Selasa, 11 Februari 2014

AKHIRAT TIADA SAPE YANG KEBAL KECUALI ORANG2 YANG DAPAT PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT

Tuesday, 11 February 2014


KERANA ADANYA PRK KAJANG SAMPAI ADA PENGUNDI TERKEJUT SEBAB LUAHAN HATI MEREKA DILAYAN SEPANTAS KILAT OLEH UMNO!!!


Cuba fikir secara akal logik .. jika tiadanya PRK Kajang adakah para pemimpin UMNO yang berselindung atas nama NGO konon akan hulurkan bantuan dengan begitu pantas sekali?
Masih nak sibuk mengatakan rakyat tidak mendapat pembelaan dan merugikan dengan PRK Kajang ini?

Sepatutnya dengan adanya PRK para p[ejuang yang betul-betul faham erti perjuangan dan pembelaan cara UMNO akan pasti menyokonga apa jua PRK diadakan dimana-mana DUN atau Parlimen di negara ini .. Dengan cara ini saja rakyat mendapat pembelaan secepat kilat .. Ini adalah realiti bukan emosi.

KAJANG
– Lima pengundi sekitar Dun Kajang semalam mendakwa terkejut menerima kunjungan beberapa NGO yang turut menyumbangkan bantuan makanan kepada mereka.

Ibu tunggal, Zuriati Abd Muiz, 58, dari Sungai Kantan berkata, dia terharu ada pihak datang mengunjunginya yang hidup sebatang kara selepas adik kandungnya meninggal dunia beberapa bulan lalu.

Katanya, dia yang tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap menerima sumbangan berupa makanan asas.

“Rasa bersyukur ada orang bersimpati dengan nasib saya. Bantuan ini datang tepat pada masanya kerana nama saya (sebagai penerima bantuan) baru dipotong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Seorang lagi penerima bantuan, Abd Razak Talib, 58, berkata, dia berterima kasih kepada NGO yang berkunjung ke rumah didiami bersama kakaknya sejak 38 tahun lalu.

“Selama ini saya hidup kesepian, bila ada orang datang melawat terubat rasa hati,” katanya.

Abd Razak berkata selama ini perbelanjaan keperluan dia dan kakaknya ditanggung oleh abang kandungnya kerana dia tidak boleh bekerja lagi.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat NGO Selangor, Datuk Jamal Md Yunos berkata, program berkenaan dimulakan pihaknya sejak November.

Katanya, pihaknya memperuntukkan barangan dapur untuk 1,000 keluarga bagi setiap kawasan Parlimen di negeri ini.

Penerima sumbangan, katanya, dikenal pasti melalui NGO yang wujud di Parlimen masing-masing.

“Sumbangan kita peroleh daripada orang perseorangan kemudian akan diagihkan kepada golongan yang dikenal pasti, termasuk OKU, ibu tunggal, warga emas dan asnaf. Ia akan disampaikan secara terus ke rumah penerima," katanya.








Bique Maamaa Puteri UMNO terikut2 perangai Rosmah Mansor

Wanpa nafi reka fesyen pelik Neelofa di AME 2014



Wanpa nafi reka fesyen pelik Neelofa di Anugerah Meletop Era - Pereka duo fesyen terkenal di Malaysia, Wanpa menafikan pakaian rona merah jambu yang digayakan oleh Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era (AME) direka oleh mereka.

Pada Sabtu lalu, Neelofa dikritik hebat peminat kerana tampil dengan pakaian yang ketat dan pelik sehingga memperlihatkan bentuk badannya. Ekoran itu, penampilan Neelofa disamakan dengan kostum karakter Power Rangers.

"Busana tersebut bukan kami yang reka dan buat. Umum tahu, Neelofa baru sahaja pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Saya pula baru pulang dari Jepun. Kami diberitahu oleh Neelofa mengenai busana tersebut pada Khamis yang lalu, jadi kami menolak untuk membuat pakaian tersebut kerana kesuntukan masa."

"Rekaan dan material untuk busana tersebut sudah ada, jadi Neelofa menghantar baju tersebut ke tukang jahit yang mampu untuk menyiapkan baju tersebut dalam masa yang ditetapkan dan kami hanya menolong untuk memakaikan baju tersebut kepada Neelofa di belakang pentas atas dasar mahu menolong kawan.”



“Kami ada di belakang pentas ketika AME berlangsung adalah untuk membantu Neelofa menggayakan baju tersebut, itu sahaja. Kami tolong membetulkan mana yang besar, mana yang longgar, yang ada pada busana itu."

"Pembukaan AME memerlukan Neelofa terbang dari atas ke bawah, jadi baju ‘jumpsuit’ sesuai untuk digayakan. AME merupakan satu acara anugerah yang sempoi, ‘funky’ dan santai, jadi rasanya pakaian itu bukan masalah. Tapi ada segelintir pihak yang membuatkan perkara ini isu besar dan mereka menuduh kami tanpa mengetahui cerita yang sebenar.”

Kamu ingat dgn gimik pemotongan 10% bajet keraian akan mengaburi mata kami..?
Like · · · 4 hours ago ·



ngeh ngeh ngeh. adeiii


Tasha Shilla jawab isu menonjol bahagian punggung

tts-51RUPA-rupanya bukan nama Neelofa saja yang berjaya mencuri tumpuan ramai ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era, Sabtu lalu.
Pelakon cantik manis, Tasha Shilla turut dikritik sesetengah pihak di luar sana berhubung tubuh badannya yang dikatakan tak ‘original’.
Tubuhnya yang kelihatan sangat menonjol lebih-lebih di bahagian punggung telah membuatkan peminatnya mengatakan dia menggenakan padding untuk menunjukkan tubuhnya yang cantik itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Tasha menjelaskan, “terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding”.
“Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat,” katanya yang dipetik Ohbulan.
Dalam pada masa yang sama, pelakon berusia 27 tahun ini juga dilihat semakin terbuka mempamerkan hubungan mesranya dengan peninju Muay Thai yang dikenali sebagai Hans apabila hadir berpegangan tangan di red carpet anugerah tersebut, lapor Mynewshub.
Walau bagaimanapun, Tasha lebih selesa mengatakan jejaka itu sebagai kawan lelaki yang paling rapat dengannya buat masa kini kerana baginya selagi belum berkahwin, dia tidak selesa membuat pengakuan bercinta dengan mana-mana jejaka yang dikaitkan dengannya.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman.

Jelas Mahfuz, Najib tidak boleh memandang mudah kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu memandangkan ia boleh mencetuskan ketegangan umum dan menggalakkan perlakuan samseng di kalangan pelampau kaum.

"Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri.

"Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati.

"Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku dari tawaran tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, memberi tawaran wang ringgit kepada sesiapa yang dapat menampar seseorang tidak ada bezanya dengan menawarkan upah untuk melakukan pembunuhan.

"Kalau sekarang upah akan dapat bila ada individu boleh menampar seseorang, dan selepas ini mungkin upah yang lebih lumayan bila dapat membunuh seseorang.

"Adakah Ahmad Zahid tidak terfikir apa akan berlaku, jika ada mereka yang menyahut tawaran tersebut dan saya pasti bukan sekadar menampar perkara yang lebih teruk akan berlaku.

"Yang pastinya kecederaan teruk dan tidak mustahil akan mengakibatkan kematian, adakah Ahmad Zahid mahu tunggu kematian baru tindakan terhadap individu yang menawarkan tawaran akan dikenakan," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap pihak berkuasa akan mengambil tindak tegas kepada individu yang membuat tawaran tersebut dan lebih profesional dalam menjalankan tugas mereka sebagai penjaga keamanan negara.

Menurut beliau lagi, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu juga turut memberi imej buruk kepada negara ini kerana pelancong luar akan mengganggap unsur ugutan serta tawaran upah untuk cederakan seseorang bukan satu kesalahan di Malaysia.

ex bf lebih best dr suami

11 Februari 2014

  pic hiasan

Kuala Lumpur: Remuk redam hati seorang suami apabila isteri yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook (FB).


  Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh diri jika dia membuat laporan polis.

   Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30, berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.

   “Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti seminggu.

   “Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.-myMetro  
 Jessica Rhodes: Masuk Islam Setelah Ikut Kempen Hari Hijab Sedunia
Posted on Monday, February 10 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



NORWICH, England: Pengalaman satu hari memakai hijab dalam" World Hijab Day" tahun lalu telah menuntut seorang warga Inggeris 21 tahun membaca lebih banyak tentang Islam dan akhirnya memeluk agama Islam.

"World Hijab Day" part 2 kembali dilancarkan pada awal Februari ini. Kisah Jessica Rhodes masuk Islam terjadi pada tahun 2013, dan sudah banyak diberitakan di pelbagai media, tapi saya ingin berkongsi kembali kepada anda semasa menyambut" World Hijab Day" part 2 ini. Jessica Rhodes adalah seorang wanita berusia 21 tahun dari Norwich, Inggeris yang bekerja sebagai perunding telesales dan juga seorang mahasiswa.

Dia lahir pada tahun 1991, dibesarkan di sebuah bandar pantai kecil di pantai Tenggara dari Inggeris. Pada usia 19 tahun dia meneruskan pendidikannya ke universiti untuk mendapatkan ijazah di bidang Muzik dan ia berharap dapat meneruskan ke jenjang Siswazah dalam bidang kaunseling. Dia mempunyai cerita yang luar biasa tentang pilihannya untuk memeluk Islam dan bagaimana dia menjadi tertarik kepada Islam.

Seorang wanita dari New York, Nazma Khan, memulakan kempen yang dikenali sebagai ' World Hijab Day '. Gerakan ini telah diadakan di laman jejaring sosial. Hal ini telah menarik minat dari Muslim dan non - Muslim di lebih dari 50 negara di seluruh dunia.

Bagi ramai orang, hijab adalah simbol penindasan dan perpecahan. Hijab sering menjadi sasaran perdebatan besar untuk menanamkan salah faham tentang Islam di Barat. Hari Hijab Dunia direka untuk melawan kontroversi ini. Hal ini mendorong wanita non - Muslim ( atau bahkan wanita Muslim yang tidak memakai hijab ) untuk mengenakan hijab dan mengalami bagaimana rasanya apabila memakai hijab untuk yang pertamakalinya, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik tentang hijab. Melalui jejaring sosial itulah Jessica Rhodes ikut terlibat.

 Jessica Rhodes berteman dengan Widyan Al Ubudy yang tinggal di Australia, dan menyarankan rakan - rakan Facebook - nya untuk menyertai. Jessica yang seorang non - Muslim memutuskan untuk ikut mengambil bahagian dalam" World Hijab Day" tersebut.

Dia berkata: "Saya ikut ambil bahagian dalam Hari Hijab Dunia pertama dan mencabar diri untuk mengenakan jilbab selama satu bulan. Saya kemudian cuba untuk mula membaca al - Quran dan kata - kata dalam al - Quran tampak logik dan jelas. Saya juga melakukan beberapa kajian tentang Islam secara keseluruhan dan saya merasa bahawa Islam adalah agama komprehensif boleh memberikan jawapan yang saya cari".

Walaupun orang tuanya sedikit bimbang bahawa kemungkinan dia akan diserang di jalan - jalan kerana dianggap tidak toleran. Beberapa Website seperti BBC, CBBC, Muslim, Times, Malaysia Digest telah menerbitkan artikel dirinya mengenai pengalaman seorang non - Muslim memakai hijab. Detik-detik terpenting dalam hidupnya adalah saat ia berjalan keluar dengan memakai hijab untuk pertama kalinya sebagai seorang non - Muslim dan ia tidak boleh mengingati bagaimana rasanya untuk pergi tanpa memakai hijab.

Mengenai reaksi dari orang tuanya, teman dan suami, ia berkata: "Itu seperti beg perpaduan, orang tua tidak senang tapi mereka menerima keputusan saya. Mertuaku sangat menyokong. Teman - teman saya ada beberapa yang senang dengan keputusan saya, yang lain ingin berdebat dengan saya tentang hal itu, dan yang lain melangkah keluar dari hidup saya sama sekali.

"Saat ditanya tentang apa cabaran yang ia hadapi sebagai seorang muslimah, katanya dia sangat beruntung dan sejauh ini dia tidak menghadapi masalah apapun dan semua orang telah sangat menyokong dan berfikiran terbuka tentang hal itu. Jessica memakai tudung untuk pertama kalinya ke pejabatnya dan ia mendapat respon yang indah dari teman - teman sepejabat. Di laman Facebook Word Hijab Day, 31 January 2013, mengutip tulisan Jessica:

"Untuk semua rakan - rakan saya yang telah ada dalam hidup saya dan menyokong saya, saya mempunyai sesuatu untuk sampaikan kepada anda. Seperti yang anda tahu, saya sekarang telah memakai hijab selama 8 hari dan telah membaca Quran selama kira-kira 3 atau 4 hari. Hal, masya Allah!  Itu adalah sesuatu yang mengagumkan... indah... dan dia kelihatan sangat cantik juga... Semoga Allah swt selalu memberikan bimbingan dan melindungimu saudariku, dan mendapatkan pahala di akhirat...

"Subhanallah, hijab telah mengantarkan seorang Jessica Rhodes kepada Islam. Semoga rahmat dan perlindungan Allah selalu menyertaimu, Saudariku ! Dan semoga World Hijab Day 2014 ini kembali mendapat respon positif yang luar biasa dan boleh menjadi jalan hidayah bagi mereka untuk mencari Islam, seperti Jessica Rhodes. [arrahmah]

sumber


 
Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul anak sejak 2010
Posted on Monday, February 10 @ 21:12:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul anak sejak 2010

KUALA LUMPUR
: Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu,  Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.



Perbicaraan kes berkenaan mungkin ditetapkan pada 18 Februari dan dijangka berlangsung selama 14 hari.

Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga.

Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah empat kali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan.

Sementara itu, suaminya pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan sekali Aisyah.

Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru  sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan.

Undang-undang Sweden menetapkan tindakan memukul anak adalah salah disisi undang-undang.

Laporan terdahulu memetik peguam pasangan itu Kristopher Stahre memaklumkan, Azizul dan Shalwati akan mencabar pertuduhan tersebut.

Sebelum ini pihak pendakwaan menghantar permohonan bertulis kepada mahkamah untuk mendakwa pasangan berkenaan sekitar 6 petang waktu Malaysia pada Isnin.

ASTRO AWANI
 
 Taib Lebih Kebal Dengan Kedudukan TYT Sarawak
Posted on Tuesday, February 11 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui sayapnya SAMM Sarawak telah melalui beberapa fasa memberi tekanan kepada regim Taib Mahmud supaya berundur dari ‘tahta rajah putih Sarawak’ selama lebih 30 tahun. Untuk tempoh tersebut, terbentuk kekayaan sebuah empayar berskala bilion dan persoalan dari mana datangnya kekayaan keluarga Taib tidak langsung disentuh.

Menyedari kekayaan negeri Sarawak yang dihakis tanpa kepedulian terhadap nasib rakyat dan infrastruktur asas yang masih jauh ketinggalan, maka SAMM Sarawak melancarkan kempen #NyahTaib dengan harapan negeri Sarawak ditadbir oleh pemimpin yang lebih bertanggungjawab.

Setelah puluhan aktivis tempatan dilatih, puluhan ribu bahan kempen berbentuk risalah dan dvd kesedaran diedar sehingga beberapa aktivis SAMM Sarawak diberkas dan dilokap sewaktu menjalankan kempen ini, malah ada suatu ketika puluhan NGO berkampung selama dua hari di depan istana Taib Mahmud kononnya SAMM anjur demonstrasi di kawasan tersebut, akhirnya usaha kecik SAMM menggembeling kempen #NyahTaib membuahkan hasil apabila Taib mengumumkan pengundurannya.

Namun terdapat usaha untuk melantik Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baru. Sekiranya ia berlaku, segala bentuk perundangan soal salahlaku yang dilaporkan terhadap Taib Mahmud akan menjadi lebih sukar dan terbatas. Kedudukan TYT Sarawak akan menjadikan Taib lebih kebal, mungkin inilah ideanya.

Justeru itu, SAMM Sarawak bertekad untuk memastikan gerakan lebih besar disusun bagi menghalang usaha lantikan TYT kepada mana-mana individu yang terbabit salahlaku rasuah dan salahguna kuasa, apatah lagi bagi mereka yang terlibat merompak hasi bumi Sarawak berpuluh tahun lamanya.

Sekian

Azan Akma
SAMM Kuching
Penyelaras Bersama SAMM Sarawak

anakmudamalaysia

Tiada ulasan: