Rabu, 5 Februari 2014

ROSAK....APA PERANAN JABATAN AGAMA

Pekerja kilang bersekedudukan
  • Pekerja kilang ditahan bersekedudukan Penguatkuasa JAJ mengambil keterangan daripada dua wanita Indonesia yang didapati tinggal bersama seorang lelaki yang bukan muhrim.
1 / 1
BATU PAHAT – Tiga wanita dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan dalam serbuan Ops Maksiat di sebuah rumah di Taman Nira, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Timbalan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan dilakukan, anggota penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum penghuni membuka pintu.

Sebaik pintu dibuka, pihaknya mendapati seorang lelaki berada di ruang tamu sedang tidur, manakala tiga wanita berkenaan berada di dalam bilik.

“Kesemua warga Indonesia berusia 30an terbabit bekerja di kilang berdekatan, manakala lelaki tersebut memberi alasan tumpang tidur di rumah sewa itu. Dipercayai mereka telah tinggal bersama sejak setahun lalu.

“Kesemua mereka didapati bersalah kerana tidak mempunyai talian persaudaraan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan iaitu berkurung,” katanya.

Katanya, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Jika sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Dicekup bogel bersama kekasih
DUNGUN - Tindakan seorang pelayan pusat karaoke menjadikan sebuah bilik rumah sewa kakak angkatnya di taman perumahan kos rendah, dekat Taman Rakyat, di sini, tempat memadu asmara bersama teman lelakinya membawa padah apabila port mereka diserbu pihak berkuasa, pagi semalam.

Serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhwan Ismail dilakukan berikutan rumah terbabit sering dikunjungi individu mencurigakan, dipercayai golongan penagih.

Susulan itu, satu operasi khas dilancarkan dan hasil serbuan, tiga suspek berjaya ditahan di bahagian dapur, selain penemuan lebih 33 pil disyaki dadah jenis methapethamine dalam poket salah seorang daripada mereka.

Pemeriksaan dalam sebuah bilik seterusnya menemui seorang lelaki berada dalam keadaan bogel sedang tidur atas tilam bersama teman wanitanya, yang difahamkan hanya memakai seluar dalam tanpa coli.

Soal siasat mendapati mereka bukan muhrim dan pasangan yang masing-masing berusia 20 tahun itu difahamkan sering menjadikan rumah terbabit lokasi memadu asmara selain melepaskan gian dadah.

Penemuan tiga paket dipercayai syabu bersama 40 pil dipercayai dadah methapethamine di atas tilam menguatkan dakwaan ia milik suspek lelaki yang menjadi buruan polis kerana disyaki pengedar dadah, selain ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif methapethamine.

Pasangannya bagaimanapun didapati negatif dan dilepaskan dengan jaminan polis.

Suspek lelaki yang beralamat di Kampung Balai Besar, ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952, manakala
kekasihnya yang difahamkan berbangsa Cina yang baru memeluk Islam diserah kepada pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Manakala tiga lagi suspek yang ditahan di rumah sama akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.
Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil
  • Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil Pasangan yang dicekup penguat kuasa ketika berdua-duaan dalam bilik.
1 / 1
DUNGUN - Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.

Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.

Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kuarters Felda jadi sarang maksiat
  • Kuarters Felda jadi sarang maksiat Samsul Kahar (kanan) dan Johar menunjukkan keadaan kuarters yang terbiar serta terbengkalai, semalam.
1 / 1
GEMAS – Keadaan 18 unit kuarters kakitangan Felda yang terbengkalai di Felda Pasir Besar di sini, membimbangkan penduduk apabila ia dijadikan tempat lepak golongan remaja melakukan aktiviti tidak berfaedah.

Ketua Umno Cawangan Felda Pasir Besar, Samsul Kahar Alias berkata,  kuarters yang sepatutnya siap Mei tahun lalu telah menimbulkan banyak masalah buat penduduk.

Menurutnya, penduduk terpaksa berdepan dengan masalah nyamuk, limpahan air dari sistem saliran yang terabai dan longkang bertakung.

“Baru-baru ini, kami dapati kuarters berkenaan dijadikan sebagai tempat maksiat apabila terdapat beberapa keping kotak diletakkan di situ untuk dijadikan alas lantai.

"Saya juga bimbang sekiranya ia dijadikan sebagai tempat untuk penagih dadah dan pelajar yang ponteng sekolah," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Samsul Kahar berkata, dia meminta pihak bertanggungjawab memantau kawasan itu bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Kita harap kawasan kuarters ini dapat dibersihkan bagi memudahkan kita memantau kehadiran individu di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang peneroka, Johar Hashim, 49, berkata, sekiranya kuarters itu dibiarkan berterusan, ia boleh menjejaskan keselamatan penduduk apabila haiwan liar berkenaan masuk ke dalam rumah mereka.

“Kita harap masalah ini dapat diselesaikan segera dan tidak terus membelenggu penduduk. Malah, salinan surat berkenaan masalah itu juga sudah dihantar kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel Berkaitan
Ponteng sekolah untuk memuaskan nafsu 

Kulim sudah menjadi kebiasaan apabila pelajar ponteng sekolah dan kemudiannya memilih kawasan reakreasi seperti air terjun dan kawasan semak untuk bermadu kasih serta melampiaskan nafsu remaja mereka.
ponteng sekolahPonteng sekolah untuk memuaskan nafsu
Walaupun perkara ini dilakukan dengan keadaan senyap, namun orang kampung situ sedia maklum akan perbuatan terkutuk mereka.
Salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran sebuah taman rekreasi di sini berkata, selalunya pelajar sekolah berpasangan akan menaiki motosikal berasingan dan berjumpa di rumah rehat disediakan sebelum berjalan ke kawasan lebih sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
Menurutnya, dari tinjauan, kebanyakan pelajar sekolah terlibat berusia antara 16 hingga 17 tahun dan memakai uniform sekolah.
Mereka akan ke kawasan rekreasi seawal jam 8 pagi dan meletakkan motosikal mereka dalam kawasan semak.
Katanya penduduk juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sering dijadikan tempat pasangan ini ponteng sekolah selain melakukan maksiat.
Papan tanda turut dipasang bagi mengingatkan pengunjung supaya tidak melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun ia tidak diendahkan.
“Penduduk sering jumpa motosikal yang disembunyikan. Ada penduduk yang memberi teguran kepada pasangan terlibat tetapi tidak dihiraukan. Alasannya, mereka ingin belajar.
“Kita ada kemudahan perpustakaan di Pekan Kulim. Kalau betul hendak belajar, pergilah ke sana dan bukan duduk di tempat sunyi dan berpasangan. Oleh itu, saya minta pihak berkuasa pantau dan tahan pasangan terlibat supaya taman rekreasi ini tidak dijadikan tempat mereka melakukan maksiat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, dari tangkapan dibuat, pasangan bawah umur dan masih bersekolah merupakan golongan yang paling ramai ditahan setiap kali operasi dijalankan.
“Saya ingin memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa orang awam juga boleh menahan mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan rekreasi.
“Apa yang perlu mereka lakukan adalah merakamkan perbuatan dibuat oleh pasangan itu sebelum menyerahkan mereka kepada mana-mana balai polis berhampiran dan memaklumkan tangkapan itu kepada PADK. Kami akan datang ke balai polis dan membuat tangkapan semula,” katanya.
Azmi meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mencederakan pasangan terlibat sebaliknya menyerahkan mereka kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka terlibat.

Guru diugut bunuh kerana ngorat adik pelakon Ezany walaupun sudah beristeri

Guru diugut bunuh kerana ngorat adik pelakon Ezany walaupun sudah beristeri

Ezany Nizariff
Ezany Nizariff

Kecoh dunia hiburan apabila seorang guru yang dikenali sebagai Azahar Hassan, 43 telah mendakwa bahawa dia telah menerima mesej ugutan mati daripada Ezany Nizariff menerusi laman sosial miliknya.
Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah membuat laporan di Balai Polis Kangar susulan bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya. Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.
MESEJ ugutan dalam laman Facebook milik Azahar
MESEJ ugutan dalam laman Facebook milik Azahar
Ezany Nizariff ketika dihubungi mengaku bahawa ada memuat naik mesej berunsur ugutan tersebut terhadap Azahar. Menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin melindungi adik perempuannya daripada berhubung dengan Azahar yang sudah mempunyai isteri.Sumber: terengganutoday.com

 

Ini pula artikel dari Harian Metro

Kangar: “Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya,” kata seorang guru, Azahar Hassan, 43, selepas gambarnya dimuat naik dengan mesej ugutan mati oleh pelakon lelaki drama popular, Khamis lalu.
Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.
Katanya, dia tidak menyangka artis berkenaan tergamak melakukan perkara itu termasuk mengugut mencederakannya di dalam beberapa status lain selepas ugutan itu.
Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah, di sini berkata, dia yang bimbang nyawa dan keluarganya terancam kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar, jam 11 malam kelmarin.
“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan.

Konspirasi

Israel dan Penyemaian Fitnah di Negeri-negeri Arab

Senin 7 Ramadhan 1434 / 15 Juli 2013 09:25


israel22 Israel dan Penyemaian Fitnah di Negeri negeri Arab
Oleh: Ghassan Al-Shamy
Kudeta presiden Mesir yang sah secara konstitusi sehingga kekuasaan yang adil dan lurus terhambat termasuk usaha mengembalikan potensi negeri dihalangi di negeri Arab hanyalah akan berpihak kepentingan zionis.
Kelompok zionis selalu menyemai fitnah, perpecahan, pertumpahan darah di negara-negara Arab serta memperkuat fanatisme sektarian. Israel berusaha menghalangi keberhasilan demokrasi di negeri-negeri tersebut terutama di Mesir dan Suriah. Di antara penyebabnya, karena keberhasilan demokrasi di Mesir dan Suriah menjadi ancaman besar bagi keamanan dan entitas zionis ‘Israel’ yang masih menjajah tanah Arab. Karena itu, zionis terus berusaha menyebar dan menanam fitnah, perpecahan, permusuhan, menyebar isu dan propaganda media busuk untuk mengubur usaha demokrasi di Suriah dan Mesir.
Khusus Mesir, Zionis menyadari bahwa keberhasilan kelompok Islam di Pilpres dan Pileg adalah pukulan pertama bagi negara penjajah ini. Israel sudah memperingatkan berkali-kali kepada mantan presiden Mesir Hosni Mubarak dalam memperlakukan kelompok Islam, agar mereka jangan pernah diberi kesempatan secara bebas bekerja dan memberikan izin ikut dalam proses pemilu apapun. Namun revolusi 25 Januari menggulingkan rezim Mubarak, rambu-rambu jalan dan kalkulasi zionis berubah. Setelah kelompok Islam menang dalam pemilu legislatif dengan suara mayoritas dan IM berhasil memenangkan Pilpres, presiden dari IM menjadi musuh terbesar Israel. Perubahan di Mesir menjadi gempa besar bagi zionis, Amerika, dan tim kuartet bersama para konspirator yang berada di belakang kelompok oposisi Mesir. Sejak kemenangan presiden Mursi menjadi presiden, ‘Israel’ berusaha sekuat tenaga menjatuhkan presiden terpilih secara konstitusi ini. ‘Israel’ dan Amerika mulai melakukan propaganda media menebar fitnah dan kedengkian terhadap Mursi.
Amerika memanfaatkan krisis ekonomi, menghentikan bantuannya, menyetop beasiswa kepada warga Mesir sebagai sanksi atas pilihan demokrasi mereka. Amerika juga membayar kelompok oposisi agar menolak hasil pemilu Mesir dan menyerukan pemilu presiden dini. Amerika juga memberikan ruang media yang seluas-seluasnya kepada oposisi untuk menghadang Mursi. Bahkan termasuk menghadang keberhasilan-keberhasilan ekonomi yang berusaha dilakukan Mursi.
Karena itu, Israel adalah pihak paling senang dengan jatuhnya Mursi. Sebab presiden Mesir inilah yang mendukung perlawanan Palestina dan menghentikan perang Israel terhadap terhadap Jalur Gaza. Di masa Mursi pula digelar unjuk rasa di Kairo menuntut pembebasan Al-Quds dan Al-Aqsha dari penistaan yang dilakukan zionis. Sikap Mursi inilah yang menjadi alarm berbahaya bagi zionis.
Sementara di Suriah, lebih menyedihkan lagi. Israel mendukung aksi pembunuhan terhadap bangsa Suriah. Israel pula yang menghalangi berbagai macam pertemuan forum internasional PBB yang menyerukan agar ada intervensi langsung secara militer terhadap rezim Suriah dan melindungi mereka dari pembantaian yang berlangsung setiap hari.
Selain itu, Israel juga terus memprovokasi dan menciptakan fitnah perang saudara dan perpecahan di Libanon.
Itu semua hanya berpihak kepada kepentingan zionis. Sebab Israel akan semakin lama bercokol sebagai penjajah di negeri Arab. Selain itu, para generasi Arab akan berpaling dari pikiran membebaskan Palestina dan Masjid Al-Aqsha.

Tiada ulasan: