Mengapa Hawa tercipta di saat Adam tidur?
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ....
Sabtu, 22 Februari 2014
DEMONTRASI BANTAH KASSIM AHMAD DI IPOH...RIBUAN BERHIMPUN !
- FEB 21, 2014
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
IPOH: Ribuan
Umat Islam hari ini berkumpul selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid
Negeri, Ipoh bagi mengutuk kebiadaban tokoh anti hadis, Kassim Ahmad.
Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Perak itu dihadiri oleh
beberapa pimpinan PAS termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria,
Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr
Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Ulamak PAS Perak, Ustaz
Norazli Musa dan Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri.
Ianya turut disertai oleh badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan
Belia Insan Malaysia (Abim) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam ucapannya berkata, sebagai
sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam selaras dengan
agama rasmi, maka kesucian agama Islam wajib dijaga oleh seluruh umat
terutama pemerintah.
Tegas beliau, sebarang tindakan sama ada perkataan atau perbuatan yang
boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam wajib diambil tindakan
sewajarnya.
"Kenyataan Kassim Ahmad sebagai ilmuan sesat yang diketahui umum wajib
diambil tindakan kerana disamping merosakkan aqidah dirinya, ia juga
boleh mempengaruhi dan merosakkan aqidah masyarakat umat Islam ini di
negara ini.
"Kerajaan tidak boleh berdiam diri walaupun beliau (Kassim Ahmad) adalah
ahli Umno," tegasnya kepada hadirin dan disambut dengan laungan Allahu
akbar.
Beliau mempersoalkan dimana badan bukan kerajaan (NGO) pro Umno yang
sebelum ini lantang mahu menjadi hero mempertahankan Islam namun dalam
hal ini senyap membisu apabila ianya membabitkan kepimpinan Umno.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad
menyelar tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang
mempertahankan Kassim Ahmad.
Mahathir juga katanya bertindak biadap mendakwa para ulamak tidak dapat menjawab segala hujah daripada Kassim.
"Hujah dan dakwaan yang dikekumakakan oleh beliau (Kassim) pelajar PASTI pun boleh jawab.
"Dakwaan Mahathir yang mengatakan ulamak tidak dapat menjawab hujah Kassim adalah satu pembohongan yang besar," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
kesal pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan kepada Kassim
Ahmad yang ketika ini bebas bermaharaja lela menyebarkan dakyahnya.
Beliau hairan kenapa Kassim Ahmad tidak berani 'disentuh' oleh mana-mana
pihak sedangkan terang-terangan menghina Islam dan Rasulullah.
"Apabila ada pihak didakwa menghina pemimpin kerajaan, laju sahaja
mereka diambil tindakan tetapi Rasulullah dan Islam dihina tiada
sebarang tindakan diambil. Inilah yang berlaku di negara kita,"tegasnya.
Dalam nada yang sama, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz
Norazli Musa menyeru seluruh umat Islam bersatu mempertahankan kesucian
agama Islam dan Rasulullah daripada dihina daripada mana-mana pihak
termasuklah golongan anti hadis.
Kata beliau, tindakan beberapa pimpinan Umno mempertahankan Kassim
sangat dikesali dan membuktikan Umno menyokong fahaman yang dibawa oleh
Kassim.
"Ramai para ustaz dan ulama yang pulang daripada belajar agama di luar
negara ditahan oleh sebab tiada tauliah, tetapi Kassim bebas berbicara
tentang agama sedangkan tiada langsung asas ilmu agama,"jelasnya lagi.
Azhar Redang shared Kubor Kan Umno's photo.
Tulah suruh mengaji al quran x nak.....tgk apa jd....dunia2...
Apa nak jadi dengan malaysia ni..orang2 atasan dalam umno habis sesat.nak salah sapa ya?
Abu Hashim Jalal added a new photo.
Like · · Share · about a minute ago ·
Tahukah anda siapakah mereka yang mendapat naungan Allah ?
Untuk menjadi sebahagian daripada mereka , pastikan hadis ini dibaca sepenuhnya , in-syaAllah .. Semoga kita mendapat kefahaman dan kekuatan untuk mengamalkannya ..
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:
"Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah, pada hari dimana tidak ada naungan selain naungan-Nya. Iaitu;
[1] Seorang imam (pemimpin) yang adil,
[2] pemuda yang tumbuh dalam ibadah kepada Allah,
[3] seorang laki-laki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid,
[4] dua orang yang saling mencintai kerana Allah yang mereka berkumpul kerana-Nya dan juga berpisah kerana-Nya,
[5] seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita bangsawan lagi cantik untuk berbuat hal keji lalu ia menolak seraya berkata, 'Aku takut kepada Allah.'
[6] Dan seorang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kirinya.
[7] Dan yang terakhir adalah seorang yang menitis air matanya saat berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam kesunyian."
[Kitab Sahih Muslim , hadis no. 1712]
Shadaqa Rasulullaah SAW.
Kita minta kementerian tukar kerjaya guru-guru dari mengajar ke penyusun fail, tak perlu mengajar lagi.
Ada juga yang berkata, selepas ini mungkin ada berita guru meninggal kerana tertimpa fail dan rak PBS.
Sumber
Tindakan
memindahkan seorang guru yang mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) ke sebuah sekolah pedalaman di Pahang menunjukkan
Putrajaya gagal menerima pandangan penjawat awam.
Walaupun arahan pemindahannya diterima secara mengejut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, enggan tunduk dan akan meneruskan bantahan terhadap PBS.
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dipimpin Nor Izzat sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di masjid Bandar Baru Bangi sebelum memulakan bantahan.
Nor Izzat yang digelar “guru setahun jagung” oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pertukaran itu membuktikan KPM
menggunakan ‘kuasa’ yang diberikan kepadanya untuk mendiamkan
pengkritik.
Katanya, kawan baiknya Mohd Zulkefli Seman yang mengajar di sekolah sama di Jerantut turut menerima surat pertukaran pada pagi Jumaat.
Nor Izzat berkata, Zulkefli bukanlah ahli SGMM tetapi menemaninya menemui Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh tahun lalu.
“SGMM menghantar permintaan bertulis bagi menemui Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
SGMM pada Disember dijemput untuk berbincang bersama Idris berhubung PBS dan Nor Izzat berkata KPM berjanji untuk mengatasi kelemahan pada sistem tersebut.
Namun janji KPM itu tidak ditunaikan dan SGMM merancang untuk mengadakan perhimpunan itu pada hari ini.
“Kami tidak mahu Putrajaya mengkaji semula PBS, kami mahu ia dimansuhkan. Surat pertukaran jelas satu percubaan untuk menggagalkan perhimpunan ini.
“Jika prosedur sebenar diikuti daripada segi peraturan disiplin, terdapat beberapa langkah lain sebelum surat perpindahan dikeluarkan,” katanya.
Guru Pendidikan Seni itu terkejut apabila menerima surat pertukaran itu dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Berhubung gelaran “setahun jagung” yang diberikan KPM, Nor Izzat berkata, gelaran itu diberikan kerana dirinya terlalu banyak membuat aduan.
“Malah guru yang mempunyai 30 tahun pengalaman sekali pun tidak sebising saya,” katanya.
Biarpun berada di kawasan luar bandar, Nor Izzat seorang yang lantang mengkritik PBS kerana yakin berada di landasan yang benar.
“Saya tidak fikir kerjaya saya dalam bidang perguruan akan berakhir akibat pertukaran itu. Saya mahu membaiki sistem PBS.
“Tidak adil jika KPM menyingkirkan saya kerana ada perkara yang tidak kena dengan sistem itu,” katanya.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan guru dan pengurusan sekolah yang mendapati sukar untuk melaksanakan PBS kembali kepada sistem peperiksaan.
Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemukaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi menggunakan kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid.
Nor Izzat berkata, walaupun PBS baik di bawah sistem negara maju tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dengan baik di Malaysia serta tidak menepati kehendak tempatan.
Masalah berhubung PBS menjadikan sekumpulan guru menbentuk laman Facebook yang dipanggil "Kami mahu PBS dimansuhkan" pada Oktober tahun lalu. – 22 Februari, 2014.
اني أخاف الله shared Markaz pas fb's photo.
Tahukah anda siapakah mereka yang mendapat naungan Allah ? Untuk menjadi sebahagian daripada mereka , pastikan hadis ini dibaca sepenuhnya , in-syaAllah .. Semoga kita mendapat kefahaman dan kekuatan untuk mengamalkannya ..
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:
"Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah, pada hari dimana tidak ada naungan selain naungan-Nya. Iaitu;
[1] Seorang imam (pemimpin) yang adil,
[2] pemuda yang tumbuh dalam ibadah kepada Allah,
[3] seorang laki-laki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid,
[4] dua orang yang saling mencintai kerana Allah yang mereka berkumpul kerana-Nya dan juga berpisah kerana-Nya,
[5] seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita bangsawan lagi cantik untuk berbuat hal keji lalu ia menolak seraya berkata, 'Aku takut kepada Allah.'
[6] Dan seorang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kirinya.
[7] Dan yang terakhir adalah seorang yang menitis air matanya saat berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam kesunyian."
[Kitab Sahih Muslim , hadis no. 1712]
Shadaqa Rasulullaah SAW.
Tak percaya susahnya PBS bagi guru-guru, lihat gambar-gambar ni...
on Saturday, February 22, 2014
Ada yang terpaksa mengendong anak untuk menyusu kerana ingin menyiapkan
fail PBS diluar waktu kerja. Guru-guru juga menjadi kerani dan penjaga
stor kerana fail-fail PBS. Senyuman guru pun dah tak menjadi kerana PBS.Kita minta kementerian tukar kerjaya guru-guru dari mengajar ke penyusun fail, tak perlu mengajar lagi.
Ada juga yang berkata, selepas ini mungkin ada berita guru meninggal kerana tertimpa fail dan rak PBS.
Sumber
Bahasa
Putrajaya tidak boleh ditegur, guru kritik PBS ditukar ke pedalaman
Walaupun arahan pemindahannya diterima secara mengejut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, enggan tunduk dan akan meneruskan bantahan terhadap PBS.
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dipimpin Nor Izzat sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di masjid Bandar Baru Bangi sebelum memulakan bantahan.
Katanya, kawan baiknya Mohd Zulkefli Seman yang mengajar di sekolah sama di Jerantut turut menerima surat pertukaran pada pagi Jumaat.
Nor Izzat berkata, Zulkefli bukanlah ahli SGMM tetapi menemaninya menemui Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh tahun lalu.
“SGMM menghantar permintaan bertulis bagi menemui Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
SGMM pada Disember dijemput untuk berbincang bersama Idris berhubung PBS dan Nor Izzat berkata KPM berjanji untuk mengatasi kelemahan pada sistem tersebut.
Namun janji KPM itu tidak ditunaikan dan SGMM merancang untuk mengadakan perhimpunan itu pada hari ini.
“Kami tidak mahu Putrajaya mengkaji semula PBS, kami mahu ia dimansuhkan. Surat pertukaran jelas satu percubaan untuk menggagalkan perhimpunan ini.
“Jika prosedur sebenar diikuti daripada segi peraturan disiplin, terdapat beberapa langkah lain sebelum surat perpindahan dikeluarkan,” katanya.
Guru Pendidikan Seni itu terkejut apabila menerima surat pertukaran itu dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Berhubung gelaran “setahun jagung” yang diberikan KPM, Nor Izzat berkata, gelaran itu diberikan kerana dirinya terlalu banyak membuat aduan.
“Malah guru yang mempunyai 30 tahun pengalaman sekali pun tidak sebising saya,” katanya.
Biarpun berada di kawasan luar bandar, Nor Izzat seorang yang lantang mengkritik PBS kerana yakin berada di landasan yang benar.
“Saya tidak fikir kerjaya saya dalam bidang perguruan akan berakhir akibat pertukaran itu. Saya mahu membaiki sistem PBS.
“Tidak adil jika KPM menyingkirkan saya kerana ada perkara yang tidak kena dengan sistem itu,” katanya.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan guru dan pengurusan sekolah yang mendapati sukar untuk melaksanakan PBS kembali kepada sistem peperiksaan.
Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemukaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi menggunakan kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid.
Nor Izzat berkata, walaupun PBS baik di bawah sistem negara maju tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dengan baik di Malaysia serta tidak menepati kehendak tempatan.
Masalah berhubung PBS menjadikan sekumpulan guru menbentuk laman Facebook yang dipanggil "Kami mahu PBS dimansuhkan" pada Oktober tahun lalu. – 22 Februari, 2014.
"Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih..tepuk dada tanya iman."
Foto seorang peniaga pasar malam sedang mengambil wuduk.

Memorandum kelemahan PBS akan dihantar kepada PM
Suara
Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) akan menghantar memorandum berkaitan kelemahan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam masa terdekat.
Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, SGMM akan menggunakan apa cara sekalipun dalam memastikan memorandum itu disampaikan kepada Perdana Menteri bagi menyuarakan suara guru-guru yang terbeban dengan PBS.
"SGMM juga bersedia berjumpa dengan Perdana Menteri untuk menyampaikan suara guru-guru dan seterusnya memansuhkan PBS.
"Kami ingin memastikan memorandum itu sampai kepada beliau iaitu sebelum April, SGMM percaya Perdana Menteri akan memberikan respons. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima, memorandum itu akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media Himpunan222:MansuhPBS di sini.
Setakat ini, sebanyak 20 NGO telah memberi sokongan dan tujuh tokoh pendidikan dan profesor telah menyatakan sokongan kepada SGMM bagi memansuhkan PBS.
Mohd. Izzat berkata terdapat tujuh isi penting kandungan memorandum tersebut yang menyentuh permasalahan PBS secara keseluruhannya iaitu :
i) Format peperiksaan berdasarkan PBS wajib dikeluarkan serta-merta kerana tiada sebarang format tetap mengenainya.
ii) Mesti mempunyai projek perintis sebelum dilaksanakan sekiranya tiada perlu dimansuhkan.
iii) Kongsikan kajian yang dibuat sejak 2005 hingga 2010 bagi membuktikan keberkesanan PBS.
iv) Menyelaraskan semua sistem dalam talian PBS bagi memudahkan semua guru-guru.
v) Menyediakan terlebih dahulu kemudahan lengkap murid-murid di sekolah seperti dipersetujui dalam perjanjian dengan pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu satu guru dengan nisbah 25 pelajar.
vi) Menyediakan mekanisme maklum balas untuk guru-guru menyuarakan pendapat serta berkongsi kebimbangan mereka.
vii) Meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat siasatan berhubung pembaziran yang berlaku dalam membangunkan sistem PBS
Tambah Mohd. Izzat selepas ini, pihaknya akan terus mendapatkan sokongan dari NGO-NGO serta tandatangani semua pihak bagi membantah pelaksanaan PBS atau memansuhkan PBS.
"Setakat ini, SGMM telah berjaya mendapatkan 500 tandatangan tanda sokongan terhadap kempen untuk mansuh PBS dan kami percaya jumlah itu akan bertambah bermula hari ini.
"Kita berharap pihak kementerian tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap guru-guru yang ingin menurunkan tandatangan bagi memberi sokongan kepada kempen ini," ujarnya.
Sementara itu, Himpunan222:MansuhPBS pada hari ini turut membuat deklarasi dengan pendirian berdasarkan perkara-perkara berikut :
i) Kementerian gagal sediakan kemudahan lengkap berkaitan PBS
ii) Sistem PBS gagal kerana tiada keseimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang masih berteraskan kefahaman peperiksaan
iii) Kementerian gagal tunjukkan bukti hasil kajian rintis PBS
iv) PBS gagal kerana sebabkan tugas guru semakin kurang PdP berikutan beban merekod data
v) PBS telah mewujudkan murid pasif, malas berfikir, tidak berdaya saing dan hilang kreativiti
vi) PBS telah gagalkan sistem demokrasi pendidikan negara kerana ketepikan beberapa institusi pendidikan
Dalam pada itu, SGMM turut menyeru seluruh NGO berkaitan pendidikan bersatu memberikan sokongan untuk memansuhkab PBS sehingga berjaya. - MalaysiaGazette
BANGI: Himpunan 222 Mansuh Pentaksiran Berasaskan
sekolah (PBS) yang diwakili lebih 20 NGO dan individu hari ini
menyatakan pendirian di dalam satu deklarasi bersama.
Deklarasi Himpunan 222 Mansuh PBS menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan penggunaan Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah PBS dalam sistem Pendidikan Malaysia dengan serta merta.
Antara NGO dan individu yang menyatakan sokongan terhadap Himpunan 222 iaitu Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidik, Teras, Dong Zong, Tamil Foundation, Abim, Jingga 13 dan tokoh akademik Prof Madya Dr Agus Yusof.
Justifikasi pendirian Himpunan 222 berdasarkan kepada, KPM gagal menyediakan kemudahan yang lengkap dari sudut infrastruktur, sistem atas talian dan nisbah guru pelaksana di sekolah-sekolah sebagaimana pejanjian Kerajaan Malaysia bersama UNESCO.
Sistem PBS gagal kerana tiada keseimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang masih berteraskan kefahaman peperiksaan sedangkan PBS dilaksanakan berteraskan kefahaman, analisis, intuitif dan inovasi.
KPM gagal menunjukkan bukti dan hasil kajian rintis terhadap sistem PBS di mana-mana sekolah menyebabkan sistem ini telah manjadi carca-marba setelah dilaksanakan selama tiga tahun.
Sitem PBS gagal kerana menyebabkan tugas utama mengajar guru semakin menjadi kurang pengajaran dan pembelajaran kerana beban merekod maklumat pelajar terlalu banyak seperti SPS, APDM dan Prestasi PBS pelajar.
Sistem PBS gagal kerana mewujudkan murid yang pasif, malas berfikir, tidak berdaya saing dan hilang sifat kreativiti.
KPM dan sistem PBS telah menggagalkan Demokrasi Pendidikan Negara kerana sistem ini secara halusnya telah mengenepikan institusi Sekolah Agama Rakyat yang berjumlah hampir 300,000 pelajar dan sekolah pelbagai aliran (SJKC, SJKT) kerana n gagal ditaklimatkan dan gagal dalam mengupayakan sistem infrastruktur ICT.
Timbalan Menteri akui PBS susah
Posted on Saturday, February 22 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Jika Timbalan Menteri Pendidikan, YB P Kamalanathan juga mengeluh untuk mengisi data seorang murid dalam sistem penilaian pelajar, bagaimana pula dengan keadaan guru-guru yang mempunyai kira-kira lebih 80 pelajar untuk tugasan tersebut?
Demikian ulas Nasrudin Hasan, Ahli Parlimen Temerloh merangkap AJK PAS Pusat. Ulasan beliau merujuk kepada berita dalam yang disiarkan dalam The Star Online semalam. Kamalanathan mencuba sendiri sistem tersebut ketika kunjungannya ke beberapa buah sekolah di kajang semalam. Beliau mengambil masa lebih dua minit untuk memasukkan data seorang pelajar ke dalam sistem.
“Walaubagaimanapun, saya memberi pujian terhadap usahanya dalam memahami keluhan para guru dalam menggunakan sistem ini.”
“Saya melihat antara masalah utama yang dihadapi oleh para guru hari ini adalah mengurus hal ehwal pentadbiran kerana terlalu banyak sistem offline dan online yang perlu dilakukan. Ini tidak termasuk dengan pelbagai aktiviti bersama para pelajar, dikalangan guru dan ibu bapa.”
“Oleh yang demikian, bebanan pengurusan ini membantutkan fokus utama mereka dalam mendidik para pelajar bukan hanya dalam aspek kurikulum, tetapi aspek kokurikulum dan juga syakhsiyah mereka. Ini tugasan utama para guru. Jika fokus utama ini terjejas, maka dibimbangi hasil yang diinginkan untuk melahirkan para pelajar sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara tidak tercapai.” Ujar Nasrudin dalam kenyataan medianya.
Nasrudin juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk mengambil serius bantahan daripada guru-guru khususnya daripada kumpulan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) dan Parent Action Group for Education (PAGE). Beliau juga mahukan agar sistem ini ditangguhkan dulu untuk dilakukan sama ada dilakukan secara online atau manual. Selepas kata sepakat diperoleh antara semua pihak mengenai beberapa perkara asas, barulah diimplementasi sistem berkenaan.-hd

Deklarasi Himpunan 222 desak mansuh PBS serta merta
- Feb 22, 2014
- SALMIYAH HARUN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan