Kerajaan negeri anggap laporan tiga lelaki ditahan edar Bible versi BM mengelirukan: Exco Agama Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 20 FEBRUARI: Exco Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim menganggap laporan berhubung penahanan tiga lelaki yang mengedarkan Bible Bahasa Melayu di sebuah sekolah di negeri ini mengelirukan dan timbul tanda tanya.
Beliau berkata, ia berikutan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit berhubung perkara itu.
“Senior Asisten Komisioner, Mazlan Kesah mendakwa polis tidak menerima suspek yang ditahan mana-mana pihak berhubung kes itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, menurut Abdul Malik, keraguan semakin bertambah apabila pihak terbabit juga enggan bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang menyiasat insiden itu.
Sinar Harian 16 Februari lalu melaporkan kenyataan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berhubung penangkapan tiga lelaki yang mengedar Bible Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah itu.
Dua hari kemudian, JHEAIPP dilaporkan tidak mendapat kerjasama sekolah itu apabila pergi untuk menyiasat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung itu berkata lagi, siasatan mendapati isu itu dimulakan laman Facebook Nor Amin, sebelum dihubungi wartawan untuk maklumat lanjut.
“Wartawan menghidu kisah itu dalam laman Facebook Nor Amin. Nor Amin kemudian mengaku kepada wartawan itu, beliau cuma dengar kisah itu daripada seorang ‘guru misteri’, yang kini sedang dicari polis.
“Tinjauan kami mendapati Nor Amin sudah padamkan kisah itu daripada laman Facebooknya,” katanya yang turut memaklumkan Nor Amin difahamkan memiliki kecenderungan politik berbeza dengan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak terbabit memberi kerjasama dan tampil mengemukakan bukti dan laporan agar pihak berkuasa dapat menyiasat.
Peristiwa itu disyaki sebagai satu lagi perbuatan pihak tertentu untuk menimbulkan konflik kaum dan agama di negeri ini, selain serangan ‘molotov cocktail’ dan penggantungan pemidang provokasi tentang isu ‘kalimah Allah’ di beberapa gereja. -Roketkini.com
Inflasi negara naik 70% dalam masa 4 bulan sahaja. Apa lagi alasan Najib untuk bebankan rakyat dengan cukai GST?
Harga beras dunia bakal jatuh, kekayaan Syed Mokhtar dijangka berganda
Written By canang on Khamis, 20 Februari 2014 | 2/20/2014 09:42:00 PTG
Harga beras dunia bakal jatuh, kekayaan Syed Mokhtar dijangka berganda
Merujuk kepada rencana Reuters bertarikh 19 Februari 2014 bertajuk “Thai rice to pour into global markets as subsidy ends”, berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi Kerajaan Thailand pada akhir bulan Februari 2014.
Di bawah skim subsidi padi Thailand, para petani Thai telah dibayar sebanyak 15,000 baht setiap tan semenjak skim subsidi ini diperkenalkan pada bulan Oktober 2011. Apabila skim subsidi padi Thailand ini dihapuskan nanti, para petani dijangka akan terpaksa menjual padi pada harga pasaran terbuka sekitar 8000 hingga 9000 baht sahaja (47% lebih rendah). Para petani juga akan terpaksa menjual padi pada harga yang rendah ini kerana kekurangan tangki simpanan beras kerajaan yang tidak membolehkan beras disimpan lama sehingga harga pulih semula.
Para pengeksport Thai meramalkan penurunan harga beras hancur 5% daripada USD 375/tan (RM 1,238/tan) kepada USD 350/tan (RM 1,155/tan) yang juga merupakan harga terendah dalam 7 tahun terkini. Selain Thailand, India dan Vietnam juga bakal mengalami penurunan harga beras akibat daripada hasil tuaian yang tinggi. Pertambahan pengeluaran beras sebegini akan terus menekan harga ke paras yang lebih rendah.
Malaysia sebagai negara pengimport beras bakal menikmati harga beras import yang yang lebih murah. BERNAS juga bakal mendapat imbuhan keuntungan yang lebih besar akibat harga import yang lebih rendah.
Perkara diatas amat konsisten dengan kenyataan media saya pada 12 November 2013 yang bertajuk “BERNAS bakal diswastakan: Ketamakan Bermaharajalela” iaitu “Keuntungan (BERNAS) bakal meningkat 40% ke RM 165 juta pada jangkamasa terdekat kerana pengurangan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki BERNAS di masa hadapan.
Sekiranya harga beras untuk rakyat Malaysia tetap kekal diparas lama, BERNAS bakal mendapat pertambahan keuntungan yang majoritinya bakal dikaut oleh seorang individu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.
Berdasarkan situasi pasaran antarabangsa terkini, harga beras di Malaysia sepatutnya lebih banyak rendah, dan kerajaan harus memastikan harga beras turun bagi membantu meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup.
Oleh TokBah TokMi
Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar
Naib Pengerusi KEADILAN Kedah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan