surat menangguhkan permit berkenaan.
Dan pada 5 Februari lalu, apabila syarikat The Edge mendapat kebenaran
awal untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas tindakan KDN,
di sebelah paginya, tiba-tiba pada sebelah petang hari yang sama, muncul
surat baru KDN yang memaklumkan: "... Kementerian ini telah mengambil
keputusan untuk menarik balik kelulusan ... dan permohonan permit
penerbotan FZ Daily adalah TIDAK DILULUSKAN. Sehubungan itu, kelulusan
.... bertarikh 20 Ogos 2013 adalah DIBATALKAN".
Ya, cukup menjolok mata sekali. Keputusan U-turn yang langsung tidak
bermaruah, tidak diasaskan kepada rasional dan logika, menjelaskan lagi
budaya rimba yang menganggap boleh berbuat apa saja. Mungkin klausa
Seksyen 6(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan diperalatkan, iaitu:
"Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu
permit selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak."
Justeru, sesiapa pun tidak akan terkejut apabila pemantau antarabangsa,
Wartawan Tanpa Sempadan, yang berpusat di Perancis, menyenaraikan
kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2014 pada tangga ke-147
daripada 180 negara, merosot dua angka berbanding tahun lalu. Ini adalah
rekod terburuk pernah dicapai Malaysia.
Kebebasan berkarya juga tercemar apabila RTM turut menggantung penyiaran
sitkom 88 Kopitiam hanya disebabkan salah pelakonnya muncul dalam klip
video Tahun Baru Cina, 'Onederful Malaysia', yang membabitkan Teresa.
Pelakon wanita itu, Lim Chin Miau berlakon sebagai "Mrs Jit", seorang
pakar feng shui, digambarkan sebagai wanita gemuk berambut tebal yang
menyukai barang kemas dan beng tangan.
Seperti artikel The Heat yang menyinggung perbelanjaan mewah Perdana
Menteri dan isteri, sehingga ia digantung permitnya, klip video satira
politik itu juga dilihat merujuk gaya hidup Rosmah Mansor, terutama
apabila mengaitkannya dengan cincin berlian, beg tangan berjenama,
hartanah di New York.
Pada 11 Februari lalu, pihak polis bertindak "pantas dan cekap". Lim
disoal siasat hampir dua jam. Ditanya hampir 30 soalan berkaitan
kandungan video jenaka berkenaan.Dua hari sebelumnya, RTM telah
menggantung sitkom popular Cina, Kopitiam 88 atas alasan program itu
menampilkan pelakon 'Onederful Malaysia'.
Baguslah jika aksi PDRM sememangnya tangkas dan sensitif dengan
persoalan ketenteraman awam. Teresa juga wajar disiasat menurut saluran
undang-undang jika diperlukan, tetapi pelik sekali apabila tawaran untuk
menamparnya langsung tidak diambil peduli polis.
Malah Zahid menganggap ugutan tampar Teresa bukan satu ancaman dan oleh
itu tidak perlu disiasat. Tepat kali bidasan Naib Presiden PAS, Mahfuz
Omar: "Saya minta Zahid bercakap sebagai Menteri Dalam Negeri, jangan
bercakap sebagai penaung Perkasa."
Saya dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa pihak
tidak bertanggungjawab cuba menganggu Teresa dan keluarganya, dengan
pelbagai ancaman, apatah lagi apabila media menggambarkan beliau
menghina orang Melayu, agama Islam dan juga merendah-rendahkan pasukan
keselamatan.
"Harakah perlu bantu Teresa. Masih banyak suara rasional yang tidak
terpengaruh dengan propaganda lapuk itu. Majoriti orang Melayu langsung
tidak merasakan klip video itu menghina Melayu, apatah lagi Islam,
tetapi ia mungkin menyebabkan pemimpin yang suka membazir dan
bermewah-mewah ketika rakyat susah akan terasa," ujar Mohamad.
Terbukti, KDN dan elit politik Malaysia bukan masih bebal dan tertutup
mindanya tetapi juga sering beraksi tempang dan saling bercanggah.
Kembalinya The Heat tidak bermakna situasi kebebasan bersuara lebih
jernih dan terbuka. Tidak juga bermaksud KDN, Najib dan Zahid bersedia
mendengar suara berbeda.
Cabaran ini mengingatkan bahawa perjuangan membebaskan kongkongan media
tidak pernah selesai. Sekurang-kurangnya pengisian Hari Kebebasan Akhbar
Sedunia yang dirayakan setiap 3 Mei perlu mendapat kesegaran baru.
tapi, bagaimana ya?
Pemuda PAS hari ini menyerahkan memorandum
kepada Yang di-Pertuan Agong memohon supaya Ketua Menteri Sarawak Tan
Sri Taib Mahmud dibersihkan daripada dakwaan penyelewengan dan salah
guna kuasa terlebih dahulu sebelum dilantik Tuan Yang Terutama (TYT).
Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat yang mengetuai rombongan sayap parti itu
menyerahkan memorandum itu kepada Penolong Ketua Pentadbiran Istana
Negara Zainul Din Mohd Nor di Istana Negara pagi ini.
Sembilan daripada 12 muka surat memorandum itu menyebut berhubung
dakwaan tersebut melibatkan Taib, yang dilaporkan oleh media dan
pelbagai NGO secara meluas.
"Berdasarkan lampiran, saya berharap Yang di-Pertuan Agong mempertimbang
supaya tidak melantik Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua
Negeri sehingga beliau dibersihkan daripada tuduhan penyelewengan dan
salah guna kuasa," memorandum yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa
Pemuda PAS Anak Sarawak Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, dipetik.
RM1.6 juta kos PRK Kajang terlalu mahal Posted on Friday, February 14 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin tidak menolak
kemungkinan SPR menggunakan PRK ini untuk menguntungkan pihak ketiga. PETALING JAYA:
Peruntukan kos RM1.6 juta bagi mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dilihat terlalu mahal.
Penyelaras
NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin
berkata, kos yang dianggarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu agak
tinggi berbanding kos perbelanjaan PRK DUN Kuala Besut yang tidak
mencecah RM1 juta.
Selain keadaan logistik pengangkutan di Kajang
jauh lebih baik berbanding Kuala Besut, beliau menuntut SPR menyenarai
dengan lebih terperinci jenis perbelanjaan PRK Kajang sepertimana yang
diumumkan.
“Tidak ada perbelanjaan baru buat SPR, tiada kenderaan
baru yang dibeli, tiada perkakasan baru yang dibeli melainkan kertas
undian, jadi di manakah kos pilihan raya yang tinggi ini disalur,”
soalnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga tidak menolak
kemungkinan SPR menggunakan PRK ini untuk menguntungkan pihak ketiga
seterusnya menyebabkan kos perbelanjaan melambung tinggi.
“SPR seharusnya lebih efisyen dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga pekerja SPR yang diberi gaji bulanan,” katanya.
Minggu
lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff menganggarkan kos
perbelanjaan PRK DUN Kajang adalah RM1.6 juta, jauh lebih tinggi
berbanding RM750,000 semasa PRK DUN Kuala Besut, Terengganu pada Julai
tahun lalu.
Seramai 39,278 pengundi
PRK
Kajang melibatkan 39,278 pemilih berdaftar, 1,197 pengundi awal dan 26
pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
Seramai
673 petugas pilihan raya dilantik untuk mengendalikan proses pilihan
raya dan diketuai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Datuk Hassan
Nawawi Abdul Rahman sebagai pengurus pilihan raya.
Sebanyak 18
pusat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian, iaitu tiga pusat
mengundi bagi undi awal, dan 15 pusat mengundi bagi pengundian biasa.
Manakala Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi dipilih sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan rasmi undi.
PRK DUN Kajang ditetapkan pada 23 Mac manakala penamaan calon pada 11 Mac.
Kerusi itu kosong berikutan perletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
Sekaligus memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai calon demi ‘menyelamatkan Selangor’.
Lee
menang kerusi DUN Kajang pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun
lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru
melibatkan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.-fmt
Friday, February 14, 2014
Janji tak ditepati.. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang
Apabila kita menulis, bercakap, berdiskusi dan menyelidik mengenai
perjuangan orang Melayu, maka kita akan mendapati beratus-ratus pemuda
Melayu yang telah bekerja sebagai Polis Khas – special constable (SC) -,
menjaga segenap tempat dari serangan pengganas komunis.
Di antaranya, ladang getah dan lombong bijih. Mereka
itu dibawah pimpinan pegawai-pegawai bangsa Yahudi yang bergelar Tuan
Palestin.
Ramai anggota polis khas yang telah terkorban, mereka yang telah
berhenti dari perkhidmatan, tidak mendapat apa-apa habuan atau hadiah
kerana pengorbanan mereka.
Tetapi sebaik-baik sahaja perdamaian antara Kerajaan Siam, Kerajaan
Malaysia dengan parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Thailand
(PKT) selesai diadakan di Thailand, maka Kerajaan Malaysia dengan ihsan
Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid telah
membiayai tiga bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bersama isteri
masing-masing menunai fardu haji di Mekah.
Mereka itu, ialah Rashid Maidin, Abdullah C D dan Abu Samah Kassim.
Mereka telah berangkat ke Tanah Suci Makah melalui lapangan terbang
antarabangsa Bangkok, Thailand.. baca di SINI
Di bawah pimpinan Abdullah CD, Chin Peng dan Rashid Mydin, dari Parti
Komunis Malaya serta suku sakat mereka berjumlah ribuan orang tinggal
dengan selesa di empat buah perkampungan baru secara kelompok di
Chulaborn, Sukhirin , Daerah Weng, Selatan Thailand yang hanya
bersebelahan tenggara Grik Perak.
Pada tahun 1989, semasa perjanjian perletakan senjata, perjuangan mereka
telah mendapat penghargaan oleh Kerajaan Thailand dengan memberikan
kerakyatan Thai melalui perjanjian Damai Hatyai dan dianugerahkan
pemilikan tanah secara kelompok.
Bekas Komunis ini ditatang bagai minyak yang penuh dan menjalani
kehidupan yang jauh lebih baik dari ribuan bekas tentera yang memerangi
mereka dahulu.
‘’Kera di hutan di susukan; Anak di rumah mati kelaparan’’, yang membawa
maksud yang sama apabila Komunis mendapat pembelaan; tentera kita
merempat dibiarkan bergelandangan? .. baca di SINI
Dimana letaknya harga diri pejuang Negara disisi kerajaan dan rakyat negara ini?
Mengapakah pejuang agama, bangsa dan tanah air di pinggirkan dan dibiar merana di negara sendiri?
Baca ni..
Beratus keluarga bekas pengakap bakal diusir
Beratus keluarga bekas anggota pengakap sempadan yang ditubuhkan untuk
mempertahankan gagasan Malaysia menentang konfrontasi Indonesia pada
1962 kini berhadapan dengan ancaman diusir dari petempatan mereka kerana
kawasan hendak diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Wakil mereka Saidi Jaimin berkata, pesara pengakap sempadan dan
keluarga kini makin risau penempatan mereka sekarang di atas tanah Kem
Pasukan Polis Hutan (PPH) Keningau dikatakan sedang diambil alih oleh
pihak PDRM.
Saidi, 64, selaku Presiden Penaja Persatuan Bekas Anggota Polis Pengakap
Sempadan Sabah (PPPSS) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman supaya mengiktiraf
sumbangan pengakap sempadan yang telah turut bermandi darah berjuang
untuk negara.
“Kami berterima kasih kepada apa jua bantuan kerajaan kepada anggota
kami sebelum ini, namun tapak tanah untuk keluarga pesara-pesara
pengakap sempadan dan balu-balu serta anak mereka amatlah penting untuk
kami meneruskan kehidupan keluarga kami,” katanya ketika dihubungi
selepas FMT melihat keluhan-keluhan anggota pengakap sempadan termasuk
di satu blog pro-mereka.
Saidi menyertai pasukan pengakap sempadan pada tahun 1966 sehingga 1976 dan kemudian menyertai PDRM.
Beliau pernah terlibat dalam pertempuran dengan pihak musuh di Kalabakan
sepanjang konfrontasi (1962-1966) dan pernah dipanggil bertugas di
Kuala Lumpur ketika berlaku kekacauan Peristiwa 13 Mei 1969.
Saidi yang juga pengerusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Ranau, kini
berada di ibu negara bersama beberapa rakannya dalam PPPSS dalam usaha
mereka mendapat sokongan mendapatkan tapak tanah kerajaan seluar 46
ekar terletak kira-kira empat kilometer dari bandar Keningau.
Menurut Saidi pada satu masa terdapat lebih 650 anggota pengakap
sempadan tetapi kini hanya kira-kira 300 yang masih hidup, sementara
yang lain tinggal balu dan anak-anak mereka.
Katanya yang masih tinggal di bekas kuarters polis hutan yang sudah
terlalu usang dengan tandas rosak sekarang ada lebih 300 orang dari 102
keluarga.
Dianggarkan ada sekitar 10,000 orang berasal dari keluarga pengakap
sempadan berada di sekitar pedalaman iaitu Keningau, Tenom dan
Pensiangan.
Kebanyakan mereka terbiar dan yang masih tinggal di penempatan kini
bimbang kerana papan tanda dan notis larangan telah dipasangkan, malahan
sudah ada pihak-pihak yang cuba menghalau dan menakut-nakutkan mereka.
Kebanyakan anggota Pengakap Sempadan ini dulu tidak mempunyai rumah atau
tanah, dan sebahagian besarnya kembali ke rumah orang tua masing-masing
apabila mereka bersara dari khidmat.
Janji tidak ditepati?
Kini ramai mereka sudah tua dan uzur memerlukan bantuan serta jarak
dekat dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, bagaimanapun mereka
tidak mampu membeli rumah, kata Saidi.
Dipercayai kawasan yang mereka diami sekarang dirancang diambil semula
oleh kerajaan untuk pembinaan penempatan tambahan kepada anggota polis.
“Mereka ingin mengambil tempat ini sedangkan dahulu kami memang
dijanjikan untuk diberikan kawasan khas untuk pengakap sempadan. Kawasan
baru yang telah dibina untuk kediaman polis sehingga sekarang pun belum
penuh diisi, kini mereka mahu ambil pula kawasan kami. Apakah niat
mereka sebenar ini,?” kata seorang anak bekas anggota pengakap sempadan
itu.
FMT juga telah melihat satu surat yang ditanda tangani Setiauaha Sulit
Kanan Perdana Menteri, Mohammad Ammir Haron pada 6 Mac 2013 untuk Ketua
Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar, supaya menimbang perkara
permohonan anggota-anggota pengakap sempadan terhadap kawasan 46 ekar
yang mereka sedang duduki sekarang.
Ismail kini Duta Besar Malaysia ke Perancis, dan para pejuang pengakap
sempadan masih bergelut untuk mendapatkan pembelaan terhadap nasib
mereka.
Atas kesedaran itu, baru-baru ini lebih 50 orang pesara pengakap
sempadan Sabah telah berkumpul di bekas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di
sini untuk menubuhkan PPPSS.
Saidi yang turut hadir dalam pertemuan itu, berkata mereka sedang
mengurus pendaftaran PPPSS di Pejabat Pendaftar Perrtubuhan (ROS) Kuala
Lumpur bagi memperjuangkan keluarga pejuang negeri.
Pengakap sempadan Sabah asalnya ditubuhkan khas sebagai satu unit
tentera British Borneo dan anggota-anggotanya diambil dari penduduk
kawasan sepanjang sempadan Sabah (ketika itu Borneo Utara) dengan
Indonesia.
Sebahagian besar anggotanya adalah dari kaum Murut, Lundayeh dan juga Dusun serta Iban di kawasan Kalabakan.
Mereka ini berjuang bersama unit tentera Gurkha British dan mendapat
latihan termasuk oleh pegawai tentera orang Asli Semenanjung yang
dikenali sebagai Senoi Praq ~ Free Malaysia Today
KUALA LUMPUR, 11 FEBRUARI: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M
Kulasegaran berkata, beliau tidak hairan dengan pengunduran Presiden
Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), P Waythamoorthy daripada Kabinet,
kerana sudah maklum PHM sejak daripada mula menggunakan pendekatan salah
untuk menyelesaikan masalah kemiskinan masyarakat India.
Beliau mengulas keputusan Waythamoorthy yang meletakkan jawatan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, kerana kegagalan
kerajaan menangani masalah itu, seperti memorandum persefahaman (MoU)
antara kerajaan dan PHM sebelum PRU-13.
Katanya, PHM hanya melihat kemiskinan masyarakat India secara
terpisah daripada keseluruhan masyarakat terpinggir tanpa mengira kaum
di Malaysia.
Katanya lagi, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat yang melihat masalah
itu sebahagian daripada isu kemiskinan seluruh rakyat Malaysia dan tidak
menggunakan pendekatan berasaskan kaum.
“Cara Pakatan Rakyat ada peluang lebih besar untuk berjaya kerana ia
dapat sokongan semua kaum. Ia juga ada kelebihan apabila melihat
kemiskinan sebagai masalah negara, tidak terhad kepada mana-mana kaum,”
katanya memetik laman Malaysiakini, 9 Februari lalu.
MoU yang ditandatangani itu menggariskan janji BN antaranya
memulihkan keadaan pekerja estet, menyelesaikan masalah kewarganegaraan
dan peluang pekerjaan serta pendidikan.
PHM pula menjanjikan undi masyarakat India bagi membantu BN mendapat majoriti dua per tiga pada PRU-13.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata, beliau tidak terkejut dengan
Waythamoorthy yang mendapati UMNO/BN tiada iltizam untuk menyelesaikan
masalah kemiskinan masyarakat India.
“Apa yang mengejutkan saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lain adalah
bagaimana PHM boleh percaya BN serius untuk menangani masalah itu secara
bersepadu. BN hanya tandatangani MoU itu untuk dapat undi masyarakat
India,” katanya.
Kegagalan mendapatkan undi itu, katanya lagi, memberi lebih alasan
kepada Perdana Menteri untuk terus mengabaikan MoU itu selepas PRU-13.
-Roketkini.com
Kes saman fitnah Wan Ahmad ditangguh 27 Feb Posted on Friday, February 14 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan kepada 27 Feb ini
keputusan kes saman fitnah yang difailkan bekas Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar)
terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan empat yang lain
berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah.
Peguam
Wan Ahmad, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu para pemberita
Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menangguhkan keputusan kes itu
yang sepatutnya disampaikan pada hari ini di dalam kamarnya yang turut
dihadiri peguam kesemua defendan, Azhana Mohd Khairuddin.
Beliau
berkata mahkamah masih belum membuat keputusan sepenuhnya kerana perlu
meneliti beberapa penjelasan antaranya berkenaan isu penerbitan dalam
akhbar Harakah dan dokumentasi melibatkan defendan ketiga dan keempat.
Pada
5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau Mat
Sabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad
Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak
Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah
pada 29 Jan tahun lepas.
Selain Mohamad, Wan Ahmad turut
menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar
Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu
Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.
Dalam
penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan
perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana
terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di
Sabah. -Bernama/hd
Gempar, Misteri air sungai berubah merah darah
on February 14, 2014
SAMARINDA - Penduduk
tempatan heboh dan kecoh apabila sebatang anak sungai di Bontang
Selatan, Kalimantan Timur yang berubah menjadi warna merah.
Menurut berita yang dilaporkan oleh KOMPAS.com, misteri air sungai
yang tiba-tiba berubah menjadi merah seperti darah itu berlaku pada
Selasa, lalu.
Pihak polis dan penduduk setempat pada awalnya mengesyaki kejadian
perubahan warna air sungai tersebut berpunca daripada pembuangan sisa
cat atau perwarna ke dalam anak sungai terbabit.
Hasil siasatan polis ke atas tiga orang suspek yang disoal siasat
mendapati kejadian terbabit berpunca daripada pembuangan sisa
pembersihan tong yang mengandungi pewarna organik.
Menurut
Polis Bontang, AKBP Heri Sasangka, lima tong yang berukuran 200 liter
sudah dirampas dan ketiga-tiga suspek telah dibebaskan setelah selesai
disoal siasat.
Pihak Polis Bontang juga telah mengambil dan menghantar sampel air sungai untuk ujian.
“Jika hasil ujian air itu mengandungi sisa-sisa yang berbahaya dan
memudaratkan, kes ini akan disiasat dengan lebih terperinci lagi,” ujar
Heri, lapor Awani.
Tambahnya, hasil ujian akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga hari.
Keadaan air sungai kini dilaporkan telah kembali normal namun, penduduk setempat masih lagi terkejut dengan kejadian itu.
Bagi memudahkan orang ramai dan pelancong mengakses internet, kerajaan negeri menyediakan kemudahan Wi-fi secara percuma di 600 lokasi strategik melibatkan peruntukan RM30 juta.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri
Ahmad Said berkata, kemudahan itu sedang dan akan dipasang di
tempat-tempat tumpuan orang ramai terutama di semua Pejabat Daerah dan
Tanah, stesen bas, pasar, kawasan bandar, perpustakaan dan Planetarium
negeri termasuk pusat-pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kerajaan Terengganu sedia kemudahan Wifi percuma
“Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini telah dipasang dengan kemudahan itu dan ia sudah boleh digunakan mulai hari ini.
“Untuk tahun ini kita pasang dulu
sebanyak 600 Wi-fi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai,
kalau tidak mencukupi kita akan tambah mengikut keperluan sesuatu
tempat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival ICT
Terengganu anjuran bersama Unit Pengurusan Maklumat Negeri dan Pusat
Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa
Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi
Maklumat Negeri A. Latif Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif PSKT Ahmad
Farhan Abdul Wahab. Ahmad berkata, tempat-tempat yang
menjadi tumpuan pelancong turut diberi keutamaan seperti di Kuala Besut
dan kemudahan itu akan dipasang di jeti bot berkenaan kerana ramai
pelancong yang akan ke Pulau Perhentian. “Hasrat kita ialah untuk menyediakan
kemudahan itu di semua tempat di negeri ini untuk orang ramai terutama
pelancong dan orang muda mengakses maklumat yang sebelum ini mereka
terpaksa ke hotel, siber kafe atau restoran yang mengenakan bayaran
untuk mendapatkan kemudahan itu,” katanya. Sementara itu Ahmad berkata, beliau
telah menamatkan akaun Facebooknya tahun lepas kerana bosan dengan
kerenah dan gangguan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan