Posted on Friday, February 14 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Bertujuan mamancing sokongan sebulat suara untuk bersetuju dengan pelantikan Taib sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak.
MIRI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak berpendapat Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai agenda tersendiri mengapa Ta Sri Adenan Satem dijadikan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh menegaskan khabar angin bahawa Tan Sri Alfred Jabu Numpang sebelum ini kononnya calon sesuai menggantikan sebagai Ketua hanya merupakangimik politik.
“Jabu bukan pilihan, kerana Taib mempunyai agendanya tersendiri.
“Ura-ura kononnya Jabu sebagai Ketua Menteri Sarawak adalah gimik politik semata-mata,” katanya mengulas mengenai pengganti Taib.
Sebelum ini, Naib presiden PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Abang Johari Openg turut disebut sebagai calon Ketua Menteri Sarawak.
Zulhaidah juga menambah bahawa Taib sengaja menimbulkan gimik untuk menarik perhatian ahli PBB.
“Taktik membocorkan beberapa nama mewakili kumpulan tertentu di dalam PBB dan parti komponen BN Sarawak difahamkan bertujuan mamancing sokongan sebulat suara untuk bersetuju dengan pelantikan Taib sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak.
“Justeru, calon pilihan Taib untuk menjawat jawatan ketua menteri sudah pasti rancangan Taib untuk menjadi TYT menggantikanTun Abang Muhammad Salahuddin yang akan menamatkan penggal perkhidmatannya pada 28 Februari ini.” kata beliau
Ketika mengulas mengenai kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian, Zulhaidah berkatataktik apa pun yang dilakukan tidak akan menghalang harapan rakyat untuk menumbangkan BN Sarawak semasa PRK dan PRNyang dijangkakan pada 2015.
“Masalah rakyat Sarawak selalu disebut tanpa henti, tetapi tidak ada satu pun tindakan untuk menyelesaikannya,
“Isu rampasan tanah adat, kemiskinan tegar dan infrastruktur awam tidak pernah selesai sejak Sarawak menyertaiMalaysia pada tahun1963.” katanya.-fmt
Khairul Hilmi Che Ali shared Pendekar Mustar's photo.
Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya - Khalid SamadSaya telah hadir ke ‘Muzakarah Kalimah Allah’ di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.
Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN.
~ Apa kata Noh Omar pula masuk sekolah balik....
Siri Pening: Tolong kira sat... Tingkatan 6 yang misteri
DSAI lahir 10 Ogos 1947 (http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim#Pendidikan)
Tan Sri Muhammad Shafee Lahir 4 Februari 1952 (http://www.aseansec.org/wp-content/uploads/2013/07/cv05.pdf)
1952-1947 = 5 tahun beza, macamana agaknya boleh tingkatan 6 rapat bersama? DSAI ngulang SRP berapa kali? Sekolah sekali ke? MCKK sekali ke? DSAI masuk UM tahun 1967, Pie masuk UM 1973...huh penin nak kira
Ini bukan karut tetapi adalah hak Anwar - peguamDSAI lahir 10 Ogos 1947 (http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim#Pendidikan)
Tan Sri Muhammad Shafee Lahir 4 Februari 1952 (http://www.aseansec.org/wp-content/uploads/2013/07/cv05.pdf)
1952-1947 = 5 tahun beza, macamana agaknya boleh tingkatan 6 rapat bersama? DSAI ngulang SRP berapa kali? Sekolah sekali ke? MCKK sekali ke? DSAI masuk UM tahun 1967, Pie masuk UM 1973...huh penin nak kira
Posted on Thursday, February 13 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PUTRAJAYA: Barisan panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa pihaknya sengaja melengah-lengahkan pendengaran rayuan dalam kes liwat II.
Menurut salah seorang barisan panel itu Sivarasa Rasiah, mana-mana pemohon yang membawa isu ke mahkamah ada hak untuk merayu kerana kesemua ini termaktub di dalam undang-undang.
"Ini bukan karut. Tetapi ini adalah hak Anwar untuk mendapatkan keadilan bagi dirinya.
"Dan Shafee sudah tahu kerana sistem itu ada. Malah sebelum ini dua permohonan berkaitan status Shafee juga diputuskan di Mahkamah Rayuan macam hari ini dan dibenarkan membuat rayuan di peringkat persekutuan. Dia pun tidak pertikaikan pada masa itu. Dia tahu sebab itu adalah hak kita.
"Tiba-tiba dia pertikaikan pula seolah-olah tidak tahu walhal undang-undang membenarkan," kata Sivarasa.
Peguam Datuk Mohd Shafee Abdullah semalam mempertikaikan permohonan Anwar untuk memanggil semula Pereira sambil menyifatkan tindakan itu karut dan sengaja melengah-lengahkan kes ini.
"Yang saya tidak faham kenapa pihak responden melengah-lengahkan sedangkan kita sudah cukup persediaan kita sudah bagi hujah-hujah berbulan-bulan, kemudian baru hari ini dia kemukakan," tegas Shafee ketika bercakap dengan media selepas penangguhan kes itu di Mahkamah Rayuan semalam.
Tambah Sivarasa proses secara logik dan realiti memang lambat dan tidak dinafikan ia menjadi kebiasaan dalam sistem mahkamah.
"Jadi, kita tunggu sahajalah. Kalau pendengaran rayuan ini ditangguhkan satu atau dua bulan apa susah ikut sahaja. Tidak ada isu besar sebab Mahkamah Tinggi sudah bebaskan Anwar jadi tidak ada isu untuk tunggu.
"Lebih baik kita jaga prinsip keadilan iaitu ikut undang undang daripada melanggar undang-undang.
"Mungkin Mahkamah Persekutuan ada pendapat yang berlainan akan memberi impak besar kepada rayuan hari ini sebab itulah hakim-hakim tadi kata kita dengar dulu," jelas Sivarasa.
Peguam kanan Karpal Singh yang mewakili Anwar telah memohon untuk memanggil semula Pereira atas alasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendapati "tidak layak dan sesuai" untuk diterima sebagai peguam di Mahkamah Tinggi Malaya.
Karpal segera memohon penangguhan pelaksanaan penghakiman tersebut dengan alasan mereka akan kemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan tersebut atas prinsip keadilan, Karpal berjanji akan memfailkan notis rayuan pada hari ini.
Hakim menetapkan 28 Febuari untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan.-kd
Mahathir Bodek PAS Tapi Allahyarham Ust Fadzil Nor Telah Berpesan....
Posted on Friday, February 14 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Dr M: Sudah masanya PAS jadi MB S'gor
Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya wakil rakyat PAS menjadi menteri besar Selangor kerana parti itu mempunyai 15 kerusi, mengatasi PKR yang hanya menguasai 14 kerusi di Selangor.
Menurutnya, PKR wajar menyerahkan kerusi itu kepada PAS agar jawatan MB tidak dilihat dikuasai satu parti semata-mata, lapor Sinar Harian hari ini.
Kenyataan itu dibuat Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi MB yang baru jika menang pilihan raya kecil Kajang.
"PAS berhak untuk (mengisi) kerusi (menteri besar) itu. Tidak bolehlah dikuasai satu parti sahaja.
"Mereka bukan mcam BN, jumlah terbesar (ialah) UMNO, sebab itu pemimpin UMNO diangkat jadi perdana menteri.
"Tetapi dalam Selangor bukan PKR yang punya kuasa terbesar jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya,"katanya. -mk
ULASAN GB
Berikut GB petik dari FB Marhar Yusof
"Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena..."Sekalipun saranan Tun Mahathir itu agak menyenangkan hati beberapa kerat ahli dan pemimpin PAS terutama di Selangor, namun berwaspadalah. PAS usah berebut untuk jadi MB atau PM. Dengan apa yang ada kini bersyukur dan buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh. Pepatah menyatakan "one in the hand worth two in the bush." Tak perlu tamak, tak perlu gopoh.
~Al Marhum Ustaz Fadhil Noor
Tambahan pula yang sokong ialah Tun Mahathir tentulah ada sesuatu. Masakan Tempua Bersarang Rendah.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah mengharapkan Tun Mahathir akan panjang umurnya untuk melihat kerosakan yang pernah dilakukannya..
Apabila telah layak, dengan sendirinya hukum kebenaran dan keadilan akan meletakkan pemimpin PAS sebagai MB malah PM sekalipun.
Ingat pesanan daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberikan kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kita ingin Allah menolong kita, maka jangan berebutkan jawatan itu. Jangan gopoh. Kita telah belajar di Terengganu dan Kedah-greenboc
Harga tanggungjawab k’jaan, jangan salahkan orang tengah
- Feb 13, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Beliau berkata, sebelum kerajaan menuduh orang tengah memanipulasi harga, kerajaan terlebih dahulu perlu mengkaji faktor berlakunya demikian.
"Yang membuat keputusan dan membenarkan kenaikan harga barang berlaku ialah orang atas. Jangan jadikan orang tengah sebagai alat untuk menutup kesalahan mereka.
"Kerajaan harus sedar pemborong, orang tengah dan peniaga terpaksa menaikkan harga kerana kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik. Semua itu memberi kesan kepada harga barang," kata beliau ketika dihubungi Harakadaily hari ini.
Beliau juga berkata, Kementeri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus mengambil langkah yang sesuai bagi mengekang kenaikan harga barang dan melakukan pemantauan dengan mengambil kira semua keadaan.
Cadangan agar pengguna memboikot peniaga dan orang tengah tidak akan menyelesaikan masalah.
"Menteri ada kuasa di parlimen, mereka boleh pemantauan sepanjang masa, bukan hanya bermusim dan mencari kaedah yang sesuai agar semua pihak mendapat keuntungan, bukan pemborong, orang tengah sahaja yang untung.
"Boikot ialah jalan yang paling akhir harus diambil kerana ada pelbagai kaedah untuk memastikan tiada pihak yang mengambil untung atas kesusahan orang lain," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan boleh mengembalikan subsidi kepada rakyat seperti subsisi minyak dan gula supaya pemborong, orang tengah dan peniaga boleh menjual barang-barang dengan harga biasa.
"Saya mengecam tindakan kerajaan yang hanya tahu menyalahkan orang tengah tetapi tidak berusaha melakukan sesuatu.
"Kalau kerajaan boleh umum tiada kenaikan tol tahun ini, kenapa tidak boleh umum kembalikan subsidi minyak dan gula?
"Kerajaan boleh lakukan bak kat apepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih," katanya.
Bahasa
Yemen henti hantar pelajar ke IPTS Malaysia, dakwa hanya kaut keuntungan
Akhbar Yemen Times melaporkan, langkah tersebut diambil kerana kualiti buruk pendidikan swasta di Malaysia dan juga kos pengajian yang tinggi.
"Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kajian Saintifik memutuskan pada Isnin untuk mengakhiri biasiswa kerajaan Yaman kepada universiti swasta di Malaysia.
Yemen Times juga memetik pengarah biasiswa di kementerian, Ahmed Al-Rabei sebagai berkata yuran pengajian di IPTS tiga kali ganda tinggi berbanding di institut pengajian awam.
"Bayaran yuran dan tuisyen universiti swasta tiga kali ganda daripada universiti awam.
"Kos belajar di universiti awam di Malaysia dianggarkan kira-kira $1,500 setahun, manakala kos pengajian di universiti swasta pula sebanyak $4,500," kata Ahmed yang dipetik berkata dalam laman berita tersebut.
Menurut laman tersebut, sebanyak 9,000 pelajar Yemen sedang menuntut di Malaysia dan 4,000 daripadanya adalah pelajar universiti swasta.
Laman tersebut memetik Ahmed pada Ogos 2013 lalu ke Malaysia untuk menyelesaikan masalah tersebut di kalangan pelajar Yaman, bagaimanapun ia tidak berhasil sebaliknya pelajar di univesiti swasta bergelut dengan hutang hampir enam tahun lamanya.
Berdasarkan rekod Kementerian Pengajian Tinggi sehingga November 2013, Malaysia mempunyai sebanyak 520 IPTS yang terdiri daripada universiti, kolej universiti dan kampus cawangan luar negara.
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memiliki IPTS paling banyak.
September tahun lalu, prestasi universiti di Malaysia jatuh lagi selepas kedudukan universiti dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking menunjukkan rata-rata kedudukan universiti awam Malaysia terus merosot dalam senarai, dengan hanya Universiti Malaya masih berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia tahun ini.
Tujuh universiti Malaysia berada dalam kelompok 800, dan Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada kedudukan 358 pada tahun 2012, kepada 355 tahun ini. – 13 Februari, 2014.
Pakej Kahwin Lari
Posted on Thursday, February 13 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"BERITA baik buat para suami yang ingin berpoligami! Jika permohonan anda untuk berkahwin lagi ditolak bulat-bulat oleh si isteri anda tidak perlu risau.
Dengan kemajuan teknologi maklumat, para suami kini boleh membuat carian di Internet untuk mendapatkan khidmat syarikat tempatan dalam membantu mereka menguruskan perkahwinan di selatan Thailand.
Mungkin situasi sebegini bernada agak melucukan dan kurang enak didengar oleh isteri pertama. Namun hakikatnya, fenomena ini memang kerap berlaku di seantero pelusuk negara.
Fenomena berkahwin di Thailand amat sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Kita juga kerap diberitakan dengan perkahwinan artis-artis tempatan di Thailand.
Namun, ramai yang tidak sedar betapa senangnya untuk menguruskan perkahwinan di Negara jiran itu.
Siasatan Malaysian Digest mendapati terdapat lebih 10 laman web yang menawarkan khidmat pengurusan berkahwin di selatan Thailand dan syarikat-syarikat ini aktif beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.
Antara pakej yang diiklankan di laman sesawang mereka dinamakan sebagai ‘Urusan Khidmat Pernikahan’, ‘Nikah Siam’, ‘Kahwin Lari’ dan‘Pakej Poligami dengan menggunakan Kadi Wali Hakim Di Thailand’.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan syarikat-syarikat ini, penulis bersama teman sekerja lelaki yang berlakon sebagai pasangan yang mahu berkahwin, cuba menelefon beberapa nombor yang tertera di Internet. Apabila dihubungi, kebanyakan laman web yang menawarkan pakej berkahwin di Thailand itu mendakwa operasi mereka adalah sah.
Namun tidak ada satu pun laman web yang mendedahkan nombor pendaftaran syarikat mereka. Kredibiliti mereka hanya disahkan melalui slogan 'Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia' yang dipaparkan di muka web mereka.
Malah ada juga yang mempromosikan khidmat mereka menerusi laman sosial Facebook tanpa berselindung.
Pakej Murah
Sebanyak lima laman web cuba dihubungi penulis. Penulis terpaksa menunggu agak lama untuk panggilan penulis dijawab ‘pegawai’ syarikat-syarikat tersebut. Setelah membuat cubaan berkali-kali, hanya satu panggilan sahaja yang mendapat respon.
Panggilan tersebut dijawab oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Ridwan. Dengan bersahaja, beliau menerangkan segala prosedur dalam pakej tawarannya tanpa teragak agak dan dalam nada yang bersemangat. Beliau kedengaran seperti seorang yang amat berpengalaman dalam pengurusan khidmat ini.
Malah katanya harga yang ditawarkan beliau amat rendah berbanding dengan agen nikah lain. Malahan beliau cuba meyakinkan penulis bahawa perkhidmatan yang disediakannya adalah serba lengkap sehingga syarikatnya mendapat surat pengesahan daripada Konsulat Malaysia. Reputasi yang diraih ini digunakan sebagai justifikasi populariti syarikatnya di kalangan pasangan Malaysia.
"Kami tidak meminta apa-apa deposit. Semua bayaran boleh dibuat pada hari akad nikah.
"Anda cuma perlu bayar RM1,700 apabila tiba di Bukit Kayu Hitam, Kedah (bandar di sempadan Malaysia-Thailand). Bila encik sampai disana kami akan uruskan semuanya, termasuk hal-hal visa dan dokumen lain," jelasnya kepada penulis dan ‘pasangan’.
Ditanya mengenai mengapa kami perlu berkumpul di Kedah, Ridwan memberi jawapan ini adalah kerana ramai pelanggannya dari seluruh Malaysia yang memang menggunakan Bukit Kayu Hitam sebagai lokasi untuk berkumpul.
"Semalam ada tiga pasangan dan bilangan ini akan meningkat apabila tiba hujung minggu nanti," katanya dengan penuh yakin.
Tidak berakhir disitu, penulis membuat panggilan seterusnya dengan harapan dapat menyelongkar isu ini dengan lebih lanjut lagi. Kali ini penulis menghubungi laman web yang berbeza.
Pada mulanya, penulis gagal untuk mendapat sebarang jawapan daripada agen tersebut sebaliknya telah menerima sebuah khidmat pesanan ringkas (SMS). Si agen memberitahu yang beliau berada di dalam sebuah seminar dan memohon maklum balas melalui SMS sahaja.
Tanpa membuang masa penulis terus menyatakan hasrat untuk menggunakan pakej yang ditawarkan oleh ‘syarikat’ tersebut dan berhasrat untuk bercakap secara langsung dengan agen tersebut.
Apa yang berlaku selepas itu amat mengejutkan. Agen tersebut rupa-rupanya adalah individu yang sama dihubungi sebelum ini. Setelah diteliti,individu ini menggunakan modus operandi menggunakan laman sesawang yang berbeza untuk mengiklankan pakej perkahwinan yang sama.
Dengan menggunakan gelaran yang sama, Ridwan pada awalnya teragak-agak untuk menjawab pertanyaan penulis. Di saat ini, beliau sudah mula mengesyaki sesuatu yang agak janggal, mungkin kerana beliau mengenali nombor telefon penulis.
Namun setelah dijelasnya niat untuk menyertai pakej yang ditawarkan, beliau terus rancak bercerita mengenai pakej syarikatnya.
Pakej kali ini merangkumi pengangkutan dari Bukit Kayu Hitam, melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, khidmat nasihat mengenai dokumen penting, paspot, penginapan hotel dan penyediaan makan dan minum sehingga ke lokasi di Narathiwat, Songkhla.
Jelasnya, dari Songkhla, pasangan akan dibawa untuk berkahwin di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau di Majlis Agama Islam Phatthalung, Thailand. Ridwan berkata, kedua-dua majlis agama ini diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Lebih menarik, Ridwan turut berkata sijil nikah yang dikeluarkan oleh MAIS akan disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkla.
"Konsulat Malaysia di Songkla adalah satu-satunya konsulat di Selatan Thai. Konsulat inilah yang bertanggungjawab untuk mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang kahwin lari dan bernikah di Siam," jelasnya.
Rakan Kongsi
Setelah ditanya dengan lebih mendalam, Ridwan mula kedengaran seperti tidak mahu meneruskan perbualan. Beliau seterusnya mempelawa penulis untuk berkunjung ke pejabatnya yang terletak di Subang bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Beliau juga menyatakan segala maklumat boleh didapati di laman sesawangnya.
Menurutnya, selepas semua persetujuan dilakukan, pasangan yang ingin berkahwin di Thailand dikehendaki untuk bergerak ke Bukit Kayu Hitam tanpa membawa mana-mana individu atau pihak lain untuk menemani mereka.
“Pasangan boleh pergi menggunakan bas terus ke Bukit Kayu Hitam ataupun memandu sendiri ke sana kerana kemudahan untuk memakir kereta memang terdapat di situ.
“Namun, pasangan yang terlibat akan diuruskan oleh individu lain di sana dan namanya Salleh. Saya tidak akan ke sana,” katanya yang mendakwa segala masalah di sana akan dapat diselesaikan ‘Salleh’.
Tambahnya, segala persiapan dan urusan di sana akan diatur dan dikendalikan oleh Salleh termasuklah membawa pasangan yang ingin berkahwin ke MAIS.
Khidmat untuk semua
Setelah difikirkan, penulis cuba meletakkan diri sebagai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendirikan rumahtangga di sini. Mungkin pasangan yang terlibat terpaksa berkahwin di Thailand ekoran tentangan daripada ahli keluarga dan pakej sebegini adalah jawapan terbaik buat mereka dalam mencari jalan penyelesaian.
Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis adalah pakej perkahwinan yang ditawarkan untuk pasangan yang masih menuntut.
Menurut laman web Ridwan, Thailand ialah lokasi untuk menjalankan nikah gantung atau nikah khitbah bagi pasangan pelajar. Kebanyakan pasangan begini adalah mereka yang sudah bercinta lama tetapi mendapat tentangan keluarga untuk berkahwin.
Pasangan juga dinasihatkan untuk membawa video kamera untuk merakamkan akad nikah mereka di Thailand. Video yang terhasil boleh ditunjukkan kepada hakim mahkamah syariah semasa pengesahan nikah di Malaysia kelak.
Penulis cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tentang kesahihan pakej-pakej perkahwinan di Thailand ini namun tidak ada pegawai yang membalas panggilan penulis.
Namun, menurut JAKIM, hukum nikah di luar negara adalah sah dengan syarat pernikahan itu mengikut rukun nikah dan melebihi dua marhalah (89km)
Malah ianya juga sah sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
Sumber: malaysiandigest.com "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: adikmanis
Posted on Thursday, February 13 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Cananglahnie Original shared Elyana Johari's photo.
EDISI BONGKAR YANG TAK KELUAR TVOrang Kuat UMNO Bukit Mertajam.
Walaupun sudah bertongkat
++++++++++++++++++++++
Walaupun sudah bertongkat dan berusia,
seorang lelaki warga emas masih berselera dengan
pucuk muda apabila dicekup ketika melanggan seorang
pelayan pelanggan wanita (GRO) di sebuah pusat hiburan
di Jalan Seri Maju, Taman Seri Maju, di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 59 tahun itu dicekup sepasukan pegawai
penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
(JHEAIPP) kira-kira jam 9.20 malam dalam satu operasi
cegah maksiat diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.
Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah
bilik kecil, seorang wanita berpakaian seksi ditemui
bersama seorang lelaki dan didapati kedua-duanya tidak
mempunyai hubungan mahram yang sah.
PERINGATAN: Pihak polis mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang mendakwa terdapat individu yang mengetuk cermin pintu kereta dan menghulurkan sekeping kad sambil bertanyakan arah. Dalam masa yang sama terdapat mata pisau (blade) di belakang kad tersebut digunakan individu tersebut untuk melakukan samun terhadap mangsa.
Hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tiada kejadian yang berlaku menggunakan modus operandi yang dinyatakan.
Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan khususnya mereka yang keluar bersendirian supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.
Urusan Ulamak Kuala Kedah shared Majalah Solusi's photo.
Ayah.Menyebut tentang jasa, keperitan menjaga kita semasa kecil, kesusahan semasa kecil hingga kita dewasa,kita sering teringat akan ibu. Namun, usah terlupa yang kita ada hanya SEORANG AYAH yang bersama-sama ibu membesarkan kita; anaknya.
Ayah punya cara tersendiri mencintai anaknya berbanding ibu. Ayah ambil berat tentang kita dengan cara yang tersendiri.
Aduhai! Tersentap hati melihat gambar dan tajuk berita yang terpapar ini. "Buang Bapa Tepi Masjid." Apakah salahnya ayah? Mengapakah ayah yang membesarkan kita dan berkorban segala ini dtinggalkan begitu sahaja? Allahuallah.
Semoga kita menjadi anak yang mencintai ayah sebagaimana ayah cinta akan kita; anaknya.
Apa kata anda?
Isu ayah, isu kita semua. Sebab kita semua ada ayah. Tiada ayah, di mana kita?
sumber gambar: http://suara-siswa-selatan.blogspot.com/2012/03/hot-apa-silap-mak-dan-ayah.html
Jamilah Mohd Norddin.
Subeditor Solusi 2014
Zaidi Ahmad Tudm II shared Muhammad Barro Syahid XI's photo.
ALLAHU AKBAR..!!! ALLAHU AKBAR..!!! ALLAHU AKBAR..!!!
Orang ini,...Kaleb Yosua, seorang Debater Kristen di forum Facebook (Dialog Islam vs Kristen)... Sekian lama, suka menghina ALLAH dan mengejek Nabi Muhammad Shallallaahu 'Alaihi Wasallam. Tak patut rasanya menuliskan apa-apa yang pernah diucapkan mulutnya. Astaghfirullaah! Setelah dia menantang ALLAH dengan "Tunjukkan di mana ALLAH jika Dia memang benar-benar ada, kuminta Dia untuk mengambil nyawaku dan aku siap untuk mati!"...dan ia pun mati 7 Januari lalu. ALLAH mengabulkan permintaannya dan ALLAH membuat wajahnya si kafir ini berubah menjadi hitam (su'ul khotimah).
Pesanku kepada mereka yang membenci Islam dan menghina ALLAH dan Rasul-Nya Muhammad Shallallaahu 'Alaihi Wasallam, waspadalah terhadap keangkuhan kalian dan kesombongan kalian, karena adzab ALLAH adalah Haq! Dan kenyataannya adalah bahwa kalian pasti akan kembali kepada-Nya. Camkan itu..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan