Posted on Saturday, February 22 @ 22:59:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Apa nasib pelajar Pusat Tahfiz Amal
ALOR SETAR - Adakah Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan-Kuala Kedah mempunyai pelajar atau sekadar digunakan untuk melakukan jualan amal di luar sekolah.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kerajaan negeri tidak pasti sama ada penghuni di situ adalah pelajar atau tidak.
Beliau berkata, sejak operasinya diarah ditutup pada 10 Februari lalu, tiada waris pelajar yang datang berjumpanya untuk mengadu sebarang masalah.
Bagaimanapun, Tajul Urus meminta pihak terbabit menghentikan aktiviti jualan amal dengan menggunakan kanak-kanak berkenaan.
“PTA adalah sekolah yang tidak berdaftar dan kita tidak tahu apa status pelajar di situ. Atau sekadar digunakan untuk melakukan jualan amal di luar sekolah. Itu kita tidak tahu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius masalah itu kerana ia membabitkan bidang pendidikan dan kanak-kanak di bawah umur.
“Kalau betul PTA ada pelajar dan memang mereka nak belajar, kita tidak ada masalah untuk membantu menyambung pengajian mereka.
“Kita akan cuba tempatkan mereka di mana-mana maahad tahfiz yang berdaftar supaya dapat belajar seperti rakan lain,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengarahkan PTA menghentikan operasinya serta-merta.
Menurut laporan itu, notis arahan penutupan operasi dikeluarkan pada 10 Februari lalu atas alasan menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran mengikut Seksyen 12 (1) Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.
Jaik juga pernah mengeluarkan notis sama bertarikh 1 Januari 2007 yang mengarahkan supaya operasinya dihentikan.-sh
Kedahkini
SYABAS PUNYA SEPOI!!! Rosmah boleh nama bagi air percuma Syabas yang punya
Posted on Saturday, February 22 @ 21:36:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Selepas penduduk kawasan-kawasan tertentu di Kuala Lumpur dan Selangor menghadapi masalah bekalan air sejak lebih seminggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini turun untuk menyampaikan air minuman percuma kepada penduduk.
Rosmah mengunjungi rumah pangsa kos rendah di Taman Desa Baiduri, Cheras petang ini untuk menyampaikan botol air minuman kepada penduduk setempat.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di majlis itu, setiap isirumah diberikan dua botol 5.5 liter air minum.
Sebanyak 6,500 botol air ditaja oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) , Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Syarikat Giant Retail Malaysia.
Kira-kira 2,600 keluarga di Taman Desa Baiduri dan Taman Alam Damai mendapat manfaat di bawah program itu.
Beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami masalah bekalan air akibat peningkatan kandungan ammonia di Sungai Langat, serta rizab air berada di tahap kritikal kerana cuaca kering.
Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Balakong, manakala kawasan lain yang turut terjejas termasuk Serdang, Cheras, Pandan, Kuala Langat, Hulu Langat dan kawasan tertentu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Menurut seorang penduduk tempatan, Taman Desa Baiduri mengalami kekurangan bekalan air sejak 10 hari yang lalu dan perkhidmatan air hanya disambung semula hari ini.
Bagaimanapun Rosmah tidak menyampaikan ucapan di majlis itu. Beliau hanya menyerahkan sumbangan botol air kepada penduduk dan melawat beberapa keluarga di sesetengah unit.
Rosmah juga enggan bercakap kepada media selepas seorang wartawan Malaysiakini diminta supaya memperkenalkan dirinya.
Katanya, wartawan boleh melaporkan segala pembohongan dan semoga tuhan merahmati mereka. Apabila terus diasak Rosmah berkata dirinya hanya surirumah dan mencadangkan soalan diajukan kepada ahli politik sebelum beredar.-mk
paspb2.blogspot.com
Tragis!!!! 8 Sahabat Mati Lemas Di Sungai Muar.
Posted on Saturday, February 22 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Sebak tengok gambar ibu2 kepada mangsa kejadian yang tersiar di Harian Metro. Lebih sebak bila membaca bagaimana mereka semua meninggal dunia. Ada satu perenggan yang tertera di HM menyatakan aktiviti mengorek pasir dijalankan kat sungai tersebut.
Adakah perkara itu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa? Dan jika ada kebenaran, maka adakah papan tanda dilarang berenang, bermandi manda di lokasi kejadian diletakkan sebagai tanda amaran? Budak2 neh tengok dari raut wajah budak2 yang baik.
Bangun pagi niat nak berjoging, alih2 lemas di sungai akibat kekejangan otot setelah berjoging. Baru aku tahu rupanya selepas kita melakukan aktiviti fizikal, kita tak boleh berenang, bermandi manda bagi mengelakkan kekejangan otot. Budak2 neh mana la taw benda2 begitu. Itupun dorang bukannya lemas akibat bermandi sungai, lemas akibat tergelincir dari tebing sungai.
1. Mula2 salah seorang dari mereka tergelincir dari tebing sungai ;
2. Kemudian, dua orang terjun menyelamatkan sahabat mereka ;
3. Kemudian, terlihat ketiga2nya terkapai2, maka 2 dari mereka terjun untuk selamatkan rakan2 mereka yang sedang kelemasan ;
4. Kemudian, 2 lain pula ambil kayu selamatkan mangsa lemas, namun kedua2nya turut terjatuh, ;
5. Kemudian, yang last sekali, yang pandai berenang terjun juga untuk selamatkan rakan2 yang lain alih2 dia pun lemas sekali.
Penyudahnya 8 remaja mati lepas. Di antara 8 mangsa lemas itu, 2 daripadanya adalah adik beradik. Ibu bapa dia hilang 2 anak sekaligus. 16 dan 14.
Untuk rekod, 3 daripada 8 mangsa telah pun ditemui. Lagi 5, pasukan mencari mengatakan mereka percaya mayat mereka akan timbul di permukaan sungai selepas 24 jam.
Kisah ini mendapat liputan meluas memandangkan mangsa lemas adalah dalam jumlah yang ramai iaitu 8 orang sekaligus disamping cara mereka lemas adalah disebabkan nak menyelamatkan rakan masing2 yang tergelincir dari tebing sungai. Mereka juga mungkin menjadi mangsa 'akibat kerja2 mengorek pasir' yang dilakukan tanpa notis melalui papan tanda dan sebagainya.
Nak cakap apa lagi pun dah tak guna dah. 8 nyawa sudah terkorban. Minta tolong penguatkuasa siasat siapa punya kerja yang korek2 pasir dan tak letakkan papan amaran sebagai langkah berjaga2. Rakyat perlu tahu.
Alfatihah untuk kesemua mangsa lemas. Insya-Allah syurga tempat korang semua.-sozcyili
DAP nafi tidak boleh kerjasama dengan PAS
Posted on Saturday, February 22 @ 12:44:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Ketua Menteri Lim Guan Eng menolak dakwaan bahawa PAS tidak diperuntukkan kerusi Exco dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang adalah kerana bermotifkan dendam.
Sebaliknya, menurut beliau, agihan kerusi exco di negeri itu adalah berdasarkan proses persetujuan bersama yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata, walaupun tiada kerusi exco diberikan, namun wakil rakyat PAS iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
“Wakil PAS satu di Pulau Pinang, bila kita (DAP) ada satu ADUN di Kedah (pada 2008), dia pun bukan ahli exco, jadi sama juga di Kelantan,” katanya ketika diwawancara Kinitv, baru-baru ini.
Apabila ditanya sama ada tindakan itu boleh diibaratkan sebagai membalas dendam, Lim tangkas menyangkalnya dan berkata percaturan berkenaan dibuat berdasarkan persefahaman di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
“Saya rasa yang penting adalah sama ada kita boleh memastikan dasar Pakatan Rakyat berjiwa rakyat. Malah ADUN tungal PAS (di Pulau Pinang) adalah Yand di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
“Ini adalah satu jawatan yang sangat penting. Jadi saya tidak faham mengapa (isu) ini diperkotak-katikkan kerana dari sudut pelaksanaan dasar itu adalah secara bersama,” katanya.
Lim juga berkata DAP tidak mempunyai masalah jika wakil rakyat PAS dilantik menjadi menteri besar Selangor tetapi beliau enggan mengulas isu berkenaan.
Sebaliknya, beliau memberikan contoh di Perak, di mana, katanya DAP akan menyokong calon menteri besar berdasarkan kelayakkan dan kewibaan pemimpin berkenaan dan bukan berdasarkan parti.
Apabila diasak, sama ada benar atau tidak dakwaan bahawa DAP kurang selesa bekerjasama dengan PAS, Lim juga menyangkalnya.
Beliau juga memberitahu, seperti di Selangor, calon dari PKR yang di pilih menjadi menteri besar adalah berdasarkan formula yang telah dipersetujui oleh Pakatan sebelum ini.
“Kalau kita tak boleh bekerjasama dengan PAS mengapa kita tak sokong PKR? Yang kita sokong ialah orang yang paling layak dan paling kewibaan.
“Tak timbul kita tak sokong calon PAS. Di Perak (pada tahun 2008) kita sokong calon PAS (jadi menteri besar). Di Selangor, calon PKR telah dipilih untuk jawatan menteri besar, jika ini tidak berubah, Pakatan akan teruskan formula ini,” katanya.
Laporan penuh wawancara ini boleh diikuti menerusi segmen BicaraKini di Kinitv.-mk
CNN tarik berita remaja direjam kerana mempunyai akaun FB
Posted on Friday, February 21 @ 17:07:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Semalam ia juga disiarkan Sinar Harian. Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam.
Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.
Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.
Kisah berjudul Syrian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.
“Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an,” menurut satu laporan.
Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta, lapor Agensi.
Baca juga :11 Gambar mewahnya hidup Pengetua Pusat Tahfiz Amal, SM Amin
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: laniismaa
Posted on Friday, February 21 @ 17:07:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pakar Motivasi Selalu Ingatkan, Anak Jangan Terlalu DiManjakan Posted on Saturday, February 22 @ 11:25:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo |
"Para pendidik , ustaz-ustaz malah orang tua-tua juga selalu berpesan supaya anak-anak jangan terlalu dimanjakan. Hari ini telah ada ramai pakar motivasi. Peringatan yang sama ( bukannya penemuan baru hasil daripada kajian) yang telah disampaikan oleh orang2 terdahulu iaitu... SAYANG ANAK BIAR BERPADA...JANGAN BERLEBIH-LEBIH...nanti kalau dah naik tocang payah nak dikawal.
Malangnya para pemimpin umno tidak pun mengambil pengajaran daripada pesanan orang tua-tua yang bernilai ini. Ramai para pemimpin umno yang kita kenali yang hebat-hebat telah meninggalkan jawatan dalam kerajaan. Sepanjang keberadaan mereka dalam kerajaan mereka mencurah bakti kepada bangsa dan negara. Sebaik saja mereka tamat perkhimatan sebagai pemimpin mereka meletakkan diri mereka sebagai orang awam.
Namun yang sorang ini sangat ganjil dan berlainan. Tak perlu dihuraikan dan dibentangkan tindak tanduknya selepas pencen sebagai pemimpin. Semua orang tahu.
Mungkin dia tak salah. seperti kata Sazali dalam cerita Anak Ku Sazali... KENAPA SAYA JADI BEGINI? BAPAKLAH YANG BERSALAH. BAPAK TAK PERNAH MELARANG PERBUATAN SAYA. BAPAK IKUT KEHENDAK SAYA.
Salahnya adalah terletak dibahu pemimpin umno yang ada hari ini. Si polan ini ditatang seperti MENATANG MINYAK YANG PENUH.
Dalam isu terbaru yang melibatkan kassim selamat, lihat betapa semua terkuncu bibir. Lidah menjadi kelu. Meskipun apa yang dilontarkan kasim selamat sangat berbahaya kepada akidah umat. Kalau mereka berdua saja yang rosak akidahnya, lantak pi lah. contohnya kalau mereka berdua saja berdiskusi mempertikaikan hukum hakam, tafsir sendiri ayat2 Quran, tolak hadis dan sebagainya. Lalu mereka berdua mengamalkannya sebagai keyakinan tanpa siapa pun mengetahuinya. Itu lantak pi lah. Tapi yang dilakukan ialah bukannya saja dia sesat tetapi mahu menyesatkan orang lain.
Walaupun NYAWA DIHUJUNG TANDUK nampaknya azam mereka tak berubahdan tak pernah padam. Yang sorang sejak dulu suruh Ai Quran ditafasir semula (tafsiran yang mana tak berkenaan dihatinya) dan yang sorang lagi dari dulu jaki sangat kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Disebabkan tindakan yang berpilih-pilih, jangan salahkan rakyat bila tidak menghormati agensi-agensi penguatkuasa. Ini menggambarkan ada pihak boleh mengeluarkan pandangan sewenang-wenangnya tanpa bersandarkan ilmu dan dibiarkan sedangkan disatu pihak lagi walaupun ilmu dan kelayakan ada TETAPI kerana hanya kerana tak diberi tauliah dtangkap dan didakwa.
Kita tahu yang duduk dalam JAKIM ke, JAWI ke adalah dari kalangan ilmuan Islam. Sana sini mereka seru supaya umat takutkan ALLAH.
Nak tanya dalam kes kassim selamat ni siapa yang kamu takut? "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: Iqbal
Posted on Saturday, February 22 @ 11:25:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Pusat Tahfiz ekspoitasi pelajar diarah tutup
Posted on Friday, February 21 @ 12:41:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
ALOR SETAR:
Sebuah pusat Tahfiz Amal di Yan, Kedah telah diarahkan tutup oleh
Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bermula 10 Feb kerana menjalankan
operasi tanpa pendaftaran.
Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan JAIK sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Jan 2007, selepas ia didapati masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam meskipun tidak didaftarkan.
Pusat tahfiz yang terletak di Kilometer 17, Jalan Kuala Kedah itu dipercayai telah beroperasi sejak sekian lama dan mengeksploitasikan kanak-kanak bagi tujuan mengaut keuntungan.
Menurut Timbalan Pendaftar Sekolah-sekolah Agama JAIK, Mohd Fadil Ab Rahman, pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi arahan notis tutup itu dipatuhi.
"Pihak kami akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu," katanya.
Menerusi notis tersebut, beliau menyatakan arahan itu sudah dilaporkan kepada pihak polis dan pihaknya sedang menanti apakah bentuk tindakan yang boleh diambil jika mereka enggan mematuhi notis berkenaan.
Katanya, notis itu telah ditandatangani pengarah JAIK, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah tahun 1988.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau Ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam sebenar.
Selain itu, majlis fatwa turut meminta mana-mana kumpulan ataupun orang perseorangan yang berpegang dan mengamal tersebut dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.
Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan 'aktiviti' mereka.
Melalui laman media sosial itu, beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar sekolah itu.
Sumber: link
Facebook Mula Memaparkan Nama Pentadbir Di Pages
Posted on Friday, February 21 @ 12:33:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Facebook hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini kecil kepada Facebook Pages, dimana melaluinya para pentadbir yang menguruskan sesuatu Pages boleh melihat siapakah yang mengemaskini sesuatu status pada halaman tersebut.
Perkara ini sekaligus memudahkan pentadbir lain memantau dan mengetahui siapakah yang menulis dan membalas komen mereka yang mengikuti sesuatu Facebook Pages.
Ini juga akan membuatkan pengurusan Facebook Pages – terutamanya oleh jenama besar lebih baik lagi dan pentadbir akan lebih bertanggungjawab terhadap apa yang dikongsikan mereka bersama pengguna lain.
Paparan nama pentadbir ini tidak akan diperlihatkan kepada pengguna lain, dan hanya dipaparkan dikalangan pentadbir sesuatu Pages sahaja.
http://amanz.my
HP PUNYA PASAL???!
Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:
Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.
Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.
Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran
Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.
Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud.
Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.
Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.
Amin....
Kata guru:
Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...
Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...
Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...
Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..
KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?
[Teguran ini menyusuk sungguh..]
Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xdop benda pon.. ats alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...
Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:
Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.
Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.
Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran
Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.
Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud.
Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.
Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.
Amin....
Kata guru:
Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...
Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...
Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...
Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..
KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?
[Teguran ini menyusuk sungguh..]
Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xdop benda pon.. ats alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan