Rabu, 26 Februari 2014

BUATLAH MACAM2 KERENAH...DIAKHIRAT APA NASIB KITA PULA....BAHGIA ATAU CELAKA


NAJIB KENA LAGI!!! Mahathir serah baton kepada Daim untuk belasah Najib.

Utamakan kestabilan, bukan mandat, kata Daim kepada Putrajaya
Keamanan dan kestabilan adalah dua perkara terpenting yang dimahukan rakyat Malaysia selain agen provokasi yang perlu dihapuskan, kata bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata, kerajaan sedia ada bukan sahaja perlu memikirkan untuk mengekalkan mandat sedia ada tetapi juga dasar kepimpinan.

"Undang-undang sedia ada memadai untuk mengawal perkara ini. Jika terdapat pihak yang cuba mencetuskan kontroversi, mereka perlu ditangani.

"Jika ia lambat ditangani maka akan ada pihak cuba mengambil kesempatan," katanya dalam satu wawancara bersama KiniBiz.

Berbicara tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Daim berkata akar umbi dan rakyat mempunyai impian yang sama iaitu mahu melihat kepimpinan yang kuat.

Katanya, Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan agama maka terdapat pelbagai isu sensitif berlingkar dalam negara.

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima, ramai yang berasa Najib seorang pucuk pimpinan yang rapuh atau kurang tegas.

“Sebagai pemimpin, beliau harus tahu mengawalnya selain pasukan terbaik untuk menasihati bagaimana berdepan dengan isu yang tidak boleh diselesaikan secara individu,” katanya.

Beliau berkata, Kabinet yang kuat diperlukan dan mereka yang memahami sejarah Malaysia dapat menjangkakan masalah yang berlaku berbanding terus mengambil tindakan.

Katanya, perancangan yang baik akan memperlihatkan kepada rakyat arah yang ingin dituju dan jika rakyat berasa orientasinya sesuai, mereka akan memberi sokongan.

“Pertama kali dalam sejarah, warga asing dan tempatan melihat secara serius situasi politik di Malaysia.

Jika anda melihat orang luar menulis tentang Malaysia, ia bermakna mereka mula curiga terhadap kestabilan negara.

“Rakyat mahu melihat dan berasa selesa bersama Putrajaya sebaliknya majoriti rakyat berasa ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, Daim menyifatkan pilihan raya itu tidak perlu diadakan dan membazir dana rakyat.

Katanya, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berupaya menyelesaikan pelbagai masalah.

“Anwar sendiri tidak diundi ke dalam PKR tetapi mempunyai banyak pengaruh dan kuasa. Beliau memutuskan apa yang perlu dilakukan kepada pemimpin parti terpilih.

“Sama ada media memuji atau mengkritik, ia membuatkan Anwar gembira kerana masih mendapat liputan,” katanya.

Berhubung isu kalimah Allah, Daim berkata perkara itu tidak seharusnya menjadi pertikaian kerana tidak wujud permasalahan seumpama itu di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan Islam kini sedang menerima ancaman sebaliknya menyifatkan ahli politik yang gemar membesarkan isu tersebut.

“Kenapa tiba-tiba bawa isu ini ke Semenanjung Malaysia dan menjadikannya masalah besar?

“Mendapatkan sokongan dengan membangkitkan isu agama adalah perbuatan bodoh.

Kita selalu hidup aman damai dan persoalan agama tidak pernah dibangkitkan,” katanya.

- The Malaysian Insider.

26 February 2014

UMNO yang sudah tidak ku kenali lagi

Najib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir kedarat dan kebaroh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agong UMNO pada tahun 2006 dahulu.
Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela Nbeliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang ‘orphanage leader’ yang hanya dapat pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela Najib dengan sambil lewa sahaja.
Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan meletakan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpinan mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.
Saya ingin mengingatkan insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan saya tentang isu isu ini yang anak-anak muda sekarang mungkin mengaggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku lebih tiga puluh tahun dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di ikuti oleh pimpinan hari ini.
Tetapi ia tidak ditauladani lagi kerana nilai kepimpinan sekarang sudah jauh berbeza kerana nilai yang baik dahulu itu tidak di gilapkan oleh pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk berkuasa berseorangan. Nilai kepimpinan seperti itu sudah dianggap ‘out-of- date’ kata setengah yang baru main politik, hari ini.
Tun Husien Onn merupakan contoh yang terbaik untuk kita buat contoh dalam isu ini. Selepas sahaja beliau ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu, beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan 1981 nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi undi dengan majoriti yang sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan pimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong beliau.
Beliau juga tahu yang beliau telah di sabotaj oleh Timbalannya sendiri yang tidak sabar mahu mengambil alih kepimpinan negara dari beliau. Hakikatnya penyertaan Hj Sulaiman Palestin untuk menandingi beliau adalah dari galakan ‘invisible hands’ yang mahu beliau berundur secepatnya kerana mahu mangambil alih kepimpinan negara itu. Beliau mengundurkan diri bukan kerana penolakan rakyat yang ramai tetapi oleh kerana ‘insubordinations’ yang dilakukan oleh pimpinan yang hampir dengan beliau.
Menyedari keadaan ini beliau mengambil keputusan untuk memberikan sahaja jawatannya kepada orang yang tidak sabar mahukan jawatan itu. Maka pada tahun 1981, Husein tidak mempertahankan jawatannya dan memberikan laluan kepada Dr Mahathir secara percuma.
Pada perhimpunan itu dalam ucapan penangguhan Dr Mahathir telah mengucapkan kepada semua pihak kerana memberikan sokonagn terhadap beliau menerajui negara dan dengan nada yang jelas beliau telah meminta semua pihak memberi tahu beliau yang jika ada tanda-tanda yang menunjukan ada yang tidak menyokong beliau lagi supaya memberitahu beliau. Kata beliau yang bekliau akan mengundurkan diri secara terhormat.
Beliau berkata demikian kerana beliau tahu yang Husein bersara kerana kerenah beliau sendiri dan kata-kata itu tidak lebih dari mulut manis dengan janji-janji yang tidak akan terkota. Pada perhimpunan itu jugalah Dr Mahathir memulakan permainan politik beach perintah dengan berlaganya dua tokoh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam prtandingan yang amat sengit buat pertama kalinya dalam sejarah kewujudan parti UMNO itu. 
Dr Mahathir merasakan semua yang berada disekeliling beliau itu meresahkan beliau. ‘Inferiority complex’ yang menebal dalam diri beliau membuatkan beliau tidak boleh selesa dan siapa sahaja yang mempunyai kepimpinan tidak disenangi oleh Dr Mahathir. Secara sistematik mereka yang berkepimpinan hilang dari barisan kepimpinannya dan akhirnya beliau dikelilingi oleh mereka yang ada sekarang ini yang tidak pernah diperlukan pemikiran mereka oleh Mahathir.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir semuanya tidak perlu berfikir kerana hanya beliau sahaja yang boleh berfikir. Ahli-ahli kabinetnya tidak perlu berfikir dan tugasan mereka amat mudah dan senang...hanya jadi burung balam dan bertepuk tangan jika beliau perlukan tepukan itu. Segala institusi demokrasi dikuasai oleh eksekutif dan sampai ke hari ini institusi itu belum lagi kebah dari sakit hasil kerja tangan Dr Mahathir itu.
UMNO mula berpecah belah dan buat kali pertamanya rasa resah gelisah dikalangan ramai pemimpin kerajaan dari UMNO mula timbul. Dalam masa lima atau enam tahun pentadbiran beliau, sudah mula terserlah budaya pemimpin yang ingin menjadi kaya raya.
Budaya rasuah mula berputik dengan cepat melalui projek express dengan penganugeraham kontrak secara runding terus yang kini sudah menjadi budaya dalam kerajaan semata-mata untuk memberikan ‘duit luar’ yang begitu besar jumlahnya tanpa memikirkan isu-isu yang berkepentingan rakyat. Inilah warisan Dr Mahathir yang paling besar kepada negara.
Budaya songsang pentadbiran kerajaan hari ini bermula dari Dr Mahathir dan ianya diwariskan kepada pentadbiran Pak Lah dan sekarang kepada Najib. Acuan ini sudah begitu terpahat ke dalam sistem pentadbiran negara kita dan siapa pun dikalangan yang ada dalam MKT parti itu semuanya dari acuan itu.
(bersambung)
SEBENARNYA KEPALA NAJIB SUDAH MIRING......TAK TAU APA NAK BUAT.....DAH BESERABUT....
 
 
Kecoh isu anwar masuk gereja..yang ni macan ne plak? Najib sertai n join upacara 'Miring' puja roh, dewa2 n smagat halus.. nenek moyang.. upacara masyarakat pribumi serawak..hehe

Fatwa Jakim tentang upacara Miring..

http://www.e-fatwa.gov.my/sites/all/themes/acquia_marina/images/preface-bg-top.jpg
 
Saya sebagai Wakil Rakyat pun dilayan b'bagai kerenah oleh SPRM..jika rakyat bagaimana pula? - Rafizi

Rabu - 26 feb 2014

PUTRAJAYA: Selepas setengah jam 'ditolak sana sini' oleh pegawai di pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Adun Batu Lintang See Chee How akan menghantar memorandum berhubung kes rasuah balak bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui pos.

Rafizi yang ditemui di pekarangan Jabatan Perdana Menteri kecewa apabila pegawai Najib enggan berjumpa beliau sedangkan perkara itu telah dimaklumkan dalam satu surat semalam.

"Semalam saya sudah bagi surat tentang penyerahan memorandum hari ini. Notis sudah bagi dan difaks awal.

"Saya berhubung dengan dua pegawai Mohd Nor dan Azian sebaliknya mereka minta saya berhubung dengan Badrin.

"Badrin pula tiba-tiba tanya soalan macam-macam dengan saya seolah-olah hendak menyiasat saya. Saya ditolak tolak, buang masa saya sahaja," katanya kepada media.

Rafizi kesal apabila pejabat Perdana Menteri tidak mahu menerima memorandum apatah lagi beliau hendak berjumpa dengan Najib sendiri.

"Saya tunggu, ditolak tolak. Tidak ada wakil seorang pun yang hendak terima memo ini. Langsung tidak menghormati tetamu yang datang.

"Ini saya sebagai wakil rakyat. Bagaimana pula dengan rakyat biasa yang datang hendak berjumpa dengan PM sendiri," katanya dengan nada kesal.

Bagaimanapun Rafizi percaya tindakan tidak mahu terima memorandum ini sama ada tidak hormati rakyat atau takut dengan Taib Mahmud.

Memorandum serta bukti terbaru dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud yang hampir 100 muka surat itu turut dikepilkan sekali desakan agar Najib menangguhkan pelantikan Taib sebagai Yang Dipertua Negri Sarawak sehingga dakwaan kes rasuah disiasat semula.

Pagi tadi Rafizi turut menyerahkan bukti terkini kes balak keluarga Taib Mahmud kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
1MDB - Tarif Elektrik mungkin terus naik, rakyat tunggu dan lihat - Dato' Husam Musa

Rabu - 26 Feb 2014

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik mungkin akan terus berlaku jika kerajaan menganugerahkan projek jana kuasa arang batu 2,000MW, atau projek 3B kepada Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB kerana rakyat yang akan menanggung beban kenaikan tarif elektrik.

Menurut Husam, syarikat lain yang bersaing dengan 1MDB ialah YTL Corporation Berhad.

Bagaimanapun, 1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.

"Kalau 1MDB dipilih kita akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.

Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.

"Adakah rakyat Malaysia perlu membayar kos elektrik yang lebih mahal semata-mata nak bayar kepada 1MBD sedangkan ada saingan yang lebih murah dengan saingannya YTL," kata pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, beliau turut mempersoal 1MDB yang membayar harga lebih mahal sebanyak RM2.65 billion untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) Ananda dan Genting.

Pada Mac 2012 Syarikat 1MDB membelanjakan sebanyak RM8.5 billion untuk membeli Tanjong Energy Holding.

Pada Ogos 2012 1MDB berbelanja sebanyak RM2.35 billion untuk membayar faedah 75 peratus Genting Sanyen Power.

"1MDB menghasilkan perolehan sebanyak RM1 billion setahun. Jumlah yang hanya cukup untuk membayar bunga tetapi masih tidak mencukupi untuk membayar hutang secara keseluruhan," katanya.

Tambah beliau lagi, mengikut perolehan dari Internal Rate of Return (IRR) yang lazimnya digunakan untuk mengukur keuntungan pelaburan dan rata-rata kadar yang biasa diperlukan adalah antara 10 hingga 12 peratus.

IRR bagi Tanjong Energy Holding ialah sebanyak 5.2 peratus manakala IRR bagi Genting Sanyen Power ialah 0.5 peratus.

"Mengikut kadar semasa untuk mendapatkan IRR 10 peratus, 1MDB perlu membayar hanya RM8.2 billion iaitu RM2.65 billion lebih tinggi. Megapa ini terjadi?" soalnya.

Bantahan Taib jadi TYT Sarawak diserah ke mesyuarat Raja-raja

taib-mahmudKUALA LUMPUR 25 FEB: Memorandum bantahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud dari dilantik menjadi Tuan Yang Terutama negeri akan diserahkan ke majlis mesyuarat Raja-raja.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, dua memorandum telah dihantar ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan juga kepada Yang Di-pertuan Agong di Istana Negara.
“Kita lihat bahawa peluang untuk Majlis Raja-Raja mengambil kira pandangan rakyat tentang pelantikan Tan Sri Taib Mahmud menjadi TYT Sarawak.
“Kita tahu perlantikan (TYT) oleh kerajaan negeri. Tetapi di peringkat kita (rakyat) penyerahan memorandum kepada Majlis Raja-raja memohon peka dengan suara rakyat membantah Taib Mahmud (dilantik TYT) kerana sekarang ini masih dalam siasatan SPRM.
“Dia banyak terlibat dalam aktiviti dan salah guna kuasa. SPRM mengakui Taib Mahmud dalam siasatan.
“Kami tidak mahu Tuan Yang Terutama Sarawak yang baru dilihat tercalar dengan skandal salah laku kuasa,” kata Nazib kepada Keadilandaily.
Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-234 kini sedang berlangsung di Istana Negara dari 24 hingga 27 Februari ini.
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad melahirkan rasa hairan dengan sikap kumpulan NGO Umno yang seperti 'hilang suara' dalam isu Kassim Ahmad berbanding siu-isu berkait agama sebelum ini.

Katanya, sehingga kini tidak kedengaran suara lantang mereka, yang sebelum ini seringkali mengancam ugutan fizikal malah mengadakan demonstrasi dalam isu-isu terdahulu.

"Mana pergi kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa, Jati mahupun Perkida yang sebelum ini lantang jika Melayu atau Islam itu dipersoalkan.

"Kenapa dalam isu Kassim ini mereka tidak berani ke hadapan, adakah ia berkaitan dengan Umno jadi mereka hanya berdiam diri termasuk juga pihak berkuasa agama tempatan?," soal beliau dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu beliau menggesa kerajaan melalui pihak berkuasa agama agar segera mengambil tindakan terhadap Kassim Ahmad yang secara jelas telah menghina Hadis yang menjadi salah satu sumber pegangan umat Islam.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa tidak perlu takut untuk bertindak walaupun ia mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun dengan Umno.

"Pihak berkuasa tidak perlu takut untuk bertindak ke atas Kassim walaupun ia mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir ataupun dengan Umno sekali pun.

"Kalau isu Syiah sebelum ini mereka boleh bertindak kenapa tidak berlaku ke atas Kassim, kita harap perkara ini perlu disegerakan agar tidak ada umat Islam yang terkeliru dengan kenyataannya," kata beliau lagi.

Ditanya mengenai cabaran Kassim supaya orang yang mempertikai pandangan beliau tampil behujjah, Khalid berkata pihak berkuasa agama patut mengambil inisiatif tersebut.

"Saya harap pihak jabatan agama boleh menganjurkan pertemuan dan kalau orang lain tidak mahu bertemu dengannya (Kassim) saya bersedia.

"Isu sekarang bukan bersekemuka atau berbincang, tetap tindakan tegas atas kenyataan beliau yang bertentangan dengan ajaran islam," tegasnya.

Tiada ulasan: